The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razali ayob, 2020-10-08 23:43:42

Buku Panduan Padagogi BM PA21 Buku 2

Buku Panduan Padagogi BM PA21 Buku 2

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

au au audit, automatic audit, automatik
ea ea idea, gear idea, gear
ea i gris, krim
ia ia grease, cream dialek
ei ei dialect protein
ei i protein kalori
ee i calorie mi
iu iu mee
ou au premium, stadium
ou u premium, stadium akauntan, paun
oa o accountant, pound kupon, serius
oo u kot, kadbod
ue u coupon, serious but
coat, cardboard tisu, isu

boot
tissue, issue

Pengekalan Konsonan Gandingan dalam bahasa Inggeris dengan Beberapa
Penyesuaian

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

block blok
classic, clinic klasik, klinik

draft draf
cream, credit krim, kredit
comprehensive komprehensif

protocol protokol
store stor
prism
plasm prisma
plasma
organism organisma

Huruf „g‟ yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis sebagai „g‟
dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.

BahasaInggeris Bahasa Melayu

legend legenda
technology teknologi
tragedi
tragedy psikologi
psychology agenda
agen, ejen (wakil)
agenda
agent

122

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, dan
-sional.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

tradition, action tradisi, aksi
lotion, immigration losen, imigresen
section, television seksyen, televisyen

professional profesional
national, traditional nasional, tradisional

Pengejaan kata yang berakhir dengan –ism.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

nasionalism nasionalisme
comunism komunisme
socialisme sosialisme
mechanism mekanisme

Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

class, glass kelas, gelas
grant, stamp geran, setem
pencil, plan pensel, pelan
bureau, ballon
biro, belon
action aksi
dial, file
size, pie dail, fail
saiz, pai

123

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

MORFOLOGI: PEMBENTUKAN DAN PENGGOLONGAN KATA

Pembentukan kata dalam bahasa Melayu terjadi menerusi proses pengimbuhan, pemajmukan,
penggandaan, dan pengakroniman. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda, yang dibincangkan di bawah aspek
penggolongan kata. Yang berikut ialah contoh perkataan mengikut kategori.

Kata Tunggal

Kata Tunggal KV: yu, ru, ya,ku (aku), tu (itu)
Satu Suku VK: am
Kata KVK: cat, wang
KKVK: stor, pruf, pruf, dril,gred
KVKK: teks, bank, volt, golf
KKKV: skru
KKKVK: skrip, skrol

Kata Tunggal V+KV: aku, uda, apa
DuaSuku V+VK: aib, air
Kata V+KVK: adik, emas, ubat
VK+KV: undi, impi, anda
VK+KVK: ambil, umpan, ombak
KV+V: dua, doa, tua, sua, dia
KV+VK: jauh, tuah, buah
KV+KV: jala, pasu, buku
KV+KVK: kapal, telur, sikat
KVK+KV: lampu, binti, mampu
KVK+KVK: bantal, mentol, sandar

Kata Tunggal KV+V+KV: cuaca, suara, tuala
Tiga Suku Kata KV+V+KVK: biawak, soalan, siasat
V+KV+V: usia, urea, idea
KV+KV+V: semua, mulia, benua
KVK+KV+V: tempua, mentua
KV+KV+VK: keruan, seluar
KVK+KV+VK: berlian
V+KV+KV: utara, utama, irama
V+KV+KVK: ijazah, amanah, amaran
VK+KV+KV: indera, asrama, antara
KV+KV+KV:keliru, budaya, teruna
KVK+KV+KV: menteri, bendera, kemboja
VK+KV+VK: ilmiah, ilmuan
V+KV+VK: akaun, elaun, ideal
KV+KV+KVK: belukar
KVK+KV+KVK: matlamat, cendawan
KV+KVK+KV: belanja
KVK+KVK+KV: sempurna
KV+KVK+KVK: selumbar

124

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kata Tunggal KV+KV+VK+KV: keluarga, biduanda
Empat Suku Kata KV+KVK+KV+KV: sederhana, peristiwa, sayembara
dan lebih KVK+KV+KV+KV: laksamana, sandiwara, harmonika
KVK+KV+V+KV:sentiasa
KV+KV+KV+KV:bidadari, serigala, samudera
KV+KV+KV+KVK:perajurit
KVK+KV+KV+KVK: sentimeter
KVK+KVK+KV+KV:dispensari
KV+KV+V+KVK: nasional
V+KV+KVK+KV+KV: universiti
KVK+KV+KV+KV+KVK: cenderawasih, kosmopolitan
KV+KV+KV+KV+KV+KV: maharajalela

Kata Tunggal – Gabungan Beberapa Huruf Awal:
Akronim ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM: Institut Kefahaman Islam Malaysia
ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri

Kata Tunggal – Gabungan Suku Kata dengan Huruf Awal/
Akronim Suku Kata dengan Suku Kata:
Mara: Majlis Amanah Rakyat
Perkim: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama: Berita Nasional Malaysia
Perkeso: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Intan: Institut Tadbiran Awam Negara

Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata:
tadika: taman didikan kanak-kanak
taska : taman asuhan kanak-kanak
pawagam: panggung wayang gambar
cerpen: cerita pendek
kugiran : kumpulan gitar rancak

