1. Dato’ Razali Ismail Razali Ismail merupakan bekas Timbalan Menteri Pelajaran (18 Mac 2008-28 November 2008). Beliau pernah menjadi pensyarah di beberapa Maktab Perguruan sebelum menjadi Pengetua di institusi tersebut dan mengetuai Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat dan sangat berjasa terutamanya bagi para guru di seluruh Malaysia dan juga rakyat Terengganu. Latar belakang Razali Ismail dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Hulu Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak kepada Ismail Mohamad dan Siah yang mana bapanya pada asanya merupakan penoreh getah. Kehidupan Ismail dan Siah agak sukar kerana menanggung anak yang ramai. Razali berkahwin dengan Datin Nooraini Lob Yusoff dan dikurniakan lima orang cahaya mata lelaki. Beliau turut meminati bidang kebudayaan (termasuk penulisan skrip dan mengarah drama) dan kemasyarakatan. Pendidikan Razali mula bersekolah di tahun satu pada tahun 1956, kemudian di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan mendapat Higher School Certificate (HSC). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya (1970) dan ketika menunggu keputusan tahun akhir di Universiti Malaya beliau dijemput untuk menjadi tenaga pengajar di Sekolah Adabi di Kuala Terengganu. Razali telah memanfaatkan peluang mengajar tersebut sebagai persediaan dan latihan untuk memperoleh diploma pendidikan (Sharif Putera, 2012). Beberapa tahun kemudian beliau berpeluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Universiti Birmingham, United Kingdom. Kerjaya dan Dunia Politik Setelah memperoleh diploma pendidikan, Razali memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan 1974) dan
kemudiannya menjadi pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia antaranya Maktab Perguruan Kent dan Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Beliau pernah menjawat jawatan timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik sebagai pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan berpindah ke Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (2001) dan dilantik sebagai Pengarah BPG, Kementerian Pelajaran pada 1 Januari 2003.Smuan Aent dan Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Beliau pernah menjawat jawatan timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik sebagai pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan berpindah ke Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (2001) dan dilantik sebagai Pengarah BPG, Kementerian Pelajaran pada 1 Januari 2003. Beliau turut melibatkan diri dengan dunia politik tanah air dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan berjaya menyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu setelah menewaskan lawannya daripada PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Razali juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Razali berjaya mengalahkan calon dari PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas). Semasa hayatnya beliau sempat memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran bermula 18 Mac 2008 hingga 28 November 2008 dan merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Jasa dan sumbangan Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab melonjakkan prestasi UPSR, PMR dan SPM di Terengganu semasa menjadi Pengarah Pelajaran di Terengganu. Beliau juga cukup prihatin terhadap sekolah pedalaman di Terengganu dan berjaya mengusahakan agar kebanyakan sekolah berkenaan dapat dihubungi melalui jalan raya dan turut cakna terhadap pendidikan anak-anak di kawasan pedalaman. Usahanya diteruskan semasa di BPG dan beliau telah melawat sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan cuba merasai sendiri liku-liku perjalanan yang memenatkan dilalui oleh guru-guru di pedalaman. Salah satu usahanya yang sangat berharga ialah menaik taraf maktab perguruan kepada tahap institut yang turut merubah organisasi dan jawatan yang terlibat. Pengetua Maktab ditukar kepada Pengarah Institut Perguruan (Institut Pendidikan Guru) dan beliau turut mengusahakan perluasan kursus
ditawarkan daripada peringkat diploma kepada peringkat ijazah. Razali juga telah mengilhamkan agar institut perguruan mengambil pelajar cemerlang lepasan SPM secara terus untuk membuat ijazah di institut tersebut bermula tahun 2005 dan banyak lagi kejayaan-kejayaan lain. j-QAF (jawi, Quran, bahasa Arab dan pelajaran fardhu ain) dicetuskan semasa Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat BPG. Usaha itu masih diperingkat awal sebelum Razali meninggalkan BPG dan menceburkan diri dalam bidang politik. Draf kertas cadangan diketuai sendiri oleh Razali dan dibantu pegawai JPNJ dan guru dan dihantar kepada Perdana Menteri pada 2004. Setelah menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjadi ahli parlimen sepenuh masa dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan serta menumpukan tugasnya berhadapan tuntutan dan isu rakyat setiap hari. Selain dilantik menjadi Pengerusi PTPTN (13 Julai 2004), fokus utamanya ialah Dewan Rakyat dan rakyat. Hari-harinya penuh dengan pelbagai aktiviti, beliau sememangnya pemimpin berjiwa rakyat. Fokus utama beliau selepas menyandang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran pula ialah sekolah pedalaman dan sekolah-sekolah dalam bandar yang berprestasi rendah. Beliau membuat tinjauan ke sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak serta sekolah orang asli di semenanjung. Beliau juga pernah dipertanggungjawabkan menjaga Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang pada usia 59 tahun. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut tersebut. Meskipun menjadi Timbalan Menteri Pendidikan tidak sampai setahun, jasa dan sumbangannya terhadap dunia pendidikan tidak dinafikan. Kepimpinan dan semangat wakil rakyatnya turut disenangi oleh parti pembangkang. Bagi menghargai jasa dan sumbang bakti beliau yang juga merupakan tokoh politik berjiwa rakyat terutamanya kepada anak didik Terengganu, namanya telah diabadikan pada dua institusi pendidikan di Terengganu. Pada 16 Januari 2009, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menyempurnakan hasrat kerajaan dengan merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu bersempena nama Allahyarham. "Tidur saya sebagai guru, sedar saya sebagai guru. Hidup saya sebagai guru dan mati juga dalam guru."
