The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nysakierun, 2021-08-15 08:35:26

LAPORAN PBS (KHAIRUNNISA BINTI KASA)

LAPORAN PBS (KHAIRUNNISA BINTI KASA)

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 24 Jun 2021 Masa : 7.30 am – 12.00 pm

Tajuk / Perkara : Menyemarakkan budaya membaca (Pusat Sumber Sekolah SMKA
Kimanis)

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

1) Sesi memperkenalkan diri secara - Pengalaman yang berharga membantu

ringkas menguruskan perpustakaan dan media

selama 10 tahun.

- Kurang kerjasama dari murid untuk
menyertai galakan membaca sebagai
2) Cabaran menarik lebih ramai murid bagi contoh NILAM. Semua guru membantu
meningkatkan minat dalam kemahiran menyebarluaskan maklumat dan
membaca. mengingatkan akan amalan budaya
membaca.

- Mewujudkan sudut bacaan serta kiosk
3) Usaha-usaha memajukan pusat sumber PSS di sekolah. selain itu, mewujudkan
pertandingan bagi galakan membaca
sekolah peringkat lebih tinggi. Program seperti
jom baca bersama yang dijalankan
adalah usaha menarik minat murid.

- Kekangan dari proses pembaikan PSS
4) Pandangan tentang situasi persekolahan yang mengambil masa untuk disiapkan.
Dengan itu, setelah permasalahan
sekarang. pembaikan selesai, PSS akan
meningkatkan kemudahan akses internet
dan menggunakan sistem bagi
memudahkan peminjaman buku dan
memulangkan buku-buku. Serta
merancang setiap guru matapelajaran
mengalakkan murid mereka mencari
bahan di PSS yang akan dilengkapi
pelbagai buku.

Tandatangan :

Nama : Puan Norasmah Binti Mohd Dahli

Jawatan : Guru (Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

48

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Jun 2021 Masa : 9.00 am – 12.00 pm

Tajuk / Perkara : Temu bual bersama murid tentang isu PdPR

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

1) Pendapat murid berkenaan isu PdPR - Murid menyatakan kesukaran dalam
pembelajaran PdPR.

2) Kekangan dan cabaran dalam sesi - Terdapat beberapa halangan:
pembelajaran online
1) Masalah akses internet
2) Masalah kewangan bagi menambah

nilai (Reload)
3) Berkongsi telefon bersama ibu bapa

3) Perbezaan antara pembelajaran secara - Pembelajaran bersemuka lebih jauh
bersemuka atau PdPR
meningkatkan semangat juang untuk

belajar berbanding secara PdPR.

- Kesukaran murid memahami dan
melaksanakan Latihan yang diberi tanpa
bantuan guru-guru secara bersemuka.

- Wujud kurang bersemangat dalam
mengikut sesi pembelajaran dan lebih
4) Memandang akan situasi persekolahan - terdedah dengan bermain permainan
secara alam maya. dalam aplikasi telefon.

Sesuatu yang membantu meningkatkan
dan mendalami teknologi terkini. Akan
tetapi tanpa pantauan ibu bapa, murid
boleh terpengaruh perkara negatif.

- Memudahkan murid mendapatkan
maklumat sendiri dengan lebih mudah.

Tandatangan :

Nama : Liyana Yasmin Binti Sura

Jawatan : Wakil Murid Tingkatan 1 Ibnu Sina

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

49

KAJIAN
KES

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

50

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
52- 53
KANDUNGAN 53 - 54
1.0 Isu Yang Difokuskan 54
2.0 Permasalahan Kajian 54
3.0 Objektif Kajian 54 - 60
4.0 Kumpulan Sasaran 61
5.0 Metadologi Kajian 62
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 63 - 65
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

51

Tajuk:

Masalah Murid Pasif dan Tidur Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Yang
dijalankan Dalam Kelas Semasa Guru Mengajar

Khairunnisa binti Kasa

E-mel: [email protected]

