MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN ISLAM
CABARAN UNTUK MEMBANGUNKAN
INDUSTRI HALAL
NO. NAMA NO. PENDAFTARAN
1. MOHAMAD ISKANDAR BIN AZMAN 0EDEM21F1065
2 DZUL IQMAR BIN MOHAMAD HAFIZAN 03DEM21F1048
3 MUHAMMAD NAZMI BIN MOHD 03DEM21F1004
KHAIRULNIZAL 03DEM21F1049
4. MUHAMMAD ARISS BIN NORAZMI
Abstrak
Komitmen serta kesungguhan yang telah ditunjukkan
Malaysia dalam membangunkan industri halal adalah
selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi juara hub
halal global. Pembangunan industri halal bukan sahaja
berkait rapat dengan tuntutan menghasilkan produk halal
bagi kegunaan masyarakat Islam tetapi juga perlu
mempamerkan nilai-nilai Islam yang menyeluruh. Selain itu,
pembangunan dan aktiviti industri halal memerlukan corak
dan kaedah pengurusan termasuk pengurusan keselamatan
industri yang menjadikan nilai-nilai Islam sebagai acuannya.
Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan
tuntutan pelaksanaan pengurusan keselamatan industri dan
konsep halalan-toyyiban dalam kerangka maqasid al-
shariah. Selain itu, pendekatan kooperatif dalam pengurusan
keselamatan juga akan dibincangkan. Pendekatan kooperatif
merupakan suatu inisiatif yang berpotensi untuk
dilaksanakan kerana ianya adalah salah satu daripada tujuan
maqasid al-shariah. Jaringan kerjasama kejiranan dalam isu-
isu pengurusan keselamatan industri juga menampakkan
kesyumulan Islam dalam hal-hal yang melibatkan
keselamatan pekerja, masyarakat dan alam sekitar.
Kesimpulannya, pelaksanaan pengurusan keselamatan
industri khususnya oleh pengusaha industri halal adalah
sesuatu yang menjadi tuntutan. Ianya bukan sahaja tuntutan
sejagat tetapi juga tuntutan Islam itu satu
Pengenalan
Pembangunan industri halal bukan semata-mata berkaitan
dengan tuntutan menghasilkan produk halal bagi kegunaan
masyarakat Islam. Rangkaian kitaran pembangunannya juga
perlu mempamerkan nilai-nilai Islam yang menyeluruh. Oleh
itu, proses pembangunan industri halal perlu dilihat secara
holistik dari pelbagai sudut termasuk yang berkait rapat
dengan isu-isu keselamatan2. Secara umumnya, tuntutan
pelaksanaan pengurusan keselamatan industri
sebagaimana yang dianjurkan Islam tidak membezakan
sama ada industri tersebut berfokus kepada produk halal
atau produk-produk lain.Walau bagaimanapun, bagi
menjadikan pembangunan kluster industri halal sebagai
model ikutan, kepentingan dan tuntutan tersebut dilihat dari
dua dimensi yang saling bersepadu; agama dan ekonomi.
Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan
kepentingan memasukkan pengurusan keselamatan industri
sebagai salah satu daripada elemen penting bagi
mengukuhkan model pembangunan industri halal. Tuntutan
pelaksanaan ini penting kerana konsep halal dan haram
perlu dilihat dalam konteks menyeluruh termasuk faktor
luarannya (selain zikal produk) seperti bagaimana
sesuatu produk halal itu dihasilkan dan bagaimana ianya
digunakan (Anas et al., 2010).
Secara analoginya, pengharaman minuman yang
memabukkan seperti arak bukan sahaja terhadap zikal
minuman tersebut semata-mata tetapi juga keseluruhan
aktiviti yang terlibat di dalam kitaran penghasilannya. Ini
menggambarkan bahawa penghasilan produk halal juga
perlu mengambilkira pelbagai tuntutan yang merangkumi
keseluruhan skop aktiviti dan proses yang terlibat. Penelitian
ini penting bagi memastikan setiap aktiviti di dalam
keseluruhan rangkaian tersebut tidak bercanggah dengan
tuntutan ajaran Islam. Penelitian yang dimaksudkan ini
termasuk yang berkaitan dengan aktiviti pemprosesan
produk halal, di mana kaedah penghasilan produk halal
jelas melibatkan penggunaan pekerja dan aplikasi
teknologi. Oleh itu, isu keselamatan pekerja, masyarakat
sekeliling dan alam sekitar juga menjadi sebahagian
daripada elemen bersepadu dalam pembangunan kluster
industri halal. Dalam erti kata lain, aktiviti pembuatan
produk halal memerlukan corak dan kaedah pengurusan
komprehensif dalam pelbagai keadaan dengan menjadikan
nilai-nilai Islam sebagai acuan. Penerapan nilai-nilai tersebut
penting bagi menjadikan model pembangunan kluster
industri halal sebagai model ikutan kepada kluster industri
yang lain.
