The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah cerpen remaja mengenai kisah kehidupan seorang budak dengan gaya hidup yang berbeza dan sering dilepas pandang oleh kita.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joannastephen91, 2022-12-15 01:49:08

PENGKID

Sebuah cerpen remaja mengenai kisah kehidupan seorang budak dengan gaya hidup yang berbeza dan sering dilepas pandang oleh kita.

“PENGKID “

“Rizal bangun. Bangun nak, dah subuh ni. Nanti lambat ke sekolah pula.”

Terasa tubuh ku digoncang dengan kencangnya. Tanpa membuka mata, aku sudah
mengenali, tangan Mamalah yang mengoncang tubuh ku. Setiap hari, Mama pastinya
akan mengerakkan aku sebelum adik untuk mandi dan bersedia untuk ke sekolah.
Tanpa membuang masa, aku menggeliat sebelum mencapai tuala mandi dan menuju
ke bilik mandi. Selesai saja mandi, aku akan membangunkan adik agar dia tahu
gilirannya pula untuk mandi. Papa yang sudah awa-awal lagi berada di meja makan
sedang menanti aku dan adik untuk bersarapan bersama-sama..

Selesai sahaja bersarapan pagi, kami berempat serentak bergerak ke hadapan rumah
dan mula menaiki satu-satunya pengangkutan kami iaitu motosikal milik Papa.
Walaupun tidak selesa dinaiki berempat namun aku tidak pernah mengeluh dan
menanyakan kenapa kami tidak boleh menaiki kereta agar lebih selesa. Adik sudah
pastinya tidak akan sesekali merungut kerana dia amat suka akan angin meniup
rambutnya sepanjang perjalanan. Seperti biasa, Mama akan menghantar adikkemudian
akudan seterusnya menghantar Papa ke tempat kerja.Sejak aku dari Tadika lagi, Mama
telah menjadi pemandu kami tiga beranak. Motosikal yang kami naiki saban hari telah
banyak mencipta kenangan sejak dari itu dan berapa kali telah keluar masuk bengkel
kerana terlalu uzur. Mama dengan sabar melayani sahaja ragam yang ditimbulkan oleh
motosikal itu dan sentiasa memastikan keadaan motosikal selamat sebelum ditunggang.
Papa pernah mencadangakan untuk membeli motosikal baru namun Mama tidak ingin
berhabis wang untuk membeli yang baru walaupun mampu membeli yang baru.

Alasannya ia masih boleh digunakan dan katanya lebih baik wang yang ada disimpan
untuk masa hadapan dan hal-hal kecemasan. Mama juga telah membuka akaun
simpanan untuk aku dan adik walaupun pendapatannya berjaja kuih-muih di pasar tani
tidak seberapa namun menabung dari awal adalah baik katanya. Bak kata perpatah,
sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Papa tidak kurangnya turut membantu Mama dalam
menjana pendapatan isi rumah, hasil dari pekerjaan barunya yang ada kini. Bersyukur
kami, Papa yang sebelum ini seorang penjawat awam telah mampu mengadakan
rumah yang kami duduki sekarang. Kehilangan upaya Papa meyebabkan dia terpaksa
pencen awal dan mula memasuki Pusat Latihan Orang Buta Cawangan Kuching,
Sarawak untuk mendalami ilmu urut tradisional sejak kehilangan penglihtaannya akibat
kemalangan.

Setiap kali sekiranya kami berada di rumah bersama Papa, aku dan adik akan sentiasa
peka dan bersedia sekiranya nama kami dipanggil bagi membantunya dalam sesuatu
perkara. Kami berdua sedar tidak banyak yang boleh kami bantu untuk meringankan
beban Papa tetapi memastikan kami sentiasa ada ketika dia memanggil nama kami
sudah mencukupi kata Mama. Tidak dinafikan ada harinya aku dan adik masih gagal
memahami keperluannya menyebabkan sukar untuk Papa bergerak mengikut arahan
kami. Kelalaian aku juga pernah menyebabkan Papa mengalami kecederaan seperti
terhantuk pada dinding dan jatuh tersungkur kerana terlalu lewat menyatakannya apa
yang berada di hadapannya. Cara aku memimpin tangannya juga masih ada
kelemahan dan aku akui, banyak yang aku perlu pelajari. Aku sedar kesakitan yang
telah meninggalkan kesan parut pada badan Papa itu semakin mematangkan aku untuk
belajar memimpinnya dengan cara yang lebih betul. Adik yang hanya mampu

memerhatikan aku juga mula belajar dari kesilapan tersebut bagi memastikan Papa
tidak berulang mengalami kecederaan.

Sebagai seorang anak, aku cuba untuk memahami pengorbanan orang tua ku yang
masing-masing telah memainkan peranan besar bagi memastikan keperluan harian
kami mencukupi. Walaupun berat mata aku melihat Mama melakukan tugas-tugas
melebihi seorang ibu, aku tidak pernah menyalahkan nasib yang telah menimpa kami
sekeluarga. Aku sedar, masih ada lagi mereka yang hidup lebih susah dan daif
berbanding kami. Aku akui ciri-ciri kewanitaan Mama sudah berkurangan berbanding
ibu-ibu yang lain. Mama lebih kelihatan seperti seorang jantan kerana susuk tubuhnya
yang tegap, kulit cerah kini kelihatan agak gelap, tidak bersolek dan mempunyai
potongan rambut pendek seperti lelaki membuatkan hilang keanggunan seorang wanita.
Pernah aku bertanya kenapa Mama tidak menyimpan rambut panjang namun
jawabnya kelihatan lebih kemas dan tidak perlu lama untuk bersiap. Namun semua itu
tidak dapat dibandingkan dengan penat lelah, Mama dalam mengurus kami
sekeluarga.Kulit tapak tangannya juga kasar dan kering, turut menyatakan segala
penah lelah yang telah ditaburknya setiap hari. Sesungguhnya aku kagum punya ibu
seperti Mama dan aku sentiasa mendoakan agar dia sentiasa sihat dan dilindungi dari
segala malapetaka.

Selepas waktu sekolah aku akan membantu Mama dengan apa yang terdaya seperti
mengemas meja makan selesai sahaja kami makan tengahari, membantu adik dalam
kerja rumahnya dan memastikan rumah sentiasa bersih bagi mengurangkan beban
Mama.Sejujurnya aku tidak tahan melihat Mama bangun seawal pukul 4 pagi untuk
menyiapkan kuih-muih yang hendak dijual dan tidur lewat setiap malam hanya untuk

menyediakan bahan-bahan membuat kuih-muihnya. Mama dulunya adalah merupakan
seorang kerani di sebuah organisasi swasta memilih untuk mengorbankan kerjayanya
bagi memudahkan dia mengurus aku, adik dan Papa. mengikut masanya sendiri. Kalau
Mama masih bekerja di pejabat sudah tentu Mama terpaksa mengejar masa untuk
mengurus keperluan kami anak-beranak. Namun, keputusan ini ternyata sekali tidak
disesalinya sebaliknya Mama kelihatan lebih teruja dan bertenaga dengan bakat yang
dia milikinya. Saat duduk menonton televisyen bersama amat sukar untuk Mama
walaupun hanya untuk seketika. Aku pasti, tidur Mama tidak cukup dan dia sebenarnya
letih walaupun tidak menunjukkannya. Manakan tidaknya, semua urusan rumah diurus
olehnya seorang dan tugasnya sebagai ibu serta isteri tidak pernah putus dikerjakannya.
Tiada erti masa untuk rehat bagi Mama,namun aku mengganggap Mama seorang yang
cekal dan tabah dalam menjalankan tanggungjawabnya seharian. Setiap hari aku
berharap, agar cepat menjadi dewasa agar dapat membantu meringankan beban
Mama.Oleh yang demikian,aku telah berikrar pada diri ku sendiri untuk belajar
bersungguh-sungguh untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan pendapatan
yang besar bagi memberi kehidupan yang lebih baik untuk kami semua. Adik juga
mempunyai khasrat yang sama agar Papa dan Mama tidak lagi perlu keluar bekerja
sebaliknya Mama boleh memberi perhatian penuh pada keperluan Papa di rumah.

Aku tidak pernah lihat Mama terlupa untuk mengukir senyuman apabila menyambut
kami di pintu pagar sekolah setelah waktu sekolah tamat dan sekembalinya dari
menjemput Papa dari Pusat Latihan yang turut menjadi tempat kerjanya. Seandainya
aku tidak mempunyai sebarang kegiatan sekolah pada hari Sabtu, aku juga akan