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN

Melalui pengalaman saya dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam mata pelajaran pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas tingkatan 1 Ibnu Sina, saya dapati
kebanyakan murid kurang memberi perhatian. Mengikut pemerhatian saya, terdapat murid yang
tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru dan mereka lebih senang membuat hal sendiri
serta tidak fokus semasa sesi pembelajaran berlangsung. Malah, saya dapati murid agak pasif
ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sedang dijalankan iaitu murid tidak responsif ketika
guru mengajukan soalan. Menurut kajian terdahulu Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip et.al
(2014), menyatakan didapati bahawa faktor sikap murid, bahan bantu mengajar, kurikulum, gaya
pengajaran guru, rakan sebaya dan persekitaran mempengaruhi murid untuk hilang tumpuan dalam
kelas sewaktu PdP dijalankan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Abd. Karim (1994)
menyatakan bahawa setiap guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid
untuk belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Apabila murid-murid tidak
berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu, guru tidak pula berusaha untuk menarik minat
mereka akan menyebabkan murid menjadi pasif untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

Selain itu, isu kedua yang dapat saya kenal pasti ialah murid tidur dalam kelas ketika guru
sedang mengajar mahupun menjawab kertas peperiksaan. Menurut Kamus Dewan, tidur boleh
didefinisikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Manakala istilah ‘kaki tidur’ pula
digunakan oleh orang Melayu sebagai orang yang suka tidur. Menurut Savage (1999), menyusun
atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah juga boleh
mempengaruhi sikap murid dan penyumbangan kepada akademik seseorang murid tanpa mengira
peringkat umur. Pernyataan ini jelas menunjukkan sekiranya susun atur yang dibuat sebaik
mungkin akan menghasilkan kesan yang positif dan sebaliknya. Saya yakin seorang guru
sememangnya mahukan sesuatu yang baik, sempurna dan positif dalam perangkaan yang dibuat
namun adakalanya apa-apa yang dibuat itu terpaksa mengalami kegagalan disebabkan masalah-

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

52

masalah yang di dapat dielakkan seperti masalah tidur dalam kelas. Seperti masalah yang saya
nyatakan di atas memang adalah suatu masalah yang pada mata kasarnya tiada penyelesaiannya
kerana bilangan pelajar dan ruang bilik darjah memang tetap dan tidak boleh diubah-ubah.

Kebarangkalian masalah ini adalah berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam
mewujudkan komunikasi berkesan dan hubungan interpersonal. Ini menyebabkan murid menjadi
pasif dan suka tidur dalam kelas disebabkan tidak meminati subjek tersebut tambahan lagi kaedah
penyampaian yang kurang menarik. Kemungkinan juga faktor lain ialah faktor persekitaran kelas,
masa mata pelajaran, minat terhadap mata pelajaran, bebanan kerja rumah dan sebagainya.
Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang
bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan
murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Di dalam sesebuah kelas terdiri daripada 20 hingga 24 orang murid. Hal ini akan menyebabkan
wujud perbezaan dalam kalangan murid di kelas. Perbezaan ini akan mempengaruhi proses PdP
jika tidak diatasi dengan betul. Khairul Yusri (2007) mengatakan bahawa perbezaan individu adalah
dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dalam kalangan
individu. Personaliti murid di dalam kelas juga berbeza-beza. Terdapat murid yang bersifat introvert
dan ekstrovert .

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji berkenaan masalah murid tidur dan pasif di
dalam kelas. Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2013), tidur didefinisikan
sebagai dalam keadaan berehat dengan mata terpejam. Pasif pula bermaksud bersikap menerima
saja tanpa memberi tindak balas atau tidak aktif. Masalah ini sering berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila aktiviti berkumpulan dijalankan. Masalah yang
sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang
dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain.
Terdapat juga murid yang tidur semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Tingkah laku murid tidur di kelas adalah masalah yang sering ditegur oleh guru semasa
proses PdP. Masalah ini tidak mengira bangsa dan usia, Isu ini bukanlah sesuatu yang baru dalam
kelas. Sekiranya guru tidak mengambil tindakan terhadap sikap murid yang suka tidur, sudah pasti
akan mempengaruhi prestasi akademik dan menyebabkan murid itu ketinggalan dalam pelajaran.
Hal ini menunjukkan bahawa keperibadian remaja semakin merosot. Untuk pelaksanaan kajian ini,
penyelidik mengemukakan beberapa persoalan yang menyebabkan masalah tidur dalam kalangan