Kata Terbitan (Proses Pengimbuhan)

Kata Awalan Kata Nama:
Terbitan pe- (pelari, pesara, pekedai, petani,petinju)
Berawalan pem- (pembawa, pembuat, pemveto, pemburu)
pen- (pendatang, pencari, penjual)
peng- (penggali, pengkhianat, pengukur)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel- (pelajar)
per- (perasap, perbara, pertapa, perburu)
ke- (ketua, kelipat, kekasih)
juru- (juruukur, juruwang, juruterbang)
maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)
tata- (tatabuku, tatabahasa, tatacara)
tuna- (tunalihat, tunaaksara, tunawicara)
pra- (prasejarah, prakata, prasangka)
sub- (subteks, subsistem, substandard)
supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)
swa- (swalayan, swadaya,swatenagaga)
eka- (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi)
dwi- (dwibahasa, dwifungsi, dwitahunan)

125

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kata Awalan Kata Kerja
Terbitan me- (melawan, membuat, merasa)
Berawalan mem- (membawa, memveto, memfitnah)
men- (mendaki, mencadang, mentua)
Kata meng- (menggali, mengikut, mengajar)
Terbitan menge- (mengecat, mengekod, mengetin)
Berakhiran memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)
ber- (berjalan, berganti, berserta)
Kata be- (beraja, berasa, berupa)
Terbitan bel- (belajar)
Berakhiran ter- (terjebak, terbentuk)
di- (diatur, ditimbang, disusun)
Kata diper- (diperisteri, dipercepat, diperoleh)
Terbitan
Berapitan Akhiran Kata Nama:
-an (pakaian, jahitan, mainan)
Kata -wan (sasterawan, sejarawan, usahawan)
Terbitan -man (budiman, seniman)
Berapitan -wati (seniwati, olahragawati)
-isme (nasionalisme, sosialisme, komunisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (munafikat, muslimat)
-ah (ustazah, sultanah)

Akhiran Kata Kerja:
-kan (buatkan, gunakan, besarkan)
-i (turuti, duduki, berkati)

Apitan Kata Nama:
pe-…-an (pelaksanaan, pelantikan, pelihatan, pelibatan)

pem-...-an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)

pen-...-an (pentakrifan, pendapatan, pencarian)

peng-...-an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan)

penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)

per-...-an (persalinan, perkuburan, permainan)
(pelajaran)
pel-…-an (kelainan, kelebihan, kedukaan)
ke-…-an

Apitan Kata Kerja:
me-…-kan (memainkan, menyanyikan, mewujudkan)
men-…-kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan)

mem-...-kan (membaharukan, membaikkan, memvariasikan)

meng-...-kan (menggunakan, mengkhayalkan, menghiraukan)
menge-…-kan (mengepinkan, mengecamkan, mengewadkan)

ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan, berbajukan)

ber-...-an (berlanjutan, bermaafan, berjauhan)
di-…-kan (dibiarkan, digunakan, dipisahkan)

me-...-i (melalui, memasuki, menyedari)

men-...-i (mencurigai, mendendami, menziarahi)

mem-…-i (membaharui, membohongi, mempercayai)
meng-…-i (menganggotai, menggauli, mengekori)

di-...-i (didekati, dimulai, diadili)

diper-…-kan (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan)

memper-... (memperhalus, memperbaik, memperlekeh)

126

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kata Terbitan memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan)
Berapitan memper-...-i (memperingati, memperhambai)
ke-...-an (kehujanan, kehausan, kepanasan)
Kata Terbitan
Bersisipan Apitan Kata Adjektif:
ke-…-an (keinggerisan, keakraban, kecinaan)

Sisipan Kata Nama:
-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er- (keruping, seruling, serabut)

Sisipan Kata Adjektif:
-el- (kelebak, selerak, gelembung)
-er- (gerodak, kerelip)
-em- (gemilang, semerbak, gemerlap, cemerlang)
-in- (sinambung)

Sisipan Kata Kerja
-el- (jelajah, gelegak)

Kata Majmuk gambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya, nasi
minyak,terima kasih, luar biasa, merah muda, bandar raya,
Kata Majmuk tengah hari,jam tangan, meja tulis, bom tangan, guru besar,
Bebas kuning langsat;Perdana Menteri, Duta Besar, Ketua Menteri,
Naib Canselor, Angkasawan Negara, Profesor Madya,
Kata Majmuk Ketua Setiausaha Negara
Istilah Khusus
model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail
Kata Majmuk terus,lesung sendi, kanta tangan, segi tiga, cari gali,
Kiasan/Simpulan reka bentuk, hak milik,mata pelajaran, pita suara, darah panas,
Bahasa kertas kerja, batu kapur,atur cara, kemas kini, urus setia,
siar raya, libat urus
Kata Majmuk
yang Mantap anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati, duit kopi,
makan angin, pilih kasih, bulan madu, manis mulut, tumbuk
Kata Majmuk rusuk, kaki ayam, kaki bola
Terbitan
antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari,
kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan,
jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara,
tanggungjawab

Awalan
dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, berlitar selari

Akhiran
daya serapan, ditemu bual, kemas kinikan, mengatur cara,
kenal pastikan, susun aturkan, beransur maju, campur adukkan