membantu Mama di pasar dengan penjualan kuih-muihnya. Mama yang tidak
mengizinkan aku pada mulanya, akhirnya merelakan aku untuk membantunya setelah
letih mendengar pujuk rayu ku. Adik pula akan bersama Papa di tempat kerjanya
kerana sekurang-kurangnya, dia boleh bermain bersama-sama dengan anak Pak Cik
Samad yang merupakan penjaga di pusat tersebut. Di hujung minggu, kami biasanya
akan meluangkan masa sebaik mungkin bersama-sama di rumah atau bersiar-siar
menggunakan pengangkutan awam sekali sekala. Kekurangan Papa tidak pernah
menjejaskan kami dari bersosial menikmati hujung minggu seperti orang lain walaupun
kelihatan di kiri kanan kami terdapat mata memandang ke arah tongkat putihnya.
Tempat hiburan seperti pawagan, tentunya tiada yang menyangka akan dikunjungi oleh
golongan bermasalah penglihatan namun kami tidak menganggap itu merupakan isu
besar yang akan membuatkan kami tidak boleh meluangkan masa bersama Papa di
pawagan. Papa kelihatan seronok menikmati drama yang ditanyangkan dengan
memberi perhatian sepenuhnya pada dialog dan bunyi nyaring yang keluar dari corong
pembesar suara pawagam. Ketika menonton aku sempat menceritakan kepada Papa
bahawa terdapat mata-mata yang memandang ke arah kami namun Papa hanya
senyum sahaja. Jauh di suduh hati,aku juga terfikir apakah yang bermain di minda
mereka yang melihat kami membawa golongan bermasalah pengihatan menonton
wayang. Sedikit rasa malu dengan pandangan mereka namun aku akur kehadiran kami
sesungguhnya sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang pastinya tidak pernah sekali
terfikir bahawa orang bermasalah penglihatan pun ingin datang ke pawagam untuk
menonton walaupun tidak mampu melihat.

Setibanya kami di hadapan sekolah Rafi, Mama memberhentikan motosikal untuk
menurunkan adik.

“Adik terus masuk kelas ya. Ingat lepas sekolah, tunggu abang”kata Mama kepada adik
sejurus sahaja menurunkannya dia dari motosikal.

“Baik Mama”. Jawab adik sambil melambai kearah kami.

Giliran ku untuk diturunkan oleh Mama yang letaknyakurang 5 minit dari Tadika adik..
“Ingat jangan lupa terus ke sekolah adik dan tunggu Mama lepas sekolah.” Pesan
Mama yang sama saja setiap hari agar kami berdua menunggunya di perhentian bas
terletak di hadapan sekolah adik.

“Baik, Ma”. jawab ku ringkas.

Beberapa saja langkah aku memasuki perkarangan sekolah kelibat Mama dan Papa
sudah tidak kelihatan.

“Mak Rizal tu PENGKIDLAH. Tengok dia macam lelaki saja.Kamu lihat tak, rambut dan
baju dia pakai macam lelaki, bawa motosikal lagi. Untung bapa Rizal itu duduk saja,
mak dia yang bawa.”

Kedengaran suara yang mengata Mama di sebalik pintu bilik darjah membuatkan aku
berasa amat marah. Perasaan marah yang amat membara dalam dada membuatkan
aku terus menolak pintu tanpa melihat siapa di sebaliknya. Akibat dari tolakan kuat ku
itu, rakan-rakan sekelas ku yang terdiri dari Drahman, Busu dan Mamat meraung
kesakitan dan terus menuju kearah ku.

“Hei, Rizal! Kamu ini kenapa ha? Kenapa tolak pintu? Drahman menjerit kearah muka
ku sambil tangannya memegang baju seragam ku. Manakala Busu dan Mamat
menahan aku dari bergerak dengan menarik tali beg ku setelah menggosok dahi
mereka yang mungkin tadi terkena pintu akibat dari tolakan ku.

“Yang kamu menghina Mama saya kenapa? Saya tidak pernahsekali pun mengata
ibubapa kamu jadi kenapa kamu mangata orangtua saya”. Aku menjerit sekuat hati
kearah mereka tanpa mempedulikan rakan-rakan sekelas dan murid dari kelas sebelah
yang melihat. Aku hampir-hampir menumbuk mereka namun berjaya dileraikan oleh
ketua kelas dan beberapa rakan sekelas.

“Kamu berempat ikut saya ke bilik guru. Saya akan laporkan apa yang telah berlaku
kepada Cikgu.” Rita selaku ketua kelas mengarah kami berempat lalu mengiringi kami
ke bilik guru.

“Selamat pagi, Cikgu. Saya hendak laporkan Rizal menolak pintu dan pintu itu terkena
Drahman, Busu dan Mamat sebab mereka berada di belakang pintu semasa itu. Rizal
kata, mereka bertiga menghina ibu dia lalu membuatkan dia marah. Dia juga hampir-
hampir ingin menumbuk mereka bertiga namun saya dan beberepa orang rakan sempat
meleraikan mereka.” Rita melaporkan kejadian itu dengan jelas dan ringkas kepada
Cikgu Hendry

“Baiklah Rita, terima kasih atas laporan itu. Kamu boleh balik ke kelas sekarang dan
sekiranya Cikgu yang mengajar kamu sekarang mencari mereka, katakan mereka
bersama saya. “ pesan Cikgu Hendry kepada Rita agar kembali ke kelas.

