BUKU
PERATURAN
DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
SMK KOTA KEMUNING
EDISI 2023
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
KANDUNGAN 2
2-3
Visi, Misi dan Halatuju Sekolah 4
Falsafah, Moto, Ikrar murid dan Lagu Sekolah 5
Pendahuluan 6
Carta Organisasi Pentadbiran Lembaga Disiplin 7
BAHAGIAN I 8
Peraturan Sekolah
9-12
1. Waktu Persekolahan
2. Ketidakhadiran Murid 13
3. Garis Panduan Tindakan Disiplin Murid Ponteng 13
BAHAGIAN II 14
Perkara 1 : Kekemasan Diri 14
1. Pakaian Murid Lelaki 14
2. Pakaian Murid Perempuan 15
3. Pakaian sewaktu aktiviti sukan dan kokurikulum/ kasut/ stokin 15
4. Lencana / Tanda Nama / 15
5. Tali Leher/ Tali Pinggang/ Rambut Murid Lelaki/ Rambut murid perempuan 16
6. Kuku / Kening/ Barang Kemas / Perhiasan 16
Perkara 2 : Peraturan Semasa Perhimpunan 17
Perkara 3 : Peraturan Di Dalam Kelas
Perkara 4 : Peraturan Di Bilik Khas / Di Luar Kelas / Makmal / Bengkel 18
Perkara 5 : Pengunaan Tandas 18
Perkara 6 : Penggunaan Pusat Sumber 19
Perkara 7 : Peraturan Pada Waktu Rehat 19
Perkara 8 : Selepas Waktu Sekolah 20-21
22-25
Perkara 9 : Tatatertib Pergaulan
Perkara 10 : Penggunaan Kemudahan Sekolah
Perkara 11 : Murid Yang Membawa Kenderaan Ke Sekolah
BAHAGIAN III
A : Barang-barang Larangan Di Sekolah
BAHAGIAN IV
PROSEDUR PERLAKSANAAN HUKUMAN
I. Objektif
II. Proses Perlaksanaan Hukuman
BAHAGIAN V
A. Buku Peraturan Sekolah Sebagai Panduan Disiplin
B. Pindaan
C. Surat Pekeliling
D. Surat Aku Janji
1
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
VISI
SMK KOTA KEMUNING
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
SMK KOTA KEMUNING
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
HALA TUJU
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning Terbilang Semua Bidang
FALSAFAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dapat menggembleng segala sumber
dalaman dan persekitaran yang ada untuk dimajukan sehingga menjadi pusat pendidikan
peringkat menengah yang berkualiti dan berdaya saing serta dapat memberikan
sumbangan kepada masyarakat untuk menghasilkan insan berilmu pengetahuan,
berketrampilan dan peka kepada keperluan semasa, memberikan pengisian yang dapat
menyumbangkan sesuatu kemakmuran dan kesejahteraan sejagat berlandaskan prinsip-
prinsip yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MOTO SEKOLAH
“Maju Bersama Gemilang”
Maju Bersama Gemilang adalah doa dan harapan murni agar dapat diredhai Tuhan
Moto ini memberi dua tafsiran:-
Maju bersama ke arah mencapai kegemilangan
Dan
Kemajuan yang gemilang dapat dinikmati bersama.
2
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
IKRAR MURID
Maka kami,
Putera-puteri SMK Kota Kemuning,
Berjanji dan berikrar,
Akan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.
Kami berjanji akan berakhlak mulia,
Menghormati ibu bapa, guru-guru dan warga sekolah.
Kami juga akan menjaga imej dan nama baik sekolah sepanjang masa.
Kami berjanji akan saling menghormati dan mengamalkan semangat
perpaduan antara kaum.
Kami bertekad akan berusaha meningkatkan prestasi akademik
dan kokurikulum demi memartabatkan
SMK Kota Kemuning sebagai sekolah yang unggul.
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH YANG TERCINTA MENDUKUNG VISI MULIA
LAHIRKAN INSAN BERJASA
BERBAKTI PADA BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
SEMANGAT KENTAL DI JIWA
MAJU SEKOLAH KITA MENUJU ERA JAYA
ABADI JADI SANJUNGAN
SEIRING BERGANDINGAN BINA INSAN SEIMBANG
BERILMU SERTA CEMERLANG
BERUSAHA GIGIH SEHATI
BERPADU DAN BERHARMONI
CABARAN RELA TEMPUHI
TINGKATKAN DISIPLIN DIRI
MAJU JAYA MAJU BERSAMA
SMK KOTA KEMUNING
TETAP UNGGUL TERUS CEMERLANG
MAJU BERSAMA GEMILANG
TETAP UNGGUL TERUS CEMERLANG
MAJU BERSAMA GEMILANG
CIPTAAN : EN. RAMLAN BIN HARUN
TAHUN : 2002
3
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
PENDAHULUAN
Semua murid dikehendaki membaca, memahami dan mengamalkan semua aspek PERATURAN
SEKOLAH yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sekolah.
