1
____________________________________________________________
Ruj. Kami SKGK.KTR.03/05/001 ( )
Tarikh : 16 Oktober 2021
Semua Ahli PIBG,
AJK PIBG,
SK Gong Kapas.
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 35
Adalah dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa AJK PIBG sekolah ini telah bersidang dan memutuskan
bahawa mesyuarat Agung PIBG kali ke -35 akan diadakan pada tahun ini seperti berikut :-
Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 PAGI
Medium : http://meet.google.com/mpn-bbns-noe
https://www.youtube.com/watch?v=wOQEcclbx24
Perasmian oleh:
Yang Di hurmati,
Encik Ramzu Nasri bin Jain
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu
( Unit Menengah dan Tingkatan 6 )
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 Bacaan Doa
2.2 Ucapan Pengerusi Majlis
2.3 Ucapan Guru Besar
2.4 Ucapan YDP PIBG
2.5 Ucapan Perasmian Pegawai PPD Kuala Terengganu
2.6 Pelantikan Pengerusi Sementara
2.7 Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-34
2.8 Perkara-Perkara Berbangkit.
2.9 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
2.10 Perlantikan JK PIBG 2021/22 ( Jika berkenaan )
2.11 Usul-Usul (Jika ada)
2.12 Ucapan Penangguhan
3. Sehubungan dengan itu, Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan sukacitanya di jemput hadir ke mesyuarat
tersebut.
Melalui link pautan diatas.
4. Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan untuk menyerikan lagi majlis tersebut.
Sekian,terima kasih
“Mendepani Pendidikan Global”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
tt
(ROZALI BIN MOHD SALLEH)
Setiausaha PIBG
SK Gong Kapas
Kuala Terengganu
2
ATURCARA MAJLIS
08.45 PAGI Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga
09.00 PAGI Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Perasmian Pegawai PPD Kuala Terengganu
- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-34
- Perkara-Perkara Berbangkit
- Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
- Usul-Usul (Jika ada)
- Ucapan Penangguhan
3
JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 TAHUN 2021/22
TARIKH : 23 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
JAM : 09.00 PAGI
MEDIUM : Pautan Google Meet dan Youtube
PENASIHAT :
CG NORIZAM BT SULONG
( GURU BESAR)
PENGERUSI
WAN ZULKIFLI BIN WAN YUSOFF
NAIB PENGERUSI
YM TG MALINI BT TG ABD RAHMAN
SETIAUSAHA
CG ROZALI BIN MOHD SALLEH
PENOLONG SETIAUSAHA
PN PUZIANA BT SHAMSUDDIN
BENDAHARI
CG NOOR HASLINDA BT MOHD YAZIT
PENGERUSI MAJLIS
1.CG NORNAZRAHNI BT MOHAMAD@MOHD MOKHTAR
2. CG NORAIHAN BT MURIDAN
BACAAN DOA
UST ZAKARIA BIN SAID
PENCATAT UCAPAN DAN MINIT
CG NOOR ASIKIN BT HARUN
CG ENGKU NORA BT ENGKU HUSIN
TEKNIKAL
CG NOOR HAIRULNIZAM BIN ACHIL
CG NOR KHAMSAH BT ISMAIL
UST ZAKARIA BIN SAID
CABUTAN BERTUAH
USTZ NOR JUNAIDAH BT MOHAMAD
DOKUMENTASI DAN LAPORAN
CG RAHIMAWATI BT A.GHANI
4
KEHADIRAN MESYUARAT JK PIBG SK GONG KAPAS TAHUN 2020/2021
TARIKH
Bil Nama Jawatan 2020 2021
1 PENASIHAT(GURU BESAR) 26/6 16/10
CG NORIZAM BT SULONG YANG DI PERTUA PIBG
