20/12/2022
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2-4
3 Objektif kajian 5
KAJIAN KES 7
4 Kawasan kajian 8
5 Kaedah kajian 9-12
6 Hasil kajian
- Definisi teknologi hijau
- Jenis dan contoh teknologi hijau
- Kepentingan teknologi hijau
- Punca-punca amalan teknologi hijau tidak
diterapkan
- Langkah-langkah yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan teknologi hijau
7 Rumusan 13
8 Rujukan 14
9 Lampiran 15-20
- Contoh teknologi hijau di Kawasan kajian
- Temu bual Bersama sumber
- Analisis & hurainan soal selidik
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,
iaitu Cikgu Hanifah Binti Jamaluddin yang memberikan segala bimbingan dan
bantuan. Teguran dan nasihat beliau telah membantu saya dan rakan-rakan
sekelas saya untuk menyempurnakan tugasan ini.
Saya juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, Encik
Hooi Sai Kit dan Puan Chow Swee Keng yang telah memberikan saya sokongan
dan sanggup mengorbankan masa mereka untuk mengumpul maklumat tentang
teknologi hijau di Kawasan kajian yang saya kaji.
Penghargaan yang banyak juga saya ingin menyampaikan kepada rakanrakan
sekelas saya kerana telah memberi saya pendapat dan idea masingmasing.
Sekian, terima kasih.
1
PENDAHULUAN
Saya, Khloe Hooi merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Sultan Ismail. Saya
telah memilih tajuk Amalan Teknologi Hijau kerana tajuk ini memudahkan saya
untuk membuat pemerhatian dan tinjuan serta membuat rujukan daripada
laman sesawang dan buku-buku yang berkaitan.
Kawasan kajian saya ialah Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor kerana ianya
merupakan Kawasan tempat tinggal saya. Empat objektif telah ditetapkan bagi
saya mencapai untuk melengkapkan kerja lapangan saya iaitu:
a. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
b. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor
c. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
d. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
e. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh
dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai
Saya menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik,
dan kaedah rujukan. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.
2
PERANCANGAN KERJA
BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
1 7/12//2022 Menghadiri taklimat yang 1. Bersama rakan-rakan
dijalankan oleh sekelas
guru mata pelajaran
Geografi berkaitan
dengan penulisan
tugasan Kerja Lapangan
ini menerusi Pdpr.
2 9/12/2022 Membuat 2. Dengan
persediaan awal menggunakan
dan merancang Microsoft
jadual kerja dengan Word
teratur.
3 9/12/2022 Mengenal pasti objektif 3. Berbincang dengan
kajian dan menentukan 3 orang rakan
kaedah kajian yang sesuai
4 16/12/2022 Menyediakan borang soal selidik. 4. Dengan menggunakan
google forms
5 16/12/2022 Mula mengumpulkan 5. Melayari wikipedia
maklumat daripada dan sebagainya
pelbagai sumber
seperti internet, buku
teks, buku rujukan,
majalah dan akhbar.
6 17/12/2022 Mendapatkan respoden di 6. Menghantar borang
kawasan kajian soal selidik kepada para
berkaitan dengan AMALAN penduduk
TEKNOLOGI
HIJAU yang boleh dilakukan.
7 17/12/2022 Menganalisis maklumat yang 7. Cikgu Hanifah
telah diperolehi memberikan cadangan
ke dalam bentuk peta dan untuk dinambahbaikan
tafsiran dengan
3
bimbingan dan tunjuk ajar guru
mata pelajaran Geografi, Cikgu
Hanifah
8 17/12/2022 Mengenal pasti takrif dan konsep 8. Bertemu bual sesama
TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan Cik Fariani
di kawasan kajian.
