The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menceritakan tentang seorang gadis yang dihalau oleh bapanya dan kemudian, gadis tersebut bertemu semula bapanya pada har

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurjaffisha sophia, 2024-02-25 10:16:07

BUKU CERITA : SI GADIS BERTOPI RUMPUT

Buku ini menceritakan tentang seorang gadis yang dihalau oleh bapanya dan kemudian, gadis tersebut bertemu semula bapanya pada har

Keywords: Buku cerita,Kanak-kanak,Sekolah rendah,Bahasa Melayu,2024

SI GADIS BERTOPI RUMPUT


Di dalam sebuah desa terdapat seorang lelaki kaya yang tinggal bersama tiga orang anak gadis. Pasa suatu hari lelaki kaya itu bertanya kepada tiga orang anaknya. “Anak-anakku, sejauh mana kasih sayang kamu bertiga kepada ayah?” tanya orang kaya kepada anak-anaknya. Lalu anak pertama lelaki itu menjawab “ Saya sayang ayah seperti sayang akan nyawa saya sendiri. ” Kemudian anak keduanya berkata, “ Kasih sayang saya pada ayah lebih daripada seluruh isi dunia ini. ”


Setelah mendengar kedua-dua jawapan tersebut orang kaya berasa gembira. “ Bagaimana pula dengan kamu?” tanya orang kaya kepada anak bongsunya. “ Kasih sayang saya pada ayah seperti daging cinta akan garam, ” kata anak bongsu. Orang kaya berasa sungguh marah dengan jawapan anak bongsunya . Kemudian, dia menghalau anak bongsunya keluar dari rumah.


. Si bongsu keluar dari rumah dan berjalan sehingga sampai di kawasan berpaya. Dia mengambil rumput lalu membuat sehelai mantel. Dia memakai mantel itu bagi menyembunyikan pakaiannya yang mahal dan cantik. Kemudian, dia pergi ke sebuah rumah ladang yang besar. Dia meminta kerja sebagai orang gaji di rumah itu. Tuan rumah itu memanggilnya dengan gelaran ‘ Si Gadis Bertopi Rumput’ .


Pada suatu hari, tuan rumah ladang itu mengadakan majlis tari-menari. Si Bongsu pergi ke majlis itu dengan memakai baju yang cantik. Anak tuan rumah itu melihat Si Topi Rumput lalu jatuh cinta terhadapnya. Sebelum berpisah, dia memberikan sebentuk cincin kepada Si Topi Rumput.


Selepas majlis tari-menari itu, anak tuan rumah itu tidak lagi berjumpa dengan Si Topi Rumput. Dia tidak dapat melupakan Si Topi Rumput. Akhirnya, dia jatuh sakit kerana terlalu merindui Si Topi Rumput. Apabila Si Topi Rumput mengetahui bahawa pemuda itu jatuh sakit, dia memasak bubur untuk pemuda itu.


Kemudian, dia memasukkan cincin pemuda itu ke dalam bubur tersebut. Apabila pemuda itu melihat cincin tersebut, dia meminta untuk berjumpa dengan tukang masak bubur itu. Si topi rumput pun muncul. Pemuda itu berasa sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan gadis yang dicintainya.


Pada hari perkahwinannya, ayah Si Topi Rumput juga dijemput hadir. Walaubagaimanapun, ayahnya itu tidak mengetahui bahawa majlis itu adalah majlis perkahwinan anak bongsunya. Sewaktu makan, orang kaya itu dihidangkan dengan hidangan daging tanpa garam. Orang kaya makan daging tawar itu sambil menitiskan air mata. Dia teringatkan akan anak bongsunya. “Apalah yang telah aku buat kepada anak bongsuku, ” keluh orang kaya dengan kesal. “ Dia sangat sayangkan aku apabila dia mengatakan kasih sayangnya seperti daging cinta akan garam, ” tangis orang kaya. Si Topi Rumput mendengar keluhan ayahnya itu. “ Jangan menangis ayah, saya ada di sini, “ kata Si Topi Rumput sambil memeluk ayahnya.


Click to View FlipBook Version