The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Fazli, 2023-05-21 09:07:17

FILEMM SARJANNN HASSANN

E BOOK

FILEM SARJAN HASSAN SESI:2 2022/2023 DET2B MPU21032- PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PROJEK : E-MAJALAH PENSYARAH : PUAN JAMILAH BINTI OMAR


FILEM SARJAN HASSAN ‘AKU BERHARAP JANGAN ADA LAGI MANUSIA SEPERTI INI DI TANAH AIR KITA’


AHLI KUMPULAN SHAFAWI BIN AZEMI (03DET22F1070) MUHAMMAD FAZLI BIN JAAFAR (03DET22F1124) MOHAMMAD ADZRAEI FARHAN BIN MOHAMMAD ADZHAR (03DET22F1118) ARIF HAKIMI BIN IZHAM (03DET22F1054)


ISI KANDUNGAN -Pengenalan Kesepaduan Nasional -Kepentingan Kesepaduan Nasional -Pengenalan: Objektif -Ulasan/Perbincangan Cadangan -Tema -Nilai dan Pengajaran -Penutup -Kritikan drama -Refleksi -Kesimpulan -Lampiran -Rujukan


CARTA GANTT


TEMA -KASIH SAYANG -KESUNGGUHAN -BERPERIKEMANUSIAAN -BERWAWASAN -TAAT KEPADA IBU BAPA


TEMA 1(KASIH SAYANG) Kasih sayang adalah perkongsian Kasih dan sayang serta tindakan mengambil ber at. Kasib sayang perlu ditunjukkan melalui tindakan dan perlakuan. Kasih sayang memerlukan masa dan pengorbanan. Kalau kita tidak dapat memberi kasih sayang, tidak mungkin kita akan menerima kasih sayang. Kasih sayang tidak bermakna persetujuan secara mutlak dalam semua


TEMA 2(KESUNGGUHAN) Kesungguhan ada ketika ada seseorang yang bersungguh-sungguh dalam bekerja. Ketika seseorang bersungguh-sungguh dalam berupaya, belajar, berusaha dengan sepenuh hati, disana tampak adanya kesungguhan. Kesungguhan dapat menggejala dalam orangorang yang sedang berusaha dengan sabar memelihara dan mempertahankan perkawinan, persahabatan, berteman dan bahkan bernegara.Bahkan dengan cerdas kita bisa merasakan, menangkap kesungguhan orang dalam menjalani kehidupan


TEMA 3 (BERPERIKEMANUSIAAN) Perikemanusiaan merujuk sifat yang wajar bagi" manusia seperti bertimbang rasa, tolongmenolong dan mengasihani. Perikemanusiaan berkait rapat dengantindakan yang berasaskan pemikiran yang rasional terhadap manusia, haiwan dan alam sekitar. Perlakuan berperikemanusiaan dapat membantu membentuk masyarakat yang sejahtera.


TEMA 4 (BERWAWASAN) Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masapanjang. Wawasan dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanyahala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambildisasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.


TEMA 5 (TAAT KEPADA IBU BAPA) Ketaatan : Kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan. Ibu ialah seseorang yang telah melahirkan manusia di muka bumi ini dan setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Maka Islam memandang serius hukum berkaitan hubungan anak dengan ibubapa. Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan, berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka


WATAK UTAMA DAN PERANAN Watak Sarian Hassan dalam filem ini ialah seorang askar yang berwawasan.dia bermati - matian melawan dan menentang komunis yang bermaharajalela di tanah melayu. Dia tidak berputus asa walaupun rakan senegaranya mengkhianatinya dengan menyertai pasukan komunis.Selain itu dia juga tida berputus asa menyertai askar walaupun ayah angkatnya menghalangnya. Walaupun Hassan dihina oleh Aziz dan rakan rakannya, dia tidak berasa kecewa malah dia menertai askar dan berani untuk meningin askar - askar yang lain dengar menerapkan semangat patriotik dalam setiap jiwa mereka


WATAK/PELAKON LAIN Leng Husin sebagai Ah Leng Salleh Kamil sebagai Buang Daeng Idris sebagai Pak lebai (ayah aziz)


WATAK /PELAKON LAIN Saadiah sebagal Salmah Jins Shamsuddin sebagal Aziz Salleh Kamil sebagal Buang Daeng Idris sebagal Pak Lebal (Ayah Aziz) Aini Jasmin sebagal Minah (Orang Gaji Pak Lebal Kapten John Gray sebagai Kapten Holiday - RMR (Platun Singapura) Kapten David Downe sebagai RMR (Platun Tanah Melayu) Nyong Ismail sebagal Ayah Salmah Leng Husin sebagal Ah Leng (kekasih Minah) Omar Rojik sebagal Ketua Kampeital di Tanah Melayu M. Raflee sebagal Kawan Aziz Kemat Hassan sebagal Kawan Aziz Omar Suwita sebagal Kawan Aziz All Fijl sebagal Kawan Aziz Zainol Bakar sebagal Sarjan Pon


