Penutup kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh orang lelaki dibuat daripada kain songket dan sebagainya yang dilipat-lipat dan diikat dalam pelbagai gaya. Biasanya dipakai bersama-sama pakaian Melayu yang lengkap dalam majlis yang penuh dengan adat istiadat atau oleh pengantin lelaki ketika majlis persandingan. Destar juga dimaksudkan sebagai tanjak, tengkolok atau semutar. (DBP) APA ITU DESTAR?
PENGENALAN Tengkolok, tanjak dan semutar adalah tiga hiasan kepala yang berbeza. Lazimnya ia diperbuat daripada sehelai kain dan digubah menjadi sebuah bentuk untuk disarungkan ke atas kepala. Tengkolok lebih sinonim dengan hiasan kepala rasmi raja dan pembesar Melayu . Tanjak pula dipakai oleh golongan kebiasaan dan ia adalah pakaian harian bangsa Melayu pada zaman dahulu untuk kelihatan kemas dan bergaya. Semutar pula biasa dipakai oleh buruh, petani, pesawah untuk menutup kepala mereka dari panas terik semasa bekerja. Perbezaan antara tengkolok, tanjak dan semutar adalah dari bentuk dan gubahannya. Tengkolok biasanya digubah menjadi tinggi yang nampak seakan-akan mahkota dan mempunyai ruang kosong ditengah yang menampakkan rambut, gubahan tanjak pula seakan-akan tengkolok tetapi digubah lebih rendah dan sederhana. Manakala gubahan semutar menutupi penuh bahagian atas kepala.
1.Tengkolok Tengkolok selalunya dipakai ketika majlis adat istiadat dan merupakan hiasan kepala rasmi Diraja. Tengkolok juga boleh dipakai oleh orang biasa sama ada lelaki atau perempuan . 2. Tanjak Tanjak juga merupakan hiasan kepala yang dipakai oleh orang biasa, para pembesar, laksamana dan kerabat Diraja. Namun, tanjak tidak boleh dipakai oleh kaum perempuan. Tanjak hanya boleh dipakai oleh kaum lelaki sahaja. 3. Semutar Semutar biasanya dipakai oleh kaum lelaki di Kelantan, Terengganu, dan sebahagian Kedah . JENIS-JENIS DESTAR
Tengkolok diraja mempunyai bentuk khas yang tidak boleh ditiru oleh orang lain. Lipatannya juga akan serong dan tinggi ke sebelah kanan manakala golongan kebiasaan perlu serong ke sebelah kiri. Tengkolok diraja kebiasaannya berwarna kuning dan disulam dengan benang keemasan serta dihiasi dengan perak dan batu permata. Tengkolok raja dan bangsawan diperbuat daripada kain berkualiti tinggi seperti sutera dan songket. Manakala tengkolok orang biasa pula diperbuat dari kain biasa Tengkolok Sultan Selangor Tengkolok Balung Raja Tengkolok Sultan Perak Tengkolok Ayam Patah Kepak Contoh tengkolok yang dipakai oleh pengantin Pelbagai jenis tengkolok yang boleh dipakai oleh rakyat biasa TENGKOLOK
1.Tengkolok Siput Tengkolok jenis ini mempunyai bentuk seakan cangkerang siput, kain dipintal dan dililit ditepi kepala. Ianya dipakai oleh ibu mengandung atau baru bersalin, dan wanita yang sakit. Mereka akan dikecualikan dalam melakukan sebarang kerja dalam sebarang majlis. 3. Tengkolok Bulang Tengkolok ini mempunyai bengkung besar yang melilit di kepala dan mempunyai lebihan kain di tepi pipi “sipu-sipu” berfungsi sebagai penutup muka. Lazimnya dipakai oleh wanita yang bersilat. Ia dipakai ke majlis, keluar rumah atau melakukan aktiviti lasak seperti bersilat. 2. Tengkolok Kerudung Tengkolok ini mempunyai 3 jenjang atau lapis diatas kepala. Ianya dipakai ketika ke majlis, pergi mengajar atau belajar. TENGKOLOK PEREMPUAN
4. Tengkolok Suri Suri Besar – Tengkolok ini mempunyai 2 lilitan pilin yakni kain yang dipintal dan dililit disekeliling kepala sebagai pengikat. Tengkolok ini hanya boleh dipakai oleh golongan perempuan yang bijak pandai atau merupakan seorang pemimpin. 5. Suri Kecil – Sama seperti Tengkolok Suri Besar, Tengkolok Suri Kecil hanya memiliki 1 lilitan pilin di kepala. 6. Tengkolok Segulung Tengkolok ini dipakai ketika melakukan kerja-kerja harian. Kain tengkolok ini boleh digunakan untuk solat sebagai penutup diri semasa solat. Untuk mengelakkan kain menjadi kotor semasa bekerja, kain diikat di kepala menggunakan teknik ini kerana cara memakai dan menanggalkannya mudah.
TANJAK Terdapat pelbagai jenis lipatan dan gubahan tanjak yang mempunyai bentuk dan nama yang unik dan semuanya mempunyai maksud dan asal usulnya sendiri. Antaranya seperti lipatan ‘’Dendam tak sudah” yang berasal dari Negeri Sembilan, ia adalah gubahan untuk tengkolok diraja Negeri Sembilan, Kedah dan Yang diPertuan Agong, gubahan ini melambangkan kekuasaan dan kehebatan kerajaan raja itu. Setiap negeri mempunyai tanjak mereka yang tersendiri. Tanjak Belah Mumbang (Johor) Tanjak Sekelongsong Bunga (Pahang) Tanjak Sebang Selat (Selangor) Tanjak Alang Iskandar (Perak) Tanjak Temenggung Kedah Tanjak Putera Kayangan (Perlis) Tanjak Dendam Tak Sudah YDPA
Tanjak Lang Melayang (Terengganu) Tanjak Bulang Hulu (Kelantan) Tanjak Dendam Berahi (Negeri Sembilan) Tanjak Siga (Sabah) Tanjak Bugis Tak Balik (Sarawak)
SEMUTAR Semutar pada asasnya ialah kain pengikat kepala orang lelaki. Kainnya terdiri daripada kain batik lepas, kain tuala atau kain serban. Jenis ikatan pula berbeza-beza mengikut ragam si pemakai sama ada jenis pekerjaan, ilmu dan masa. Pemakaian semutar melambangkan pekerjaan si pemakainya. Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas-ngipas badan apabila berehat dari bekerja. Berbeza dengan tengkolok yang dibuat kekal untuk menampakkan kehebatan ikatannya
Semutar Nelayan Getam Bunga Padi Semutar Sedayung Emas Semutar Petani Semutar Pemburu Semutar Orang Sawah
SEKIAN, TERIMA KASIH
RUJUKAN Laman web rasmi Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur. 2014. http://www.jmm.gov.my/en/content/malaysian-destar-heritage-selected-collection . Kachang Studio. 1 April 2020. https://m.facebook.com/story.php? story_fbid=pfbid08Hqk2AN4gKJxe1sPtt6WdUdKtAMDuwYVcmXxQiDi5m22X5HG5omC 1jDumH6Wk7aul&id=957694254346364&mibextid=Nif5oz. Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka. Norazli Shah Bin Norazmi. Mei 2015. https://tengkolokwarisan.yolasite.com/, Johor. Nur Shamira. 19 Julai 2022. ML Studio. https://www.youtube.com/watch?v=SG-_OJmz4nY . Patani STORY. 20 April 2020. https://www.facebook.com/patanistoryy/photos/pcb.673516680127544/673511820128030/? type=3&theater. Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM). 2019. https://m.facebook.com/PERNILAM/photos/tengkolok-wanita-6-tengkolok-siputbertianjenis-tengkolok-siputciri-tengkolok-me/2288571034787706/ . Selongkar Negara Blogspot. 12 Februari 2020. https://selongkar10.blogspot.com/2020/02/12- jenis-ikatan-tanjak-destar-tengkolok.html .