POKOK BUNGA 7 UJAI DAN
JALUR GEMILANG
1 MAWAR DAN
8 SAM MEMBALAS
POKOK BULUH JASA
2
3 LALAT DAN 9 SEMUT YANG
PAK BELANG BAIK HATI
4 PATUHI MAKANAN
NASIHAT IBU
10 BERKHASIAT
BADAN SIHAT
5 PETANI YANG 11 SIAPA PALING
BIJAK BERGUNA
6 SAHABAT YANG 12 WAH, BERSIHNYA!
SETIA
JASA
BUAH
KELAPA
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia Rukun Negara kita
Anak-anak ceria Ada lima prinsipnya
Baik budi bahasa Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kepada orang tua Keluhuran Perlembagaan
Suka bantu-membantu Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Tak mengira bangsa Asas aman sentosa
Mendengar kata ayah
Saya anak Malaysia
lbu dan juga guru Tidak suka sengketa
Sayang-menyayangi Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa
Berakhlak mulia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia lntegriti di hati
Tidak suka sengketa Saya sayang Malaysia
Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan
Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir
Saya anak Malaysia
lntegriti di hati
Saya sayang Malaysia
3
JASA
BUAH
KELAPA
Objektif Cerita
Pada akhir cerita murid dapat:
1. Menyenaraikan kegunaan pokok kelapa.
2. Mengenal pasti nilai integriti dalam cerita.
3. Menghargai jasa orang lain.
4
Pada suatu hari, cuaca agak panas terik.
SAM mencari tempat untuk berehat. Dia
ternampak sebatang pokok kelapa, lalu
bersandar di pangkal pokok itu.
5
SAM : Kelapa, boleh saya tumpang bersandar pada kamu?
Kelapa : Oh, kamu SAM. Boleh, silakan.
SAM : Terima kasih, Kelapa.
Kelapa : Terima kasih kembali. Itu sahaja
yang mampu saya tolong.
6
7
SAM : Kelapa, apa lagi kegunaan kamu?
Kelapa : SAM, kami dikenali sebagai pokok seribu
guna. Setiap bahagian kami ada gunanya.
SAM : Setiap bahagian buah kelapa berguna ke?
8
Kelapa : Ya. Saya akan ceritakan tentang buah kelapa sahaja.
Buah kelapa terdiri daripada sabut, tempurung, isi dan
air. Sabut boleh diguna sebagai bahan bakar atau
bahan untuk menanam pokok bunga. Tempurung juga
digunakan sebagai bahan bakar dan kraf tangan.
9
SAM : Wah, banyaknya kegunaan kamu!
Kelapa : Betul SAM.
10
SAM : Oo... Ya ke, hebatnya kamu.
Kelapa : Kamu tahu SAM, air buah kelapa muda
sedap untuk diminum. Isinya boleh
dijadikan kelapa parut dan santan.
11
SAM : Banyak sungguh jasa kamu, Kelapa. Ramai orang
terhutang budi dengan kamu.
Kelapa : SAM, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk
menyumbang kepada kehidupan lain.
12
13
SAM : Saya sangat berterima kasih
kerana kamu yang telah berjasa
kepada semua hidupan.
Kelapa : Sama-sama, SAM. Kita mesti saling membantu dan
bekerjasama supaya hidup kita sejahtera.
14
15
SAM : Eh, dah lewat petang ni. Saya balik dulu.
Terima kasih, Kelapa. Jumpa lagi.
SAM segera beredar dan menuju ke arah laut.
16
17
Uji Minda
1. Di manakah SAM berehat?
2. Apakah yang dibualkan oleh SAM dan Kelapa?
3. Nyatakan bahagian buah kelapa dan kegunaannya.
4. Apakah kegunaan bahagian lain pokok kelapa?
5. Bagaimanakah SAM menghargai Kelapa?
6. Apakah yang kamu buat untuk menghargai orang lain?
7. Senaraikan nilai integriti yang terdapat dalam cerita ini.
Nyanyian Nilai lntegriti
Nyanyikan lagu di bawah 1. Bertanggungjawab
dengan menggunakan melodi lagu 2. Berterima kasih
“Can Mali Can” sambil membuat 3. Menghargai jasa orang lain
pergerakan kreatif.
Buah Pengajaran
Kelapa
1. Setiap ciptaan Tuhan mempunyai
Bentuknya bulat seperti bola peranan dan tanggungjawab
Airnya manis sedap rasanya masing-masing.
Kelapa parut juga berguna
Santannya pula lemak rasanya 2. Setiap ciptaan Tuhan ada kelebihan
dan keistimewaan.
3. Sumbangan orang lain mesti dihargai.
Terima kasih Tuhan, Cadangan Aktiviti
Terima kasih Tuhan,
Buah kelapa banyak gunanya 1. Menghasilkan kraf tangan daripada
Terima kasih Tuhan, bahagian pokok kelapa untuk
Terima kasih Tuhan, dihadiahkan kepada ibu bapa atau guru.
Buah kelapa banyak jasanya
2. Menghasilkan makanan daripada buah
(Ulang semua rangkap 2x) kelapa.
Melodi asal: Can Mali Can 1. Terik Kosa Kata
Penulis lirik: Mazlan bin Talib 2. Sandar
3. Sabut 4. Kraf tangan
Datin Ravindarpal Kaur 5. Menyumbang
a/p Amrik Singh 6. Sejahtera
18