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

53

murid, termasuk faktor penyebab masalah tidur pada murid, bagaimana masalah tidur berlaku, dan
apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengurangkan masalah tidur dalam kalangan murid.
Bagi menjalankan kajian ini, soal selidik telah diberikan kepada murid tingkatan 1 Ibnu Sina.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dirangka untuk mengenal pasti masalah murid pasif dan tidur semasa PdP. Secara
terperinci, objektif kajian ini adalah untuk:

3.1 Mengenal pasti punca murid 1 Ibnu Sina pasif dan tidur semasa PdP.
3.2 Mengetahui tindakan yang dilakukan untuk mengatasi isu ini.
3.3 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid yang terlibat ialah seramai 10 orang daripada 23 orang murid dari kelas 1 Ibnu Sina yang
terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Permasalahan ini tertumpu kepada murid-
murid tingkatan 1 yang menghadapi masalah murid pasif dan tidur semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Daripada pemerhatian yang dijalankan, saya telah menjalankan
intervensi dalam membantu beberapa murid bagi mengesan permasalahan ini.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa cara untuk memperoleh hasil
dapatan. Metodologi kajian yang saya gunakan dalam kajian ini terdiri daripada:

5.1.1 Pemerhatian

Sepanjang pemerhatian yang saya telah lakukan semasa melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dengan membuat penilaian akan tingkah laku dan kelakuan murid
dalam bilik darjah semasa sesi bersemuka. Saya sebagai guru kelas 1 Ibnu Sina
memperhatikan tingkah laku murid sepanjang proses PdP dijalankan dan semasa

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

54

pengajaran guru-guru lain. Hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan kebanyakan murid 1
Ibnu Sina kurang aktif memberikan respons semasa sesi soal jawab dijalankan. Selain itu,
terdapat murid yang tidur semasa guru mengajar di hadapan guru yang tengah mengajar.
Isu seperti ini saya telah lama perhatikan dan mencari jalan penyelesaian bagi membantu
menyelesaikan masalah murid pasif dan sering tidur semasa guru mengajar.

5.1.2 Temu bual

Temu bual juga dilaksanakan bagi mengenal pasti masalah murid ini. Saya telah
melakukan temu bual bersama beberapa orang guru dan membuat pemerhatian bagi
mengkaji permasalahan murid dalam tingkatan 1 Ibnu Sina. Saya menggunakan kaedah
Google Meet untuk menemubual setiap responden. Tujuan temu bual ini untuk mengetahui
faktor yang menyebabkan murid yang bermasalah ini tidak mengambil perhatian dan fokus
semasa sesi pembelajaran dijalankan. Oleh itu, menghadapi situasi seperti ini tidak boleh
berlarutan bagi mengelak berlaku masalah disiplin yang lebih teruk. Manakala, masalah ini
juga berpunca dari sikap sesetangah guru yang tidak mengambil berat dan tidak
memberikan perhatian terhadap anak murid mereka. Hasil dapatan daripada temu bual ini
mendapati masalah bahawa punca permasalahan iaitu murid tidak memahami akan topik
yang diajarkan, bosan dengan penyampaian guru dan tidak meminati mata pelajaran seperti
bahasa melayu.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian

Hasil pemerhatian, murid menunjukkan tingkah laku suka tidur semasa sesi
pengajaran. Antara tingkah laku yang ditunjukan oleh murid tersebut ialah berada di tempat
yang terlindung dari pandangan guru, tidur semasa guru yang mengajar kurang tegas, dan
tidur semasa aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Selain itu, semasa aktiviti kumpulan
dilakukan mereka melakukan hal-hal sendiri dan tidak memberikan kerjasama kepada ahli
kumpulan walaupun sudah ditegur oleh guru.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