“Baik, Cikgu”. Rita menjawab ringkas lalu bergerak menuju kelas.

“Drahman, Busu dan Mamat, sila beritahu Cikgu adakah apa yang Rita laporkan
mengenai kejadian tadi benar? Beritahu Cikgu” sambil merenung kearah mereka
bertiga Cikgu Hendry menantikan jawapan.. “Cikgu pasti, apa yang kamu bertiga
perkatakan itu amat menyinggung perasaan Rizal kalau tidak semua ini tidak akan
berlaku.Ceritakan pada cikgu dari mula.”Kedengaran Cikgu Hendry begitu terdesak
menginginkan jawapan dengan segera dari mereka bertiga..

“Saya tak nampak dia tadi Cikgu sebab kami berada di belakang pintu. Kalau saya tahu
dia ada di sana, saya tak akan cakap macam tu.” Suara Derahman semakin
menghilang dan kepalanya mula tunduk sedikit demi sedikit seteleh berkata demikian.

“Itu tak penting. Masalahnya sekarang apa yang kamu cakap itu tidak baik di dengar
dan kamu telah manyakiti perasaaan orang lain. Kata Cikgu Hendry sambil memandang
tepat ke mata Derahman.

Tidak tertahan lagi, aku terus mencelah. “Dia kata mak saya PENGKID Cikgu. Dia kata
rambut dan pakaian mak saya macam lelaki.”Kedua-dua tangan ku gengam erat kerana
tidak tertahan lagi mengingat kembali kata-kata mereka tadi namun harus ku nyatakan
kepada Cikgu Hendry agar dia jelas dengan apa yang telah berlaku.

“Benarkah, kamu bertiga berkata bergitu terhadap ibu Rizal?” tanya Cikgu Henry
setelah bangkit dari kerusi yang didudukinya.”Lebih baik kamu mengaku kalau betul.”
Cikgu Hendry menambah lagi.

“Betul, Cikgu”. Dengan suara yang agak lembut mereka menyatakannya. Pastinya
mereka sudah ditakuti dengan suara lantang Cikgu Hendry tadi.

“Baik, setelah mendengar pengakuan kamu bertiga itu tadi, Cikgu telah mengambil
keputusan untuk memaklumkan perkara ini kepada ibubapa kamu supaya mereka tahu
apa yang telah kamu lakukan. Cikgu juga berharap perkara sebegini tidak akan
berulang lagi. Apa yang kamu katakan amat tidak baik dan menyinggung perasaan.
Bayangkan kalau Rizal berkata demikian terhadap ibu kamu, adakah kamu tidak akan
berasa marah? Sudah tentu kamu marah sebab kata-kata itu adalah kata-kata yang
tidak baik. Pernah tidak kamu dengar pepatah ini, “kata-kata boleh membunuh”.
Maksudnya kita harus berhati-hati ketika berkata-kata kerana perkataan yang salah kita
ucapkan akan mendatangkan kebencian seseorang terhadap kita kerana bahasa yang
kita gunakan adalah tidak menyenangkan. Oleh kerana tidak berfikir dahulu sebelum
berkata-kata, segala perkataan yang keluar dari bibir kita mungkin tidak disenangi dan
boleh mendatangkan marah kepada seseorang.”

Begitu panjang penjelasan yang Cikgu Henry lemparkan kepada mereka.

“Sekarang saya mahu kamu bertiga minta maaf pada Rizal dan berjanji tidak akan
berkata begitu lagi.” Cikgu Henry menambah.

Mereka bertiga satu-persatu menuju kearah ku dan menghulurkan tangan meminta
maaf dari ku.Tangan yang aku hulurkan untuk berjabat tangan dengan mereka terasa
berat untuk diangkat kerana sesungguhnya aku masih belum boleh menerima
kemaafan dari mereka. Kata-kata mereka tadi terhadap Mama masih jelas di cuping
telinga ku.

“Baik, sekarang kamu bertiga boleh balik ke kelas. Tapi Rizal,sila tunggu sebentar.”
Kata Cikgu Hendry sambil memegang bahu ku.

