The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Mishkat, 2020-11-28 04:43:58

Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN
SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR

PENDIDIKAN KHAS
TINGKATAN 3

PENULIS
Shamsul Azahari bin Zainal Badari (Ph.D)

Mohd Roslan bin Rosnon (Ph.D)
EDITOR

Nor Ain Afifa binti Mohmmad Ridzuan
PEREKA BENTUK

Shofiah binti Mohd Zahdi
Nurazlina binti Hambal
ILUSTRATOR
Mohd Nizam bin Md. Isa

2018

No. Siri Buku: 0125 PENGHARGAAN

KPM2018 ISBN 978-967-2212-08-9 Penghasilan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2018 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:
• Jawatankuasa Penambahbaikan,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia.
mahupun dengan cara perakaman tanpa • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
kepada perkiraan royalti atau honorarium. dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Pendidikan Malaysia oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) • SMK Putrajaya Presint 14 (1), Putrajaya,
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Taman Desa Damai, Sungai Merab, • SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Bangi,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Selangor.
No. Telefon: 03-89258975 • SMK Dengkil, Sepang, Selangor.
No. Faksimile: 03-89258985 • SMK Seri Kundang, Rawang, Selangor.
Laman Web: www.arasmega.com • SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor.
• Kementerian Kesihatan Malaysia.
Reka Letak dan Atur Huruf: • Jabatan Warisan Negara, Kementerian
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Muka Taip Teks: Atlanta roman • Persatuan Ngajat Sarawak.
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin • Semua pihak yang terlibat secara
langsung dalam usaha menjayakan
Dicetak oleh: penerbitan buku ini.
Attin Press Sdn. Bhd.
No 8, Jalan Perindustrian PP4,
Taman Perindustrian Bukit Permai,
43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
Tel: 03-89390660
E-mel: [email protected]

ISI KANDUNGAN v
vi
PENDAHULUAN
PENERANGAN IKON 2
4
UNIT 1 MANUSIA 4
7
1.1 TUBUH MANUSIA 12
Kenali Bahagian Fizikal Tubuh Manusia 13
15
Ciri-ciri Fizikal Tubuh Manusia
Memerihalkan Fizikal Tubuh Manusia 16
Penilaian 18
Refleksi Diri 18
22
28
UNIT 2 HAIWAN 29

2.1 PEMBIAKAN HAIWAN 30
Kenali Cara Pembiakan Haiwan 32
Kepentingan Pembiakan Haiwan 32
Penilaian 35
Refleksi Diri 38
39
UNIT 3 TUMBUHAN 41

3.1 PEMBIAKAN TUMBUHAN 42
Kenali Pembiakan Tumbuhan
Cara-cara Pembiakan Tumbuhan 44
Cara Penjagaan Tumbuhan 44
Penilaian 49
Refleksi Diri 52
53
UNIT 4 PENGAWETAN MAKANAN

4.1 PENGAWETAN MAKANAN
Kenali Pengawetan Makanan
Kepentingan Pengawetan Makanan
Penilaian
Refleksi Diri

iii

UNIT 5 PETA 54
5.1 PETA TEMPATAN 56
Kenali Simbol pada Peta 56
Petunjuk pada Peta 59
Penilaian 61
Refleksi Diri 63

UNIT 6 KITAR SEMULA 64
6.1 KITAR SEMULA PLASTIK 66
Kenali Bahan Buangan daripada Plastik 66
Produk Kitar Semula Plastik 69
Penghasilan Produk Kitar Semula Plastik 70
Pameran Hari Kitar Semula Kebangsaan 72
Penilaian 74
75
Refleksi Diri
76
UNIT 7 SEJARAH KITA 78
7.1 SEJARAH SEKOLAH 78
Bercerita Tentang Sekolah 79
Kenali Sekolah 83
Penilaian 85

Refleksi Diri 86
88
UNIT 8 PEMIMPIN 88
8.1 PEMIMPIN MASYARAKAT SETEMPAT 89
Menamakan Pemimpin Masyarakat Setempat 92
Mengenali Pemimpin Masyarakat Setempat 95
Sumbangan Pemimpin kepada Masyarakat Setempat 97
Penilaian
98
Refleksi Diri 100
100
UNIT 9 WARISAN KITA 101
9.1 WARISAN TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA 107
Kenali Tarian Tradisional 110
Ciri-ciri Tarian Tradisional 112
Kepentingan Menghargai Tarian Tradisional
Penilaian 113
114
Refleksi Diri