//
2 NAIB YANG DI PERTUA PIBG
EN WAN DZUKLIFLI BIN WAN YUSOFF SETIAUSAHA //
3 PENOLONG S/U //
PN YM TG MARLINI BT TG ABD RAHMAN BENDAHARI
//
4 PK PENTADBIRAN
CG ROZALI BIN MOHD SALLEH //
5 //
PN PUZIANA BT SHAMSUDDIN
//
6
CG HASLINDA BT MOHD YAZIT PENOLONG KANAN (HEM) //
PENOLONG KANAN KO //
7 AJK X/
CG WAN AZMAN BIN WAN AHMAD AJK //
AJK /X
CG WAN AZHAR BIN WAN NAWI AJK X/
8 AJK XX
AJK X/
CG AULIA IILYANI BT ABDUL MANAF AJK XX
9 AJK X/
AJK XX
CG SHAMSUL BAHARI BIN SHAFIE AJK XX
10 AJK XX
Pemeriksa Kira-Kira XX
PN ANISAH BT AWANG Pemeriksa Kira- Kira XX
11
PN NIK NORLELAWATI BT NIK MUKHTAR
12
EN ZAILUDIN BIN MUDA
13
CG NOOR HAIRULNIZAM BIN ACHIL
14
EN MOHD YASSER BIN JUSOH@SALLEH
15
PN IDAYU KARTIKA BT MD RASID
16
EN AHMAD HASLAM BIN ABDUL RAHMAN
17
USTZ NOR JUNAIDAH BT MOHD@JAAFAR
18
CG NOR AKMAL BT MOHD PAUZI
19
CG ZAINUN BT ABDULLAH
20
CG ROSAL WANI BT MOHAMED RAZALI
21
CG MOHAMAD BIN DAUD
22
PN NORSHAHIDA BT KUTOM
*( / ) hadir
( x ) tidak hadir- bersebab
5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK.KEB.GONG KAPAS
JALAN SULTAN MOHAMAD,21100 KUALA TERENGGANU
TEL : 09-6221529
FAKS: 09-6252529
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : SKGK.KTR.03/05/001(64)
Tarikh : 27 Februari 2020
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34, 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG KAPAS
21100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TARIKH : 26 FEBRUARI 2020
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA
PERASMI : CIKGU HAJI JELANI BIN SULONG
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA TERENGGANU)
KEHADIRAN : 206 orang ( IBU/BAPA DAN GURU)
AGENDA 1 : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
(Cg. Noor Hairulnizam bin Achil
& Cg. Nor Akmal bt Mohd Pauzi)
1.1 Mengalu-alukan ketibaan Yang Berusaha Tuan PPD Kuala Terengganu, Cikgu Haji
Jelani bin Sulong, dif-dif jemputan dan semua hadirin dan seterusnya merakamkan
ucapan terima kasih atas kehadiran mereka. Menjemput Ustaz Azmi bin Sidek
memimpin bacaan doa.
AGENDA 2 : Ucapan Tuan Guru Besar SK Gong Kapas
( Cg. Norizam binti Sulong)
2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan memohon maaf
kepada ibubapa di atas kelewatan majlis bermula. Ini kerana beliau menunggu lebih
ramai ibubapa hadir ke majlis. Majlis dimulakan setelah terdapat 2/3 kehadiran
ibubapa daripada jumlah keseluruhan ibubapa SKGK. Beliau memaklumkan majlis
diadakan pada waktu petang persekolahan untuk memudahkan pihak ibubapa yang
tinggal jauh dari sekolah dan bekerja di bandar hadir dan boleh membawa pulang
anak mereka setelah mesyuarat selesai.
6
2.2 Beliau mengucapkan syukur dan Alhamdulillah kerana prestasi UPSR pada tahun
2019 lebih cemerlang berbanding tahun sebelumnya dan berada di antara 10
terbaik di peringkat PPD Kuala Terengganu. Baru-baru ini sekolah telah
mengadakan Sukan Tahunan Sekolah dengan jaya dan meriahnya. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan Ko Kurikulum, Cikgu Syamsul
Bahri di atas kejayaan tersebut.
