The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizhamdan09, 2022-06-05 00:50:35

KUMPUAN 2_KEJADIAN MATAHARI

KUMPUAN 2_KEJADIAN MATAHARI

MPU23052

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM

TUGASAN BERASASKAN MASALAH

TAJUK:

KEJADIAN MATAHARI

NAMA NO.MATRIK
MUHAMMAD SYAZWAN BIN HAMDAN 03DET19F2002
03DET19F2031
IZZAT ZUHAIRI BIN ROSLAN 03DEE19F1019
MOHAMAD RIFDIE AKRAM BIN

SABARUDDIN

NAMA PENSYARAH:
PUAN NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah memberikan kefahaman dan kemudahan
dalam melengkapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami.
Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam kami iaitu Puan Nur Adhwa Farahin Binti
Saparudin kerana membimbing dan mengajar kami bagi melengkapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ahli kumpulan ini yang telah bekerjasama
dengan sebaiknya bagi melengkapkan tugasan ini.

Akhir kata, terimalah pantun ini yang ditujukan khas buat mereka yang terlibat dalam
melengkapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami,

Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Selalu tersemat tiada lupa.

PENGENALAN

Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelilingi matahari menunjukan bahawa
alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT. Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu
pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama, planet bumi bergerak
menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.

Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan
6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat
atau 66,600 batu sejam. Ia merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan
pergerakan peluru.

Kejadian Matahari Terbukti Di Dalam Al-Quran

Kejadian matahari juga terbukti di dalam al-quran bahawa matahari adalah sebuah
bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer dengan
diameternya 1.4 juta kilometer. Matahari juga adalah sebuah bintang yang sederhana
dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya. Penghasilan tenaga ini
disebabkan berlakunya perlanggaran nucleus hydrogen antara satu sama lain.

Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari iaitu
koroma,kromosfera dan fotosfera. Koroma merupakan lapisan matahari yang paling
luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah celcius. Lapisan
kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan gas
panas yang memancutkan hydrogen panas sehingga 10,000km. Manakala, fotosfera
mempunyai suhu purata sehingga 6000 darjah.

Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk
melengkapi satu pusingan. Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi
selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untuk satu
revolusi. Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang
digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud:

Maksud surah yunus- ayat 5

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Surah An-Nahl ayat 12
Maksud surah An-Nahl ayat 12

Matahari adalah salah satu ciptaan Allah di alam yang luas ini. Cahayanya yang
dikeluarkan oleh matahari adalah sumber kehidupan untuk makhluk diatas muka bumi
ini. Dengan segala kehebatan yang ada pada matahari semua makhluk di bumi ini
bergantung dengannya. Kehebatanya matahari menyebabkan ada manusia
menyembahnya dan menjadikannya sebagai tuhan.

Apapun di sudut Islam matahari hanyalah satu daripada makhluk-makhluk ciptaan
Allah yg tidak mempunyai apa-apa kuasa. Apa pandangan sains berkaitan matahari
ini ? Matahari adalah unit terbesar dari sistem tata surya kita. Di langit menurut para
ahli astronomi terdapat 200 billion bintang. Salah satu bintang-bintang itu ialah
matahari. Matahari adalah bintang yang paling hampir dengan kita. Matahari
sangatlah panas dan mengandung gas yang selalu terbakar.

Di permukaannya selalu terjadi ledakan bagaikan jutaan bom atom yang dijatuhkan
tiap waktu. Ledakan ini menghasilkan lidah api raksasa yang ukurannya 40 atau 50
kali lebih besar dari bumi kita. Matahari seperti bola api raksasa yang memberikan
panas dan cahaya yang sangat besar dari permukaannya. Ruang angkasa,
bagaimanapun, gelap gelita. Bumi kita adalah salah satu bahagian yang indah dari
kegelapan mutlak itu.

Di dalam sistem Surya, tidak ada unit lain yang mampu menyinari dan
menghangatkan bumi kita. Tanpa matahari, maka akan terjadi malam selama-
lamanya, dan setiap daerah akan terselimuti ais. Di dalam keadaan demikian adalah
mustahil untuk kita melihat sebarang kehidupan. Manusia juga mustahil akan tinggal
dibumi ini.