RUJUKAN
INDEKS

iv

PENDAHULUAN

Buku teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan 3 ini
dihasilkan untuk pengajaran dan pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas. Buku ini ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Pendidikan Khas yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kandungan buku teks ini merangkumi bidang ilmu sains, geografi, sejarah
dan alam sekitar. Gaya penulisan dan cara pembelajaran dalam buku ini disusun
untuk mengembangkan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.
Buku ini mengandungi halaman rangsangan, kandungan, aktiviti dan latihan,
juga disertakan dengan sisipan yang menarik seperti unsur Glosari, Carian
Internet, Imbas Saya (Quick Response Code - QR Code), soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dan Celik Keusahawanan. Disediakan juga bahagian Penilaian,
halaman Refleksi dan elemen didik hibur dalam ruangan Jom Cuba.
Buku teks ini disediakan sebagai rujukan utama untuk pengajaran dan
pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Berpandukan buku ini, Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas mampu berdikari, boleh berkomunikasi dengan
masyarakat, tahu menghargai alam sekitar serta dapat menanam rasa cinta
akan negara.

v

PENERANGAN IKON

Pembahagian unit dalam buku yang Penilaian murid terhadap apa yang telah
disertakan dengan halaman rangsangan. dipelajari.

Pecahan unit yang lebih terperinci untuk Maklumat tambahan berkaitan
kefahaman murid. unit berkenaan.

Imbasan QR Code yang mengandungi Pendidikan awal keusahawanan
maklumat tambahan topik. kepada murid.

Menguji kefahaman murid yang merangkumi Aktiviti murid untuk memenuhi Standard
keseluruhan unit. Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Latihan setiap unit yang menguji dan CARIAN INTERNET
menilai kefahaman murid.
Mencari maklumat berkaitan di laman web.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Cadangan aktiviti pembelajaran dan
Menerangkan maksud sesuatu perkataan. pengajaran di dalam kelas.

9.1.2

Nombor Standard Pembelajaran yang
terkandung dalam DSKP.

vi

Unit 5

PETA

Unit 3 Unit 4 Unit 6 Unit 7

TUMBUHAN PENGAWETAN KITAR SEMULA SEJARAH KITA
MAKANAN

Unit 2 Unit 8

HAIWAN PEMIMPIN

Unit 1 TAJUK UNIT 9
PELAJARAN
MANUSIA WARISAN KITA

1

UNIT

1 MANUSIA

2

Peringkat tumbesaran manusia
adalah berbeza antara satu sama
lain. Apakah perbezaan fizikal yang
terdapat di antara setiap individu?

3

1.1 TUBUH MANUSIA

Tubuh merupakan bahagian fizikal manusia yang terdiri daripada kepala,
badan, tangan dan kaki.

Kenali Bahagian Fizikal Tubuh Manusia

Kepala Rambut Dahi
Mata
Badan dan Telinga Hidung
tangan Leher Mulut
Bahu
Dada
Jari

Perut Siku
Pinggang

Kaki

Lutut Peha
Betis

4

Bahagian Fizikal Tubuh Lelaki dan Perempuan Dewasa

Terdapat perbezaan di antara anggota fizikal lelaki dan perempuan apabila
memasuki peringkat dewasa.

Misai Janggut
Halkum

Payudara

Apakah perbezaan CARIAN INTERNET CELIK ILMU
bahagian fizikal lelaki
dan perempuan selain Cari maklumat tentang Lazimnya bentuk fizikal
yang dilabelkan pada tubuh manusia. tubuh perempuan adalah
gambar di atas? lebih kecil berbanding lelaki.

1.1.1 5

Berpandukan gambar anggota fizikal manusia, kenal pasti sembilan
perkataan dalam teka silang kata di bawah.

H L U T U T POH E K E
UGR KMA T AUKMA
MQA E H J R E B GON
UWM T I L I R A N A B
L P I UD I TAR I TU
U I S RUD S MN P I M
TOA I NA L B V E T L
Z C I L GM B U T E T U
S VHMXN I T L R R T
I L ZN L J R I J TUA
K B A H U Y U AW I G P
U T E L I NGA S GN I

6

Ciri-ciri Fizikal Tubuh Manusia

Fizikal tubuh manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Ciri-ciri yang
membezakan fizikal tubuh manusia ialah tinggi, berat, lilitan kepala dan
warna kulit.