Apitan
mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian

127

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Penggandaan alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang, suku-suku
Kata Majmuk kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah, garis-garis
Rangkai kata pusat, model-model linear, Menteri-Menteri Besar, Ketua-
Bebas Ketua Eksekutif, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan
Pengarah

Penggandaan Penuh

Penggandaan rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau,
penuh kata jangan-jangan, pulau-pulau, rumah-rumah, budak-budak,
tunggal tadika-tadika, buku-buku, sekolah-sekolah, cerpen-cerpen

Penggandaan pemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar, pelatih-pelatih,
penuh kata kekasih-kekasih, ketua-ketua, pekedai-pekedai, peruncit-
berimbuhan peruncit,pengguna-pengguna, persatuan-persatuan,
kementerian-kementerian

Penggandaan lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang,
Separa tersenyum-senyum, kejar-mengejar, sebijak-bijak,
sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan

Penggandaan Pengulangan vokal
Berentak Kata Nama: lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur
Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong, tungkus-lumus
Kata Adjektif: hiruk-pikuk

Pengulangan Konsonan
Kata Nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat
Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir
Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting, kucar-kacir

Bebas
Kata Nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai
Kata Kerja: ulang-alik
Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai, simpang-siur

128

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

PENGGOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah pengelompokan perkataan dalam kumpulan dan fungsi yang
sama berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Golongan kata terbahagi kepada
empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.

Kata nama Nama am kerusi, sekolah
Nama khas
Rolls Royce, Senator Sharifah
Kata ganti nama aku, kamu, dia, sana, sini, itu, ini,

apa, mana, siapa

Kata kerja Transitif menghadiri, mengurus,menjahitkan

Tak transitif berlari, menangis, berselendangkan,
Pasif tinggal

ditenggelami, terangkat, bergosok,
kena malu, kepanasan

Kata adjektif Sifatan atau keadaan baik
Kata tugas
Warna kuning

Ukuran renek

Bentuk pipih

Waktu suntuk

Jarak hampir

Cara lambat

Perasaan terkesima

pancaindera payau

Hubung justeru
Seru amboi
Tanya bagaimana
Perintah sila
Pangkal ayat maka
Bantu dapat , boleh
Penegas -lah
Nafi bukan , tidak
Pemeri ialah , adalah
Sendi nama antara , di antara
Pembenar ya
Arah belakang
Bilangan banyak , ramai
Adverba selalu , sering kali
Penekan hakikatnya
Pembenda lajunya

129

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

PANDUAN PELAKSANAAN:

1. Menghubungkaitkan isu tatabahasa yang sering ditemukan dalam penulisan.
Contoh: 1a. Pele adalah pemain bola sepak brazil yang sangat terhebat
sekali sewaktu menendang gol.
SEPATUTNYA
1b. Pele ialah pemain bola sepak Brazil yang terhebat sewaktu
menjaringkan bola.

2. Meneliti aspek strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual, e-
pembelajaran, dan didik hibur.

a. Tatabahasa secara Kontekstual: Menghubungkaitkan pengalaman menulis dengan
elemen tatabahasa, khususnya morfologi. Misalnya, penggolongan kata, iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif,dan kata tugas.

b. Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya bahan dalam laman
sesawang dan akhbar dalam talian menggunakan bahasa yang betul dan gramatis.

c. Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan penggunaan puisi tradisional, puisi
moden atau lirik lagu. Guru boleh mengaplikasikan bahan tersebut dalam pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan kreativiti.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BINAAN AYAT, AYAT DASAR, FRASA, KLAUSA, AYAT MAJMUK, DAN AYAT
TERBITAN
Pengenalan
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa,
yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa,
frasa, dan perkataan.

BINAAN AYAT
Ayat terbina daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat.

Subjek Predikat
angkasawan pertama negara kita.
1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menganjurkan program Karnival Bahasa.
2. Unit Kurikulum Daerah
sedang dipulihara.
Gombak
3. Bangunan yang bersejarah itu

130

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Ayat Dasar:

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan bahasa Melayu
seperti yang berikut:

Subjek Predikat

Puan Hasnah ejen insurans.
Abang Jalal menjerit kesakitan.
Cik Halina sangat ayu berbaju kebaya.
Pejabat Encik Ab. Rahim di Bandar Enstek.

Ayat-ayat di atas dapat menerbitkan ayat-ayat yang lain, yang lebih kompleks sama ada
ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

FRASA: Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.

Contoh Frasa Contoh Frasa yang diperluas
kertas
sehelai kertas
sehelai kertas edaran
sehelai kertas edaran mesyuarat

Pola Ayat Dasar: Pola ayat dasar terbahagi kepada empat jenis berdasarkan unsur yang
hadir sebagai konstituen ayat, iaitu jenis subjek dan predikat. Ayat dasar bahasa Melayu
terdiri daripada empat pola, iaitu FN + FN,FN + FK, FN + FA, dan FN + FS.

Pola Contoh

Subjek + Predikat Subjek / Predikat

1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Putra.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-guru Besar sedang bermesyuarat.
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya.
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Bharu.

Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat
pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan
Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang gramatis mestilah berdasarkan gabungan subjek
(FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Binaan Frasa Nama (FN):

Frasa nama terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu
kesatuan dalam binaan ayat.

