The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraturan-peraturan sekolah SMK Taman Setiawangsa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifaedaalkaff, 2021-09-28 11:47:53

Peraturan-peraturan sekolah SMK Taman Setiawangsa

Peraturan-peraturan sekolah SMK Taman Setiawangsa

PERATURAN-PERATURAN
DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN SETIAWANGSA
KUALA LUMPUR

1

PERINGATAN KEPADA IBU BAPA
1. Murid Tingkatan Lima akan hadir ke sekolah pada 4/10/2021.
2. Jika ibu bapa tidak mahu menghantar murid ke sekolah kerana takut kepada ancaman
COVID-19, ibu bapa perlu mengemukakan surat kepada guru tingkatan untuk
memperjelaskan tindakan mereka itu.
3. Murid-murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan perlu menjalani
ujian saringan COVID-19.
4. Ibu bapa haruslah menghantar anak ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.20 pagi
kerana pembelajaran dan pengajaran akan berlaku pada 7.25 pagi.

2

I.PERATURAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH/PAKAIAN LENGKAP
PJK/PAKAIAN HARI RABU KO-KURIKULUM

1. MURID LELAKI

Bil. Perkara Catatan

1. Baju sekolah Kemeja sekolah berwarna putih berlengan pendek.

2. Baju Melayu Baju Melayu lengkap berkolar “cekak musang” bersampin dan
bersongkok hitam pada hari Jumaat. Baju Melayu hendaklah
dimasukkan ke dalam samping

3. Tag Nama Dijahit dibahagian kiri dada dan di atas lencana sekolah

4. Seluar panjang warna hijau kehitaman(Dark Olive). Seluar yang
Seluar Sekolah singkat,ketat,sempit,terlalu longgar,berkaki lebar dan plit tidak
dibenarkan.

Lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5 cm . Hanya tali pinggang
5. Tali Pinggang kanvas hijau kehitaman yang dibenarkan.

6. Tali Leher Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan.

T-shirt PJK sekolah sahaja yang dibenarkan. T-shirt PJK sekolah boleh
7. T-Shirt PJK dibeli di koperasi sekolah. Tag nama hendaklah dijahit di bahagian kiri

dada.

8. Seluar PJK Seluar panjang Track-bottom berwarna hitam. Longgar dan tidak ketat.
Seluar Track-bottom boleh dibeli di koperasi.

9. Kasut dan Kasut kanvas atau dari bahan sintetik berwarna putih dan stoking putih
stokin atau kasut hitam dan stoking hitam melepasi buku lali.

10. Lencana Dilekatkan di sebelah kiri dada pada poket baju.

11. Baju Unit Hanya boleh dipakai pada hari Rabu sahaja.
Beruniform Murid dibenarkan memakai:
(I) pakaian lengkap unit beruniform atau
(II) T-shirt Unit Beruniform yang berkolar dan seluar ‘slack’ Unit
Beruniform.

3

12. Rambut 2. Tiap-tiap murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.

13. Misai dan lstilah rambut panjang adalah seperti berikut:
janggut
a) Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua
telinga.

b) Di depan: Rambut menutup garisan tengah dahi.

c) Di sebelah: Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadanya dan "sideburn” melebihi garisan tengah hidung. (d) Di
atas: Rambut lebih daripada 6" panjang.

Murid-murid lelaki sekolah tidak dibenarkan memakai misai atau
janggut atau kedua-duanya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma
tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid-murid lelaki yang beransur
baligh dan mereka ini tidaklah patut dipaksa bercukur.

4

3. MURID PEREMPUAN

Bil. Perkara Catatan

Baju Kurung Baju Kurung Johor berwarna putih melebihi paras lutut dan kain
1 dan kain sarung berwarna turquoise. Baju yang jarang,nipis ,berjalur atau
berkilat tidak dibenarkan. Pelajar perlu memakai camisole (anak
sarung baju) berwarna putih atau skin colour. Lengan baju tidak boleh
dilipat kecuali di dalam makmal atau bengkel. Kain sarung dipakai
kemas, disusun tepi tidak melebihi buku lali.