Perbincangan khusus di dalam penulisan ini akan
memfokuskan kepada tuntutan pelaksanaan pengurusan
keselamatan industri dalam konsep halalan-toyyiban dan
kerangka maqasid al-shariah. Isu ini juga menjadi lebih
penting memandangkan kepekaan terhadap tuntutan untuk
melaksanakan pengurusan keselamatan di tempat kerja
semakin meningkat di seluruh dunia (Boustras et al., 2011).
Selain itu, menurut Rahimin et al. (2006) bahawa para fuqaha
Islam telah mengariskan empat inti pati shariah Islam yang
secara langsung berkait rapat dengan tuntutan tersebut iaitu
jalb al-masalih (mencapai kepentingan di dalam kehidupan),
dar al-mafasid (menolak kerosakan yang bakal timbul dalam
masyarakat), sadd al-dharar (menyekat kemudaratan), dan
taghayyur al-zaman (mementingkan faktor peredaran dan
perubahan zaman). Isu keselamatan dalam aktiviti
pengekonomian seperti pengeluaran produk halal
memerlukan perhatian penting bagi memenuhi tuntutan
menjaga pekerja serta kejiranan serta memastikan setiap
aktiviti yang terlibat tidak mendatangkan kemalangan (jalb
al-masalih wa dar al-mafasid). Syahiza et al. (2015) juga
menyatakan melalui penulisannya tentang maqasid al-
shariah dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bahawa
melindungi hak asasi manusia dapat dilaksanakan dengan
memenuhi kehendak pekerja dan menyelamatkan mereka
daripada kemudaratan.
TUJUAN PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL
DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Industri Halal di negara ini bermula dengan kesedaran
masyarakat Muslim akan keperluan satu sistem pemantauan
perusahaaan makanan Halal di Malaysia. Oleh sebab itu,
pada 1968 Persidangan Majlis Raja-raja Malaysia telah
memutuskan perlunya penubuhan satu badan yang
membangunkan kemajuan umat Islam Malaysia. Hasil
daripada perbincangan tersebut, Urusetia Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah
ditubuhkan. Urusetia ini kemudiannya diubah menjadi
Bahagian Ugama, yang terletak di bawah bidang kuasa
Jabatan Perdana Menteri.
Melihat kepada pentingnya peranan sesuatu badan yang
menjaga dan memelihara kepentingan umat Islam,
bahagian ini telah dinaiktaraf kepada Bahagian Hal Ehwal
Islam (BAHEIS). BAHEIS mula terlibat secara langsung
dalalm memberi pengesahan halal kepada makanan dan
barangan gunaan di Malaysia bermula 1974. Pengesahan
halal pada peringkat ini, diberikan dalam bentuk surat
pengiktirafan dan pada awalnya terhad kepada makanan
dan produk gunaan yang dikeluarkan oleh pengusaha
tempatan. Usaha tersebut dikendalikan oleh Pusat
Penyelidikan Islam, BAHEIS.
Bermula 1994, pengesahan Halal tidak lagi dalam bentuk
surat pengiktirafan, tetapi dalam bentuk sijil pengesahan
Halal kepada pengusaha berserta logo Halal yang akan
digunakan atau dipamerkan pada barangan tersebut.
Pada 1 Januari 1997, BAHEIS dinaiktaraf menjadi Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada September 1998,
kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk
menswastakan tugas pemeriksaan premis bagi tujuan
pengesahan halal kepada sebuah syarikat swasta,
Syarikat Ilham Daya Sdn Bhd. Manakala aspek-aspek lain
seperti pemantauan dan pengeluaran sijil Halal masih
dikekalkan di bawah JAKIM.
DALIL PEMBANGUNAN INDUSTRI
HALAL
Setiap Muslim wajib memastikan semua produk yang
diambil adalah halal dari sudut bahan, sumber dan kaedah
mendapatkannya. Kewajipan ini bukan hanya semata-mata
melibatkan soal makanan tetapi semua produk yang
menjadi kegunaan masyarakat Islam. Keberadaan produk
halal di pasaran merupakan hasil daripada aktiviti
pembuatan dan pengeluarannya oleh industri terlibat. Oleh
itu, membangunkan industri halal dan semua perkara yang
terlibat di dalam rangkaian halal dapat membantu
masyarakat Islam memenuhi tuntutan dalam pematuhan
shariah Islam. Secara umumnya, pembangunan industri
berasaskan produk atau perkhidmatan halal bukanlah
sesuatu yang baru. Ianya telah diperbincangkan sejak
sekian lama.Walau bagaimanapun, kesedaran pengguna
dewasa ini khususnya pengguna Islam tentang kewajiban
untuk menggunakan produk halal telah memberikan impak
positif ke arah usaha memperbanyak dan mengembangkan
lagi industri produk halal. Industri halal juga mempunyai
potensi yang amat baik kerana pasarannya yang meluas
melangkaui pelbagai kelompok pengguna termasuk
masyarakat bukan Islam.
Pembangunan industri halal yang disertai dengan
penggunaan teknologi yang semakin canggih, berinovasi,
dan komplek perlu dikawal dan diurus dengan suatu sistem
yang bolehpercaya agar ianya tidak memberi implikasi
yang besar terhadap pekerja, kejiranan dan alam sekitar.
Menurut Adi (2009), penggunaan sains dan teknologi tidak
harus dibiarkan bebas seperti sekarang tanpa terbatas dan
dipandu oleh hukum-hakam agama kerana sains dan
teknologi semasa dilihat membawa banyak bencana dan
bukan manfaat kepada alam dan insan. Oleh itu, beliau
menambah, sains dan teknologi moden serta segala
kegiatan yang berkaitan dengannya perlu tertakluk kepada
sistem nilai Islam yang terangkum dalam maqasid al-
shariah. Abdul Kabir (2004) pula membincangkan
bagaimana perkhidmatan kejuruteraan boleh memenuhi
maqasid al-shariah.Walau bagaimanapun, beliau hanya
memberikan contoh tentang penemuan kejuruteraan dan
tidak menyentuh tentang aktiviti rangkaian lain dalam
penerokaan penemuan tersebut seperti isu-isu keselamatan.
Dalam konteks ini, La Jamaa (2011) menyatakan maqasid al-
shariah mengandungi dimensi ketuhanan dan dimensi
insani.
Di dalam isu sains dan teknologi semasa, dimensi insani
dilihat lebih dominan khususnya bagi memastikan ianya tidak
memberikan kemudaratan kepada manusia. Sains dan
teknologi juga berkaitan dengan isu muamalat (dimensi
insani). Oleh itu, ianya adalah tertakluk kepada keputusan dan
perkaedahan yang di kirkan sesuai untuk dilaksanakan
kerana Allah memberikan hak kepada manusia untuk
menetapkannya atas dasar memberikan kemaslahatan kepada
umum (Maszlee, 2015). Risiko kemalangan yang terhasil
daripada penemuan dan penggunaan sains dan teknologi
akan sentiasa wujud, sama ada besar, kecil ataupun boleh
diterima atas rasional dan alasan tertentu.Wujudnya risiko
tersebut menyebabkan aspek pengurusan ke atas aktiviti
perindustrian menjadi kritikal dan penting. Oleh itu,
pengawalan risiko kemalangan hanya boleh dilaksanakan
melalui pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan yang
bersepadu dan tersusun. Pengurusan keselamatan industri
adalah sebahagian juzuk kecil yang wujud dalam sistem Islam
yang luas dan ianya berkaitan dengan langkah melindungi
keselamatan diri sendiri, orang lain serta kejiranan. Menurut
Islam, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk
menjaga diri daripada sebarang kemudaratan dan juga tidak
mendatangkan atau menyebabkan kemudaratan kepada orang
lain.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana
diriwayatkan oleh Abi Said al-Khudri yang bermaksud
“Tidak boleh mudaratkan (diri sendiri) dan memberi
kemudaratan (kepada orang lain)” (Riwayat Ahmad, Malik,
Ibn Majah dan al-Daraqutni). Kemalangan industri boleh
berlaku dalam skala kecil seperti kecederaan individu atau
skala yang lebih besar seperti kematian atau kehilangan
harta benda yang besar. Kemalangan industri dalam skala
besar ini juga sinonim dengan istilah bencana industri.
Dalam konteks industri halal, kewujudan industri halal yang
berasaskan kimia dan petrokimia boleh memberikan
ancaman berlakunya kemalangan besar seperti letupan dan
kebakaran. Selain itu, industri halal yang relatifnya berisiko
rendah seperti pemprosesan makanan juga tetap
mempunyai risiko yang sama kerana sifat kemalangan itu
sendiri adalah tidak dijangka.Walau bagaimanapun, di
dalam Islam keselamatan nyawa manusia tidak
didiskriminasikan atas perbezaan mangsa, jumlah mangsa
atau skala kerana satu nyawa itu tetap perlu dipelihara dan
dihormati. Oleh itu, kedua-dua senario sama ada berskala
kecil atau besar, bersifat kemalangan individu atau
kumpulan, langkah pencegahan daripada berlakunya
kemalangan tersebut tetap dipandang penting.
PERANAN MEMBANGUNKAN
INDUSTRI HALAL
Terdapat beberapa agensi kerajaan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam pengurusan industri
halal di Malaysia. Dua agensi utama yang sering
dikaitkan dengan Pensijilan Halal di Malaysia adalah JAKIM
dan Halal Industry Development Centre (HDC). Secara
khusunya, pensijilan halal adalah di bawah tadbir urus
Bahagian Hab Halal, sebuah jabatan khas yang ditubuhkan
oleh JAKIM. Kedua-dua agensi ini memainkan peranan yang
sangat penting kepada industri halal Malaysia, dan peranan
yang dimainkan adalah sangat berbeza. Bidangkuasa
JAKIM adalah tertumpu kepada pensijilan halal dan
pematuhan kepada standard halal manakala HDC lebih
tertumpu kepada pembangunan industri halal tempatan
dan global dan pemasaran produk halal. Selain dari
Bahagian Hab Halal, JAKIM dan HDC,beberapa agensi lain
yang turut memainkan peranan dalam industry Halal
Malaysia ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa
Dan Industri (MITI), Jabatan Standard Malaysia, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) dan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Setiap agensi ini mempunyai
peranannya sendiri dalam membangunkan industri Halal.
Penglibatan begitu ramai agensi yang berbeza dalam
menjayakan industri ini adalah disebabkan skop industri
Halal yang sangat luas di mana pertindanan bidang kuasa
tidak dapat dielakkan. Selain itu, ketiadaan satu
perundangan tunggal yang secara khususnya mengawal
selia industri ini secara menyeluruh juga memainkan
peranan dalam penglibatan pelbagai agensi kerajaan.
Terdapat beberapa perundangan yang berkaitan
pemeriksaan dan penguatkuasaan Halal di Malaysia seperti
Akta Perihal Dagangan 2011, Manual Prosedur Pensijilan
Halal Malaysia 2011(Semakan Kedua)/Manual Prosedur
Pensijilan Halal Malaysia 2014 (Semakan Ketiga), Akta
Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan
1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,
Animal Rules 1962, Akta Binatang 1953 (Semakan 2006),
Peraturan Haiwan 1962, Akta Rumah Penyembelihan
(Penswastaan) 1993, Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran), 1983, Akta Kastam 1967 (Larangan
Mengenai Import 1998), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171) dan Undang- undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan
Akta Cap Dagangan 1976. Perundangan-perundangan yang
disenaraikan ini memberikan autoriti kepada agensi yang
berbeza mengikut skop tugas dan bidang kausa tertentu.
Akta Perihal Dagangan 2011 dan perundangan subsidiarinya
dianggap sebagai perundangan utama mentadbir industry
halal Malysia.Walaupun Akta ini adalah di bawah bidang
kuasa KPDKKN, ia mengandungi peruntukan yang
menggariskan peranan penting JAKIM. Seksyen 29 APD
2011 telah memberi kuasa kepada Menteri KPDNKK bagi
melantik pihak berwibawa untuk mengeluarkan sijil dan
logo halal di Malaysia. Melalui Perenggan 3, Perintah
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,
Menteri KPDNKK telah menamakan JAKIM dan MAIN/JAIN
sebagai agensi berwibawa tersebut. Sebagai badan rasmi
yang berautoriti dalam pentadbiran hal ehwal pensijilan
halal di Malaysia, Bahagian Hab Halal JAKIM memainkan
peranan yang sangat penting dalam kemajuan industri
dan kepenggunaan halal di Malaysia. Kajian lepas
menunjukkan bahawa tahap keyakinan dan kepercayaan
pengguna terhadap pensijilan Halal yang dikeluarkankan
oleh pihak JAKIM adalah tinggi. Pengguna akan lebih
yakin untuk membeli dan menggunakan produk yang
mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM
berbanding dengan pengiktirafan daripada badan lain
(Nurza,2015) Kajian lepas juga menunjukkan bahawa
adanya pensijilan Halal JAKIM pada produk tersebut
merupakan salah satu factor yang mempengaruhi keputusan
pengguna untuk membeli sesuatu produk atau tidak(Khaizie
et al, 2012)
Di samping itu, pihak JAKIM juga banyak mengambil
langkah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
orang ramai berkaitan isu-isu berkaitan status Halal
sesuatu produk. Antara usaha yang dijalankan
termasuklah menyediakan laman sesawang yang mesra
pelanggan dan sentiasa dikemaskinikan. Pihak JAKIM juga
mengambil pendekatan terbuka dengan mengalu-alukan
pertanyaan dan pandangan dari orang ramai yang boleh
menghubungi pihak JAKIM melalui telefon, email dan juga
media sosial. Bahagian Hab Halal JAKIM mempunyai tiga
cawangan utama iaitu cawangan dasar dan luar negara,
cawangan pengeluaran sijil dan logo Halal, dan cawangan
pengurusan Halal. Misi bahagian ini adalah memastikan
semua produk yang diberi sijil halal atau yang
menggunakan perbahasaan halal adalah suci dan halal
mengikut lunas-lunas syarak. Objektif utama penubuhan
bahagian ini adalah untuk melaksanakan sistem
pengurusan pensijilan halal berdasarkan standard dan
garis panduan berkaitan yang ditetapkan di peringkat
antarabangsa selain mengeluarkan sijil pengesahan halal
Malaysia selepas bayaran diterima dan pemohon memenuhi
segala prosedur dan syarat yang ditetapkan.
KESAN DAN IMPAK
• Sektor perindustrian lebih dikuasai oleh
orang bukan islam
• Orang islam kurang ilmu pengetahuan dalam
sector perindustrian
• Kekurangan modal untuk membangunkan
dsn memulakan perindustrian
• Kurang sokongan dari agama bangsa sendiri
• Kurang kerjasama dari agensi yang
bertanggungjawab
• Kerugian lebih tinggi berbanding
keuntungan
• Kurang tenaga kerja
• Teknologi perindustrian ketinggalan zaman
• Kurang permintaan dari orang ramai
KESIMPULAN
Matlamat untuk menjadikan pembangunan industri halal
sebagai salah satu identiti Malaysia perlulah dipamerkan dalam
bentuk pakej yang menyeluruh. Selain daripada menawarkan
serta menyediakan produk halal untuk para pengguna,
khususnya pengguna Islam, industri halal juga perlu bergerak
bersama integrasi identiti Islam yang bersifat menyeluruh. Ini
penting bagi menjadikan industri halal sebagai model ikutan
(role model) dengan keunikannya yang tersendiri.
Pembangunan industri halal dan pengekonomian adalah jelas
bertujuan memelihara dan memakmurkan kehidupan
masyarakat. Pelaksanaan pengurusan keselamatan pula,
khususnya dalam konteks industri halal adalah suatu tuntutan
yang terdapat di dalam konsep halalan-toyyiban dan kerangka
maqasid al-shariah. Kepentingan memelihara nyawa atau jiwa
dan harta benda daripada kemalangan merupakan dua tujuan
penting di dalam tatatingkat (hierarki) perkara-perkara asasi
(ad-dharurat) maqasid selepas memelihara agama. Jasser
(2014) menyatakan, secara praktikalnya memelihara jiwa ini
bermaksud apa sahaja yang mendatangkan bahaya kepada
nyawa menerusi apa-apa bentuk perkaedahan seperti bahaya
yang boleh mendatangkan risiko kehilangan anggota badan.
Beliau menambah ini termasuk juga melaksanakan langkah-
langkah meningkatkan aktiviti pencegahan.
Oleh yang demikian, melaksanakan pengurusan keselamatan
industri khususnya oleh pengusaha industri halal adalah
sesuatu yangmenjadi tuntutan. Ianya bukan sahaja tuntutan
sejagat tetapi yang lebih utama, ianya adalah tuntutan Islam itu
sendiri. Selain itu, perkembangan teknologi semasa juga
diiringi dengan kelahiran pelbagai risiko kemalangan.
Pengetahuan, kepakaran, dan sumber adalah di antara isu yang
penting bagi melaksanakan sistem pengurusan keselamatan
yang berkesan. Inisiatif mewujudkan jaringan kerjasama dilihat
berupaya membantu anggota kluster industri halal melalui
perkongsian pintar bagi kebaikan bersama (taáwun).
Hubungan kerjasama seperti ini amat digalakkan oleh Islam
dan ini secara langsung dapat menyepadukan nilai-nilai Islam
dalam membangunkan model kluster industri halal.
RUJUKAN
Ahmad Hidayat Buang &Zulzaidi Mahmud. 2012. Isu dan
Cabaran Badan Pensijilan Halal di Malaysia. Shariah Journal.
20(3):271-288. Al-Qaradhawi,Yusof, al-Halal wa al-Haram.
Maktabah al-Islami, Beirut, 1994. Che Rosmawati Che Mohd
Zaina, Suhaimi Ab Rahman, Zahira Mohd Ishak &
Shamrahayu. 2015. Jurisdiction and Prosecution of Halal Matters
in Malaysia: Challenges and Prospect. Procedia- Social and
Behavavioral Science.172:294-300. Dewan Ekonomi. Oktober
2011. Transformasi Industri Halal. http://e-
muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_ilmiah/2012/03/tra
nsformasi_industri_halal.pdf. Retrieved on 7 October 2015 Halal
& Innovation – Creating New Wealth Towards The Nation’s
Economy. 2014. HDC Halal Initiatives In Healthcare Industry.
October 2015. HDC Harlida Abdul Wahab & Alias Azhar.
2014. HalalanTayyiban dalam Kerangka Perundangan
Malaysia. KANUN. 1:103-120 HDC Bawa “Program Halal
Outreach (HOPE) 2015 ke Melaka. 20/5/2015.
http://bernamamrem.com/mrembm/viewsm.php?idm=7972
20/05/2015. Retrieved on 10 October 2015 HDC Catat
Kecemerlangan Pembangunan Industri Halal Selama Tujuh
Tahun, 7/10/2013.
http://www.moa.gov.my/bernama;jsessionid=5146F4C6208F2C
7E71A22F2B2E6C7233?p_p_id=rssarchievemoa_WAR_rssberna
mamoaportlet&p_p_lifecycle=0&p_p_state=pop_up&p_p_mode
=view&_rssarchievemoa_WAR_rssbernamamoaportlet_jspPage
=%2Fhtml%2Farchive%2Ffull_view.jsp&_rssarchievemoa_WAR_
rssbernamamoaportlet_id=983803. retrieved on 5 November
2015 Isu-isu Penghasilan Makanan Halal Di Malaysia,
http://studentsrepo.um.edu.my/4342/4/bab_4.pdf, retrieved on
15 November 2015 Khaizie Azimah Ahmad, Nurul Hidayah Mat
Nor, Sharina Shariff & Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, (2012).
Determinants Of Purchase Intention Towards Halal
Products Between Rural And Urban Muslim Consumers In
Melacca, Proceedings of International Conference of
Islamic Economy And Business Laman sesawang HDC, 2015
http://www.hdcglobal.com/publisher/halal_park_about,
retrieved on 15 November 2015 Laman sesawang JAKIM,
2015
http://www.hdcglobal.com/publisher/halal_park_about,
retrieved on 15 November 2015 Laman sesawang JAKIM,
2015
http://www.moa.gov.my/bernama;jsessionid=5146F4C6208F
2C7E71A22F2B2E6C7233?p_p_id=rssarchievemoa_WAR_rss
bernamamoaportlet&p_p_lifecycle=0&p_p_state=pop_up&p
_p_mode=view&_rssarchievemoa_WAR_rssbernamamoapor
tlet_jspPage=%2Fhtml%2Farchive%2Ffull_view.jsp&_rssarc
hievemoa_WAR_rssbernamamoaportlet_id=983803.
retrieved on 5 November 2015 Isu-isu Penghasilan
Makanan Halal Di Malaysia,
http://studentsrepo.um.edu.my/4342/4/bab_4.pdf, retrieved
on 15 November 2015 Khaizie Azimah Ahmad, Nurul Hidayah
Mat Nor, Sharina Shariff & Nurul Zamratul Asyikin Ahmad,
(2012). Determinants Of Purchase Intention Towards Halal
Products Between Rural And Urban Muslim Consumers In
Melacca, Proceedings of International Conference of
Islamic Economy And Business Laman sesawang HDC, 2015
http://www.hdcglobal.com/publisher/halal_park_about,
retrieved on 15 November 2015 Laman sesawang JAKIM,
2015
LAMPIRAN
Thank you