55

5.2.2 Temu bual

Melalui perbincangan yang saya telah jalankan bersama guru-guru mata pelajaran 1
Ibnu Sina, hasil kajian mendapati bahawa peratusan guru bersetuju mengatakan pendapat
masing-masing bahawa segelintir murid bersifat pasif dan tidak memberikan respon semasa
guru tengah mengajar. Isu seperti ini terus berlarutan sehingga Pengajaran dan
Pembelajaran dari rumah (PdPR). Ini kerana murid bersifat pasif dan sukar untuk
menanyakan soalan, memberikan respon dan sebagainya. Seterusnya, temu bual
mengenai sikap murid sering kali tidur semasa guru tengah mengajar. Temu bual dilakukan
terhadap rakan-rakan sekelas untuk mengetahui masalah dan latar belakang pelajar
tersebut. Setelah mengenal pasti masalah tindakan susulan akan diambil untuk
mengatasinya.

5.2.3 Soal Selidik

Sepanjang tempoh kajian ini, satu set borang soal selidik telah diedarkan melalui
Google From kepada responden kajian bagi mengetahui punca murid suka tidur dan pasif
dalam kelas. Soal selidik ini terdiri daripada 15 item berdasarkan kepada keperluan kajian.
Berikut adalah soalan yang disediakan untuk borang soal selidik tersebut:

Bil Soalan Ya Tidak
5% 95%
1. Adakah anda mempunyai sebarang 0% 100%
penyakit? 30% 70%

2. Adakah anda bermasalah dengan guru 80% 20%
subjek anda?
70% 30%
3. Adakah subjek yang membosankan
menyebabkan anda pasif dan
mengantuk?

4. Adakah suasana di dalam kelas yang
kurang menyenangkan menyebabkan
anda mengantuk?

5. Adakah anda suka tidur lewat pada
waktu malam?

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

56

6. Adakah dengan adanya banyak 20% 80%
tugasan membuatkan anda tidur lewat
dan mengantuk di dalam kelas pada 30% 70%
waktu PdP? 60% 40%
60% 40%
7. Adakah waktu yang diperuntukkan 80% 20%
dalam P&P terlalu panjang 100% 0%
menyebabkan anda bosan dan 100% 0%
mengantuk? 70% 30%

8. Adakah dengan mendengar sahaja 60% 40%
tanpa menjawab soalan semasa belajar 30% 70%
menyebabkan anda rasa mengantuk di
dalam kelas?

9. Adakah bangun terlalu awal
menyebabkan anda suka tidur di dalam
kelas semasa PdP?

10. Adakah anda memahami kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru?

11. Adakah anda meminati subjek Bahasa
Melayu?

12. Adakah aktiviti yang dilaksanakan
dalam subjek bahasa Melayu menarik
perhatian anda?

13. Adakah interaksi dan komunikasi yang
baik antara anda dengan rakan-rakan
menggalakkan penglibatan aktif anda di
kelas?

14. Adakah jumlah murid di dalam kelas
mempengaruhi penglibatan aktif anda
di kelas?

15. Adakah anda malu bertanya kepada
guru apabila anda tidak faham?

Berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan, saya mendapati semua murid berminat
untuk belajar dan mempunyai kesihatan yang baik. Data dapatan daripada soal selidik
menunjukkan bahawa 95% menunjukkan murid tidak mempunyai sebarang penyakit dan 100%
tidak mempunyai masalah dengan guru subjek mereka. Selain itu, hasil dapatan menunjukkan 70%
murid menyatakan subjek Bahasa Melayu tidak menyebabkan mereka pasif dan mengantuk.
Seterusnya, keadaaan persekitaran atau suasana kelas mempengaruhi tumpuan pengajaran dan

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

56

pembelajaran mereka. Sebanyak 70% murid didapati suka tidur lewat pada waktu malam serta
beban tugasan yang banyak menyebabkan mereka tidur lewat dan mengantuk dalam kelas pada
waktu PdP. Hasil soal selidik juga menyatakan 70% mengatakan waktu yang diperuntukkan dalam
PdP terlalu panjang tidak menyebabkan murid merasa bosan dan mengantuk dalam bilik darjah.
60% murid memilih “Ya” bagi soalan yang mengatakan dengan mendengar sahaja tanpa menjawab
soalan semasa belajar menyebabkan mereka rasa mengantuk di dalam kelas. Akhir sekali, 60%
murid menyatakan bangun terlalu awal menyebabkan mereka suka tidur dalam kelas semasa PdP.