2.3 Beliau berharap para ibubapa akan lebih cakna tentang kehadiran anak-anak ke
sekolah. Beliau turut menyarankan sekiranya anak-anak mengalami demam yang
ringan, anak-anak perlu hadir ke sekolah. Beliau juga menyatakan pihak sekolah
telah dan sedang merangka aktiviti-aktiviti yang berilmiah dan menyeronokkan
untuk murid-murid. Beliau juga menjelaskan sekolah akan menambah kelas baharu
di Tahun 3 tidak lama lagi.
2.4 Beliau turut memaklumkan bahawa dua pintu pagar sekolah akan dikunci sewaktu
sesi persekolahan untuk tujuan keselamatan. Terdapat murid-murid yang tidak
masuk kelas KAFA dan pulang selepas sesi persekolahan pagi dan ini turut
dilakukan oleh murid-murid yang perlu ke kelas KAFA. Tuan Guru Besar berharap
ia tidak menjadi masalah kepada ibubapa berkenaan perkara tersebut. Beliau turut
menjelaskan sekolah mempunyai kantin yang boleh menyediakan makanan
berkhasiat dan murah kepada murid-murid.
2.5 Tuan Guru Besar juga menyatakan bahawa dua pemilihan AJK baharu perlu dibuat
pada hari ini memandangkan seorang AJK telah menghidapi strok dan masih belum
boleh bangun dari katil manakala seorang lagi AJK telah bertukar tempat kerja ke
Jeli, Kelantan.
2.6 Sebelum menghabiskan ucapan, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
ibubapa kerana menerima beliau dengan baik bermula hari pertama beliau di
sekolah ini, iaitu pada 16 Oktober 2019.
AGENDA 3 : Ucapan YDP PIBG
(En. Wan Dzulkifli bin Wan Yusoff)
3.1 Ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan guru-guru serta para ibu bapa.
Beliau menekankan pentingnya hadir ke mesyuarat seperti ini untuk berkongsi idea
dan pandangan demi kepentingan sekolah dan anak-anak. Perkongsian idea dan
pandangan akan memberi kebaikan kepada kecemerlangan anak-anak.
3.2 Beliau menegaskan PIBG telah berusaha untuk memasang alat penghawa dingin
di dewan sekolah dan setakat ini telah berjaya memasang dua alat penghawa
dingin. Beliau bersama AJK PIBG lain sedang berusaha untuk menambah dua lagi
alat penghawa dingin untuk memberi keselesaan kepada anak-anak. Beliau
menambah bahawa dewan sekolah mempunyai masalah pendawaian dan
sekiranya dapat diselesaikan, pemasangan dua unit alat penghawa dingin akan
diteruskan.
7
3.3 Beliau menekankan bahawa peratus kehadiran murid ke sekolah secara purata
adalah kurang 93%. Ini tidak mencapai KPI PPD iaitu kehadiran murid ke sekolah
perlulah 95% dan ke atas. Beliau berharap mendapat kerjasama daripada pihak
ibubapa agar memastikan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.
3.4 Akhir sekali, beliau memohon maaf andai terdapat salah dan silap dan beliau
berharap agar kerjasama yang erat dapat dipupuk antara para guru dan ibu bapa
untuk kebaikan anak-anak masing-masing.
AGENDA 4 : Ucapan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu
(Tn. Haji Jelani bin Sulong)
4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput
merasmikan Majlis Mesyuarat Agung dan dapat bersama-sama dengan para
ibubapa.
4.2 Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG atas usaha
memasang penyaman udara di dewan sekolah. Beliau memaklumkan akan
menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membaiki masalah bekalan
air di sekolah dan menambahbaikkan tahap kebersihan tandas murid-murid di
sekolah. Beliau juga turut menasihatkan pihak sekolah supaya memberi pendidikan
penggunaan tandas yang betul untuk mengelakkan tandas tersumbat. Beliau juga
turut menambah adalah menjadi KPI PPD untuk memastikan semua tandas di
sekolah-sekolah Kuala Terengganu mencapai tahap kebersihan yang maksimum.
