ISI KANDUNGAN 1. TOKOH DALAM NEGARA 1.1 UNGKU ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMID 1.2 DATO’ RAZALI ISMAIL 1.3 DATO’ SERI AMINUDDIN BAKI 1.4 BUYA HAMKA 1.5 TAN SRI DR. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA) 2. TOKOH LUAR NEGARA 2.1 NANCIE ATWELL 2.2 MARIA MONTESSORI 2.3 JOHN DEWEY 2.4 CONFUCIUS 2.5 IBNU KHALDUN
1.0 TOKOH DALAM NEGARA 1. 1 UNGKU ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMID Oleh: MUHAMMAD AZRI BIN AZMAN Latar Belakang Tokoh Profesor Diraja Ungku Aziz dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922. Beliau mempunyai darah kerabat diraja Johor menerusi bapanya Leftenan Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid yang pernah berkhidmat bersama Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ/JMF). Bapanya berdarah campuran Melayu dan Turki sementara bondanya Hamidah Abdullah adalah orang Inggeris. Profesor Diraja Ungku Aziz adalah lulusan dari Kolej Inggeris di Johor Bahru dan Sekolah Melayu di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Singapura di Kolej Raffles pada tahun 1951. Profesor Ungku Aziz mendapat ijazah doktor falsafah di Universiti Waseda (Tokyo, Jepun) pada tahun 1964. Profesor Diraja Ungku Aziz memulakan kerjaya beliau dalam pentadbiran negeri Johor. Dari 1952 hingga 1961, beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura). Beliau bercuti selama setahun apabila beliau mengetuai Majlis Bahasa dan Sastera Malaysia. Selepas tamat pengajian dari Universiti Malaya di Singapura, Ungku Aziz menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951. Bagaimanapun, beliau ditawarkan oleh Universiti Malaya Singapura sebagai pensyarah ekonomi dari tahun 1952 hingga 1961. Pada tahun 1961, Ungku Aziz kembali ke Tanah Melayu dan berkhidmat sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada Oktober 1968, beliau dilantik sebagai Naib Cancelor Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi menggantikan Dr J. H. E Griffiths dan berkhidmat selama 20 tahun. Dari tahun 1962 hingga 1965, beliau merupakan seorang Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Canselor. Profesor Diraja Ungku Aziz berkhidmat dari tahun 1968 sehingga tahun 1988. Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan monograf mengenai masalah sosial dan ekonomi di Malaysia
Beliau juga merupakan perunding untuk PBB Pertubuhan khusus ILO, UNESCO, Suruhanjaya Ekonomi PBB untuk Asia dan Timur Tengah. Ungku Aziz masih lagi mengerahkan tenaganya untuk negara. Beliau telah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat dan terus terlibat di dalam banyak institusi kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Ungku Aziz telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan kepujian. Beliau dianugerahkan Profesor Diraja' pada 17 Jun 1978, oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang dianugerahkan gelaran tersebut. Antara anugerah dan kepujian lain yang diterimanya adalah seperti Ordre des Arts et des Lettres (Perancis), the Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (Malaysia) dan banyak lagi. Beliau merupakan tokoh besar yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau meninggal dunia pada 15 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Sumbangan Tokoh Menekankan Kepentingan Pendidikan kepada Bumiputera Sebagai Agen Perubahan Ekonomi yang Miskin Dari sudut pendidikan, Ungku Aziz mengutamakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin di luar bandar. Pendidikan boleh menjadi mobiliti sosial epada mereka dan keluarga, mengangkat mereka daripada kemiskinan kehidupan senang dan mampu bersaing di pasaran kerjaya malah dalam bidang sains dan teknologi dan sektor korporat. Mementingkan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Ungku Aziz merupakan penggerak penting dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 1956 di Johor Bahru dan Singapura. Dalam kongres kedua pada 1954, nama Balai Pustaka dicadangkan ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP juga dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Tindakan beliau ini amat penting kerana Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran dan dijangka segala urusan menjadi lebih lancar dan mudah. Pembabitan aktif dalam kongres ketiga itu menjadi antara asas beliau dilantik oleh kerajaan sebagai Pengarah pertama DBP. Ketika itu jawatan Ketua Pengarah belum wujud. Pada 1970-an, sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu pada peringkat pendidikan tinggi, Ungku Aziz menggerakkan langkah pelaksanaan bahasa Melayu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau dibantu oleh Profesor Dr. Asmah Haji Omar dalam perancangan dan pelaksanaan Jasar bahasa kebangsaan di universiti itu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pelbagai bidang dimulakan dan dipesatkan.
Mengasaskan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya yang Memberi Peluang Bumiputera dalam Bidang Sains dan Teknologi Pada 1977, beliau mengasaskan Pusat Asasi Sains di Malaysia bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur, yang membuka peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar yang miskin untuk menceburi bidang sains dan teknologi seperti bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan.
