The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wongjowopp, 2021-09-06 01:35:56

ramadan

panduan asas

PENGENALAN

Ramadan, bulan yang paling dirindukan umat Islam seluruh dunia. Bulan yang di
dalamnya terkandung pelbagai ibadah dan amalan yang digandakan pahalanya.
Bulan yang diwajibkan untuk umat Islam berpuasa.
Puasa pada bulan Ramadan adalah latihan yang sangat besar kepada setiap umat
Islam seluruh dunia. Bulan Ramadan adalah satu madrasah bagi mendidik jiwa dan
nafsu agar menjadi lebih baik.

PENGERTIAN PUASA

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa bermula dari waktu terbit fajar sadiq hingga terbenam
matahari.

1

DALIL PENSYARIATAN PUASA

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. “

( Surah Al – Baqarah : Ayat 183 )

SYARAT WAJIB PUASA

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Mampu berpuasa ( tidak diwajibkan bagi orang yang sakit )

2

RUKUN PUASA

1. Niat
2. Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa.

KAEDAH BERNIAT

- Hendaklah berniat untuk berpuasa sebelum terbit fajar atau sebelum masuk waktu
solat Subuh (ketika hendak bersahur).
- Cara terbaik adalah berniat puasa pada waktu malam. Boleh berniat selepas waktu
maghrib, selepas solat tarawih atau sebelum tidur.
- Tempoh niat puasa adalah di antara waktu solat Maghrib hingga waktu Solat Subuh.

Info Tambahan :
Para ulama telah mempermudahkan kaedah niat bagi puasa wajib dan puasa sunat. Jika
puasa pada bulan Ramadan,niat mestilah pada waktu malam sehingga sebelum terbit
fajar (masuk waktu solat Subuh). Manakala bagi puasa sunat, diharuskan berniat
sebelum gelincir matahari (sebelum masuk waktu solat Zuhur).

3

INFO GRAFIK

4

5

PERKARA – PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga perut.
4. Berjimak.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Haid.
7. Nifas dan Wiladah.
8. Gila.
9. Murtad

PERKARA – PERKARA YANG MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

1. Keterlaluan ketika berkumur semasa wuduk.
2. Bersugi/memberus gigi selepas waktu Zuhur.
3. Memenuhkan masa dengan aktiviti yang melalaikan.
4. Tidur yang telalu kerap.
5. Berbekam.
6. Bercakap perkara yang sia – sia.
7. Mengumpul air liur dengan banyak kemudian menelannya.

6

PERKARA – PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

1. Bersahur.
2. Melewatkan sahur (10 – 30 minit sebelum masuk waktu solat Subuh).
3. Meninggalkan aktiviti yang kurang berfaedah dan melalaikan.
4. Solat sunat tarawih.
5. Tadarus Al-Quran.
6. Menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.
7. Segera berbuka apabila masuk waktu.
8. Berbuka dengan buah Tamar.
9. Memperbanyakkan amalan sedekah.
10. Iktikaf di masjid.
11. Memperbanyakkan ibadah solat malam (solat sunat Tahajud,solat sunat
tasbih,solat sunat Taubat dan lain-lain solat sunat)
12. Menonton rancangan/program keagamaan seperti ceramah agama dan sebagainya.

7

SOLAT SUNAT TARAWIH

Antara keistimewaan bulan Ramadan adalah solat sunat Tarawih. Solat
sunat Tarawih adalah solat sunat yang hanya dilaksanakan pada bulan Ramadan sahaja
dan tidak boleh dilakukan dalam bulan lain. Solat sunat Tarawih adalah solat sunat
yang dilakukan di waktu malam dalam bulan Ramadan sesudah melakukan solat Isyak.

Pengertian Tarawih ( ‫ )تراوح‬adalah rehat. Ini kerana adanya rehat setiap
kali selesai empat rakaat. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda menunaikan solat
empat rakaat pada waktu malam,kemudian baginda berehat. Begitu jugalah amalan
yang dilakukan generasi awal Islam.

Di Malaysia, solat sunat Tarawih kebiasaannya dilakukan sebanyak 8
hingga 20 rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam dan diakhiri dengan solat sunat
Witir.

8

BILANGAN RAKAAT SOLAT SUNAT TARAWIH

Sebenarnya, tidak ada nas atau dalil berkaitan ketetapan bilangan solat sunat
Tarawih. Rasulullah SAW tidak menetapkan bilangan rakaat solat Tarawih.

Ini kerana,pendapat yang mengatakan 8 rakaat berdasarkan riwayat Aisyah
R.H.A yang menyatakan Rasulullah SAW tidak pernah menambah pada bulan Ramadan atau
bulan selain Ramadan lebih daripada 11 rakaat.

Pendapat yang mengatakan 20 rakaat juga ada dalilnya iaitu pada zaman Umar
al – Khattab R.A,solat sunat Tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat malah solat sunat tarawih
juga pernah dilakukan sebanyak 36 rakaat pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dan ia juga
amalan penduduk Madinah pada waktu itu.

Kebanyakan masjid di Malaysia mengamalkan solat sunat Tarawih 20 rakaat dan
ada juga yang melakukan sebanyak 8 rakaat.

Oleh itu, solat tarawih boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing .
Ini kerana yang menjadi keutamaan adalah tunaikanlah Solat sunat Tarawih kerana ia
merupakan satu bentuk kaedah bagi mengamalkan sunnah Rasulullah SAW agar
menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah. Solat sunat Tarawih juga boleh dilakukan
secara bersendirian atau berjemaah.

