The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhamad Hairi, 2019-12-27 09:27:49

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN 2020 BIL 1/2020

MINIT MESYUARAT AWAL TAHUN 2020

Keywords: fatimah84

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIMBUL

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN 2020 BIL 1/(2020)

Tarikh : 29 Disember 2019

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : En. Azman bin Hj. Ayun

Kehadiran(Bilangan) : 21 / 21

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI- En Azman bin Hj. Ayun (Guru Besar)

Pengerusi menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ahli mesyuarat.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke
mesyuarat yang pertama bagi tahun 2020.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah
menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan menyempurnakan amanah
yang telah dipertanggungjawabkan terutama dalam pdpc yang berkesan dan
berkualiti selain mengurus sekolah sepanjang sesi persekolahan tahun 2019.

1.3 Pengerusi mengimbau kembali dan mengambil refleksi daripada lawatan
penanda aras ke SK Krubong. Beliau berkongsi sekeping gambar sebuah
Restoran KFC di Parit Raja. Maksud tersirat daripada gambar tersebut ialah
penggunaan cat warna kelabu menjadi warna ikon untuk baik pulih cat
bangunan sekolah.

1.4 Beliau memberikan kata-kata semangat “Apabila kita suka atau sayang kepada
sesuatu, kita akan buat dengan seikhlas hati, hasilnya amat tidak ternilai dan
hanya Allah yang mampu membalasnya.”

1.5 Pengerusi juga meminta semua guru menggunakan semaksima mungkin
aplikasi „telegram‟ untuk menyimpan semua bahan-bahan (softcopy) berkaitan
surat-menyurat atau sebagainya dalam akaun “save massages” bertujuan
memudahkan guru-guru untuk mencari bahan yang dikehendaki. Selain itu
memuatnaik aplikasi “cam scanner” bertujuan untuk menyimpan atau
mengimbas dokumen dengan lebih terang dan jelas.
Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Zarah bin Tasman
Disokong untuk pengesahan oleh Tn. Hj. Khairul Azam bin Abd. Hamid

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 VISI KPM, MISI KPM DAN HALATUJU SEKOLAH

4.1.1 Pengerusi menyeru agar semua warga sekolah dapat menghayati makna
4.1.2
visi, misi dan hala tuju sekolah secara menyeluruh.

-Visi KPM, “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
-Misi KPM, “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Hala tuju Sekolah:

.

 Fokus kepada kemenjadian dan keberhasilan murid
 Bidang Akademik – Kenalpasti murid yang lemah-

Nilai tambah murid “street A” dalam UPSR- 84% menguasai

i) Peratus lulus UPSR 100.00%
ii) 2 orang mendapat 6A
iii) BM & BI lulus 100.00%
iv) Matematik lulus 100.00%
v) Sains lulus 100.00%
iii) 100% murid tahun 6 khatam al-Quran

 Bidang Kokurikulum – Memberi tumpuan kepada kemenjadian
murid dalam setiap acara dan pertandingan di peringkat sekolah,
zon , daerah serterusnya ke peringkat kebangsaan.

 Bidang Hal Ehwal Murid -
i) Kehadiran murid 95%
ii) Sifar salah laku.
iii) Memperkasakan - Kemenjadian murid
- Kebajikan murid
- Pengurusan fail
iv) SPBT cemerlang

Tindakan : Makluman

4.2 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM ) 2013-2025

4.2.1 Pengerusi memaklumkan Program Transformasi Sekolah (TS25) iaitu usaha
KPM ke arah kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp)
selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.3 BUKU MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

4.3.1 Buku Pengurusan Sekolah- tugasan guru hendaklah lebih menjurus/ selari
4.3.2 kehendak SKPMg2 bermula pada tahun 2021.
4.3.3 1 pelan Taktikal dan 1 pelan Operasi sebelum sesi persekolahan 2020
(1.1.5/1.1.6)
Majlis Tertinggi Sekolah

i. Pihak pentadbir sekolah telah menetapkan ahli jawatankuasa yang
dilantik bagi tahun 2020 dan dipersetujui oleh guru yang terlibat.

ii. Pembahagian tugas telah diagihkan mengikut kriteria seperti
pemberatan fungsi jawatan, pengalaman dan sebagainya.

iii. Semua guru dan kakitangan perlu akur dengan amanah yang telah
diberi.

4.4 BANGUNAN FIZIKAL DAN PENYELENGGARAAN

4.4.1 Kemudahan Fizikal diselenggara dengan sistematik (2.5.1). Setiap guru mesti
memastikan setiap kelas dan bangunan sekolah selamat untuk digunakan
oleh murid.

4.4.2 Pada tahun ini, projek selenggara tandas dan parkir kereta telah siap
sepenuhnya dan boleh digunakan.

4.4.3 Tandas OKU dan Parkir OKU juga sudah dilabelkan.
4.4.4 Kedai buku dalam pembinaan dan hampir siap 90%.

4.5 SESI PERSEKOLAHAN 2020.

4.5.1 Hari pertama persekolahan iaitu pada 1.1.2020/ Rabu.
4.5.2 PdPc dijalankan pada hari pertama persekolahan mengikut jadual waktu yang

ditetapkan.
4.5.3 Kelas pemulihan juga hendaklah dijalankan pada hari pertama persekolahan.
4.5.4 Pdpc tasmik dijalankan mengikut jadual dan dibahagikan mengikut kumpulan.
4.5.5 Modul Khtam al-Quran diteruskan.
4.5.6 Pengerusi meminta jasa baik semua guru kelas agar dapat mengemas bilik

darjah dan memastikan keperluan murid-murid seperti meja dan kerusi adalah
mencukupi mengikut bilangan pelajar.
4.5.7 Pakaian Guru Lelaki – Pakaian rasmi dan blazer

Guru Perempuan – Pakaian rasmi dan blazer
Murid - Baju uniform sekolah dan lengkap
4.5.8 Bayaran awal persekolahan dijelaskan sebelum hari pertama atau kedua dan
seterusnya (tiada pakej).
4.5.9 Google Classroom- Menggalakkan semua guru untuk menggunakannya
secara optimum.
4.5.10 Program GIS – Guru Ikon Sekolah diminta membantu guru lain meningkatkan
kualiti guru lain.

Tindakan : Guru Kelas dan Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.6 PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

4.6.1 Pengerusi memohon semua guru dapat menyambut kehadiran murid di pintu
pagar utama pada hari pertama persekolahan.

4.6.2 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada jam 7.20 pagi sehingga 7.50 pagi.

Tindakan : Unit HEM dan Semua guru

4.7 MENJAGA KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MURID

4.7.1 Meminta kerjasama semua guru terutama guru kelas dapat memastikan dan
mengekalkan % kehadiran murid setiap bulan melebihi target KPI.
4.7.2 Memastikan setiap murid mendapat buku teks yang mencukupi.
4.7.3 Memohon kerjasama guru kelas mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan awal persekolahan.
4.7.4 Kemasukan tingkatan 1 ke SABK 2019- 2 orang murid ke SMAPR

Tindakan : Guru Kelas

4.8 PEMATUHAN KEPADA SPI: BUKU REKOD MENGAJAR GURU (BRMG) /
ERPH(SPI 3/1999)

4.8.1 Penulisan RPH selaras kehendak SKPMg2- walaubagaimanapun pengerusi
tidak menetapkan format khusus, terpulang kepada format guru sendiri yang
bersesuaian.

Tindakan : semua guru

4.9 PENGURUSAN MESYUARAT

4.9.1 Pematuhan kepada pekeliling kemajuan perkhidmatan awam (PKPA),
semua ketua panitia atau setiausaha semua bidang perlulah mematuhi
4.9.2 dalam pengurusan sesuatu mesyuarat hendaklah mengandungi:
4.9.3 Nama Mesyuarat, Tarikh dan masa mesyuarat, tempat mesyuarat,
Nama Pengerusi, dan Agenda Mesyuarat.
Mengikut SPSK terkini, pegawai dirujuk adalah GPK 1 (PK 08), edaran
Januari 2018.
Mesyuarat Jawatankuasa PBS Bil 1/2020 hendaklah berasingan dengan
Mesyuarat Akademik (KURIKULUM) bil 1/2020.