2 Tag Nama Dijahit dibahagian kiri dada dan di atas lencana sekolah.

3 Tudung Berbentuk tiga segi dua sama berwarna putih sahaja. Berfesyen
dilarang. Anak tudung berwarna putih. ( Rujuk Buku Peraturan
Disiplin m/s 15-19). Tudung yang dipakai tidak boleh pendek
sehingga menampakkan leher apabila murid perempuan tunduk.

4 Tali Leher Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan ( bagi pengawas). Tanpa
sebarang hiasan.

T-shirt PJK sekolah berkolar lengan panjang/pendek. Seluar panjang

5 T-Shirt dan Track-bottom berwarna hitam, longgar dan tidak ketat. Boleh dibeli
seluar PJK di koperasi. Tag nama hendaklah dijahit di bahagian kiri dada.

7 Kasut dan Sama seperti murid lelaki
Stokin Dilekatkan di bahagian kiri tudung.

8 Lencana

Baju Unit Sama seperti murid lelaki.
9. Beruniform

5

III. PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

Peraturan Rasional

1. Murid tidak dibenarkan membawa beg Beg-beg jenis ini dianggap beg

‘tote’ atau ‘sling’ beg ke sekolah kecuali berfesyen.

beg ini digunakan sebagai tambahan

kepada bag sekolah yang dibawa bersama

oleh murid.

2. Murid tidak dibenarkan memakai stoking Stoking yang berlain warna dengan kasut
yang berlainan warna dengan kasut sekolah dianggap berfesyen.
sekolah.

3. Murid lelaki harus memakai baju Melayu Baju Melayu merupakan pakaian

yang lengkap ke sekolah pada setiap hari tradisional dan pakaian kebangsaan lelaki

Jumaat. Melayu.

4. Murid perempuan tidak dibenarkan Tudung pendek ini dianggap tudung

memakai tudung pendek ke sekolah. berfesyen.

5. Murid perempuan tidak dibenarkan ‘Lip gloss berwarna’ adalah satu assesori
membawa dan menggunakan ‘lip gloss fesyen.
berwarna’ di sekolah.

6. Murid perempuan tidak dibenarkan Memakai celak dianggap berfesyen.
memakai celak di sekolah.

7. Murid perempuan tidak dibenarkan Memakai ‘brooch’ dianggap berfesyen.
memakai ‘brooch’di tudung sekolah.

8. Murid perempuan tidak dibenarkan Murid akan mengenakan ‘make up’ di

membawa peralatan ‘make up’ seperti dalam kelas. Ini akan menganggu

gincu dan cermin kecil ke sekolah. tumpuan murid tersebut di dalam kelas.

9. Murid perempuan tidak dibenarkan Mengenakan gincu dan ‘make up’
mengenakan gincu dan ‘make up’ ke dianggap berfesyen.
sekolah.

10. Murid perempuan tidak dibenarkan Memakai inai dan mewarnakan jari
memakai inai dan mewarnakan jari dianggap berfesyen.
mereka.
Memakai gelang tangan dan cincin
11. Murid lelaki dan perempuan tidak dianggap berfesyen.
dibenarkan memakai gelang tangan dan
cincin.

6

12. Murid lelaki dan perempuan tidak Tidak formal dan dianggap berfesyen.
dibenarkan memakai seluar ketat ke
sekolah.

13. Murid lelaki dan perempuan tidak Tidak formal dan dianggap berfesyen.

dibenarkan memakai kasut ‘sport shoes’

di sekolah kecuali sewaktu pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)

sahaja.

