The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thayadass360, 2022-06-01 09:35:21

E-POLIO MORAL-EPOLIO

E-POLIO MORAL-EPOLIO

E-POLIO
MPU 23142 PENDIDIKAN MORAL

TAJUK:IMPAK BULI DARI SEGI
MENTAL DAN FIZIKAL KEPADA

SESEORANG INDIVIDU

MAKLUMAT AHLI KUMPULAN

KUMPULAN 1

THAYALAN A/L TANESH A/L
SIVAKUMAR ANANTHAN

NO MATRIK:17DDT21F2039 NO MATRIK:17DDT21F2099
KELAS:DDT1B KELAS:DDT1B
KANDUNGAN YANG BUAT: KANDUNGAN YANG BUAT:
- Impak Buli Dari Segi Mental -PENGDAHULUAN
DAN FIZIKAL Seseorang Individu -KESIMPULAN
Pelajar -PENGHARGAAN
-Langkah-langkah mengatasi -Abstrak
masalah buli
-Punca-Punca menyebabkan
masalah buli

Abstrak

Artikel ini memfokuskan konsep buli, kesan buli kepada mangsa buli pada jangka masa panjang
dan pendek. Buli merupakan satu tingkah laku dominasi yang dilakukan berulang kali secara
psikologi atau fizikal daripada seorang atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada seseorang
yang kurang kuasa. Mangsa buli selalunya mempunyai ciri-ciri tertentu yang menyebabkan
mereka mudah bagi pembuli mengesan dan bertindak membuli mereka. Selalunya mangsa
merupakan seorang yang sentiasa merasa cemas, tidak selamat, terlalu berhati-hati, mempunyai
harga diri yang rendah dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari.Tingkah laku buli
memberi impak kepada mangsa buli dari segi fizikal, emosi dan mental atau psikologikal dalam
jangka masa pendek dan panjang. Kesan jangka pendek seperti sedih, tertekan, tidak berdaya,
berasa sendirian dan malu. Kesan jangka masa panjang pula ialah tahap kesihatan mental yang
bercelaru, kemurungan dan gangguan emosi yang berpanjangan sehingga dewasa. Para
kaunselor perlu memandang berat permasalahan buli dan sentiasa mencari kaedah yang perlu
dan sesuaidalam menghadapi masalah buli. Hal ini demikian kerana tingkah laku buli memberi
kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Kata kunci: buli, mangsa buli, kesan jangka panjang, kesan jangka pendek, kesan buli.

PENDAHULUAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun sentiasa menaruh harapan kepada modal insan yang
sedang dididik dan dilatih.Dalam pengagihan belanjawan negara, Malaysia telah memperuntukkan jumlah
yang begitu besar setiap tahun kepada usaha mendidik dan membangunkan modal insan ini. Tugas murni
membangunkan modal insan ini pastinya dipikul sebahagian besarnya oleh sekolah. Sekolah dilihat
sebagai institusi yang amat penting. Di sekolah generasi muda yang bakal meneraju negara dididik dan
dibentuk. Di sekolah jugalah berlakunya proses pemupukan diri dan penggembelengan potensi yang akan
mencorakkan negara bangsa. Mohd Najib (2003), menyatakan pendidikan secara keseluruhannya adalah
untuk membentuk kebolehan, sikap, dan tingkah laku manusia. Proses sosial ini membolehkan seseorang
individu memperolehi keyakinan dan pertumbuhan kendiri melalui keadaan yang terkawal dan
diinstitusikan oleh negara. Sistem pendidikan negara yang terancang dan sistematik dapat membantu dari
segi jasmani dan rohani bagi melengkapkan individu dalam menjalani kehidupan yang
sempurna.Pemasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah, keruntuhan akhlak, gangsterisma dan
kejadian buli adalah antara cabaran yang perlu dihadapi terutamanya di sekolah. Di Malaysia, buli telah
pun menjadi isu dan diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan. Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk
Seri Hishamuddin Hussein (2009) menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam apa jua
keadaan sekalipun berhubung dengan kes buli yang melibatkan pelajar sekolah di negara ini. Malah sejak
2002 lagi beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu buli di peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2004, beliau juga telah meluahkan rasa bimbangnya
terhadap fenomena ini semasa merasmikan Majlis Pelancaran Poster Anti Buli di Sekolah Kebangsaan
Victoria, Kuala Lumpur. Beliau menyatakan bahawa beliau memerlukan bantuan dan kerjasama serta
kepakaran semua pihak untuk membantu memerangi gejala buli ini (Laman Mikro Bernama, 29 Julai
2009). Pada 2016, Datuk Seri Mahdzir Kahlid menyatakan Kementerian Pendidikan telah mengambil
langkah yang tegas supaya kes-kes buli dan gangsterrisma tidak berulang, kini masalah buli di Malaysia
menunjukkan penurunan 0.06% berbanding 0.08%. Rigby (1996), mendefinisikan buli sebagai satu tingkah
laku dominasi yang berulang secara psikologi atau fizikal daripada seorang atau kumpulan yang lebih
berkuasa kepada seseorang yang kurang kuasa. Buli tidak boleh didefinisikan sebagai konflik di antara dua
orang yang mempunyai kuasa yang setanding dan seimbang. Keseimbangan yang dimaksudkan ini ialah
dari segi kekuatan fizikal, kebolehan mendominasi dari segi percakapan atau dari segi menyisihkan
seseorang dari kumpulan. Daripada definisi yang diberikan oleh Rigby (1996), buli boleh dirumus sebagai
satu tingkah laku agresif yang berulang atau dijangkakan berulang. Aziz Yahya, Jamaludin Ramli, Abdul
Latif dan Zurhana Muhammad (2007) pula menyatakan buli sebagai perbuatan mengasari orang yang
lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Akibatnya secara langsung,
menjadikan mereka yang lemah (mangsa) mematuhi dan menghormati mereka yang kuat. Amin Al Haadi
(2013) pula merumuskan buli ialah tingkah laku ganas yang membawa kesan negatif yang mendalam
kepada mangsa yang lemah dan tidak sama pengaruh atau kuasa berbanding pembuli. Gejala buli semakin
di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini
boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang
melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkan pukul-
memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat
dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu,
langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah.