Panas yang diberikan matahari akan sangat tinggi selama musim panas. Namun,
matahari jaraknya jutaan kilometer dari bumi, dan hanya 0.2 persen dari panasnya
yang benar-benar mencapai bumi. Sejak suhu di bumi bisa sangat tinggi, meskipun
matahari letaknya begitu jauh, bagaimana dengan suhu matahari itu sendiri?
Temperatur di permukaan matahari adalah 6000 derajat Celcius, dan 12 juta derajat
Celsius di dalamnya.

Allah telah menciptakan jarak yang sempurna antara bumi dan matahari. Apabila
jarak matahari lebih dekat dengan kita, maka semua yang ada di bumi akan meluap
dan terbakar. Begitu juga, apabila jaraknya lebih jauh dari saat ini, maka semua
kawasan akan tertutupi ais. Dalam keadaan demikin adalah mustahil untuk menjumpai
sebarang kehidupan.

Bahagian kutub, mendapatkan panas paling sedikit dari matahari, ia telah diliputi
ais. Manakala bahagian khatulistiwa, yang mendapatkan lebih banyak panas, selalu
panas. Namun, perbezaan suhu antara kutub dan khatulistiwa ini yang menyebabkan
terciptanya iklim sederhana di bumi secara keseluruhan. Iklim inilah yang menyokong

terwujudnya kehidupan. Hal tersebut adalah salah satu tanda dari tidak terhitungnya
bukti cinta Allah kepada manusia.

Bila matahari lebih besar atau lebih kecil, lebih jauh ataupun lebih dekat dengan
bumi, maka sangat tidak mungkin terjadi kehidupan di planet kita. Begitulah
kekuasaan Allah sebagai pencipta yang maha berkuasa.

Matahari dan bulan mempunyai orbit berasingan.

Pada zaman dahulu manusia beranggapan bulan dan bintang mengelilingi bumi.
Mereka juga beranggapan bahawa kedua duanya berada atas satu jalan sama yang
berganti secara bergilir gilir yang menyebabkan berlakunya putaran siang dan malam.

Kajian sains moden mendedahkan fakta bahawa bulan dan matahari tidak berkongsi
orbit. Kedua duanya mempunya orbit masing masing. Di dalam Al-Quran Allah SWT
telah berfirman dalam ayat 38, surah Yaasin yang berbunyi:

"Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang
ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud
berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di
dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata:
Antara tanda kekuasaan Allah adalah matahari bergerak menuju ke tempat menetap
baginya. Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak
dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat
perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi
manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya
yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak
mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti. Para saintis mengesahkan matahari
bergerak mengelilingi bahagian tengah atau dikenali sebagai nucleus. Galaksi ini
bergerak dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa
lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian
nukleus galaksi ini. Selain itu, dalam surah yasin, ayat 38 ini mensyariatkan objek-
objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, ia juga beredar
mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah s.w.t seperti yang
berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya
terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan
peredaran objek-objek di langit.

Jangka Hayat Matahari merurut kajian ilmuan moden.

Matahari adalah sebuah bintang. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari

melahirkan cahaya matahari. Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi

kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan

memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

Walaubagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang fisikawan
Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan
matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau
pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter
matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk waktu 20 000 000 juta sampai
dengan 25 000 000 juta tahun sejak matahari mengalami penyusutan.

Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum
akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat
ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu
ia akan terkubur.

Allah telah menyatakannya di dalam surah at-Takwiir ayat 1,

Maksudnya:

Perkataan penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah bin Abbas
mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau 'menghilang'
manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Ia menjelaskan
apabila berlaku hari kiamat alam ini seolah-olah digulung. Ia juga menjelaskan
matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya.

Badai Matahari dalam kajian ilmuan moden

Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung
kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses
nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam
matahari. Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan
matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini
menyebabkan bahagian dalam matahari menguncup dengan menghasilkan suhu
yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan
dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi
berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya
bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan
terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan
itu, tamatlah riwayat hidup matahari.