1.2 DATO’ RAZALI ISMAIL OLEH : NUR SYAMIMI BEGUM BINTI SHARUDDEEN Razali Ismail merupakan bekas Timbalan Menteri. Pelajaran (18 Mac 2008-28 November 2008). Beliau pernah menjadi pensyarah di beberapa Maktab Perguruan sebelum menjadi Pengetua di institusi tersebut dan mengetuai Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat dan sangat berjasa terutamanya bagi para guru di seluruh Malaysia dan juga rakyat Terengganu. Latar belakang : Razali Ismail dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Hulu Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak kepada Ismail Mohamad dan Siah yang mana bapanya pada asalnya merupakan penoreh getah. Kehidupan Ismail dan Siah agak sukar kerana menanggung anak yang ramai. Razali berkahwin dengan Datin Nooraini Lob Yusoff dan dikurniakan lima orang cahaya mata lelaki. Beliau turut meminati bidang kebudayaan (termasuk penulisan skrip dan mengarah drama) dan kemasyarakatan. Pendidikan : Razali mula bersekolah di tahun satu pada tahun 1956, kemudian di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum ke Sekolah Menenga Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan mendapat Higher School Certificate (HISC). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya (1970) dan Ketika menungsu keputusan tahun akhir di I iversiti Malaya beliau dijemput untuk menjadi tenaga pengajar di Sekolah Adabi di Kuala Terengganu. Razali telah memanatkan peluang mengajar Arsebut sebagai persediaan dan latihan untuk memperoleh diploma pendigan (Sharif Putera, 2012). Beberapa tahun Kemudian beliau berpeluang ankar (shantuat Sarjana Pendidikan di Universiti Bimingham, United Kingdom. Kerjaya dan Dunia Politik : Setelah memperoleh diploma pendidikan, Razali memulakan kerjayanya sebagai scorang guru di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (1974) dan kemudiannya menjadi pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia antaranya Maktab Perguruan Kent dan Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Beliau pernah menjawat jawatan timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik sebagai pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan berpindah ke Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu (2001) dan dilantik sebagai Pengarah BPG, Kementerian Pelajaran pada 1 Januari 2003. Beliau turut melibatkan diri dengan dunia politik tanah air dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan berjaya menyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu setelah menewaskan lawannya daripada PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Razali juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Razali berjaya mengalahkan calon dari PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas). Semasa hayatnya beliau sempat memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran bermula 18 Mac 2008 hingga 28 November 2008 dan merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Jasa dan Sumbangan : Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab melonjakkan prestasi UPSR, PMR dan SPM di Terengganu semasa menjadi Pengarah Pelajaran di Terengganu. Beliau juga cukup prihatin terhadap sekolah pedalaman di Terengganu dan berjaya mengusahakan agar kebanyakan sekolah berkenaan dapat dihubungi melalui jalan raya dan turut cakna terhadap pendidikan anak-anak di kawasan pedalaman. Usahanya diteruskan semasa di BPG dan beliau telah melawat sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan cuba merasai sendiri liku-liku perjalanan yang memenatkan dilalui ole guru-guru di pedalaman. Salah satu usahanya yang sangat berharga ialah menaik taraf maktab perguruan kepada tahap institut yang turut merubah organisasi dan jawatan yang terlibat. Pengetua Maktab ditukar kepada Pengarah Institut Perguruan (Institut Pendidikan Guru) dan beliau turut mengusahakan perluasan kursus ditawarkan daripada peringkat diploma kepada peringkat ijazah. Razali juga telah mengilhamkan agar institut perguruan mengambil pelajar cemerlang lepasan SPM secara terus untuk membuat ijazah di institut tersebut bermula tahun 2005 dan banyak lagi kejayaan-kejayaan lain. j-QAF (Jawi, Quran, bahasa Arab dan pelajaran fardhu ain) dicetuskan semasa Perdana Menteri Ketika it Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melawar BPG. Usaha itu masih diperingkat awal sebelum Razali meninggalkan BPG dan menceburkan diri dalam bidang politik. Draf kertas cadangan diketuai sendiri. Oleh Razali dan dibantu pegawai JPNJ dan guru dan dihantar kepada Perdana Menteri pada 2004. Setelah meniadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjadi ahi parlimen sepenuh masa dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan serta menumpukan tugasnya berhadapan tuntutan dan is rakyat setiap hari. Selain dilantik meniadi Pengerusi PTPTN (13 Julai 2004), fokus utamanya ialah Dewan Rakvat dan rakyat. Hari-harinya penuh dengan pelbagai aktiviti, beliau sememangnya pemimpin berjiwa rakyat. Fokus utama beliau selepas menyandang jawatan Timbalan Menteri. Pelajaran pula ialah sekolah pedalaman dan sekolah-sekolah dalam bandar yang berprestasi rendah. Beliau membuat tinjauan ke sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak serta sekolah orang asli di semenanjung. Beliau juga pernah dipertanggungjawabkan menjaga Dewan
Bahasa dan Pustaka. Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang pada usia 59 tahun. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut tersebut. Meskipun menjadi Timbalan Menteri Pendidikan tidak sampai setahun, jasa dan sumbangannya terhadap dunia pendidikan tidak dinafikan. Kepimpinan dan semangat wakil rakyatnya turut disenangi oleh parti pembangkang. Bagi menghargai jasa dan sumbang bakti beliau yang juga merupakan tokoh politik beriwa rakyat terutamanya kepada anak didik Terengganu, namanya telah diabadikan pada dua institusi pendidikan di Terengganu. Pada 16 Januari 2009, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menyempurnakan hasrat kerajaan dengan merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu bersempena nama Allahyarham. “Tidur saya sebagai guru, sedar saya sebagai guru. Hidup saya sebagai guru dan mati juga dalam guru. "Pengakuan Allahyarham Dato' Razali Ismail Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran kepada Setiausaha Sulitnya, Mohd Shahar Abdullah.
1.3 DATO’ SERI AMINUDDIN BAKI OLEH : AIYSATUL JAMILA BINTI MOHD YUSOF Aminuddin Baki satu nama besar yang cukup sinonim dalam kalangan warga pendidik. Mendapat gelaran Bapa Pendidikan Malaysia, ketokohan Aminuddin dalam bidang pendidikan terbukti melalui idea-ideanya dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan penggubalan dasar-dasar pelajaran negara semasa hayatnya. Antaranya termasuklah Jawatankuasa Barnes 1951, Jawatankuasa Penyata Razak 1956, Jawatankuasa Rahman Talib 1960 dan juga Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi. Latar Belakang Aminudin Baki yang dilahirkan pada 26 Januari 1926 merupakan anak Kelatian Kg Batu Sembilan, Chemor, Perak dan membesar dalam kelarga yang terdir daripada tujuh adik beradik. Beliau berkahwin dengan Puan Noraini Binti Abu Bakar dan dikurniakan tiga orang putera. Pendidikan dan Persatuan Pelajar Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Chemor (1932-1936) dan turut mendapat didikan agama Islam pada sebelah petang dan malam. Beliau kemudiannya bersekolah di Sekolah Anderson (1936-1941), Ipoh dan penjajahan tentera Jepun ke Tanah Melayu menyebabkan beliau mengambil kursus bahasa Jepun, Kamigayo di Sekolah Convent Jalan Ipoh dan menjadi guru bahasa Jepun, Hyoin Yosei Jo, di samping menjalani latihan perguruan dan bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan dan swasta. Aminuddin kemudiannya memperoleh Cambridge School Certificate di Sekolah Anderson (1946) setelah perang tamat. Beliau menunjukkan minat terhadap Persatuan Pelajar-pelajar Melayu di Victoria Institution (kemudian dikenali sebagai Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu) dan dilantik sebagai setiausaha. Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Ipoh (April 1946) turut diasaskan oleh beliau dan kemudiannya dikembangkan ke seluruh negeri Perak. Dalam persidangan dihadiri Aminuddin Baki bersama pemimpin pelajar yang lain (tujuh persatuan) maka terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Aminuddin telah menerajuinya sebagai presiden kedua dan keempat seterusnya Penasihat GPMS untuk dua penggal iaitu pada 1961 hingga 1962 dan 1964 hingga 1965.
