The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-11-11 21:50:53

BUKU PERATURAN 2017 SK LOSONG-1

BUKU PERATURAN 2017 SK LOSONG-1

SEKOLAH KEBANGSAAN LOSONG
KUALA TERENGGANU

LENCANA
SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

PROFIL MURID

NAMA : _________________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR:
__________________________________________________

NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________

NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________

ALAMAT : ___________________________________________________________

_____________________________________________________________________

NO TELEFON : (R) : __________________________

(HP) : __________________________

TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/
menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu
kesalahan.

PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah

Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-

tiap Sekolah – Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis.
Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.
Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan
kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada
peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School
Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah
mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan
mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui
peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara
yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga
menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing

Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik

kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya
mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat
bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.

ISI KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi Sekolah
Visi Sekolah
Lagu Negaraku
Disiplin

A Definisi Disiplin
B Matlamat Disiplin
C Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Etika Pelajar

ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G Tanggungjawab pelajar terhadap negara
Penguatkuasa Peraturan

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. Pakaian
2. Rambut
3. Perhimpunan
4. Kebersihan
5. Kawasan sekolah
6. Sakit
7. Kawasan yang dilarang
8. Kebersihan

Sampah
Kantin
Bilik Darjah
Tandas
9. Keselamatan
Beratur
Waktu Balik
Makmal
Bilik-bilik Khas
10. Pelawat
11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas
12. Ketua Murid dan Pengawas
13. Waktu Sembahyang
14. Waktu Rehat
15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan
16. Bayaran Yuran Tambahan
17. Kerosakan Harta Benda Sekolah
18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insane yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

VISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SK LOSONG berikrar akan mematuhi segala
peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua
daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri,
keluarga, bangsa, agama dan Negara

DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun
1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan
tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan
hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong
menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin
diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah
mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila,
bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan
individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam
masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

● keadilan dan layanan sama rata
● pertimbangan minat dan keperluan pelajar
● kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
● amalan menghormati seseorang individu
● perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan berharmonis
● perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR
A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.

2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang

yang bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat

1. Tolong menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang-orang yang ebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)

2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep Rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan
sekolah.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. PAKAIAN

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di
sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI
1.1.1Baju

(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju

hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar

sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar

(a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna biru tua .
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau

sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak

dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan stoking
(a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa
diikat.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.
(d) Jika berstokin,hendaklan stoking putih sahaja dibenarkan.

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama
(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas poket atau di dada
sebelah kiri baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.

1.1.5 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran 3cm berwarna gelap
atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan
beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher
(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan dan hari-hari
lain yang diarahkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan
a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang
berada di sekolah.

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN

1.2.1. Baju kurung
a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk
belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru
gelap.
b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.
c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung
tetapi tidak mencecah lantai .

1.2.2 Tudung
a) Setiap pelajar diwajibkan memakai tudung berwarna putih
tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.
b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung.
c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini
telekung.

1.2.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 1.1.3

1.2.4 Lencana dan tanda nama
a) Sama seperti 1.1.4

1.1.5Barang kemas / perhiasan
a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas,
alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

1.4 PAKAIAN PENGAWAS
1.4.1 Baju berwarna biru muda dan seluar berwarna biru tua bagi lelaki.
1.4.2 Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna
biru tua dan tudung berwarna biru tua bagi pengawas perempuan .
1.4.3 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.
1.4.4 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa
dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu
berada di sekolah.
1.4.5 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada
persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T
sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk
mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan
a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani

a) Lelaki – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.

b) Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek

biru tua serta mini telekung putih.

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan

a) Lelaki – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.

b) Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar

trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh
guru penasihat masing-masing.

2.0 RAMBUT

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang
dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk.

Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah
tengah. (Rujuk gambar rajah)

3.0 PERHIMPUNAN

3.1.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari ahad setiap minggu mulai
jam 7.30 pagi.

3.1.2 Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
3.1.3 Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.
3.14 Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotic dengan penuh

semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.
4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu
kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang
dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak
dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar
tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan,
membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua kelas bertanggungjawab
mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu
hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru kelas.

5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru kelas dengan mengisi
borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau
pelajar yang bertugas.

5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu,
pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar atau
penolong kanan dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada
guru kelas dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT

6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, Pengawas atau Ketua kelas.

6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.

6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah

6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran
dari pihak sekolah.

6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital
kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANG

Tempat letak kenderaan guru
Kawasan tangki septik
Bilik Guru

Bilik Peperiksaan
Kawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil.
6/1997

8.1 Tong Sampah

8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.

8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.

8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa
sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah

8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah.

8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh
tangan sahaja.

8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke
dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.

8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke
dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

8.3 Bilik Darjah

8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.

8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah
dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.

8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan
laluan koridor.

8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang
dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu
dibayar gantirugi.

8.4 Tandas

8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk

tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang
disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1. Beratur

9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum
permulaan kelas.

9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel,
pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak
ke mana-mana tempat.

9.2. Waktu balik

9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah
mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup
suis lampu serta kipas jika digunakan.

9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan
teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan
berjalan apabila diarahkan.

9.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang
mengawal laluan.

9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.

9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki
kenderaan.

9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas
bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3. Makmal

9.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran
guru berkenaan.

9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.

9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan
alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau
arahan guru berkenaan.

9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari
makmal.

9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru
berkenaan.

9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang
kertas.

9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan
pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata
tempat.

9.4. Bilik-bilik khas

9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel
KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa
kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.

9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan
alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau
arahan guru.

9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah
mengikut arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT
10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada

waktu rehat.Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa
dengan pelajar.

10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa
dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
11.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar
itu tidak hadir.
11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak
hadir pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara
berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah
secara berturut-turut.
11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga
sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak
20 hari secara tidak berturut-turut.
11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada
ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada
surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara
berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran
secara tidak berturut-turut.
11.4 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari

kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas
dari Guru Besar atau Penolong Kanan. Kebenaran bertulis hendaklah
diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS
12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh
Guru Besar dengan kerjasama guru-guru.
12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas
12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan
tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu
dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
12.5 Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.
12.6 Sifat-sifat Kelayakan
Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah
mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi
akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam
kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

12.7 Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa
rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama
sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat
pandang dengar dan makmal kom[uter supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti
juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua
pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang
berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi
bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.
Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar

peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti
dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-
masing

14.0 WAKTU REHAT

Waktu rehat
Tahap 1 bermula 9.45 pagi -10.15 pagi
Tahap 2 Bermula 10.15 pagi-10.45 pagi

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan
turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan
tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan
pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di
dalam kelasnya berada di situ.

(d) Guru Kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada
sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan
segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil
barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama
rakan-rakan setingkatannya.

16.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda
sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng
(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng

(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir
(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.

17.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :
a) satu pasukan berunifom
b) satu persatuan/kelab atau lebih
c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

18.2 Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan
tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.
18.3 Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-
kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.
18.4 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru
Besar sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian
di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan
lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
18.5 Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang
pertubuhan haram atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHAN

KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan
tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari
sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru
Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika
itu.
6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah
tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru
Besar atau wakilnya.

9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi
peraturan makmal/bilik khas/bengkel.

10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian

sekolah dengan kemas.
14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa

buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
15. Lewat ke sekolah.
16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
21. Mengganggu kawan.
22. Mengganggu guru.
23. Lewat masuk kelas.
24. Mengotorkan kelas.
25. Tidak duduk setempat.
26. Berada dalam kawasan larangan.
27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa

kebenaran.
28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..
29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
30. Membuang sampah merata-rata.
31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa

kebenaran pihak sekolah.
34. Memakai cermin mata berfesyen.
35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .
36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.
37. Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik

sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan

kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.

8. Menconteng pada harga benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai

subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh

Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan

dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau

sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.
6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /

pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,

majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan

lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau

merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan

multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang

bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa

kebenaran pihak sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran.

29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi
persekolahan.

30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.

31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.

32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh

Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut
buku panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982)
salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.
b) Bertindak ganas dan mencederakan.
c) Memeras ugut.
d) Bergaduh.
e) Mencuri.
f) Menipu atau memperdayakan.
g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
h) Menyalahgunakan dadah.
i) Khalwat.
j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAH
a) Mencarut.
b) Berdua-duaan.
c) Becumbu-cumbuan.
d) Melihat / membaca bahan lucah.
e) Melukis / menujlis bahan lucah.
f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.
b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
c) Membuat bising.

d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
e) Mengganggu orang lain.
f) Menulis dan menconteng bangunan.
g) Membuang sampah merata-rata.
h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.
i) Memaki hamun.
j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
b) Meniru tandatangan orang lain.
c) Bercakap bohong.
d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f) Menganiaya sesame rakan.
g) Tidak amanah.
h) Mengampu.
i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l) Berdolak-dalik.
m) Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.
b) Tidak menghormati guru.
c) Menghisap rokok.
d) Berambut panjang.
e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
g) Mempermain / memperlekehkan guru.
h) Selalu lewat.
i) Suka bertengkar.
j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 12/1978
- SPI Bil. 14/1976
- SPI Bil. 3/1983

- SPI Bil. 8/1985
- SPI Bil. 3/1992
- SPI Bil. 6/1993
- SPI Bil. 2/1993
- SPI Bil. 9/1975

2. Kesihatan Murid :
- SPI Bil. 2/1982
- SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988
- SPI Bil. 8/1999
- SPI Bil. 7/2000

5. Kesihatan :
- SPI Bil. 4/1989
- SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :
- SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :
- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :
- SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :
- SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :

- SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :
- SPI Bil. 8/1968
- SPI Bil. 6/1968
- SPI Bil. 11/1972
- SPI Bil. 9/1975

15. Penyalahgunaan Dadah :
- SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :
- SPI Bil. 1/1983

17. Mengenakan Hukuman Biasa :
- SPI Bil. 8/1983

18. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :
- SPI Bil. 7/1986

PENGAKUAN SETIA PELAJAR
Bahawasanya saya …………………………………….........................................murid
SK LOSONG telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan
ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima
tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-
peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

________________________
()

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang
bernama…………………………….................................................... yang belajar di
SK LOSONG telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya
mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

________________________
()


Click to View FlipBook Version