4.3 Beliau menambah bahawa sistem pendidikan kita sekarang ini amat menekankan
kepada kemenjadian murid berdasarkan pendidikan global. Beliau menyatakan
satu analogi di mana sekiranya kita tidak ke laut untuk menangkap ikan, maka kita
tidak akan mendapat ikan. Sekiranya pergi ke laut kita mungkin akan mendapat ikan
atau sebaliknya. Oleh itu, beliau menasihatkan ibubapa memberi kecaknaan dan
menghantar anak ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan. Dalam masa yang
sama ia boleh meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah kepada 95%.
4.4 Beliau turut berkongsi berita pendidikan yang menggembirakan apabila negeri
Terengganu telah dijulang sebagai negeri terbaik dalam pencapaian keputusan
peperiksaan STPM baru-baru ini. Beliau turut menegaskan bahawa kita perlu
selangkah ke hadapan ‘One Step Ahead’ supaya sentiasa berada di baris hadapan
berbanding orang lain.
8
AGENDA 5 : Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-33
5.1 SU PIBG (En. Rozali bin Mohd Salleh) membentangkan minit mesyuarat Agung
SKGK 2019 kali ke 33 dari muka surat 16 – 22.
Pencadang : En Mohd Yusof bin Embong
Penyokong : Pn. Idayu Kartika binti Md Rasid
Majlis bersetuju sebulat suara.
AGENDA 6 : Perkara-Perkara Berbangkit
6.1 Pengerusi memberi respon bahawa surat projek surau baharu SKGK telah dihantar
kepada JPNT dan MAIDAM. Ahli JK Bertindak hanya menunggu kelulusan daripada
pihak mereka. Kelulusan diperlukan untuk memohon sumbangan daripada pihak
swasta dan korporat. Kutipan disimpan di dalam akaun Bank Rakyat.
AGENDA 7 : Laporan Aktiviti PIBG 2019/ Perancangan Aktiviti 2020
Aktiviti- aktiviti PIBG sepanjang tahun 2019
BIL AKTIVITI
1 Mengadakan Mesyuarat PIBG sebanyak 5 kali
2 Mengadakan Kejohanan Sukan dan Balapan
3 Mengadakan Majlis Khatam Al Quran dan Pertandingan Program Ihya
Ramadhan
4 Program Bubur As- syura
5 Program Hari Sukan
6 Lawatan bermaklumat
7 Mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
8 Mengadakan Solat Hajat Perdana
9 Kem Kepimpinan Pelajar
10 Kem Kecemerlangan UPSR
11 Perkhemahan Unit Beruniform
12 Majlis Hari Persaraan
Perancangan aktiviti-aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020/2021
BIL AKTIVITI
1 Projek Surau Baru SKGK
2 Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 3 kali
3 Sukan Tahunan Sekolah 2020
4 Hari Sukan Negara
5 Perkhemahan Unit Beruniform
6 Kem Kecemerlangan UPSR 2020
7 Sambutan Maulidur Rasul
8 Hari Ko-kurikulum
9 Program Sambutan Patriotik Hari Kebangsaan
10 Lawatan Bermaklumat
11 Gotong Royong Peringkat Sekolah
12 Majlis Sembahyang Hajat Perdana
13 Majlis Bubur As-syura
9
AGENDA 8 : Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2019
Pembentang : Pn. Noor Haslinda binti Mohd Yazit ( Bendahari PIBG)
Pencadang : Pn. Nik Azlina binti Nik Ahmad
Penyokong : Pn. Nor Shahida binti Kutom
Majlis menerima sebulat suara.
AGENDA 9 : Membahas dan Menerima Usul
9.1 Pelantikan Penganti AJK PIBG (En. Yusof bin Embong)
PIBG memerlukan 2 orang AJK yang baru bagi menggantikan AJK yang tidak sihat
dan bertukar.