Subjek Predikat Pola
usahawan tani. FN + FN
Encik Rahman alat bantu mengajar.
Perisian
persembahan isteri Datuk Khalid.
Dato‟ Siti
Nurhaliza pegawai khas Menteri Pendidikan .
Dato‟ Shariff

131

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Binaan Frasa Kerja (FK):

Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya
ialah kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian
atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau
unsur-unsur lain.

Contoh:

Subjek Frasa Kerja Kata kerja

1. Rahmah membaca buku cerita. KKT
2. Ayam hutan itu membuat sarang pada pokok ara. KKT
3. Adik tidur di pangkuan ibu. KKTT
4. Jin Han bernyanyi di atas pentas. KKTT
5. Kanak-kanak itu menangis tersedu-sedu. KKTT

Binaan Frasa Adjektif (FA):

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan
yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif berfungsi sebagai
predikat, sebagai unsur keterangan, dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur
keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata
adjektif hadir sesudah kata nama.

Contoh:

Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif

1. Dia rajin. FA sebagai predikat
2. Mereka pulang segera. FA sebagai unsur penerang
3. Burung helang terbang tinggi. FA sebagai unsur keterangan

Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang
terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada
kata sendi nama itu. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
termasuk di, ke, dari, daripada, pada, kepada, dan sebagainya. Contoh:

Subjek Predikat

1. Kanang ke bandar.
2. E-mel itu daripada ibu.
3. Cenderamata ini untuk murid cemerlang.

Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau
sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada:

(i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain
sebagai penerang;

(ii) dua unsur inti di dalamnya.

132

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Contoh :

Contoh Frasa Nama

Inti Penerang Predikat

1. Guru Bahasa Melayu itu sungguh kreatif.
2. Kakak budak lelaki itu sudah berpunya.

Frasa Nama

Inti Inti Predikat
1. Ibu
2. Hutan bapa dipersilakan hadir.
rimba perlu dijaga.
Subjek
Kata kerja Frasa Kerja Keterangan
1. Adik Objek
2. Hujan tidur.
3. Ayah turun - dengan lebatnya.
4. Perburu membaca manuskrip. berlari pantas.
5. Ibu menembak rusa.
6. Jurulatih menghidangkan makanan.
menyuruh murid-murid

Pembentukan Frasa Kerja (FK):

Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu

(i) frasa kerja tak transitif tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak
perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.

(ii) frasa kerja transitif mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut
oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti
oleh kata keterangan.

133

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Pembentukan Frasa Adjektif (FA):
Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang
mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau
di belakangnya.

Subjek Frasa Adjektif

1. Hari Kata Penguat Kata Penguat
2. Hujan Bantu Adjektif
3. Ayah - -
4. Perburu itu sudah - gelap. -
5. Pulau Tioman masih amat lebat. -
6. Faiz sangat gembira. -
- - cekap. amat.
- - cantik benar.
masih tenang
masih

Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu
binaan yang berikut:
i. Kata sendi nama + frasa nama

ii. Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama

iii. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

Frasa Sendi Nama

Subjek Kata Kata Nama Frasa Nama Keterangan
Sendi Arah
1. Saya Nama
2. Adik - Johor Bahru. -
3. Ayah dari - sekolah. -
4. Perburu itu ke belakang rumah. -
5. Nenek di dalam hutan. -
6. Pemandu itu dari dalam belukar mencari herba.
ke belakang keretanya mengambil
ke sesuatu.

134

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu
klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan
bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa
yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

Klausa bebas / klausa utama Klausa tak bebas
Awak pandai kerana awak rajin belajar.

Kami akan hadir sekiranya hari tidak hujan

Mereka akan datang walaupun tidak diundang
Cikgu memberitahu sesuatu
bahawa kami akan menghantar tugasan
pada hari esok.

BINAAN AYAT:

Binaan Ayat Tunggal – Ayat Majmuk :

Ayat tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat; sementara ayat majmuk
mengandungi satu subjek dengan beberapa predikat, beberapa subjek dengan satu
predikat, atau beberapa subjek dengan beberapa predikat. Bilangan klausa yang
terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan sama ada ayat itu ayat tunggal ataupun
ayat majmuk.

Contoh :

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

1a. Puan Jaleha guru di SMK Puan Jaleha guru di SMK Bukit Putra
Bukit Putra. manakala rakan beliau juruteknik di
sebuah syarikat petroleum.
1b.Rakan beliau juruteknik di
sebuah syarikat petroleum.

2a. Murid-murid masih berbual. Murid-murid masih berbual walaupun
2b. Pengetua sedang berucap. Pengetua sedang berucap.

3a. Staf sekolah ini rajin. Staf sekolah ini rajin serta
3b. Staf sekolah ini bertanggungjawab. bertanggungjawab.

Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.

