The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Noraziah, 2019-10-28 09:50:18

HARI KELUARGA SKPW 2019

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Hari Keluarga Kelab Guru dan Staf merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan
silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua guru dan staf di SK Perwira. Ini
kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni
dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni
dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak
pengurusan dan guru-guru SK Perwira.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang
bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga
SK Perwira. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kerohanian dan
sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga SK Perwira agar sambutan Hari Keluarga
ini meriah, berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

 Memberikan ruang kepada staf dan guru-guru SK Perwira untuk melakukan aktiviti
bersama dalam pengisian masa yang terluang.

 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan staf dan guru-guru SK Perwira.

 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan
guru-guru SK Perwira sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

“KITA SATU KELUARGA”

Jumaat, 01/11/2019

3.00ptg - 5.00ptg Check-in Laketown Hotel

5.00ptg - 7.00ptg Sukaneka Laketown Hotel (Kolam Renang)

7.00ptg - 8.00mlm Persiapan Diri
8.00mlm - 11.00mlm Makan Malam
(Dewan Kaloi, Bukit Merah Laketown Resort)

Aturcara Program
Majlis Makan Malam
Hari Keluarga Kelab Guru dan Staf

SK Perwira 2019
01 November 2019
Dewan Kaloi, Bukit Merah Laketown Resort.

8.00 malam : Ketibaan tetamu

8.10 malam : Bacaan Doa

8.15 malam : Sesi Fotografi

8.20 malam : Ucapan Aluan oleh :

Yang Berusaha Ustaz Ismail Bin Idris

(Pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Perwira)

8.25 malam : Ucapan Perasmian oleh :

Yang Berusaha Encik Ahmad Jamhari Bin Daud

(Guru Besar SK Perwira)

8.30 malam : Jamuan Makan Malam, Selingan dan Cabutan

Bertuah

11.00 malam : Majlis Bersurai

Sabtu, 02/11/2019

7.00pg - 9.00pg Sarapan Pagi (Kafe Le Lac)

10.00pg Waterpark (Aktiviti Bersama Keluarga)

12.00tgh Check-out

Terima kasih dan sekalung
penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung

bagi menjayakan
Hari Keluarga SK Perwira

Bagi Tahun 2019
“KITA SATU KELUARGA”


Click to View FlipBook Version
Previous Book
O_VERDADEIRO_DESENVOLVIMENTO_ECONÔMICO
Next Book
1920 SM015_1