14. Setiap murid harus membeli Kekemasan murid

( I ) lencana sekolah sebanyak 6 unit

(II) ‘name tag’ sebanyak 6 unit

15. Setiap murid harus menjahit ‘name tag’ Kekemasan murid
pada baju PJK dan baju unit beruniform.

IV. BARANGAN LARANGAN KE SEKOLAH
I. Telefon bimbit termasuk ‘charger’, ‘SIM card’ dan lain-lain aksesori berkaitan
2. Rokok/mancis/pemetik api
3. Vape
4. Gula-gula getah (chewing gum)
5. Dadah
6. Barang kemas
7. Minuman Keras
8. Risalah perkauman dan politik
9. Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah
10. Tulisan berunsur negatif
11. Benda-benda tajam dan berbahaya (pisau/parang/kerambit)
12. Bahan letupan

V. TATACARA TINDAKAN MENANGANI MASALAH PELAJAR MEROKOK

BIL. KESALAHAN MEROKOK TINDAKAN

1. Kali Pertama Rotan 1 kali

2. Kali Kedua Rotan dua kali

3. Kali Ketiga Rotan tiga kali dan ibu bapa dipanggil ke
sekolah berjumpa dengan PK HEM. Pelajar
akan dipanggil menjalani sesi kaunseling.

4. Kali Keempat Gantung Persekolahan (selama tiga hari
berturut-turut)
Pelajar akan datang semula dengan waris
untuk menandatangani surat akuan.

5. Kali Kelima Buang sekolah

7

VI. TATACARA TINDAKAN MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH
1.Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR
atau SURAT IBU BAPA/PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi
tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Surat haruslah ditulis untuk tempoh satu hari sahaja.

2.Surat Amaran Pertama
 Surat akan dihantar kepada ibu bapa/penjaga pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak

hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut
 Surat ini juga akan dihantar pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara

berturut-turut tanpa surat.

4. Surat Amaran Kedua
 Surat akan dihantar kepada ibu bapa/penjaga jika pelajar tidak hadir ke sekolah 7 hari

berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama.
 Surat ini juga akan dihantar sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah sebanyak 10 hari

bukan secara berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama.
 Selepas murid hadir ke sekolah, murid akan dihantar menjalani sesi kaunseling.

5. Surat Amaran Terakhir
 Surat akan dihantar jika pelajar tidak hadir ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat

Amaran Kedua.
 Surat akan dihantar jika pelajar tidak hadir ke sekolah 20 hari bukan secara berturut-turut

selepas Surat Amaran Kedua.
 Selepas murid hadir ke sekolah, murid akan dihantar menjalani sesi kaunseling.

6. Surat Buang Sekolah
 Surat akan dihantar selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh

penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut.
 Surat akan dihantar selepas 20 hari bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut selepas

Surat Amaran Terakhir.
 Ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan.

6.Untuk makluman:
 Pelajar yang balik dengan kebenaran/kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak

hadir.
 Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi

dianggap hadir pada hari itu.

8

TATACARA TINDAKAN TERHADAP PELAJAR TIDAK HADIR KE SEKOLAH

SURAT TIDAK HADIR BERTURUT- TIDAK HADIR

TURUT BERSELANG SELI

Amaran Pertama Pada hari ke 3 Pada hari ke 10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran
Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran
Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran
Terakhir

Jumlah Hari Tidak 31 hari 60 hari bukan berturut-turut
Hadir

9

VII. TATACARA TINDAKAN MENANGANI MASALAH LEWAT KE SEKOLAH

SURAT HARI TINDAKAN

Amaran Pertama 5 Hari lewat Surat akan dihantar pada hari ke lima

Amaran Kedua 10 hari lewat Surat akan dihantar pada hari ke sepuluh selepas
Surat Amaran Pertama dihantar

Amaran Terakhir 15 hari lewat Surat akan pada hari ke lima belas selepas Surat
Amaran Kedua dihantar.
Ibu bapa akan dipanggil ke sekolah berjumpa
dengan PK HEM.
Pelajar akan dipanggil menjalani sesi kaunseling

Gantung sekolah Lewat sekali lagi Pelajar akan digantung tiga hari berturut-turut.
Pada hari keempat, pelajar akan datang ke
sekolah bersama waris dan harus menandatangani
surat akuan.

Buang sekolah Lewat sekali lagi Pelajar akan dibuang sekolah

10


Click to View FlipBook Version