1 Tinggi

Tinggi manusia mengikut peringkat tumbesaran:

• Bayi : Tumbesaran sangat cepat.
• Kanak-kanak : Tumbesaran sedikit perlahan berbanding bayi.
• Remaja : Ketinggian bertambah dengan cepat setelah akil baligh.
• Dewasa : Perubahan ketinggian manusia adalah malar.
• Tua : Pertumbuhan negatif.

Bayi Kanak-kanak Remaja Dewasa Tua

CELIK ILMU Dalam sebuah kelas, ketinggian setiap murid
berbeza walaupun mempunyai umur yang
Perempuan lebih cepat sama. Apakah faktor yang mempengaruhi
mencapai akil baligh perbezaan ketinggian? Bincangkan.
berbanding lelaki.
1.1.2 7

2 Berat

Berat berubah mengikut umur seiring dengan perubahan ketinggian.
Perubahan berat ketara antara peringkat kanak-kanak dan remaja.

Umur : 9 tahun Umur : 17 tahun
Peringkat : Kanak-kanak Peringkat : Remaja
Berat : 25 kg Berat : 56 kg
Tinggi : 110 cm Tinggi : 158 cm

CELIK ILMU

Gaya hidup yang sihat
membantu mengekalkan
berat yang ideal.

Aktiviti 1 Ukur Ketinggian dan Timbang Berat Badan

Tujuan: Mengukur ketinggian dan berat badan murid.

Peralatan: Alat ukur tinggi dan penimbang berat

Langkah-langkah:

1. Tiga orang murid ditempatkan dalam satu kumpulan.
2. Murid mengukur ketinggian dan menimbang berat badan rakan.
3. Lengkapkan jadual berdasarkan data yang diperoleh.

Nama murid Tinggi (cm) Berat (kg)

Nota Guru • Murid dibimbing untuk menyukat tinggi dan berat badan dengan

8 menggunakan alat yang sesuai.

3 Lilitan kepala 3
Perubahan ukuran lilitan kepala

manusia bermula selepas lahir
seiring dengan perkembangan otak.

Cara Mengukur Lilitan Kepala
12

Murid duduk di kerusi Lingkar pita pengukur Baca panjang ukuran
dan seorang murid lagi dari bahagian depan lilitan pada pita
berdiri untuk mengukur ke bahagian belakang pengukur.
lilitan kepala. kepala.

Aktiviti 2 Mengukur Lilitan Kepala

Tujuan: Mengukur lilitan kepala murid.

Peralatan: Pita pengukur

Langkah-langkah:

1. Tiga orang murid ditempatkan dalam satu kumpulan.
2. Murid mengukur lilitan kepala rakan dengan pita pengukur.
3. Lengkapkan jadual berdasarkan data yang diperoleh.

Nama murid Lilitan kepala (cm)

Nota Guru • Murid dibimbing untuk mengukur lilitan kepala dengan menggunakan alat 9

yang sesuai.

4 Warna Kulit CELIK ILMU

Setiap individu mempunyai warna kulit yang Rakyat Malaysia
berbeza. Perhatikan warna kulit murid-murid yang berbilang kaum
dalam gambar berikut. mempunyai pelbagai
warna kulit.

Aktiviti 3 Menentukan Kod Warna Kulit

Tujuan: Menentukan kod warna kulit murid.

Langkah-langkah:

1. Murid dibekalkan dengan carta kod warna kulit.
2. Murid membandingkan warna kulit mereka berdasarkan carta yang diberi.
3. Lengkapkan jadual di bawah.

Nama murid Kod warna kulit

Layari laman web https:// Layari laman web https://
arasmega.com/qr-link/video- arasmega.com/qr-link/kod-warna-
perbezaan-warna-kulit/untuk kulit/ untuk melihat video tentang
melihat kod warna kulit. warna kulit.

Nota Guru • Murid melabelkan kod warna kulit berdasarkan carta warna.

10

Aktiviti 4 Mengumpul Data Fizikal Tubuh Manusia

Tujuan: Menganalisis data dari Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3.

Langkah-langkah:

1. Murid mengumpul data ketinggian, berat, ukur lilit serta kod warna kulit
untuk semua murid di dalam kelas.

2. Kira BMI dengan menggunakan formula berikut:

BMI = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Lengkapkan jadual berdasarkan data yang diperoleh.

Nama murid Tinggi (cm) Berat (kg) BMI Warna kulit Ukur lilit (cm)

Jawab soalan di bawah berdasarkan maklumat di dalam jadual yang
telah dilengkapkan.
1. Siapakah murid yang paling tinggi?

2. Siapakah murid yang paling ringan?


3. Berapakah bilangan murid yang mempunyai BMI yang ideal (18.5 - 24.9)?


Layari laman web https://arasmega. CELIK ILMU
com/qr-link/bmi-calculator/ untuk
mengira berat badan yang sesuai Bacaan BMI membantu
dengan ketinggian. menentukan berat yang ideal
berdasarkan ketinggian seseorang.

Nota Guru • Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan.

11

Memerihalkan Fizikal Tubuh Manusia

Setiap individu berbeza dari segi fizikal tubuh. Baca maklumat tentang
ciri-ciri fizikal tubuh murid di bawah.

Nama saya Imran
bin Abdullah. Saya
mempunyai ketinggian
155 cm dan berat 50 kg.
Saya mempunyai BMI
yang ideal iaitu 23.44.

Saya mengamalkan
cara pemakanan

yang seimbang untuk
mengekalkan berat
badan yang ideal. Saya
juga aktif bersukan di

sekolah.

Saya sangat aktif
dalam olahraga
menyebabkan
kulit saya menjadi

sedikit gelap.

Nota Guru • Murid bercerita tentang fizikal tubuh mereka berdasarkan 1.1.3

12 aktiviti 4 pada muka surat 11.

1. Labelkan anggota badan dalam ruangan yang disediakan.

2. Lengkapkan ciri-ciri fizikal tubuh manusia.
Ciri-ciri
Fizikal

Tubuh Manusia

13

3. Labelkan peringkat tumbesaran manusia berdasarkan perbezaan
ketinggian mereka.

4. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan berat
antara individu. Tandakan (3) pada faktor yang betul.

Aktiviti harian
Cara pemakanan
Keturunan
Cara berjalan
Warna kulit

5. Nama murid Tinggi (cm) Berat (kg) Ukur lilit (cm) Warna kulit

Siti 140 55 53 Cerah
Aini 110 70 58 Sederhana
Ah Seng 160 70 55 Cerah
Swee Lan 100 45 50 Gelap

Berdasarkan maklumat jadual di atas, jawab soalan di bawah.

(a) Siapakah yang lebih tinggi antara Siti, Aini dan Ah Seng?


(b) Siapakah yang paling berat antara Siti, Aini dan Swee Lan?


(c) Berapakah bilangan murid yang berkulit cerah?



14

REFLEKSI DIRI

Tandakan (3) pada tahap penguasaan anda.

Ya Tidak

Pada akhir pembelajaran ini,

Saya boleh menamakan bahagian
fizikal tubuh sendiri.
Saya boleh mengenal pasti
bahagian fizikal tubuh manusia.
Saya boleh menerangkan
perbezaan antara bahagian fizikal
tubuh lelaki dan perempuan.
Saya boleh membezakan tubuh
manusia berdasarkan ketinggian,
berat badan, lilitan kepala dan
warna kulit.
Saya boleh menyatakan perbezaan
ciri-ciri fizikal tubuh manusia
mengikut jantina.
Saya boleh memerihalkan fizikal
tubuh manusia dengan tepat.

15

UNIT HAIWAN

2

16

Haiwan membiak dengan cara bertelur dan beranak.
Apakah cara pembiakan haiwan-haiwan di bawah?

17

2.1 PEMBIAKAN HAIWAN

Haiwan membiak untuk menambah bilangan dan mengekalkan spesiesnya.
Cara pembiakan haiwan adalah secara beranak dan bertelur.

Kenali Cara Pembiakan Haiwan

Haiwan yang Beranak
Haiwan bunting dalam tempoh tertentu sebelum melahirkan anaknya.
Gambar haiwan di bawah adalah contoh-contoh haiwan yang beranak.

Kucing Gajah Lembu

Kelawar Ikan paus Monyet

CELIK ILMU Layari laman web https://arasmega.
com/qr-link/video-beranak/ untuk
Tempoh gajah bunting adalah menonton video tupai beranak.
lebih kurang dua tahun.