“Silakan duduk, Rizal.” Cikgu mempelawa ku untuk duduk di kerusi yang terletak di
sebelahnya.Hati ku agak berdebar-debar dengan apa yang bakal diperkatakan oleh
Cikgu Hendry kepada ku. Aku sedikit pun tidak bisa meneka, apa yang ingin dia
sampaikan kepada ku. Adakah mungkin juga, aku akan didenda kerana menyebabkan
pergaduhan tadi? Ih, apa-apa, aku tak kisah sebab bukan aku yang memulakannya dan
aku hanya menegakkan kebenaran. Terpulanglah untuk Cikgu Hendry mengadili
perbuatanaku itu.

“Rizal, selain dari apa yang terjadi tadi ada apa-apa yang kamu ingin beritahu Cikgu.”
Cikgu Henry seolah-olah ingin mengajak aku berbual untuk mendalami kisah aku
disebalik kajadian tadi. “Ada apa-apa yang Cikgu tidak tahu tapi patut tahu. Kalau ada,
baik kamu beritahu sekarang supaya tidak akan berlaku lagi salah faham sebegini di
masa akan datang.” Cikgu Hendry cuba menambah sedikit kenyataan lagi untuk
mengajak aku berbual.

Rasanya sudah tiba masanya dan aku tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa
berterus-terang akan latar belakang aku yang selama ini aku tidak pernah aku
kongsikan kepada sesiapa walaupun rakan sekelas.

“Sebenarnya Cikgu, ayah saya seorang cacat penglihatan dan oleh kerana itu ibu saya
terpaksa menghantar saya dan adik ke sekolah dan ayah ke tempat kerja. Memang ibu
saya berambut pendek dan banyak buat kerja berat sebab itu tubuh badan ibu saya
kelihatan agak tegap. Namun Derahman, Busu dan Mamat tidak patut berkata begitu
mengenai Mama saya.

“Ya, betul kata kamu itu. Rakan-rakan kamu sememangnya tidak boleh berkata
demikian bukan hanya kepada ibu kamu tetapi kepada sesiapa pun kerana itu tandanya
mereka tidak menghormati orang lain lebih-lebih lagi orang yang lebih tua dari mereka.
Kalau kamu tidak beritahu Cikgu, sampai bila-bila pun Cikgu tidak tahu ayah kamu itu
seorang yang bermasalah penglihatan. Bukan niat Cikgu hendak memperkecilkan kamu
tetapi sekiranya kamu memerlukan bantuan sila maklumkan pada Cikgu. Cikgu dan
pihak sekolah akan membantu seberapa yang boleh.”

“Terima kasih, Cikgu. Tapi buat masa ini, kehidupan kami berjalan dengan baik saja.
Ayah dan ibu, masing-masinnya bekerja untuk menyara kami anak-beranak. Maafkan
saya Cikgu kerana tidak pernah memberitahu Cikgu mengenai ayah saya. Mama
pernah berkata Papa patut mendapat layanan seperti biasa walaupun dia hilang daya
penglihatan kerana apa yang telah terjadi bukanlah atas kehendaknya tetapi semuanya
adalah suratan takdir. Kelainan upaya Papa juga kami anggap membuatkannya
istimewa, dan oleh yang demikian kami perlu terus berada di sampingnya. Sebab itu
kami tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa ayah saya tidak dapat melihat dan
saya faham Mama berubah kerana kerja kerasnya setelah menjaga kami. Bagi saya
dan adik,ibu kami adalah seorang wanita yang hebat kerana kerja kerasnya terhadap
kami sekeluarga. Dia sentiasa ada untuk saya, adik dan Papa walaupun setelah penat
menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu dan isteri. Walaupun dia terpaksa
mengambil alih tugas Papa seperti menghantar dan mengambil saya dan adik dari
sekolah, saya tidak pernah mengganggap dia adalah pengganti ayah. Tanpa ku sedari,
kata-kata ku itu diiringi denga air mata yang setitik demi setitik jatuh bercucurah di pipi

gebu ku dan aku hanya memyedarinya apabila Cikgu Hendry menghulurkan aku
sekotak tisu yang membuatkan aku terhenti memberi penerangan.

“Nampaknya Cikgu sudah faham dan cukup jelas dengan apa yang kamu cuba katakan
itu. Cikgu amat kagum dengan kamu kerana sikap hormat dan mengenang jasa yang
kamu tunjukkan kepada orang tua kamu. Cikgu akan terus mendoakan agar keluarga
kamu bahagia dan kamu juga harus pastikan yang kamu akan belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk menggembirakan kedua orang tua kamu dan menjadi
contoh yang baik kepada adik kamu.” Terasa tangan Cikgu Hendry menepuk-nepuk
bahu ku sambil aku masih sibuk mengelap pipi ku yang kebasahan.

(2673 patah perktaan)


Click to View FlipBook Version