The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMEER SYAHIR HAFIDZI BIN HASNI IPG-Pelajar, 2024-03-15 14:34:08

ANALISIS INSTRUMEN PBD

ANALISIS PBD AMEER SYAHIR

ANALISIS PBD AMEER SYAHIR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2 TAHUN 2) PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP3153) DISEDIAKAN OLEH: NAMA AMEER SYAHIR HAFIDZI BIN HASNI ANGKA GILIRAN 2021192340227 NO. KAD PENGENALAN 030716070379 KUMPULAN A2 TAJUK TUGASAN PENULISAN NAMA PENSYARAH MOHD ZAKUAN BIN ABDULLAH TARIKH HANTAR 15 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 1 2.0 KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)............................................................ 1 3.0 ANALISIS INSTRUMEN PBD.......................................................................................... 2 4.0 PENILAIAN PROFESIONAL TERHADAP INSTRUMEN PBD......................................... 4 5.0 REFLEKSI....................................................................................................................... 5 RUJUKAN LAMPIRAN


1 1.0 PENGENALAN Pada zaman globalisasi ini, semua perkara telah berkembang dengan sangat pesat. Hal ini termasuklah sistem pendidikan yang ada dalam negara kita. Kaedah serta cara untuk mendidik anak bangsa sentiasa akan berubah seiring dengan zamannya. Pelbagai pendekatan yang lebih menyeronokkan telah digunakan supaya kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar dan mereka dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, pendidikan tradisional tidak lagi digunakan pada kebanyakan sekolah. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mempunyai pelbagai elemen penilaian digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Tujuan penulisan ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan tentang jenis dan kaedah pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru di Sekolah Kebangsaan Taman Desa. 2.0 KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Sistem pendidikan merupakan asas pembangunan masyarakat dan negara. Jika sistem pendidikan di sesuatu negara tidak kukuh, maka masyarakat yang akan lahir adalah masyarakat yang tidak mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dari tahun ke tahun, sistem pendidikan atau kurikulum pendidikan di Malaysia telah berubah. Transformasi kurikulum dilakukan untuk menambahbaikan pembelajaran dari aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiransejajar dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mewujudkan murid yang berilmu pengetahuan, mempunyai keupayaan untuk berfikir, memiliki sifat-sifat kepimpinan, menguasai kemahiran dwibahasa, mengamalkan etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pada tahun 2019, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik. PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru (Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 2019). PBD memerlukan guru untuk mengumpul bukti prestasi murid melalui pelbagai kaedah penilaian seperti ujian, tugasan, projek, penilaian kendiri, dan penilaian rakan sebaya. Ini membolehkan guru memahami keperluan dan kebolehan setiap murid secara lebih mendalam. Konsep ini memandang pencapaian murid sebagai suatu proses perkembangan, dan bukannya hanya satu "gambaran keputusan" yang diperoleh melalui ujian peperiksaan tertentu. Menurut


2 Arumugham (2020), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai dan mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. Seterusnya, terdapat tiga kaedah PBD iaitu pemerhatian bertulis dan lisan. Pemerhatian juga adalah perkara rutin dilakukan setiap hari sama ada secara sedar ataupun tidak sedar untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka (Ghazali Darusalam & Sufean Hussin 2021). Oleh yang demikian, dalam konteks penilaian PBD ini, para guru akan memerhatikan murid-murid sepanjang PdP berjalan bagi menetapkan pencapaian TP mereka. Di samping itu, Menurut KPM (2016), pentaksiran secara bertulis adalah melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan, laporan,tafsiran statistik dan lain-lain. Akhir sekali, Menurut KPM (2016), pentaksiran secara lisan merupakan satu kaedah pentaksiran yang mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan atau penguasaan murid. Ia boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau secara terancang melalui sesi soal jawab atau kuiz. Namun, terdapat kelemahan dalam kalangan guru semasa menjalankan pentaksiran. Keberkesanan dan kejayaan PBD banyak bergantung kepada komitmen guru. Pentaksiran yang berkesan berupaya memberi maklumat kepada guru, pentadbir, ibu bapa dan murid, berkaitan dengan pengetahuan murid dan kefahaman mereka (Tan & Husaina, 2020). Guru-guru mestilah pelbagaikan instrumen penilaian dalam pelaksanaan PBD ini. 3.0 ANALISIS INSTRUMEN PBD Dapatan kajian yang telah diperoleh adalah daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Kuala Lumpur.


3 Rajah 1 : jenis pentaksiran Berdasarkan rajah 1, terdapat 14 jenis pentaksiran yang telah dikaji di Sk Taman Desa. Contohnya ialah pentaksiran sumatif, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif projek dan lain-lain. Borang ini juga turut menyediakan 3 jenis kaedah pentaksiran iaitu lisan, bertulis dan pemerhatian. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa majoriti guru di SK Taman Desa telah menggunakan pentaksiran formatif iaitu sebanyak 26.7%. manakala, pentaksiran sumatif dan pentaksiran alternatif pembentangan lisan masing-masing mencatatkan peratusan 16.7%. seterusnya, guru-guru SK Taman Desa juga dilihat menggunakan pentaksiran alternatif projek iaitu 13.3%. Selanjutnya, pentaksiran alternatif rakan sebaya dan pentaksiran alternatif pemerhatian masing-masing mencatatkan peratusan 6.7%. di samping itu, pentaksiran alternatif tugasan bertulis, buku skrap, penghasilan produk dan portfolio mencatatkan peratusan 3.3%. Akhir sekali, guru-guru SK Taman Desa dilihat tidak menggunakan pentaksiran alternatif penilaian kendiri, pentaksiran berkumpulan, temubual dan amali kerana pentaksiran ini mencatatkan peratusan sebanyak 0%. Rajah 2 : kaedah pentaksiran Berdasarkan rajah 2, dapat dilihat peratusan kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru SK Taman Desa. Kaedah pentaksiran terbahagi kepada 3 iaitu lisan, bertulis dan


4 pemerhatian. Kaedah pemerhatian dan kaedah bertulis masing-masing mendapat peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 100%. Manakala, kaedah lisan mendapat sebanyak 87.5%. 4.0 PENILAIAN PROFESIONAL TERHADAP INSTRUMEN PBD Berdasarkan hasil dapatan yang telah diperoleh, guru-guru di SK Taman Desa banyak menggunakan pentaksiran formatif kepada murid-murid. Tujuan pentaksiran formatif adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan pelajar dan mengukur penguasaan pelajar terhadap topik atau unit tertentu. Berdasarkan temubual Bersama seorang guru SK Taman Desa, pentaksiran formatif sangat mudah untuk dijalankan kepada murid-murid. Selain itu, pentaksiran ini juga dapat dijalankan dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu, pentaksiran formatif ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini disokong oleh kajian Khalid et.al. (2020) iaitu penggunaan pentaksiran formatif dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia telah membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, pentaksiran formatif ini juga memberi pendedahan yang sempurna. Dalam konteks pendidikan Malaysia, pentaksiran formatif memberi pendedahan yang sempurna kepada guru tentang kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep pembelajaran. Menurut Abdul Rahman dan Kashefi (2019), melalui pentaksiran formatif, guru dapat mengenal pasti titik kelemahan pelajar dan menyediakan bimbingan tambahan yang sesuai. Namun, sebagai seorang guru yang berkredibiliti, setiap guru mestilah pelbagaikan jenis pentaksiran yang digunakan kepada murid-murid. Hal ini supaya guru dapat menilai dan dapat melihat perkembangan murid-murid dalam pelbagai aspek. Mempelbagaikan jenis pentaksiran kepada murid-murid juga mampu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, Rohani, intelek dan sosial. Selanjutnya, berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh, pentaksiran alternatif penilaian kendiri, pentaksiran berkumpulan, temubual dan amali mendapat peratusan paling rendah. Hal ini disebabkan pentaksiran ini memerlukan tempoh masa yang agak Panjang untuk dijalankan. berdasarkan temubual Bersama guru SK Taman Desa, mereka menyatakan bahawa mereka tiada masa untuk menjalankan pentaksiran seperti ini. Mereka juga mempunyai tugas-tugas pentadbiran yang menyukarkan mereka untuk menjalankan tugas hakiki mereka sebagai seorang guru. Selain itu, terdapat juga beberapa guru yang kurang pendedahan tentang pelaksanaan pentaksiran alternatif ini. Hal ini sangat menyukarkan guru-guru ini untuk menjalankan pentaksiran ini kepada murid-murid. Di samping itu, bilangan murid yang ramai dalam satu


5 kelas juga menjadi punca guru tidak berminat untuk menjalankan pentaksiran ini kepada murid-murid. Purata bilangan murid dalam satu kelas adalah sebanyak 40 orang murid. Namun begitu, guru-guru mestilah berusaha untuk mengatasi masalah-masalah ini supaya murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Guru hendaklah lebih bersemangat dan lebih kreatif dalam menyediakan pelbagai instrumen dan kaedah pentaksiran bagi menguji keupayaan dan kebolehan murid menguasai sesuatu kemahiran. Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran guru untuk melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah (Aniza dan Zamri 2015). Para guru juga digalakkan untuk mengikuti latihanlatihan pentaksiran untuk menjadikankan aktiviti pentaksiran lebih berkualiti dan secara tidak langsung akan meningkatkan kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran di sekolah. 5.0 REFLEKSI Terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakan pelbagai jenis pentaksiran ini di sekolah. Antara kekangan yang ada adalah seperti tahap kesediaan guru yang rendah. Ketidaksediaan guru dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif di sekolah juga menimbulkan pelbagai isu seperti isu kesahan, kebolehpercayaan, praktikaliti, pentadbiran, pemantauan dan penyetaraan, (Yaakop, 2002 dalam Mohd Haidzir & Norasmah, 2019). Hal ini adalah kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel. Hal ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan guru masih percaya bahawa penilaian berbentuk tradisional adalah sistem penilaian yang terbaik. Di samping itu, pengetahuan guru tentang pentaksiran adalah sangat penting supaya aktiviti pentaksiran dapat dijalankan dengan lebih baik. Guru-guru mesti bijak untuk mempelbagaikan jenis pentaksiran kepada murid-murid. Kepelbagaian penilaian akan membolehkan pelajar menunjukkan pengetahuan mereka yang sebenar dalam pelbagai gaya pembelajaran dan konteks (Nor & Haron, 2023). Seterusnya, dalam melaksanakan pelbagai jenis pentaksiran ini, guru hendaklah diperuntukkan masa yang mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, guru-guru sering diberi tempoh masa pengajaran yang pendek dan padat. Pengagihan jadual guru yang dilaksana di sekolah didapati kurang berkesan kerana terdapat guru yang mengajar dengan masa yang banyak dan padat dalam seminggu. Di samping itu, guru-guru juga dibebani dengan aktiviti sampingan sekolah sehingga mengganggu aktiviti pengajaran guru. Sehubungan dengan itu, kesemua isu yang dinyatakan di atas merupakan masalah yang mengganggu pengurusan pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti pentaksiran.


6 Pelbagai penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kepelbagaian pentaksiran di sekolah. Pelbagai pihak mestilah Bersatu padu antara satu sama lain dan memainkan peranan masing-masing supaya PBD ini dapat dijalankan dengan baik di sekolah. Sebagai contoh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mestilah menyediakan latihan dan kursus kepada semua guru di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan pentaksiran dengan lebih berkesan. Guru hendaklah didedahkan dengan kepentingan pentaksiran alternatif dan bukannya menekankan kepada bagaimana untuk melaksanakan Pentaksiran sekolah (Ramlah et.al, 2015). Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga bertanggungjawab untuk merancang dan memantapkan profesionalisme keguruan melalui kursus dalaman. Sekolah perlulah menyediakan latihan profesional secara berkala kepada guru untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran penilaian dan analisis data (Isa et al., 2020). Contohnya seperti perkongsian ilmu dalam kalangan guru itu sendiri. Usaha ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang pengetahuan guru-guru tentang PBD. Pentadbir juga seharusnya menjalankan proses Pementoran, Pengesanan,Pemantauan dan Penyelarasan (4P) dengan lebih efektif di sekolah. Selanjutnya, guru mestilah sentiasa bersemangat dalam menghasilkan pelbagai instrumen kepada murid-murid. Kesannya murid-murid akan lebih seronok apabila terdapat kepelbagaian dalam pembelajaran mereka. Kesimpulannya, guru merupakan agen pelaksana yang menentukan keberhasilan sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh KPM. Pembelajaran abad ke-21 adalah salah satu usaha yang dilaksanakan oleh KPM melalui PPPM 2013-2025 dalam merealisasikan matlamat pendidikan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Oleh yang demikian, guru-guru perlu sentiasa bersedia mempersiapkan diri daripada pelbagai aspek ke arah pembentukan pendidikan abad ke-21.


7 RUJUKAN Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM 5(1):18-29 Abdul Rahman, N. F., & Kashefi, H. (2019). Formative Assessment Practices in Malaysian Primary Mathematics Classrooms: A Case Study. In Mathematics Education in Malaysia: Issues and Challenges (pp. 41-56). Springer. Ghazali, D. & Sufean, H. (2021). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan Amalan dan Analisis Kajian. 3rd ed. Universiti Malaya (UM). Isa, A. M., Mydin, A. A. B., Abdullah, A. G. K. B., & Rasidi, W. F. W. M. (2020). Tranformasi Pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah (PBD), kesan terhadap autonomi guru. Isu Dan Cabaran Dalam Pendidikan: Strategi Dan Inovasi, August, 218-231. Khalid, F., Yusof, N. M., & Ghani, M. F. A. (2020). Formative assessment and its impacts on students' academic performance in Malaysian primary schools. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(1), 601-614. Nor, S. M., & Haron, Z. (2023). Instrumen Literasi Pentaksiran Bilik Darjah Guru Sekolah Berdasarkan Konteks Pendidikan di Malaysia: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002261-e002261. Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamdan. 2015. Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalized Learning 1(1):77-84 Yusof, M. H., & Othman, N. (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 24-25.


8 LAMPIRAN Contoh pentaksiran formatif Contoh pentaksiran alternatif projek


9 Contoh pentaksiran alternatif pembentangan lisan Contoh pentaksiran alternatif portfolio


10 Contoh pentaksiran alternatif tugasan bertulis


11


Click to View FlipBook Version