The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp22182129, 2025-02-27 02:52:04

RPH Pendidikan Seni Visual KSSR 4 BIDANG

SITI NOR HAFIZAH BINTI ZUKEFLI

Keywords: RPH SENI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN SITI NOR HAFIZAH BINTI ZUKEFLI 2022182440140 040107110370 PENDIDIKAN SENI VISUAL PSVK3343/ PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL CIK NORAZIZAH BINTI MOHD TAJUDDIN 12 FEBRUARI 2025 Nama : Angka Giliran : No. K/P : Kumpulan/unit : Kod dan Nama Kursus : Nama Pensyarah : Tarikh Hantar : PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 12 FEBRUARI 2025 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_________________________Tarikh : 12 FEBRUARI 2025


2 PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi di atas limpah dan kurniaNya dapat juga saya siapkan tugasan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya Siti Nor Hafizah binti Zukefli ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Cik Norazizah binti Mohd Tajuddin atas bantuan, didikan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Beliau juga tidak pernah jemu menjelaskan setiap persoalan yang saya ajukan kepada beliau. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang saya cintai kerana sentiasa menyokong dan memberi nasihat kepada saya tidak kira masa. Sesungguhnya, beliau merupakan motivasi kepada saya agar sentiasa berusaha dan tidak mudah goyah dengan cabaran yang mendatang. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat rakan-rakan saya yang banyak membantu saya menyumbangkan idea-idea sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Tiada sebarang alasan atau jemu yang keluar daripada mulut mereka ketika saya mengajukan soalan. Mereka sentiasa bersedia membantu saya ketika saya dalam kesusuhan dan kekeliruan sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Harapan saya, semoga tugasan yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu yang saya pelajari daripada para pensyarah dan rakan-rakan yang mungkin berguna buat saya pada masa akan datang dalam menjadi seorang bakal guru yang sentiasa berusaha menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.


3 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MENGGAMBAR .................................................... 4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ........................ 9 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN............... 14 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL ....................... 19 RUJUKAN ........................................................................................................................................... 24


4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MENGGAMBAR Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 2.2.2025 (Ahad) Masa 10.15 – 11.15 pagi (60 minit) Kelas 1 An-Nur Bilangan Murid 20 Orang Bidang Menggambar Unit 5: Tik Tok Tik, Lukis di Udara Tajuk Kawanku (Lukisan) Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam Bidang Menggambar: (ii) lukisan 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya Bidang Menggambar: (ii) lukisan 3.1.1 Menghasilkan karya melalui pelbagai sumber dan teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, serta kemahiran dengan: (i) memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. (iii) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal pasti bahasa seni visual pada karya dengan betul. 2. Menyatakan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya dengan tepat. 3. Menghasilkan karya dengan kreatif. 4. Mempamerkan hasil karya dan menceritakan di hadapan kelas. Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya menyatakan sekurang-kurangnya 2 bahasa seni visual yang terdapat dalam karya. ii. Murid menyatakan alat, bahan dan teknik yang tepat untuk menghasilkan lukisan.


5 iii. Murid berjaya menghasilkan karya lukisan mengikut langkahlangkah yang betul. iv. Murid berjaya membuat apresiasi terhadap karya sendiri berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Kreativiti dan Inovasi KBAT Menilai Alat dan Bahan Bantu Mengajar  Lagu kanak-kanak: Wahai Sahabat  Contoh gambar rakan-rakan (Canva)  Projektor  Komputer  Buku teks (muka surat 38-39)  Video penghasilan  Hasil Karya Lukisan Alat dan Bahan:  Kertas  Pemadam  Pensel  Pensel warna Strategi pdpc Abad ke-21 Pembentangan Kemahiran Abad ke-21 Berprinsip Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Mendengar lagu kanak-kanak: Wahai Sahabat Link: https://www.youtube.com/watch ?v=WN5pldYbtG0 Perbincangan/Soal jawab: 1. Siapakah kawan baik kamu? 2. Apakah perkara yang kamu suka lakukan bersama kawan? 3. Bagaimanakah cara kamu boleh menunjukkan kasih sayang kepada kawan? 1. Murid mendengar lagu yang dipasang oleh guru. 2. Murid menyanyi bersama-sama. 3. Murid mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan set induksi guru. BBM: - Projektor - Komputer - Lagu kanak-kanak (Youtube) Abad ke-21: Mahir Berkomunikasi, Penyayang EMK: Nilai Murni, Bahasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi NILAI: - Kasih sayang - Menghargai


6 Jangkaan jawapan: 1. Nama kawan mereka, seperti “Ali ialah kawan baik saya.” 2. “Kami suka melukis bersama.” 3. “Saya boleh berkongsi alat tulis dengan kawan saya.” Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Pengenalan tajuk hari ini Slide gambar rakan-rakan hƩps://www.canva.com/desi gn/DAGgFldjubE/ecSIxGbKIlR 8NanPB_2Rmg/edit?utm_co ntent=DAGgFldjubE&utm_ca mpaign=designshare&utm_ medium=link2&utm_source= sharebuƩon Contoh hasil karya lukisan 1. Murid diberi penerangan mengenai definisi lukisan 2. Murid melihat gambar rakan-rakan yang ditunjukkan oleh guru. 3. Murid dan guru membincangkan dan menyatakan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan lukisan berdasarkan buku teks. 4. Murid menumpukan perhatian kepada guru serta menjelaskan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada karya yang dibawa oleh guru. BBM: - Buku teks muka surat 38-39 - Slide (Canva) KBAT: Menganalisis Abad ke-21: Pemikir Strategi: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Tunjuk cara menghasilkan karya Kawanku Video Penghasilan: hƩps://youtu.be/G50X3LI6a hw?si=O2vPskuycRbQWamy Langkah-langkah Penghasilan: Langkah 1: Buat lakaran bujur secara berulang-ulang. 1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru dengan teliti. 2. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan lukisan. 3. Murid diberi penerangan tentang kegunaan alat dan bahan tersebut. 4. Murid melihat demonstrasi cara penghasilan lukisan. BBM: - Projektor - Komputer - Video penghasilan (Youtube) KBAT: Menganalisis Strategi: Pendekatan bertema EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi


7 Langkah 2: Gelapkan rupa bujur yang dikehendaki dan padam garisan lain. Langkah 3: Buat garisan lengkung pada mata, hidung, telinga, dan mulut. Langkah 4: Bentukkan mata, hidung, telinga, dan mulut. Langkah 5: Warnakan dan buat kemasan. Nilai: Tekun


8 Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) Penghasilan karya lukisan 1. Murid diminta menghasilkan lukisan. 2. Murid menghasilkan Kawanku dengan menggunakan pelbegai media. 3. Murid dibimbing oleh guru untuk menghasilkan karya. Alat dan Bahan: - Kertas lukisan - Pemadam - Pensel - Pensel warna KBAT: Mengaplikasi EMK: Kreativiti dan Inovasi Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid diminta menunjukkan hasil kerja di hadapan kelas. 2. Murid dipilih secara rawak oleh guru. 3. Murid yang dipilih berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. EMK: Bahasa KBAT: Menilai Refleksi 20/20 orang murid menguasai objektif dengan baik.


9 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 3.2.2025 (Isnin) Masa 10.15 – 11.15 pagi (60 minit) Kelas 2 Al-Furqan Bilangan Murid 21 Orang Bidang Membuat Corak dan Rekaan Unit 2: Bersih Pasti Cantik Tajuk Bekas Air Comel (Lipatan dan Guntingan) Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.2 Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan berdasarkan: (i) rupa, warna, kontra dan harmoni yang ada pada lipatan dan guntingan 2.1.2 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan menggunakan: (i) teknik lipatan dan guntingan 3.1.1 Menghasilkan karya yang kreatif dengan: (i) memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya secara kreatif. (iii) mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya secara kreatif. (iii) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 4.1.2 Membuat apresiasi karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri dan alam sekitar. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenalpasti bahasa seni visual pada karya dengan betul. 2. Menyatakan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya dengan tepat. 3. Menghasilkan karya dengan kreatif. 4. Mempamerkan hasil karya dan menceritakan di hadapan kelas.


