The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIBRARY BM2 PPISMP 23/28, 2024-01-26 18:44:54

GPPP 1092 (KUMPULAN 4) TOKOH PENDIDIKAN

GPPP 1092 (KUMPULAN 4) TOKOH PENDIDIKAN

TOKOH DALAM NEGARA Tan Sri Dr Haili Bin Dolhan Latar Belakang Tokoh Tan Sri Dr Haili bin Dolhan merupakan anak kelahiran Sibu, Sarawak. Beliau dilahirkan pada 16 September 1952. Beliau bersekolah rendah di S.K Merpati Jepang, dan sekolah menengah pula di SMK Green Road, Kuching, Sarawak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Geografi, dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Durham, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan) Perancangan Sumber Manusia, dari Universiti Birmingham, United Kingdom. Tan Sri Dr Haili bin Dolhan mula terlibat dalam profesion keguruan pada 23 Jun 1970 di SMK Matu/Daru, Sarawak. Keseluruhannya beliau telah bertugas di 10 buah sekolah di sekitar Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan kerana pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti guru, guru penolong kanan, pengetua, memegang jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta Timbalan Ketua Nazir Sekolah Negeri Sarawak sehingga tahun 2005. Pada peringkat persekutuan pula, Tan Sri Dr Haili bin Dolhan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) serta jawatan terakhir beliau ialah sebagai Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebelum dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada 26 November 2013. Kecemerlangan dan ketokohan membolehkan beliau dianugerahi pelbagai pingat dalam perkhidmatan seperti Anugerah Tokoh Guru Sarawak 2014. Anugerah tertinggi yang diterima beliau ialah Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (2016) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Kerajaan Persekutuan Sumbangan Tokoh Bertanggungjawab dalam Perancangan Pelan Induk Pembangunan pendidikan (2006 - 2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan pembangunan Pendidikan) beliau terlibat aktif dalam Pelan Pendidikan yang bertujuan merealisasikan satu sistem pendidikan baharu Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Ini merupakan satu pandangan ke hadapan kerana berlakunya perubahan standard pendidikan antarabangsa yang Meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.


Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Perkhidmatan Guru di Malaysia sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), beliau bertanggungjawab dalam memastikan hal ehwal perkhidmatan guru di Malaysia seperti aspek pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib keatas guru dan anggota kumpulan sokongan dalam perkhidmatan pendidikan dilaksanakan sebaiknya. Bertanggungjawab Mengawal Selia Kualiti Latihan Perguruan di Institut Pendidikan Guru Seluruh Malaysia Sebagai rektor IPGM, beliau bertanggungjawab dalam memastikan urus tadbir kampus-kampus IPG di seluruh negara berjalan dengan lancar dan mampu melatih guru-guru berkualiti untuk memenuhi keperluan anjuran guru terlatih dalam negara Oleh : Iffah aqilah UNGKU AZIZ Latar Belakang Tokoh Profesor Diraja Ungku Aziz dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922. Beliau mempunyai darah kerabat diraja Johor menerusi bapanya Leftenan Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid yang pernah berkhidmat bersama Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ/JMF). Bapanya berdarah campuran Melayu dan Turki sementara bondanya Hamidah Abdullah adalah orang Inggeris. Profesor Diraja Ungku Aziz adalah lulusan dari Kolej Inggeris di Johor Bahru dan Sekolah Melayu di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Singapura di Kolej Raffles pada tahun 1951. Profesor Ungku Aziz mendapat ijazah doktor falsafah di Universiti Waseda (Tokyo, Jepun) pada tahun 1964. Profesor Diraja Ungku Aziz memulakan kerjaya beliau dalam pentadbiran negeri Johor. Dari 1952 hingga 1961, beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura). Beliau bercuti selama setahun apabila beliau mengetuai Majlis Bahasa dan Sastera Malaysia. Selepas tamat pengajian dari Universiti Malaya di Singapura, Ungku Aziz menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951. Bagaimanapun, beliau ditawarkan oleh Universiti Malaya Singapura sebagai pensyarah ekonomi dari tahun 1952 hingga 1961. Pada tahun 1961, Ungku Aziz kembali ke Tanah Melayu dan berkhidmat sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada Oktober 1968, beliau dilantik sebagai Naib Cancelor Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi menggantikan Dr J. H. E Griffiths dan berkhidmat selama 20 tahun.


