PELAJARAN 10 : HINDARI SIFAT NEGATIF
AMNI HAMIZAH BINTI MOHD SA’AD
3 AL-BIRUNI
1) PADANKAN
KALIMAH DENGAN
MAKSUDNYA
MALAS العجز
FITNAH الكسل
KEMATIAN الجبن
AZAB الهرم
KUBUR عذاب القبر
فتنة المحيا
LEMAH فتنة الممات
NYANYUK
PENGECUT
FITNAH
KEHIDUPAN
2) BINA PETA PEMIKIRAN
TENTANG SEBAB DAN
AKIBAT BERLAKUNYA SIFAT
YANG T IDAK DISUKAI
SEPERT I YANG DINYATAKAN
DALAM HADIS
SEBAB SIFAT AKIBAT
YANG
1) LEMAH TIDAK 1) LEMAH
Tidak berdaya DISUKAI Hanya bergantung
melakukan harap terhadap
sesuatu perkara keupayaan orang
lain
2) MALAS
Hilang motivasi 2)MALAS
diri Mengalami
kerugian di dunia
3) PENGECUT dan di akhirat
Kurang keyakinan 3)PENGECUT
diri Sukar untuk
berjaya
4) NYANYUK
4)NYANYUK
Kewarasan Tidak berfikiran /
fizikal terganggu berkelakuan
matang
3) TULIS KARANGAN
BERTEMAKAN SATU
DARIPADA SIFAT YANG
T IDAK DISUKAI OLEH
RASULULLAH SAW SEPERT I
YANG DINYATAKAN DALAM
HADIS
Malas merupakan salah satu sifat yang wujud dalam diri manusia. Bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia. Bukan juga pelajar
malah juga orang yang sudah bekerja. Si alim mahupun si jahil, si baik mahupun si jahat, isteri atau suami, malah orang dewasa atau kanak-kanak
juga mempunyai sifat malas ini. Sikap malas membuatkan seseorang malas berusaha dan tidak mengendahkan masa hadapan. Malas adalah
penyakit jiwa atau penyakit hati yang berkait rapat dengan beberapa faktor merangkumi genetik, biologi, kesihatan, faktor pemakanan, sistem
hidup dan pendidikan, persekitaran, cuaca serta suhu. Sifat malas ini sendiri berkait rapat juga dengan amalan kerohanian dan keimanan serta
takwa kepada Allah SWT. Rasa malas itu juga adakala merupakan pertolongan dari Allah SWT untuk mengelakkan kita daripada melakukan
sesuatu yang boleh membawa bencana kepada diri. Namun malas yang berpanjangan dalam hal-hal kebaikan adalah sesuatu yang tidak diinginkan.
Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengatasi sifat malas.
Perkara utama yang perlu dilakukan untuk mengatasi sifat malas adalah dengan melakukan amalan yang akan mendekatkan diri dengan
Allah SWT. Hal ini kerana kita akan terhindar daripada hasutan syaitan yang sering menghasut untuk melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Amalan berwudhuk didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas. Ini kerana wudhuk dapat memberikan seseorang
individu itu satu kesegaran dan akan mencerminkan kurangnya sifat malas dalam diri mereka untuk berbuat sesuatu kebaikan. Dengan berwudhuk
juga menjadikan seseorang individu itu suci seterusnya membolehkan sepenuhnya kerahmatan dan hidayah Allah SWT mendampingi individu
tersebut. Selain berwudhuk, solat juga merupakan penyelesai segala masalah. Hal ini kerana dalam solat itulah kita sujud memohon pertolongan
Allah SWT, merendahkan diri, memohon ampun dan redha, berserah dan pasrah, memohon petunjuk, dan merayu kepada yang PENCIPTA.
Disitulah penyelesaian utama termasuk dalam mengatasi rasa malas. Oleh yang demikian, tidak kiralah dalam apa pun jua situasi yang dihadapi,
kita sebagai umat Islam perlulah kembali kepada Allah SWT.