Tindakan ; Semua Ketua Panitia dan SU Kurikulum

4.10 SKPMg2

4.10.1 Peratus skor SKPMg2 Standard 4 hendaklah mencapai 87.79%
4.10.2 Pengerusi mengingatkan semua guru perlu memainkan peranan dalam Pdpc

sebagaimana terkandung dalam Standard 4 iaitu 6 peranan utama iaitu
sebagai Perancang, Pengawal, Pembimbing, Pendorong, Penilai dan murid
sebagai pembelajaran aktif.
4.10.3 Pencerapan akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Minimum pencerapan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

2 kali setahun (SKPMg2) Mac, Jul, Okt . Semua guru wajib menyempurnakan
pemantauan kendiri sebelum atau pada 1 Mac 2020. Guru dinasihat
berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
Bagi guru yang menggunakan fail hendaklah memastikan ruangan bagi
catatan hasil pencerapan diadakan.

Tindakan: Semua Guru

4.11 ANALISIS UPSR

4.11.1 Sasaran UPSR Daerah bagi 2020 =78.31%. Oleh itu, sasaran UPSR bagi
Sekolah mesti melebihi sasaran Daerah.

4.11.2 Sasaran UPSR Sekolah pada tahun ini = 84% menguasai dan 6A = 2 orang.
Tindakan : SU Peperiksaaan

4.12 DIAOLOG PRESTASI DAN HEADCOUNT

4.12.1 DPS bagi tahun 2020 akan dilaksanakan sebanyak 6 kali.
4.12.2 Minit DPS perlu diserahkan kepada PK berkaitan bagi dimuat naik di DP

Online PPD BP 10 hari selepas DPS dilaksanakan.
4.12.3 Pengerusi meminta menyediakan headcount bertujuan untuk merancang

program meningkatkan prestasi murid.
4.12.4 Head Count diperlukan untuk:

 Melihat keupayaan sedia ada setiap murid
 Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
 merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan

keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat
 Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang

proaktif
 Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh PGB, GPK, guru kelas

dan guru MP secara sistematik

4.13 PENGURUSAN PERKHIDMATAN AKP DAN GURU

4.13.1 Semua guru dan AKP mesti sentiasa mengemaskini maklumat yang terdapat
dalam sistem online yang berkaitan khususnya Sistem Pengurusan Sumber
Manusia (HRMIS), Urusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT) dan Sistem
Maklumat Guru (eOperasi).

4.13.2 Guru Opsyen- memastikan semua guru tahu akan bidang tugas masing-
masing.

4.13.3 Pemimpin pelapis (2.1.1)- memberi peluang dan ruang bagi sesiapa yang
berminat untuk mohon menjadi GB/GPK.

Tindakan : Semua guru dan staf

4.14 PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

4.14.1 Pengerusi meminta jasa baik semua penyelaras bilik-bilik khas seperti bilik
SPBT, Bilik Gerakan PIBG, Stor Sukan, Makmal Sains, Perpustakaan,
Makmal Komputer, Surau/ Bilik j-QAF, Kedai Buku Sekolah dan lain-lain
diselengara dan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum digunakan.
Tindakan : Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

4.15 PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

MENYAMPAIKAN AMANAT UCAPAN KPPD

o Pengurusan cuti
o Tadbir urus koperat- membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti.
o 2020 outcomes – keberhasilan tahun 2020.
o Kebertanggungjawaban- hala tuju organisasi (BP leads)- contoh

mencapai kehadiran 95%.
o Tunai Janji- melaksanakan apa yang ditarget (KPI)
o Kemenjadian murid adalah fokus yang lebih utama samada boleh diukur

atau dilihat.
o Penyeliaan – bersama-sama menjalankan apa yang disasarkan (objektif

program mestilah mengikut hala tuju sekolah)
o Hala tuju sekolah
o Status Hem Sekolah
o Kualiti guru- Guru hendaklah menguasai Standard 4 SKPMg2.
o GPKS (gred purata Kokurikulum sekolah)
o Inovasi Pdpc/ pameran/ inovasi ikut zon – Jika ada yang berminat boleh

memaklumkan.
o Majlis rasmi sekolah ( jemputan orang kenamaan)
o Digital learning
o Koperasi Sekolah

4.16 UNIT KURIKULUM - Pn. Hjh Siti Zaliha binti Jawri (GPK 1)

4.16.1 Buku Manual Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 2020:

Guru-guru dan kakitangan SK Seri Timbul perlu menjadikan Buku
Pengurusan Sekolah 2020 sebagai panduan dan rujukan.

Tindakan: Makluman

4.16.2 Senarai Tugas dan Pembahagian Tugas 2020

Pembahagian tugas telah diagihkan mengikut kriteria seperti pemberatan
fungsi jawatan, pengalaman dan sebagainya. Semua guru dan kakitangan
perlu akur dengan amanah yang telah diberi. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan oleh PK Pentadbiran.

Tindakan : Makluman

4.16.3 Ralat/Perlantikan Baru Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

Muka Nama Guru Jawatan
Surat
MS47 En. Rahmat bin Hamzah SU Jadual Waktu
MS45 Pn. Alinda bt Mohamed Ali SU PLBS
MS45 En. Khalid bin Baharom Motivasi T.6
MS49 Pn. Hazlian bt Ahmad Peny. Headcount
MS50 En. Abu Mawan bin Daiman Peny PPKI

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.16.4 Pengurusan Bengkel Intensif

Perlantikan Setiausaha yang baru iaitu Pn. Alinda binti Mohamed Ali.
Merancang strategi yang pertama mengenalpasti murid yang lemah.
Mencapai sasaran 84% menguasai pada tahun 2020. Murid yang dikenal
pasti =6/7 orang.

Tindakan : Pn. Alinda binti Mohamed Ali

4.16.5 Pengurusan Program Peningkatan Akademik

Setiap panitia diminta menyediakan sekurang-kurangnya 3 aktiviti yang
menjurus ke arah kecemerlangan pelajar seperti Citra BM, Cakna Minda,
Program Bijak Pemulihan, EW20, dan Bijak Sifir, Literasi al-Quran dan
MBQ. Ketua Panitia akan menjadi penyelaras aktiviti tersebut. Semua
aktiviti tersebut ada markah dalam SKPMg2.

Tindakan : Ketua Panitia

4.16.6 Jadual Waktu Persekolahan
 Jadual waktu persekolahan telah diedarkan dan mendapat
persetujuan guru-guru.
 Waktu mengajar guru minimum adalah 20 waktu seminggu,
maksimum 30 waktu.
 Tasmik dijalankan dalam jadual waktu rasmi 2 waktu seminggu.
 1 Murid 1 Sukan juga dilaksanakan 2 waktu seminggu pada hari
Selasa.
 Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu 12.20-1.20 p.m.

Tindakan : Semua Guru

4.16.7 Pengurusan peperiksaan & pentaksiran
 Jadual Peperiksaan UPSR 2020 -1,2,3,7,8 September 2020
 Peperiksaan PASR – 1 Julai- 30 Ogos 2020 – Prokhas 1
 Peperiksaan PASR – 8 Sept-9 Okt 2020 –Prokhas 2
 Penilaian Kendalian Sekolah rendah (PKSR)
Pertengahan tahun pada Mei 2020 dan
Akhir Tahun pada Oktober 2020
 UPPM 1 pada Mac 2020 dan UPPM 3 pada Ogos 2020

Tindakan : Makluman

4.16.8 Jadual Pemantauan Guru
-Fasa Pertama – Feb 2020
-Fasa Kedua – Jun 2020
- Fasa Ketiga –Ogos 2020

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.16.9 Program 20 minit sebelum Pdpc/Perhimpunan pagi/ Program Panitia
-Panitia-panitia telah menetapkan program mengikut ketetapan hari berikut

HARI ROGRAM

Ahad Unit Lembaga Disiplin
Isnin Bijak Sifir (Panitia Matematik)
Selasa EW20 (Panitia Bahasa Inggeris)
Rabu Citra Bahasa (Panitia Bahasa Melayu)
Khamis MBQ (Panitia Agama Islam)

Tindakan : Makluman

4.16.10 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Surat lantikan Ketua Panitia yang baru atau yang dilantik semula akan
dikeluarkan. Ketua Panitia boleh mempengerusikan mesyuarat.
Mesyuarat Panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun manakala PLC
boleh dilaksanakan secara terbimbing pada setiap minggu bagi
membincangkan kecemerlangan panitia.

Setiap panitia hendaklah membincangkan bilangan dan jenis buku
yang diguna, bilangan latihan, tempoh pemeriksaan buku latihan,
pemulihan, pengayaan, sasaran setiap mata pelajaran, analisis dan
post mortem peperiksaan, dan program peningkatan kecemerlangan.

Tindakan : Ketua Panitia

4.16.11 Ralat/Pembetulan Senarai Guru Kelas (MS 57)

KELAS NAMA GURU

1A HJH SALINA BT BAJURI

2A FATIMAH BINTI MASRAN

3A HJH HAZLIAN BT AHMAD

4A SITI HALIMATUS SAADIAH BT SAMSUDIN

5A SH. ALWIAH BT ENGKU MUDA

6A HJ RAHMAT B. HAMZAH

PPKI AMANAH ABU MAWAN B. DAIMAN

PPKI BUDIMAN MOHD YADILLAH B. ZAKARIA

Tindakan : Semua Guru Kelas

4.16.12 Penetapan Mata Pelajaran yang diajar

NAMA GURU MATA PELAJARAN

MOHD ALI BIN MISNON BI 2A, BM 3A

SITI HALIMATUS SAADIAH BI 3A & 4A

SH ALWIAH BT ENG. MUDA BI 5A & 6A

RAHMAT BIN HAMZAH MT 5A & 6A

Tindakan : Guru yang terlibat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.16.13 Pembetulan Penyelaras Program Rasmi Sekolah (MS41)

Jamuan Akhir Tahun Siti Halimatus saadiah bt Samsudin

Lawatan Selepas UPSR Hj Rahmat bin Hamzah

Sambutan Hari Guru Siti Halimatus Saadiah bt Samsudin

Pendidikan Pencegahan Ust Noorhadi bin Maskan

Dadah

Bulan Kebangsaan Ust Noorhadi bin Maskan

Tindakan : Makluman

4.17 UNIT HEM – Pn. Zarah binti Tasman (GPK HEM)

4.17.1 Jualan Buku
 Memaklumkan Jualan Buku seperti berikut:
Hari : Ahad
Tarikh : 29.12.2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKST
 Peringatan kepada Guru kelas untuk mengedarkan Borang Bantuan
Murid kepada ibu bapa/penjaga semasa jualan buku. Borang bantuan
tersebut perlu dilengkapkan dan dipulangkan semula pada hari awal
persekolahan.
Tindakan : Guru Kelas

4.17.2 Gotong Royong Perdana

 Memaklumkan Jualan Buku seperti berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 28.12.2019
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : dalam lampiran

 Guru diingatkan membawa alatan sendiri yang bersesuaian.
Tindakan : Semua Guru

4.17.3 Hari Pertama Persekolahan 2020
 Semua murid telah dibekalkan satu meja, satu kerusi dan satu set

Buku Teks
 Meminta Guru Pengawas menyediakan persiapan pengawas

bertugas pada hari pertama persekolahan.
 Meminta semua guru hadir lebih awal membantu kelancaran

pergerakan murid dan menyambut kehadiran murid-murid di pintu
pagar bagi melaksanakan Program Budaya Penyayang.

Tindakan : Semua Guru

4.17.4 Kedudukan Kelas
Kedudukan kelas 1A, 2A, 5A dan 6A sama seperti tahun 2019. Berlaku
pertukaran kelas 3A aras satu blok B, manakala Tahun 4A bersebelahan
Bilik Guru.

Tindakan: Guru Kelas dan semua

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.17.5 Pengurusan Perhimpunan Rasmi
Melantik penyelaras Perhimpunan Rasmi iaitu Cikgu Rahmat bin Hamzah
dan Cikgu Mohd Ali bin Misnon. Penyelaras bersama-sama guru bertugas
akan memastikan persediaan perhimpunan seperti kedudukan murid, p.a
sistem, bahan audio (lagu) dan sebagainya dalam keadaan baik.

Tindakan : En. Rahmat bin hamzah dan semua guru

4.17.6 Jadual Guru Bertugas Mingguan
 Menetapkan guru yang bertugas memberi ucapan berdasarkan tema
yang telah ditetapkan pada minggu tersebut. Sekiranya terdapat laporan
yang lepas, laporan akan dibaca oleh guru yang bertugas pada minggu
tersebut.
 Jadual Guru Bertugas rujuk MS37&38.
Tindakan : Semua Guru

4.17.7 Pendaftaran / Taklimat tahun 1 sesi 2020

Taklimat Tahun 1 seperti berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 29.12.2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kelas 1A

Tindakan : Cikgu Zarah bin Tasman

4.18 UNIT KOKURIKULUM – En. Sahrul Azhar bin Suadi (GPK Koku)

4.18.1 Badan Beruniform M/S79
 Penambahan Unit Beruniform iaitu Silat
 Jawatankuasa terdiri daripada En. Azman bin Hj. Ayun, En. Abu
Mawan bin Daiman, Pn. Hjh Hazlian bin Ahmad dan Pn. Siti Halimatus
Saadiah.
 Ahli seramai 17 orang
 Pemilihan murid berdasarkan ahli sedia ada dan murid yang aktif di
dalam kelas. Bertujuan untuk melatih diri lebih berdisiplin.
Tindakan : Makluman

4.18.2 Sukan Tahunan Sekolah
Menetapkan tarikh seperti berikut:
Hari: Rabu
Tarikh : 22.1.2019
Rasional: Sebelum cuti Tahun baru Cina

Tindakan :Makluman

4.18.3 Ralat/Pembetulan Jawatankuasa Kokurikulum (M/S 83)

Pengurus Olahraga – En. Rahmat bin Hamzah
Pengurus Catur – En. Mohd Ali bin Misnon

Tindakan : En. Rahmat bin Hamzah

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

4.18.4 Pelaksanaan Kokurikulum - Mesyuarat Agung
Hari Selasa (7.20-8.20 pagi) – Rumah Sukan / Kelab sukan Permainan
Hari Rabu (12.20-1.20 petang) – Unit Beruniform/ Persatuan & Kelab
Dijalankan secara bergilir setiap minggu mengikut Jadual seperti MS86-90

Hari Pertama persekolahan iaitu Rabu,1.1.2020 akan dijalankan aktiviti :
- Mesyuarat Agung Unit Beruniform (12.20-12.50 tengahari)
- Mesyuarat Agung Persatuan & Kelab (12.50-1.20 petang)

Manakala Selasa 7.1.2020 akan diadakan aktiviti:
- Mesyuarat Agung Rumah Sukan (7.20-7.50 pagi)
- Mesyuarat Agung Kelab Permainan (7.50-8.20 pagi)

Tindakan : Semua Guru

4.18.5 Penyertaan Bola Jaring
Cadangan nama daripada Zon untuk memilih Nur Khairunisa binti Mohd Azmi
untuk mewakili kejohanan Bola jaring MSSD.

4.18.6 Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum (M/S 85)
Semua guru digalakkan memakai pakaian lengkap uniform pada minggu
perhimpunan tersebut.
Tindakan : Semua Guru

4.18.7 Sasaran Kokurikulum 2020
Menyertai sebanyak mana aktiviti samada bidang kokurikulum atau ko-
akademik. Diharapkan semua guru-guru dapat memikirkan strategi dan
bersama-sama berganding bahu demi kemenjadian murid.
Tindakan : Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Program Hidangan Berkhasiat Di Sekolah (HiTS)
Pn. Zarah binti Tasman memaklumkan kertas cadangan program (HiTS) yang
akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh Pelaksanaan : 1.1.2020
- Sasaran : Semua murid termasuk penerima RMT
- Menu : Telah ditetapkan
- Harga menu : RM2.00 termasuk air dan buah (sebulat suara mencadangkan)
- Perjalanan program : seperti lampiran
- Program ini terbuka bagi ibu/bapa yang berminat, bagi yang tidak berminat
boleh membawa bekal dari rumah.
Hebahan ini akan diedarkan kepada semua ibu bapa semasa penjualan buku
nanti.
Tindakan : Guru kelas dan makluman semua

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat SK SERI TIMBUL

.
6 PENUTUP

6.1 Tuan pengerusi berharap pada tahun 2020, semua tugasan dan perancangan
aktiviti dapat diselesaikan dengan sempurna dan kejayaan demi kejayaan dapat
diraih demi menaikkan nama baik sekolah.

6.2 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 12.00 tengahari

Disediakan oleh,
.............................................
(Fatimah binti Masran)
Setiausaha Kurikulum
Tarikh : 28.12.2019

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


Click to View FlipBook Version