Dari tahun 1962 hingga 1965, beliau merupakan seorang Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Canselor. Profesor Diraja Ungku Aziz berkhidmat dari tahun 1968 sehingga tahun 1988. Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan monograf mengenai masalah sosial dan ekonomi di Malaysia. Beliau juga merupakan perunding untuk PBB Pertubuhan khusus ILO, UNESCO, Suruhanjaya Ekonomi PBB untuk Asia dan Timur Tengah. Ungku Aziz masih lagi mengerahkan tenaganya untuk negara. Beliau telah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat dan terus terlibat di dalam banyak institusi kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Ungku Aziz telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan kepujian. Beliau dianugerahkan 'Profesor Diraja' pada 17 Jun 1978, oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang dianugerahkan gelaran tersebut. Antara anugerah dan kepujian lain yang diterimanya adalah seperti Ordre des Arts et des Lettres (Perancis), the Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (Malaysia) dan banyak agi. Beliau merupakan tokoh besar yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau meninggal dunia pada 15 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Sumbangan Menekankan Kepentingan Pendidikan kepada Bumiputera yang Miskin Sebagai Agen Perubahan Ekonomi. Dari sudut pendidikan, Ungku Aziz mengutamakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin di luar bandar. Pendidikan boleh menjadi mobiliti sosial epada mereka dan keluarga, mengangkat mereka daripada kemiskinan ke ehidupan senang dan mampu bersaing di pasaran kerjaya malah dalam bidang sains dan teknologi dan sektor korporat. Mementingkan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Ungku Aziz merupakan penggerak penting dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 1956 di Johor Bahru dan Singapura. Dalam kongres kedua ada 1954, nama Balai Pustaka dicadangkan ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP juga dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Tindakan beliau ini amat penting kerana Kuala Lumpur menjadi usat pentadbiran dan dijangka segala urusan menjadi lebih lancar dan mudah. Pembabitan aktif dalam kongres ketiga itu menjadi antara asas beliau dilantik oleh kerajaan sebagai Pengarah pertama DBP. Ketika itu jawatan Ketua Pengarah belum wujud. Pada 1970-an, sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan penggunaan ahasa Melayu pada peringkat pendidikan tinggi, Ungku Aziz menggerakkan langkah pelaksanaan bahasa Melayu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau dibantu oleh Profesor Dr. Asmah Haji Omar dalam perancangan dan pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan di universiti itu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai ahasa pengantar ilmu pelbagai bidang dimulakan dan dipesatkan.


Mengasaskan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya yang Memberi Peluang Bumiputera dalam Bidang Sains dan Teknologi. Pada 1977, beliau mengasaskan Pusat Asasi Sains di Malaysia bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur, yang membuka peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar yang miskin untuk menceburi bidang sains dan teknologi seperti bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan. Oleh : Wan Nur Farra Nieza Khoo Khay Kim Latar Belakang Tokoh Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Profesor (Sejarah) di Universiti Malaya. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac tahun 1937 di Kampar, Perak. Beliau berketurunan Cina peranakan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Methodist Anglo-Chinese di Teluk Intan (ketika itu dikenali sebagai Teluk Anson) sebelum menyambung pendidikan menengah di St. Michael Institution di Ipoh Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperoleh ijazah B.A. (Hons.) dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Tesis (PhD) beliau bertajuk The Beginning of Political Extremism in Malaya 1915-1935. Profil kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur selepas 2 tahun menjadi tutor dari tahun 1964 hingga tahun 1966. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Profesor Jabatan Sejarah pada bulan Mei tahun 1975. Beliau dilantik sebagai seorang Profesor sehingga persaraannya pada 1992. Beliau juga pernah menjadi dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dari 1984 sehingga 1986. Beliau telah dianugerahkan pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) Persekutuan pada bulan Jun tahun 1983. Beliau juga dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato' pada bulan April tahun 1987. Profesor Khoo Kay Kim juga dianugerahkan 'Profesor Emiretus' oleh Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah seperti Fellowship Persatuan Sejarah Malaysia (2012), Tokoh Akademik Negara < e - 10 , mendapat anugerah Merdeka Award 2018 untuk kategori Pencapaian Kecendekiawanan Terbilang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan


Nazrin Shah. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun. Sumbangan tokoh Membina dan Menggubal Rukun Negara selepas Peristiwa 13 Mei 1969 Beliau merupakan salah seorang daripada tokoh yang terlibat dalam penggubalannya dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Penggubalan Rukun Negara diusahakan oleh Majlis Perundingan Negara atau (MAPEN), lipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Rukun Negara bertujuan membentuk ceharmonian pelbagai bangsa di Malaysia. Pengasas Pusat Sukan Universiti Malaya Beliau juga merupakan pelopor kepada program ijazah sarjana muda sains sukan di negara ini. Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Lembaga Peperiksaan Malaysia Beliau merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dari tahun 1970 - 1997, beliau juga menjadi ketua pemeriksa Kertas Sejarah II, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Menghasilkan Buku dalam Pelbagai Bidang seperti Sosial dan Sejarah Banyak buku dihasilkannya tentang sejarah seperti Transformasi & Demokrasi 1971); The Western Malay States 1850 -1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics (1972); Pensejarahan Malaysia (1975) ; A History of Southeast Asia, South and East Asia: Essays and Documents (1977) Panji- panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu (1979); Taiping: Ibu Jegeri Perak (1981); Teluk Anson (Teluk Intan): 100 Tahun (1982); Kenegaraan 5 Tahun: Satu Perspektif Sejarah (1983); Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah (1984); 100 Years of Kuala Lumpur as Local Authority (1990); His Majesty Sultan Azlan Shah (1991); Malay Society: Transformation and Democratization (1991); Pacific Bank: 75 Years of Service to the Community (1996); Thoughts on Malaysian Historiography (1996); Kuala Lumpur: The Formative Years (1996); The Commemoration of the 40th Anniversary of Federal Hotel, 1957 - 1997 (1997) dan I, KKK - The Autobiography of a Historian (2017). Oleh: Amnah Nafisah Solehah Bt. Nazari


Aminuddin Baki Latar Belakang Tokoh Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Kg. Batu Sembilan, Chemor, Perak. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau menerus pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik yang mempunyai guru yang berkemahiran tinggi. Aminuddin Baki belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941 (IAΒ, ΚΡΜ, 2018). Beliau digelar sebagai 'Bapa Pendidikan Moden Malaysia' (The Father of Modern Education in Malaysia). Aminuddin Baki menunjukkan kepimpinan beliau dengan terlibat dalam aktiviti kepimpinan pelajar. Beliau mendapat inspirasi daripada Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada 11 Februari 1946, persatuan ini diubah menjadi pesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu. Aminuddin Baki telah dilantik sebagai setiausaha persatuan ini. Di samping itu, pada bulan April 1946, beliau menubuhkan persatuan pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) yang bertujuan menyatukan pelajar-pelajar di negeri Perak. Cogan kata PERMI ‘Belajar Terus Belajar' merupakan asas perjuangan PERMI bagi membentuk pemimpin masa hadapan. Pada bulan Oktober 1947, beliau melanjut pelajaran di Raffles College, di Singapura. Pergolakan politik negara dengan idea penubuhan Malayan Union telah menyemarakkan semangat juang pelajar Melayu ketika itu. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung. (GPMS) pada 15 Ogos 1948. GPMS ditubuhkan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan pelajar Melayu dan memperbaiki keadaan sosial dan akademik pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan pada masa itu. Pada bulan Oktober 1949, Aminuddin ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A). Pada masa yang sama, beliau telah mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo- Malay Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau telah lulus dalam pengajian di Universiti Malaya, Singapura. Beliau terus bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan tersebut. Selepas menamatkan pelajarannya di Singapura, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah.


Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, Aminuddin Baki telah berkhidmat di Sekolah Anderson, Ipoh. Beliau merupakan seorang guru yang cemerlang. Hal ini telah menyebabkan beliau dianugerahkan Queens's Scholarship dan kemudiannya Queen's Fellow untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London. Perjalanan beliau ke London adalah dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952 dari Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang dari London, beliau ditawarkan pula jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia yang muda iaitu 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang. Pada ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Penasihat Pelajaran atau dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan sekarang. Aminuddin Baki boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan Arab. Pada 26 November 2015, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran secara anumerta (selepas kematian) Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Aminuddin Baki yang membawa gelaran "Datuk Seri" sempena hari keputeraan baginda. Sumbangan Tokoh Bapa Pendidikan Malaysia Aminuddin Baki seorang tokoh pendidikan dan pejuang bahasa Melayu yang unggul sehingga dikenali sebagai 'Bapa Pendidikan Malaysia'. Beliau terkenal dengan penulisan esei kritikan yang lantang dan berani. Melalui catatan bertajuk 'Anak Kandung, Anak Angkat' yang tersimpan di Arkib Negara. Catatan bertulisan jawi beliau tersebut menggambarkan pandangannya terhadap survival nasib bangsa Melayu. Beliau memberikan peringatan kepada masyarakat Melayu supaya menjaga hak dan harta pusaka mereka dengan baik agar tidak tergadai di tangan penjajah dan kaum pendatang. Mempelopori Sistem Peperiksaan Awam Sistem peperiksaan awam ini telah diselaraskan untuk semua murid di negara kita. Aminuddin Baki merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan rantaian peperiksaan awam yang selaras di negara ini seperti peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963 bagi menyelaraskan hal ehwal peperiksaan tersebut. Memperkenalkan Mata Pelajaran Sejarah Islam Aminuddin Baki telah memperkenalkan mata pelajaran Islam kepada guru- guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Beliau berusaha mendekatkan pemikiran guru-guru pelatih tentang soal ketuhanan dan falsafah Islam dalam pendidikan dan kerjaya keguruan. Melalui teknik dan pendekatan serta hujah-hujah yang bernas melalui pengetahuan keislamannya, beliau telah berupaya membuka minda dan cara berfikir pelajar-pelajar Mencadangkan Diwujudkan Sekolah Kebangsaan


Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Aminuddin Baki adalah sebuah sekolah yang menggabungkan semua kaum dan bangsa di bawah satu bumbung yang sama. Aminuddin sangat tidak bersetuju dengan sekolah vernakular yang terhasil daripada dasar pecah dan perintah pada zaman British. Aspirasinya untuk melihat sistem pendidikan yang melibatkan kanak-kanak pelbagai bangsa belajar di bawah satu bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu (The National School of Malaya). Cadangan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif, berkesedaran tinggi tentang perpaduan serta keharmonian kaum serta keilmuan yang tinggi dan mempelopori sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai misi dan visi. Mewujudkan Aliran Sains di Peringkat Sekolah Menengah Aminuddin Baki berusaha mewujudkan aliran sains di sekolah menengah beraliran Melayu bagi mempertingkatkan bilangan lulusan dalam kalangan orang Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti. Hasilnya, beliau berjaya melahirkan graduan Melayu daripada aliran Melayu dan aliran sains yang sebelum ini ketinggalan dalam sistem pendidikan penjajah. Terlibat dalam Penyediaan Penyata Razak (1955) dan Penyata Rahman Talib (1960) Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak. Beliau membangkitkan usul menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib. Menerbitkan 'Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin Baki 1962' Penyata ini merupakan hasil siasatan sebuah jawatankuasa yang dibentuk pada 20 Februari 1961 oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Encik Abdul Rahman bin Talib. Jawatankuasa yang diketuai oleh Aminuddin Baki menyiasat kelemahan pelajar-pelajar Melayu dalam pelajaran selepas merdeka terutamanya dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan. Dapatan penyata tersebut menunjukkan bahawa kemunduran pelajar-pelajar Melayu disebabkan sistem dan sukatan pelajaran penjajah Inggeris yang tidak sesuai digunakan. Penyata tersebut mencadangkan satu kajian perlu dilakukan selaras dengan perubahan kaedah pengajaran, pembelajaran dan kemajuan yang telah dicapai dalam dunia pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan. Bertanggungjawab Memperkenalkan 'Gerakan Obor' Mulai 1964 Program ini diperkenalkan selepas tiga tahun beliau menjadi Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia. Gerakan obor merupakan siri ceramah beliau yang pertama hingga ketiga yang disiarkan menerusi Radio Malaysia. Aminuddin Baki menyuntik semangat anak bangsa supaya perlu bersemangat gigih dalam memajukan pelajaran dan terus mengejar ilmu. Oleh : Auni Qistina