JENIS-JENIS BULI

Buli Fizikal. Buli fizikal adalah apa-apa yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan
atau merosakkan harta benda orang lain, atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara yang
tidak di ingini. Mangsa mungkin akan diejek, diseksa, dan dipukul oleh si pembuli. Ini adalah apa-apa buli
yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan atau merosakkan harta benda orang
lain, atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini. Mangsa mungkin akan
diejek, diseksa, dan dipukul oleh rakan sekelas mereka. Buli fizikal hendaklah dihentikan dengan segera
kerana kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis seperti kecederaan parah atau kematian.

Buli Lisan (Percakapan). Buli lisan adalah apa-apa buli yang di lakukan dengan percakapan seperti
mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angina atau fitnah, mengancam, dan mengejek orang lain.
Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku dan tidak kira tempat seperti di sekolah, kawasan awam, di
rumah, di tempat kerja dan lain-lain lagi. Ini adalah apa-apa buli yang di lakukan dengan percakapan
seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan mengejek orang
lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku.

Buli berkaitan hubungan. Buli jenis ini adalah apa-apa yang dilakukan dengan niat untuk membuat
seeorang berasa terpinggir atau ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan seseorang,
atau menggalakkan orang lain untuk membuli dalam beberapa cara dan si pembuli mempengaruhi rakan-
rakanya untuk menjauhi mangsa dan tidak di benarkan ada hubungan rapat, dan kadang kala si pembuli
akan menabur fitah agar rakan-rakannya membenci si mangsa. Buli berkaitan hubungan adalah perkara
biasa di kalangan kanak-kanak, remaja dan belia, terutama kepada kanak-kanak perempuan. Tidak seperti
buli fizikal, buli berkaitan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka
masa yang lama tampa diketahui. Ini adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan niat untuk membuat
seseorang berasa terpinggir atau ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan seseorang;
atau menggalakkan orang lain untuk membuli dalam beberapa cara. Buli berkaitan hubungan adalah
perkara biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak perempuan. Tidak seperti buli fizikal
yang jelas, buli berkaitan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka
masa yang lama tanpa diketahui.

Cyber-Buli. Buli siber ialah buli melalui penggunaan teknologi seperti telefon bimbit, mesej teks, laman
social seperti facebook, email untuk mengganggu, mengugut, memalukan atau menyasarkan orang lain.
Ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang dan hukuman penjara jika ia memenuhi definisi
gangguan siber atau siber-hendap.

PUNCA -PUNCA MENYEBABKAN MASALAH BULI

Masalah disiplin murid masa kini adalah amat komplek sifatnya. Ini disebabkan faktor yang
mempengaruhinya adalah pelbagai. Antara faktor tersebut adalah cara didikan ibu bapa; masalah
kecelaruan rumah tangga; pengurusan sekolah yang kurang mantap; pengaruh teknologi maklumat yang
canggih dan pengaruh persekitaran kehidupan seseorang pelajar. Unsur –unsur gangsterisme dan kongsi
gelap juga telah menular di kalangan pelajar sekolah (Anuar, 2007).