Cadangan: 1. En Badrul Hisyam Zaki
2. Pn Noraini bt Nordin
Majlis bersetuju sebulat suara.
9.2 Sumbangan ibu bapa kepada PIBG. (Usul 2)
9.2.1 Ibu bapa diberi dua pilihan iaitu:
Satu keluarga (RM50) atau satu murid (RM20)
Majlis bersetuju sumbangan dibuat untuk setiap murid adalah sebanyak RM 20.
AGENDA 10 : UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Encik Yusof bin Embong
10.1.1 Beliau mengucapkan syukur kerana dengan limpahNya dapat
bersama pada hari ini.
10.1.2 Beliau mewakili ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada AJK
PIBG kerana dapat mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun.
10.1.3 Beliau berharap kehadiran ibu bapa dapat memberi impak kepada
sekolah dan memberi sokongan kepada program-program sekolah.
10.1.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG dan guru-guru
kerana dapat mengadakan mesyuarat PIBG.Beliau berharap dapat
mengadakan mesyuarat pada hujung minggu kerana kehadiran tidak
memuaskan jika dibuat hari bekerja.
10.1.5 Beliau mencadangkan menyusun atur semula buku minit
mesyuarat.Kehadiran ibu bapa juga perlu disertakan sekali.
10
10.2 Cikgu Norizam binti Sulong
10.2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada
hari ini kerana merasa yakin bahawa ibu bapa yang hadir adalah ibu
bapa yang memahami.
10.2.2 Beliau berharap dapat memberi sokongan yang padu dan
kepercayaan kepada pihak sekolah.Sekolah akan berusaha untuk
menjaga keselamatan anak-anak.
10.2.3 Sebarang kekurangan diharap dapat berbincang dengan pihak
sekolah kerana menginginkan yang terbaik untuk semua.
10.2.4 Berharap ibu bapa dapat meneruskan kutipan-kutipan kerana ia
memberi kesan kepada program.sokongan PIBG dan ibu bapa sangat
penting.Untuk makluman ibu bapa,menjadi kebiasaan guru-guru
menggunakan duit sendiri untuk fotostat bahan.sumbangan dana
kecemerlangan sebanyak RM20 dari murid Tahun 1 hingga 5.Murid
Tahun 6 sebanyak RM100.
Majlis sebulat suara bersetuju untuk meneruskan sumbangan dana
tersebut.
10.2.5 Beliau memberi respon mengenai cadangan En Yusof mengenai hari
mesyuarat Agung PIBG. Mesyuarat telah ditetapkan dan diundi oleh
JK PIBG.Rasionalnya,dengan harapan ibu bapa boleh mengambil
anak mereka selepas selesai mesyuarat. Jika dibuat pada hari sabtu,
agak sukar untuk orang yang jauh hadir ke mesyuarat. Ini adalah satu
percubaan pertama.
10.3 Pn. Norzidah
10.3.1 Beliau mencadangkan memberikan sedikit imbuhan kepada murid
yang mengharumkan nama sekolah sebagai menghargai penat lelah
murid berlatih.
10.3.2 En Syamsul mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang
diberikan.pihak sekolah akan menanggung makan minum dan yuran
pendaftaran. Murid diberi anugerah khas guru besar semasa Majlis
Anugerah Kecemerlangan. In shaa Allah,cadangan akan diguna pakai
untuk acara-acara akan datang. Ia juga bergantung kepada
kewangan sekolah.
11
10.3.3 Pn Norizam juga memberi maklum balas bahawa ia bergantung pada
dana dan memerlukan sumbangan ibu bapa. Pihak sekolah juga
menggunakan duit dari kedai sekolah. Mesyuarat PIBG ini juga
menggunakan duit daripada AJK PIBG kerana tiada peruntukan.
