INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU – TUGASAN 1
Nama : FARAH ENA BINTI ROSLAN
No. K/P : 031206070496
Angka Giliran : 2021242310244
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X11
Nama Pensyarah : EN. SHAMSUDIN BIN
Tarikh Hantar ABU BAKAR
: 22 MAC 2022
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: Tarikh : 22 Mac 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: Tarikh : 22 Mac 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
1
Soalan tugasan
Tugasan 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam. Anda dikehendaki
menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi tajuk-tajuk
berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
i
Penghargaan
Sesungguhnya, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
saya dapat menyelesaikan dan menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya.
Pada 26 Februari 2022, saya telah diamanahkan untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus
ini.
Pertama sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Institusi Pendidikan Guru
Kampus Ipoh kerana telah memberikan saya peluang untuk menyambung pelajaran di sini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Shamsudin Bin Abu
Bakar, pensyarah yang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan
pengetahuan yang berguna kepada kami.
Seterusnya, tidak lupa juga saya berikan sekalung penghargaan kepada ibu dan bapa
saya, Roslan Bin Keloyong dan Zaharah Binti Che Amat kerana banyak memberi sokongan moral
kepada saya sepanjang tempoh saya belajar. Di samping itu, saya juga berterima kasih kepada
rakan-rakan saya yang sentiasa memberi maklumat dan perkongsian dalam meringankan
bebanan tugasan saya ini.
Oleh itu, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya selama ini. Saya berharap dengan sokongan semua pihak ini akan membuahkan
hasil kepada saya pada masa yang akan datang.
ii
Isi kandungan i
ii
Soalan tugasan 1
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 6
3.0 Jenis, bentuk ciri-ciri kesusasteraan Melayu 8
4.0 Fungsi kesusasteraan Melayu 11
5.0 Manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam xiii
6.0 Rumusan
7.0 Rujukan
iii
1.0 Pengenalan
Bahasa Melayu pada zaman dahulu merupakan bahasa yang lengkap dan megah berdiri
menjadi bahasa perantaraan seluruh dunia sehingga digelar sebagai bahasa Lingua Franca.
Sejak daripada itu, orang Melayu mampu untuk menghasilkan karya melalui bahasa yang
lengkap ini. Contohnya, penghasilan kitab-kitab seperti kitab ilmu, kitab ramalan termasuklah
kisah-kisah yang berfungsi untuk menjadi hiburan dan tauladan kepada rakyat pada zaman
dahulu. Jadi, inilah yang dikatakan sebagai sastera. Sastera sangat berkait rapat dengan
pemikiran orang Melayu pada zaman dahulu kerana setiap ilmu pengetahuan, pemikiran,
kebudayaan dan kehidupan orang Melayu akan ditulis dan dicatat sama ada menjadi kitab,
kisah-kisah rakyat dan sebagainya. Tuntasnya, sastera dapat memberikan 1001 manfaat
sama ada sebagai bentuk pengajaran atau ilmu pengetahuan supaya dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini.
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu
Menurut Hafizuddin (2021), perkataan sastera berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu
castra yang bermaksud kitab suci. Selain itu, Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa
perkataan kesusasteraan wujud melalui perkataan Sanskrit iaitu susastera yang membawa
maksud buku indah atau huruf. Jadi, perkataan Sanskrit telah dipinjam sehingga wujudnya
perkataan sastera dalam bahasa Melayu. Seterusnya, kesusasteraan menurut Piah (1993)
dalam bukunya yang berjudul “Kesusasteraan Melayu Tradisional” menyatakan bahawa
kesusasteraan ini ialah penghasilan sastera yang disampaikan bukan sahaja daripada
penulisan tetapi juga daripada pembacaan, lisan dan pendengaran serta rakyat menghayati
dan menikmati sesuatu hasil karya. Bukan itu sahaja, menurut salah seorang sasterawan
negara, Prof Dr. Hashim Awang, “sastra” dalam perkataan Sanskrit mempunyai maksudnya
yang tersendiri iaitu perkataan “sas” bermaksud memberi petunjuk dan “tra” bermaksud alat
manakala ke- dan an- bermaksud menyeluruh (Rahmat et al., 2022). Jadi, sastera ini
bermaksud sesuatu panduan dan pengajaran yang ditujukan kepada masyarakat. Di
samping itu, sastera juga mempunyai seni bahasa yang indah, pemikiran pengarang, realiti
kehidupan dan mempunyai isi tersurat dan tersirat dalam sesuatu karya. Hal ini bertepatan
dengan rajah 1 yang terdapat di bawah. Oleh itu, sastera yang merupakan seni bahasa indah
ini bertujuan untuk menyampaikan sesuatu makna serta memberikan penghayatan kepada
pembaca.