Pengakuan Allahyarham Dato' Razali Ismail Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran kepada Setiausaha Sulitnya, Mohd Shahar Abdullah. 2. Khoo Kay Kim Latar Belakang Tokoh Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Profesor (Sejarah) di Universiti Malaya. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac tahun 1937 di Kampar, Perak. Beliau berketurunan Cina peranakan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Methodist Anglo-Chinese di Teluk Intan (ketika itu dikenali sebagai Teluk Anson) sebelum menyambung pendidikan menengah di St. Michael Institution di Ipoh. Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperoleh ijazah B.A. (Hons.) dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Tesis (PhD) beliau bertajuk The Beginning of Political Extremism in Malaya 1915-1935. Profil kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur selepas 2 tahun menjadi tutor dari tahun 1964 hingga tahun 1966. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Profesor Jabatan Sejarah pada bulan Mei tahun 1975. Beliau dilantik sebagai seorang Profesor sehingga persaraannya pada 1992. Beliau juga pernah menjadi dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dari 1984 sehingga 1986.
Beliau telah dianugerahkan pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) Persekutuan pada bulan Jun tahun 1983. Beliau juga dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato' pada bulan April tahun 1987. Profesor Khoo Kay Kim juga dianugerahkan 'Profesor Emiretus' oleh Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah seperti Fellowship Persatuan Sejarah Malaysia (2012), Tokoh Akademik Negara ce-10, mendapat anugerah Merdeka Award 2018 untuk kategori Pencapaian Kecendekiawanan Terbilang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun. Sumbangan Tokoh (i) Membina dan Menggubal Rukun Negara selepas Peristiwa 13 Mei 1969 Beliau merupakan salah seorang daripada tokoh yang terlibat dalam penggubalannya dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Penggubalan Rukun Negara diusahakan oleh Majlis Perundingan Negara atau (MAPEN), lipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Rukun Negara bertujuan membentuk ceharmonian pelbagai bangsa di Malaysia. (ii) Pengasas Pusat Sukan Universiti Malaya Beliau juga merupakan pelopor kepada program ijazah sarjana muda sains sukan di negara ini. (iii) Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Lembaga Peperiksaan Malaysia Beliau merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dari tahun 970-1997, beliau juga menjadi ketua pemeriksa Kertas Sejarah II, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. (iv) Menghasilkan Buku dalam Pelbagai Bidang seperti Sosial dan Sejarah Banyak buku dihasilkannya tentang sejarah seperti Transformasi & Demokrasi 1971); The Western Malay States 1850 1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics (1972); Pensejarahan Malaysia (1975); A History of Southeast Asia, South and East Asia: Essays and Documents (1977); Panjivanji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu (1979); Taiping: Ibu
Negeri Perak (1981); Teluk Anson (Teluk Intan): 100 Tahun (1982); Kenegaraan 5 Tahun: Satu Perspektif Sejarah (1983); Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai umber Sejarah (1984); 100 Years of Kuala Lumpur as Local Authority (1990); His Majesty Sultan Azlan Shah (1991); Malay Society: Transformation and Democratization (1991); Pacific Bank: 75 Years of Service to the Community (1996); Thoughts on Malaysian Historiography (1996); Kuala Lumpur: The Formative Years (1996); The Commemoration of the 40th Anniversary of Federal Hotel, 1957 – 1997 (1997) dan I, KKK - The Autobiography of a Historian (2017). 3. Aminuddin Baki Latar Belakang Tokoh Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Kg. Batu Semblan, Chemor, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik yang mempunyai guru yang berkemahiran tinggi. Aminuddin Baki belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941 (IAB, KPM, 2018).Beliau digelar sebagai 'Bapa Pendidikan Moden Malaysia' (The Father of Modern ducation in Malaysia). Aminuddin Baki menunjukkan kepimpinan beliau dengan terlibat dalam ktiviti kepimpinan pelajar. Beliau mendapat inspirasi daripada Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada 11 Februari 1946, persatuan ini diubah meniadi esatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu. Aminuddin Baki telah dilantik sebagai setiausaha persatuan ini. Di samping itu, pada bulan April 1946, beliau menubuhkan persatuan pelajar ul Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) Vang bertujuan menyatukan pelajar-pelajar di negeri Perak. Cogan kata PERMI ‘Pelajar Terus Belajar' merupakan asas perjuangan PERMI bagi
membentuk pemimpin masa hadapan. Pada bulan Oktober 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, di Singapura. Pergolakan politik negara dengan idea penubuhan Malayan Union telah thenyemarakkan semangat juang pelajar Melayu ketika itu. Tujuh persatuan lah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada ersidangan it terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. GPMS ditubuhkan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan pelajar Melayu dan memperbaiki keadaan sosial dan akademik pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan pada masa itu. Pada bulan Oktober 1949, Aminuddin ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A). Pada masa yang sama, beliau telah mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo-Malay Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau telah lulus dalam pengajian di Universiti Malaya, Singapura. Beliau terus bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan tersebut. Selepas menamatkan pelajarannya di Singapura, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, Aminuddin Baki telah berkhidmat di Sekolah Anderson, Ipoh. Beliau merupakan seorang guru yang cemerlang. Hal ini telah menyebabkan beliau dianugerahkan Queens' Scholarship dan kemudiannya Queen's Fellow untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London. Perjalanan beliau ke London adalah dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952 dari Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang dari London, beliau ditawarkan pula jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Iris di Tanjung Malim. Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia yang muda iaitu 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang. Pada ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Penasihat Pelajaran atau dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan sekarang. Aminuddin Baki boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Ingeris, Jepun, Cina dan Arab. Pada
26 November 2015, Sultan Perk, Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran secara anumerta (selepas kematian) Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Aminuddin Baki yang membawa gelaran "Datuk Seri" sempena hari keputeraan baginda. Sumbangan Tokoh Bapa Pendidikan Malaysia Aminuddin Baki seorang tokoh pendidikan dan pejuang bahasa Melayu yang Mewujudkan Aliran Sains di Peringkat Sekolah Menengah Aminuddin Baki berusaha mewujudkan aliran sains di sekolah menengah beraliran Melayu bagi mempertingkatkan bilangan lulusan dalam kalangan orang Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti. Hasilya, beliau berjaya melahirkan graduan Melayu daripada aliran Melayu dan aliran sains yang sebelum ini ketinggalan dalam sistem pendidikan penjajah. Terlibat dalam Penyediaan Penyata Razak (1955) dan Penyata Rahman Talib (1960) Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak. Beliau membangkitkan usul menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib. Menerbitkan 'Penyata Kelemahan Pelajaran Melavu Aminuddin Baki 1962° Penyata in merupakan hasil siasatan sebuah jawatankuasa yang dibentuk pada 20 Februari 1961 oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Encik Abdul Rahman bin Talib. Jawatankuasa yang diketuai oleh Aminuddin Baki menyiasat kelemahan pelajar-pelajar Melayu dalam pelajaran selepas merdeka terutamanva dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan. Dapatan penyata tersebut menunjukkan bahawa kemunduran pelajar-pelajar Melayu disebabkan sistem dan sukatan pelajaran penjajah Inggeris yang tidak sesuai digunakan. Penyata tersebut mencadangkan satu kajian perlu dilakukan selaras dengan perubahan kaedah pengajaran, pembelajaran dan kemajuan yang telah dicapai dalam dunia pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Bertanggungjawab Memperkenalkan 'Gerakan Obor' Mulai 1964 Program ini diperkenalkan selepas tiga tahun beliau menjadi Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia. Gerakan obor merupakan siri ceramah beliau yang pertama hingga ketiga yang disiarkan menerusi Radio Malaysia. Aminuddin Baki menyuntik semangat anak bangsa supaya perlu bersemangat gigih dalam memajukan pelajaran dan terus mengejar ilmu. unggul sehingga dikenali sebagai 'Bapa Pendidikan Malaysia'. Beliau terkenal dengan penulisan sei kritikan yang lantang dan berani. Melalui catatan bertajuk 'Anak Kandung, Anak Angkat' yang tersimpan di Arkib Negara. Catatan bertulisan jawi beliau tersebut menggambarkan pandangannya terhadap survival nasib bangsa Melayu. Beliau memberikan peringatan kepada masyarakat Melayu supaya menjaga hak dan harta pusaka mereka dengan baik agar tidak tergadai di tangan penjajah dan kaum pendatang. Mempelopori Sistem Peperiksaan Awam Sistem peperiksaan awam ini telah diselaraskan untuk semua murid di negara kita. Aminuddin Baki merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan rantaian peperiksaan awam yang selaras di negara in seperti peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963 bagi menyelaraskan hal ehwal peperiksaan tersebut. Memperkenalkan Mata Pelajaran Sejarah Islam Aminuddin Baki telah memperkenalkan mata pelajaran Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perk. Beliau berusaha mendekatkan pemikiran guru-guru pelatih tentang soal ketuhanan dan falsafah Islam dalam pendidikan dan kerjaya keguruan. Melalui teknik dan pendekatan serta hujah-hujah yang bernas melalui pengetahuan keislamannya, beliau telah berupaya membuka minda dan cara berfikir pelajar-pelajar Mencadangkan Diwujudkan Sekolah Kebangsaan Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Aminuddin Baki adalah sebuah sekolah yang menggabungkan semua kaum dan bangsa di bawah satu
bumbung yang sama. Aminuddin sangat tidak bersetuju dengan sekolah vernakular yang terhasil daripada dasar pecah dan perintah pada zaman British. Aspirasinya untuk melihat sistem pendidikan yang melibatkan kanak-kanak pelbagai bangsa belajar di bawah satu bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu (The National School of Malaya). Cadangan in jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif, berkesedaran tinggi tentang perpaduan serta keharmonian kaum serta keilmuan yang tinggi visi. 4. Imam Al-Ghazali Nama Imam Al-Ghazali sememangnya tidak asing lagi dalam lembaran sejarah Islam. Ketinggian ilmu yang dimilikinya menjadi ia sangat dikenali dan digelar Hujjatul Islam (pembela Islam) iaitu satu penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujahnya dalam membela agama Islam. Beliau turut dikenali dengan panggilan Algazel oleh masyarakat di barat. Beliau juga masyhur dengan bait-bait nasihat dan buku-buku karangannya yang menjadi rujukan hingga ke hari ini.
Latar Belakang Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau dilahirkan pada tahun 450H bersamaan 1058M lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya, Ghazalah yang terletak di pinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi (Iran). Bapanya merupakan seorang tukang tenun kain daripada bulu kambing biri-biri atau dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal. Beliau juga digelar Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada ananya. Pendidikan Al-Ghazali adalah seorang tokoh ulama yang tinggi ilmunya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu fikah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran Al-Asyaari atau Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama sufi. Bapanya meninggal dunia semasa Al-Ghazali dan saudaranya Ahmad mash kecil namun sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkannya kepada sahabatnya yang miskin seorang guru dan ahli tasawwuf untuk pembelajaran kedua anaknya itu. Sahabat bapanya itu telah mendidik mereka berdua menulis dan kemudiannya menasihatkan Al-Ghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi untuk menyambung pelajaran di sebuah madrasah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam al-Mulk. Al-Ghazali telah belajar ilmu figh daripada seorang alim yang bernama Al-Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani. Beliau juga telah mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab, serta telah berjaya menghafal isi al-Quran. Al-Ghazali kemudian ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili (469H) dan kemudiannya berkahwin di sana sebelum pulang ke Tusi. Beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj, seorang sufi terkenal.
Seterusnya, Al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur (471H) dan belajar dengan Abu Almaa'li Diyaauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Pelbagai cabang ilmu telah dipelajari daripadanya iaitu ilmu agama seperti fikah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehinggalah beliau memperoleh ilmu tentang pelbagai mazhab, perbezaan pendapat masing-masing dan beliau dapat menolak tiap-tiap aliran yang dianggap salah dan intelektualnya yang tinggi berupaya mengimbangi keilmuan gurunya itu. Beliau mula mengarans buku-buku dalam pelbagai bidang dan antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al-Mankhul. Beliau kemudiannya sebagai pengetua di Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad. Pada usianya baru 33 tahun, beliau diberi kepercayaan penuh menjadi ulama yang disegani di ibu kota kerajaan. Kemasyhuran beliau sebagai ulama, guru serta pemidato yang petah berucap tersebar dengan pantas. Kuliahnya semakin menarik perhatian para pelajarnya termasuklah beratus-ratus orang kenamaan dan terhormat turut menghadirinya. Sekitar 1095M, Imam Al-Ghazali meninggalkan kariernya dan Baghdad dikatakan untuk menunaikan haji di Mekah. Tokoh hebat itu meninggalkan segala kekayaan dan kariernya yang berada di puncak serta mewakafkan sebahagian hartanya dan sebahagian lagi untuk bekalan berkelana di Damsyik dan Jerusalem serta melawat Mekah. Jasa dan Sumbangan Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam beliau juga telah mengkaji pemikiran dan falsafah Yunani dan mengkritik hingga berjaya melemahkan pengaruh Yunani dalam alam pemikiran Islam. Beliau juga berjaya menghidupkan semula fahaman Islam dan meninggalkan taklid yang membuta tuli kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan sunah Rasulullah SAW. Beliau banyak menumpukan kepada usaha mengkaji hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih dengan cara sistematik. Namun, usaha murninya itu tidak sempat dihabiskan kajiannya. Antara sumbangan/jawatan Al-Ghazali ialah: (i)Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al-Mulk (ii)Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad dan Cawangan Naisabur (iii)Pendokong fahaman al-Asya irah atau dikenali dengan nama mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
(iv)Menolak fahaman ahli falsafah yang bertuhankan akal yang meresap dalam Ilmu Kalam (v)Pelopor / Mursyid kepada golongan sufi (iv)Penulis: menghasilkan banyak kitab/karya dalam pelbagai bidang ilmu termasuk dalam bidang falsafah, mantiq, tasawuf, akhlak, kenegaraan. Karya dan Penulisan Imam al-Ghazali Sepanjang hayatnya, Al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang antaranya Ihya' Ulum al-Din, Bidayah al-Hidayah, Mizan al-A'mal (Timbangan Amal), Minhaj al-Abidin, Al-Mustafa Min Usul al-Fiqh, Al-Iqisad Fi al-I'tiqa dan lain-lain. Al-Ghazali meninggal dunia di Tusi pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111M. 5. John Dewey Latar Belakang Tokoh John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermon, Amerika Syarikat. Bapanya bernama Archibald Dewey dan ibunya bernama Lucina Artemisia Rich. Dewey memasuki sekolah umum Burlington pada masa kecil. Oleh sebab kecerdasannya dalam pelajaran, pada umur 15 tahun, beliau diterima memasuki Universiti Vermont dan mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1879. John Dewey memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik setelah mendapat tawaran oleh sepupunya supaya menjadi guru di Pennsylvania, Amerika Syarikat selama 2 tahun. Beliau kemudiannya kehilangan pekerjaan tersebut setelah
sepupunya meletakkan jawatan sebagai pengetua di situ. Namun, beliau terus mengajar di sekolah persendirian di Vermont. Oleh sebab minat beliau yang tinggi dalam bidang falsafah dan psikologi, beliau kemudiannya memasuki Universiti John Hopkins di Maryland dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1884. Pada tahun yang sama beliau menjawat jawatan sebagai pembantu profesor di Universiti Michigan. Pada tahun 1888, Dewey menjadi Profesor Falsafah di Universiti Minnesota selama setahun. Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke Universiti Michigan dan mengajar di sana selama 5 tahun. Kerjaya pendidikannya terus berkembang. Pada tahun 1894, Dewey menjadi ketua jabatan falsafah di Universiti Chicago sehingga tahun 1904 serta menadi pengarah di sekolah pendidikan di universiti tersebut selama 2 tahun. Pada tahun 1904, beliau meniadi profesor Falsafah di Universiti Columbia. Pada tahun 1930, Dewey telah bersara daripada kerjaya keguruannya dengan dikurniakan Profesor Emeritus dari Universiti Columbia. John Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952 di New York ketika berumur 92 tahun. Sumbangan Tokoh Menulis Buku dalam Pelbagai Bidang Pendidikan Buku-buku Dewey yang terkenal adalah seperti My Pedagogic Creed (1897), The Primary-Education Fetich (1898), The School and Society, The Child and the Curriculum Democracy and Education Schools of Tomorrow (1915), Experience and Education (1938) dan lain-lain. Beliau menegaskan bahawa sekolah merupakan institusi berlakunva reformasi sosial. Prinsip pendidikannya adalah mempercayai Shawa setiap kanak-kanak harus diberikan peluang yang mencukupi dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar harus disedarkan tentang keupayaan kendiri dan potensi untuk berbakti kepada masyarakat bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Eksperimen (Laboratory Schools) di Universiti Chicago pada tahun 1894 sekolah ini berperanan menjalankan kajian eksprimen atau praktikal tentang Endidikan rendah yang lebih pragmatik. Hal ini demikian kerana Dewey mendokong teori Pragamtisme dalam Pendidikan serta reformasi pendidikan yang menyeluruh merupakan Presiden American Psychological Association (APA) pada 1899 dan American Philosophical Association pada 1905. Persatuan ini bertujuan bertukar pandangan antara ahli falsafah, menggalakkan karya kreatif dan penulisan akademik dalam falsafah, menjadi garis panduan nenulisan profesional dalam falsafah dan psikologi serta menjadikan bidang faIsafah dan psikologi sebagai cabang disiplin ilmu. Memperkenalkan Teori Pragmatisme dalam Falsafah Pendidikan. Beliau terkenal kerana memperkenalkan pendidikan progresif berdasarkan pengalaman pembelajaran sebagai sesuatu yang berharga.
Teori Pragmatisme ini menekankan keperluan "learning by doing" dan pengetahuan sedia ada dalam pembelajaran murid. Menurut beliau, murid belajar dengan lebih bermakna melalui pendekatan hands-on. Pelajar perlu mengadaptasi dengan persekitarannya dengan baik. Beliau menolak pendekatan teori Behaviourisme kerana beranggapan teori ini tidak memadai untuk menerangkan proses pembelajaran murid yang lebih kompleks. Beliau menganggap pelajar adalah individu yang aktif dalam pembelajaran. Menekankan Interdisciplinary Curriculum, atau Kurikulum yang Menghubungkan Pelbagai Matapelajaran dalam Proses Pembelajaran mereka. Pelajar bebas bergerak dalam persekitaran bilik darjah progresif. Falsafah beliau ini mempengaruhi model pembelajaran eksperimen seperti pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning), kemahiran penyelesaian masalah Problem Solving Skills) seperti yang dijalankan pada masa kini di bilik darjah. 6. Maria Montessori (Itali) Maria Montessori merupakan pendidik dan doktor yang merupakan pengasas kepada model pendidikan montessori menggunakan kaedah yang pada awalnya untuk kanak-kanak istimewa (kategori terencat akal) dan menerapkannya kepada kanak-kanak biasa apabila mendapati ia berkesan dalam membantu perkembangan mereka. Model ini telah digunakan di seluruh
dunia termasuklah di Malaysia dan disesuaikan supaya seiring dengan kriteria kurikulum tempatan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Latar Belakang Maria Montessori lahir pada 31 Ogos 1870 di Chiaravalle (Ancona), Itali. Ayahnya Alessandro Montessori bekerja sebagai pegawai Kementerian Kewangan di sebuah kilang tembakau yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Ibunya, Renilde Stoppani seorang yang berpendidikan tinggi dan merupakan cucu kepada ahli geologi dan ahli paleontologi Itali, Antonio Stoppani. Pendidikan Maria telah mendapat pendidikan di University of Rome La Sapienza Medical School dan merupakan siswazah wanita pertama yang menerima ijazah dati universiti tersebut. Beliau merupakan ahli kepada Klinik Pikiatrik Universiti dan berminat untuk mengajar kanak-kanak istimewa (terencat akal) dan kanak-kanak yang tidak mampu belajar (uneducable) di Rom. Kerjaya Wanita hebat ini merupakan seorang pendidik berbangsa Itali, saintis, pakar peribatan dan ahli falsafah. Beliau juga seorang humanis yang menyokons gerakan kewanitaan dan merupakan pendidik awal kanak-kanak yang telah dicalonkan untuk menerima 'Hadiah Nobel Keamanan'. Pada peringkat awal, kerja-kerja beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial yang kemudiannya berkembang merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh
ke atas pendidikan (pendidikan untuk keamanan). Selama 40 tahun beliau mengembara ke serata dunia, memberi kuliah, penulisan dan menguruskan program latihan dan kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Jasa dan Sumbangan Pada tahun 1899, Maria terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak istimewa di Rom. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Beliau membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak serta menjalankan uji kaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa apabila mula melihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang diperkenalkannya kepada kanak-kanak istimewa tersebut. Maria berkeyakinan bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal. Bagi Maria, pendidikan seharusnya tidak hanya menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru dan mencari potensi yang terdapat pada seseorang manusia. Maria Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau dikenali Rumah Kanak-Kanak yang pertama, di Rom (1907). Kaedah Montessori mengalami turun naik dari segi sokongan sehinggalah pada 1960, Nancy McCormick Rambusch telah mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan mengasaskan Persatuan Montessori Amerika pada tahun. Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana keengganan untuk berkompromi dengan pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau kemudiannya berpindah ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga tahun 1936 dan berpindah pula ke Belanda sehingga tahun 1939. Semasa persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana selama tempoh Peperangan Kaedah Mengajar Maria Montessori Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka antaranya:
(i)semua kanak-kanak mudah untuk menerima pembelajaran (її)semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif (iii)semua kanak-kanak ingin belajar (iv)semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja (v)semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan (vi)semua kanak-kanak ingin berdikari Penerbitan hasil kajian dalam jurnal AS, Science (29 September 2006) tentang keberkesanan kaedah pengajaran Montessori menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan kemahiran akademik di "Montessori Children" berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama. Pendidikan Montessori menggalakkan kemahiran sosial dan akademik yang sama atau lebih dari yang digalakkan dari kawasan atau sekolah berlainan. Kaedah Montessori dalam pendidikan yang berasaskan pengalaman beliau ini telah dipraktikkan dengan jayanya ke atas kanak-kanak dan agak popular di serata dunia termasuklah Malaysia. Di Malaysia, tadika yang mengaplikasikan kaedah ini berbeza dengan tadika biasa yang mana pembelajaran mereka lebih fleksibel dan anjal kerana lebih memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa terikat kepada jadual waktu dan peraturan tadika. Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat yang autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup (Rohaty Mohd Majzub, 2012). Kelebihan pendidikan Montessori ini membolehkan kanak-kanak pandai bersosial dan juga lebih kreatif kerana telah didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak serta mampu memberikan keseronokan kepada kanak-kanak. Emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri. Montessori menghabiskan sisa hidup beliau di Belanda, yang mana menjadi ibu pejabal Kepada Association Montessori Internationale (AMI). Maria Montessori meninggal dunia di Noordwijk, Netherland pada tahun 1952.
7. Profesor Michael Fullan Michael Fullan adalah Pengarah Kepimpinan Global bagi New Pedagogies for Decep Learning (NPDL) yang melaksanakan reformasi pendidikan dengan mandat untuk membantu mencapai tujuan pembelajaran bagi kanak-kanak di seluruh dunia. Beliau merupakan seorang penulis, speaker dan konsultan pendidikan. Beliau dikenali seantero dunia kerana kepakarannya dalam reformasi pendidikan dan telah banyak memberi konsultansi sekolah-sekolah, kumpulan guru, institut penyelidikan dan kerajaan. Latar belakang Michael Fullan dilahirkan pada tahun 1940 di Toronto, Ontario. Pendidikan Fullan memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sosiologi dari University of Toronto (1969). Kerjaya Fullan pernah bertugas sebagai guru siswazah, penyelidik dan pemimpin bagi program-program dalam perkhidmatan. Fullan juga merupakan bekas dekan Institut Pengajian Pendidikan Ontario (OISE), Universiti Toronto (1996). Beliau memberikan nasihat kepada pembuat dasar dan pemimpin tempatan di seluruh dunia agar menunjukkan kepimpinan dalam pendidikan. Beliau mengundurkan diri pada tahun 2003 sebagai dekan dan berkhidmat sebagai Profesor Emiritus. Fullan juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Dasar Khas dalam Pendidikan kepada Premier of Ontario (2004-2013). Jasa dan Sumbangan NPDL adalah perkongsian global yang bertujuan untuk melaksanakan tujuan pembelajaran mendalam (bermakna) dalam sistem pendidikan yang diaktifkan
oleh pedagogi baru dan dipercepat oleh teknologi. NPDL digerakkan oleh empat elemen yang digabungkan untuk membentuk pedagogi baru iaitu perkongsian pembelajaran (learning partnership), persekitaran pembelajaran (learning environments), amalan pedagogi (pedagogical practices) dan pemanfaatandigital (leveraging digital). Di Malaysia konsep NPDL ini dikenali sebagai Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). digital (leveraging digital). Di Malaysia konsep NPDL ini dikenali sebagai Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Sehingga lewat 1990-an, para pendidik dan penggubal dasar telah banyak membincangkan keperluan tentang kemahiran abad ke 21 iaitu critical thinking (pemikiran kritikal), creativity (kreativiti), communication (komunikasi) dan collaboration (kolaborasi). Michael Fullan menyatakan bagi kompetensi pembelajaran bermakna (deep learning competencies), murid perlu kepada Enam Kompentensi Global bukan hanya empat iaitu penambahan dua lagi C-citizenship (kewarganegaraan) dan character education (pendidikan karektor). Fullan juga banyak membincangkan tentang teori perubahan dan antara penulisan berkaitannya ialah Change Theory- A force for School Improvement. Anugerah Michael menerima Order of Canada pada Disember 2012 kerana pencapaiannya dalam bidang reformasi pendidikan, sarjana, guru, penulis dan penasihat kepada kerajaan Kanada. Beliau juga merupakan pemegang gelaran Doktor Kehormat dari beberapa universiti di Amerika Utara dan luar negara.
8. Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun seorang cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14 merupakan pakar dalam pelbagai bidang antaranya sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi dan falsafah. Ibnu Khaldun dikatakan telah menghasilkan biografinya sendiri dengan baik bermula zaman kanak-kanaknya sehinggalah hampir penghujung hayatnya. Beliau merupakan sarjana Islam yang disegani seluruh dunia sehingga kini melalui peninggalan karya agungnya, al-Muqaddimah. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden Latar Belakang Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad yang dilahirkan Tunisia pada 1332 Masihi dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Sejarawan Islam ini berasal dari keluarga berada dan terpelajar yang membolehkannnya mendapatkan pendidikan yang terbaik. Pendidikan Guru pertamanya ialah bapanya sendiri yang mengajarnya tentang figh dan bahasa Arab. Ibnu Khaldun sudah dididik membaca al-Quran sejak kecil dan turut mempelajari himpunan hadis yang diiktiraf oleh Mazhab Maliki, asas akidah Islam, asas figh dan elemen tasawuf. Ibnu Khaldun mempelajari dan
menghafal al-Quran di bawah tunjuk ajar Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunya Muhammad Ibni Sahr. manakala guru-guru Ibnu Khaldun dalam bidang hadis dan fiqh pula termasuklah Shams al-Din Muhammad al-Jabir dan Abd al-Salam al Hawwari. Beliau turut menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun lagi seperti ilmu logik, matematik, falsafah sains tabii dan metafizik. Selain itu, ilmu bahasa, biografi, sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga turut dipelajarinya. Penulisannya agak matang walaupun menulis ketika masih remaja dan ketika berusia 18 tahun, beliau terpaksa berhenti belajar akibat Tunisia ditimpa wabak taun (749H) dan kemudian kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya. Jasa dan Sumbangan Ilmuan terkemuka ini mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Keupayaannya memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi sangat dikagumi. Antara jawatan penting Ibnu Khaldun dalam negara: (i) Berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah. (ii) Dilantik menjadi duta besar, menteri dan ahli majlis penasihat sultan (iii) Dilantik menjadi kadi di Mesir. (iv) Diberikan gelaran Waliyuddin oleh Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burquq (v) Guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. (vi) Dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Meskipun terkenal sebagai ahli sosiologi dan juga sejarah, Ibnu Khaldun turut menyumbang kepada bidang pendidikan. Pandangannya berkaitan pendidikan adalah hasil pengalaman dalam menuntut ilmu sehinggalah menjadi ilmuan yang dikenali. Buktinya kitab al-Muqaddimah yang dihasilkan menjadi
rujukan penting sehingga ke hari ini dan sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (Abidin, 2017). Perincian karya agung Ibnu Khaldun Al- Muqaddimah: (i) Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar (Karya pertama Ibnu Khaldun) yang mempunyai tujuh jilid. (ii) Peringkat awal penulisan Muqaddimah sebagai penulisan mengenai sejarah orang Arab dan Barber tetapi turut mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi. (iii) Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Muqaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat. (iv) Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi. Ketinggian ilmunya terbukti dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ideanya berkaitan dengan peranan kerajaan diguna pakai sehingga ke hari ini yang mana baginya tugas kerajaan hanya terhad kepada: (i) Mempertahankan rakyatnya daripada keganasan (ii) Melindungi harta persendirian (iii) Menghalang penipuan dalam perdagangan dan (iv) Mencetak dan menguruskan penghasilan wang (v) Melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini.