The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mawaddah Azhar, 2023-07-18 18:35:46

combinepdf (4) (1)

combinepdf (4) (1)

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAN BESUT, TERENGGANU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MIBG KALI KE-4 TAHUN 2023 DIRASMIKAN OLEH: USTAZ DR. RIDUAN MUHAMAD NOR (YDP PAS KAWASAN BESUT) 19 JULAI 2023 (RABU) 8.30 - 12.00 TENGAH HARI MASJID SRIDAF


ISI KANDUNGAN 01. Atur Cara Majlis 02. Kata-kata Aluan 03. Notis Mesyuarat 04. Minit Mesyuarat Agung Kali ke-32 05. Kehadiran Mesyuarat Ajk MIBG 06. Senarai Jawatankuasa MIBG Sesi 2022/2023 07. Laporan Aktiviti 2022/2033 08. Laporan Kewangan 2022 09. Jawatankuasa Kerja 10. Pemilihan AJK MIBG Sesi 2023/2024 02 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


ATUR CARA MAJLIS 03 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


ATURCARA MESYUARAT AGUNG MIBG KALI KE-4 SESI 2023 Tarikh : 19 Julai 2023 / 01 Muharram 1444H (RABU) Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh/hr Tempat : Masjid SRIDAF 8.30 - 9.00 pagi : -Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga / Ajk MIBG -Ketibaan tetamu 9.00 pagi : Majlis Bermula : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 9.20 pagi : - Ucapan daripada Mudir : - Ucapan daripada MIBG : - Ucapan ALP : -Ucapan Perasmian Oleh Ustaz Dr. Riduan : - Cabutan Bertuah 10.00 : : -Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4 -Cabutan Bertuah 12.00 : Bersurai : Bacaan al-Quran oleh Muhammad Syafie bin Muhd Rasy'Ain 04 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


KATAKATA ALUAN 05 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


KATA KATA ALUAN YANG DIPERTUA MIBG SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAN BESUT (SRIDAF) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung MIBG kali ke-4 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK MIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai program. Saya mewakili semua AJK MIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti MIBG di sekolah ini. Kami AJK MIBG telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini yang mana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti MIBG dan juga sumbangan MIBG kepada sekolah tidak kira dari segi kewangan dan kepakaran. Sekian, terima kasih. (EN AHMAD BAKRI ZAMIN BIN ABU BAKAR) YANG DIPERTUA PENGERUSI MAJLIS IBUBAPA DAN GURU SRIDAF 06 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


KATA KATA ALUAN PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAH BESUT (SRIDAF) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi kita diberi peluang dan kesempatan berkumpul untuk membincangkan dan menzahirkan kesepakatan demi kecemerlangan anak-anak dalam Mesyuarat Agung MIBG kali ke-4 Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada barisan jawatankuasa MIBG sekolah ini kerana telah dapat merancang, mengelola dan melaksanakan mesyuarat ini bagi meneruskan permuafakatan dan mempertingkan kerjasama serta perkongsian antara pihak sekolah . ibu bapa dan komuniti setempat. Kehadiran ibu bapa pada hari ini membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak. Sesungguhnya majlis pada pagi ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu secara bersemuka untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak kita. Bersempena dengan mesyuarat MIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita sama ada guru, ibu bapa mahupun masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling melengkapi melalui MIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan bagai aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak sebagai tonggak negara pada masa hadapan. Pihak sekolah juga sentiasa bersedia menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada MIBG demi kecemerlangan sekolah pada masa akan datang Sekian, terima kasih. (HAJI SHALAHHUDIN BIN JAAFAR) PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGELOLA SRIDAF 07 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


KATA KATA ALUAN MUDIR SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAN BESUT (SRIDAF) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung MIBG Sekolah Rendah Islam Darul Furqan kali ke-4. Saya ingin merakamkam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Kehadiran ibu bapa dan penjaga menandakan komitmen yang tinggi bagi menyokong usaha pihak sekolah dalam merealisasikan Visi dan Misi sekolah sekali gus demi memastikan kemenjadian anak-anak Sekolah Rendah Islam Darul Furqan. Di kesempatan ini, diharapkan kita dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan matlamat menjadikan SRIDAF sebuah sekolah yang gemilang di Daerah BESUT. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama, amat sukar bagi kita mencapai kejayaan- kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita mengharapkan peningkatan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia. Sekian, terima kasih. (MOHD BASRI BIN MOHAMED) MUDIR SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAN (SRIDAF) 08 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


NOTIS MESYUARAT 09 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


MAJLIS IBU BAPA DAN GURU (MIBG) SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAN (SRIDAF) LOT 61580 Kampung Batu Tumbuh, Telefon : 0189554016 22200 Besut, Emel : [email protected] Terengganu Darul Iman Rujukan Kami :SRIDAF/MIBG/23/001 Tarikh : 10 Julai 2023 Bersamaan : 21 Zulhijjah 1444H Assalamualaikum w.b.t Kepada: Ibu/Bapa/Penjaga/Guru Semua Murid, Sekolah Rendah Islam Darul Furqan. Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG MIBG KALI KE-4 SESI 2023 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung MIBG Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) akan diadakan seperti maklumat di bawah: Tarikh : 19 Julai 2023 / 01 Muharram 1444H (RABU) Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh/hr Tempat : Masjid SRIDAF 3. Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut 3.1 Ucapan aluan pengerusi 3.2 Ucapan Mudir SRIDAF 3.3 Ucapan Pengerusi MIBG 3.4 Ucapan ALP 3.5 Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung MIBG kali ke-4 2023 3.6 Membentang dan Mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu 3.7 Pembentangan Laporan aktiviti 2022 3.8 Pembentangan Laporan Kewangan 2022 3.9 Pembentangan dan Penerimaan Usul/Cadangan 3.10 Pembubaran Ahli Jawatankuasa MIBG sesi 2019/2020 3.11 Pelantikan Ahli Jawatankuasa MIBG sesi 2023/2024 3.12 Ucapan Penangguhan 4. Sehubungan itu, tuan / puan dijemput hadir bagi menyempurnakan mesyuarat agung tersebut. Sebarang usul boleh dikemukakan melalui link whatsapp yang akan dimaklumkan. Kerjasama tuan / puan amat kami hargai. Sekian Terima kasih dan Wassalam. “BERILMU,BERIMAN DAN BERAMAL” “MELAHIRKAN GENERASI SOLEH PINTAR” Yang Benar, (MUHAMMAD HAZIM AL HAFIZ ABD GHANI) Setiausaha MIBG, Sekolah Rendah Islam Darul Furqan 10 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


MINIT MESYUARAT 11 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


MAJLIS IBU BAPA & GURU (MIBG) SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL FURQAN (SRIDAF) LOT 61580, KAMPUNG BATU TUMBUH, 22200 BESUT, TERENGGANU. MINIT MESYUARAT AGUNG MIBG KALI KE-3 SESI 2019/2020 Tarikh : 9 Februari 2019 Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari Tempat : SRIDAF, Batu Tumbuh 1.0 Perlantikan Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung MIBG SRIDAF Kali ke-3 iaitu Encik Zulkifli bin Mohd Hassan 2.0 Ucapan aluan oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung MIBG SRIDAF Kali ke-3 3.0 Ucapan aluan oleh Mudir SRIDAF merangkap Penasihat MIBG SRIDAF, Tn Haji Mohd Basri bin Mohamed 4.0 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-2 Sesi 2018/2019 4.1 Cik Nur Solehah bt Mohamad selaku Setiausaha MIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-2 Sesi 2018/2019 untuk disahkan 4.2 Pn.Azizah bt Abdul Rahman mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh En. Kamarkasyidi b Kamarudin 5.0 Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan MIBG SRIDAF Kali ke-2 Sesi 2018/2019 5.1 Cik Nur Solehah bt Mohamad selaku Setiausaha MIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan MIBG untuk diterima 5.2 Pn.Azizah bt Abdul Rahman mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan MIBG dan disokong oleh En. Kamarkasyidi b Kamarudin 6.0 Membentangkan dan menerima Laporan Kewangan MIBG SRIDAF bagi Tahun 2018 6.1 Pn. Norlida bt Miskim selaku Bendahari MIBG telah membentangkan Laporan Kewangan MIBG yang berakhir pada 31 Disember 2018 untuk diterima 6.2 Pn.Roshaida bt Mohamad mengesahkan Laporan Kewangan MIBG SRIDAF bagi 12 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


tahun 2018 dan disokong oleh En. Khairol Nizam b Abd Hadi 7.0 Perkara-perkara Berbangkit 7.1 Adakah diuit sumbangan yang dikutip melalui buku kupon yang diedarkan termasuk dalam kewangan MIBG SRIDAF? Duit sumbangan tersebut tidak termasuk dalam kewangan MIBG SRIDAF tetapi disalurkan terus kepada pengurusan SRIDAF 7.2 Yuran tahunan MIBG sebanyak RM50 jika dilihat pada laporan tidak menepati dengan jumlah pelajar yang berdaftar di SRIDAF. Kenapakah hal ini berlaku? Masih ada lagi ibu bapa yang belum menjelaskan yuran MIBG dan perlu dijelaskan. 8.0 Membahaskan dan menerima usul 8.1 En. Tn Shaharudin membentangkan usul supaya kelas tahun 2 Abu Sufyan dipasang kipas untuk keselesaan pelajar belajar kerana sebelum ini didapati bahawa kelas tersebut ketiadaan kipas. 8.2 Mudir SRIDAF menerangkan bahawa pendawaian elektrik masih dalam proses kerana masalah sumber elektrik yang masih menggunakan suis utama single page dan perkara ini akan diambil perjalanan oleh pihak pengurusan sekolah. 8.3 En. Fadzil Zabidee membahaskan berkaitan kelayakan guru-guru di SRIDAF adakah sesuai dengan kelulusan dan kelayakan mereka untuk menjadi guru. 8.4 Mudir SRIDAF menerangkan bahawa guru-guru di SRIDAF mempunyai kelayakan di peringkat Diploma dan Ijazah sama ada berkelulusan dari institusi pengajian tinggi dalam negara dan luar negara. Malah subjek yang diajar adalah sejajar dengan kelulusan mereka. 8.5 Ayah Insyirah Sabri mengusulkan supaya mencari kaedah penyelesaian untuk menjelaskan yuran MIBG yang tertunggak dan juga penyelesaian untuk laluan kereta semasa menghantar dan mengambil pelajar di sekolah bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. 8.6 Pengerusi MIBG memaklum bahawa jalan keluar masuk bagi kereta ibu bapa berubah bermula minggu hadapan iaitu jalan masuk adalah dari arah belakang dan keluar dari arah pagar hadapan bagi mengelakkan jem. 13 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


8.7 En. Suhaib b Ismail mencadangkan supaya yuran MIBG yang masih belum djelaskan dibayar secara beransur-ansur dengan jumlah RM5 sebulan bersama dengan bayaran bulanan yuran persekolahan. 8.8 Pn. Roshaida bt Mohamad membahaskan tentang bagaimana pembahagian kelas mengaji al-Quran bagi Tahun 1 dibuat dan adakah pentaksiran peperiksaan masih diguna pakai. 8.9 Mudir SRIDAF menerangkan bahawa pembahagian kelas mengaji al-Quran bagi Tahun 1 ditentukan semasa Program Tahsin bulan Disember yang diadakan dalam tempoh seminggu. Dari situ guru-guru bertanggungjawab menilai tahap penguasaan pelajar dan dikelaskan sama ada masuk ke kelas Iqra’,kelas persediaan hafazan al-Quran ataupun terus ke kelas hafazan. Manakala, system peperiksaan pula masih diguna pakai iaitu peperiksaan TOV, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Untuk makluman juga kelas pemulihan bagi pelajar lemah juga akan diadakan pada setiap Sabtu dan berbayar. 8.10 En. Abdullah b Mohd Husain membahaskan siapa yang bertanggungjawab untuk menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh ibu bapa dalam group whatsapp 8.11 Mudir SRIDAF menjelaskan bahawa ibu bapa perlu peka dengan segala makluman yang dibuat oleh pihak sekolah. Beliau juga berpesan kepada guru-guru supaya tidak melayan atau menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ibu bapa sekiranya perkara tersebut hal yang remeh atau yang tidak penting. Beliau menyarankan kepada ibu bapa yang ingin bertanyakan perihal sekolah anak-anak boleh terus menghubungi atau terus berjumpa dengan guru kelas anak-anak. 8.12 En. Kamarkasyidi b Kamarudin mencadangkan supaya membuat permohonan dengan JKR untuk buat lorong ke kiri jalan besar dan menjemput Jabatan Amal untuk mengawal lalu lintas pada waktu pagi dan petang bagi mengelakkan sesakan lalu lintas. 8.13 Mak Insyirah Sabri mencadangkan supaya buat relief kelas sekiranya guru ada urusan dan tidak masuk ke kelas dan membahaskan mengenai matlamat kelas silat diadakan. 8.14 Mudir SRIDAF menerangkan bahawa relief kelas akan dibuat dan dipertingkatkan. Manakala berkaitan dengan matlamat silat adalah supaya pelajar-pelajar mempunyai ilmu mempertahankan diri dan pelajar boleh menyertai pertandingan sekiranya layak. Selain silat, beberapa lagi kokurikulum akan diwujudkan seperti memanah dan Islamic Taekwando. 14 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


8.15 En. Mohd Amrul b Mat Aroh mencadangkan supaya segala info berkaitan hal sekolah dalam group whatsapp berbentuk blast supaya semua ibu bapa dapat semua info yang dimaklumkan dan turut mencadangkan supaya wakil MIBG membuat perkongsian berkaitan dengan misi dan visi penubuhan MIBG serta sejarah-sejarah berkaitan pahlawan Islam untuk menaikkan semangat ibu bapa untuk melahirkan anak-anak sebagai pahlawan Islam yang berjaya dunia akhirat. 9.0 Pembubaran Jawatankuasa MIBG SRIDAF 2018/2019 9.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK MIBG bagi Sesi 2018/2019 10.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa MIBG bagi Sesi 2019/2020 10.1 En. Mohd Abdul Walib bin Endo Rasid mencadangkan supaya ahli jawatankuasa yang lama dikekalkan dan penambahan lima orang ahli lagi dicadangkan. Hal ini telah disokong oleh beberpa orang ibu bapa. 10.2 Pn. Normazita bt Mohamad mencadangkan Pn.Shahrizal bt Abdullah sebagai ahli jawatankuasa yang baru. 10.3 En. Ahmad Farid bin Alwi mencadangkan Tn.Haji Azbi bin Salleh sebagai ahli jawatankuasa yang baru. 10.4 Pn Noraini bt Mat Yusof mencadangkan Pn. Roshaida bt Mohamad sebagai ahli jawatankuasa yang baru. 10.5 Pn. Wan Norezamani bt Wan Mohd Nor mencadangkan En. Amrul bin Mat Aroh sebagai ahli jawatankuasa yang baru. 10.6 En. Abdul Walib bin Endo Rasid mencadangkan En. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris sebagai ahli jawatankuasa yang baru. 10.7 En.Zulkifli bin Mohd Hassan menyokong kelima-lima cadangan tersebut dan disokong En Suhaib b Ismail 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 Mudir SRIDAF mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Beliau juga memaklumkan bahawa Jamuan Sambil Menderma untuk mengumpul dana bagi pembangunan SRIDAF akan diadakan pada 23 Februari 2019 dan pelancaran tabung SRIDAF RM1 sehari akan dilancarkan pada hari tersebut. 15 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


11.2 En. Raja Shamri bin Raja Husin menyarankan kepada semua ibu bapa menyumbangkan sebanyak mungkin sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit supaya SRIDAF dapat membangun dengan baik dan dapat melahirkan pelajar yang tinggi sahsiah dan cemerlang. Beliau juga menasihati bu bapa supaya saling hormat-menghormati dan mewujudkan keharmonian antara ibu bapa dan guru. 11.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang lama dan baru. Beliau berharap semoga semua AJK MIBG dapat mengeluarkan idea dan bekerjasama untuk kecemerlangan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang. Disediakan oleh : Disemak oleh: _____________________ ___________________________ Nur Solehah bt Mohamad Ahmad Bakri Zamin bin Abu Bakar Setiausaha MIBG Pengerusi MIBG Sek Ren Islam Darul Furqan Sek Ren Islam Darul Furqan Disahkan oleh: ________________________ Hj. Mohd Basri bin Mohamed Penasihat MIBG Sek Ren Islam Darul Furqan 16 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


SENARAI JAWATANKUASA MIBG SESI 2023/2024 17 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


JAWATAN NAMA PENAUNG HAJI MOHD BASRI BIN MOHAMED PENGERUSI AHMAD BAKRI ZAMIN BIN ABU BAKAR TIMBALAN PENGERUSI RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN SETIAUSAHA MUHAMMAD HAZIM AL HAFIZ ABD GHANI PENOLONG SETIAUSAHA NOR RIAH BINTI MAT SAMAN BENDAHARI NORLIDA BT MISKIM PENOLONG BENDAHARI NAN NORAZLINA BINTI MEGAT ISMARA UNIT KEBAJIKAN & KESELAMATAN MOHD AMRUL BIN MAT AROF MOHD IZUDIN BIN ALIAS UNIT AKADEMIK MOHD HAFIZY BIN IBRAHIM NOR ASMADI BIN YA’ACOB UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT TG NOORFARADILA ARYANI BT TG MAHIDDIN AFYA BT MAT RAWI WAN MOHD RIZHAN BIN WAN IDRIS UNIT PEMBANGUNAN & KECERIAAN NIK RASHIDI BIN NIK MOHD ABDUL WALIB BIN ENDO RASID ROSHAIDA BT MOHAMAD UNIT KHAS SAIYIDINA BIN MAMAT AZBI BIN SALLEH CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA MIBG SRIDAF SESI 2022/2023 18 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


LAPORAN AKTIVITI 2022/2023 19 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


LAPORAN AKTIVITI MIBG 2019/2020/2021/2022/2023 BULAN BIL AKTIVITI 2019 Januari 1 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Februari 1 Mesyuarat Agung MIBG ke-3 Mei 1 Sumbangan Sewa Bas Ke Sukan DAR di Kemaman Sumbangan Banner & stand Julai 1 Sumbangan Kem Hafazan di Chalet Darul Iman, Beting Lintang Oktober 1 Mesyuarat AJK MIBG (12/10/2019) November 1 Sumbangan Jaulah Ilmiah SRIDAF ke Zoo Taiping & Cameron Highland 2 Sumbangan Hadiah Guru & Staff di Restoran Rumbia 3 Sumbangan Ihtifal SRIDAF 4 Sumbangan Pembangunan Surau SRIDAF 2020 Januari 1 Ceramah Motivasi Calon UPSRI 2 Buku Tip Pelajar (UPSRI) Februari 1 Sumbangan Jersey Bola SRIDAF 2 Sumbangan Sukan DAR (Tuan Rumah) Ogos 1 Sumbangan Penembak Suhu 2022 Februari 1 Sumbangan Hadiah Pertandingan Hafazan SRIDAF (Basikal) 2021 2 Sumbangan Hadiah Ihtifal Idul Ilmi SRIDAF 2021 Mei 1 Sumbangan Kek Hari Guru Jun 1 Sumbangan Jubah Kumpulan Nasyid SRIDAF (Soutul Islam) Julai 1 Sumbangan Rak Perpustakaan SRIDAF Ogos 1 Sumbangan Hadiah Hari Kemerdekaan 2022 Desember 1 Sumbangan Hadiah AJK MIBG & ALP & Guru 2023 Januari 1 Sumbangan Hadiah Untuk Pertandingan Hafazan SRIDAF 2022 2 Sumbangan Hadiah Ihtifal Idul Ilmi SRIDAF 2022 Februari 1 Sumbangan Lawatan Murid Ke Putrajaya & Kuala Lumpur 2 Sumbangan Hadiah Tamat Persekolahan Murid Tahun 6 May 1 Sumbangan Pulut Berhias Sempena Hari Guru 2 Sumbangan Hadiah Kebajikan Guru 20 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


LAPORAN KEWANGAN 2022 21 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


LAPORAN KEWANGAN MIBG SEHINGGA 31 DESEMBER 2022 BIL PENERIMAAN RM BIL PEMBAYARAN RM 1 Baki Di Tangan 281.45 2019 2 Baki Kem Pengawas 343.00 1 Jamuan mesyuarat Agung 705.00 3 Yuran MIBG 2022 16,901.00 2 Hadiah VIP 100.00 4 Sumbangan Luar 2019 40,680.00 3 Banner & stand 240.00 5 Sumbangan Luar 2020 29,840.00 4 Sumbangan sewa bas (sukan DAR Kemaman) 800.00 6 Sumbangan Luar 2021 28,183.61 5 Sumbangan Kem Hafazan 200.00 7 Sumbangan Luar 2022 2,120.00 6 Klim perjalanan ke Darul Ulum 300.00 7 Sumbangan Kem Pengawas 1,500.00 8 Hadiah Guru & Staff (akhir) 1,262.00 9 Hadiah Ihtifal Akhir Tahun 2,063.55 10 Sumbangan Pembangunan Surau 35,700.00 11 Sumbangan Kematian 400.00 2020 1 Sumbangan Sukan DAR 3,000.00 2 Sumbangan Jersey Bola 280.00 3 Ceramah Motivasi Calon UPSRI 150.00 4 Buku Tip Pelajar (UPSRI) 250.00 5 Sumbangan Ustazah Eksiden 300.00 6 Penembak suhu 58.00 2022 1 Sumbangan Ihtifal (Basikal) 6,710.00 2 Sumbangan Hadiah Ihtifal 4,951.00 3 Sumbangan Kek Hari Guru 180.00 4 Sumbangan Jubah (Nasyid) 1,000.00 5 Sumbangan Rak Perpustakaan 2,300.00 6 Sumbangan Hari Merdeka 200.00 7 Hadiah AJK MIBG & ALP & Guru (ALP Belum Jelas) 2,532.60 2023 1 Sumbangan Ihtifal (Hafazan) 7,370.00 2 Jamuan Akhir Tahun 2,000.00 3 Lawatan Murid 1,000.00 4 Hadiah Murid Tamat Sekolah 1,000.00 5 Pulut Berhias Hari Guru 180.00 6 Hadiah Kebajikan Guru 94.50 7 Hadiah VIP Mesyuarat Agung 100.00 22 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


Jumlah Pembayaran 76,926.65 Baki Di Bank 41,422.41 JUMLAH 118,349.06 JUMLAH 118,349.06 23 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


JAWATANKUASA KERJA 24| Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-4 2023 JAWATANKUASA NAMA DISKRIPSI TUGAS Penasihat Mohd Basri bin Mohamed ➢ Memantau keseluruhan perjalanan majlis. Pengarah Ahmad Bakri Zamin bin Abu Bakar ➢ Memantau keseluruhan perjalanan majlis. Setiausaha Muhammad Hazim Al Hafiz bin Abd Ghani ➢ Mencatat minit mesyuarat. ➢ Menguruskan surat menyurat serta memo. ➢ Menyediakan minit mesyuarat yang lalu Bendahari Norlida binti Miskim ➢ Merekod dan mengawal aliran keluar masuk wang. ➢ Mencatat dan merekod penajaan dan sumbangan. ➢ Membuat laporan kewangan. Pencatat 1. Nur Shahirah binti Mohamad 2. Noraafzan binti Ismail ➢ Mencatat segala perbincangan sepanjang mesyuarat agung berlangsung. 25 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


Persiapan Tempat 1. Muhammad Azran bin Mohd Noor (K) 2. Mohd Hafidzul bin Mohd Razak 3. Mohd Amirul Arif bin Ismail 4. Nur Shahira Nadia binti Adnan 5. Irwani Suhana binti Abdullah 6. Rosma binti Ramli 7. Haslinda binti Ab. Rahman 8. Nur Awatif binti Zulkifli ➢ Menyediakan dan menggantung banner. ➢ Memastikan persiapan dan kelengkapan teknikal yang diperlukan. ➢ Menyusun kerusi dan meja untuk para tetamu jemputan. ➢ Memastikan perlatan dikemas kembali selepas selesai program. ➢ Berkerjasama dengan unit yang lain. Jemputan 1. Syatirah Husna binti Mohd Nasir (K) 2. Nuraisyah Ain binti Zamri 3. Fatin Aleeya binti Shalahhudin 4. Nur Mawaddah binti Azhar ➢ Menyediakan google form bagi mengetahui jumlah kehadiran ibu bapa. ➢ Membuat booklet tentang program. ➢ Menyenaraikan senarai nama ibu bapa yang akan hadir berdasarkan google form. ➢ Menyenaraikan dif-dif dan tetamu jemputan. ➢ Berkerjasama dengan unit yang lain. Pendaftaran 1. Abdul Walib bin Endo Rasid (K) 2. Mohd Khairi binti Musa 3. Mohd Taufiq bin Abdullah 4. Azam bin Muhammad 5. Nur Amila Syafiqah binti Abd Athwah 6. Nur Shahirah binti Fadhil Amir 7. Nur Naimah Najihah binti Rozali ➢ Menguruskan pendaftaran semasa hari kejadian. ➢ Membuka tiga kaunter bagi lelaki dan tiga bagi perempuan. ➢ Memberikan roti dan air mineral kepada ibu bapa. ➢ Berkerjasama dengan unit yang lain. 26 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


Teknikal 1. Mohd Fauzi bin Ibrahim (K) 2. Mohd Bakri bin Kasim 3. Wan Siti Habsah Juwairiah binti Wan Mohd Nasir 4. Nur Amelina binti Mohd Walilah ➢ Menyediakan dan memastikan peralatan yang hendak digunakan berfungsi dengan baik sepanjang program berlangsung. ➢ Mengambil foto-foto dan video semasa program berlangsung. ➢ Berkerjasama dengan unit yang lain. Jamuan 1. Asmee Arwee (K) 2. Muhammad Shakir Ramadhan bin Amran 3. Nurhalimahtun binti Alias 4. Norma binti Yunus 5. Nurul Salmi binti Zainodin 6. Izzah Solehah binti Azman 7. Maizatul Akma binti Mohd Jasni 8. Siti Nur Hajar binti Othaman ➢ Mengagihkan makanan yang telah dibungkus kepada para ibu bapa selepas habis program. ➢ Menyediakan hidangan makanan untuk tetamu jemputan. ➢ Memastikan segala peralatan dan perkakas dibersihkan dan dikembalikan dalam keadaan yang baik. ➢ Berkerjasama dengan unit yang lain. Hadiah 1. Tengku Nur Syamila binti Tengku Din (K) 2. Noor Syafiqah Najihah binti Kamaruzaman 3. Adibah Hanun binti Ibrahim 4. Wan Nur Sakinah binti Wan Zakaira 5. Nor Idayu binti Mat Jusoh ➢ Menyediakan satu cenderehati kepada tetamu jemputan. ➢ Menyediakan cenderehati kepada Ahli Jawatankuasa MIBG yang lama. ➢ Menyediakan lima hadiah cabutan bertuah. ➢ Berkerjasama dengan unit yang lain. Kebersihan 1. Ahmad Abdul Salam bin Azman (K) 2. Nor Adila binti Zulkifli 3. Khalisah binti Mat Zulkri 4. Nor Farahsiah binti Ismail ➢ Memastikan program sentiasa bersih sebelum dan selepas program. ➢ Menyediakan plastik sampah. ➢ Bekerjasama dengan unit yang lain. 27 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


Pengacara Majlis 1. Mohd Mustaqeem Taqiuddin bin Kamaruddin 2. Nur Najihah binti Azemi ➢ Mengacara majlis sepanjang program berlangsung. 28 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


PEMILIHAN AJK MIBG SESI 2023/2024 29 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


BIL JAWATAN NAMA 1 YANG DIPERTUA 2 NAIB YANG DIPERTUA 3 AJK IBU BAPA 4 AJK IBU BAPA 5 AJK IBU BAPA 6 AJK IBU BAPA 7 AJK IBU BAPA 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 ATURCARA MESYUARAT AGUNG MIBG KALI KE-4 SESI 2023 30 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


SEKALUNG PENGHARGAAN SEIKHLAS BUDI Pihak MIBG Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada: Ahli jawatankuasa MIBG SRIDAF Pihak Ibu Bapa Warga SRIDAF Di atas kesempatan meluangkan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4 ini. Terima kasih juga diatas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan setiap aktiviti mibg sepanjang tahun. SEKIAN TERIMA KASIH 31 | Mesyuarat Agung MIBG Kali Ke-4


Click to View FlipBook Version