TOKOH LUAR NEGARA Maria Montessori Latar Belakang Tokoh Maria Montessori dilahirkan di Itali pada 31 Ogos 1870 di bandar Chiaravalle, Itali. Nama sebenar beliau ialah Maria Tecla Artemisia Montessori. Bapanya, Alessandro merupakan seorang akauntan dalam perkhidmatan kerajaan. Ibu beliau, Renilde Stoppani merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan sangat gemar membaca. Keluarga mereka berpindah ke Rom pada akhir 1974. Pada tahun 1876, Maria Montessori bersekolah di sebuah sekolah tempatan di situ iaitu, Via di San Nicolo da Tolentino. Beliau merupakan satu-satunya pelajar perempuan di sekolah yang kesemuanya terdiri daripada pelajar lelaki. Dari tahun 1886 sehingga 1890, Maria meneruskan pengajian menengahnya dalam bidang teknikal di Regio Istituto Tecnico Leonardo da Vinci untuk menjadi seorang jurutera. Ibu bapa Maria menggalakkan beliau mengambil bidang pendidikan, namun beliau lebih berminat dalam bidang perubatan untuk menjadi seorang doktor. Pada tahun 1890, Maria Montessori memasuki University Rom @ (Sapienza University of Rome) untuk mempelajari fizik, matematik dan sains semula jadi dan berjaya mendapat diploma dalam masa dua tahun. Hal ini membolehkan beliau memasuki fakulti perubatan di Universiti Rom dan berjaya mendapatkan ijazah yang menjadikan beliau sebagai salah seoang doktor wanita pertama di Itali pada masa itu. Beliau dilantik menjadi pembantu pembedahan pada tahun 1896 di Hospital Santo Spirito di Rom. Kerjaya perubatannya menyebabkan beliau perlu berhadapan dengan kanak-kanak bermasalah mental (mental disorder). Hal ini menyebabkan beliau berminat mempelajari tentang pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak yang akhirnya telah mencetuskan minat beliau yang mendalam dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1901, beliau melibatkan diri secara aktif mempelajari bidang falsafah pendidikan dan antropologi. Pada tahun 1904, beliau bertukar kerjaya menjadi seorang pensyarah di sekolah pedagogi Universiti Rom sehingga tahun 1908. Pada 6 Januari 1907, semasa masih bertugas sebagai pensyarah, beliau turut membuka pusat penjagaan kanak-kanak di Rom yang dikenali sebagai Casa dei Bambini (Rumah Kanak-kanak) yang membolehkan beliau mengajar kanak- kanak yang merupakan satu perkara yang disukainya. Semasa kembaranya ke India pada zaman Perang Dunia Kedua pada tahun 1939, beliau telah ditahan di India selama hampir 7 tahun yang membolehkan beliau bertemu dengan


tokoh-tokoh besar falsafah Timur seperti Gandhi, Nehru dan Tagore. Hal ini turut menambah luaskan pendekatan pemikirannya terhadap falsafah dan pendidikan secara keseluruhannya. Dr. Maria Montessori telah dicadangkan untuk anugerah Nobel sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1949, 1950 and 1951 kerana kesungguhannya dalam memajukan pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia. Pada 6 Mei 1952, beliau telah meninggal dunia di bandar Noordwijk aan Zee, sebelah barat Belanda semasa berumur 81 tahun. Sumbangan Tokoh Membuka Casa Dei Bambini Casa Dei Bambini ini juga dikenali sebagai Rumah Kanak-kanak untuk Kanak- kanak Berumur 3 ke 6 Tahun di Kawasan Paling Miskin di San Lorenzo, Itali. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar secara spontan sekiranya program pembelajaran dirancang dengan baik dan spesifik. Guru yang baik berusaha mengubah halangan dan memberi peluang kepada kanak-kanak berkembang dalam pembelajaran mereka. Contohnya, beliau melengkapkan bilik darjah dengan perabot bersesuaian dengan saiz kanak-kanak dan menggalakkan aktiviti praktikal seperti menyapu sampah dan membasuh meja. Pelajar diberi kebebasan dalam memilih dan menjalankan aktiviti mengikut kemampuan mereka sendiri. Ramai pelajar telah lulus penilaian asas dengan mendapat skor akademik yang baik. Menubuhkan Pertubuhan Montessori Antarabangsa (Association Montessori Internationale - AMI) di Amsterdam, Belanda Pertubuhan Montessori Antarabangsa ini ditubuh dengan tujuan untuk memelihara asas kaedah pendidikan montessori yang sebenar. Daripada kajiannya tentang kaedah pedagogi Montessori mendapati bahawa kanak- kanak adalah bersifat universal dan unik, tidak boleh ditiru (unrepeatable), perlu disayangi, dihormati serta diterima tanpa syarat sebagai satu kurniaan tuhan. Berdasarkan kaedah ini, beliau percaya bahawa kanak-kanak berupaya belajar sendiri. Guru harus berperanan mencipta persekitaran dan menjadi pencetus (spark) untuk kanak-kanak belajar secara semula jadi. Proses ini akhirnya dikenali sebagai pembelajaran penemuan (discovery learning). Menjadi Pakar Rujuk Pendidikan Negara Itali dan di Peringkat Antarabangsa Pada tahun 1896 sehingga 1907, beliau telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Itali sebagai pengarah Scuola Ortofrenica, iaitu pusat menjaga dan mendidik kanak-kanak dan remaja yang dianggap bermasalah dari segi mental dan mencabar. Pusat ini menggunakan kaedah Montessori dalam pengajarannya. Pada tahun 1922, beliau sekali lagi dilantik sebagai pemeriksa sekolah seluruh Itali. Di peringkat antarabangsa, beliau terlibat secara langsung menubuhkan Institut Pendidikan UNESCO (UNESCO Institute for Education) pada tahun 1951 yang kini dikenali sebagai UNESCO Institute for Lilelong Learning (UIL). Mengendalikan Kursus-kursus Tentang Kaedah Montessori di Seluruh Dunia Pada tahun 1913, beliau ke Amerika Syarikat untuk memperkembangkan lagi kaedah Montessori setelah Alexander Graham Bell dan isterinya, Mabel menubuhkan Pertubuhan Pendidikan Montessori (Montessori Educational Association). Pada tahun 1915, beliau mengendalikan kursus guru dalam perkhidmatan kepada guru-guru di Amerika Syarikat semasa menghadiri Panama-Pacific International Exhibition di San Francisco. Beliau terlibat


