Revolusi
Perindustrian 4.0
Adakah kita bersedia?
Kandungan
1.Pengenalan 3
2.Perkembangan 4-5
revolusi industri
3.Cabaran mendepani 6-10
revolusi industri 4.0
4.Kesan revolusi 11
perindustrian 4.0
5.Kesimpulan 12
6.Sumber 13
Nama peserta:
Chung Pui Ching
Foo Qian Ning
Hooi Pei Xuan
Kuah Ying Hui
REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
Apa yang anda perlu tahu?
Definasi
Revolusi industri adalah fasa yang diukur berdasarkan
perkembangan ilmu dan teknologi dunia.
Industri 4.0
Proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan
automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada
dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel.
Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas,
atau bekerjasama dengan manusia.
Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu menjadi
entiti bebas yang akan mengumpul data dan
menganalisa.
Menurut Profesor Klaus Schwab, pengasas dan
pengerusi eksekutif World Economic Forum, revolusi
industri 4.0 menggabungkan dunia biologikal, fizikal
dan digital serta menghasilkan pelbagai teknologi baru
yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin,
ekonomi dan industri.
Secara umumnya,
ia melibatkan
Internet Of Things
(IOT)
Perkembangan revolusi industri
Revolusi industri Tahun
1.0 1760-1840 Mekanisasi
2.0
3.0 1870-1914 Sistem Pengeluaran
4.0
1960-20?? perkomputeran
kini otomatisasi &
pertukaran data
komponen revolusi perindustrian 4.0
Untuk merealisasikan revolusi ini, terdapat 9
tonggak utama dalam membangunkan
teknologi ke arah pembaharuan dan lebih
pintar.
Dunia berada pada satu titik penting yang bakal melakar
sejarah. Revolusi Industri 4.0 dijangka akan membawa
perubahan ketara yang akan memberi kesan besar di
dalam kehidupan manusia.
Cabaran mendepani revolusi
perindustrian 4.0
Terdapat pelbagai cabaran yang akan dihadapi
oleh semua pihak terlibat semasa kedatangan
revolusi industri keempat.
1. Kekurangan Tenaga Mahir
Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir
dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan
Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana
memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos
yang terlalu tinggi.
China dan India berhadapan dengan cabaran yang
besar untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran
tinggi dan berinovatif dalam menangani peralihan
teknologi yang baharu ini. Jika dilihat sebelum ini
ekonomi China dan India banyak tertumpu kepada
penggunaan kos buruh yang rendah. Namun dengan
kemunculan Industri 4.0, mereka terpaksa beralih
kepada penggunaan pekerja berkemahiran tinggi
yang akan mempengaruhi kos
buruh sedia ada.
Walhal negara-negara maju
seperti Jerman, Jepun dan
Switzerland sudahpun
mempraktikan revolusi ini dalam
sektor industri dan perniagaan
mereka.
2. Ancaman Keselamatan Siber
Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman
jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi
sebelum ini. Pengenalan Internet Pelbagai Benda
(Internet of Things, IoT) yang mengintegrasikan antara
sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak
kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah
ancaman penggodam dan penjenayah siber
Ancaman siber ini secara tidak langsung akan
membawa kepada risiko keselamatan pemilikan data
seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah
hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat
peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat.
Evolusi IoT yang semakin berkembang telah mengancam
keselamatan rangkaian siber di beberapa buah negara-
negara maju.Serangan khusus ke atas sistem
perindustrian di negara-negara ini berkemungkinan akan
berterusan berikutan peningkatan automasi dan
sambungan internet yang tinggi.
Pada tahun 2017,
dunia dikejutkan
dengan serangan
siber daripada The
WannaCry
Ransomware
3. Kesukaran Penyelarasan Organisasi
Perkembangan pesat teknologi industri baharu
secara tidak langsung akan mempengaruhi
beberapa tahap pengurusan di sesebuah organisasi
atau syarikat termasuklah pengurusan sumber
manusia, sistem produksi (proses) syarikat dan
rantaian pembekalan.
Sesebuah syarikat memerlukan masa dan kos yang
tinggi bagi melatih atau merekruit pekerja-pekerja
yang berkemahiran tinggi dan berinovatif seiring
dengan keperluan untuk berhadapan dengan
cabaran Industri 4.0.
Hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan
kepada pekerja bawahan yang berasa bimbang
akan kehilangan pekerjaan mereka kerana tidak
memiliki kemahiran yang cukup untuk berhadapan
dengan teknologi yang baharu.
Revolusi Perindustrian 4.0 juga mendatangkan
cabaran terhadap rantaian pembekalan
sesebuah syarikat.
Proses rantaian bekalan yang baru ini akan
menjadi cabaran utama bagi sesebuah syarikat
sekiranya kekurangan fahaman dan penyediaan
dalam bidang pendigitalan.
