SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN EKOFLORA 1, JOHOR BAHRU, JOHOR
DISEDIAKAN OLEH:
Khloe Hooi Ming Yan
TINGKATAN:
2 Sapphire
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
1712/2022
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2-4
3 Objektif kajian 5
KAJIAN KES 7
4 Kawasan kajian 8
5 Kaedah kajian 9-12
6 Hasil kajian
- Definisi teknologi hijau 13
- Jenis dan contoh teknologi hijau
- Kepentingan teknologi hijau
- Punca-punca amalan teknologi hijau
tidak diterapkan
- Langkah-langkah yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan teknologi
hijau
7 Rumusan
8 Rujukan 14
9 Lampiran 15-18
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi
saya, iaitu Cikgu Hanifah Binti Jamaluddin yang memberikan segala
bimbingan dan bantuan. Teguran dan nasihat beliau telah membantu saya
dan rakan-rakan sekelas saya untuk menyempurnakan tugasan ini.
Saya juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya,
Encik Hooi Sai Kit dan Puan Chow Swee Keng yang telah memberikan saya
sokongan dan sanggup mengorbankan masa mereka untuk mengumpul
maklumat tentang teknologi hijau di Kawasan kajian yang saya kaji.
Penghargaan yang banyak juga saya ingin menyampaikan kepada rakan-
rakan sekelas saya kerana telah memberi saya pendapat dan idea masing-
masing.
Sekian, terima kasih.
1
PENDAHULUAN
Saya, Khloe Hooi merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Sultan Ismail. Saya
telah memilih tajuk Amalan Teknologi Hijau kerana tajuk ini memudahkan
saya untuk membuat pemerhatian dan tinjuan serta membuat rujukan
daripada laman sesawang dan buku-buku yang berkaitan.
Kawasan kajian saya ialah Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor kerana
ianya merupakan Kawasan tempat tinggal saya. Empat objektif telah
ditetapkan bagi saya mencapai untuk melengkapkan kerja lapangan saya
iaitu:
a. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
b. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat
di Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor
c. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
d. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
e. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh
dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi
Hijau yang sesuai
Saya menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal
selidik, dan kaedah rujukan. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.
2
PERANCANGAN KERJA
BIL TARIKH AKTIVITI
1 7/12//2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan
oleh
guru mata pelajaran Geografi
berkaitan dengan
penulisan tugasan Kerja Lapangan ini
menerusi Pdpr.
2 9/12/2022 Membuat persediaan awal dan
merancang
jadual kerja dengan teratur.
3 9/12/2022 Mengenal pasti objektif kajian dan
menentukan kaedah kajian yang
sesuai
4 16/12/2022 Menyediakan borang soal selidik.
5 16/12/2022 Mula mengumpulkan maklumat
daripada
pelbagai sumber seperti internet,
buku teks,
buku rujukan, majalah dan akhbar.
6 17/12/2022 Mendapatkan respoden di kawasan
kajian
berkaitan dengan AMALAN
TEKNOLOGI
HIJAU yang boleh dilakukan.
7 17/12/2022 Menganalisis maklumat yang telah
diperolehi
ke dalam bentuk peta dan tafsiran
dengan
3
bimbingan dan tunjuk ajar guru mata
pelajaran Geografi, Cikgu Hanifah
8 17/12/2022 Mengenal pasti takrif dan konsep
TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan di
kawasan kajian.
9 17/12/2022 Menjelaskan amalan berkonsepkan
TEKNOLOGI HIJAU dan contoh produk
yang
sesuai dilakukan di kawasan kajian.
10 17/12/2022 Mencadangkan strategi dan langkah-
langkah
bagi menjayakan AMALAN
TEKNOLOGI
4
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat di Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor bertujuan
untuk :
a. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
b. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor
c. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
d. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
e. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan Teknolog Hijau yang sesuai
5
KAJIAN KES
TAMAN EKOFLORA 1,
JOHOR BAHRU,
JOHOR
6
KAWASAN KAJIAN
Kawasan Taman Ekoflora 1 terletak di Seri Austin. Kawasan ini terletak di
bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Hartanah Kawasan
tersebut adalah Eco Springs Development Sdn.Bhd yang berada dalam Eco
World Development Group Berhad. Kawasan ini akan dilengkapkan pada tahun
2023 dan mempunyai 460 unit rumah. Terdapat juga pusat perdagangan
berdekatan awasan ini, iaitu Eco Palludium yang merupakan pusat membeli-
belah. Selain itu, objektif Kawasan ini adalah untuk membina sebuah Kawasan
perumahan yang mesra alam.
7
KAEDAH KAJIAN
Penghasilan kajian yang lengkap dan tepat memerlukan penentuan kaedah
kajian yang sangat penting dalam kajian tersebut. Melalui kaedah-kaedah
tersebut, maklumat yang diperolehi berkaitan dengan tajuk kajian akan
diperolehi dengan lebih senang. Oleh itu, berikut merupakan antara kaedah
yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini:
1. Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah ini dengan membuat pemerhatian tentang
petempatan di Kawasan kajian saya. Saya telah melawat ke Kawasan
kajian saya untuk mengenalpasti jenis-jenis teknologi hijau yang
terdapat di sini.
2. Soal Selidik
Saya telah menyediakan boring soal selidik menggunakan ‘google form’
kepada penduduk-penduduk yang rela mengisinya. Saya telah
menyediakan boring tersebut supaya mempunyai maklumat yang
diperlukan untuk meneruskan kajian ini.
3. Rujukan
Sebagai orang yang baru dalam menjalankan kajian lapangan seperti ini,
saya telah menggunakan pelbagai rujukan seperti laman web, buku
rujukan, majalah dan lain-lain.
8
HASIL KAJIAN
1. Istilah Teknologi Hijau
Wikipedia
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa
keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada
teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil
kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Antara ciri-ciri tersebut
adalah boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R,
penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga
keharmonian manusia dan persekitaran.
Buku teks mata pelajaran Geografi Tingkatan 2
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan system
untuk memelihara dan memelihara alam sekitar serta sumber semula
jadi. Aplikasi teknologi hijau sexlaras dengan konsep pembangunan
lestari. Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejasan keperluan generasi masa depan. Matlamatnya
adalah untuk melindungi ekosistem semula jadi dan meningkatkan tahap
kesihatan dan kehidupan.
2. Jenis dan contoh teknologi hijau
Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik, antara jenis
teknologi hijau yang didapati :
9
Produk biodegradasi
Produk biodegradasi adalah produk yang mudah kompos,
sumber daripada bahan kitar semula dan teknologi hijau. Sebagai
contoh, penduduk-penduduk boleh menggunakan bag plastik
biodegradasi yang lebih mesra alam berbanding dengan beg
plastik biasa.
Panel solar
Panel solar juga dikenali sebagai panel suria berfungsi untuk
menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi
menghasilkan tenaga elektrik atau haba. Panel solar dibina bagi
semua unit rumah di Kawasan kajian.
Tuai hujan
Penduduk-penduduk setempat boleh menggunakan tuai hujan
untuk basuh kereta, basuh lantai, siram pokok dan sebagainya.
Hal ini penting bagi menjimatkan air supaya pembaziran air tidak
berlaku
3. Kepentingan amalan teknologi hijau dalam kalangan
penduduk
Sosial
Amalan ini teknologi hijau ini amat penting dalam kalangan
penduduk terutamanya dapat meningkatkan kualiti hidup dan
kemudahan infrastruktur tempatan. Para penduduk akan berasa
lebih selesa dan kesihatan penduduk-penduduk juga akan
meningkat. Selain itu, kualiti udara bukan sahaja akan
meningkat, tetapi peningkatan suhu dan bunyi juga akan
mengurang.
10
Ekonomi
Amalan teknologi hijau juga merupakan faktor yang terpenting
dalam memajukan sesebuah negara. Alam sekitar yang berkualiti
tinggi dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
Nilai asset dan keuntungan Kawasan tersebut juga akan
meningkat.
Generasi yang akan datang
Kita haruslah mengamalkan amalan teknologi hijau supaya
generasi masa depan dapat menikmati hidupannya dengan
sepenuhnya tanpa pencemaran-pencemaran yang semakin
teruk.
4. Punca-punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
• Punca utama adalah untuk kemudahan diri.
Sebahagian penduduk tidak melakukannya kerana
amalan tersebut menurut mereka lebih
menyusahkan.
• Sebahagian penduduk pula kurang kefahaman
dalam hal ini. Teknologi hijau masih berada difasa
awal dan masih banyak yang perlu dibuat.
• Punca yang bermungkinan adalah kekurangan
penguatkuasa. Pihak berkuasa boleh
menguatkuasakan undang-undang supaya amalan
teknologi hijau dapat diamalkan
11
• Antara punca-punca adalah kekurangan atau ketiadaan
kewangan. Amalan teknologi hijau berkemungkinan akan
menambah bajet kehidupan bagi sesetangah penduduk yang
berkuranngan wang.
5. Langkah-langkah bagi menjayakan amalan teknologi hijau
di kalangan penduduk
Kempen
Pihak berkuasa boleh menganjurkan sebuah kempen berkitan
dengan teknologi hijau. Hal ini kerana kempen tersebut
memupuk penduduk-penduduk untuk mengamalkan amalan
teknologi hijau.
Pertandingan
Pertandingan-pertandingan merupakan cara yang efektik dalam
sesebuah penggalakkan. Hadiah yang lumayan boleh
disamapaikan kepada pemenang yang paling mengamalkan
amalan teknologi hijau
Poster
Pihak berkuasa boleh menghasilkan poster tentang cara-cara dan
kepentingan mengamalkan amalan teknologi hijau untuk meningkatkan
kesedaran tentang hal ini.
Ceramah
Pihak berkuasa boleh menjemput pakar-pakar teknologi hijau untuk
memberikan ceramah kepada penduduk untuk menambahkan
pengetahuan tentang teknologi hijau
12
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya
mendapati beberapa sumber yang berkaitan dengan teknlogi hijau di
Taman Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor. Kajian ini telah membantu saya
memahami dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan sekiranya
amalan teknologi tidak diamalkan. Antara kesan yang dapat dilihat ialah
berlakunya pencemaran. Pencemaran boleh berlaku dari segi udara atau
air. Langkah dan strategi yang bijaksana dan sistematik ialah dengan
mengamalkan amalan teknologi hijau dan penguatkuasaan undang-
undang.
Dengan itu, saya berharap ksan-kesan negatif yang akan berlaku
sekiranya amalan ini tidak diamalkan akan dikurangkan di Taman
Ekoflora 1, Johor Bahru, Johor dan akan menjadi lebih bersih dan mesra
alampada masa yang akan datang.
13
RUJUKAN
I. Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
https://app.pandai.org/note/read/gf-08-05-
02/kssm-f2-gf-05-02/teknologi-hijau
II. Buku Teks
Geografi Tingkatan 2, IMS BOOKS TRADING
SDN.BHD
Penulis: Kang Chai Yang/ Zulkipli B ismail/
Rajanderan Subramaniam
14
LAMPIRAN
- GAMBAR PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
KAJIAN
15
• BORANG SOAL SELIDIK
( GOOGLE FORMS)
https://forms.gle/ujrjeqq3b6nGw4RD9
16
ANALISIS YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM) YANG DIEDARKAN
KEPADA 16 RESPONDEN
17
18