Guru-guru banyak menyumbang antaranya keceriaan kelas dan
bahan bantu mengajar.
10.4 En Zamzuri bin Zainudin
10.4.1 Beliau memohon agar cikgu peka dengan penandaan kertas
peperiksaan di kalangan pelajar dan dibuat semakan semula.
10.4.2 Pn Norizam memaklumkan supaya memberitahu kepada guru yang
berkenaan. Keputusan analisa yang diperlukan segera terutama
kertas peperiksaan terakhir.
Mesyuarat Agung PIBG SK Gong Kapas kali ke -34 ditangguhkan pada jam 5.00 petang
Pencatat Minit 1 Pencatat Minit 2
tt tt
Cg Salina bt Abd Aziz Cg Noraihan bt Muridan
Disemak Oleh: Disahkan Oleh:
tt tt
………………………..…………….. …………….………………………………...
(EN. ROZALI B. MOHD SALLEH)
Setiausaha PIBG (EN. WAN ZULKIFLI B. WAN YUSOFF)
Sek. Keb.Gong Kapas Yang Dipertua PIBG
Kuala Terengganu, Sek. Keb. Gong Kapas
Kuala Terengganu,
12
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG SK GONG KAPAS
BAGI TEMPOH BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Baki pada 01/01/2020 RM1,681.79
PENERIMAAN Sumbangan peribadi (kokurikulum) RM200.00 PEMBAYARAN Program merentas desa RM400.00
Sumbangan PIBG RM390.00
14/1/2020 Sumbangan PIBG RM540.00 21/1/2020 Sumbangan peribadi utk lawatan sekolah (ust shafiee) RM500.00
30/6/2020 Sumbangan PIBG RM1,960.00 6/2/2020
31/7/2020 Sumbangan PIBG RM540.00 6/2/2020 Sumbangan peribadi (kokurikulum) RM200.00
31/8/2020 Sumbangan Adun Ladang kepada pihak SKGK RM5,000.00 6/2/2020
6/9/2020 Sumbangan PIBG 7/9/2020 Kejohanan sukan RM500.00
28/9/2020 Sumbangan peribadi RM50.00 7/9/2020
30/9/2020 Program Sarapan Pagi Bersama Milo RM300.00 8/9/2020 Bayaran makan minum dan bahan mesyuarat agung PIBG RM560.00
22/10/2020 RM400.00 8/9/2020
28/10/2020 8/9/2020 Banner PIBG RM80.00
8/9/2020
8/9/2020 Cenderahati AJK PIBG 2019 RM249.00
7/10/2020
4/11/2020 Cenderahati kepada Bank Rakyat RM69.00
Fotostat buku program mesy. PIBG RM105.00
Buku resit PIBG RM28.00
Tempahan makan minum AJK mesy. PIBG RM80.00
Sumbangan Adun Ladang kepada pihak SKGK RM5,000.00
Program Sarapan Pagi Bersama Milo RM400.00
JUMLAH RM11,061.79 JUMLAH PERBELANJAAN RM8,171.00
Baki h/b RM2,890.79
RM11,061.79
JUMLAH
Disediakan oleh: tt Disahkan oleh: tt
(NOOR HASLINDA BINTI MOHD YAZIT) ( WAN DZULKIFLI BIN WAN YUSOFF)
Bendahari PIBG, Yang Dipertua PIBG
SK Gong Kapas SK Gong Kapas
13
KEHADIRAN AHLI PIBG(IBU BAPA DAN GURU) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 TAHUN 2020/21