18

Haiwan yang Bertelur

Haiwan yang bertelur biasanya menjaga atau mengeram telur sehingga
menetas. Sebahagian haiwan ini akan melindungi anak-anaknya sehingga
boleh berdikari.

Ayam Burung

Ikan Ular

Katak Penyu

Apakah perbezaan antara haiwan yang 2.1.1 19
bertelur dengan beranak?

Nota Guru • Murid memberikan contoh haiwan yang melahirkan anak dan

haiwan yang bertelur selain daripada haiwan di atas.

1. Padankan gambar haiwan induk dengan anaknya.

20

2. Berdasarkan gambar, kelaskan haiwan mengikut cara pembiakannya.

Ayam Kura-kura Itik Buaya Tenggiling

Kucing Ikan Kanggaru Zirafah Panda

Haiwan Beranak Haiwan Bertelur

1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.

Nota Guru • Murid membuat latihan dalam kumpulan.

2.1.2 21

Kepentingan Pembiakan Haiwan

1 Sumber Sesetengah haiwan dibiakkan untuk menjadi
makanan sumber makanan kepada manusia.

Telur rebus Ayam goreng Kari daging

Ikan goreng Kambing bakar Sambal udang
2 Punca
Hasil ternakan haiwan dapat dijual di pasaran
pendapatan dan menjadi punca pendapatan manusia.

Kulit

Daging Telur Susu Daging

Nota Guru • Murid memberi contoh hasil daripada haiwan lain dengan membuat

22 peta pokok dalam kumpulan.

3 Keseimbangan Pembiakan haiwan penting dalam mengekalkan
ekosistem keseimbangan ekosistem. Setiap kehidupan
menjadi sumber makanan kepada haiwan yang
lain. Keseimbangan ekosistem berlaku apabila
semua komponen dalam ekosistem berinteraksi
secara harmoni dan seimbang.

Sumber Belalang
makanan
Sumber
Tumbuh-tumbuhan makanan

Sumber Katak
makanan

Ular

GLOSARI

EKOSISTEM
Interaksi atau hubung kait antara benda hidup dan benda bukan hidup
dalam alam semula jadi.

Nota Guru • Murid berbincang tentang kepentingan pembiakan haiwan 2.1.3 23

dalam kumpulan.
• Murid melukis contoh rantai makanan dengan haiwan lain.

Gunting gambar berikut dan tampal dalam rantaian makanan di bawah.

Tampal di sini

Tampal di sini Tampal di sini

Tampal di sini

Nota Guru • Murid membuat latihan dalam salinan yang lain.

24

Aktiviti 1 Kraf Tangan daripada Kulit Telur

Tujuan: Membuat hiasan meja daripada kulit telur.

Peralatan dan bahan: Hasil
• Gunting, gam, berus lukisan, pen penanda hitam
• Kulit telur, warna air, kertas warna hijau

Langkah-langkah:

12 3

Warnakan kulit telur Lukis bentuk daun Sapu gam pada hujung
dengan warna merah
menggunakan berus pada kertas warna dan permukaan telur.
lukisan.
guntingkannya.

45 6

Lekat dan susunkan Bentukkan tangkai Lukis corak strawberi
kertas bentuk daun daripada kertas dan pada kulit telur.
yang telah digunting. gam pada strawberi.

Nota Guru • Murid diingatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan gunting.

25

Kucing Itik

1. Isikan jadual di bawah mengenai cara pembiakan kedua-dua haiwan.

Cara pembiakan

Contoh haiwan • Kucing • Itik
• •
• •
• •

2. Antara haiwan dalam jadual di atas, haiwan manakah yang boleh
menjana sumber pendapatan? Terangkan.





Nota Guru • Murid digalakkan memberi contoh-contoh haiwan yang lain. 2.1.4

26

Aktiviti 2 Cari dan Padan

Tujuan: Mengenal pasti jenis pembiakan haiwan.