Selain daripada itu, perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengatasi sifat malas adalah dengan menanamkan sifat positif dalam diri. Ini
kerana apabila seseorang individu itu sentiasa berfikiran positif ianya mampu untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri. Maka,
kita perlulah memastikan diri kita dikelilingi oleh individu yang berfikiran positif seperti individu yang cintakan ilmu, individu yang sentiasa
bercakap perkara yang bermanfaat dan individu yang menjaga solat. Ini kerana apabila kita merapatkan diri dengan individu yang positif maka
kita juga akan terpengaruh dengan sifat rajin seperti itu. Daya tahan diri untuk melawan nafsu jahat, melawan sifat malas dan apa sahaja sifat
negatif akan menjadi lebih kuat seterusnya tanpa sedar kita telahpun menjadi seorang insan yang hebat untuk mengatasi rasa malas. Namun
demikian, apabila kita jauh daripada orang-orang yang bersifat positif, maka jiwa akan menjadi kosong dari roh hidayah. Oleh sebab itu, kita
menjadi malas melakukan perkara yang mendorong ke arah kebaikan. Jelaslah bahawa, persekitaran yang positif mampu mengubah seseorang
individu untuk menjadi lebih baik dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.
Akhir sekali, pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca seseorang individu bersifat malas dan mengantuk. Oleh itu, bagi mengatasi
masalah ini kita perlulah mengambil makanan seimbang yang dapat menyalurkan tenaga dan vitamin kepada tubuh secukupnya. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan satu cara yang patut dicontohi oleh setiap individu
kerana pemakanan yang diambil oleh baginda sangatlah mementingkan kesihatan. Antaranya seperti madu, kurma, buah tin, habatus sauda, buah
delima dan susu kambing. Bukan hanya sekadar khasiatnya yang memberi seribu satu kebaikan malah makanan sunnah seperti ini juga mampu
menjadi penawar untuk melawan pelbagai penyakit di dalam badan. Sebagai umat Islam, kita tidak dipaksa untuk makan makanan Sunnah, tetapi
dengan melihat pelbagai kebaikan yang akan diperolehi badan, kita digalakkan untuk mengamalkannya. Dengan ini, amalan pemakanan yang sihat
dan seimbang dapat memberikan tenaga secukupnya kepada badan untuk melakukan aktiviti seharian sekaligus menghilangkan rasa malas yang
sering menghantui diri.
Kesimpulannya, individu yang bersifat malas akan mengalami kerugian dari segi masa, tenaga yang tidak dicurahkan, peluang yang
seharusnya didapati, rezeki yang sepatutnya diperolehi. Malas juga merupakan salah satu faktor penghambat bagi seseorang individu untuk terus
maju. Sifat malas itu sebenarnya bertentangan dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam. Ini kerana Allah SWT mengajar hamba-NYA supaya
bersikap rajin dan bersungguh-sungguh apabila melaksanakan sebarang tugasan. Apabila kita malas dan suka menangguh-nangguhkan kerja atau
melakukannya secara sambil lewa, pasti ia memberikan hasil kerja yang tidak bagus. Impaknya bukan setakat diri kita, tetapi tempiasnya turut
dirasai oleh orang di sekeliling kita. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa jika kita ingin menjadi individu yang berjaya, sikap malas tersebut perlu
dibuang dan digantikan dengan gaya hidup yang baharu.
4) TANDAKAN (✔) PADA
BORANG MUHASABAH
BERIKUT
SELALU KADANG- TIDAK
KADANG
SAYA KUAT ✔
SAYA RAJIN ✔
SAYA BERANI ✔
5) LAKSANAKAN AKT IVIT I
MIX AND MATCH UNTUK
MEMBINCANGKAN HADIS
DAN TERJEMAHANNYA
واعوذ بك من فتنة المحيا من العجز والكسل اللهم اني اعوذ بك
والممات
Daripada sifat lemah dan Ya Allah, aku memohon
Dan aku memohon malas perlindunganmu
perlindunganMu daripada
fitnah kehidupan dan kematian والجبن والهرم واعوذ بك من عذاب القبر
عن انس بن مالك يقول: Dan sifat pengecut dan Dan aku memohon
يقول ﷺكان رسول الله nyanyuk perlindunganMu daripada azab
Anas bin Malik ra kubur
meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda
SEKIAN,
TERIMA KASIH