Proses rantaian bekalan pada era baharu ini
akan melibatkan penciptaan produk secara
digital mengikut kehendak pelanggan dan
menyampaikannya terus kepada mereka.
4. Inovasi dalam Sistem
Pendidikan
Dalam mendepani cabaran Industri 4.0, generasi muda
khususnya perlu menguasai bidang STEM. Ini adalah
bagi melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang
teknologi masa hadapan yang menjadi teras dalam
Industri 4.0.
Sistem pembelajaran dan pengajaran (P&P) haruslah lebih
berinovatif dan bersesuaian dengan keperluan revolusi
digital ini agar mampu melahirkan pelajar yang
berinovatif, berkebolehan dan berkemahiran tinggi.
Justeru, kelestarian akademik perlulah ditambahbaik
dengan menyerapkan elemen digitalisasi dalam
‘mainstream’ pembelajaran.
CONTOH
Pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan membina
kemahiran pengekodan dalam kalangan pelajar melalui
program Coding@Schools.
Pada masa yang sama,peningkatan jurang antara
bandar dan luar bandar perlulah diambil perhatian oleh
pihak-pihak.
Kerjaya STEM
Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik
Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya
berkata , negara menyasarkan satu juta tenaga kerja
dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) menjelang
2020.
Ilmu dan teknologi industri yang sedang berkembang
pesat.
Semakin banyak pekerjaan yang memerlukan pendidikan
dalam bidang STEM.
Pendidikan STEM dapat memberikan anda beberapa
kemahiran penting seperti penalaran kritis, penyelesaian
masalah, pengurusan masa, kemahiran komunikasi dan
pembentangan.
Contoh kerjaya STEM
Jurutera
Perkakasan
Komputer
Juruteknik
Kejuruteraan
Programmer
Komputer
Kesan revolusi perindustrian 4.0
1. Memapankan Pertumbuhan Ekonomi
Dengan kewujudan pelbagai jenis teknologi seperti IoT,
Kecerdasan Buatan (AI) dan Big Data, semua sektor
termasuklah industri pembuatan, pendidikan dan
kesihatan bukan sahaja dapat meningkatkan
produktiviti, malah mampu mengurangkan kos dan
masa pengurusan.
2. Mewujudkan Pelbagai Peluang Pekerjaan
Kepelbagaian teknologi dalam Revolusi Industri 4.0
akan mewujudkan pelbagai kerjaya yang baru.
McKinsey Global Institute menganggarkan antara 400
juta sehingga 800 juta pekerjaan yang sedia ada akan
digantikan pada tahun 2030.
3. Melahirkan Graduan Berinovasi dan Berkemahiran
Tinggi
Kepelbagaian teknik dan domain dalam revolusi ini
bakal membuka ruang kepada para pengajar dan pelajar
untuk mempelajari sistem pendidikan baharu
berorientasikan pendigitalan.
4. Menjamin Sistem Kehidupan Lebih Baik dan Sistematik
Contohnya,sistem keselamatan pintar dan pengurusan
mesra alam sekitar akan memberi impak yang positif
terhadap masyarakat dari segi keselamatan.
Kesimpulan
Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang
menekankan pembinaan teknologi realiti maya
tanpa sempadan pasti memberikan kesan
terhadap pelbagai aspek kehidupan.
Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan
internet dan komputer, taraf hidup kebanyakan
masyarakat di seluruh dunia telah bertambah
baik.
Tanpa ragu-ragu, perkembangan teknologi
yang lebih maju dan fleksibel pada
Industri 4.0 ini berpotensi untuk meningkatkan
aspek perubahan kehidupan masyarakat ke
arah yang lebih sistematik dan berkualiti
berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini.
Perubahan teknologi yang berlaku dengan
pantas ini memerlukan pelan perancangan yang
mampan dan menyeluruh oleh semua pihak
terlibat termasuklah
penggubal dasar negara supaya perkembangan
ekonomi berasaskan Revolusi
Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Sumber
1.Jurnal
Adam Badhrulhisham,Muhammad Hilmi Mat Johar&
Taufiq A. Rashid.MENDEPANI CABARAN REVOLUSI
INDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DALAM KONTEKS
MAHASISWA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF
[Abstrak].ISLAM.Jurnal Ilmi,Jilid 9, 2019:90-101,1
2.Internet
https://rootofscience.com/blog/2018/sains-
komputer/zaman-industri-4-0/
https://www.tsis.my/wp-
content/uploads/2020/03/PERSPEKTIF-
Revolusi-Industri-4.0-Cabaran-dan-Peluang.pdf
https://www.zenius.net/blog/21104/revolusi-
industri-4-0
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/
s/124158
https://ms.chalized.com/stem/