PERIBAHASA MELAYU TINGKATAN 1 CIKGU MAZLAN
- SIMPULAN BAHASA - PERUMPAMAAN - BIDALAN - PEPATAH - KATA-KATA HIKMAH PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA Maksud: Simpulan Bahasa Adalah Gabungan Dua Perkataan Biasa Yang Digunakan Oleh Orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkah laku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani keidupan harian mereka. Sejak dahulu lagi simpulan bahasa sangat penting dalam menyampaikan Hasrat dan meyampaikan hajat di hati samaada bermaksud baik atau tidak.
Contoh Simpulan Bahasa Beserta Maksud
Contoh Simpulan Bahasa Beserta Maksud
Contoh Ayat Yang Menggunakan Simpulan Bahasa 1.Bapa ambil berat akan pelajaran anaknya 2.Faiz ialah anak emas bagi keluarganya kerana dia merupakan anak tunggal. 3.Encik Samad telah melalui banyak asam garam kehidupan. 4.Kakak menerima buah tangan daripada ibunya. 5.Pada hujung bulan, ayah membawa kami makan angin di Pantai Kemewahan. 6.Sifat ringan mulut Linda menyebabkan dia senang mendapat ramai rakan.
PERUMPAMAAN Maksud: Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Contoh Perumpamaan Beserta Maksud
Contoh Perumpamaan Beserta Maksud
Contoh Ayat Yang Menggunakan Perumpamaan 1. Persahabatan Saliya dan Aishah bagai kertas dengan dakwat kerana mereka berkawan semenjak pra-sekolah lagi. Maksud: Tidak Dapat Dipisahkan, hubungan erat 2. Pada hari pertama persekolahan, Aiman belajar di Tahun Satu, dia seperti rusa masuk kampung. Maksud: Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru 3. Janganlah kamu bersikap bagai kacang lupakan kulit nanti kamu akan kehilangan kawan. Maksud: Orang yang tidak tahu mengenang budi
BIDALAN Bidalan ialah perkataan-perkataan yang mempunyai pengertian tertentu di sebalik kata-kata itu yang berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia. Bidalan biasanya mengandungi kata-kata nasihat yang dapat dijadikan pengajaran dan mengandungi unsur perbandingan dengan benda lain. Kata-kata bidalan juga digunakan sebagai bahan sindiran yang bertujuan untuk memberi peringatan
Contoh Bidalan Beserta Maksud
Contoh Ayat Yang Menggunakan Bidalan 1. Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah ”jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.” 2. Kecurangan isteri Rama hangat diperkatakan oleh jirannya. “ Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang” , kata Rama kepada isterinya. 3. “ Jika hendak maju dalam pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak faham akan sesuatu perkara kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kata Cikgu Ahmad kepada muridnya.
PEPATAH Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah dan pepatah mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua.
Contoh Pepatah Beserta Contoh
Contoh Pepatah Beserta Contoh
Contoh Ayat Yang Menggunakan Pepatah 1. Jikalau mahu menjadi orang yang berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. 2. Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti. 3. Kesemua anak Akmal mengikut jejak langkahnya dalam bidang perubatan. Bak kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya 4. Setelah dua hari Syida tidak bertegur dengan abangnya kerana perselisihan fayham, akhirnya mereka bermaaf-maafan dan berbaik smeula bak kata peribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.
KATA-KATA HIKMAH Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita. Kata-kata himkat biasanya mempunyai maksud yang tersirat. Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan pendapat tokoh, negarawan, cendekiawan, dan sasterawan yang bijak pandai. Kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian
Contoh Kata-kata Hikmah Beserta Contoh
Contoh Kata-kata Hikmah Beserta Contoh
Contoh Ayat Yang Menggunakan Kata-Kata Hikmah 1. Kita haruslah bangga menggunakan bahasa melayu dalam perbualan seharian kita kerana bahasa jiwa bangsa. 2. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-ansur dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh. 3. Jika kita rajin membaca maka bertambahlah pengetahuan kita kerana membaca jambatan ilmu. 4. Segala masalah dapat diselesaikan secara muafakat kerana muafakat membawa berkat.
ADAKAH KAMU FAHAM TOPIK PERIBAHASA ? MARI JAWAB SOALAN PERIBAHASA BERSAMA-SAMA SELAMAT MENJAWAB ☺
CONTOH LATIHAN PENGUKUHAN ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MENCARI JAWAPAN : Bertikam Lidah, Tangkai Jering, Durian Runtuh, Hidung Tinggi, Kacang Hantu, Lintah Darat, Curi Tulang, Mulut Murai, Anak Emas, Otak Cair, Gaji Buta
SEKIAN TERIMA KASIH