Analisis soal selidik tidak menunjukkan pengajaran guru sebagai punca utama pelajar pasif
di kelas. Semua pelajar meminati subjek Bahasa Melayu dan aktiviti yang dilaksanakan menarik
minat mereka. Dapat dianalisis sebanyak 70% murid bersetuju bahawa interaksi dan komunikasi
yang baik dengan rakan sekelas menggalakkan penglibatan aktif mereka manakala 30% murid
tidak bersetuju. Selain itu, 30% murid bersetuju dengan soalan tentang malu untuk bertanya kepada
guru apabila tidak faham manakala 70% memilih sebaliknya. Murid yang pasif memiliki personaliti
yang pemalu dan tidak yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan guru dan rakan sekelas.
Selain itu, 60% murid bersetuju bagi soalan tentang jumlah murid di dalam kelas mempengaruhi
penglibatan aktif di kelas manakala 40% pula tidak bersetuju. Data ini menunjukkan bahawa
personaliti murid mempengaruhi keterlibatan mereka di dalam kelas.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, khususnya temu bual yang saya laksanakan bersama guru-
guru bidang bahasa, antara tindakan yang dilakukan oleh mereka dalam menghadapi masalah
murid pasif dan tidur di kelas adalah seperti berikut:

5.3.1 Motivasi dan bimbingan yang dijalankan oleh bidang bahasa

Satu usaha yang diwujudkan dan diadakan dalam program motivasi dan bimbingan
kepada murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah untuk memberi
kesedaran kepada mereka terutama kepada murid yang mempunyai masalah kendiri seperti
suka tidur dan pasif semasa sesi pembelajaran dalam kelas. Mereka akan dipanggil untuk
diberikan sesi kaunseling untuk mengetahui jika terdapat masalah yang dihadapi oleh murid
tersebut sehingga mereka tidak dapat memberikan tumpuan semasa di dalam kelas.
Bimbingan dan pendekatan secara dekat dapat membantu menyelesaikan masalah murid
serta mampu meningkatkan kemampuan murid dalam pembelajaran. Usaha ini bagi
mengelak murid untuk terus tercicir dalam pelajaran dan menaikan semangat diri agar dapat
mengubah perwatakan yang pasif kepada yang lebih aktif dan produktif.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

57

5.3.2 Mengadakan pelbagai program

Tindakan yang dijalankan dari pihak bidang bahasa bagi mengatasi permasalahan
terhadap isu murid tidur dan pasif di kelas adalah dengan mengadakan program-program
yang memberi kesedaran kepada mereka. Antara contoh program yang dijalankan ialah
Program Jalinan Kasih. Program ini melibatkan beberapa orang guru sebagai mentor
kepada murid-murid 1 Ibnu Sina. Ini mampu membantu dan membincangkan permasalahan
murid secara lebih dekat kerana program mentor dan mentee ini bertujuan berkongsi setiap
masalah atau keraguan bersama guru yang telah dipertanggungjawabkan. Seterusnya ialah
guru memainkan peranan penting untuk menerapkan semangat juang dalam pelajaran dan
membimbing murid-murid mengesan potensi dan menanam keyakinan diri dalam mencapai
kejayaan dari segi murid yang berilmu, berakhlak mulia, berkembang secara seimbang dari
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK MENANGANI
ISU