Aminuddin Baki terpaksa memperlahankan penglibatan dalam GPMS apabila menyambung pula pengajiannya di Universiti Malaya, Singapura (Oktober 1949) dan menimba pengalaman sebagai guru di Anglo-Malay Evening School di Singapura (1949-1951) yang mana beliau turut mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak Melayu di Singapura. Beliau kemudiannya kembali aktif dalam GPMS (1950) dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Berkat Kesungguhannya yang tidak henti menimba ilmu, pejuang bangsa ini berjaya emperoleh sarjana muda sastera (Sejarah) dan kemudiannya berbekalkan biasswa Queen Scholarship beliau melanjukan pelajaran di Institute of Education, University of London. Kejayaan demi kejayaannya membuktikan bahava anak Mclayu juga hebat dan layak belajar di luar negara dan akhirnya seperti dijankakan beliau berjaya memperoleh Master of Methods, University of London. Kerjaya Aminuddin Baki merupakan seorang insan yang sangat mencintai ilmu. Kariernya sebagai guru bermula secara rasminya di Sekolah Inggeris Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh (1951-1952). Beliau juga berpengalaman menjadi pensyarah di Sultan Idris Training College (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim selain pernah menjadi pensyarah secara sambilan di Kolej Islam Kelang (1959). Sejarah Islam yang diperkenalkannya cuba membuka minda pelajar-pelajar SITC berkaitan soal ketuhanan dan falsafah Islam dengan berpandukan pengetahuan keislamannya berserta teknik, pendekatan serta hujah-hujah yang bernas. Beliau kemudian bertugas sebagai Pegawai Pelajaran di Kementerian Pelajaran (1 September 1957), kemudian ke Negeri Sembilan seterusnya ke Selangor setelah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Pelajaran. Selanjutnya pada tahun 1961, beliau menerima amanah yang lebih besar sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pelajaran) pada usia beliau 36 tahun. Jasa dan Sumbangan Menyedari ketokohan dan pandangan bernasnya dalam bidang pendidikan sosok hebat ini telah menyertai beberapa jawatankuasa penting berkaitan penggubalan dasar pelajaran iaitu: (1) Jawatankuasa Barnes 1951 (ii) Jawatankuasa Laporan Razak September 1956 (iii) Jawatankuasa Penasihat Laporan Rahman Talib 1960 (iv) Jawatankuasa Merancang Pengajian Tinggi. Selain itu Aminuddin juga pernah terlibat dalam Jawatankuasa Penyiasat Mogok Pelajar-pelajar SITC 1950, Jawatankuasa Menyiasat Kelemahan Murid-murid Melayu dalam memasuki sekolah menengah, Jawatankuasa Ejaan Melayu-Indonesia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga
Pengelola DBP, Pengerusi Dewan Kebudayaan Tanah Melayu dan Anggota Suruhanjaya Fullbright. Keprihatinan beliau terhadap masa depan bangsa Melayu jelas terlihat dalam bait-bait kata "Jangan suatu hari nanti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Alah sabung menang sorak, ayam menang kampung tergadai" Usaha murninya mewujudkan aliran sains di sekolah menengah Melayu berhasil melahirkan lebih ramai cerdik pandai graduan daripada aliran Melayu dan aliran sains yang pernah dinafikan hak mereka oleh sistem pendidikan penjajah. Aminudin merupakan tokoh pendidikan dan juga pejuang bahasa Melayu yang mana jawatankuasa yang disertainya telah memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah hinggalah ke peringkat universiti dan berada pada kelasnya tersendiri. Syor-syor dalam Penyata Aminuddin Baki 1962 berjaya menyelesaikan masalah keciciran pelajar Melayu dari sekolah rendah hingalah ke sekolah menengah. Perubahan ketara lain yang dipeloporinya ialah sijil-sijil peperiksaan Lower Certificate of Education, Senior Cambridge dan seterusnya Higher School of Certificate. Beliau turut terlibat dalam persatuan dan organisasi lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu serta Dewan Bahasa dan Pustaka dan bertanggungjawab memperkenalkan peperiksaan Sil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan menjadi tulang belakang Lembaga Peperiksaan Malaysia (1963). Aminuddin telah menyusun dan merancang sistem pendidikan kebangsaan dengan misi dan visi yang sejajar dengan keperluan masyarakat dan turut diperluaskan kepada bidang-bidang lain. Asas bagi perkembangan pendidikan negara ialah: (i) menyediakan kemudahan belajar yang baik, (ii) pelajaran rendah percuma, (iii) pendidikan dalam aliran kebangsaan di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi, (iv) perkembangan institusi pengajian tinggi yang pesat, (v) rancangan pendidikan guru yang tersusun serta pertambahan bilangan guru dan lain-lain. Aminuddin turut fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan Arab walaupun dikenali ramai sebagai seorang pemidato bahasa Melayu. Sebagai seorang yang sentiasa berpandangan jauh beserta keutamaannya terhadap pendidikan dan masa depan bidang tersebut menyebabkan beliau turut digelar sebagai Bapa Pendidikan Moden Malaysia dan turut mendapat jolokan 'Arkitek Pendidikan Negara'. Badan antarabangsa UNESCO antaranya turut mengiktiraf Aminuddin sebagai perancang pelajaran yang gah di Asia.
Antara kata-kata beliau yang masih diingati hingga ke hari ini: Tiada miskin seorang pelajar kerana sedikit harta dan keluarga Tetapi miskin seorang pelajar kerana sedikit ilmu dan amal Tiada kaya seorang hartawan kerana banyak harta dan keluarga Tetapi kaya seorang hartawan kerana banyak ilmu dan amal Beliau hanya sempat memegang jawatan Ketua Penasihat Pelajaran lebih kurang empat tahun kerana Aminuddin Baki meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menunaikan solat pada 24 Disember 1965 pada usia yang masih muda 39 tahun. Aminuddin mendapat anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (2015).
1.4 BUYA HAMKA OLEH : MUHAMMAD AMINUDDIN BIN ANUAR HAMKA atau nama sebenarnya Haii Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah juga dikenali sebagai Buya Hamka atau Pak Hamka merupakan penulis dan ulama terkenal Indonesia yang menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam pelbagai genre dan bidang ilmu meskipun tidak mendapat pendidikan tinggi secara formal dan hanya berbekalkan pengalaman hidup. Hamka juga merupakan seorang ulama, politikus dan pendidik dakwah-dengan-hati-ala-yang amat disegani bukan sahaja di Indonesia malahan buya-hamka/ masyarakat di Asia Tenggara.Hamka dilahirkan di Nagari Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908. Ayahnya dikenali sebagai Haji Rasul atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) dan ibunya bernama Siti Shafiyyah. Panggilan Buya atau Ayah diperolehi ketika hayatnya merupakan panggilan penghormatan masyarakat Minangkabau yang berasal daripada bahasa Arab. Hamka berkahwin dengan Siti Raham binti Endah Sutan selama 43 tahun sebelum isterinya meninggal dunia pada tahun 1972 dan memiliki 10 orang anak. Setelah kematian isterinya, Hamka kemudiannya berkahwin dengan Hajjah Siti Khadijah.Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2 serta dikatakan belajar di sekolah kampung SMKA Sultan Muhammad (belajar Sains Umum, literasi, numerasi) pada sebelah pagi dan belajar di Sekolah Diniyah pada sebelah petang. Ketika berumur 10 tahun pula, ayahnya membuka Thawalib iaitu sekolah fardhu ain di mana beliau belajar dan menguasai bahasa Arab dan tidak lagi menghadiri kelas di sekolah kampung. Beliau juga menjadikan cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya dan banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik serta menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkankepada bahasa Arab. Dikatakan perceraian Kedua ibu bapanya kemudies meniadikan beliau budak nakal dari hari ke hari dan menimbulkan kemang bapanya. Beliau lebih lebih suka mengikut kata hatinya dalam mencarilm. pengalaman.Seawal usia 16 tahun beliau telah berhijrah dan menuntut pelbagai bide ilmu di Tanah Jawa dan tinggal bersama bapa saudaranya serta mendapat pelue. untuk mengikuti perbincangan dan latihan yang dianjurkan oleh gerakan-gerakan Islam, Muhammadiyah dan Sarekat Islam. Selain belajar dengan pergeria Islam, beliau juga
mengembangkan pandangannya tentang gangguan terhat. kemajuan Islam oleh pengkristianan dan komunisme. Ketika di Jawa, bel aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan agama serta beliau belajar dengan Bags Hadikoesoemo, HOS Tjokroaminoto, Abdul Rozak Fachruddin dan ramail. tokoh-tokoh lain. Beliau telah mula berdakwah dan pernah merantau hing ke Mekah untuk mendalami ilmu agama dan bahasa Arab serta berkesempe menunaikan haji.Kerjava dan Bidang Politik. Selepas pulang dari Mekah, Hamka menjadi guru agama di Medan (1920 dan Padang Panjang (1929), Indonesia. Beliau kemudiannya dilantik meniat pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang (1957-1958) dan kemudiannya dilantik sebagai Rektor Pergunia Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustapo, Jakarta. Seterusnya, beliau dilantik pula menjadi Pegawai Tinggi Agama (1951-1960) oleh Menteri Agama Indonesia. Ulama tersohor ini mempunyai pelbagai jenis kepandaian dan kemahiran seperti mengarang, berkhutbah, ceramah, memberi syarahan dan kuliah subuh, membaca buku, tilawah al-quran serta sering kali menjadi pakar rujuk mengenai masalah keluarga dan urusan peribadi. Hamka juga merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Jasa dan Sumbangan Selain merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, antara penglibatan dalam bidang Politik dan Agama Hamka seperti: Anggota parti politik Sarekat Islam Indonesia (1925) (i) Mengertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan yang bertujuan untuk menentang kemaraan kembali peniaiah Belanda ke Indonesia selain menyuarakannya melalui pidato dan syarahannya (1945). (in) Ketua Front Pertahaman Nasional, Indonesia (1947) (ii) Anggota Konstituante Masyumi dan meniadi pemidato utama Pilinan Raya Umum 1955 bellau menjadi sebelum diharamkan oleh pemerintal Indonesia (1960)(v) Penglibatannya yang aktif dalam bidang politik sehingga berlaku salah faham dan dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia (1964-1966) (iii) Setelah dibebaskan menjadi ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia (iv) Hamka juga aktif dalam gerakan Islam seperti pertubuhan Muhammadiyah iaitu bermula tahun 1925 bag menentang khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat.Hamka merupakan aktivis politik dan penulis terkenal di nusantara termasuklah Malaysia dan Singapura. Penulisannya mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk falsafah, kesusasteraan, agama, tafsir, biografi, sejarah, sosiologi dan politik sama ada Islam atau barat. Darah seni yang diwarisi daripada ibunya menjadikan Hamka terkenal sebagai sasterawan terkemuka. Ilmu seni yang mengalir dalam darahnya diungkap dalam susunan pidatonya, tulisan ilmiah, tafsir
al-Azhar, dan cerita-cerita rekaan beliau. Antara karya Hamka yang terkenal dan diulang cetak ialah Tafsir al-Azhar, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Anugerah yang diperoleh oleh Hamka antaranya Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir (1959), Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta (1960) dan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974).Anak yang dikatakan pada awalnya menjadi nakal kerana terkesan dengan perpisahan ibu bapanya in berakhir dengan menjadi seorang yang dikenang kerana ketinggian ilmu dan sumbangannya meskipun beliau telah lama tiada. Buya Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 pada usia 73 tahun namun namanya tetap meniti di bibir rakyat Indonesia sehinggalah ke hari ini.
1.5 TAN SRI DR ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD OLEH: NISA SYAHIRAH BINTI AZHAR Tan Sri Dr Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za' ba merupakan sasterawan dan pemikir Melayu hebat yang telah terlibat aktif dalam kegiatan penulisan dan penterjemahan selama lebih daripada 40 tahun. Cendekiawan ulung ini juga merupakan penulis rencana dan esei berbakat bukan sahaja dalam bahasa Melayu malahan bahasa Inggeris.Penulisan prolifiknya meliputi pelbagai bidang termasuklah sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Anak kampung ini berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh disegani dalam sejarah pendidikan di Malaysia. Latar Belakang Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan merupakan tempat Za'ba dilahirkan pada 16 November 1895. Bapanya bernama Ahmad bin Ibrahim dan ibunya Intan Awaluddin. Za'ba mendapat pendidikan agama daripada ayahnya yang turut mengajar anak-anak kampung membaca al-Quran. Pada awalnya, Za'ba dikatakan lebih banyak belajar sendiri dan menulis di atas daun pisang. Menyedari minatnya itu, ayahnya terus mengajar sendiri Za'ba untuk membaca dan menulis jawi serta asas kira-kira. Pendidikan Za'ba mendapat pendidikan formal ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan pada tahun 1909, Za ba dipindahkan ke Sekolah Linggi untuk belajar pelbagai cabang ilmu keagamaan berikutan hasrat bapanya menjadikannya seorang ulama. Beliau pernah mendapat tempat pertama daripada keseluruhan 265 calon yang menduduki Scholarship Examinitation di seluruh Negeri Sembilan. Za’ba meneruskan pengajiannya ke sekolah Inggeris, St. Paul Institution, Seremban (10 Januari 1910) walaupun mendapat tentangan daripada bapanya dan menghabiskan masa enam tahun di sekolah tersebut. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Lumpur dan mencatat sejarah sebagai pelajar dalam peperiksaan tersebut (1915). Penguasaannya dalam subjek bahasa dan sastera Inggeris menyebabkan beliau diberi jolokan sebagai Shakespeare dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya (Adnan Hj. Nawang, 1994).
Za’ba terdidik dalam keluarga yang kukuh asas agamanya banyak membaca dan turut berguru dengan Syed Syeikh al-Hadi dan Sheikh Tahir. Jalaluddin. .Selain bahasa Arab kerana telah mempelajarinya sejak kecil serta memperoleh Diploma kepakarannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Zaʻba juga menguasai Bahasa Arab daripada Universiti London ketika beliau bertugas di universiti itu. Za'ba kemudiannya memperoleh ljazah Sarjana Muda Sastera sebagai pelajar luar kampus. Semua pengalaman dan peluang pendidikan yang diperolehinya menjadikannya seorang yang versatil dan menguasai bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Kerjaya Za'ba pernah ditawarkan jawatan sebagai guru sementara di St. Paul': Institution atau kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Seremban sedangkan cita-cita awalnya untuk menjadi doktor dan ahli sastera tetani permohonan melanjutkan pelajaran itu ditolak oleh kolonial British atas alasan tiada biasiswa dan beberapa permohonan pekerjaannya turut ditolak. Hal ini jelas tidak berpadanan dengan dirinya seorang yang terkedepan dalam pelajaran kerana dasar pendidikan dan ekonomi penjajah tersebut yang enggan melihat anak-anak Melayu menjadi golongan intelektual kerana bimbang berlakunya penentangan terhadap mereka. Pada tahun 1916, Za'ba kemudiannya memutuskan untuk berkhidmat di Johor (English College) sebagai guru yang sememangnya berkait dengan minatnya mengarang dan kemudiannya bertukar ke beberapa tempat lain iaitu: (i) 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar (ii) 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (iii) 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (iv) 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942 (V) 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951 (vi) 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959. Dalam penulisannya dengan menggunakan nama pena Patriot pada Ogos 1916, Za'ba melemparkan kritikan pedas terhadap kolonial British dan imperialis Barat. Hasil penulisan-penulisannya yang anti penjajah tersebut juga bertitik tolak dari semangat untuk membela orang Melayu Islam yang mundur dan miskín. Politik Za' ba pernah bergiat aktif dalam politik tanah air dan dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) serta pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya (1-4 Mac 1946) yang kemudiannya dikatakan melahirkan UMNO. Beliau
antara orang pertama yang menyedari akibat buruk Malayan Union dan menentangnya. Beliau juga menyertai Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dalam kongres menentang Malayan Union dan mengundurkan diri kemudiannya bagi menumpukan kepada bidang penulisan dan Bahasa Melayu. Jasa dan Sumbangan Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956) Za’ba dianugerahkan gelaran "Pendeta" bagi mengenang jasanya yang tidak ternilai dalam bidang bahasa. Beliau turut menerapkan nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu (Pelita Bahasa Melayu Penggal I). Za’ba juga bertanggungjawab meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik dan merupakan sarjana Melayu pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam dengan: (i) Merintis analisis sistem ejaan bahasa Melayu berasaskan ilmu fonologi, iaitu kewujudan bunyi mendahului tulisan, huruf ialah lambang bunyi dan ada "hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa". (Asmah Haji Omar, 1976). (ii) Meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat bahasa Melayu kepada lima golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. (iii) Membahagikan kata sifat kepada sifat nama dan sifat kata. (iv) Meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat. (v) Menggolongkan ayat bahasa Melayu kepada ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, ayat bercampur dan jenis ayat pula terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. (vi) Memperkatakan ragam ayat dengan istilah ayat bangun membuat bagi ayat aktif dan ayat bangun kena buat bagi ayat pasif. (Awang Sariyan). Za'ba terlibat dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan karya- karya berkaitan agama Islam antaranya Falsafah Takdir (1932), Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan Budi Menerusi Islam (1958). Selain itu karya-karya Za'ba berkaitan bahasa Melayu antaranya: (i) IImu Bahasa Melayu (1926) (ii) Rahsia Ejaan Jawi (1929) (iii) Pelita Mengarang: Imu Mengarang Melayu (1934) (iv) Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi (1938) (v) Siri Pelita Bahasa Melayu Jilid I (1940). Jilid II (1946) dan Jilid II (1949) Anugerah Antara anugerah yang diterima oleh Za'ba: (i) 1956: Gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
(ii) 1959: Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (ii) 1973: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (iv) 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri Za'ba menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 1973 pada usia 78 tahun setelah menjalani pembedahan batu karang. Pemergian beliau sebagai ilmuan hebat pencetus kebangkitan Melayu merupakan suatu kehilangan besar kepada negara.
2.0 TOKOH LUAR NEGARA 2.1 NANCIE ATWELL OLEH : NUR SYAMIMI BEGUM BINTI SHARUDDEEN Latar belakang : Nancie Atwell dilahirkan pada tahun 1952 di New York, Amerika Syarikat. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari Universiti Buffalo State. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru semenjak tahun 1973 di Sekolah Menengah Tonawanda, selatan New York. Semasa berada di sekolah ini, beliau membina dan mengimplementasikan kurikulum penulisan asas Bahasa Inggeris. Pada tahun 1975, beliau mengajar penulisan berasaskan kalian dan pembacaan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Boothbay (Boothbay Region ementary School). Selama hampir tiga dekad beliau mengajar pelajar gred 7 (12 - 13 tahun) dan gred 8 (13 - 14 tahun) di sekolah tersebut. Atwell meletak jawatan beliau pada akhir sesi 1985 - 1986 di Sekolah Menengah Boothbay untuk menghabiskan masa bersama keluarganya. Berdasarkan pengalaman yang panjang dalam pendidikan Bahasa Inggeris, beliau telah menghasilkan buku bertajuk In The Middle (1987) yang menjelaskan bahawa tugas mengajar membaca dan menulis merupakan sebahagian tugas yang saling melengkapi antara satu sama lain. Melalui buku tersebut, beliau mencipta kaedah pengajaran menulis menerusi pendekatan berbengkel (writing Lorkshop method). Pengalaman ini diperolehnya berdasarkan pendekatan mengajar bersama pelajar di sekolah Boothbay iaitu pendekatan berbengkel (writing Workshop method) mampu mendatangkan keputusan terbaik kepada pelajar. Buku tersebut menjadi sangat popular di Amerika Syarikat. Dikatakan bahawa jumlah 500,000 naskah terjual dan menjadi rujukan kepada guru di seluruh Amerika Syarikat dan di dunia. Impak tersebut menyebabkan Atwell terpaksa meninggalkan tugas pendidikannnya kerana terpaksa memberikan ceramah di seluruh Amerika Syarikat tentang kaedah terkini pengajaran yang dipeloporinya menerusi buku tersebut. Beliau merupakan penerima anugerah Guru Global dan mendapat hadiah erupa 1 juta U.S. dolar oleh: Yayasan Varkey (Varkey Foundation's Inaugural Global Teacher Prize) pada tahun 2015 di Dubai (juga dikatakan sebagai setanding dengan anugerah Nobel dalam Pendidikan). Beliau mendermakan wang tersebut kepada Center for Teaching and Learning, K-8 sekolah
(non-profit) demonstrasi (contoh) yang ditubuhkannya di Edgecomb, Maine, pada tahun 1990. Beliau dinamakan sebagai guru inovatif dan penyayang yang meninggalkan kesan aspirasi kepada pelajar dan masyarakat. Beliau menerima banyak anugerah kerana kecemerlangannya dalam bidang pendidikan dan pendidikan inovatif. Antaranya ialah anugerah NCTE Award 5r Outstanding American Middle School English Teacher (2003), MLA Mina P. Shaughnessy Prize (1987). Beliau menerima ijazah doktor kehormat daripada University New Hampshire pada tahun 2011. Sumbangan tokoh : Menubuhkan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (The Center for Teaching and Learning - CTL. Pada tahun 1990, Nancie Atwell telah menubuhkan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran - CTL di Edgecomb, Maine, Amerika Syarikat. Sekolah ini hanya menerima maksimum 80 pelajar daripada prasekolah sehingga gred 8 (Tingkatan 2). Pusat ini bertujuan menambah baik kaedah pengajaran membaca dan menulis yang menjadi tempat uji kaji dan perkongsian kepakaran antara guru. Mengutamakan kaedah pengajaran yang terbukti menerusi kajian ilmiah, menghormati hak kanak-kanak, program pembelajaran yang mengutamakan kanak-kanak yang mencabar pemikiran serta kehidupan selepas sekolah. Pelajar di pusat in dikenakan yuran yang rendah. Mereka diajar tentang kesusasteraan, penulisan serta pemikiran kritikal. Hasilnya ialah 97% daripada pelajar luar bandar dari sekolah in berjaya memasuki pelbagai universiti termasuk ke universiti terkemuka seperti Universiti Harvard dan Stanford. Pusat ini juga terkenal dalam mengendalikan seminar kepada guru-guru, penulisan buku pendidikan di Amerika Syarikat dan juga memberikan kursus kepada guru-guru di seluruh pelosok dunia seperti menerima guru dari Australia, Brazil, Kanada, Ecuador, England, India, Jepun, Filipina, Taiwan, dan Uganda. Di sini, semua bilik darjah mempunyai pusat sumber, ujian standard pencapaian pelajar tidak dijalankan, bilik darjah lebih kecil, kesemua agama dan sambutan perayaan diraikan dan pelajar mempunyai akses untuk menulis topik penulisan dan buku bacaan sendiri. Hasilya purata pembacaan buku pelajar di sekolah ini adalah 40 buku setahun, yang jauh mengatasi kadar purata pembacaan buku di Amerika Syarikat. Menghasilkan Buku-buku Tentang Profesion Keguruan Buku best seller beliau, In The Middle (1987) telah diulang cetak sebanyak 3 kali. Menerusi buku in, beliau berkongsi tentang inspirasi beliau tentang pengajaran dan perjalanannya sebagai seorang guru serta inovasi dan penambahbaikan dalam pengajaran yang dilakukannya selama ini. Antara buku lain beliau yang terkenal alah Systems to Transform Your Classroom and School (2013), Naming the World: A Year of Poems and Lessons (2016), Lessons That Change Writers (2017).
2.2 MARIA MONTESSORI OLEH: MUHAMMAD AZRI BIN AZRI Maria Montessori dilahirkan di Itali pada 31 Ogos 1870 di bandar Chiaravalle, Itali. Nama sebenar beliau ialah Maria Tecla Artemisia Montessori. Bapanya, Alessandro merupakan seorang akauntan dalam perkhidmatan kerajaan. Ibu beliau, Renilde Stoppani merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan sangat gemar membaca. Keluarga mereka berpindah ke Rom pada akhir 1974. Pada tahun 1876, Maria Montessori bersekolah di sebuah sekolah tempatan di situ iaitu, Via di San Nicolo da Tolentino. Beliau merupakan satu-satunya pelajar perempuan di sekolah yang kesemuanya terdiri daripada pelajar lelaki. Dari tahun 1886 sehingga 1890, Maria meneruskan pengajian menengahnya dalam bidang teknikal di Regio Istituto Tecnico Leonardo da Vinci untuk menjadi seorang jurutera. Ibu bapa Maria menggalakkan beliau mengambil bidang pendidikan, namun beliau lebih berminat dalam bidang perubatan untuk menjadi seorang doktor. Pada tahun 1890, Maria Montessori memasuki University Rom @ (Sapienza University of Rome) untuk mempelajari fizik, matematik dan sains semula jadi dan berjaya mendapat diploma dalam masa dua tahun. Hal ini membolehkan beliau memasuki fakulti perubatan di Universiti Rom dan berjaya mendapatkan ijazah yang menjadikan beliau sebagai salah seoang doktor wanita pertama di Itali pada masa itu. Beliau dilantik menjadi pembantu pembedahan pada tahun 1896 di Hospital Santo Spirito di Rom. Kerjaya perubatannya menyebabkan beliau perlu berhadapan dengan kanak-kanak bermasalah mental (mental disorder). Hal ini menyebabkan beliau berminat mempelajari tentang pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak yang akhirnya telah mencetuskan minat beliau yang mendalam dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1901, beliau melibatkan diri secara aktif mempelajari bidang falsafah pendidikan dan antropologi. Pada tahun 1904, beliau bertukar kerjaya menjadi seorang pensyarah di sekolah pedagogi Universiti Rom sehingga tahun 1908. Pada 6 Januari 1907, semasa masih bertugas sebagai pensyarah, beliau turut membuka pusat penjagaan kanak-kanak di Rom yang dikenali sebagai Casadei Bambini (Rumah Kanak-kanak)
yang membolehkan beliau mengajar kanak- kanak yang merupakan satu perkara yang disukainya. Semasa kembaranya ke India pada zaman Perang Dunia Kedua pada tahun 1939, beliau telah ditahan di India selama hampir 7 tahun yang membolehkarı beliau bertemu dengan tokoh-tokoh besar falsafah Timur seperti Gandhi, Nehru dan Tagore. Hal ini turut menambah luaskan pendekatan pemikirannya terhadap falsafah dan pendidikan secara keseluruhannya. Dr. Maria Montessori telah dicadangkan untuk anugerah Nobel sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1949, 1950 and 1951 kerana kesungguhannya dalam memajukan pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia. Pada 6 Mei 1952, beliau telah meninggal dunia di bandar Noordwijk aan Zee, sebelah barat Belanda semasa berumur 81 tahun. Sumbangan Tokoh Membuka Casa Dei Bambini Casa Dei Bambini ini juga dikenali sebagai Rumah Kanak-kanak untuk Kanak- kanak Berumur 3 ke 6 Tahun di Kawasan Paling Miskin di San Lorenzo, Itali. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar secara spontan sekiranya program pembelajaran dirancang dengan baik dan spesifik. Guru yang baik berusaha mengubah halangan dan memberi peluang kepada kanak-kanak berkembang dalam pembelajaran mereka. Contohnya, beliau melengkapkan bilik darjah dengan perabot bersesuaian dengan saiz kanak-kanak dan menggalakkan aktiviti praktikal seperti menyapu sampah dan membasuh meja. Pelajar diberi kebebasan dalam memilih dan menjalankan aktiviti mengikut kemampuan mereka sendiri. Ramai pelajar telah lulus penilaian asas dengan mendapat skor akademik yang baik. Menubuhkan Pertubuhan Montessori Antarabangsa (Association Montessori Internationale - AMI) di Amsterdam, Belanda Pertubuhan Montessori Antarabangsa ini ditubuh dengan tujuan untuk memelihara asas kaedah pendidikan montessori yang sebenar. Daripada kajiannya tentang kaedah pedagogi Montessori mendapati bahawa kanak- kanak adalah bersifat universal dan unik, tidak boleh ditiru (unrepeatable), perlu disayangi, dihormati serta diterima tanpa syarat sebagai satu kurniaan tuhan Berdasarkan kaedah ini, beliau percaya bahawa kanak berupaya belajar sendiri. Guru harus berperanan mencipta persekitaran dan menjadi pencetus (spark) untuk kanak-kanak belajar secara semula jadi. Proses ini akhirnya dikenali sebagai penemuan (discovery learning). Menjadi Pakar Rujuk Pendidikan Negara Itali dan di Peringkat Antarabangsa Pada tahun 1896 sehingga 1907, beliau telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Itali sebagai pengarah Scuola Ortofrenica, laitu pusat menjaga dan mendidik kanak-kanak dan remaja yang
dianggap bermasalah dari segi mental dan mencabar. Pusat ini menggunakan kaedah Montessori dalam pengajarannya. Pada tahun 1922, beliau sekali lagi dilantik sebagai pemeriksa sekolah seluruh Itali. Di peringkat antarabangsa, beliau terlihat secara langsung menubuhkan Institut Pendidikan UNESCO (UNESCO Institute for Education) pada tahun 1951 yang kini dikenali sebagai UNESCO Institute for Lilelong Learning (UIL). Mengendalikan Kursus-kursus Tentang Kaedah Montessori di Seluruh Dunia Pada tahun 1913, beliau ke Amerika Syarikat untuk memperkembangkan lagi kaedah Montessori setelah Alexander Graham Bell dan isterinya, Mabel menubuhkan Pertubuhan Pendidikan Montessori (Montessori Educational Association). Pada tahun 1915, beliau mengendalikan kursus guru dalam perkhidmatan kepada guru-guru di Amerika Syarikat semasa menghadiri Panama-Pacific International Exhibition di San Francisco. Beliau terlibat dalam mengendalikan kursus guru dalam perkhidmatan kepada guru-guru India pada 1939 semasa ditahan di sana sewaktu meletusnya Perang Dunia ke-2. Beliau juga menubuhkan pusat latihan Montessori (Montessori Centre) di London Pada tahun 1947.
2.3 JOHN DEWEY OLEH : AIYSATUL JAMILA BINTI MOHD YUSOF John Dewey ialah seorang ahli falsafah, ahli psikologi dan pendidik Amerika serta pengasas falsafah pragmatisme. Beliau ialah individu yang memperkenalkan konsep pendidikan Learning by doing. Idea-idea John Dewey telah banyak mempengaruhi dunia pendidikan dan beliau pertengahan abad ke-20. Beliau merupakan sarjana Amerika yang paling berpengaruh pada pertengahan abad ke-20. Latar Belakang John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat merupakan anak kepada Archibald Sprague Dewey dan Lucina Artemisia Rich Dewey. Beliau berkahwin dengan Alice Chipman yang dikatakan banyak mempengaruhi minat Dewey terhadap pedagogi dan pendidikan awam. Pendidikan JohnDewey menamatkan pengajian di Universiti Vermont dan menghabiskan tiga tahun sebagai guru sekolah menengah di Oil City, Pennsylvania. Beliau kemudian menghabiskan masa selama setahun belajar di bawah bimbingan G. Stanley Hall di John Hopkins University dalam makmal psikologi pertama Amerika. Kerjaya Selepas mendapat Ph.D. dari John Hopkins University, Dewey terus mengajar di University of Michigan selama hampir sedekad. Dewey kemudiannya memegang jawatan sebagai pengersi jabatan falsafah, psikologi, dan pedagogi di University of Chicago (1894). Semasa berada di University of Chicago, Dewey mula menyuarakan pandangannya yang menyumbang kepada falsafah yang dikenali sebagai pragmatisme yang menyatakan bahawa nilai, kebenaran atau makna idea terletak pada kesan akibatnya. Dewey juga membantu menubuhkan Sekolah Laboratorium Universiti Chicago, di mana beliau telah dapat menerapkan teori pedagogi secara langsung. Dewey kemudiannya meninggalkan Universiti Chicago dan menjadi profesor falsafah di Columbia University (1904-1930) dan menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika (1905).
Jasa dan Sumbangan John Dewey adalah seorang ahli falsafah dan pendidik Amerika yang mengasaskan pragmatisme, pemikiran falsafah pemikiran yang popular pada awal abad ke-20. Beliau juga berperanan penting dalam pergerakan progresif dalam pendidikan dan yakin bahawa pendidikan terbaik melibatkan pembelajaran melalui perbuatan (Learning by doing). Dewey juga telah menerbitkan lebih daripada 1,000 buku, esei, dan artikel mengenai pelbagai subjek termasuk pendidikan, seni, alam, falsafah, agama, budaya, etika dan demokrasi sepanjang kariernya selama 65 tahun. Antara penerbitannya ialah Sekolah dan Masyarakat (1900), Anak dan Kurikulum (1902), Bagaimana Kami Berfikir 1910), Pengalaman dan Alam (1925), Falsafah dan Tamadun (1931), dan Mengetahui dan Dikenali (1949). Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952, di New York City, New York.