CIRI-CIRI MURID YANG BERDISIPLIN
Seseorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran agama,
mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, menghayati Rukun Negara dan mematuhi
peraturan sekolah dan undang-undang
Antara ciri-ciri murid yang berdisiplin
• Memahami dan mematuhi peraturan sekolah
• Mengamal ajaran agama dengan sebaik-baiknya
• Sentiasa menghormati dan menyayangi ibubapa
• Taat dan setia kepada Raja dan Negara
• Cinta akan sekolah
• Menepati masa
• Rajin dan sentiasa berusaha
• Sentiasa berkhidmat dan bekerjasama
• Bersih, cekap dan amanah
• Jujur dan ikhlas
• Berbudi bahasa, bersopan-santun dan lemah-lembut
• Sentiasa menghormati orang lain
• Mengamalkan sikap saling tolong menolong
4
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
JAWATANKUASA DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING
PENGETUA
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
GURU DISIPLIN KETUA GURU DISIPLIN GURU BIMBINGAN
GURU PENGAWAS DAN KAUNSELING
LEMBAGA PENGAWAS
PENGAWAS
5
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
BAHAGIAN I
PERATURAN UMUM SEKOLAH
Peraturan sekolah bertujuan untuk membina murid berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional
dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan
teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga disiplin
sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul
keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan diumumkan dan dikuatkuasaka. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap murid untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak sekolah
berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah.
A. WAKTU PERSEKOLAHAN
1. Semua murid wajib hadir ke sekolah mengikut takwim persekolahan yang ditetapkan.
B. WAKTU PERHIMPUNAN RASMI /HARIAN
1. Semua murid diwajibkan hadir perhimpunan rasmi dan harian mengikut waktu yang ditetapkan.
2. Semua murid mesti duduk dalam barisan kelas masing-masing.Ketua tingkatan/penolong
hendaklah duduk di hadapan kelas.
3. Semua murid mesti berpakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
4. Semasa perhimpunan, murid mestilah mematuhi adab perhimpunan iaitu duduk dengan
tertib,senyap dan membuat catatan maklumat dalam perhimpunan.
5. Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan
senyap.
C. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas,ketika menghadiri program rasmi
sekolah,peperiksaan dan lawatan rasmi sekolah.
2. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah hingga pulang ke rumah.
D.KETIDAKHADIRAN MURID
1. Semua murid mesti hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
2. Murid yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan
cuti sakit daripada ibubapa atau penjaga dengan segera kepada Guru Tingkatan masing-
masing. Surat hendaklah ditulis secara rasmi dan ditandatangani oleh Ibu bapa/ Penjaga.
3. Murid yang memberi surat doktor yang palsu ataumemalsukan tandatangan ibubapa atau
penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib.
4. Muridyangtidakhadirtanpasebabdianggap pontengdanbolehdikenakan
tindakan tatatertib termasuk buang sekolah.
5. Muriddimintamemberinombortelefonibubapa/penjaga(Telefonrumah,Pejabatatau
telefon bimbit) kepada Guru Tingkatan bagimemudahkan pihak sekolah menghubungi
ibubapa/penjaga sekiranya berlaku kecemasan.
6. Murid diminta mengemaskini dan memberitahu Guru Tingkatan sekiranya ada sebarang
perubahan alamat surat-menyurat dan nombor telefon ibubapa/penjaga dengan segera.
6
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
E. GARIS PANDUAN TINDAKAN DISIPLIN MURID PONTENG SEKOLAH
Pihak Pentadbiran Sekolah menetapkan semua guru tingkatan mengambil tindakan terhadap
murid yang ponteng sekolah berdasarkan garis panduan seperti berikut:
1. Surat Amaran Ponteng Sekolah 1
• Tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibubapa atau penjaga.
2. Surat Amaran Ponteng Sekolah 2 + (Kaunseling)
• Tidak Hadir ke sekolah 10 hari berturut-turut atau 20 hari berselang tanpa apa-
apa maklumat daripada ibubapa ataupenjaga.
3. SuratAmaran PontengSekolah3 +(Kaunseling)+(Ibubapa /penjaga dipanggil)
• Tidak hadir ke sekolah 17 hari berturut-turut atau 40 hari berselang tanpa apa-
apa maklumat daripada ibubapa ataupenjaga.
4. BuangSekolah(Ibubapa/penjagadipanggil)+(SuratRasmidaripadaPengetua)
+(Diposkan)
• Tidak hadir ke sekolah 31 hari berturut-turut atau 60 hari berselang tanpa apa-
apa maklumat daripada ibubapa ataupenjaga.
Semuasuratamaran akandisediakanolehGuruTingkatanmelaluiGuruPenolongKanan(HEM)
dan satu salinan kepada Unit Disiplin sekolah untuk tujuan perekodan.