1. Didikan ibu bapa

Di dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa setiap anak Adam dilahirkan dalam
keadaan suci dan bersih dari sebarang sifat yang tidak baik. Ibu bapalah yang bertanggungjawab
mencorakkan akhlak dan agama anaknya. Justeru, menurut Yusuf & Syed Najihuddin (2011), sebuah
institusi keluarga yang rapuh dan goyah akan menyebabkan remaja hilang tempat bergantung,
kekosongan jiwa. Lalu, bagi mengisi kehidupan mereka yang lompong, remaja cenderung untuk terlibat
dalam perkara-perkara negatif.Peranan ibu bapa adalah amat signifikan ketika usia anak-anak mula
memasuki fasa remaja iaitu sekitar 13-24 tahun (Yusuf & Syed Najihuddin, 2011). Hal ini kerana ketika usia
ini, Menurut Nora Mislan & Siti Mislia (2005), alam remaja merupakan satu transisi yang rumit di mana
remaja sedang membina konsep kendiri yang melibatkan nilai dan perhubungan sosial. Jika ibu bapa tidak
membimbing anak-anak, remaja akan menghadapi risiko krisis identiti (role confussion) dan akan menguji
sendiri tabiat dan nilai sama ada baik mahupun buruk.

2. Pengurusan sekolah

Nora Mislan & Siti Mislia (2005) mengaitkan punca menularnya gejala buli dengan pengurusan
sesetengah sekolah yang terlalu menekankan aspek akademik. Program-program sekolah hanya
berfokuskan akademik demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya
mengharumkan nama sekolah. Hal ini tidak menepati matlamat pendidikan seperti yang termaktub di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu

“Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kajian oleh Jamilah Noor (2014) di sekolah-sekolah menengah
(SMK) di daerah Seremban. Beliau merumuskan bahawa pendidikan akhlak di sekolah masih mengalami
kelompongan dari sudut penghayatan dan pengamalan.

3. Pengaruh teknologi maklumat & media

Pada era digital ini, generasi muda banyak didedahkan dengan teknologi yang boleh mengakses
hampir semua perkara. Kemunculan media sosial seperti facebook, tweeter dan instagram memudahkan
perkongsian antara masyarakat sama ada melibatkan perkara positif mahupun negatif. Hal ini
termasuklah video-video berkaitan gejala buli yang dapat membawa pengaruh yang tidak baik kepada
remaja. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di dalam satu laporan akhbar menekankan supaya
penularan video-video buli dihentikan segera (Sinar Harian, 17 Februari 2020). Hal ini kerana, penularan
video-video ini boleh mendorong pembuli untuk meniru gaya pelaku di dalam video.

Di samping itu, filem-filem yang berunsur gengsterisme dan keganasan juga boleh mendatangkan
pengaruh yang tidak baik. Adegan-adegan memukul mangsa yang lemah dan skrip yang mengandungi
bahasa-bahasa yang kesat tidak seharusnya ditayangkan kepada golongan awal remaja. Hal ini kerana,
Jean Piaget (2009) melalui teori Behaviorisme menyatakan bahawa kanak-kanak dan generasi awal remaja
belajar melalui cara ‘peniruan’.

4. Berpunca daripada keharmonian keluarga mereka sendiri

Antara punca perlakuan gejala tidak sihat dalam kalangan anak-anak adalah berpunca daripada
keharmonian keluarga mereka sendiri.bak kata peribahasa melayu,bapa borek,anak rintik yang
bermaksud tauladan Ibubapa membentuk keperibadian anak-anak mereka.Kekurangan kasih sayang atau
Perhatian apabila di rumah akan memberikan tekanan kepada seseorang anak muda kerana tiada tempat
mengadu dan kemahuan untuk melepaskan tekanan tersebut disalurkan dengan membuli pelajar lain.Ibu
bapa hendaklah bertanggungjawab mengenai anak-anakk mereka dan mendidik mereka dengan
keperibadian mulia dan unggul gar sahsiah mereka yang cemerlang akan menjadikan mereka sesrang yang
berjaya kelak.

