PEMBEDAHAN PLASTIK DALAM
PERSEPSI ISLAM
NAMA PENSYARAH:WAN ZAKIAH
NAMA AHLI :1.MUHAMMAD ZAMIR BIN ZULKIFLI -13DAD21F1167
2.ABDUL HARIZ BIN AZMI -13DAD21F1068
3.MUHAMMAD HAKIMI BIN RASMADI - 13DAD21F1036
4.MUHAMMAD AMINUDDIN BIN MOHD SHUHKRI -13DAD21F1124
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN.
2. PEMBEDAHAN PLASTIK DI MALAYSIA.
2.1. MAKSUD PEMBEDAHAN PLASTIK.
2.3. HUKUM-HUKUM MELAKUKAN PMBEDAHAN PASTIK.
2.4. SYARAT PEMBEDAHAN YANG DIBOLEHKAN DALAM PERSEPSI ISLAM.
3. JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK.
3.1 REKONSTRUKSI.
3.2 PEMBEDAHAN PLASTIK KOSMTIK.
3.3 KESAN BURUK PEMBEDAHAN PLASTIK.
3.4 KESAN KEBAIKKAN PEMBEDAHAN PLASTIK.
4. TUJUAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK.
5. KESIMPULAN.
1.PENDAHULUAN
Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan seribu satu kemodenan dan kecanggihan sehinggakan hampir
segala kehendak dan keinginan manusia di dunia ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap
sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat,
kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Kita dapat melihat terutamanya dunia perubatan telah
mencapai kepada satu tahap yang tidak terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun dahulu. Kemajuan
dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan
baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap
sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia.
Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada perundangan Islam. Para ulama’ harus melihat
fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab. Alhamdulillah setakat ini ramai yang telah tampil
dan membuat kajian dan rujukan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukan oleh masyarakat
berkenaan hukum dan pekara-perkara yang berkaitan dengannya.
Sejak akhir-akhir ini, banyak masalah moden yang timbul dalam lapangan perubatan yang memerlukan
pendapat dari segi fiqh untuk menjelaskan kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan atau pembedahan
kosmetik. Mengikut tajuk kertas ini, kami akan membawa dan memilih beberapa perbincangan sebagai garis
panduan kepada beberapa isu- isu perubatan moden masa kini dengan pengkhususan tentang pembedahan.
Gambar rajah diatas menunjukkan seorang wanita disuntik bagi
tujuan pembedahan
2.PEMBEDAHAN PLASTIK DI MALAYSIA
Terdapat maksud pembedahan plastik dan hukum berserta syarat melakukan pembedahan plastik di Malaysia
yang wajib kita pelajari/ketahui.
2.1 Maksud pembedahan plastik
Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik berasal dari bahasa Yunani ,
iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan yang
haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan yang amat
menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga membawa kepada keinginan manusia itu sendiri
untuk melakukan pembedahan plastik yang lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga,
membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi.
2.3 Hukum-hukum melakukan pembedahan plastik
Hukum melakukan pembedahan plastik terbahagi kepada 3 ;
Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar
pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan
membaik pulih kecacatan anggota.
Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki melakukan
pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.
2.4 Syarat pembedahan yang dibolehkan dalam persepsi Islam
• Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit.
• Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan
tersebut.Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang
dijalankannya.
• Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai
matlamat pembedahan yang dilakukannya.
• Tidak terdapat alternatif lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan itu.
Contoh gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik
3.JENIS-JENIS PEMBEDAHAN PLASTIK
Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang
dibenarkan.Contoh,pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang
melecur.Pemakaian gigi palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan
ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan sebagainya.
3.1 Rekonstruksi
• Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung),
• hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).
• Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak
tulang.
• Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan
yang teruk.
• Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala
dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.
• Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh
darah).
• Transeksual
Cara pembedahan plastik pada bahagian wajah
3.2 Pembedahan plastik kosmetik
• Facelift : Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit. Selain itu, Facelift juga dapat
menghilangkan kedutan pada wajah.
• Rhinoplasty : Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan
individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki penampilan. Rhinoplasty dapat membantu
pernafasan yang tersumbat.
• Liposuction : Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada
kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang diperoleh ialah perut akan
menjadi lebih ramping dan langsing.
3.3 Kesan keburukan pembedahan plastik
• Kecacatan pada bahagian yang dibedah.
• Kesan sampingan jangka panjang.
• Maut.
• Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.
• Membazir.
3.4 Kesan kebaikan pembedahan plastik
• Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
• Membina semula anggota yang cacat.
• Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
• Menghilangkan keaiban.
• Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
• Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih
sempurna
Proses pembedahan plastik
4. Tujuan melakukan pembedahan plastik
Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh
manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan
dalam masyarakat. Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat
kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal.
Selain itu, tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan
mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan. Setereusnya, memiliki keperluan tidak
bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan untuk tujuan kesihatan semata-mata dan
tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan pakar dalam bidang itu, doktor yang yakin
pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat mendapat persetujuan
pesakit dan wali.
Contoh proses pembedahan hidung
5. KESIMPULAN
Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik
yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang
bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan
hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam
dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan
tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun
suatu perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan
dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap
menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada
kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya
RUJUKAN
http://www.papisma.org/nota/fekah/isu.pdf
ww1.utusan.com.my