7
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
BAHAGIAN II
PERKARA 1 : KEKEMASAN DIRI
Semua murid hendaklah berpakaian kemas, rapi, bersih, dan lengkap untuk menunjukkan
penampilan diri yang baik dan terpuji (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996)
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan. (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983) seperti berikut :
I. PAKAIAN MURID LELAKI
a) Seluar panjang berwarna hijau kehitaman (dark olive)
b) Kemeja putih berlengan pendek jenis kain kapas . Lengan baju 1-3 cm dari siku
c) Kemeja putih berkolar tiada lisu di depan dan belakang
d) Baju Singlet putih / baju t-shirt kolar bulat berwarna putih sahaja yang boleh dipakai
bersama baju kemeja sekolah.
e) Butang seluar/baju berwarna tidak dibenarkan
f) Poket tampal di luar dan berfesyen tidak dibenarkan
g) Lencana sekolah dan tag nama mesti dijahit
h) Saiz ukuran pergelangan seluar di bahagian kaki mestilah berukuran di antara 8-9 inci /
tidak melebihi ½ tapak kaki
i) Kelabuhan seluar ialah sehingga paras buku lali
j) Kaki seluar mestilah dilipat ke dalam dan berjahit.
k) Cawat seluar hendaklah sesuai dan menutupi pusat.
l) Seluar londeh / seluar jenis bell bottom tidak dibenarkan
II. PAKAIAN MURID PEREMPUAN
a) Baju kurung hendaklah jenis baju kurung teluk belanga berwarna putih dan kain sarung
berwarna”turquoise”berbentuk “A-line” atau bersusun di sebelah kiri. Baju kurung
mestilah sentiasa dibutangkan/dikancingkan.
b) Muridyangmemakaibajukurunghendaklahmemakaianakbaju(camisole)berwarna
putih hingga ke paras pinggang.
c) Blouseputih, pinafore turquoiseyang labuhnya hendaklahmelepasilutut. (anggaran 5
cm dari aras lutut)
d) Baju kemeja berwarna putih, lengan pendek, berkolar dan tiada lisu di depan dan di
belakang.
e) Ukurankelabuhanbajukurungmestilahsampaikeparas lutut, berlenganpanjang dan
mesti dikancingkan.
f) MuridperempuanberagamaIslam dibenarkandan digalakkan memakaitudung / mini
telekung.
g) Tudung mestilah berwarna putih berbentuk 3 segi 2 sama dan kain lembut
polister.(cotton tidak dibernarkan)
h) Tudung tidak boleh berenda ataubersulam.
i) Murid dikehendaki memakai anak tudung berwarna putih.
j) Tudung berwarna hitam hanya dibenarkan semasa aktiviti sekolah / kokurikulum.
k) Pemakaian kerongsang pada tudung tidak dibenarkan.
l) Murid dibenarkan memakai sarung lengan berwarna hitam atau putih sahaja.
8
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
III. PAKAIAN MURID SEWAKTU AKTIVITI PJK, SUKAN DAN KOKURIKULUM
a) Semasa menjalankan aktiviti PJK, sukan dan kokurikulum murid hanya dibenarkan
memakai T-shirt rasmi sekolah dan memakai track bottom rasmi sekolah sahaja.
b) KASUT
a) Kasut kanvas berwarna putih atau hitam.
b) Tinggi tidak melebihi paras buku lali.
c) Murid dilarang memakai selipar, but,high-cut.
d) Kasut kulit / kasut sukan dilarang sama sekali walaupun berwarna putih.
e) Tali kasut tidak boleh dililit tetapi mesti diikat dengan kemas.
f) Tali kasut mengikut warna kasut.
IV. STOKIN
a) Stokin mengikut warna kasut.
b) Tidak bercorak atau mempunyai hiasan / belang-belang
c) Ukuran menutupi atas buku lali.
V. LENCANA SEKOLAH
a) Lencana sekolah hendaklah dijahit di sebelah kiri dada kemeja / blouse / baju kurung /
baju melayu.
b) Muridperempuan yangmemakaitudungdikehendakimenjahit lencanadisebelahkiri
tudung.
c) Lencana tidak boleh diwarnakan ataudiconteng.
d) Lencana yang lusuh dan rosak perlulah diganti baru.
VI. TANDA NAMA MURID (NAMETAG)
a) Tanda Nama hendaklah dijahit di sebelah atas poket bagi murid lelaki.
b) TandaNama hendaklah dijahit di atas tudung (bagi murid bertudung) atau baju kurung/
pinafore bagi murid perempuan.
c) Kedudukan di atas pada lencanasekolah.
d) Tanda nama juga harus dijahit pada T-shirt sekolah yang dipakai.
e) Mestilah mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk setiap
tingkatan.
f) Tanda Nama yang lusuh dan rosak perlulah diganti baru.
g) Murid yang tiada tanda nama akan dikenakan tindakan disiplin.
h) Semua Murid dilarang sama sekali:
• Memakai tanda nama murid lain.
• Menconteng / merosakkan tanda nama
• Mengubah huruf pada tanda nama untuk tujuan samaran atau singkatan
*Lencana Sekolah dan Tanda Nama murid boleh dibeli/ditempah melalui Koperasi Sekolah.
VII. TALI LEHER
a) Semuamuriddiwajibkanmemakai tali lehersetiap hari kesekolah kecuali murid
perempuan yang memakai baju kurung.
b) Mesti diikat kemas dan panjang sehingga paras pusat.
c) Tali leher tidak boleh diikat pendek.
9
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
d) Tidak boleh menggunakan tali leher selain tali leher sekolah.
e) Bahagian bawah tali leher mestilah dibiarkan tajam.
f) Murid dilarang menconteng dan melukis gambar pada tali leher.
VIII. TALI PINGGANG
a) Murid lelaki dibenarkan memakai tali pinggang kanvas sahaja.
b) Tali pinggang hendaklah berwarna hijau gelap (dark olive) tanpa corak.
c) Lebar tali pinggang ialah 1.5cm hingga3cm.
d) Murid tidak dibenarkan memakai tali pinggang yang berkepala besar (buckle) lebih
daripada 2 inci. Kepala tali pinggang tidak boleh bercorak dengan sebarang lambang.
e) Tali pinggang berwarna putih dan lain-lain tidak dibenarkan.
IX. RAMBUT MURID LELAKI
a) Semua murid lelaki hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.
b) Tidak dibenarkan mewarna rambut dan diarahkan pulang.
c) Tidak dibenarkan membotakkan kepala atau menyimpan gaya rambut jenis skin-cut atau
skin-head.
d) MuridlelakiberketurunanSikhdibenarkanmenyimpanrambutpanjangdanberserban.
Hanya warna serban hitam atau biru tua sahaja dibenarkan.
e) Rambut belakang tidak melebihi garisan bawah cuping telinga / menyentuh kolar baju /
1-2cm di atas kolar baju.
f) Rambut sebelah sisi tidak menutup kedua-dua paras cuping telinga sebelah atas atau
sebahagiannya.
g) Side burn / pelipis tidak boleh melebihi garisan tengah hidung / setengah anak telinga.
h) Rambut kedepantidak menutup bahagian garisantengah dahi, tidakmencecahbulu
kening apabila ditarik.
i) Rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melebihi 6cm panjang.
j) Murid dilarang sama sekali berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor dan diwarnakan,
trojan / durian / atau apa sahaja fesyen yang tidak menggambarkan imej seorang murid.
k) Muridjugadilarangmemakaigeldanmembentukrambutseperti“trojan”,ceracak,
durian, dan seumpamanya.
l) Murid tidak dibenarkan mengukir apa-apa perkataan atau bentuk pada rambut / kepala
m) Sebarang kesalahan akan diberi slipsaman.
X. RAMBUT MURID PEREMPUAN
a) Murid harus memastikan rambut sentiasa kemas.
b) Rambut yang mencecah bahu perlu diikat ekor kuda (pony tail).
c) Bagi rambut yang menlebihi paras bahu perlu diikat Plait (tocang) dengan reben
berwarnahitam,putihatau biru turquoise.Murid jugatidakdibenarkan
menyanggul rambut (bun).
d) Mewarnakanrambut tidakdibenarkansama sekali walaupunmenggunakan inai.
Semua murid yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkan semula
e) Murid perempuan dilarang berambut pendek yang menyerupai lelaki.
f) Murid hanya dibenarkanmenggunakan getah rambut, sepitrambut dan cekak
rambut berwarna hitam sahaja.
g) Pemakaian reben besar melebihi ukuran 2.5cm dan klip rambut berwarna-warni tidak
dibenarkan.
10
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
XI. KUKU
a) Kuku hendaklah sentiasa pendek danbersih.
b) Semua murid dilarang menyimpan/berkukupanjang.
c) Semua murid dilarang mewarnakan kuku/ mengecat kuku/memakai inai.
d) Semuamuriddilarangmelukissebarangcorakdiataspermukaantangan.
XII. KENING
a) Semua murid tidak dibenarkan mencukur, mencabut dan mentatu (tatoo) bulu kening.
b) Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan side burn.
c) Penggunaan sebarang celak, alat solek, mascara tidak dibenarkan untuk tujuan hiasan.
d) Semuamuridadalahdilarangmemakai/mencoraksebarangbentukhiasanberbentuk
subang pada kening, mentatu kening secara kekal/sementara.
XIII. BARANG KEMAS /HIASAN
a) Semua murid dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai
kaki dan barang-barang kemas lain.
b) Semua murid perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang atau stud
berbentuk kecil, tidak berfesyen dan berwarna hitam/putih dan bercorak sama sahaja.
Jika berbentuk cincin, diameternya tidak boleh melebihi 3mm. Sekiranya berbatu, hanya
warna putih sahaja dibenarkan.
c) Pemakaianrantaiuntuktujuankeagamaanyangdiperbuat daripadatalisahaja
dibenarkan dan hanya satu tali keagamaan sahaja dibenarkan
d) Sebarang lambang berbentuk keagamaan tidak boleh didedahkan.
e) Semuamuridlelakidilarangmemakaisebarangbentukhiasanpadamana-mana
bahagian badan murid.
f) Murid tidak dibenarkan memakai kanta lekap yang berwarna.
g) Murid dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamamya
pada mana-mana bahagian tubuh badan.
h) Murid tidak dibenarkan memakai sebarang alat hiasan di bahagian muka.
11
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
PERKARA 2 : PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN
1. Semua murid dikehendaki beratur mengikut tingkatan masing-masing.
2. Muriddikehendakiberdiri tegak, lurus dan tangandisisi semasamenyanyikan lagu
Kebangsaan, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dengan penuh bersemangat.
3. Murid tidak dibenarkan bercakap-cakap, membuat bising, dan melakukan perkara-perkara
yang boleh mengganggu kelancaran semasa perhimpunan rasmi dijalankan.
4. Murid tidak boleh keluar atau masuk dari barisan semasa perhimpunan rasmi atau
perhimpunan pagi tanpa kebenaran pengawas/ guru bertugas.
5. Semuamuridperlumembuatcatatanpengumumandanisi-isipentingdaripadaucapanyang
disampaikan semasa perhimpunan.
6. Murid yang lewat untuk perhimpunan dikehendaki beratur di tepi bilik disiplin dengan
senyap.
7. Murid dikehendaki mematuhi arahan Pengawas semasa pemeriksaan dilakukan.
8. Kedatanganmuridkesekolah akandirekodkanoleh guru tingkatan semasaperhimpunan
dijalankan.(Selasa hingga Jumaat)
9. Semua murid dikehendaki berbaris mengikut tingkatan untuk balik ke kelas selepas selesai
perhimpunan.
PERKARA 3 : PERATURAN DI DALAM KELAS
1. Semuamurid dikehendaki berdiri dan mengucapkan selamat kepadasemua guru atau
pelawat yang masuk ke kelas sebagai tanda menghormati kehadiran mereka.
2. Semuamuriddikehendaki membawa bukuteks, bukulatihan, buku kerja, kerja kursus, alat
tulis yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan jadual harian.
3. Semua murid tidak dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan murid.
4. Semua murid dikehendaki bertanya dan menjawab soalan secara beradab.
5. KetuaTingkatandikehendakimemantauJadualtugas hariansertapelantempatdudukdi
dalam kelas mengikut arahan GuruTingkatan.
6. Murid tidak dibenarkan bertukar tempat duduk tanpa kebenaran guru tingkatan.
7. Semua murid dikehendaki menjaga ketenteraman kelas sama ada ketika guru berada di
dalam kelas atau tidak.
8. Semua murid dikehendaki menghormati Ketua Tingkatan dan murid lain.
9. Semua murid dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan dan kemudahan di dalam kelas..
10. Semua murid dilarang makan/minum atau membawa makanan/minuman ke dalam bilik
darjah kecuali bekal untuk wakturehat.
11. Buku teks murid dan barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja.
12. Semua murid yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan perlu mendapat kebenaran
daripada guru dan mengambil pas keluar yang disediakan. Pas kebenaran perlu dipulangkan
kepada guru sebaik sahaja murid kembali ke kelas.
13. Murid tidak dibenarkan pergi ke kantin kecuali pada waktu rehat.
14. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat kecuali murid
yang bertugas membersihkan kelas.
15. Semua murid tidak dibenarkan tidur sewaktu guru sedang mengajar kecuali murid yang
kurang sihat.
16. Murid terakhir perlu memastikan bahawa semua suis lampu dan kipas telah dimatikan
sebelum meninggalkan kelas.
12
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
PERKARA 4 : PERATURAN DI BILIK KHAS/ DI LUAR KELAS / MAKMAL / BENGKEL/SURAU
1. Semuamurid di kehendaki mengosongkan bilik darjah pada waktu Sains (jikamenggunakan
Makmal) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer, Pendidikan Seni atau surau dan
bergerak dalam barisan dengansenyap.
2. SemuamuridtidakdibenarkanmasukkedalamPusatSumber,makmal,bengkel,Bilik
Komputer, Bilik Pendidikan Seni, Surau tanpa kebenaran guru.
3. Semuamuridtidakdibenarkansinggahdimana-manakawasan(tandas,kantin,bilikdarjah
lain dan lain-lain tempat) semasa pergerakan pergi dan balik.
4. Semua murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bilik-bilik ini.
5. Semua makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.
6. Sebarangperalatandimakmalsains,bengkel,biliksukan,makmalkomputer,pusatsumber,
makmal bahasa, bilik pendidikan seni, surau atau mana-mana bilik yang dikategorikan
sebagai kawasan larangan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
PERKARA 5 : PENGGUNAAN TANDAS
1. Semua murid mestilah menggunakan tandas mengikut jantina masing-masing seperti yang
ditetapkan.
2. Semua murid diwajibkan memakai Kasut Sejahtera untuk pergi ke tandas.
3. Kebersihan tandas mestilah dijaga. Jangan menconteng dinding dan merosakkan alat-alat di
dalamnya.
4. Janganmembuangkertas,pembalutmakanandansampahdidalamtandaslebih-lebihlagidi
tempat membuang najis.
5. Semasaberadadidalam tandas jangan membuatbising, bertolak-tolak dan mestilahkeluar
secepat mungkin.
6. Murid tidak dibenarkan membawa alat tulis dan botol minuman ke dalam tandas.
7. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik tandas pada masa loceng pertama
perhimpunan diadakan dan loceng naik waktu rehat.
8. Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama murid-murid.
9. Pastikan lampu dan paip ditutup setelah digunakan.
PERKARA 6 : PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
1. Semasa berada di dalam pusat sumber murid wajib berpakaian seragam sekolah dengan
lengkap dan tidak memakai selipar.
2. SemuaMuridtidakdibenarkanmembawakeluarbuku, majalahdan alatanpusatsumber
tanpa melaporkan kepada pengawas perpustakaan.
3. SemuaMuridadalahdilarangmencontengkandanmengoyaksebarangbahandaripusat
sumber.
4. SemuaMuridperlumemilikisekepingkadpusatsumberuntukkegunaanpeminjaman
bahan dari pusat sumber.
5. Kelewatan memulangkan dari tarikh yang tercatat akan didenda 10 sen sehari selama
seminggu. Amaran diberikansehingga2minggudan tindakanmenggantung keahlian
selama 2 minggu sekiranya lebih.
6. Semua murid adalah dilarang membawa beg ke dalam pusat sumber.
7. Semua bahan yang dipinjam perlulah dijaga dengan baik.
8. Dilarang membuat bising di dalam pusat sumber.
9. Buku rujukan seperti kamus dan majalah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar.
13
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
PERKARA 7 : PERATURAN PADA WAKTU REHAT
1. Semua murid tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali pengawas, pengawas
koperasi dan murid yang mendapatkebenaran.
2. Semua murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah atau tempat yang disediakan.
3. Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.
4. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat.
5. Semua murid tidak dibenarkan membeli apa-apa pun dari penjaja di luar kawasan sekolah.
6. SemuaMuriddikehendakimakandanminum dengansopandikantindanmenjaga
kebersihan.
7. Semau murid dikehendaki beratur semasa membeli makanan di kantin.
8. Semuamuriddikehendaki mematuhimasarehat mengikuttingkatan sepertiyang telah
ditetapkan.
9. Dilarang meludah merata-rata di kawasankantin.
10. Semua murid tidak dibenarkan masuk ke ruang dapur atau tempat menjual semasa
waktu rehat.
11. Semua murid tidak dibenarkan menggunakan, memindahkan, menyimpan sebarang
peralatan kepunyaan kantin di luarkawasankantin. (pinggan, piring, sudu, gelas danbangku
dan lain-lain).
12. Semuamuriddikehendakimemasukkanpinggan dan gelas yang digunakan ke
dalam bekas yang disediakan.
PERKARA 8 : SELEPAS WAKTU SEKOLAH
1. Semua murid yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan
sekolah lain hendaklah pulang ke rumah selepas waktu persekolahan. Murid yang tidak
mempunyai aktiviti rasmi sekolah tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau
ditempat lain.
2. Muriddibenarkanmenggunakanpusatsumberdankawasanyangdibenarkanuntuktujuan
belajar selepas waktu persekolahan.
PERKARA 9 : TATATERTIB PERGAULAN
1. Semuamuridmemberi ucapanselamat jikaberjumpadenganguru, staf sokongan sekolah
atau pelawat sekolah.
2. Semuamuridmestisentiasabersopan-santun,berkerjasamadanbertimbangrasaterhadap
guru, staf sokongan sekolah, pelawat sekolah dan murid lain.
3. Semua murid dikehendaki memberi kerjasama serta menghormati arahan pengawas.
4. Sebarang bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
5. Semuamuridtidakdibenarkanmemaparkandanmengedarkansebarangjenisiklan,promosi,
gambar, pengumuman, notis atau poster atau sebarang bentuk pengiklanan tanpa kebenaran
pihak sekolah.
6. Semuamuridtidakdilarangmelakukanperkara/perbuatanyangbolehmenimbulkanhasutan
dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah.
7. Semua murid dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.
8. Semuamuriddiharamkan darimenyertai kegiatankongsigelap/ pertubuhantanpa
pendaftaran atau kebenaran sekolah.
9. Semuamurid tidak dibenarkan berjumpadengan murid lain/ muridsidang lain semasa
pembelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.
10. Muriddilarang mengutipwangdaripadamuridlaintanpapengetahuandan
kebenaranguru. 11.Semua murid dilarang melakukan unsur-unsur pembulian terhadap
murid lain.
14
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
PERKARA 10 : PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH
1. Muridtidakdibenarkanmemasukipejabat,bilikpengetua,bilikguru,pusatsumber,makmal,
dewan dan bilik khas lain tanpa kebenaran pihak sekolah. Peraturan bilik-bilik khas
hendaklah dipatuhi.
2. Murid tidak boleh memasuki bilik darjah lain tanpa kebenaran. Murid yang memasuki kelas
lain tanpa kebenaran/ semasa ketiadaan murid lain di dalam bilik darjah itu boleh dikenakan
tindakan tatatertib kerana menceroboh.
3. Murid mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
4. Muridhendaklahmenjagakemudahansekolahyangdisediakan denganbaik.(kerusidan
meja, air/ elektrik, tapak taman bunga, tidak mengotor/merosakkan tandas, atau
menyalahgunakan alat pemadam api.)
5. Semua murid bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan
cermat. Kemudahan di sekolah seperti padang bola, internet, siaraya dan komputer hanya
boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah.
6. Semuamurid dilarang mengalihkan sebarang meja, kerusi dan harta benda sekolah tanpa
kebenaran pihak sekolah.
7. Semua murid dilarang menggunakan tandasguru.
PERKARA 11 : MURID YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH
1. Semua murid dilarang membawa kereta ke dalam kawasan sekolah.
2. Topi keledar tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah/dalam kawasan sekolah.
3. Muridtidakdibenarkanmenunggangmotosikal/basikaldikawasansekolahtermasukpada
hujung minggu atau hari cutisekolah.
4. Muridhendaklahmenjagaketenteraman danbertimbangrasaterhadapkenderaan muridlain
ketika mengeluarkan kenderaan sendiri semasa hendak balik.
5. Murid dikehendaki memastikan kenderaan mereka dikunci dan dalam keadaan selamat.
6. Sebarang kehilangan/kecurian dalam kawasan sekolah bukanlah tanggungjawab sekolah.
15
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
BAHAGIAN III
A. BARANG-BARANG LARANGAN DISEKOLAH
BIL SENARAI BARANGAN
1 Pemadam cecair/ liquid paper/ pen marker
2 CD, VCD, DVD,pen drive dan pita kaset (isi kandungannya lucah atau tidak)
3 “gold dust, silver dust”, tepung, telur, beg plastik berisi air
4 Gunting (hujung tajam), pisau potong, pembaris besi, pemutar skru, pemotong, playar,
spanar, pengetip kuku.Senjataataualat berbahayaseperti kerambit,bukulima, pemutar
skru dan lain-lain. Bahan letupan/ mercun/ bunga api
5 Majalah hiburan/ komik kartun walaupun isi kandungan tidak lucah. Bahan cetakan yang
tidaksesuaisepertikomik, majalahhiburan, majalahfesyen, poster/ kalendar/ lencanaartis,
buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah dan seumpamanya. Gambar berfokus/ tidak
sopan.
6 Dadah, pil-pil khayal, rokok, mancis, pemetik api, rokok elektrik,perisa vape/pot.
7 Daun terup, kad poker/ barangan untuk berjudi dan barang-barang permainan.
8 Sapu tangan beasr (keys), getah rambut (selain dari warna hitan dan biru tua sahaja). Getah/
kain pengikat kepala.”Brooch” baju kurung tidak dibenarkan.
9 Alat-alat solek seperti gincu, “eye shadow”, gel rambut, pewarna kuku,inai dan lain-lain.
10 Gelanggetah, gelang plastik, gelang suasadanlain-lainyang tidak berkaitandengan amalan
agama
11 Tali pinggang kulit dan berkepala besar melebihi 2 inci, tali pinggang berwarna/ putih/
berfesyen (selain hitam dan hijau)
12 Subang, anting-anting hanya sepasang (sepasang subang kecil untuk murid perempuan
sahaja/ muridlelakitidakdibenarkanbersubang)tidakdibenrkanmenggunakan plastik/
lidi/ kayu untuk menutup lubang yang ditindik.
13 Gula-gula getah (chewing gum)dan segala jenis gula-gula berasap
14 Tanda-tanda/ lencana/ lebal yang berunsur politik/ gangster.
15 Alat-alat elektronik seperti “game & watch”, “cyberpet”, pita video, cakera padat (CD), pita
kaset, radio walkman, radio, camera, pager, mp3, mp4, laptop dan sebagainya.
16 Minuman keras atau minuman yang boleh memabukkan
17 Telefon bimbit/ handphone,earphone,powerbank dan charger.
16
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
BAHAGIAN IV
PROSEDUR PERLAKSANAAN HUKUMAN
I. OBJEKTIF
a) Untuk mengawal disiplinmurid supaya keadaan sekolah sentiasa baik dan
selamat
b) Untuk membentuk suasana persekitaran yang kondusif untuk membolehkan
proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar dan teratur.
c) Untuk menghasilkan murid yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan.
II. PROSES PERLAKSANAAN HUKUMAN
1. Pihaksekolahmenerimagunaperingatan/maklumansemasaperhimpunanharian/
mingguan sebagai proses “nasihat dan amaran”.
2. Pihaksekolahjugaberhak memutuskanhukumanmaksimum bagisetiapkesalahanyang
dilakukan oleh murid (jika ada pilihan hukuman)
3. Pengetua sekolah berhak memutuskan sebarang bentuk hukuman terhadap murid yang
didapati bersalah berdasarkan kepada salah satu atau lebih hukuman seperti dibawah:
a) Nasihatdankaunseling
b)Amaran dan kaunseling
c) Denda
d)Rotan
e) Rampas
f) Sesi perbincangan dengan ibubapa/ penjaga
g) Gantung persekolahan dan kaunseling.
h)Buang sekolah.
i) Tindakan undang-undang oleh polis dan mahkamah.
4. Bagi murid yang telefon bimbitnya yang telah dirampas hukuman yang dikenakan
ialah dikecualikan daripada menggunakan kemudahan sekolah dalam tempoh
tertentu.Selain itu,murid juga dikecualikan daripada mengikuti sebarang aktiviti
sekolah.
5. Hukuman-hukumandi atas adalahtertaklukkepadapindaan jikadifikirkanperlu
oleh lembaga disiplin sekolah dan direkodkan mengikut sistem sahsiah diri murid
(SSDM)
17
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
BAHAGIAN V
i. BUKU PERATURAN SEKOLAH SEBAGAI PANDUAN DISIPLIN.
1. Semua murid dikehendaki membawa buku peraturan sekolah ini dan dapat ditunjukkan
kepada pengetua/ penolong kanan/ guru disiplin/ guru-guru atau orang yang diberi
kuasa apabila diminta. Kegagalan menunjukkan buku ini juga merupakan satu kesalahan.
2. SemuakesalahanyangdilakukanolehmuridakandicatatkandalamSSDMdanakan
menjadi salah satu maklumat rasmi sekolah mengenai salah laku murid.
3. Sekiranyabukuperaturansekolahhilangatausengajadihilangkan,muriddimestikan
membelinya sekali lagi.
ii. PINDAAN
Pihak pengurusan pentadbiran sekolah melalui lembaga disiplin boleh meminda atau
menambah sebarang bentuk peraturan, hukuman dan perkara-perkara berkaitan dengan
peraturan disiplin dari semasa ke semasa berdasarkan pekeliling Kementerian
Pendidikan Malaysia dan kepentingansekolah.
18
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
iii. SURAT PEKELILING LAMPIRAN A
Ref. : K.P. 8543/vol.11(58) Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Semua Pengarah Pelajaran, Kuala Lumpur,
Semenanjung Malaysia, 7hb. Januari 1976
Sabah dan Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976
Potongan Rambut Murid-Murid.
Adalahsayamerujukkepadasurat Pekeliling KementerianPelajaran Bil. K.P.8543(73)bertarikh
10 Mac 1972, mengenai perkara yng tersebut di atas dan memaklumkan bahawa untuk
memlihara disiplin dalam sekolah, tuan adalah dikehendaki ssekali lagi mengingatkan semua
murid sekolah, guru dan kakitangan lain yang masuh berambut panjang bahawa cara
menyimpan rambut seperti berikut mestilah dipatuhi :-
Rambut Murid Lelaki
2. Tiap-tiap murid lelaki mestilah jangan berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah
seperti berikut :-
a. Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah dua cuping telinga
b. Di depan : Rambut menutup garis tengahdahi.
c. Di tepi : Rambut menutup telinga atau sebahagian daripadanya dan “sideburn”
melebihi garisan tengah
d. Di atas : Rambut lebih daripada 6cm
Untuk peneranganyanglebihlanjut lagi, disini adalah dilanpirkansatu gambarajahdengan gaya
menyimpan rambut untuk murid-muridlelaki.
b. Murid-muridlelaki sekolah tidakdibenarkan memakaimisai ataujanggut atau
kedua-duanya. Istilahmisaitidaktermasuk buluromatebal yangmulatumbuh
dibibir atas murid-murid lelaki yang beransur baligh dan mereka ini tidaklah
patut dipaksa bercukur.
Misai Dan Janggut
4. Murid lelaki sekolah tidak dibenarkan memakai misai atau janggut atau kedua-duanya.
Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid lelaki
yang beransur baligh dan mereka ini tidaklah patut dipaksa bercukur.
Rambut Murid Perempuan
5. Bagi murid perempuan, rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu tetapi jika ada
murid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka
dinasihatkan mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu. Ikatan rambut
sebagai tocang (plait) atau “ponytail” boleh dibenarkan.
19
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
Guru-guru Dan Kakitangan Lain
6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti perangai
yang baik kepada murid mereka dan oleh kerana itu adalah diharap semua guru akan
memberi pengaruh yang baik dan menjadi contoh dalam perkara ini.
7. Dengan itu maka Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P 8543/(73)bertarikh 10
Mac 1972 adalah dimansuhkan.
8. Guru-guru Besar di semua sekolah bantuan kerajaan dan suwa hendaklah diarahkan
untuk mengambil tindakan tegas dan menentukan bahawa segala kandungan-kandungan
dalam pekeliling ini dipatuhisepenuh-penuhnya.
Saya yang menurut perintah
Bahagian Sekolah-sekolah
b.p Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
s.k
SUS kepada Y.B Menteri Pelajaran
SUS kepada Y.B Timbalan Menteri Pelajaran
Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran
Pengarah Latihan Guru- 20 salinan
Pegawai Perhubungan Awam
20
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
21
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
22
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
23
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
24
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
SURAT AKU JANJI MURID
Saya
No. K/P Ibu bapa/Penjaga kepada murid bernama
Tingkatan SMK Kota
Kemuning telah membaca dan memahami peraturan dan undang-undang sekolah. Saya akan
memastikan agar anak jagaan saya mematuhinya dengan sebaik mungkin.
(Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga) (Tandatangan Ibu Murid)
Nama:........................................................ Nama:...............................................
No. K/P:.................................................... No. K/P:...........................................
Tarikh :..................................................... Tarikh :............................................
25