IMPAK BULI DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL SESEORANG INDIVIDU

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa takut
datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya bersaiz lebih kecil dari
segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut
dengan pembuli.Pembuli biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan
pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli
yang membawa kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan
pula, mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa
tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang
ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan
meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan
mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan sentiasa
memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka. Mereka akan menjadi pasif dan
tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih
suka menyendiri sambil memikirkan nasib mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah
diugut supaya tidak melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka
melaporkan pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas diri mereka.
Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Ini menyebabkan
prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh
diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi bersuluh, mangsa buli
biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkan kajian dan bukti yang
diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli telah membuat keputusan bahawa satu-
satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai
contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester,
England. Di dalam diarinya dia telah mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut
mencatatkan bahawa wangnya dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula
baju uniform dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah
berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes buli yang
keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan sehingga tergamak
untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.Jika buli ini dibenarkan berleluasa untuk jangka masa panjang,
mangsa mengalami masalah Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), masalah psikologi yang dialami
veteran-veteran perang. Walaupun secara umum, kita semua tahu PTSD berlaku bila mana si penghidap
mengalami satu peristiwa besar yang mengancam nyawanya, berdasarkan definisi terbaru Diagnostic and
Statistic Manual, Complex PTSD boleh juga berlaku sekiranya si penghidap mengalami siri peristiwa kecil
tetapi berterusan seperti buli. Analisis menunjukkan bila masalah buli berlaku, si penghidap merasakan
diri mereka tidak berdaya dan terperangkap serta tidak tahu apa solusi terbaik untuk keluar. Dan ianya
boleh menjadi lebih buruk bila mana penjaga, ibu bapa atau guru bercerita atau enggan bertindak atas
alasan kejadian tersebut hanya akan menguatkan fizikal si penghidap.

KESAN BULI PADA MANGSA BULI

Secara umumnya, kejadian buli memberi kesan yang mendalam kepada mangsanya. Mangsa buli
akan menghadapi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan perbuatan buli bukan sahaja
memberi kesan kepada fizikal atau emosi malah memberi kesan juga kepada sistem
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

KESAN BULI JANGKA MASA PENDEK

Kesan jangka pendek yang dialami mangsa buli dapat dilihat dari segi kesan psikologikal, fizikal,
sosial dan pembelajaran.

Kesan Kerjaya Dan Kemasyarakatan

Olweus (2001) juga menjelaskan melalui hasil kajiannya menunjukkan bahawa antara kesan
dibuli kepada mangsa buli ialah mereka mengalami kesukaran dalam mengikuti pembelajaran.
Pelajar cenderung untuk berasa tidak selamat, yang mana menyebabkan mereka tidak suka pergi
ke sekolah dan mangsa buli turut merasakan pihak sekolah dan guru tidak dapat mengawal dan
tidak mengambil berat tentang nasib mereka. Ini telah menambahkan bilangan mereka yang
tidak hadir ke sekolah atau ponteng. Namun begitu tiada perhubungan yang signifikan diantara
menjadi mangsa buli dengan penyalahgunaan dadah dan tingkah laku anti sosial (Olweus, 2001,
Binder & Losel, 2011; Brown & Taylor, 2008).

Mangsa buli juga menghadapi masalah sosial seperti masalah seperti mengekalkan hubungan
persahabatan dan bilangan rakan-rakan yang diri mereka ada. Mangsa buli juga selalunya tiada
pasangan hidup (kekasih atau suami/isteri) dan disebabkan itu mereka mempunyai sokongan
sosial yang rendah (Binder & Losel, 2011). Menurut Dombeck (2007) mangsa buli juga mungkin
akan menghadapi masalah pemilihan dan peluang kerjaya. Ini mungkin disebabkan kesan jangaka
masa panjang mangsa tersebut yang sukar untuk mempercayai orang dan masalah dari segi
keyakinan diri yang sudah rendah. Personaliti mangsa buli tidak pandai dalam bersosial, kurang
dapat menjalin hubungan, mengelak menyahut cabaran baru dalam persekitaran baru, masalah
harga kendiri, menyumbang kepada masalah dalam pemilihan pekerjaan dan juga penyesuaian
diri dalam dunia pekerjaan. Kesukaran untuk menyesuaikan diri ini juga boleh menyebabkan
seseorang yang pernah menjadi mangsa buli, mungkin juga boleh dibuli dan menjadi mangsa lagi
pada masa hadapan.