1
Rajah 1: Unsur dalam sastera
3.0 Jenis, bentuk ciri-ciri kesusasteraan Melayu
Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu mempunyai unsur-unsur yang khusus, setiap
karya sastera mempunyai ragam yang berbeza dan mempunyai tujuannya yang tersendiri
mengikut pola yang berbeza. Selain itu, jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu dapat
dibahagikan kepada 4 perkara iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi
moden. Prosa merupakan hasil kesusasteraan yang ditulis dengan ayat yang mudah
difahami, tatabahasanya yang mudah dan ditulis dalam bentuk karangan. Jadi, hal ini
menunjukkan bahawa prosa lebih mudah untuk difahami berbanding puisi. Selain itu, prosa
tradisional merupakan hasil karya seni yang asalnya daripada zaman dahulu, ditulis dalam
bahasa Sanskrit atau Melayu Kuno dan kekal sehingga hari ini untuk memberi pengajaran
kepada masyarakat. Setelah kedatangan Islam wujud di tanah Melayu, wujud tulisan Jawi
dan isi kandungan prosa tradisional lebih positif berbanding sebelum ini. Di samping itu, prosa
moden merupakan hasil karya sastera yang lebih moden dan dikatakan lebih bebas
bentuknya berbanding prosa tradisional. Hal ini bertujuan untuk memudahkan kefahaman
masyarakat zaman ini untuk memahami sastera Melayu. Antara tokoh yang terlibat dalam
prosa moden ialah Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi yang banyak menghasilkan cerpen.
Contoh hasil kesusasteraan daripada bentuk prosa ialah novel, cerpen ,esei, skrip drama dan
seumpamanya.
2
Rajah 2: Contoh cerpen
Bukan itu sahaja, di bawah prosa tradisional, terdapat 2 genre iaitu sastera rakyat yang
disampaikan dengan lisan dan sastera istana yang disampaikan dalam penulisan.
Selain itu, bentuk kesusasteraan lain yang terdapat ialah puisi. Puisi merupakan hasil
kesusasteraan yang ditulis secara bebas format penulisannya di mana kebiasaannya
pengarang tidak mengikuti hukum tatabahasa yang betul dan ini menyebabkan kebanyakan
puisi tidak mempunyai ayat yang tidak lengkap. Namun, terdapat juga puisi yang mempunyai
ayat lengkap seperti puisi yang frasa-frasanya disusun dalam bentuk baris. Selain itu, puisi
terbahagi kepada dua iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Puisi tradisional merupakan
karya sastera yang selalu dijumpai dalam syair, gurindam, seloka dan pantun (Rahmat et all.,
2022).
3
Rajah 3: Puisi tradisional
Seterusnya, puisi moden ialah karya sastera yang lebih bebas dan terikat pada sesuatu
pola. Puisi moden kebiasaannya dikaitkan dengan sajak yang mementingkan penyampaian
perasaan dan hal ini bertepatan dengan fungsi puisi yang bertujuan menjadikan pembaca
berasa sesuatu rentak puisi kerana ia mempunyai bahasa yang mempunyai iramanya yang
tersendiri (Jaafar & Keong, 2012).
4
Rajah 3: Contoh sajak
Seterusnya, kesusasteraan Melayu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya
ialah keindahan. Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya dan irama bahasa yang terdapat dalam
sastera. Sekiranya karya sastera mempunyai keselarasan, keutuhan, fokus dan
keseimbangan terhadap sesuatu unsur, maka karya tersebut dapat digelar sebagai hasil
karya yang indah. Selain itu, karya sastera juga dapat mencerminkan pengalaman.
Seterusnya, karya sastera juga dapat memberikan pengalaman dan nilai seni pengarang
kepada pembaca. Akhir sekali, karya seni juga merupakan ciri-ciri bagi kesusasteraan Melayu
kerana karya sastera mempunyai nilai estetik yang menyampaikan isi hati pengarang yang
mendalam kepada pembaca melalui penulisan.
5
Rajah 4: Contoh puisi
4.0 Fungsi kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat pada zaman
dahulu dan terdapat sebab mengapa perkara ini menjadi kebiasaan kepada masyarakat. Hal ini
demikian kerana kesusasteraan Melayu menjadi hiburan kepada masyarakat dalam pelbagai
cara iaitu dengan keindahan kata-kata yang diungkapkan, rentak dan irama yang indah.
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu tidak mempunyai gadjet seperti masyarakat sekarang
yang canggih dalam teknologi. Jadi, sastera ini menjadi hiburan kerana apabila masyarakat
membaca atau mendengar karya sastera daripada penglipur lara, mereka menerima karya
tersebut dan menikmati unsur kelucuan, kesedihan, kegembiraan dan sebagainya yang
menyentuh emosi mereka. Contohnya, pantun yang mempunyai unsur hiburan seperti karya
sastera rakyat iaitu cerita jenaka Pak Kaduk yang mengisahkan kesungguhannya untuk mengejar
dunia sehingga memakan dirinya kembali.
Selain itu, karya sastera Melayu ini bukan sahaja menghiburkan, malahan mendidik
masyarakat dengan pengajaran dan ilmu pengetahuan yang terkandung dalam sesuatu karya.
Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, pengarang sastera selalu menyampaikan realiti
kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, agama, sosial, politik dan seumpamanya daripada
pelbagai jenis dan bentuk sastera. Bukan itu sahaja, karya sastera moden juga banyak
menyampaikan kisah-kisah yang mempunyai tauladan. Jadi, hal ini menyebabkan emosi
pembaca tersentuh lalu memberi pengajaran kepada mereka untuk menjadi manusia yang lebih
baik. Contoh karya sastera yang memberi pengajaran ialah cerpen Munshi yang menekankan
6
akhlak yang baik, pegangan agama yang kuat dan sifat tidak lupa pada tanah air. Jadi, karya ini
membuktikan bahawa karya sastera Melayu memperincikan nilai murni serta ilmu pengetahuan
dalam setiap karya yang dihasilkan.
Bukan itu sahaja, karya sastera juga dapat menjadi dakwah kepada masyarakat. Hal ini
demikian kerana dalam karya sastera, sesetengah pengarang menekankan nilai positif dan
realistik yang memperincikan sesuatu perkara dengan sebagaimana adanya. Selain itu, terdapat
juga pengarang yang menghasilkan karya sastera Islam selaras dengan pembentukan akhlak
yang mahmudah di Alam Melayu. Contohnya, Hamzah Fansuri yang menghasilkan karya sastera
untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang Melayu pada zaman dahulu. Contoh karyanya
ialah Gurindam 12 yang mengandungi nasihat tentang pemeliharaan anggota diri supaya tidak
terjerumus dalam lembah maksiat. Jadi, karya ini membuktikan karya sastera juga berfungsi
untuk menjadi dakwah kepada masyarakat.
Rajah 5: Gurindam 12
Akhir sekali, sastera juga berfungsi dalam kritikan sosial. Menurut karya sastera, terdapat
kritikan sosial terhadap pelbagai kisah seperti kisah Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya
lalu disumpah menjadi batu, Mat Jenin yang selalu berangan- angan tinggi tanpa usaha dan Pak
Pandir yang bersifat lurus bendul sehingga isterinya terpaksa menanggung malu daripada
tindakannya yang kurang cerdik itu. Jadi, setiap kritikan ini mempunyai pengajarannya yang
tersendiri. Contohnya, masyarakat hendaklah menghormati ibu bapa seperti dalam kisah Si
Tanggang, selalu berusaha bersungguh-sungguh dan bukan seperti Mat Jenin dan tidak bersifat
terlalu lurus bendul seperti Mat Jenin. Jadi, walaupun karya sastera ini menjadi hiburan kepada
pendengar atau pembaca, apabila sastera menyentuh hati dan perasaan mereka, mereka akan
7
mengambil iktibar dan pengajaran serta mengingati kisah ini dalam kehidupan seharian mereka
(Rahmat et all., 2022).