Peralatan dan bahan:

• Pita pelekat
• 20 keping gambar
- 5 gambar haiwan induk yang beranak
- 5 gambar padanan anak untuk haiwan yang beranak
- 5 gambar haiwan induk yang bertelur
- 5 gambar padanan anak untuk haiwan yang bertelur

Langkah-langkah:

1. Guru menyorokkan gambar haiwan di dalam kelas tanpa
pengetahuan murid.

2. Setiap murid diminta mencari sekeping gambar sahaja.
3. Setelah menemui gambar, murid perlu berdiri di tengah kelas dan

membuat bunyi haiwan berkenaan.
4. Cari pasangan murid yang memegang gambar haiwan induk dengan

gambar anak haiwan tersebut.
5. Tampal gambar pasangan haiwan pada papan putih kelas

berdasarkan cara pembiakan.

Nota Guru • Murid melakukan aktiviti di dalam kelas. 27

Lengkapkan carta berikut.

Cara Pembiakan
Haiwan

Beranak Bertelur

Contoh: Contoh:
• •
• •
• •

Kepentingan
Pembiakan

Haiwan
kepada Manusia

28

REFLEKSI DIRI

Tandakan (3) pada tahap penguasaan anda.

Ya Tidak

Pada akhir pembelajaran ini,

Saya tahu menamakan haiwan
yang beranak dan bertelur.
Saya boleh mengelaskan haiwan
yang membiak secara beranak dan
bertelur.
Saya boleh membezakan jenis
haiwan yang membiak secara
beranak dan bertelur.
Saya boleh mengenal pasti induk
dan anak haiwan yang bertelur
dan beranak.
Saya boleh menerangkan
kepentingan pembiakan haiwan.
Saya boleh mengaitkan
pengetahuan dan kepentingan
pembiakan haiwan.

29

UNIT TUMBUHAN

3

30

Tumbuh-tumbuhan perlu membiak
untuk mengekalkan spesiesnya.
Terdapat beberapa cara pembiakan
tumbuhan. Apakah cara pembiakan
tumbuh-tumbuhan yang anda tahu?

31

3.1 PEMBIAKAN TUMBUHAN

Kenali Pembiakan Tumbuhan

Tumbuhan boleh dibiakkan dengan pelbagai cara, antaranya adalah
melalui biji benih dan keratan batang.

Cili

Tumbuhan
yang
Padi dibiakkan Labu

dengan
biji benih

Jagung Tembikai

32 Tomato

Tebu

Bunga kertas Tumbuhan Kesum
yang dibiakkan

dengan
keratan batang

Bunga raya Ubi kayu

CARIAN INTERNET Bunga ros

Cari maklumat CELIK ILMU
mengenai cara
pembiakan tumbuhan. Selain pembiakan melalui biji benih dan keratan batang,
tumbuhan juga dibiakkan dengan cara menggunakan
Bincangkan ciri-ciri daun, spora dan batang rayap.
tumbuhan yang
membiak melalui Setawar Paku pakis Strawberi
biji benih dan
keratan batang.

Nota Guru • Murid berkongsi maklumat tentang tumbuhan lain yang membiak 33
dengan cara yang sama dari kawasan persekitaran.
3.1.1

1.

Perhatikan gambar di atas dan jawab soalan berikut.

(a) Namakan cara pembiakan tumbuhan di atas.

(b) Namakan tiga jenis tumbuhan yang dibiak seperti cara pembiakan

di atas?
i.
ii.
iii.

2. Cari maklumat daripada Internet tentang cara pembiakan tumbuhan
yang tersenarai di bawah. Kelaskan sama ada pembiakan tumbuhan
tersebut melalui biji benih atau keratan batang.

Betik Ubi kayu Pokok ati-ati Bendi Durian

Tebu Mangga Daun selom Timun Bunga orkid

Biji benih Keratan batang

i. i.
ii. ii.
iii. iii.
iv. iv.
v. v.

Nota Guru • Murid menggunakan carian Internet dengan bimbingan guru.

34

Cara-cara Pembiakan Tumbuhan

Biji Benih

Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benih. Antara agen
penyebaran biji benih adalah seperti berikut:

Haiwan Angin

Serangga Agen penyebaran Air
biji benih

Keratan Batang

Pembiakan secara keratan batang dilakukan dengan tiga cara iaitu keratan
kayu lembut, keratan kayu sederhana keras dan keratan kayu keras.