5.4.1 AKTIVITI 1: Sesi Kaunseling Bersama Murid

Bidang bahasa bergabung tenaga bersama Unit Bimbingan dan kaunseling (UBK)
akan memanggil nama murid yang mempunyai masalah pembelajaran bagi membimbing
murid secara dekat dan memberi nasihat serta memberi teguran supaya mereka dapat
membantu diri mereka sendiri demi masa hadapan mereka. Dalam sesi kaunseling tersebut,
guru UBK akan bertanya kepada murid untuk mengenal pasti apakah masalah mereka dan
punca-punca yang menyebabkan masalah pembelajaran sehingga memberi kesan kepada
prestasi pelajaran mereka. Seterusnya guru kaunseling akan memberikan motivasi dan
cadangan untuk menangani masalah tersebut. Program ini dijalankan secara umum, bukan
hanya penglibatan sesetengah murid yang bermasalah. Bertujuan murid-murid ini diberikan
kesedaran dan kepentingan menuntut ilmu dari peringkat menengah rendah. Jika murid-
murid ini berteruskan dengan sifat yang pasif dan tidur semasa dalam kelas menyebabkan
reputasi pembelajaran akan menurun. Kerjasama antara bidang bahasa dan unit bimbingan
dan kaunseling membawa kepada perubahan yang lebih positif untuk seterusnya. Hasil dari
pemantauan tingkah laku murid adalah satu usaha membendung permasalahan ini.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

58

REFLEKSI AKTIVITI 1:

Saya dapati bahawa selepas sesi kaunseling bagi murid yang bermasalah tersebut
ada perubahan yang baik. Kejayaan dalam usaha mendekati murid membawa hasil yang
positif bagi membangunkan jati diri murid. Program seperti membantu guru-guru dalam
berhadapan murid-murid yang bersikap pasif dan tidur semasa sesi pengajaran yang
dijalankan. Keberkesanan dari program yang dijalankan dapat mengubah sikap dan tingkah
laku murid pada peringkat awal agar tidak berterusan. Kejayaan ini dapat dilihat kepada
perubahan murid dari seorang yang bersikap pasif dan tidak memberi respon telah bertukar
perwatakan yang lebih riang, ceria, kreatif, dan aktif.

AKTIVITI 2: Mengadakan Program Jalinan Kasih

Kerjasama yang dijalankan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dalam
mengadakan pelbagai jenis program untuk mengatasi masalah pembelajaran murid. Antara
program yang diadakan ialah Program Jalinan Kasih. Program ini juga berkerjasama dengan
beberapa orang guru sebagai mentor dan mentee kepada murid tingkatan 1 Ibnu Sina.
Program ini bertujuan mendekatkan dan beramah mesra bersama mentor masing-masing.
Sepanjang pandemik covid-19 ini, murid-murid tidak berpeluang bersama mentor mereka
atas kekangan yang tidak dapat diadakan mengikut ketetapan yang disediakan. Program
jalinan kasih ini membawa kepada hubungan yang mesra dan guru-guru sebagai mentor
membantu meningkatkan motivasi murid serta membantu mengatasi masalah yang murid
hadapi.

REFLEKSI AKTIVITI 2:

Mentor dan mentee diwujudkan bagi mendekati sifat setiap murid bagi mengenal
pasti pelbagai segi. Jalinan kasih membawa kepada kejayaan serta berkesan melahirkan
murid menzahirkan suatu tenaga yang positif dalam kelas dan luar kelas. Setelah pelbagai
program yang dilakukan oleh pihak UBK, murid yang bermasalah telah menunjukkan
perubahan yang baik kerana program tersebut membuatkan mereka berasa dihargai dan
termotivasi. SMKA Kimanis adalah satu sekolah berasrama penuh, dimana wujud dalam
perasaan murid akan nilai kasih sayang, perhatian, kerjasama dan sebagainya. Kejayaan
dalam program ini perlu diteruskan walaupun berhadapan dengan pandemik covid-19 yang
menghadkan pergerakan dan perjumpaan tetapi program seperti ini boleh dijalankan dalam
secara maya.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

59

5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

Setelah berjaya menjalankan kajian kes semasa PBS di sekolah, saya telah membuat kesimpulan
dan mendapati beberapa kekuatan dan kelemahan terhadap kajian kes yang dijalankan ini.