5.0 Manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam
Pantun, syair, seloka dan gurindam termasuk dalam bentuk syair puisi tradisional yang
menjadi elemen penting dalam menyampaikan pemikiran dan akal budi orang Melayu kepada
orang ramai. Jadi, apabila pengarang menyampaikan pemikiran masyarakat Melayu, hal ini telah
mencerminkan sikap, budi, tingkah laku, kehidupan dan budaya orang Melayu pada orang ramai.
Begitu juga dengan akal budi yang menonjolkan cara pemikiran dan perbuatan seseorang. Akal
budi ini ditunjukkan melalui karya sastera puisi tradisional. Selain itu, akal dapat didefinisikan
sebagai minda yang sentiasa hendak memahami sesuatu perkara manakala budi pula ialah
perasaan, dorongan dan keyakinan. Jadi akal budi ini bermaksud minda yang sentiasa mencari
makna untuk mendapat keyakinan dan sesuatu perasaan. Manifestasi pula bermaksud
penyampaian melalui ucapan terutama dalam karya seni sastera. Seterusnya, manifestasi akal
budi terbahagi kepada 4 aspek iaitu pemikiran, perlakuan, gaya hidup dan pertuturan.
Manifestasi akal budi dalam pantun merupakan penyampaian perasaan yang terbaik
dalam sesuatu karya seni sastera. Setiap pantun dalam puisi tradisional ini mempunyai
maknanya yang tersendiri. Selain itu, orang zaman dahulu sering menggunakan pantun ketika
mereka berkomunikasi untuk tujuan hiburan dan sebagainya. Pantun yang terdiri daripada dua,
empat dan enam rangkap ini akan mempunyai pembayang dan maksud. Jadi, cara orang Melayu
memanifestasikan pemikiran mereka adalah melalui isi tersirat yang terdapat pembayang pantun
yang kebiasaannya menggunakan unsur alam manakala maksud pantun akan berfungsi untuk
menyampaikan nasihat dan perasaan pengarang. Contohnya pantun yang berkaitan dengan
harapan pada rajah 6.
Kusangka nanas di padang,
Rupanya pandan yang berduri,
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.
Rajah 6: Pantun tentang harapan
Berdasarkan pantun di atas, Datuk Zurinah Hassan menyatakan pembayangnya
membawa maksud, daripada jauh pengarang menganggap bahawa buah dilihatnya itu nanas,
8
tetapi rupa-rupanya pandan yang berduri. Pembayang ini mempunyai maksud diantara kedua-
dua buah ini kerana daun nanas dan pandan kelihatan sama tetapi buahnya berbeza dan nanas
boleh dimakan tetapi pandan tidak dapat dimakan terus. Jadi, pembayang pantun ini saling
berkaitan dengan pantunnya kerana tanggapan pengarang bahawa sesuatu hari tersebut cerah
cuacanya, namun hujan di tengah hari. Begitu juga dengan maksud pembayang yang membawa
maksud harapan palsu. Jadi sekiranya pembayang dan maksud saling berkaitan dalam sesuatu
pantun, maka pantun tersebut merupakan pantun yang berkualiti dan bagus. Tuntasnya, pantun
ini menyampaikan pemikiran terhadap sesuatu perkara yang tidak boleh diharapkan dengan
bersungguh-sungguh kerana berkemungkinan ia tidak menjadi kenyataan.
Selain itu, terdapat juga manifestasi akal budi dalam syair. Syair merupakan karya seni
sastera yang mempunyai pengaruh Arab dan Parsi. Menjelang abad ke-16, syair berfungsi untuk
menyebarkan agama Islam dan bermula daripada Nusantara sehingga ke Alam Melayu. Selain
itu, terdapat tokoh yang bernama Hamzah Fansuri yang mengajar manusia untuk mempunyai
landasan hidup yang betul dan baik. Jadi, inilah yang dikatakan sebagai manifestasi akal budi
dalam syair. Contoh syair yang menyampaikan didikan sahsiah adalah seperti salah satu syair
yang ditulis oleh Hamzah Fansuri.
Rajah 7: Syair perahu
Berdasarkan syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri ini, manifestasi akal budi dapat
ditonjolkan melalui rangkap kedua syair yang menekankan pengenalan dan pemahaman
terhadap diri sendiri secara mendalam supaya mereka lebih taat kepada Allah agar mereka dapat
menjadi manusia yang berjaya di akhirat kelak. Selain itu, penyair juga menyatakan bahawa
9
kehidupan manusia ibarat perahu yang sering dipukul ombak supaya manusia sentiasa bersedia
dan kuat untuk menghadapi cabaran.