KRITIKAN Kritikan Daripada Pengiat Seni Sarjan Hassan (1958) antara lain memaparkan semangat orang Melayu yang bergabung sebagai tentera dan berusaha untuk menentang musuh terutama sewaktu pendudukan Jepun. Penonton juga dipaparkan dengan pengkhianat bangsa seperti watak Buang yang sanggup menjadi tali barut Jepun pada waktu itu. Namun begitu, Sarjan Hassan (1958) bukan satu-satunya filem yang memaparkan filem perjuangan dalam meraih kemerdekaan oleh malay Film Productions. Filem Mata Hari (1958) Membawa tema yang serupa. Mata Hari (1958) kurang mendapat perhatian meskipun turut diterbitkan pada tahun yang sama seperti Sarjan Hassan (1958). Walaupun pelakon wanita utama Matahari (1958) adalah Maria Menado, namun tidak dapat disangkal aura bintang P.Ramlee yang membintangi filem ini telah menenggelamkan filem Mata Hari (1958).


Mata Hari (1958) mengisahkan perjuangan •seorang wanita bernama Mata Hari sebagai pemimpin pasukan Gerila setelah bapanva ditangkap oleh pihak tentera Jepun. Matahari telah membangkitkan semangat pasukan Gerila dan orang kampung dalam bangkit menentang kemaraan tentera Jepun. Akhirnya Matahari seorang sahaja wanita yang tinggal menentang bersama 6 orang askar Melayu dan seorang askar Gurkha sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mutakhir ini, filem ini sering diputar kembali di kaca televisyen.selain,dua filem yang diterbitkan ini, sebuah lagi filem penting yang turut mengangkat tema yang serupa laitu filem Seruan Merdeka(1947). Sayangnya filem ini telah hilang dan tidak dapat lagi dinikmati kini. Menurut catatan dalam buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura(1930-1980) tulisan Mustafar A.R. filem ini mengisahkan keganasan kempetai (tentera Jepun) yang ditentang sebuah gerila yang dipimpin oleh Leftenan Rashid. Leftenan Rashid yang merupakan askar Melayu dari unit Semboyan telah ditawan oleh tenteraJepun kerana dikatakan sebagai tali barut tentera Persekutuan. Namun, Leftenan Rashid telah berjaya meloloskan diri. Di samping itu, filem ini juga turut memaparkan adegan percintaan di antara Leftenan Rashid (Salleh Ghani) dan Zaharah (Rokiah Wandah),


Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand. Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai dianggap kaya kerana rajin mengusahakan tanah dan menternak, disamping menyimpan wang pound. Kita haruslah mematuhi perintah agama. Hassan berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi, Tambahan lagi, kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Orang kampung tidak berani membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu. Kita jugalah harustah mengenang jasa dan keberanian perajurit. Hassan mendapat pingat daripada Ratu Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.


Kritikan Daripada Blog The Patriotis Karya yang dianggap sebagai satu penghormatan kepada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ini sebenarnya mengangkat watak sebenar yang wujud. Sarjan Hassan Othman, salah-seorang pejuang negara adalah wira yang tidak didendang itu. Namun, berbeza dengan filem, Sarjan Hassan yang sebenar berkhidmat ketika era serangan komunis, dan bukannya Jepun. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dikatakan membeli skrip yang ditulis sendiri oleh Hassan dengan harga RM10,000, selain imbuhan diberikan, oleh penerbit kerana menggunakan namanya. Lahir pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau dikatakan menyertai tentera selepas isteri (Siti Zabedah Ali), ibu mertua dan anak saudaranya dibunuh oleh pihak Bintang Tiga. Pada 1950 hingga 1953, beliau telah membunuh 11 orang anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat RAMD.


10 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Sarjan Hassan juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di WaterFall Estate, Rawang, Selangor yang didakwa cuba mensabotaj majlis tersebut. Hassan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 1967 selepas berkhidmat selama 21 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai kapten. Allahyarham Sarjan Hassan meninggal dunia pada 30 April 1991 ketika berusia 63 tahun, akibat sakit jantung di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan dikebumikan di / Makam Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan. Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) sendiri pernah mengadakan pameran "Sarjan Hassan: Pahlawan Terbilang", di Muzium Negeri Sembilan, pada 16 hingga 31 Ogos 2016. Lambang cinta askar Melayu terhadap tanah air Sesungguhnya, Filem Sargeant Hassan menceritakan bagaimana seorang askar Melayu yang sangat mementingkan jati diri serta cintakan tanah air, melebihi dirinya. Hassan yang sering dicaci dan disindir saudara serta rakan-rakannya, tidak mudah mengalah dan tetap menyemai cita-cita untuk mempertahankan negaranya.