Subjek Predikat Binaan Predikat

i. Pemuda itu pengarah syarikat. Frasa Nama
ii. Ayam serama itu berkokok. Frasa Kerja
iii. Cikgu Amin sangat rajin. Frasa Adjektif
iv. Bapa ke Kuala Lumpur. Frasa Sendi Nama

135

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

RAGAM AYAT:
Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif
terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat Aktif Transitif Predikat

Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ribut
2. Ahmad melanda kampung kami.
3. Pengarah mengarang buku cerita.
merasmikan seminar itu.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang boleh digugurkan

Subjek Predikat

1. Amir Zakry Kata Kerja Tak Keterangan yang boleh
2. Azie Hazirah Transitif digugurkan
3. Khawidah
sedang bercuti di Pulau Pinang.
mengaji selepas Maghrib.
berkebun di belakang rumahnya.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang tidak boleh digugurkan

Subjek Predikat

1. Arweendran Kata Kerja Keterangan yang tidak
2. Pesawat MH370 Tak Transitif boleh digugurkan
3. Penyakitnya
tinggal di Setia Alam.
menuju ke Beijing.
beransur sembuh.

AYAT PASIF: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif
digolongkan kepada tiga jenis, iaitu:

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan

iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Nama Keterangan
Pasif
1.Buku itu oleh Abu pagi tadi.
2.Kucing sudah diambil oleh basikal di kakinya.
3.Sampah sarap terlanggar oleh pekerja setiap hari.
dipungut

136

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Keterangan
Diri Pertama atau Kedua
1. Tugasan itu
2. Hutang itu sudah aku siapkan awal-awal lagi.
3. Masakan itu akan kami jelaskan segera.
4. Perkara tersebut belum engkau makan lagi.
harus awak putuskan segera.

Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang hadir sebelum kata kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama

1.Penagih tadi kena tangkap oleh polis.
2.Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam.
3.Budak tersebut kena kejar oleh orang jahat.
4.Harimau bintang kena tembak oleh perburu.

AYAT MAJMUK: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal
atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung ‟seperti‟
dan, kata komplemen ‟bahawa‟, kata relatif ‟yang‟, selain penggunaan tanda koma, dan

keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
a. Faktanya berurutan(kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil)
1. Dia masuk ke dewan lalu duduk di barisan hadapan.
2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.
b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal)
1. Vivian bertubuh besar tetapi penakut.
2. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.

c. Gabungan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung
berpasangan

1. Daripada berbual-bual kosong, lebih baik kita mengulang kaji pelajaran.

2. Sama ada berita itu benar ataupun tidak, belum dapat dipastikan.

Ayat Majmuk Pancangan: Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)
1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama sudah ditemu duga.

(Ayat induk: Calon guru sudah ditemu duga.)
(Ayat kecil: Calon guru hadir pada sesi pertama.)

137

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa dan untuk)
1. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.
2. Adalah sukar untuk pasukan penyelamat menemukan pesawat itu.

Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu,
dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya)
1. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan.

(keterangan sebab)

2. Jika dia menerima saya seadanya, saya akan terus berbincang dengan kedua-
dua orang ibu bapa saya. (keterangan syarat)

3. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang
berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)

4. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih
baik pada tahun depan. (keterangan harapan)

Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat
yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai
jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata
komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.
1. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam

pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri
kita.

2. Jika perlawanan bola sepak yang akan mempertemukan dua pasukan gergasi
dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik
kedua-dua buah pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan
memperoleh keuntungan yang besar.

Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja
transitif.
1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan

kerja yang diserahkan kepada kami.
2. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan

datang.
3. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus

peningkatan ilmu seumpama ini.

PROSES PENERBITAN AYAT: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau
terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur
struktur dalaman ayat.

138

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

PROSES PENGGUGURAN
Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran:
a) frasa nama sebagai subjek
b) frasa predikat
c) frasa nama yang mendahului frasa relatif

Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang
kedua dalam ayat perintah.

Contoh: i. Kamu keluar keluar!

ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Contoh: i. Muhammad sangat pandai + Muhammad rajin belajar

Muhammad sangat pandai kerana dia rajin belajar.

Muhammad sangat pandai kerana rajin belajar.

ii. Nawal cerdik + Nawal pendiam

Nawal cerdik tetapi Nawal pendiam.

Nawal cerdik tetapi pendiam.

Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya
boleh digugurkan. Contoh:

Frasa Predikat Contoh Ayat

a. Frasa kerja Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Sepupunya belajar di
yang serupa Matrikulasi Johor.
i. Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan sepupunya belajar di
b. Frasa nama
yang serupa Kolej Matrikulasi Johor.
ii. Zahrah dan sepupunya belajar di Kolej Matrikulasi Johor.
c. Frasa adjektif Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.
yang serupa i. Encik Fauzi guru sekolah dan Puan Sharifah guru sekolah.
ii. Encik Fauzi dan Puan Sharifah guru sekolah.
d. Frasa sendi Abang saya sangat rajin. Abang Fei Fun sangat rajin.
nama yang i. Abang saya sangat rajin dan abang Fei Fun sangat rajin.
serupa ii. Abang saya dan abang Fei Fun sangat rajin.
Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.
i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.
ii. Dia dan isterinya masih di kampung.

139

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat
digabungkan, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.
Contoh:

i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.
Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.

ii. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.
Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama:
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama (inti) + penerang boleh digugurkan
sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin
bukan daripada kelas kata nama. Contoh:

i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.

ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
Merokok membahayakan kesihatan.

Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan
diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan
semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-
kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan,
tetapi tidak mengubah maksud ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:
1a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
1b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
1c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Ayat Asal Penyusunan Semula

1a) Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik.
(Frasa nama sebagai subjek)
1b) Allah mengurniai kita Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
rahmat. (Frasa nama sebagai objek)
Pergi ke kedai orang itu. (Ayat songsang)
1c) Orang itu pergi ke kedai.

140

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan
unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan
frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

Ayat Asal Peluasan

Budak itu adik saya.Budak itu Budak yang membaca buku itu adik saya.
membaca buku (Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu. Osman mengusik budak yang menangis itu.
Budak itu menangis. (Frasa predikat)

Ayah tidak bekerja. Ayah tidak bekerja kerana sakit perut.
Ayah sakit perut. (Kata hubung)

Mereka melaporkan . Mereka melaporkan bahawa guru kelas
Guru kelas tidak hadir. tidak hadir. (proses komplementasi)

141

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

A. LATIHAN PEMANTAPAN SISTEM EJAAN

1. Pilih hanya perkataan yang betul ejaannya.

batok detik milek hurmat semuga cantum
betul tenguk kurban balek senduk keciwa
masih dompet suntek kaget kopon
anika payong risek elok tewas
bilik rihat junjong pelek seliseh fasih
biduk toreh kungkung gabenur calun tungkat
sembelih cetik tunjuk gulongan perabut jenguk
periok puteh dapur lindong forum
jujor buih bonos herit montok
becuk dukung awit musoh simen usek
rimbon tikit oleh
solek

2. a) Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang betul ejaannya.

a) abnormal anti kerajaan Infrastruktur
dwibahasa tata bahasa ultra lembayung
biadab pro demokrasi
eka bahasa transmigrasi sub golongan
multilateral panca indera Prokerajaan
antikomunis eka warna
semi profesional pro-Malaysia
makro skop swadaya autobiografi
substandard politeknik tuna susila
ultra sonik poligami angkasawan
kolonialisme antiisrael dasawarsa

b) Tulis 15 kata pinjaman lain dengan ejaan yang betul.

142

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

B. LATIHAN PEMANTAPAN MORFOLOGI
1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.

kecantikkan kecantikan
pembiakan pembiakkan
kebanyakkan kebanyakan
pertunjukan pertunjukkan
mencantikan mencantikkan
membiakkan membiakan
membanyakan membanyakkan
menunjukan menunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...-
kan atau diper-...-kan.
a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar…
b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan…
c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna…
d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...

e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...

3. Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?

4. Susunan kata yang manakah yang betul mengikut hukum DM?

Minang Restoran - Restoran Minang

Tan Gigi Klinik - Klinik Gigi Tan

Tebingan Sarawak - Sarawak Tebingan

Dunlop tayar - tayar Dunlop
Stadium Likas - Likas Stadium

Lain-lain hal - Hal-hal lain

sos cili - cili sos

Kata-kata lain - Lain-lain kata

Klip video - Video klip

5. Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti
contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan salah? Berikan alasan anda.

SALAH BETUL SALAH BETUL

kata aluan kata alu-aluan aturcara atur cara
menjemput mengundang siaraya siar raya
kehadirat urusetia urus setia
ke hadirat

143

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

izinNya izin-Nya di atas atas penghargaan
ketibaan penghargaan
mengambil hadiah dimenangi
tempat duduk hadiah jatuh oleh
kepada

6. Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa dengan siapa-siapa,
dan mana dengan mana-mana?

7. Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk menggantikan kata
hubung apabila?

8. Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata ganti?

9. Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata sendi kerana?

10. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja
pasif?

11. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:
aktif:_______________________________________________________.
pasif:_______________________________________________________.

12. Sila catatkan bentuk kata/frasa yang BETUL pada lajur yang disediakan.

Bil. SALAH BETUL

1. banyak organisasi-organisasi
2. banyak langkah-langkah
3. semua tugas-tugas
4. semua anggota-anggota
5. semua ilmu-ilmu
6. semua aspek-aspek
7. semua kerja-kerja
8. kesemua unsur-unsur
9. kesemua filem-filem
10. segala aspek-aspek
11. segala maklumat-maklumat
12. ramai pengguna-pengguna
13. jumlah anak-anak
14. sejumlah besar keluarga-keluarga
15. sebilangan besar ahli-ahli

144

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Bil. SALAH BETUL

16. kebanyakan orang-orang
17. sekawan burung-burung
18. sebaris rumah-rumah
19. sekumpulan pelajar-pelajar
20. sekandang lembu-lembu

C. LATIHAN PENGAYAAN MORFOLOGI
1. Nyatakan kesalahan tatabahasa dalam situasi yang berikut:

Situasi 1

Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara
majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat
mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul.

“Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau
tadi…”

Situasi 2

Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru
diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:

“Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-
masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.”

Situasi 3

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu
menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas
kerja melafazkan ayat berikut:
“Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda
arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.”

145

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

2. Baca Petikan 1, kemudian nyatakan sinonim kata atau ungkapan yang bergaris.

Petikan 1

Pada tahap awal dia menjadi pemberita, dia berasa hidup sebagai pemberita cukup pahit.
Sejak kecil sehinggalah beberapa tahun sebelum bertugas sebagai pemberita, dia adalah
cucu manja datuknya, walaupun bukan anak manja ibu bapanya. Datuknya, Tok Kelah
betul-betul menyenanginya.