Di samping itu, manifestasi akal budi juga terdapat dalam seloka. Seloka yang asalnya
daripada perkataan Sanskrit iaitu Shloka ini bermaksud berjenaka, menyindir dan berfungsi untuk
memanifestasi akal budi dalam setiap kisah seloka yang terdapat. Contohnya, seloka Pak Pandir
yang bertujuan untuk menjadi cerita jenaka tetapi juga terselitnya unsur sindiran dalam seloka ini.
Rajah 8: Seloka Pak Pandir
Berdasarkan rangkap di rajah 8, seloka ini memanifestasikan akal budi apabila seloka ini
menceritakan Pak Pandir yang sanggup untuk makan pisang yang diberikan orang walaupun
terdapat unsur jahat disebalik pemberian pisang tersebut dan Pak Pandir tetap mengambil
pemberian tersebut walaupun dirinya akan menerima padah buruk. Jadi, seloka ini terselit unsur
sindiran terhadap isu politik yang sering berlaku dalam pemerintahan. Hal ini menunjukkan
pemimpin-pemimpin politik yang sanggup makan rasuah dan gaji walaupun perkara tersebut
perbuatan yang terkutuk. Jadi, seloka ini mengajar manusia untuk berakhlak baik dan tidak
menerima sesuatu perkara yang boleh membawa keburukan.
Akhir sekali, gurindam juga dapat memanifestasikan akal budi melalui isi kandungannya.
Gurindam menurut Kamus Dewan (1984) ialah puisi yang mempunyai dua baris dan
mengandungi pengajaran. Contoh gurindam yang popular dalam manifestasikan akal budi
kepada masyarakat Melayu ialah Gurindam Dua Belas yang diperkenalkan oleh Raja Ali Ali Haji.
Selain itu, gurindam ini juga merupakan gurindam pertama yang diperkenalkan oleh beliau pada
tahun 1846.
10
Rajah 9: Gurindam 12 pasal ke-9
Berdasarkan rajah 9, gurindam 12 ini mengajar manusia untuk melakukan pekerjaan yang
lebih baik berbanding pekerjaan yang dilarang Allah. Selain itu, gurindam ini juga menekankan
masyarakat Melayu bahawa tempat-tempat hiburan yang dilarang untuk dijejak merupakan
tempat membawa dosa dan disukai syaitan. Jadi, manusia hendaklah sentiasa belajar dalam
kehidupan mereka untuk menjadi manusia yang lebih baik dan diredhai Allah. Tuntasnya,
gurindam ini mendidik pemikiran masyarakat Melayu untuk sentiasa bertakwa kepada Allah dan
tidak berfoya-foya dengan nikmat dunia (Rahmat et all., 2020).
6.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu ini merupakan sesuatu perkara yang sangat
penting untuk mendidik pemikiran manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, taat
kepada tuhan dan mendapat pelbagai iktibar supaya iktibar tersebut dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian mereka. Jadi, tanpa sastera Melayu, sukar masyarakat Melayu untuk
membangun serta mempelajari nilai-nilai kehidupan yang mencabar kerana pengarang sastera
ini lebih makan garam dan seharusnya kita sebagai masyarakat Melayu mengambil nilai positif
dalam sastera Melayu supaya maruah diri, bangsa dan negara dapat dijaga serta mencerminkan
11
bangsa yang baik budi pekertinya kepada negara luar.
12
7.0 Rujukan
Sujud, A., Affendi, N. R. N. M., & Rahman, A. A. (2008). Sastera Melayu : suatu pengantar. Tinta
Press.
Jaffar, A. A. A., Keong, W. S. M (2012, February 8). Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu.
Scribd. https://www.scribd.com/doc/80873309/Jenis-Dan-Bentuk-Kesusasteraan-Melayu
Rahmat, A., Zainuddin, M. A., Bakar, S. A., Hassan, A. R., & Awang, A. (2022). Kesusasteraan
dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Nafizuddin, M. (2021, January 18). Tajuk 1: Kesusasteraan bahasa Melayu. Anyflip.
https://anyflip.com/qpzxx/oyfk/basic
Piah, H. M. (1993). Kesusasteraan melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
xiii