9 17/12/2022 Menjelaskan amalan 9. Bincang
berkonsepkan TEKNOLOGI bersama rakan
HIJAU dan contoh produk atas talian
yang sesuai dilakukan di
kawasan kajian. 10. Melayari internet
sebagai rujukan
10 17/12/2022 Mencadangkan strategi dan
langkahlangkah
bagi menjayakan AMALAN
TEKNOLOGI
4
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat di Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor bertujuan untuk :
a. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
b. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor
c. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
d. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
e. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
5
KAJIAN KES
TAMAN EKOFLORA 1,
JOHOR BAHRU,
JOHOR
6
KAWASAN KAJIAN
Kawasan Taman Ekoflora 1 terletak di Seri Austin. Kawasan ini terletak di
bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Hartanah Kawasan
tersebut adalah Eco Springs Development Sdn.Bhd yang berada dalam Eco
World Development Group Berhad. Kawasan ini akan dilengkapkan pada tahun
2023 dan mempunyai 460 unit rumah. Terdapat juga pusat perdagangan
berdekatan awasan ini, iaitu Eco Palludium yang merupakan pusat
membelibelah. Selain itu, objektif Kawasan ini adalah untuk membina sebuah
Kawasan perumahan yang mesra alam.
7
KAEDAH KAJIAN
Penghasilan kajian yang lengkap dan tepat memerlukan penentuan kaedah
kajian yang sangat penting dalam kajian tersebut. Melalui kaedah-kaedah
tersebut, maklumat yang diperolehi berkaitan dengan tajuk kajian akan
diperolehi dengan lebih senang. Oleh itu, berikut merupakan antara kaedah
yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini:
1. Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah ini dengan membuat pemerhatian tentang
petempatan di Kawasan kajian saya. Saya telah melawat ke Kawasan
kajian saya untuk mengenalpasti jenis-jenis teknologi hijau yang terdapat
di sini.
2. Soal Selidik
Saya telah menyediakan borang soal selidik menggunakan ‘google form’
kepada penduduk-penduduk yang rela mengisinya. Saya telah
menyediakan boring tersebut supaya mempunyai maklumat yang
diperlukan untuk meneruskan kajian ini.
3. Rujukan
Sebagai orang yang baru dalam menjalankan kajian lapangan seperti ini,
saya telah menggunakan pelbagai rujukan seperti laman web, buku
rujukan, majalah dan sebagainya.
4. Temu bual
Saya telah bertemu bual dengan jiran saya, Cik Fariani yang merupakan
seorang sumber bagi kajian ini untuk mengetahui amalan Teknologi
Hijau yang sering diterapkan di Kawasan kajian.
8
HASIL KAJIAN
1. Istilah Teknologi Hijau
Wikipedia
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa
keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada
teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil
kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Antara ciri-ciri tersebut
adalah boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R, penghasilan produk
telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian
manusia dan persekitaran.
Buku teks mata pelajaran Geografi Tingkatan 2
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan system
untuk memelihara dan memelihara alam sekitar serta sumber semula
jadi. Aplikasi teknologi hijau sexlaras dengan konsep pembangunan
lestari. Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejasan keperluan generasi masa depan. Matlamatnya
adalah untuk melindungi ekosistem semula jadi dan meningkatkan tahap
kesihatan dan kehidupan.
2. Jenis dan contoh teknologi hijau
Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik, antara jenis teknologi
hijau yang didapati :
9
Produk biodegradasi
Produk biodegradasi adalah produk yang mudah kompos, sumber
daripada bahan kitar semula dan teknologi hijau. Sebagai contoh,
penduduk-penduduk boleh menggunakan bag plastik
biodegradasi yang lebih mesra alam berbanding dengan beg
plastik biasa.
Panel solar
Panel solar juga dikenali sebagai panel suria berfungsi untuk
menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menghasilkan
tenaga elektrik atau haba. Panel solar dibina bagi semua unit rumah
di Kawasan kajian.
Tuai hujan
Penduduk-penduduk setempat boleh menggunakan tuai hujan
untuk basuh kereta, basuh lantai, siram pokok dan sebagainya. Hal
ini penting bagi menjimatkan air supaya pembaziran air tidak
berlaku
3. Kepentingan amalan teknologi hijau dalam kalangan
penduduk
Amalan ini teknologi hijau ini amat penting dalam kalangan
penduduk terutamanya dapat meningkatkan kualiti hidup dan
kemudahan infrastruktur tempatan. Para penduduk akan berasa
lebih selesa dan kesihatan penduduk-penduduk juga akan
meningkat. Selain itu, kualiti udara bukan sahaja akan meningkat,
tetapi peningkatan suhu dan bunyi juga akan mengurang.
10
Selain itu, Amalan teknologi hijau juga merupakan faktor
yang dapat meningkatkan tahap kesihatan kesihatan diri. Hal ini
kerana amalan teknologi dapat menambahbaikan sekeliling kita
agar kita dapat berhidup sejahtera yang selamat untuk kesihatan
kita.
Di samping itu, amalan ini dapat melambatkan proses
perubahan cuaca. Ini akan menyebabkan pelepasan gas rumah
hijau untuk mengurang. Oleh itu, masalah pemanasan global juga
akan dikurangkan.
4. Punca-punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
Berdasarkan kajian yang saya kaji, punca utama amalan tenologi hijau
tidak diterapkan adalah kekurangan pengethahuan tentang teknologi
hijau. Sebahagian penduduk mempunyai kurang kefahaman dalam hal ini.
Hal ini kerana teknologi hijau masih berada difasa awal dan masih banyak
yang perlu dibuat.
Selain itu, punca seterusnya adalah untuk kemudahan diri. Bagi
sebaahagian penduduk, amalan ini amat menyusahkan dan tidak
memudahkan rutin kehidupan mereka
Di samping itu, kekurangan wang juga merupakan punca yang sering
mempengaruhi terapan amalan ini. Amalan Teknologi hijau
berkemungkinan akan menambah bajet kehidupan bagi sestengah
penduduk yang berkurangan wang.
Akhir sekali, punca yang berkemungkinan adalah kekurangan
penguatkuasa. Pihak berkuasa boleh menguatkuasakan undang-undang
supaya amalan ini dapat diamalkan
11
5. Langkah-langkah bagi menjayakan amalan teknologi hijau di
kalangan penduduk
Bagi menjayakan amalan teknologi hijau supaya semua
penduduk boleh mengamalkannya, kita haruslah melakukan beberapa
langkah-langkah. Terutamanya, pihak berkuasa boleh menganjurkan
sebuah kempen berkitan dengan teknologi hijau. Hal ini kerana kempen
tersebut memupuk penduduk-penduduk untuk mengamalkan amalan
teknologi hijau.
Seterusnya, pihak berkuasa boleh menguatkuasakan undang-undang
supaya lebih ramai penduduk akan menerapkan amalan ini. Berdasarkan
pelbagai kajian di laman web, penguatkuasaan undang-undang merupakan
langkah yang paling efektif dalam menjayakan sesebuah amalan.
Di samping itu, pihak berkuasa juga boleh menghasilkan poster tentang
cara-cara dan kepentingan mengamalkan amalan teknologi hijau untuk
meningkatkan kesedaran tentang hal ini. Poster-poster dapat memberikan
maklumat yang diperlukan untuk memahami amalan teknologi hijau dengan
lebih dalam.
Pihak berkuasa boleh menjemput pakar-pakar teknologi hijau untuk
memberikan ceramah kepada penduduk tentang kepentingan dalam
mengamalkan amalan ini untuk menambahkan pengetahuan tentang teknologi
hijau. Strategi tersebut membolehkan penduduk-penduduk mengamalkan
amalan ini dengan cara yang betul dan efisien tanpa menggunakan kos yang
tinggi.