(Daripada Tirai Tokoh, Rahman Shaari (1997: 58))

Petikan 2

Barangkali kerana kekurangan kalori, orang mudah luka dan bengkak bernanah. Ramai
orang tokak sekarang. Kulit kami pantang luka. Luka itu akan meroyak dan jadi tokak.
Umumnya, kaum lelaki banyak menghidap penyakit begini. Oleh sebab itu, hidupnya
bergantung atas bahu perempuan dalam keluarganya.

(Daripada Sarida, Arenawati (1992: 36))

D. LATIHAN PEMANTAPAN SINTAKSIS
1. Bagi setiap contoh ayat yang dikemukakan dalam modul, sila hasilkan satu ayat lain

yang sama bentuk, jenis, atau polanya.
2. Secara berpasangan, sila berbincang, seterusnya kemukakan satu ayat majmuk

daripada salah satu wacana yang berikut:
a) Surat rasmi mengundang penceramah ke sekolah atau ke jabatan.
b) Abstrak suatu kajian yang dilakukan di sebuah sekolah pedalaman.
c) Keputusan mesyuarat jabatan/kelab pada akhir tahun.
d) Item objektif bagi mana-mana mod kursus keguruan.
e) Ucapan penghargaan pada hari istimewa (Hari Guru, Hari Kebangsaan, hari ulang

tahun kelahiran, dll.)
3. Berikan pandangan tentang cara untuk meningkatkan pengetahuan berbahasa dalam

kalangan pelajar prauniversiti.

E. LATIHAN MENGESAN AYAT YANG TIDAK BETUL SUSUNANNYA
Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak
baku, seperti:
1. Ini hari Azizah tidak datang.
2. Yang melukis gambar ini Huzaimahlah.
3. Itu pen dakwat sudah habis.
4. Majalah itu saya tidak menyimpannya.
5. Buku ini saya tidak mahu membaca.
6. Yang memukul awak siapakah?
7. Nora dan Nani baik berkawan.

146

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

F. LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS
Tandakan (√) pada ayat yang betul.

1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan
datang.

2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.
3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara.
4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah berpendidikan

sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.
5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.
6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.
7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.
8. Kenyataan itu ialah benar.
9. Dunia ini ialah fana.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu.
12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada minggu

hadapan.
13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan kadar yang

segera.
14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses

pengauditan selama seminggu.
15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.

G. LATIHAN LANJUTAN
Baiki unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.
1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.
1a.

2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.
2a.

3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.
3a.

4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.
4a.

5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.

147

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
5a.
6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.
6a.
7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.
7a.
8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.
8a.
9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.
9a.
10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.
10a.

148

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

AYAT

Jenis Ayat: Kepelbagaian jenis ayat menggambarkan bahawa kita mengalami pelbagai
situasi dan juga mempunyai pelbagai kemahuan. Oleh hal yang demikian, timbullah kelainan
ayat untuk merakamkan situasi atau menyatakan kemahuan tersebut.

Ayat Penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan
tentang sesuatu hal, dan dilafazkan dengan intonasi yang menurun pada akhir ayat.Ayat
jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Sila perhatikan contoh-
contoh yang berikut:

a) Saya mempunyai sebuah komputer.

b) Dia sudah pandai mengakses maklumat daripada e-pembelajaran.

c) Guru-guru sedang melengkapkan pelbagai jenis borang.

d) Dia pandai mengambil hati.

e) Encik Mohamad Hanifah mengimpikan seorang isteri yang solehah.

Ayat Tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan

berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula
digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan
kata tanya.Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi

sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan
tanda soal „?‟. Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah, yang diletakkan pada
unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.

Ayat tanya dengan kata tanya: Ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila,
siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua
golongan, iaitu ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa
sendi nama tanya.Ayat tanya dengan kata gantinama tanya terdiri daripada ayat-ayat
yang mengandungi kata gantinama tanya seperti apa, siapa dan mana.Ayat tanya dengan
frasa sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa sendi nama
tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagai mana, dengan
siapa, daripada siapa dan sebagainya.

Contoh Ayat Jenis Ayat Tanya

1. Awak sudah mandi? Ayat tanya tanpa kata tanya
2. Mereka pergi ke sekolah? Ayat tanya dengan kata partikel tanya
3. Awak sudah mandikah? -kah
4. Mereka pergi ke sekolahkah?
5. Siapa guru awak? Ayat tanya dengan kata tanya
6. Mana satu pilihan awak?
7. Dia mengajar di mana? Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
8. Awak hendak membujang

sampai bila?

149

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapan ya
atau tidak/bukan, ayat tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya
jika jawapan yang memerlukan kepada huraian, ayat tanya tersebut dikelaskan sebagai
ayat tanya terbuka.

Ayat Perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan
sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti
nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang digugurkan.Ayat
perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis:

i. Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberikan perintah atau arahan.
Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau
dan selainnya digugurkan.

ii. Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau
tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang
melakukannya.

iii. Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput
sebelumkata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

iv. Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah
ayat suruhan
1. Awak siapkan kerja itu sekarang. ayat larangan
2. Makanlah kuih-muih ini dahulu. ayat silaan

3. Usah bertanya ke mana aku pergi. ayat permintaan
4. Jangan ambil wang orang.

5. Sila datang ke rumah saya petang ini.
6. Jemputlah hadir ke majlis pertunangan

kami.