REFLEKSI Refleksi Diri : Semangat patriotik merupakan perasaan cinta yang kuat terhadap negara.Seseorang yang mempunyai semangat patriotik sanggup mengorbankán apa sahaja demi maruah tanah airnya. Semangat patriotik amat penting dalam diri setiap warganegara kerana iamelambangkan jati airi rakyat di sesebuah negara. Patriotik penting sebagai pemangkin negara, maju, memupuk perpaduan rakyat dan menjadi contoh kepada generasi muda supaya bangga dengan negara sendiri ARIF HAKIMI BIN IZHAM (03DET22F1054)


Refleksi diri: Berdasarkan filem Sarjan Hassan ini, saya dapatmempelajari betapa pentingnya untuk menjaga amanah dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas walaupun amanah dan tanggungjawab itu berat untuk dipikul oleh seorang. Selain itu, saya juga dapat mempelajari sifat keberanian dalam diri contoh seperti Sarjan Hassan yang berani membuat keputusan untuk menyerang perkhemahan pengganas. SHAFAWI BIN AZEMI (03DET22F1070)


Refleksi Diri : Antara isu penting yang dipaparkan dalam video ini ialah pengorbanan askar-askar Melayu semasa penjajahan Jepun. Hal ini boleh dilihat melalui sedutan filem •Sarjan Hassan. filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar. Sarjan Hassan, diarah dan dilakonkan oleh Tan Sri P.Ramlee ditayangkan pada tahun 1958 iaitu pada 28 Ogos MUHAMMAD FAZLI BIN JAAFAR (03DET22F1 124) Refleksi diri: Berdasarkan filem Sarian Hassan ini, saya dapat mempelajari untuk terus bersemangat dalam hidup walaupun banyak cabaran yang dihadap MUHAMMAD ADZRAEI FARHAN BIN MOHAMMAD ADZHAR (03DET22F1118)


ANALISIS SISTEM MASYARAKAT YANG DIPAPARKAN DALAM FILEM • Dari filem ini, kita dapat menyaksikan bahawa terdapat sistem PERPADUAN NASIONAL yang diamalkan dalam masyarakat setempat. • Hal ini dapat dibuktikan dengan terdapat pelbagai kaum di dalam cerita tersebut yang mempunyai Perpaduan Kaum. • Seperti contoh,Ah Leng yang membantu untuk menghantar surat kepada Sarjan Hassan ketika dia berada dalam kem peperangan.


NILAI & PENGAJARAN Antara nilai yang terdapat dalam kisah ini adalah Kasih sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail; Selain itu, Hassan seorang yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan path kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menterak lembu. Penghulu Ismail pula berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut. Kita hendaklah bijak merancang kehidupan. Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand.


Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha dan beriimat cermat, Hajah Siti Amai dianggap kaya kerana rajin mengusahakan tanah dan menternak, disamping menyimpan wang pound., Kita haruslah mematuhi perintah agama, Hassan berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi. Tambahan lagi, kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Orang kampung tidak berani membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu. Kita jugalah haruslah •mengenang jasa dan keberanian perajurit. Hassan mendapat pingat daripada Ratu Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.


ANALISIS NORMA BURUK Pembelotan bangsa Dengar sini kawan-kawan ku sekampung. Aku berharap, mudahan hendaknya... Janganlah ada lagi manusia pengkhianat seperti ini ditanah air kita. Kerana... Manusia yang seperti inilah yang akan merusakkan keturunan kita.Yaa... Memang bangsa kita mash muda dan mash lemah.Tapi aku tidak peduli itu semua. Harapanku hanyalah...Kita sesama bangsa, bersatulah hendaknya...!!!“ kata sarjan hassan kepada pembelot bangsa


Babak yang tidak sesuai untuk ditontonkan Tidak menjaga batas pergaulan antara bukan mahram sehingga boleh mendekati zina


Babak yang tidak sesuai untuk tontonan umum Pergaduhan Tontonan buli dan bergaduh boleh menyebabkan ramai remaja atau kanak kanak meniru aksi daripada tontonan tersebut


KESIMPULAN Filem Sarjan Hassan menceritakan tentang kisah seorang anak yatim piatu iaitu, Hassan yang dibesarkan oleh bekas majikan ayahnya yang juga mempunyai seorang anak. Pada suatu hari, Aziz telah terbaca di dalam surat khabar tentang berita bahawa Askar Melayu sedang mencari ahli baharu. Aziz beiminat untuk menyertainya dan niatnya itu telah diizinkan oleh ayahnya. laitu Tok Penghulu. Hassan turut berminat untuk menyertainya tetapi niatnya itu dihalang oleh ayah angkatnya. Bagaimanapun, dia tetap mahu menyertainya dan dia nekad untuk pergi ke sana untuk menjadi askar, Pada suatu hari, Jepun telah memperluaskan wilayahnya termasuklah Malaya. Tentera Jepun mendarat melalui Kota Bharu


ULASAN Apabila filem Perang Dunia Kedua "Bridges On The River Kwai" (1957) yangdibintangi Ale Guinness dan William Holden serta diarahkan David Leanmendapat sambutan yang luar biasa, pihak atasan MFP pun berhasrat membuat filem corak yang sama. Yang menariknya 'screenplay' (lakonlayar) dihasilkan oleh P.RAMLEE berdasarkan cerita Ralph Modder yang sebelumnya menulis cerita "Azimat" arahan Rolf Bayer. Bagi mengarahkan filem bercorak perang ini,MFP telah membawa masuk seorang lagi pengarah dari Filipina – Lamberto V Avellana. Dia dibawa ke Singapura setelah Run Run Shaw tertarik denganGilem arahannya "Badjao" yang telah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (Tokyo, 1957).Bukan itu saja yang dimenangi "Badiao" tetapi 3 lagi - Cerita Terbaik (Rolf Bayer), Penggambaran Terbaik (Mike Accion) dan Suntingan terbaik (Gregorio Carballo). Ceritanya bukanlah kisah benar (walaupun seolah-olah seperti kisahbenar). Tidak seperti "Leftenan Adnan". Ia cerita fiksyen yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua, Dari segi persembahan, filem ini tidak mengecewakan.


Adegan-adegan pertempuran menggunakan senjata api dan bom (walaupun dalam kelengkapan yang terbatas masih memberi nyawa kepada filem ini. Ini mungkin penasihat teknikalnya datangnya dari kalangan tentera - Major 1 Strutt watak Sarjan Hassan terhadap P.RAMLEE berasas pemilihan sesuaian dengannya, dan ini memperlihatkan keunggulannya di mana seorang lagi pengarah (pertama kali mengarah filem di MFP) mengambil P.RAMLEE memegang peranan utama dalam filem arahannya setelah beberapa pengarah sebelumnya berbuat demikian, Unsur-unsur "Wuthering Heights" masih terdapat dalam filem ini apabila ayahnya meninggal dunia kemudian dipelihara oleh Tok Penghulu (sebelum meninggal dunia ayah Hassan bekerja dengan Tok Penghulu) dan mendapat tentangan dari anak Tok Penghulu sendiri - Aziz. Kebencian Aziz terhadap Hassan membawa hingga mereka dewasa


Adegan ketika Hassan (sewaktu kecil) memeluk tok Penghulu kerana kesanggupan memeliharanya, sama seperti Heathcilff (sewaktu kecil) memeluk ayah angkatnya kerana kesanggupan Earnshaw mengambilnya sebagai anak angkat, Selain itu unsur-unsur filem "Sands Of Two Jima" meresap dalam filem ini dimana adanya pertentangan antara P.RAMLEE dengan /Ins Shamsudin - sama pertentangan antara John Wayne dengan John Agar. Pada keseluruhannya, filem ini menarik dan para pelakonnya pun turut memainkan peranan memberi nyawa terhadap filem ini terutama sekali Anni Jasmin dan Leng Hussein selain Sa'adiah, Salleh Kamil, Jins Shamsudin dan Daeng Idris


PENUTUP Kesimpulan secara ringkas, filem Sarjan Hassan membawa mesej yang positif kepada masyarakat Malaysia. Filem ini mengandungi banyak nilai dan pengajaran contohnya, kasih sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu, Hassan scorang yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat,. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana panda berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Penghulu Ismail pula berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut. Kita hendaklah bijak merancang kehidupan.


LAMPIRAN


LAMPIRAN KERJA PERBINCANGAN


RUJUKAN YOUTUBE • https://youtu.be/fje1QuQrkMU FACEBOOK • https://m.facebook.com/Brader Filem/photos/pcb.210970022268 5858/2109700166019197/?type= 3&source=48&locale2=ms_MY& __tn__=EHH-R


Click to View FlipBook Version