1. ABDUL AHNAF BIN BAHARUDEEN
2. AHMAD NAWAWI BIN MAT ALI
3. ANISAH BT MOH YASIN
4. ASSAIYIDAH AFIQAH BT MOHD SUHAIMEE
5. AZMI BIN SIDEK
6. BADRUL HISHAM BIN ZAKI
7. CHE NASRI BIN CHE HASAN
8. ENGKU NORA BT ENGKU HUSSIN
9. FAIZUL AZUAN BIN ROZAK
10. FARIDAH BT ABDULLAH
11. FARIZAL BT MUDA
12. FAUZIAH BT OMAR
13. HASLINA BT HASHIM
14. IBRAHIM BIN ABU BAKAR
15. IDAYU KARTIKA BT MD RASHID
16. JUHAIDA BT JAAFAR
17. JUIIYANA BT SULAIMAN
18. MOHAMAD BIN DAUD
19. MOHAMAD SHAFIF BIN CHE OMAR
20. MOHD NAZLAN BIN JUSOH
21. MOHD SHAFIE BIN OMAR
22. MOHD YUSOF BIN RAMLY
23. MOHD YUSRI BIN ISMAIL
24. MOHD ZAHARI BIN IBRAHIM
25. MOHD ZAKI BIN ABD RAHMAN
26. NARIHAH BT ALIAS
27. NIK AZLINA BT NIK AHMAD
28. NOOR HAIRULNIZAM BIN ACHIL
29. NOOR HASLINDA BT MOHD YAZIT
30. NOR ERAWATI BT SHAMSUDDIN
31. NOR HASLINI BT YAZID
32. NOR KHAMSAH BT ISMAIL
33. NOR SUHAIDAWATI BT YUNOS
34. NORAIHAN BT MURIDAN
35. NORAIN BT MD NAHIR
36. NORIZAN BT SULONG
37. NORKAMARIAH BT AWANG
38. NORLELA BT HARUN
39. NORLIANI BT MOHD NORDIN
40. NORMAIZA BT KADIR
41. NOROHA BT ABDUL MUBIN
42. NORSHAHIDA BT KUTOM
43. NORSIDAH BT AWANG
44. NORSILAWATI BT IDRIS
45. NORZIJAHMI BT NOORDIN
46. NUR FARHANAH FATMA
47. NUR HAFIZAH BT ZAKARIA
48. NURAINI FITRI BT SAYUTI
49. RASAIDI BIN ROMELAN
50. ROHANI BT DERIS
14
51. ROSMIZAH BT DOLAH
52. ROSNIZAN BT ABD LAIH
53. ROZALI BIN MOHD SALLEH
54. RUBIAH BT ABD RAHMAN
55. SAEMAZURITA BT SHAFIE
56. SAIDI BIN MAMAT
57. SALINA BT ABD AZIZ
58. SHARIFAH HAFZAN BT TUAN LONG
59. SITI AZIEMAH BT MOHAMMAD
60. SITI NORLIYANA BT MOHAMAD
61. SITI NURIZZA HANIS BT ZAINUDIN
62. SUZANA BT MAT SULAIMAN
63. SYAIMA’ BT MOHD SOUD
64. SYANURA ALLISA BT ALIAS
65. SYED MOHAMAD KHALID BIN SYED ALWI
66. TG MALINI BT TG ABD RAHMAN
67. WAN ABDUL AIN BIN HAJI WAN OMAR
68. WAN AIDA AADILA BT WAN ISA
69. WAN DZULKIFLI BIN WAN YUSOFF
70. WAN MAHIRAN BT WAN ALI
71. WAN MUHAMMAD MUIZ DANIAL BIN WAN ZUKIRI
72. WAN NOR AMYZAH BT WAN NGAH
73. YATI BT MAT NAPIAH
74. YAUMI BT MOHD ARIFIN
75. YUSOF FAUZI BIN MAMAT
76. ZAILUDIN BIN MUDA
77. ZAINUN BT ABDULLAH
78. ZAIRUDINA BT NGAH
79. ZAITON BT MUDA
80. ZAITUN BT ABDULLAH
81. ZAKARIA BIN SAID
82. ZAKIAH BT MOHAMAD
83. ZALEHA BT NIK
84. ZAMRI BIN MAMAT
15
Sekalung Penghargaan
Setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SK Gong Kapas Kali ke 35
16