7. Minta tuan-tuan jelaskan yuran pengajian.

8. Sila hantarkan tugasan itu sebelum ayat perintah lembut
hari Isnin.

Ayat silaan tidak boleh membawa pengertian negatif, misalnya: “Tolong jangan bising.” dan
“Sila jangan merokok.”

Ayat Seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda
seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau
tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas,dan
sebagainya seperti dalam ayat:

1. Ayah!

2. Oh, Tuhanku!

150

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTUR AYAT

1. Ayat Gabungan: Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa
ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:

Nani dan Nora ke perpustakaan.

Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang
membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:

SALAH BETUL

1. Mereka akan melancong ke Pulau 1a) 1a. Mereka akan melancong
Tioman atau Pulau Langkawi? ke Pulau Tioman atau ke

Pu Pulau Langkawi?

2. Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal 2a) 2a. Saya tidak pasti sama ada
di Relang atau Jelai. Nani tinggal di Relang atau
di Jelai.
3. Baik yang kaya atau miskin datang
ke rumahnya. 3a) 3a. Baik yang kaya atau yang
miskin datang ke rumahnya.

4. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. 4a) 4a. Hadiah ini untuk Izzat
bukan untuk Hazwan.

5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun s5aay)a5a. Jangankan membeli kereta,

tak mampu. Membeli motosikal pun

saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan: Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialahdua ayat
tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.

Contoh:

a) Kereta Pak Leh itu terbabas.

b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.

Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:

i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.

Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:

i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang
dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:

SALAH BETUL

1. Rumah itu di atas bukit tidak ada 1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. penghuninya.

2. Bangunan itu yang tinggi Menara 2a) Bangunan yang tinggi itu Menara
Kembar Petronas. Kembar Petronas.

151

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata
hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:

SALAH BETUL

1. Kami berdoa kamu berjaya. 1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.
2. Semua orang tahu dia anak Pak 2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak

Hamid. Hamid.

3. Ayat Tergantung: Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat
biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang.

Contoh: Budak itu / menangis.
Farhana / guru Bahasa Melayu.

Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan predikat
di hadapan. Contoh:

Contoh: Tinggi / bangunan itu.

Siapakah / gadis itu.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat
tergantung. Teliti contoh-contoh ayat di bawah:

1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)
1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)
2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)
2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)
3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)
3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)
4. Banyak pelajar lulus dengan baiknya. (S)
4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baiknya. (B)
5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)
5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)
6. Dia yang datang kelmarin. (S)
6a. Dialah yang datang kelmarin. (B)
7. Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. (S)
7a. Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. (B)
8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)
8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)
9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)
9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)
10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)
10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)

152

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015
Kemahiran Tatabahasa
LATIHAN KATA ADJEKTIF BERDASARKAN SLOT PEMBENTANGAN
Pasukan Harimau Malaya semakin hebat. Pada tahun 2011 yang lalu, pasukan yang
dianggotai oleh pemain muda negara ini telah memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea
yang ke-24. Pasukan yang memakai jersi merah dan biru ini menjadi kebangaan negara.
Rakyat Malaysia bangga akan kejayaan pasukan tersebut yang menewaskan pasukan
Indonesia. Pasukan negara menang bukan kerana bola tersebut bulat. Pasukan Malaysia
menang kerana pemain negara lincah dan tangkas. Walaupun pasukan lawan mendapat
jaringan awal, pasukan negara tetap dapat menewaskan mereka. Kemenangan yang
dicapai ini membawa kenangan manis kepada semua pemain negara. Berita tentang
kejayaan pasukan negara ini telah mendapat liputan yang luas oleh media tempatan.
Walaupun jauh dari tempat tinggal, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia tetap
berkunjung ke Stadium Bung Karno untuk memberikan sokongan.

1. Menggarisi kata-kata adjektif dalam petikan.
2. Mengkategorikan kata adjektif yang digarisi.
3. Bina satu peta pemikiran untuk mengkategorikan kata adjektif.

153

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KEMAHIRAN BERBAHASA

Latihan Simpulan Bahasa Berdasarkan Slot Pembentangan

Dengar lagu „Ayam‟ dan lengkapkan lirik lagu tersebut :

Lirik Lagu Ayam - Jalil Hamid

Ayam bermacam ayam
ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
.................................................................
sabung ayam nasi ayam telur ayam

ayam hutan boleh terebang
ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

korus:
ibu si ibu ayam
........................................................
hooo...oh ...........................
telur dieram anak sereban
kata bidalan ber...................................
kalau makan ......................................
kalau nak tidur ........................................
kalau tak nampak itu ...............................

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam ...........................................
makan ............................ sakit gigi siang malam

(ulang korus)

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh jangan makan bulu ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam

154

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

“… adalah kudengar beberapa bangsa dalam dunia ini menjadi besar dan pandai
sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti bahasanya

serta memeliharakan bahasanya.
… Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu, maka bahasanya pun

besarlah…”
- Abdulah Munsyi, Hikayat Abdulah

155


Click to View FlipBook Version