Keratan kayu lembut Keratan kayu Keratan kayu keras
sederhana keras

Semua daun Daun di Semua daun
tidak dibuang bahagian dibuang
bawah dibuang
Contoh pokok: Contoh pokok:
Contoh pokok:

Pokok ati-ati Pokok bunga raya Pokok angsana

Nota Guru • Murid menonton video cara penyebaran biji benih dan 35
keratan batang.
3.1.2

Aktiviti 1 Menanam Biji Benih Pokok Cili

Tujuan: Mempelajari cara pembiakan
tumbuhan melalui biji benih.

Peralatan dan bahan: CELIK ILMU

• Pasu, sudip tangan, botol penyembur air, Medium semaian ialah
sarung tangan campuran tanah loam,
bahan organik dan pasir.
• Medium semaian, air, biji benih pokok cili
3
Langkah-langkah: 2
1

Masukkan medium Buat lubang pada Masukkan beberapa
biji benih ke dalam
semaian ke dalam pasu. medium semaian lubang.

menggunakan jari. 6

45

Tutup lubang tersebut Siram biji benih setiap Label tarikh semaian
dengan medium hari dan letakkan di dan nama pokok.
semaian. tempat redup.

Nota Guru • Murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.
• Murid merekodkan aktiviti dan hasil pertumbuhan pokok dalam
36 buku skrap. 3.1.3

Aktiviti 2 Menanam Keratan Batang Pokok Bunga Raya

Tujuan: Mempelajari cara pembiakan tumbuhan melalui keratan batang.

Peralatan dan bahan:
• Pasu, gunting pemotong tanaman, sarung tangan, botol penyembur air
• Medium semaian, air, keratan batang bunga raya

Langkah-langkah:

123

Potong batang pokok Buangkan daun pada Masukkan medium
secara menyerong bahagian bawah semaian ke dalam pasu.
menggunakan gunting keratan batang.
pemotong tanaman.

4 56

Masukkan keratan Siram keratan batang Label tarikh semaian
batang ke dalam pasu. dan pastikan tanah dan nama pokok.
sentiasa lembap
setiap hari.

37

Cara Penjagaan Tumbuhan

Pokok yang ditanam perlu dijaga dengan cara yang betul dan teliti.

1 Mengawal pencahayaan 2 Menyiram

Anak pokok diletakkan Siram pokok yang disemai
di bawah teduhan untuk setiap hari, tetapi tidak
mengelakkan cahaya secara berlebihan.
matahari yang terik.
4 Membaja
3 Menjarakkan pokok

Pokok mestilah dijarakkan Bubuh baja untuk
untuk pengudaraan yang menggalakkan pertumbuhan
baik dan mengelakkan pokok secara sihat.
persaingan.
Racun pokok dua kali
5 Meracun sebulan untuk mengelakkan
serangan serangga.

Nota Guru • Murid diingatkan tentang cara-cara pengendalian racun 3.1.4

38 serangga dengan selamat.

1. Lengkapkan carta di bawah.

Cara
Pembiakan
Tumbuhan

Biji benih Keratan
Contoh: batang

Contoh:

Menyiram

Cara Penjagaan
Tumbuhan

Membaja

39

2. Namakan bahagian keratan batang di bawah yang digunakan untuk
pembiakan tumbuhan berikut.

3. Namakan cara pembiakan tumbuhan berdasarkan gambar di bawah.


Jawapan:
4. Tandakan (3) pada penyataan yang betul dan tandakan (7) pada

penyataan yang salah.
Pokok yang disemai perlu diletakkan di tempat
panas terik.
Jarak pokok perlu disesuaikan untuk pengudaraan
yang baik.
Anak pokok yang disemai perlu disiram setiap hari.
Nota Guru • Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan.

40

REFLEKSI DIRI

Tandakan (3) pada tahap penguasaan anda.
Ya Tidak

Pada akhir pembelajaran ini,

Saya boleh menamakan tumbuhan
yang dibiakkan melalui biji benih.
Saya boleh menamakan tumbuhan
yang dibiakkan melalui keratan
batang.
Saya boleh menyatakan cara
membiakkan tumbuhan.
Saya boleh melakukan proses
membiak dan menjaga tanaman
yang dibiakkan dengan betul.
Saya boleh menerangkan
mengenai cara-cara tumbuhan
dibiakkan dan dijaga.
Saya boleh membezakan cara
membiakkan tumbuhan dan cara
menjaganya.

41

UNIT PENGAWETAN
MAKANAN
4

42


Click to View FlipBook Version