dalam mengendalikan kursus guru dalam perkhidmatan kepada guru-guru India pada 1939 semasa ditahan di sana sewaktu meletusnya Perang Dunia ke-2. Beliau juga menubuhkan pusat latihan Montessori (Montessori Centre) di London pada tahun 1947. Oleh : Iffah aqilah Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun seorang cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14 merupakan pakar dalam pelbagai bidang antaranya sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi dan falsafah. Ibnu Khaldun dikatakan telah menghasilkan biografinya sendiri dengan baik bermula zaman kanak-kanaknya sehinggalah hampir penghujung hayatnya. Beliau merupakan sarjana Islam yang disegani seluruh dunia sehingga kini melalui peninggalan karya agungnya, al-Muqaddimah. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden. Latar Belakang Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad yang dilahirkan Tunisia pada 1332 Masihi dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Sejarawan Islam ini berasal dari keluarga berada dan terpelajar yang membolehkannnya mendapatkan pendidikan yang terbaik. Pendidikan Guru pertamanya ialah bapanya sendiri yang mengajarnya tentang figh dan bahasa Arab. Ibnu Khaldun sudah dididik membaca al-Quran sejak kecil dan turut mempelajari himpunan hadis yang diiktiraf oleh Mazhab Maliki, asas akidah Islam, asas fiqh dan elemen tasawuf. Ibnu Khaldun mempelajari dan menghafal al-Quran di bawah tunjuk ajar Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunya Muhammad Ibni Sahr, manakala guru-guru Ibnu Khaldun dalam bidang hadis dan fiqh pula termasuklah Shams al-Din Muhammad al-Jabir dan Abd al-Salam al Hawwari. Beliau turut menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun lagi seperti ilmu logik, matematik, falsafah sains tabii dan metafizik. Selain itu, ilmu bahasa, biografi, sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga turut dipelajarinya. Penulisannya agak matang walaupun menulis ketika masih remaja dan ketika berusia 18 tahun, beliau terpaksa berhenti belajar akibat Tunisia ditimpa wabak taun (749H) dan kemudian kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya. Jasa dan Sumbangan Ilmuan terkemuka ini mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Keupayaannya memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi sangat dikagumi. Antara jawatan penting Ibnu Khaldun dalam negara:


(i) Berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah. (ii) Dilantik menjadi duta besar, menteri dan ahli majlis penasihat sultan (iii) Dilantik menjadi kadi di Mesir. (iv) Diberikan gelaran Waliyuddin oleh Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burquq (v) Guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. (vi) Dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Meskipun terkenal sebagai ahli sosiologi dan juga sejarah, Ibnu Khaldun turut menyumbang kepada bidang pendidikan. Pandangannya berkaitan pendidikan adalah hasil pengalaman dalam menuntut ilmu sehinggalah menjadi ilmuan yang dikenali. Buktinya kitab al-Muqaddimah yang dihasilkan menjadi rujukan penting sehingga ke hari ini dan sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (Abidin, 2017). Perincian karya agung Ibnu Khaldun Al- Muqaddimah: (i) Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar (Karya pertama Ibnu Khaldun) yang mempunyai tujuh jilid. (ii) Peringkat awal penulisan Muqaddimah sebagai penulisan mengenai sejarah orang Arab dan Barber tetapi turut mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi. (iii) Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Muqaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat. (iv) Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi. Ketinggian ilmunya terbukti dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ideanya berkaitan dengan peranan kerajaan diguna pakai sehingga ke hari ini yang mana baginya tugas kerajaan hanya terhad kepada: (i) Mempertahankan rakyatnya daripada keganasan (ii) Melindungi harta persendirian dalam perdagangan dan (iii) Menghalang penipuan (iv) Mencetak dan menguruskan penghasilan wang dan kuasa tanpa paksaan (v) Melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika


berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini Oleh: Amnah Nafisah Solehah Bt. Nazari John Dewey Latar Belakang Tokoh John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermon, Amerika Syarikat. Bapanya bernama Archibald Dewey dan ibunya bernama Lucina Artemisia Rich. Dewey memasuki sekolah umum Burlington pada masa kecil. Oleh sebab kecerdasannya dalam pelajaran, pada umur 15 tahun, beliau diterima memasuki Universiti Vermont dan mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1879. John Dewey memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik setelah mendapat tawaran oleh sepupunya supaya menjadi guru di Pennsylvania, Amerika Syarikat selama 2 tahun. Beliau kemudiannya kehilangan pekerjaan tersebut setelah sepupunya meletakkan jawatan sebagai pengetua di situ. Namun, beliau terus mengajar di sekolah persendirian di Vermont. Oleh sebab minat beliau yang tinggi dalam bidang falsafah dan psikologi, beliau kemudiannya memasuki Universiti John Hopkins di Maryland dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1884. Pada tahun yang sama beliau menjawat jawatan sebagai pembantu profesor di Universiti Michigan. Pada tahun 1888, Dewey menjadi Profesor Falsafah di Universiti Minnesota selama setahun. Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke Universiti Michigan dan mengajar di sana selama 5 tahun. Kerjaya pendidikannya terus berkembang. Pada tahun 1894, Dewey menjadi ketua jabatan falsafah di Universiti Chicago sehingga tahun 1904 serta menjadi pengarah di sekolah pendidikan di universiti tersebut selama 2 tahun. Pada tahun 1904, beliau menjadi profesor Falsafah di Universiti Columbia. Pada tahun 1930, Dewey telah bersara daripada kerjaya keguruannya dengan dikurniakan Profesor Emeritus dari Universiti Columbia. John Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952 di New York ketika berumur 92 tahun. Sumbangan Tokoh Menulis Buku dalam Pelbagai Bidang Pendidikan Buku-buku Dewey yang terkenal adalah seperti My Pedagogic Creed (1897), The Primary-Education Fetich (1898), The School and Society, The Child and the Curriculum


Democracy and Education Schools of Tomorrow (1915), Experience and Education (1938) dan lain-lain. Beliau menegaskan bahawa sekolah merupakan stitusi berlakunya reformasi sosial. Prinsip pendidikannya adalah mempercayai hawa setiap kanak-kanak harus diberikan peluang yang mencukupi dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar harus disedarkan tentang keupayaan kendiri dan potensi untuk berbakti kepada masyarakat. ertanggungjawab Menubuhkan Sekolah Eksperimen (Laboratory Schools) di Universiti Chicago pada tahun 1894 sekolah ini berperanan menjalankan kajian eksprimen atau praktikal tentang endidikan rendah yang lebih pragmatik. Hal ini demikian kerana Dewey mendokong teori Pragamtisme dalam Pendidikan serta reformasi pendidikan ang menyeluruh. Merupakan Presiden American Psychological Association (APA) pada 1899 dan American Philosophical Association pada 1905 ersatuan ini bertujuan bertukar pandangan antara ahli falsafah, menggalakkan karya kreatif dan penulisan akademik dalam falsafah, menjadi garis panduan penulisan profesional dalam falsafah dan psikologi serta menjadikan bidang lsafah dan psikologi sebagai cabang disiplin ilmu. Memperkenalkan Teori Pragmatisme dalam Falsafah Pendidikan eliau terkenal kerana memperkenalkan pendidikan progresif berdasarkan ngalaman pembelajaran sebagai sesuatu yang berharga. Teori Pragmatisme ini menekankan keperluan "learning by doing" dan pengetahuan sedia ada lam pembelajaran murid. Menurut beliau, murid belajar dengan lebih rmakna melalui pendekatan hands-on. Pelajar perlu mengadaptasi dengan persekitarannya dengan baik. Beliau menolak pendekatan teori Behaviourisme rana beranggapan teori ini tidak memadai untuk menerangkan proses embelajaran murid yang lebih kompleks. Beliau menganggap pelajar adalah ndividu yang aktif dalam pembelajaran. enekankan Interdisciplinary Curriculum, atau Kurikulum yang Menghubungkan Pelbagai Matapelajaran dalam Proses Pembelajaran ereka lajar bebas bergerak dalam persekitaran bilik darjah progresif. Falsafah beliau ini mempengaruhi model pembelajaran eksperimen seperti pembelajaran erasaskan projek (Project Based Learning), kemahiran penyelesaian masalah roblem Solving Skills) seperti yang dijalankan pada masa kini di bilik darjah. Oleh : Auni Qistina


MICHAEL FULLAN Michael Fullan adalah Pengarah Kepimpinan Global bagi New Pedagogies for Deeep Learning (NPDL) yang melaksanakan reformasi pendidikan dengan mandat untuk membantu mencapai tujuan pembelajaran bagi kanak-kanak di seluruh dunia. Beliau merupakan seorang penulis, speaker dan konsultan pendidikan. Beliau dikenali seantero dunia kerana kepakarannya dalam reformasi pendidikan dan telah banyak memberi konsultansi sekolah-sekolah, kumpulan guru, institut penyelidikan dan kerajaan. Latar Belakang Michael Fullan dilahirkan pada tahun 1940 di Toronto, Ontario. Pendidikan Fullan memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sosiologi dari University of Toronto. Kerjaya Fullan pernah bertugas sebagai guru siswazah, penyelidik dan pemimpin bagi program-program dalam perkhidmatan. Fullan juga merupakan bekas dekan Institut Pengajian Pendidikan Ontario (OISE), Universiti Toronto (1996). Beliau memberikan nasihat kepada pembuat dasar dan pemimpin tempatan di seluruh dunia agar menunjukkan kepimpinan dalam pendidikan. Beliau mengundurkan diri pada tahun 2003 sebagai dekan dan berkhidmat sebagai Profesor Emeritus. Fullan juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Dasar Khas dalam Pendidikan kepada Premier of Ontario (2004-2013). Jasa dan Sumbangan NPDL adalah perkongsian global yang bertujuan untuk melaksanakan tujuan pembelajaran mendalam (bermakna) dalam sistem pendidikan yang diaktifkan oleh pedagogi baru dan dipercepat oleh teknologi. NPDL digerakkan oleh empat elemen yang digabungkan untuk membentuk pedagogi baru iaitu perkongsian pembelajaran (learning partnership), persekitaran pembelajaran (learning environments), amalan pedagogi (pedagogical practices) dan pemanfaatan digital (leveraging digital). Di Malaysia konsep NPDL ini dikenali sebagai Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Sehingga lewat 1990-an, para pendidik dan penggubal dasar telah banyak membincangkan keperluan tentang kemahiran abad ke 21 iaitu critical thinking (pemikiran kritikal), creativity (kreativiti), communication (komunikasi) dan collaboration (kolaborasi). Michael Fullan menyatakan bagi kompetensi pembelajaran bermakna (deep learning competencies), murid perlu kepada Enam Kompentensi Global bukan hanya empat iaitu penambahan dua lagi Ccitizenship (kewarganegaraan) dan character education (pendidikan karektor). Fullan juga banyak membincangkan tentang teori perubahan dan antara penulisan berkaitannya ialah Change Theory- A force for School Improvement. Anugerah


Michael menerima Order of Canada pada Disember 2012 kerana pencapaiannya dalam bidang reformasi pendidikan, sarjana, guru, penulis dan penasihat kepada kerajaan Kanada. Beliau juga merupakan pemegang gelaran Doktor Kehormat dari beberapa universiti di Amerika Utara dan luar negara. Oleh : Wan Nur Farra Nieza


Click to View FlipBook Version