The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CARA MEMUPUK UNTUK MENYATUKAN BERBILANG KAUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thayadass360, 2022-04-25 22:38:11

CARA MEMUPUK UNTUK MENYATUKAN BERBILANG KAUM

CARA MEMUPUK UNTUK MENYATUKAN BERBILANG KAUM

CARA MEMUPUK UNTUK MENYATUKAN
BERBILANG KAUM

Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Isu perpaduan kaum
tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum
di negara kita.

Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa
boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi contoh
kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum.
Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran
tetangga.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya,
masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni
yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum,
pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk
perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu
perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan¬iklan yang membawa mesej perpaduan
kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum
secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di
kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-
royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan. Hal
ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang boleh
memupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke
arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba
untuk merosakkan perpaduan kaum.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu.
Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia
dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang
diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan
mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam
kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan
pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah
pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman
dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum
lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk
memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa
kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan
turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar
sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri
bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan
oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat
diwujudkan.

KESIMPULAN

Ksesimpulanya,kita semua Bertanggungjawab dalam merelisasi agenda perpaduan
negara.Memahami dan Menghormati bangsa,budaya,agama dan etnik adalah kunci dalam
menjayakan agenda perpaduan.Persefahaman dikalangan pemimpin juga amat penting.Ini
kerana pemimpin menjadi contoh teladan kpada rakyatnya.Kita perlu memperbanyakkan
program dan aktiviti yang mengukuhkan perpaduan berbilang kaum. Sebagai intihanya,
“bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh
semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya
persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara
ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea
dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi
mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020
kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi
negara!


Click to View FlipBook Version