12
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya
mendapati beberapa sumber yang berkaitan dengan teknlogi hijau di
Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor. Kajian ini telah membantu saya
memahami dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan sekiranya
amalan teknologi tidak diamalkan. Antara kesan yang dapat dilihat ialah
berlakunya pencemaran. Pencemaran boleh berlaku dari segi udara atau
air. Langkah dan strategi yang bijaksana dan sistematik ialah dengan
mengamalkan amalan teknologi hijau dan penguatkuasaan undangundang.
Dengan itu, saya berharap ksan-kesan negatif yang akan berlaku
sekiranya amalan ini tidak diamalkan akan dikurangkan di Taman
Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor dan akan menjadi lebih bersih dan mesra
alampada masa yang akan datang.
13
RUJUKAN
I. Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
https://app.pandai.org/note/read/gf-08-05-
02/kssm-f2-gf-05-02/teknologi-hijau
II. Buku Teks
Geografi Tingkatan 2, IMS BOOKS TRADING
SDN.BHD
Penulis: Kang Chai Yang/ Zulkipli B ismail/ Rajanderan
Subramaniam
14
LAMPIRAN
- GAMBAR PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
KAJIAN
15
Temu bual Bersama Sumber
Khloe: Selamat sejahtera Cik Fariani.
Cik Fariani: Selamat sejahtera Khloe.
Khloe: Hari ini saya ingin bertemu bual dengan cik untuk mendapat
informasi tentang teknologi hijau untuk melengkapkan kerja lapangan mata
pelajaran Geografi saya.
Cik Fariani: Baiklah.
Khloe: Pada pendapat cik, apakah yang dimaksudkan dengan teknologi
hijau?
Cik Fariani: Pada pendapat saya, teknologi hijau adalah penggunaan
produk yang tidak mencemarkan alam sekitar.
Khloe: Baiklah. Selanjutnya, menurut anda, apakah punca sebahagian
penduduk terhalang daripada amalan teknologi hijau?
Cik Fariani: Hmm, kemungkinan sebahagian penduduk itu tidak sedar
tentang kepentingan dan faedah teknologi hijau.
Khloe: Kalau begitu, bolehkah cik memberikan cadangan untuk mengatasi
masalah ini??
Cik Fariani: Boleh. Pihak berkuasa mungkin boleh menghasilkan media
social untuk meningkatkan kesedaran tentangnya. Ataupun, mereka boleh
menganjurkan ceramah bagi menambahkan ilmu penduduk tentang amalan
ini.
Khloe: Wah, bagusnya cadangan cik. Ada satu lagi soalan saya perlu tanya,
apakah contoh amalan teknologi hijau yang boleh dilakukan di Kawasan
perumahan ini?
Cik Fariani: Contohnya, kitab oleh menjimatkan penggunaan air atau
elektrik, menggunakan produk biodegradasi dan menambah panel solar di
atas atap rumah.
Khloe: Baiklah, itulah sahaja. Terima kasih cik!
Cik Fariani: Sama-sama.
16
• BORANG SOAL SELIDIK
( GOOGLE FORMS)
https://forms.gle/ujrjeqq3b6nGw4RD9
17
ANALISIS YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM) YANG DIEDARKAN
KEPADA 16 RESPONDEN
18
19
Huraian analisis soal selidik:
Berdasarkan analisis soal selidik tersebut, lebih daripada
sesetengah penduduk telah mengamalkan amalan teknologi hijau
ini. Hanya sebahagian penduduk tidak mengamalkannya. Hal ini
dapat membuktikan amalan teknologi hijau telah diamalkan oleh
kebanyakan penduduk di Kawasan kajian saya. Punca utama
penduduk tidak mengamalkan amalan ini adalah oleh sebab
kekurangan pengetahuan dan penyusahan diri dalam melakukan
amalan ini. Oleh itu, langkah yang paling efisien adalh untuk
menguatkuasakan undang-undang dan mengadakan kempen
tentang teknologi hijau. Dengan ini, marilah kita Bersama-sama
menjayakan amalan ini supaya ia akan diamalkan oleh semua
penduduk.
20