9

PANDUAN RINGKAS SOLAT SUNAT TARAWIH

Lafaz niat solat sunat Tarawih :

* Niat di atas adalah lafaz niat untuk makmum, jika solat bersenderian, tidak perlu
‫مأموما‬, ‫مأموما‬menyebut kalimah
dan jika menjadi imam, gantikan kalimah dengan

kalimah ‫ إماما‬.

10

BACAAN SOLAT SUNAT TARAWIH MENGIKUT GARIS PANDUAN JAKIM

Selepas membaca surah al – Fatihah pada tiap – tiap rakaat solat sunat Tarawih
ini, dibaca surah – suirah tertentu :

Dari malam 1 hingga 15 Ramadan pada setiap rakaat pertama :

1 Surah Al – Takathur
2 Surah Al – Asr
3 Surah Al – Humazah
4 Surah Al – Fil
5 Surah Al - Quraisy
6 Surah Al – Ma’un
7 Surah Al - Kautsar
8 Surah Al - Kafirun
9 Surah An - Nasr
10 Surah Al - Lahab

Pada setiap rakaat kedua pula, bacalah surah Al – Ikhlas.

11

BACAAN SOLAT SUNAT TARAWIH MENGIKUT GARIS PANDUAN JAKIM

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan pada setiap rakaat pertama, bacalah surah Al – Qadr.

Pada setiap rakaat kedua pula, bacalah surah seperti yang dibaca pada rakaat pertama
malam 1 hingga 15 Ramadan :

1 Surah Al – Takathur
2 Surah Al – Asr
3 Surah Al – Humazah
4 Surah Al – Fil
5 Surah Al - Quraisy
6 Surah Al – Ma’un
7 Surah Al - Kautsar
8 Surah Al - Kafirun
9 Surah An - Nasr
10 Surah Al - Lahab

12

INFO TAMBAHAN

- Panduan bacaan surah – surah tersebut adalah untuk memudahkan kiraan rakaat dan
merupakan surah yang biasa dibaca serta menjadi amalan masyarakat di Malaysia.
- Walaubagaimanapun, pemilihan mana – mana surah lain tidak menjadi masalah.
- Bagi yang mampu dan menghafaz al –Quran, digalakkan membaca surah yang panjang.
- Bagi yang krurang mampu pula, tidak menjadi masalah jika hendak membaca surah – surah
lazim dan pendek. Ini bertepatan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al – Muzammil
ayat ke – 20 yang bermaksud : “ Maka bacalah apa yang mudah daripada Al- Quran “.

13

AKTIVITI

CHECKLIST RAMADAN
( UNTUK KANAK – KANAK )

Warnakan kotak – kotak mengikut jam adik – adik berpuasa. Cuba 14
tambahkan kotak warna setiap hari. Minta tolong ibu bapa untuk

panduan mengisi.
Selamt mencuba. Tahniah bagi yang berpuasa penuh.

Rujuk muka surat seterusnya

RAMADAN PAGI PETANG
( HARI )
7.00 – 8.30 8.30 – 10.00 10.00 – 11.30 11.30 – 1.00 1.00 – 2.30 2.30 – 4.00 4.00 – 5.30 5.30 – 7.00

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

RAMADAN PAGI PETANG
( HARI )
7.00 – 8.30 8.30 – 10.00 10.00 – 11.30 11.30 – 1.00 1.00 – 2.30 2.30 – 4.00 4.00 – 5.30 5.30 – 7.00

16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

AKTIVITI
CHECKLIST RAMADAN
( UNTUK REMAJA DAN DEWASA)

15

HARI AMALAN SEPANJANG BERPUASA

SOLAT FARDHU 5 BERSAHUR SOLAT SUNAT TADARUS BACAAN ILMIAH / ZIKRULLAH/ SOLAT SUNAT QIAMULLAIL
WAKTU DHUHA AL- QURAN MENONTON MA’THURAT/S TARAWIH
CERAMAH EDEKAH
AGAMA

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

HARI AMALAN SEPANJANG BERPUASA

SOLAT FARDHU 5 BERSAHUR SOLAT SUNAT TADARUS BACAAN ILMIAH / ZIKRULLAH/ SOLAT SUNAT QIAMULLAIL
WAKTU DHUHA AL- QURAN MENONTON MA’THURAT/S TARAWIH
CERAMAH EDEKAH
AGAMA

16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

PENUTUP

Tahun ini, suasana Ramadan amat berlainan sekali buat seluruh umat Islam di
dunia terutama di negara kita apabila kita diuji dengan wabak Covid-19. Walau apa pun
ujian yang berlaku, sudah pasti ada hikmah yang ALLAH SWT telah aturkan untuk hamba-
Nya. Dengan ujian yang berlaku ini, semoga kita dapat menghidupkan suasana Ramadan di
rumah kita serta menambahkan lagi amal ibadah kita sepanjang bulan mulia ini.

Nota ringkas ini hanyalah sedikit panduan berpuasa buat murid-murid sekolah
rendah. Carilah buku – buku dan rujuklah ustaz-ustaz serta tontonlah rancangan ceramah –
ceramah agama untuk menambahkan ilmu berkaitan Ramadan.

16

BIBILIOGRAFI

1. Al – Quran al – Karim.
2. Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Terjemahan Fiqh Manhaji.
3. Dr. Engku Ahmad Zaki (2010), Ramadan Bulan Kegembiraan Orang Mukmin. Kuala Lumpur :

Mustread Sdn Bhd.
4. Dato’ Hj. Ismail Kamus, Mohammad Nidzam Abdul Kadir (2008), Soal Jawab Remeh Temeh

Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn Bhd.
5. Abu Ezzat Al – Mubarak (2010), Bimbingan Solat Tarawih. Selangor : Al Hidayah

Publicatons.

17


Click to View FlipBook Version