2.4 CONFUCIUS OLEH: NISA SYAHIRAH BINTI AZHAR Pada abad ke-6, Konfusius (Confucius) dan Lou Tzu telah muncul sebagai ahli falsafah dalam sejarah China yang berusaha keras untuk menjana kebijaksanaannya dalam membentuk satu sistem yang lebih teratur dan sistematik dari segi politik, sosial dan ekonomi. Confusius merupakan pengasas falsafah Konfusianisme atau Confusianism yang mempengaruhi sistem pendidikan di China. Bagi beliau, pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti menghormati orang tua menyayangi orang yang lebih muda, bertimbang rasa, bersopan ikhlas, serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Latar Belakang Nama sebenar Confusius ialah Kon Qiu atau lebih dikenali sebagai Kong Fuzi @ Mater Kong Kong@ Kongzi. Beliau lahir di Daerah Lu (Daerah Shantung) pada 551 SM. Beliau dikatakan berasal daripada golongan bangsawan yang mana bapanya Shu-Liang He yang meninggal sebelum Confucius dilahirkan pernah bertugas sebagai pegawai tentera. lbunya bernama Yen Cheng Tsai membesarkannya dalam kemiskinan. Beliau berkahwin dengan Qiguan dan mereka memiliki seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Contucius mendapat gelaran Xian Shi (Guru Pertama) dan Wan Shi Shi Biao (Model Guru Sepuluh Ribu Tahun). Kerjaya Sebelum menumpukan sepenuh masa sebagai mahaguru serta pentadbir yang menyokong falsafah duniawi, Confucius dikatakan pernah bertugas sebagai polis di mahkamah Daerah Lu (Azmi Aziz & Wan Ramli 2002). Beliau juga dikatakan pernah menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri Lu. Namun begitu permulaan kepada kerjaya beliau ialah sebagai guru. Beliau merantau dan menyebarkan ajarannya selama 10 tahun dan mencuba mencari pemerintah yang akan mengikuti ajarannya. Fahaman beliau dikembangkan olch pengikutnya Mengzi dan Xun Zi. Jasa dan Sumbangan Confusius mengusulkan amalan Li (peraturan hubungan manusia) dan ren (sifat murni manusia) dalam pendidikan. Bagi beliau kedua-dua konsep ini saling berhubung kait dan memainkan peranan nentine dalam mewujudkan suasana aman dan sejahtera.
Ju Chia yang juga dikenali sebagai Confucianism merupakan satu bentuk aliran pemikiran atau falsafah beliau yang menitikberatkan aspek nila-nilai murni atau kemanusiaan serta peraturan sosial. Beliau turut berpendapat bahwa seorang insan mestilah memiliki garis panduan tentang tingkah laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak untuk meniadi seorang manusia yang super atau gentlemen (Chun Tze) iaitu Peribadi Agung' (antara sifat yang perlu dimiliki oleh pemerintah). Pendidikan bagi Confucius merupakan proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang dapat dicapai melalui amalan tingkah laku sopan, bertimbang rasa, ikhlas, bersederhana dan menghormati orang tua. Bagi Confucius, setiap individu mempunyai potensi yang berbeza-beza. Menurut falsafah Confusianism juga, pendidikan adalah alat yang penting untuk lemengekalkan nilai dan norma yang sedia ada dalam masyarakat. Pendidikan diharapkan berupaya mengekalkan struktur kekeluargaan, kepatuhan kepada undang-undang dan memenuhi kehendak sosial serta ekonomi negara (Shamsiah e et.al, 2017). Antara idea dan falsafah pendidikan Confusianism terkandung dalam karya Confucius dan pengikutnya seperti: (i) Confusian Analects (ii) Book of Mencius (iii) The Great Leraning (iv) The Doctrine of Mean Beliau dikatakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang dan ada antara mereka yang menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Pemikiran Confusius telah memberikan pengaruh yang besar dan mendalam bukan sahaja terhadap sejarah pendidikan di China malah turut memberi impak besar terhadap sistem kebudayaan dan nilai masyarakat. Confucius dilaporkan meninggal dunia pada tahun 479 SM.
2.5 IBN KHALDUN OLEH: MUHAMMAD AMINUDDIN BIN ANUAR Ibnu Khaldun seorang cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14 merupakan pakar dalam pelbagai bidang antaranya sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi dan falsafah. Ibnu Khaldun dikatakan telah menghasilkan biografinya sendiri dengan baik bermula zaman kanak-kanakya sehinggalah hampir penghujung hayatnya. Beliau merupakan sarjana Islam yang disegani seluruh dunia sehingga kini melalui peninggalan karya agungnya, al-Muqaddimah. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden. Latar Belakang Abd Rahman bin Muhammad yang dilahirkan Tunisia pada 1332 Masihi dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Sejarawan Islam ini berasal dari keluarga berada dan terpelajar yang membolehkannnya mendapatkan pendidikan yang terbaik. Pendidikan Ibn Khaldun Guru pertamanya ialah bapanya sendiri yang mengajarya tentang figh dan bahasa Arab. Ibnu Khaldun sudah dididik membaca al-Quran sejak kecil dan turut mempelajari himpunan hadis yang diiktiraf oleh Mazhab Maliki, asas akidah Islam, asas figh dan elemen tasawuf. Ibnu Khaldun mempelajari dan menghafal al-Quran di bawah tunjuk ajar Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunya Muhammad Ibni Saht, manakala guru-guru Ibnu Khaldun dalam bidang hadis dan figh pula termasuklah Shams al- Din Muhammad al-Jabir dan Abd al-Salam al Hawwari. Beliau turul menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun lagi seperti ilmu logik, matematik, falsarah sains fabit dan metafizik. Selain itu, ilmu bahasa, biogral,. sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga turut dipelajarinya. Penulisannya agak matang walaupun menulis ketika masih remaja dan ketika berusia 18 tahun, beliau terpaksa berhenti belaiar akibat Tunisia ditimpa wabak taun (749H) dan kemudian kembali melaniutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, 1nu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran. keadaan politik yang tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali Ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya. Jasa dan Sumbangan Ilmuan terkemuka ini mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Keupayaannya member tafsiran seiarah berdasarkan
ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi sangat dikagumi. Antara jawatan penting Ibnu Khaldun dalam negara: 1) Berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah. (2) Dilantik menjadi duta besar, menteri dan ahli majlis penasihat sultan (int) Dilantik menjadi kadi di Mesir. (3) Diberikan gelaran Waliyuddin oleh Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burquq (4) Guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. (5) Dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Meskipun terkenal sebagai ahli sosiologi dan juga sejarah, Ibnu Khaldun turut menyumbang kepada bidang pendidikan. Pandangannya berkaitan pendidikan adalah hail pengalaman dalam menuntut ilmu sehinggalah menjadi ilmuan yang dikenali. Buktinya kitab al-Muqaddimah yang dihasilkan menjadi rujukan penting sehingga ke hari ini dan sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (Abidin, 2017). Perincian karya agung Ibnu Khaldun Al- Muqaddimah: (1) Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar (Karya pertama Ibnu Khaldun) yang mempunyai tujuh jilid. (2) Peringkat awal penulisan Mugaddimah sebagai penulisan mengenai sejarah orang Arab dan Barber tetapi turut mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi. (3) Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Mugaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat. (4) Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi. Ketinggian ilmunya terbukti dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan okonomi, perdagangan dan kebebasan. Ideanya berkaitan dengan peranan kerajaan diguna pakai sehingga ke hari ini yang mana baginya tugas kerajaan hanya terhad kepada: (i)Mempertahankan rakyatnya daripada keganasan (ii) Melindungi harta persendirian (iii) Menghalang penipuan dalam perdagangan dan (iv) Mencetak dan menguruskan penghasilan wang (vc) Mohaksanakan kepimpinan poltik biaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kail dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga keria dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini.