The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan zuhairi, 2023-03-30 20:32:10

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

Penjelasan musyaqqah dan konsep rukhsah

"KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN" TEKNOLOGI PADANG PAHALA KONSEP RUKHSAH i-Intelek M A J A L A H P E N D I D I K A N R O H A N I KE ARAH MEMBINA MASYARAKAT MADANI PERBINCANGAN KAEDAH Sampaikanlah walaupun 1 ayat


AHL I KUMP U LA N ALESYA ARMIEZA HAMZAH 05DPB22F1012 NURUL ADILLA QISTINA BINTI MOHAMMAD ZAINI 05DPB22F1032 AINA FARHANA BINTI ABDUL HADI 05DPB22F1025 ABANG AMIRUL HAFIZ 05DPB22F1003 NUR IZZATI BINTI MAHIDIE 05DPB22F1010 WAN MUHAMMAD ZUHAIRI 05DPB22F1004


PENA PENASIHAT Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt dengan taufik dan hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata aluan sebagai penasihat dalam penghasilan e-folio ini. Penulisan ini selaras dengan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-KPT) iaitu menghasilkan bahan penyelidikan dan penulisan serta bahan ilmiah. E-Folio ini merupakan salah satu platform yang terbaik membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar. E-folio adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah atau kreatif yang memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya efolio ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang mendalam dalam sesuatu isu yang dikupas. Selain itu, e-folio ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada pensyarah atau pelajar bagi meningkatkan kefahaman dalam pengajaran. Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus dalam menghasilkan efolio yang manarik minat pembaca. Semoga segala usaha yang dibuat mendapat balasan yang setimpal. Saya berdoa semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat daripada penghasilan e-folio ini.


KAEDAH ISI KANDUNGAN Pengenalan 01 Pendahuluan 02 FIQH Konsep rukhsah 06 Sebab-sebab rukhsah 07 Pecahan kaedah 09 Kaedah fiqh 03 Penjelasan musyaqqah 04 Tujuan musyaqqah 05 Perbincangan kaedah 10 Perbincangan aplikasi kaedah Sebab diberikan 13 keringanan


Pengenalan Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan berlaku dalam melaksanakan kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi terlaksananya kewajipan tersebut. Contohnya puasa dalam bulan ramadhan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah : ayat 185


PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN Kaedah fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukumhukum yang umum. Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama bagi menyelesaikan permasalahanpermasalahan baru yang timbul saban hari. Kaedahkaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini.


Kaedah Fiqh dalam semua bab fiqh bermula dari bab taharah sehingga bab jihad dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia seperti sains pelancongan, hospitaliti dan sebagainya. Al Kuliyyah Al Kubra Iaitu kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang merangkumi 5 kaedah. Keistimewaannya boleh diaplikasi : Kaedah Fiqh Al-Sughra Iaitu himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah fiqh al-kuliyyah alkubra.


Apa yang dimaksudkan dengan al-musyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan. Meletakkan bebanan menjadi kesukaran terhadap hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan terhadap muallaf. Walaupun pada zahirnya dalam syariat islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang mana ia juga berbentuk masyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga. PENJELASAN MENGENAI MUSYAQQAH Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau kesusahan kerana menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi bebanan kepada manusia, bahkan ia pula merupakan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk itu kesusahan atau musyaqqah tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau rukhsah.


TUJUANMUSYAQQAH Pada dasarnya kaedah kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertentu dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:


KONSEP RUKHSAH K EL O N G G A R A N Y A N G D I B E N A R K A N O LE H SY A R A K M E R A N G K U M I PE R K A R A -PE R K A R A : Pengguguran Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramddhan disebabkan kesakitan yang berat. Pengurangan Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardhu empat rakaat menjadi dua rakaat. Penggantian Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayyammum untuk menggantikan wuduk. Pendahuluan Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab musafir.


Sebab-sebab Rukhsah Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara: Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara’ mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat. Kedua: Penyakit, syara’ telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara’ telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat.


Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah. Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa. Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf’ah di antara mereka berdua. Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara) juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.


Pecahan Kaedah Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu: Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas. Contohnya seorang wamita yang kehilangan walinya (tidak diketahui dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain itu, diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk saran hidup. Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.Maksudnya apabila darurat telah telah menimpa seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitan dan membebankan mereka untu melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna “sesuatu perkara apabila tersepit akan menjadi luas”. Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyariatkan. Inilah yang dimaksudkan “ apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit”.


P E R B I N C A N G A N K A E D A H I Kekurangan Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanakkanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar. Jahil Kejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai manusia. Atau kejahilan juga bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar. Namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab : 1.


Sakit PERBINCANGAN KAEDAH II Kesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk. Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solar fardhu secara penuh. Musafir


Kelupaan atau terlupa Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa. Umumul Balwa Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai pakaian. Paksaan Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.


Sebab-sebab diberikan keringanan Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah dengan kaedah yang paling canggih diberikan keringanan seperti sat jamak dan qasar. Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamun dibenrkan solat dalam keadaan duduk dibolehkan berubat dengan nanjis pada pandangan sebahagian ulama mahzab Hanafi. Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaan tidak dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan paksaan tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur dengan syarat dihati beriman, membunuh dan lain-lain. Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak brdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari ramadhan. Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak brdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari ramadhan. Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk Islam. Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpah musibah tsunami dan gempa. Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hambah.


Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan adalah tertakluk kepada prinsipprinsip syariat dan tujuan-tujuannya. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut:- Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah terpakai. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai konsep rukhsah. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan. Status kebenaran untuk mengunakan segala bentuk kerukhsahan adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran tersebut masih berlaku. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada keskes yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera dalam menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran. PERBINCANGAN APLIKASI KAEDAH 2023


RUMUSAN Berdasarkan kaedah ketiga tersebut, kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan. Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna.


KESIMPULAN Kesimpulan yang kami peroleh daripada tugasan dibei ialah kaedah fiqh lima sememangnya mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh manusia dalam pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat dalam apa bidang sekalipun Qawa’id fiqhiyyah (kaedah fiqh) ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-hukum fiqh akan merupakan hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadangkadang pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang menentukan arah perundangan.


https://anyflip.com/dwerv/rwdn/basic BUKU SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh http://qawaidfiqhiah.blogspot.com/2016/02/ https://tayibahv2.wordpress.com/2016/02/10/kesusah an-membawa-kemudahan/ https://prezi.com/p/zhydwxvz0y77/kesukaranmembawa-kepada-kemudahan/ http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/01/kesu karan-menjadi-sebab-kepada.html https://auramag.in/the-message-of-a-flying-bird/ https://www.britannica.com/topic/mosque https://www.mymasjid.ca/.well-known/captcha/? 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version