MATAHARI BERDASARKAN FAKTA SAINS

Matahari adalah bintang dan bukan planet. Matahari adalah satu daripada lebih 100
bilion bintang. Matahari adalah pusat bagi Sistem Suria. Ianya merupakan bola gas
amat besar dan panas dan berlakunya tindakbalas nuklear yang mana membekalkan
cahaya dan haba kepada Bumi. Matahari adalah jirim paling besar dalam Sistem Suria
kita dan ia adalah lebih kurang 98 % daripada jumlah jisim dalam Sistem Suria.

Matahari adalah bintang pada pertengahan umur, bermaksud ia sekarang berada
pada pertengahan hidupnya. Bintang seperti Matahari memancar selama sembilan
atau sepuluh bilion tahun. Matahari terbentuk lebih empat setengah billion tahun yang
lalu daripada awan gas dan debu yang amat luas tanpa graviti. Bahan pada pusat
awan telah memampat dan ia menjadi panas untuk menyala pelakuran nuklear.

Matahari kelihatan lebih besar dan terang daripada bintang – bintang yang lain
kerana Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan Bumi.

Bintang adalah jasad di angkasa lepas yang memancarkan cahayanya sendiri; jasad
yang lain hanya memantulkan cahaya bintang yang paling dekat. Bulan Bumi

memantulkan cahaya Matahari ke Bumi.

Bintang mempunyai ciri – ciri yang berbeza – beza, antaranya ialah kedudukan
mereka, pergerakan, saiz, jisim, kandungan kimia dan suhu. Tidak ada dua bintang
yang serupa. Mengenai saiz bintang, mereka mempunyai diameter sekecil – kecil
7,000 batu, atau sebesar – besar 900 bilion batu. Bilangan bintang yang membentuk
cakerawala melebihi satu billion.

Bintang yang amat besar boleh jadi 400 kali lebih besar daripada Matahari kita, yang
mana diameternya sentiasa berjuta – juta batu. Matahari mempunyai paksi yang

condong.

Melihat Matahari secara terus boleh merosakkan mata secara kekal kerana ia

sungguh terang. Sebutir bintang memancarkan cahaya dan haba. Semakin besar

bintang,semakin meningkat suhunya.

Bumi ditunjuk untuk perbandingan saiz (‘Earth shown for size comparison’)

Diameter Matahari adalah lebih kurang 870,000 batu (1,400,000 kilometer). Itu
adalah lebih kurang 109 kali saiz Bumi. Diameter Bumi ialah 7926 batu (12756
kilometer).

Matahari adalah 333,000 kali lebih berat daripada Bumi. Ini bermakna jika anda
meletakkan Matahari di atas penimbang, anda memerlukan 333,000 objek yang
mempunyai berat yang sama dengan Bumi pada sebelah yang satu lagi untuk
mencapai keseimbangan.

Matahari, jarak garisan khatulistiwanya ialah 2 720 984 batu (4,379,000 kilometer).

Itu adalah 109 kali jarak garisan khatulistiwa Bumi. Jarak garisan khatulistiwa Bumi

ialah 24,902 batu (40,075 kilometer).

Jarak purata Matahari dengan Bumi adalah 92,580,000 batu (149,000,000
kilometer). Jarak antara Matahari dengan Bumi adalah 400 kali daripada jarak antara
Bumi dengan Bulan.

Jika Matahari itu berongga, ia boleh memuatkan sebanyak lebih satu juta Bumi di
dalamnya.

Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke
Bumi, atau dengan lebih tepat 8 minit 20 saat pada kelajuan cahaya.

Matahari juga berputar. Tempoh ia berputar pada garisan Khatulistiwanya ialah 26.8
hari dan tempoh ia berputar pada bahagian kutubnya ialah 36 hari. Ia dilihat seperti
bintang - bintang berada di kedudukan yang sama setiap malam, setiap tahun, tetapi
sebenarnya bintang – bintang itu bergerak sepanjang masa.

Tanpa Matahari, Bumi tidak boleh menyokong kehidupan.Matahari membekalkan
haba dan cahaya yang diperlukan oleh Bumi untuk menyokong kehidupan.

Jika anda tinggal di Matahari, dan anda membina sebuah kapal angkasa, ia perlu
bergerak lebih 618.2 kilometer sesaat untuk melepaskan diri daripada tarikan graviti
Matahari.

Hikmah daripada kejadian matahari

Apa jadinya jika matahari tidak ada? Tentu kita akan kesulitan. Ia diciptakan bergerak
agar siang dan malam terjadi di setiap belahan bumi. Andai tak ada matahari, urusan
dunia dan agama akan kucar-kacir.

Andaikata tak ada matahari, bagaimana kita akan bekerja untuk memenuhi
kelangsungan hidup? Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu, sedangkan dunia
gelap-gelita? Bagaimana kita bisa bersuka-ria, sedangkan nikmat cahaya tidak kita
peroleh? Dan andaikan cahaya matahari tidak ada, mata kita tidak lagi berguna
karena sudah tidak ada warna untuk dilihat.

Renungkanlah terbit dan terbenamnya matahari. Di kala malam, kita bisa tidur dengan
tenang. Dengan demikian, kita boleh merehatkan tubuh badan, membiarkan semua
indera kita tidak bekerja.

Bumi boleh menyerap panas yang dipancarkan oleh matahari. Namun, dengan
pergantian siang dan malam secara teratur, bumi tidak terlalu panas atau terlalu
dingin. Dengan demikian, makhluk yang hidup di atasnya boleh meneruskan
kehidupan harian.

Demikianlah siang dan malam, terang dan gelap. Meskipun berlawanan, keduanya
saling membantu untuk kebaikan semua makhluk hidup, bahkan untuk kebaikan alam
semesta.

Kesimpulan

Secara rumusnya,perjalanan bumi mengelilingi matahari membolehkan manusia
menentukan takwim, iaitu hitungan hari, minggu, bulan, dan tahun. Hidupan di bumi
mendapat manfaat daripada cahaya matahari.Ia juga membolehkan umat islam
menentukan waktu solat. Selain itu,ia dapat mewujudkan berbagai-bagai musim dan
cuaca yang membentuk kepelbagaian hidupan dalam alam ini.

Matahari ialah sebutir sebutir bebola gas yang memancarkan cahaya dan haba sama

seperti bintang-bintang lain yang kita lihat pada waktu malam.Namun

begitu,disebabkan matahari berada lebih hampir kepada bumi berbanding dengan

bintang-bintang lain,maka hanya matahari bintang yang dapat kita lihat pada waktu

siang.

Kejadian siang dan malam adalah disebabkan bumi yang berputar pada paksinya

yang dipanggil paksi bumi.Apabila bumi berputar,sebahagian daripadanya terdedah

kepada cahaya matahari sepanjang masa dan sebahagian lain terlindung daripada

matahari menyebabkannya menjadi gelap.

Di setengah-setengah tempat yang mengalami empat musim,kita dapati waktu siang
bagi musim sejuk dan panas adalah berbeza panjangnya disebabkan paksi bumi yang
condong 23 ½ darjah,bukan tegap seperti gasing.

Dalil-dalil tentang kejadian matahari dan orbit seperti yang dinyatakan diatas adalah

terbukti bahawa Allah S.W.T Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Ia juga terbukti bahawa

matahari dan orbit mempunyai pencipta iaitu Allah sebagai penciptanya.Ia bukannya

terjadi dengan sendirinya.

Dengan melihat atau menyaksikan keindahan dan kesempurnaan berbagai-bagai
kejadian alam ini,kita akan menginsafi tentang kekuasaan dan kebijaksanaan Allah
S.W.T.

GAMBARAN BIMASAKTI DI ANGKASA LEPAS

Rujukan.

Internet

http://teknikislam.blogspot.com/2013/10/salah-satu-pembuktian-kebenaran-al.html

http://iffah-muhsin.blogspot.com/2011/02/orbit-mengelilingi-galaksi.html
https://mhilalblog.wordpress.com/2009/08/22/hikmah-penciptaan-matahari/
Buku

1) Tajuk : Matahari mengelilingi Bumi (Penulis - Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu
Yusuf , Penerbit - Pustaka Al Furqon 2006 )

2) Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (Penulis - Jabatan Pengajian Am
Politeknik Kuala Terengganu )

3) Tajuk : Fokus SPM Pendidikan Islam (Penulis - Syed bin Muhamad Soleh, Hajah
Maliha binti Haji Lauti), Penerbit - (Pelangi Sdn. Bhd.)
Aplikasi smart Quran kelulusan jakim

-Semakan ayat al quran dan terjemahan


Click to View FlipBook Version