10 Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya menyatakan sekurang-kurangnya 2 bahasa seni visual yang terdapat dalam karya. ii. Murid menyatakan alat, bahan dan teknik yang tepat untuk menghasilkan bekas air comel. iii. Murid berjaya menghasilkan karya mengikut langkah-langkah yang betul. iv. Murid berjaya membuat apresiasi terhadap karya sendiri berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Kreativiti dan inovasi KBAT Mengaplikasi Alat dan Bahan Bantu Mengajar  Bekas Air yang Dihias  Contoh-contoh corak lipatan dan guntingan  Projektor  Komputer  Buku teks muka surat 16-17 Alat dan Bahan:  Kertas Warna  Gam  Gunting  Bekas air minuman  Bahan hiasan Strategi pdpc Abad ke-21 Think, pair,share Kemahiran Abad ke-21 Berdaya Tahan Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Guru menunjukkan beberapa contoh bekas air yang dihias dengan menarik. Perbincangan/Soal jawab: 1. Pernahkah kamu melihat bekas air yang dihias cantik? 2. Apakah bentuk atau corak yang boleh dibuat pada bekas air? Jangkaan jawapan: 1. Murid melihat pelbagai contoh bekas air yang menarik. 2. Murid mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan set induksi guru. BBM: Contoh bekas air KBAT: Menganalisis EMK: Kreativiti dan Inovasi, Bahasa Abad ke-21: Mahir Berkomunikasi


11 1. "Ya, saya ada bekas air berwarna-warni dengan corak bunga." 2. "Kita boleh buat corak bunga atau daun supaya nampak cantik. Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Pengenalan tajuk hari ini Slide contoh-contoh corak lipatan dan guntingan: https://www.canva.com/design/D AGgNgDncUU/cl2niq0FTA15ON u2buYRrA/edit?utm_content=D AGgNgDncUU&utm_campaign= designshare&utm_medium=link 2&utm_source=sharebutton 1. Murid diberi penerangan mengenai definisi teknik lipatan dan guntingan. 2. Murid melihat contoh-contoh corak lipatan dan ditunjukkan oleh guru. 3. Murid dan guru membincangkan dan menyatakan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan lukisan berdasarkan buku teks. 4. Murid menumpukan perhatian kepada guru serta menjelaskan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada botol air yang dibawa oleh guru. BBM: - Contoh-contoh corak lipatan dan guntingan (Canva) - Projektor - Komputer - Buku teks muka surat 16-17 KBAT: Menganalisis Abad ke-21: Pemikir Strategi: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Tunjuk cara menghasilkan karya Bekas Air Comel Video Penghasilan: https://youtu.be/CPWDf0Vh9rQ? si=0SMgs9O6svYiepEZ Proses Penghasilan: Langkah 1: Hasilkan corak lipatan dan guntingan dengan teknik lipatan dua kali. Langkah 2: Ulang langkah 1 menggunakan kertas warna yang berbeza. 1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru dengan teliti. 2. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan bekas air. 3. Murid diberi penerangan tentang kegunaan alat dan bahan tersebut. 4.Murid melihat demonstrasi cara penghasilan bekas air. BBM: - Hasil karya “Bekas Air Comel” - Video penghasilan (Youtube) - Projektor - Komputer KBAT: Menganalisis Strategi: Pendekatan bertema EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi Nilai: Tekun


12 Langkah 3: Tampal corak pada kertas warna yang lain. Langkah 4: Tampal corak pada keliling permukaan bekas air. Langkah 5: Hias bekas air minuman mengikut kreativiti. Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) Penghasilan karya Bekas Air Comel 1. Murid diminta menghasilkan karya. 2. Murid menghasilkan bekas air dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan. 3. Murid dibimbing oleh guru untuk menghasilkan karya. Alat dan Bahan: - Kertas warna - Gam - Gunting - Bekas air minuman - Bahan hiasan EMK: Kreativiti dan Inovasi


13 Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid dibahagikan secara berpasangan. 2. Murid diminta menunjukkan hasil kerja mereka kepada pasangan masing-masing. 3. Murid berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. EMK: Bahasa KBAT: Menilai Refleksi 21/21 orang murid menguasai objektif dengan baik.


14 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 4.2.2025 (Selasa) Masa 10.15 – 11.15 pagi (60 minit) Kelas 3 Al-Furqan Bilangan Murid 19 Orang Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Unit 4:Serangga Comel Tajuk Serangga Kecil (Mobail dengan Teknik Asemblaj) Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.7 Menghuraikan dan membezakan penggunaan bentuk, warna, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan melalui karya mobail dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan. 1.1.8 Menunjukkan dan menjelaskan penggunaan bentuk, jalinan, imbangan dan penegasan melalui karya boneka dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan. 2.1.3 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui penerokaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya Bidang Membentuk dan Membuat Binaan menggunakan: (i) teknik ikatan dan teknik asemblaj dalam merancang karya mobail 3.1.3 Menghasilkan rekaan produk yang berfungsi secara kreatif dan inovatif dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan berdasarkan: (i) penentuan tema dan tajuk (ii) penjanaan idea (iii) pelaksanaan proses (iv) keemasan akhir 3.1.4 Menghasilkan karya kreatif dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan berdasarkan: (i) penentuan tema dan tajuk (ii) penjanaan idea (iii) pelaksanaan proses (iv) keemasan akhir 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.


15 4.1.2 Membuat ulasan karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri, alam sekitar dan disiplin ilmu yang lain. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenalpasti bahasa seni visual pada karya dengan betul. 2. Menyatakan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya dengan tepat. 3. Menghasilkan karya dengan kreatif. 4. Mempamerkan hasil karya dan menceritakan di hadapan kelas. Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya menyatakan sekurang-kurangnya 2 bahasa seni visual yang terdapat dalam karya. ii. Murid menyatakan alat,bahan dan teknik yang tepat untuk menghasilkan mobail. iii. Murid berjaya menghasilkan karya mobail mengikut langkah-langkah yang betul. iv. Murid berjaya membuat apresiasi terhadap karya sendiri berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Kreativiti dan inovasi KBAT Mengaplikasi Alat dan Bahan Bantu Mengajar  Lagu serangga  Contoh karya mobail  Projektor  Komputer  Buku teks muka surat 34-35 Alat dan Bahan:  Gunting  Penebuk lubang  Cawan Kertas  Tali  Bahan Gantungan Strategi pdpc abad 21 Round table Kemahiran Abad ke 21- Bersifat Ingin Tahu


16 Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Mendengar lagu serangga Link: https://youtu.be/UWpHsQEDIM?si=H8JoQhorNY_HPJ0M Perbincangan/Soal jawab: 1. “Apakah jenis serangga yang kamu suka?” 2. “Apakah serangga yang biasanya hidup di habitat hutan?” Jangkaan jawapan: 1. "Saya suka kupu-kupu kerana ia berwarna-warni." "Saya suka lebah sebab ia menghasilkan madu." 2. “Kumbang, belalang, dan rama-rama” 1. Murid mendengar lagu yang dipasang oleh guru. 2. Murid menyanyi bersama-sama. 3. Murid mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan set induksi guru. BBM: - Projektor - Komputer - Lagu Serangga (Youtube) KBAT: Menganalisis EMK: Bahasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Abad ke-21: Mahir Berkomunikasi Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Pengenalan tajuk hari ini Contoh karya mobail 1. Murid diberi penerangan mengenai definisi mobail. 2. Murid melihat contoh mobail yang ditunjukkan oleh guru. 3. Murid dan guru membincangkan dan menyatakan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan mobail berdasarkan buku teks. 4. Murid menumpukan perhatian kepada guru serta menjelaskan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada karya yang dibawa oleh guru. BBM: - Buku teks muka surat 34-35 - Contoh karya mobail KBAT: Menganalisis EMK: Bahasa Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Cara menghasilkan karya Serangga Kecil Video Penghasilan: https://youtu.be/VE8nnzcUQo0? si=bv0uQZvy0-WgeThO Proses Penghasilan: Langkah 1: Sediakan bahan gantungan yang telah dihasilkan. 1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru dengan teliti. 2. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan mobail. 3. Murid diberi penerangan tentang kegunaan alat dan bahan tersebut. BBM: Hasil karya “Serangga Kecil" Strategi: Pendekatan bertema


17 Langkah 2: Ikat tali pada bahan gantungan. Langkah 3: Tebuk lubang pada bahan pemegang. Langkah 4: Masukkan tali ke dalam cawan kertas dan simpulkannya pada bahagian tengah cawan kertas. Langkah 5: Ikat bahan gantungan pada cawan kertas. Langkah 6: Ulang langkah 5 bagi bahan gantungan yang lain. 4. Murid melihat demonstrasi cara penghasilan mobail oleh guru.


18 Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) Penghasilan karya mobail 1. Murid diminta menghasilkan mobail. 2. Murid menghasilkan mobail Serangga Kecil dengan menggunakan teknik asemblaj. 3. Murid dibimbing oleh guru untuk menghasilkan karya. Alat dan Bahan: - Gunting - Penebuk lubang - Cawan Kertas - Tali - Bahan gantungan KBAT: Mengaplikasi Nilai: Tekun EMK: Kreativiti dan Inovasi Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid akan menggunakan kaedah Round Table untuk berkongsi pandangan mengenai karya masing-masing. 2. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang. 3. Setiap murid yang dipilih berkongsi pandangan mengenai karya rakan-rakan. EMK: Kreativiti dan Inovasi Refleksi 19/19 orang murid menguasai objektif dengan baik.


19 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 5.2.2025 (Rabu) Masa 11.30 - 12.30 pagi (60 minit) Kelas 1 Al- Alaq Bilangan Murid 24 Orang Bidang Mengenal Kraf Tradisional Unit 4:Cantik Batik Tajuk Batik Cantik (Hiasan Batik) Standard Kandungan 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual Standard Pembelajaran 1.1.4 Mengenal, memahami dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional: (i) batik 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya Bidang Mengenal Kraf Tradisional: (i) batik 3.1.1 Menghasilkan karya melalui pelbagai sumber dan teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, serta kemahiran dengan: (i) memilih dan memanipulasi media secara kreatif. (ii) menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. (iii) membuat kemasan pada hasil karya. 4.1.1 Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan diri sendiri. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenalpasti bahasa seni visual pada karya dengan betul. 2. Menyatakan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya dengan tepat. 3. Menghasilkan karya dengan kreatif. 4. Mempamerkan hasil karya dan menceritakan di hadapan kelas. Kriteria Kejayaan i. Murid berjaya menyatakan sekurang-kurangnya 2 bahasa seni visual yang terdapat dalam karya. ii. Murid menyatakan alat,bahan dan teknik yang tepat untuk menghasilkan batik.


20 iii. Murid berjaya menghasilkan karya batik mengikut langkah-langkah yang betul. iv. Murid berjaya membuat apresiasi terhadap karya sendiri berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Kreativiti dan Inovasi KBAT Menilai Alat dan Bahan Bantu Mengajar  Kain batik  Gambar corak batik  Projektor  Komputer  Buku teks muka surat 30-31 Alat dan Bahan:  Cat air  Palet  Kertas lukisan  Berus lukisan  Pensel  Bekas air  Krayon Strategi pdpc abad 21 Pembentangan Kemahiran Abad ke 21- Patriotik Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Meneliti kain batik dan corak kain batik Perbincangan/Soal jawab: 1. “Siapa pernah melihat kain batik?” 2. “Di mana kita boleh jumpa batik?” Jangkaan jawapan: 1. "Saya pernah melihat kain batik di rumah, mak saya ada baju batik!" 2. "Di pasar malam! Ada jual baju batik dan kain batik." 1. Murid meneliti kain batik sebenar dan corak batik yang berbeza. 2. Murid mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan set induksi guru. BBM: - Projektor - Komputer - Corak batik (slide) - Kain batik Abad ke-21: Mahir Berkomunikasi, Penyayang, Patriotik EMK: Nilai Murni, Bahasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi NILAI:


21 "Di kedai kain! Ada banyak kain batik yang cantik-cantik." - Kasih sayang - Menghargai Langkah 1 Bahasa Seni Visual (7 minit) Pengenalan tajuk hari ini Slide tentang corak-corak batik: https://www.canva.com/design/D AGgNndE1tg/aDbImsK6pnLTlI4 p0j4uGw/edit?utm_content=DA GgNndE1tg&utm_campaign=de signshare&utm_medium=link2& utm_source=sharebutton 1. Murid diberi penerangan mengenai definisi batik. 2. Murid melihat pelbagai jenis corak batik yang ditunjukkan oleh guru. 3. Murid dan guru membincangkan dan menyatakan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan batik berdasarkan buku teks. 4. Murid menumpukan perhatian kepada guru serta menjelaskan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada karya yang dibawa oleh guru. BBM: - Buku teks muka surat 30-31 - Canva KBAT: Menganalisis Abad ke-21: Pemikir Strategi: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Langkah 2 Kemahiran Seni Visual (10 minit) Cara penghasilan karya batik Video Penghasilan: https://youtu.be/WYGicVJypMc? si=NvdbW0H_em05wd83 Proses Penghasilan: Langkah 1: Cantumkan garisan putus-putus. Langkah 2: Lukis semula dengan krayon. Langkah 3: Bancuh cat air. 1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru dengan teliti. 2. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan batik. 3. Murid diberi penerangan tentang kegunaan alat dan bahan tersebut. 4. Murid melihat demonstrasi cara penghasilan batik. BBM: Hasil karya batik Strategi: Pendekatan bertema


22 Langkah 4: Warnakan motif batik. Langkah 5: Campurkan cat air di atas kertas semasa cat air masih basah. Langkah 6: Buat keemasan. Langkah 3 Penghasilan Karya Seni Visual ( 35 minit) Penghasilan karya batik 1. Murid diminta menghasilkan batik. 2. Murid menghasilkan Batik Cantik dengan menggunakan teknik yang betul. 3. Murid dibimbing oleh guru untuk menghasilkan karya. Alat dan Bahan: - Cat air - Palet - Kertas lukisan - Berus lukisan - Pensel - Bekas air - Krayon EMK: Kreativiti dan Inovasi KBAT: Mengaplikasi Nilai: Tekun


23 Penutup Penghayatan Karya Seni Visual (5 minit) Mempamerkan hasil kerja murid 1. Murid diminta menunjukkan hasil kerja di hadapan kelas. 2. Murid dipilih secara rawak oleh guru. 3. Murid yang dipilih berkongsi pengalaman mereka semasa menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahasa seni visual. EMK: Bahasa KBAT: Menilai Refleksi 24/24 orang murid menguasai objektif dengan baik


24 RUJUKAN Azhar, A., LinawaƟ@Lina, A., Aida, R. M., & Hazzim, S. (2017). Pendidikan Kesenian Tahun 2 KSSR. (S. Z. Ana, & K. K. Hidayah, Ed.) Shah Alam, Selangor, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Yusri, H., Aida, R. M., & Hazzim, S. (2018). Pendidikan Kesenian Tahun 3 KSSR. (S. Z. Ana, & K. K. Hidayah, Ed.) Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Zaiton, M., Chai, H. L., Zamri, M., & Muharni, M. (2016). Pendidikan Kesenian Tahun 1 KSSR. (S. Z. Ana, & H. R. Nada, Ed.) Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.


Click to View FlipBook Version