KEKUATAN

Hasil daripada kajian tindakan terdapat beberapa kekuatan yang dijalankan iaitu:

1. Mengetahui dan memudahkan mengenal pasti punca masalah murid pasif dan tidur di bilik
darjah berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

2. Terdapat pelbagai program yang dijalankan dalam bidang bahasa membantu dan
mengetahui langkah mengatasi masalah murid pasif dan tidur di bilik darjah.

3. Usaha yang dijalankan dari peringkat awal bagi murid tingkatan 1 membawa kepada
memberi pendekatan yang positif dan membawa perubahan dalam membentuk tingkah laku
dan sikap seseorang murid itu.

4. Pendekatan dengan menerapkan nilai kasih saying, prihatin dan menyelami jiwa setiap
murid dapat membina satu hubungan yang baik setelah mendekati dan mengenal peribadi
murid.

KELEMAHAN

Setiap usaha yang dijalankan dalam menyelesaikan permasalah pasti akan berhadapan dengan
kelemahan dalam tindakan iaitu:

1. Guru terpaksa berkorban mengagihkan masa dan waktu di luar waktu kerja bagi
memastikan murid tidak tertinggal pembelajaran bagi memantau murid yang berhadapan
dengan masalah ini.

2. Terdapat masalah dalam menyalurkan dan penyampaian maklumat yang sukar untuk
disampaikan di antara guru dan murid serta ibu bapa. Keterbatasan seperti ini memerlukan
guru-guru mencari jalan alternatif.

3. Guru hendaklah menyemak latar belakang keluarga murid untuk mengetahui lebih
mendalam berkenaan masalah murid. Usaha ini memerlukan tindakan bersama guru kelas.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

60

4. Terdapat kesukaran dalam mengajak murid di peringkat awal bagi mengetahui dan
mendekatkan diri dengan murid-murid yang bersikap pasif kerana mereka akan berasa malu
dan kurang yakin bagi memulakan perbualan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah saya menjalankan kajian akan masalah murid yang pasif dan suka tidur dalam bilik darjah
ini dengan mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan. Antara cadangan kajian lain
yang boleh dilakukan selepas ini seperti menjalankan kajian mengenai prestasi pembelajaran murid
sepanjang pembelajaran secara atas talian. Ini kerana peratusan murid mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dari rumah adalah kebimbingan setiap guru dan pihak sekolah.

Cadangan kedua yang boleh dijalankan untuk akan datang iaitu melihat keberkesanan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Kerisauan terhadap kefahaman
murid secara tidak segerak ini membawa kepada penurunan dari segi emosi, semangat dan
kesukaran memahami pembelajaran secara dalam talian.

Seterusnya, cadangan ketiga iaitu pembangunan dari segi infastruktur iaitu kemudahan
pengajaran dan pembelajaran seperti makmal bahasa dan pusat akses. SMKA Kimanis
menghadapi kekurangan dan kekangan dalam dana atau kewangan bagi melengkapkan dengan
kemudahan yang memudahkan murid-murid. Oleh itu, kajian ini dapat membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi agar dapat meningkatkan kebolehan murid.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

61

7.0 RUJUKAN

Abd Karim Desa (1994), “Keberkesanan Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.” Tesis (B.Ed.).
Universiti Teknologi Malaysia. Abd Karim Desa.

Adnan Kamis. (1985). Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran dan Kaitannya dengan
Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan :UKM.

Alis Putih. (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. Jitra: Pure Honey Enterprise.

Ibrahim Saat. (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et.al. (2014). Faktor, Kesan dan Strategi menangani
permasalahan kurang tumpuan pelajar Sekolah Menengah di dalam kelas: Suatu kajian
kualitatif. UPSI : Perak.

Hamzah, H. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2nd ed.). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

62

LAMPIRAN

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

63

Melapor diri bersama Pengetua SMKA Kimanisa Papar

Sesi taklimat bersama pengetua

Sesi temu bual bersama pengetua dan PK HEM

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

64

Perbincangan bersama pensyarah pembimbing PBS

Perbincangan bersama guru-guru mata pelajaran

Perbincangan bersama murid-murid 1 Ibnu Sina

Khairunnisa Kasa_ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

65


Click to View FlipBook Version