KESAN BULI JANGKA MASA PANJANG

Oleh kerana buli adalah kejadian yang melibatkan fizikal, emosi dan pembelajaran, kesannya juga
dapat dilihat dalam jangka panjang. Antara kesan atau masalah jangka masa panjang buli kepada
mangsa boleh dilihat dari segi psikologi, fizikal, pembelajaran, kesan kerjaya dan
kemasyarakatan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BULI

Gejala buli tidak boleh dibiarkan berleluasa. Sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah yang
pragmatik dan sistematik untuk mengatasi masalah ini hendaklah dilakukan. Antara langkah yang boleh
digunakan untuk mengatasi gejala buli di sekolah adalah dengan memperkukuh peranan ibu bapa. Ibu
bapa hendaklah menerapkan ajaran agama, moral dan nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu
bapa harus mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap saling menghormati dan bertolenransi pada
setiap masa. Kasih sayang dan perhatian yang secukupnya akan membantu anak-anak mereka membesar
dengan sempurna. Anak yang berkeperibadian terpuji merupakan anak-anak yang membesar dalam
sebuah keluarga yang bahagia. Mereka tidak akan tergamak untuk menyakiti dan membuli orang lain
kerana ibu bapa telah menyemai ajaran-ajaran yang baik dan berguna di jiwa mereka sejak kecil, bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Seterusnya, peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Hal ini demikian
kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada berjumpa dengan
pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar pula tidak mahu berjumpa dengan guru
kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru
bimbingan dan kaunseling harus memainkan peranan lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan
memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu
berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling
dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang
hadapi. Akhirnya, pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar-pelajar yang
terlibat.

Selanjutnya, tindakan disiplin dan undang-undang ke atas pembuli hendaklah dikaji dan dimurnikan
semula. Hal ini demikian kerana tindakan yang dikenakan ke atas mereka pada masa sekarang tidak
menakutkan mereka untuk meneruskan perlakuan buli. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin
boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah ini. Pembuli yang ditangkap mungkin
boleh dipenjarakan atau disuruh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama beberapa tempoh
tertentu. Tujuannya adalah untuk menakutkan pembuli yang lain. Setiap pembuli sewajarnya dikenakan
hukuman yang setimpal seperti hantar pembuli ke pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan
untuk memberikan kesedaran dan pengajaran kepada pelaku dan orang ramai. Hal ini demikian kerana
terdapat kes buli yang berakhir dengan kematian. Ini menggambarkan betapa kes buli amat serius jika
dibiarkan tanpa tindakan yang sewajarnya. Si pembuli akan terus bermaharajalela mencari mangsanya.
Tindakan mengampunkan pembuli dengan alasan mereka masih muda dan tidak sesuai dikenakan
hukuman penjara haruslah dikaji semula bagi kes-kes buli yang ekstrem kerana zaman berubah dan musim
berbunga.

Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah
menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang
mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli
hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan
rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa
menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.

Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta
ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat,
perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan
terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung
tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh
dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan
tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak
atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan
mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli
atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu
disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

KESIMPULAN

Buli adalah satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan lumrahnya di sekolah. Buli merupakan gejala
yang perlu ditangani kerana ia merugikan negara yang sentiasa bergantung harap kepada kualiti sumber
manusia untuk maju. Fenomena buli dalam pandangan Islam adalah merupakan perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam yang benar menjaga dan memelihara Karamah Insaniah (Kemulian
Insan).Mangsa-mangsa buli mempunyai ciri-ciri khusus yang kadangkala mudah dikenalpasti dan juga
merupakan mudah mereka dibuli. Tingkah laku buli telah dilihat memberikan kesan negatif kepada fizikal,
psikologi dan emosi serta proses pembelajaran mangsa buli dijangka pendek dan panjang. Di dalam Islam
kesemua perbuatan manusia samada baik atau jahat akan dikira oleh Allah S.W.T di Akhirat bertujuan
memberi keadilan kepada semua manusia. Oleh itu memahami dan mengenali mangsa buli dan pembuli
di sekolah adalah satu keperluan dalam menangani dan mengawal gejala buli di sekolah. Mengurangkan
kejadian buli adalah juga usaha menjamin kesejahteraan mental dan kehidupan mangsa semasa berada
di sekolah dan juga masa hadapan mereka. Dengan memahami kesan jangka masa panjang dan pendek
gejala buli sangat penting bagi para kaunselor untuk membantu memberi intervensi yang sesuai kepada
mangsa buli dalam membantu proses kepulihan dari kejadian buli ini. Kaunselor harus berusaha mencari
kaedah yang terbaik dan berkesan dalam menangani fenomena ini. Kesimpulannya, masalah ini perlu
ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadi semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan
pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan
sekolah yang merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara
pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang
lain untuk kepentingan dirinya sendiri. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah,
masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih kepada semua penulis dan pengkaji yang telah terlibat dalam kajian dan juga
penulisan. Sekalung penghargaan juga kepada pihak journal Al-Abqari dalam menerbitkan artikel
ini untuk dikongsikan kepada dunia akademik dan juga masyarakat awam secara amnya.


Click to View FlipBook Version