ISI KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN • Timbalan Nain Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu 3 • Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) 4 • Pengarah Program Seminar NaLIS 2024 5 SENARAI JAWATANKUASA 7 LATAR BELAKANG SEMINAR 8 TEMA & BIDANG 9 PENYAMPAI UCAPTAMA 10 PENCERAMAH JEMPUTAN 11 JURI 14 TENTATIF PROGRAM 18 SENARAI PESERTA 20 SENARAI PEMBENTANG 25 ABSTRAK DAN POSTER 29 PENGHARGAAN 95 2
TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala pujian hanya milik Allah Tuhan Semesta Alam, Selawat dan Salam kepada Nabi Junjungan Muhammad SAW. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, UMT berjaya merealisasikan penganjuran International Laboratory Innovation Seminar 2024 (NaLIS 2024). Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan di atas kejayaan meneruskan kesinambungan penganjuran NaLIS pada tahun 2022. Syabas kepada pihak sekretariat. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta seminar dari pelbagai universiti serta agensi yang mengambil peluang menonjolkan hasil inovasi masing-masing, mudahmudahan ianya memberi manfaat kepada rakan sekerja yang lain. Saya mengharapkan seminar ini akan terus diadakan pada masa akan datang bagi menyediakan platform inovasi dan pengembangan bakat terutamanya dari kelompok kakitangan non-akademik. Ada produk inovasi berpotensi diangkat lebih jauh, cuma mereka tidak yakin untuk berbuat demikian. Sehubungan itu, NaLIS merupakan satu platform khusus untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi idea serta penggunaan teknologi baharu. Amalan inovasi merupakan satu wadah yang sangat dekat dengan kehidupan kita, mungkin manusia kurang menyedari inovasi telah banyak mempengaruhi ketamadunan kita. Tema yang dipilih oleh pihak penganjur pada tahun ini ialah “BRIDGING INNOVATION TO LIFE” atau “INOVASI JAMBATAN KEHIDUPAN’. Hubungan antara Inovasi dan Kehidupan telah membantu kepesatan pembangunan teknologi yang telah bergerak pantas seiring dengan peredaran zaman. Sehubungan itu, kakitangan yang bertugas di makmal juga harus beradaptasi dengan revolusi teknologi ini disamping terus berinovasi, semoga ianya dapat menarik minat generasi baru yang dikhuatiri kurang berminat dengan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, matematik). Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kelancaran seminar inovasi pada kali ini. 3
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya kita semua dapat berkongsi ilmu baharu sepanjang dua hari dalam International Laboratory Innovation Seminar 2024 (NaLIS 2024). Prof. Madya Dr. Hasrizal Bin Shaari Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan Dan Lapangan (PPPL) PENGARAH PUSAT PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN LAPANGAN (PPPL) Bagi pihak penganjur, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang tak terhingga kepada semua kakitangan yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak untuk menjayakan NaLIS 2024 ini. Ucapan terima kasih ini khususnya kepada pengurusan UMT yang memberi kepercayaan kepada Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan (PPPL) untuk meneruskan program ini. Pertama kali kami mencetuskan idea menganjurkan NaLIS 2022 dengan membawa matlamat menyediakan satu platform untuk kakitangan makmal berinovasi supaya ia dapat membuktikan kepada masyarakat keupayaan mereka melepasi sempadan tembok yang dahulunya dibina oleh kakitangan akademik sahaja. Istimewa pada tahun ini kami menjalin kerjasama dengan rakan-rakan makmal dari Persatuan Pengelola Laboratorium Pendidikan Indonesia (PPLPI). Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang sudi menyampaikan ucaptama. Sebagai sebuah yayasan yang menggalakkan pembudayaan amalan inovasi, mereka boleh membantu masyarakat supaya berani melakukan perubahan ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat. Semoga usaha ini mendapat manfaat seterusnya mencetuskan idea-idea baharu dan memberi impak yang positif dalam masyarakat. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja yang turut menyumbang dalam pelbagai bentuk tajaan untuk menjayakan seminar ini. Kami menganggap sumbangan ini sebagai satu galakan untuk meningkatkan kualiti inovasi. Penghargaan kepada semua pembentang yang berani mencabar diri sendiri untuk berkongsi hasil inovasi bersama rakan dalam dan luar negara. Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu untuk menjayakan International Laboratory Innovation Seminar 2024 (NaLIS 2024). Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang, Insya Allah. Sekian, wabilahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum WBT 4
Sekalung penghargaan daripada saya, kepada semua pembentang, juri dan peserta seminar. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum WBT. ChM. Asrul Azani Bin Mahmood Ketua Bahagian Makmal Pusat Perkhidmatan Penyelidikan Dan Lapangan (PPPL) PENGARAH PROGRAM SEMINAR NALIS 2024 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syukur ke hadrat Ilahi, kita berjaya menganjurkan International Laboratory Innovation Seminar 2024 (NaLIS 2024) buat kali ke-2. Dahulu kita menganjurkannya diperingkat kebangsaan, tetapi kali ini dinaiktaraf ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan khas rakan-rakan makmal dari negara Indonesia. Semoga seminar ini mampu melonjakkan hasil inovasi komuniti makmal dari Malaysia dan Indonesia. Seminar kali ini ingin mendekatkan dunia kehidupan manusia dengan amalan inovasi,ianya mengingatkan kita bagaimana manusia dahulu sentiasa berinovasi dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bersesuaian dengan tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Bridging Innovation to Life” atau “Inovasi Jambatan Kehidupan” . Ianya merupakan simbolik kepada sumbangan inovasi dalam Masyarakat, negara dan ketamadunan manusia. Seminar ini bertujuan mengumpulkan kakitangan bukan akademik dalam pelbagai bidang dan ada kakitangan makmal yang mempunyai tahap kompetensi yang baik, maka kepakaran atau kemahiran yang mereka miliki ini boleh diterjemahkan dalam bentuk inovasi. Pihak universiti boleh jadikan amalan inovasi sebagai penunjuk prestasi (KPI), terutamanya kepada kakitangan teknikal. Mungkin selepas ini kita boleh mewujudkan satu journal inovasi yang hanya memfokuskan kepada Inovasi di Makmal. Dengan cara ini, ianya dapat mengangkat usaha murni ini ke peringkat yang lebih tinggi. Akhirnya sekali, saya selaku Pengarah NaLIS 2024, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu pengurusan universiti, Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan, Ahli Jawatankuasa Kerja NaLIS 2024 yang bertungkus-lumus sejak 5 bulan lalu. 5
SENARAI JAWATANKUASA Penaung Prof. ChM. Dr. Marinah binti Mohd Ariffin Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pengerusi Prof. Madya Dr. Hasrizal bin Shaari Pengarah, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Pengarah Program ChM. Asrul Azani bin Mahmood Pen. Pengarah Program En. Nik Mohd Hafiz bin Abdullah Setiausaha Pn. Fatimah binti Abdullah @ Ali Jk Kewangan ChM. Nor 'Atiyyah binti Mohamed Jk Jemputan dan Protokol Pn. Nor Ziana binti Husin Pn. Nor Irina Sairah binti Mainong Jk Saintifik dan Penjurian Ts. Mohd Kamri bin Mamat Jk Promosi dan Cenderahati En. Mohd Sahrizan Azrul bin Aziz Cik Aida Natasha binti Kamro Cik Nursyahirah binti Che Abd Rahman Jk Teknikal dan Persediaan Tempat En. Muhammad Zulhilmi bin Ramlee En. Mohd Azlien bin A. Jalil En. Mohd Hafiz bin Ismail En. Muhamad Zulfaris bin Harun 7
Makmal adalah fasiliti penting untuk membantu proses pengajaran & pembelajaran dan penyelidikan. Banyak hypothesis saintifik dibukti melalui eksperimen di makmal. Perkembangan teknologi menghasilkan pelbagai peralatan saintifik yang berupaya mengukur, membukti dan mengesahkan teori sains. Keupayaan perkhidmatan yang mampu disokong oleh makmal sentiasa berevolusi serta berkembang mengikut peredaran zaman. Maka, kakitangan di makmal perlu peka dengan perubahan teknologi semasa supaya peranan mereka dapat memenuhi keperluan para saintis dan industri. Adalah menjadi keperluan kepada individu yang bekerja di makmal mengetahui dan mengemaskini ilmu pengurusan makmal secara total meliputi teknologi instrumentasi, kualiti & akreaditasi makmal, teknik saintifik, elemen keselamatan dan banyak lagi. Objektif penganjuran seminar NaLIS 2024 adalah seperti berikut: • Memberi peluang kepada kakitangan makmal memperkenalkan apa-apa inovasi teknologi berkaitan bidang analisis & teknologi instrumentasi, sistem kualiti makmal, pengurusan dan operasi makmal dan keselamatan, kesihatan dan kelestarian persekitaran makmal • Meningkatkan tahap kualiti makmal dari segi penawaran perkhidmatan, keputusan analisa sampel, keperluan akreditasi supaya setaraf di peringkat antarabangsa. • Meningkatkan tahap kompetensi kakitangan makmal melalui pendedahan kepada produk- produk inovasi yang diperkenalkan atau dibangunkan. • Melengkapkan staf makmal dengan pengetahuan dan mempraktikkan peraturan keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan persekitaran. • Mewujudkan platform perkongsian ilmu berkaitan penggunaan teknologi terkini dan berupaya memenuhi keperluan penyelidik dan industri. • Berkongsi maklumat baru dan pengalaman daripada pelbagai latarbelakang professional seperti akademia, pereka teknologi makmal, practitioner, pihak berkuasa dan ramai lagi. • Perkongsian idea inovasi sehingga ke peringkat antarabangsa. • Penerapan kualiti inovasi sehingga bertaraf antarabangsa. LATAR BELAKANG SEMINAR 8
Tema Seminar NaLIS 2024 adalah: “INOVASI JAMBATAN KEHIDUPAN” Bidang seminar NaLIS 2024 dikategorikan seperti berikut: TEMA DAN BIDANG ANALISIS, TEKNIK & TEKNOLOGI MAKMAL KESELAMATAN, KESIHATAN & PERSEKITARAN PENGURUSAN & OPERASI MAKMAL KUALITI MAKMAL 9
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) 20 Oktober 2008 sebagai pembangun inovasi akar umbi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Platform mencari, membangun dan memadankan dana pembangunan inovasi bagi menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan. Inovasi akar umbi merujuk kepada “Penyelesaian yang dibangunkan oleh inovator atau individu menggunakan idea baharu dan terdiri daripada pengetahuan serta kemahiran yang tersirat dalam usaha untuk menangani isu dalam konteks tidak formal yang kurang mendapat perhatian di peringkat ekonomi arus perdana” (Dr. Sharmila Mohamed Salleh , 2021). YIM mentafsirkan ‘Inovsi Jambatan Kehidupan’ sebagai gabungan elemen Kreativiti (Create) dan Inovasi (Modify). Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru. Manakala Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan (Modify). Menggunakan konsep QATOS sebagai kriteria pembangunan produk inovasi. QATOS adalah akronim kepada Quality, Affordable, Target Group, Outreach, Sustainable. Inovasi kini perlu menggunakan elemn IR 4.0 seperti IOT, Big Data, Robotic, Web, Mobile dll. YIM juga menyediakan dana kepada rakyat Malaysia melalui program MyIS Komuniti, MyIS Perintis dan MyIS Akar Umbi. Setiap individu yang berminat digalakkan memohon dana yang sesuaian. Contoh projek yang memberi impak yang lumayan kepada komuniti ialah “Sisa Pertanian Komersial” , ianya berjaya memberi pulangan sehingga RM3.8juta kepada komuniti di Melor, Kelantan. PENYAMPAI UCAPTAMA 10
PENCERAMAH JEMPUTAN 11
PENCERAMAH JEMPUTAN 12
PENCERAMAH JEMPUTAN 13
JURI Sekalung penghargaan di atas penjurian sesi pembentangan Inovasi NaLIS 2024 14
JURI 15
JURI 16
JURI 17
MASA PERKARA TEMPAT 0800-0830 Ketibaan Peserta & Pendaftaran Arrival of Participant & Registration Lobi Lobby 0830-0845 Ketibaan VIPs Arrival of VIPs Lobi Lobby 0845-0935 Majlis Perasmian Opening Ceremony Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 0935-1020 UCAPAN PLENARI Inovasi Jambatan Kehidupan Bridging Innovation to Life Nur Fadzlina Binti Mahamad Razi, Timbalan Pengerusi, Yayasan Inovasi Malaysia Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 1020-1045 Hidangan Ringan Refreshment Dewan Seminar 2 Seminar Hall 2 1045-1145 UCAPAN 1: Inovasi Hasilan Propolis dan Penyahidratan Madu Innovation in Propolis Production and Honey Dehydration Siti Zaharah binti Hassan, Penolong Pegawai Penyelidik (Kanan), MARDI, Kemaman, Terengganu Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 1145-1245 UCAPAN 2: Amalan Makmal Baik dalam Persekitaran GMP Good Lab Practise in GMP Environment Encik Azman bin Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif, Imedikel Sdn. Bhd. Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 1245-1415 Makan tengahari Lunch Dewan Seminar 2 Seminar Hall 2 1415-1515 UCAPAN 3: Mikroplastik dalam Kehidupan Marin & Kesihatan Manusia Microplastic in Marine Life & Human Health Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim Penyelidik Mikroplastik, MRIG, UMT Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 1515-1900 RV Discovery: Onboard Safety – Rombongan (Duyung-Drawbridge-Payang Walk) – Excursion (Duyung-Drawbridge-Payang Walk) Bas disediakan oleh pihak penganjur Bus provided by organizer 1900-1930 Kembali ke UMT Return to UMT TENTATIF PROGRAM (6 MEI 2024) 18
MASA PERKARA TEMPAT 0830-0930 UCAPAN 4: Teknologi dan Inovasi dalam pemuliharaan hidupan laut (penyu) Technology and Innovation in marine life conservation (sea turtle) Abu Bakar Al Siddiq bin Abd Salam, Fisheries Research Institute (FRI), Rantau Abang, Terengganu Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 0930-0945 Hidangan Ringan Refreshment Dewan Seminar 2 Seminar Hall 2 0945-1230 PEMBENTANGAN INOVASI (SESI SELARI) INNOVATION PRESENTATION (PARALLEL SESSION) Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 1230-1415 Makan tengahari Lunch Break Dewan Seminar 2 Seminar Hall 2 1415-1515 UCAPAN 5: Revolusi dalam Mikroskopi Revolution in Microscopy Encik David Lyn, General Manager, Matrix Optics (M) Sdn. Bhd. Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 1515-1545 Rehat Tea break Dewan Seminar 2 Seminar Hall 2 1545-1615 MAJLIS ANUGERAH & PENUTUP AWARDS CEREMONY & CLOSING Dewan Persidangan 2 Conference Hall 2 TENTATIF PROGRAM (7 MEI 2024) 19
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mr. Abdul Qaadir Bin Sanadi Mrs. Faridah Binti Mohd Isa Mrs. Shaharul Suhaila Binti Ismail Mr. Abdul Manaf B. Ahmad Mr. Yuzwan Mohamad Miss Nusaibah Bt Yusof Ts. Mohd Kamri Bin Mamat Dr. Thirukanthan A/L Chandra Segaran Mrs. Aniza Binti Draman Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mr. Adil Ashraf Bin Moh Fadzil Mr. Mohd Ehksan Bin Zakaria Mr. Asmizan Bin Sha'ari Mr. Ahmed Faisal Bin Mat Daud Universiti Malaysia Sabah (UMS) Mrs. Deidre Faye Danggot Mrs. Arsiyma Binti Abdul Universiti Sains Malaysia (USM) Mrs. Nurul Shuhada Binti Osman Miss Syazwani Binti Mhd Muzi Mrs. Nurul Insan Binti Ishak Miss Liyana Binti Manap Mrs. Nurfifi Deanna Binti Shaiful Jefferey ChM. Norjuliana Binti Mohd.Noor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Mrs. Fatin Nabilah Binti Azis 20
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mrs. Marlia Binti Mohd Noh Mrs. Hasnah Binti Md Amin Universiti Malaya (UM) Mrs. Suhaili Binti Mohd Mr. Saravana Ramalingam Mrs. Noryusnita Binti Abdullah Mrs. Noorashiken Sabri Mrs. Thibashini Nair Sathasivan Mrs. Nur Hidayah Binti Zakaria Mrs. Robiah Binti Bakar Universiti Putra Malaysia (UPM) Mr. Md. Nizam Bin Mahat @ Ibrahim Mr. Naszroul Haqimee Bin Rahmat Mrs. Nik Amelia Binti Nik Mustapha Mr. Muhammad Fadli Bin Mazlan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mr. Syawal Bin Mohd Yusof Mrs. Rohazlin Binti Mohamad Mrs. Noorsuhada Binti Abd Rahman Mrs. Siti Zaida Binti Md Yasir Mr. Muhammad Imran Bin Abdul Latif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Miss Zeti Akhtar Binti Abdul Manan Miss Ting Woei Mr. Besar Bin Ketol Mr. Khairil Rizadh Bin Razali Mr. Noorazman Bin Samsudin 21
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Noor Fazliani Binti Shoparwe Prof Madya Dr Abdul Hafidz Bin Yusoff Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Mr. Abdul Rahman Bin Kunju Baba Mrs. Norzalira Binti Zalzali Mrs. Asmah Binti Mahyuddin Mrs. Radiah Binti Idris Mrs. Norasmeda Binti Amri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat Mr. Mohd Azwadi Bin Omar Mrs. Miskiah Binti Muhamad Ihsan Mrs. Jalilah Binti Mohd Bajuri Mr. Ahmad Nasrull Bin Mohamed Mr. Mohd Rostam Bin Anuar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh Prof. Dr. Abdul Mutalib Bin Leman ChM. Issha Nadhirah Binti Ismail Mr. Muhamad Hisamuddin Bin Pasori Tc. Nor Azizah Binti Arif Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru Mrs. Siti Noor Aisyah Binti Md Hussin 22
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Petrotechnical Inspection (M) Sdn Bhd Mr. Mohd Yusri Bin Zainuddin Mrs. Mahani Binti Mohamad Imedikel Sdn. Bhd. Miss Siti Nor Idayu Binti Busu Mrs. Nur Aain Binti Ab Aziz Politeknik Kesehatan Kemenkes Gorontalo, Indonesia Ms. Atyaf Umi Faizah, S.Tr.Kes Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia Mrs. Istaniyah Huda, A.MD, Mr. Muhamad Taufiq Hidayat Poltekkes Kemenkes Jakarta III, Bekasi, Indonesia Ms. Miskiyah, S.Kep., M.Biomed 23
SENARAI PESERTA SEMINAR AGENSI PESERTA Universitas Cenderawasih, Indonesia Ir. Herlina Sanggamele, ST,.MT Politeknik Ati Makassar, Indonesia Mrs. Gemah Delti, ST.,M.Si Universitas Padjadjaran, Indonesia Mrs. Tia Amina Setiawati 24
SENARAI PEMBENTANG INOVASI BIL BUTIRAN 1. Scan To Record Abdul Manaf B. Ahmad, Universiti Malaysia Terengganu 2. Comparison of Ground Water Iron (Fe) Measurements From a Colorimetry Instrument and a Spectrofotometry Method Atyaf Umi Faizah, S.TR.KES, Politeknik Kesehatan Kemenkes Gorontalo, Indonesia 3. Tepung Pracampuran Bit Lobak Merah Faridah Binti Mohd Isa, Universiti Malaysia Terengganu 4. Analisis Pelaksanaan Sistem Pengelolaan Limbah B3 dan Medis di Poltekkes Kemenkes Jakarta III Miskiyah, S.Kep., M.Biomed, Poltekkes Jakarta III, Bekasi, Indonesia 5. Penambahan Nilai Limbah Channa Striata Flour dengan Autoclave dan Mesin Pengering Menjadi Tepung Fungsional Gemah Delti, ST.,M.Si, Politeknik Ati Makassar, Indonesia 6. Pengetahuan dan Pengurusan Minyak Masak Terpakai Kepada Pengguna Hasnah Binti Md Amin, Universiti Teknologi Malaysia 7. Evaluasi Penerapan Keselamatan Dan Kesehatan Kerja (K3) Di Laboratorium Bahan Jalan Jurusan Teknik Sipil Fakultas Teknik Universitas Cenderawasih Ir. Herlina Sanggamele, ST,.MT, Universitas Cenderawasih, Indonesia 8. Technology for Controlling the Growth of Pathogenic Bacteria With Beetroot (Beta Vulgaris L) In Vitro Istaniyah Huda, A.MD, Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia Bold = Nama pembentang 25
SENARAI PEMBENTANG INOVASI BIL BUTIRAN 9. RAKAM (Rekod Alat Kaca Makmal) PPPU Khairil Rizadh bin Razali, Universiti Malaysia Sarawak 10. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABBM) oleh Staf Makmal di Makmal Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) Marlia Binti Mohd Noh, Universiti Teknologi Malaysia 11. Inovasi Penghasilan MiNT-SRC Universal Sample Holder (MiNT-SRC-USH) Menggunakan 3D Printer Untuk Kegunaan Pengujian Sample di Makmal Mohd Azwadi Bin Omar, Universiti Tun Huessein Onn Malaysia (Batu Pahat) 12. e-SHIELD: Sistem Penilaian Risiko Keselamatan dan Kesihatan untuk Kerja Lapangan (Safety and Health Risk Assessment System for Field Work) Ts. Mohd Kamri Bin Mamat, Universiti Malaysia Terengganu 13. Asset Inventory Management System (AIMS) Muhamad Hisamuddin Bin Pasori, Universiti Tun Huessein Onn Malaysia (Pagoh) 14. Analisis Multidimensional Scale (MDS) Untuk Menilai Media Praktikum Irigasi Otomatis di Smart Greenhouse Fakultas Pertanian Universitas Brawijaya Muhamad Taufiq Hidayat, Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia 15. Stor-M ASASI: Integrasi Teknologi Maklumat Noorazman Bin Samsudin, Universiti Malaysia Sarawak 16. Rekod Pengkelasan Awal Sisa Kimia (Re-PaSK) Noorsuhada Binti Abd Rahman, Universiti Kebangsaan Malaysia Bold = Nama pembentang 26
SENARAI PEMBENTANG INOVASI BIL BUTIRAN 17. Sistem Pemusatan Data Keselamatan Makmal (SPDKM) Tc. Nor Azizah Binti Arif, Universiti Tun Huessein Onn Malaysia (Pagoh) 18. Cost-Effective In-House Calibration: Ensuring Equipment Reliability And Accuracy In PRNLAB ChM. Norjuliana Binti Mohd Noor, Universiti Sains Malaysia 19. PPE: Choose Your Protection Nusaibah Binti Yusof, Universiti Malaysia Terengganu 20. Histological Techniques in Neuroanatomical Research Nur Hidayah Binti Zakaria, Universiti Malaya 21. Sistem Pengurusan Silinder Gas (e-PeSG) @ Makmal Centralized, Unit Pencirian Bahan, FST, UKM Rohazlin Binti Mohamad, Universiti Kebangsaan Malaysia 22. Towards Production of Safe Autologous Platelet - Extracellular Vesicles (P-EV) By Adhering To Quality Assurance Saravana Ramalingam, Pusat Perubatan Universiti Malaya 23. Good Laboratory Practise: Consumables Shaharul Suhaila Binti Ismail, Universiti Malaysia Terengganu 24. CT-Trans: Container Transportation System Siti Noor Aisyah Binti Md Hussin, Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru Bold = Nama pembentang 27
SENARAI PEMBENTANG INOVASI BIL BUTIRAN 25. Multi-Function Laboratories for Research and Learning at The National Orthopaedic Research Centre, Universiti Malaya Suhaili Binti Mohd, Universiti Malaya 26. Citrus Green Soap (CGS) Aniza Binti Draman, Universiti Malaysia Terengganu 27. Pengkelasan Kod SW Sisa Kimia (e-PeSK) @ Makmal Penyelidikan Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM Syawal Bin Mohd Yusof, Universiti Kebangsaan Malaysia 28. Centralized Strategies for Laboratory and Facility Management in the Faculty of Medicine, Universiti Malaya: Optimizing Resources, Beyond Efficiency Thibashini Nair Sathasivan, Universiti Malaya 29. NABTICS: A Pioneering Platform for Marine Biodiversity and Climate Adaptation Data Management Dr. Thirukanthan A/L Chandra Segaran, Universiti Malaysia Terengganu 30. Validasi Metode Analisis DNA Porcine Metode Real Time PCR dengan Menggunakan Kit Komersial pada Sampel Daging Giling Tia Amina Setiawati, Universitas Padjadjaran, Indonesia 31. Geolab Marine Geodatabase Center (GL-MGDC) – Empowering Data Management With G.I.S Yuzwan Bin Mohamad, Universiti Malaysia Terengganu 32. Hubungan Antara Pemilihan Kembali Ke Sistem Peminjaman Secara Manual Dengan Tingkat Penguasaan Mahasiswa Terhadap Alat-Alat Praktikum di Laboratorium Keperawatan Poltekkes Kemenkes Jakarta III Miskiyah, S.Kep., M.Biomed, Poltekkes Kemenkes Jakarta III, Bekasi, Indonesia Bold = Nama pembentang 28
1. SITI NOOR AISYAH BINTI MD HUSSIN ABSTRAK (Kategori B: Pengurusan Dan Operasi Makmal) CT-TRANS: CONTAINER TRANSPORTATION SYSTEM Siti Noor Aisyah binti Md Hussin , Zulaikah binti Mohamed, Nur Eyuni binti Mohd Salleh, Nor Zahidi bin Mohd Kodori, Nor Mastika binti Abdul Waras , Norhuda binti Jaafar, Nurhidayah binti Md Zan, Nurhaslinda binti Ambo, Lora Jim, Siti Rozillah binti Md Rahim, Arisa Stella Anak Tekung. Unit TB/Kusta, Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru, Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor E-mail: [email protected] ABSTRAK Pengenalan: Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru (MKAJB) merupakan makmal rujukan Tuberkulosis (TB) di Negeri Johor. Sebanyak 1.9% (2019) dan 1.2% (2020) sampel kahak (sputum) tumpah dilaporkan semasa penghantaran dari kinik kesihatan ke MKAJB. Justeru itu, inovasi medium transportasi sampel dikenali sebagai CT-Trans telah diperkenalkan bagi memastikan kedudukan tegak dan penghantaran sampel selamat ke MKAJB. Kos pembuatan satu set CT-Trans adalah dalam lingkungan 10 sen dan boleh memuatkan sehingga 4 sampel. Objektif projek inovasi ini adalah untuk menurunkan kadar penolakan tumpahan sampel kahak kepada <1% mengikut standard Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Performance Indicator. Metodologi: Pada tahun 2021 (projek rintis), CT-Trans telah diperkenalkan oleh MKAJB dan diedarkan kepada klinik kesihatan terpilih dari 6 daerah, seterusnya pada tahun 2022 (pengembangan projek), CT-Trans telah diperkenalkan kepada semua klinik kesihatan di negeri Johor. Projek inovasi CT-Trans memasuki fasa kelestarian pada tahun 2023. Data sampel kahak yang tumpah pada tahun 2021-2023 telah dikumpul dan dianalisis. Keputusan: Selepas implimentasi CT-Trans, kadar ketumpahan sampel kahak berjaya dikurangkan sebanyak 0.67% (2021), 0.41% (2022) dan 0.47% (2023) , mengikut piawaian MSQH, <1%. Punca utama ketumpahan sampel kahak adalah disebabkan oleh keadaan sampel di dalam cool box yang tidak tersusun, senget dan terbaring semasa penghantaran ke makmal. Keadaan ini menyebabkan sampel tertumpah dan tidak dapat diproses kerana telah terkontaminasi. Kesimpulan: Inovasi CT-Trans telah memberi impak yang positif dalam pelbagai aspek termasuk dapat mengurangkan keperluan pesakit untuk menghantar semula sampel kahak yang baru untuk ujian pengkulturan TB selain menjimatkan RM20.00 untuk 4 sampel kerana penolakan sampel. Usaha berterusan telah dibuat untuk mereplikasi CT-Trans di semua klinik kesihatan di Johor dan ia akan diperkenalkan ke negeri lain di Malaysia. Kata kunci: CT-Trans, Tuberkulosis, Ketumpahan, Sputum, TB 29
2. MOHD AZWADI BIN OMAR ABSTRAK (Kategori A: Analisis, Teknik & Teknologi Makmal ) INOVASI PENGHASILAN PEMEGANG SAMPEL UNIVERSAL (PSU) MENGGUNAKAN 3D PRINTER UNTUK KEGUNAAN PENGUJIAN SAMPLE DI MAKMAL E-mail: [email protected] Abstrak Inovasi ini mengenai penghasilan Pemegang Sampel Universal (PSU) untuk kegunaan pengujian sample di makmal MiNT-SRC. Terdapat dua jenis pemegang sampel yang selalu digunakan dalam pengujian sample di makmal iaitu Microscope Glass Slide (MGS) dan Silicon Wafer (SW). PSU ini dihasilkan melalui 3D printer menggunakan bahan Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS). Ukuran saiz minima PSU ini ialah 1.5cm x 1.5cm x 1mm bagi sample pepejal dan 2cm X 2cm X 3mm bagi sample serbuk. Ukuran ini bersesuaian dengan keperluan peralatan pengujian di MiNT-SRC. Hasil ujian tindakbalas terhadap air menggunkan Contact Angle ke atas tiga jenis pemegang sampel ini merekodkan keputusan seperti berikut, SW (36.90°, 39.90°), MGS (50.50°,51.50°) dan PSU (76.10°,74.80°). Berdasarkan keputusan tersebut, PSU merekodkan keputusan yang tertinggi yang mana ianya bersifat tidak menyerap, menolak atau menjauhi air dan boleh dikatogerikan sebagai Hydrophobic. Kata kunci: Pemegang Sampel Universal (PSU), Microscope Glass Slide (MGS), Silicon Wafer (SW), hydrophobic 31
3. NOORSUHADA BINTI ABD RAHMAN ABSTRAK (Kategori C: Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran) REKOD PENGKELASAN AWAL SISA KIMIA (Re-PaSK) Syawal Mohd Yusof, Rohazlin Binti Mohamad, Siti Zaida Md Yasir, Noorsuhada Binti Abd Rahman, Muhammad Imran Bin Abdul Latif, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Pelajar penyelidikan antara penjana sisa kimia yang terbanyak di dalam makmal penyelidikan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun, pengetahuan dan pendedahan terhadap pengendalian sisa kimia yang kurang meluas membawa kepada permasalahan terutamanya dalam mengenalpasti kategori sisa dan tahap risiko terhadap sisa kimia yang dijana. Oleh itu, kaedah Rekod Pengkelasan Awal Sisa Kimia (Re-PaSK) dibangunkan melalui pelabelan sementara sisa kimia dan nota panduan pengurusan sisa kimia di dalam makmal yang disediakan untuk membantu menangani masalah tersebut. Pelabelan sementara diperlukan supaya maklumat sisa makmal tidak tercicir manakala, nota panduan memudahkan pengendali dalam mengkelaskan sisa terutama melibatkan campuran sisa kimia dan secara tidak langsung mengurangkan risiko pendedahan. Masalah yang wujud telah dikenalpasti melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar penyelidikan di FST dan data analisis menunjukkan masalah banyak berlaku dalam mengkategorikan sisa campuran. Dengan ini, nota panduan dapat menjadi rujukan dalam pengkelasan sisa, manakala pelabelan sementara dapat memberi ketepatan maklumat sisa yang dijana supaya pelabelan sisa mengikut kategori lebih mudah. Kesimpulannya, dua komponen pelabelan sementara dan nota panduan dapat mempercepat tugasan pelabelan sisa kimia di FST dan juga ketepatan dalam informasi sisa dapat direkod. Kata kunci: Re-PaSK, campuran sisa kimia, pelabelan sementara, nota panduan, soal selidik, maklumat sisa 33
4. ROHAZLIN BINTI MOHAMAD ABSTRAK (Kategori B: Pengurusan dan Operasi Makmal) SISTEM PENGURUSAN SILINDER GAS @ MAKMAL CENTRALIZED, UNIT PENCIRIAN BAHAN, FST, UKM Syawal Mohd Yusof, Rohazlin Binti Mohamad, Siti Zaida Md Yasir, Noorsuhada Binti Abd Rahman, Muhammad Imran Bin Abdul Latif Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Penyelidikan di UKM membangun dengan begitu pantas, oleh itu, oleh yang demikian, terdapat banyak instrumen canggih yang memerlukan pelbagai jenis bahan kimia dan disokong oleh penggunaan pelbagai jenis gas. Justeru itu, penggunaan gas yang kerap, mengakibatkan beberapa masalah yang timbul antaranya ialah kehilangan silinder gas, sewaan yang melebihi tempoh sepatutnya dan menyukarkan dalam menentukan maklumat secara terperinci. Oleh sebab itu, sistem pengurusan silinder gas perlu diwujudkan bagi mengurangkan tekanan kerja dan kos bayaran dan sewaan silinder. Sistem pengurusan silinder gas (ePeSG) telah dibangunkan melalui kaedah QR kod dalam aplikasi google sheet, untuk memudahkan pencarian maklumat. Kajian ini merangkumi pengurusan silinder lebih sistematik, mengurangkan risiko kehilangan, capaian maklumat silinder yang lebih tepat serta meningkatkan prestasi dan prosidur kerja khususnya di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM. Sehubungan dengan itu, rekod silinder senantiasa dikemaskini untuk kemudahan pekerja baharu dalam mendapatkan maklumat terkini. Kesimpulannya, e-PeSG dapat meningkatkan kualiti pekerjaan, menyelesaikan masalah kehilangan gas dan sewaan melebihi tempoh kontrak dalam pengurusan silinder walaupun dalam kuantiti yang maksimum. Kata kunci: e-PeSG, silinder gas, kehilangan silinder gas, sewaan silinder gas 35
5. DR. THIRUKANTHAN A/L CHANDRA SEGARAN ABSTRAK (Kategori B: Pengurusan dan Operasi Makmal) NABTICS: A PIONEERING PLATFORM FOR MARINE BIODIVERSITY AND CLIMATE ADAPTATION DATA MANAGEMENT Thirukanthan C.S., Nur Asniza A., Nor Atikah M.Z., Julius Y.F.S., Desy Fitrya S., Murni Nur Islamiah K., Kamariah B., Maizatul Akmal A.R., Siti Aisha M.R., Mohd Ridzuan Y., Aswardy H., Nur Asma N.M.S Institute of Climate Adaptation and Marine Biotechnology, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Malaysia E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK In response to the critical need for systematic conservation and utilization of marine biodiversity, the Institute of Climate Adaptation and Marine Biotechnology (ICAMB) at Universiti Malaysia Terengganu has developed the NABTICS (National Biotechnology Information System). This innovative digital platform serves as a comprehensive repository for the inventory of marine organisms, integrating extensive data on biota, extracts, and microbiological assays from Malaysian waters. NABTICS is designed to enhance research and decision-making processes by providing detailed, easily accessible information on marine species, particularly focusing on coral reef habitats. The repository consists of three interconnected databases: a marine biota inventory, a database for extracts and screening assays, and a metadata system for marine microbes including bacteria, fungi, and actinomycetes. This tripartite structure allows for tailored data retrieval, facilitating complex analyses and fostering interdisciplinary research collaborations. Researchers can access over 1000 entries detailing locations, quantities, chemical structures, and biological activities of marine specimens, all systematically catalogued and bar-coded for precision and ease of use. The platform's significance is underscored by its international recognition, receiving a Gold Medal at the British Invention Symposium, highlighting its contribution to marine biotechnology and environmental management. As the physical repository continues to develop, NABTICS stands as a fundamental tool in promoting sustainable marine resource management and advancing global efforts in climate adaptation. By documenting and archiving critical marine data, NABTICS not only aids in the preservation of marine biodiversity but also empowers researchers, policymakers, and industry leaders with the data necessary to make informed decisions. As we move towards 2030, NABTICS is poised to expand its scope, promising to serve as a global benchmark in marine data stewardship and biodiversity research. Keywords: Database, Management, Biota, Biodiversity, Metadata 37
6. SYAWAL BIN MOHD YUSOF ABSTRAK (Kategori C: Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran) PENGKELASAN KOD SW SISA KIMIA (e-PeSK) @ MAKMAL PENYELIDIKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM Syawal Mohd Yusof, Rohazlin Binti Mohamad, Siti Zaida Md Yasir, Noorsuhada Binti Abd Rahman, Muhammad Imran Bin Abdul Latif Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Sejak kebelakangan ini, pengkelasan sisa kimia sering menjadi isu utama dalam kalangan pekerja kerana sistem pengurusan sisa yang rumit, kelas sisa kimia yang banyak dan risiko dedahan yang tinggi. Oleh itu, sistem e- PeSK telah dibangunkan melalui kaedah google sheet yang telah ditambahbaik dengan menggunakan database daripada daftar bahan kimia dan safety data sheet (SDS). Kajian ini bertujuan untuk memudahkan dan menjadikan urusan pengkelasan sisa kimia lebih sistematik, mengurangkan risiko dedahan sisa kimia, pengkelasan sisa kimia yang lebih tepat serta semua pekerja mampu untuk berdikari dalam melakukan pengkelasan sisa kimia. Penghasilan sistem e-PeSK ini dapat meningkatkan prestasi pekerjaan pengkelasan sisa kimia di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM. Selain itu, risiko dedahan semasa melakukan pengkelasan sisa kimia dapat dikurangkan dengan lebih singkat dan pengurusan maklumat sisa kimia dapat dijalankan dengan lebih tepat dan sistematik. Akhir sekali, dengan adanya e-PeSK ini dapat membantu pekerja baharu mahupun yang lama melalukan tugas pengkelasan sisa kimia dengan betul dan selamat. Kesimpulannya, e-PeSK dapat meningkatkan prestasi pekerjaan dalam melakukan tugas dan tanggungjawab. Kata kunci: e-PeSK, sisa kimia, risiko dedahan, daftar bahan kimia, SDS 39
7. SARAVANA RAMALINGAM ABSTRAK (Kategori D: Kualiti Makmal) TOWARDS PRODUCTION OF SAFE AUTOLOGOUS PLATELET - EXTRACELLULAR VESICLES (P-EV) BY ADHERING TO QUALITY ASSURANCE Saravana Ramalingam, Suhaili Mohd, Norimah Yusof, Noor Azera Bakar & Chong Pan Pan Cell and Tissue Transplantation Laboratory (CTTL), NOCERAL, Department of Orthopaedic Surgery, Faculty of Medicine, University of Malaya, Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: [email protected] ABSTRAK Cell and Tissue Transplantation Laboratory, UM is a cGMP accredited facility, produces intraarticular P-EV injections for patients with musculoskeletal injuries involving tendon, cartilage and bone. P-EV has a high concentration of growth factors for the treatment thus alleviating the pain or defect. Quality assurance (QA) implementation is compulsory throughout processing stages of P-EV to ensure CTTL provides safe injections for patients. A retrospective analysis on the P-EV production over 6 years was analyzed. Patients were pre screened according to exclusion criteria before they gave consent for blood sample for serology test and initial platelet count. Only patients with negative serological results having 150-400 x (10^9/L) platelet count were included in P-EV treatment. P-EV was prepared by double-spin technique of the patient’s 24-32 ml blood in ACD-A tubes. After the first spin, a small aliquot of red blood cells was cultured into T25 flasks containing DMEM for pre-culture test. After the second spin isolating P-EV for 70-90 minutes, a small aliquot of P-EV sample was cultured into T25 flask for post-culture test. A small amount (0.5- 1ml) of P-EV was transferred into an EDTA tube before aspirating the remaining P-EV into a 5ml syringe. All culture flasks were placed in a CO2 incubator for growth tests and the EDTA tube was for final platelet concentration. The P-EV was packed into a sterile double layer polyethylene bag and sealed before being sent to the clinic for injection. A total of 164 P-EVs were administered to 103 (62.8%) female and 61 (37.2%) male patients (Figure 1) with the mean age of 59.33 ± 12.81 years old, ranging from 22 to 86. Patients with single and bilateral knee osteoarthritis (OA) received the most injections, 81 (49.40%) and 48 (29.30%) respectively followed by 11 (6.7%) patients with medial meniscus injuries (Figure 2). Mean of initial and final platelet concentrations were 282.42 ± 61.67 x (10^ 9/L) and 995.84 ± 273.40 x (10^ 9/L) respectively with 4-fold increments. No motility of microorganisms was observed in the pre-post culture flasks elucidating that P-EV was processed in a sterile manner. A significant increase in platelet concentration (p < 0.05), showed high staff competency in EV isolation techniques. No complaints received from patients and surgeons. showed high staff competency in EV isolation techniques. No complaints received from patients and surgeons. Processing P-EV in a cGMP facility with a controlled environment is perquisite. Stringent QC measures during P-EV production must be implemented to ensure CTTL produces safe and high-quality P-EV for patients. Keywords: GMP, P-EV, quality assurance 41
8. TS. MOHD KAMRI BIN MAMAT ABSTRAK (Kategori C: Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran) e-SHIELD SISTEM PENILAIAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK KERJA LAPANGAN (SAFETY AND HEALTH RISK ASSESSMENT SYSTEM FOR FIELD WORK) Ts. Mohd Kamri bin Mamat, ChM. Asrul Azani bin Mahmood, Muhammad Zulhilmi bin Ramlee, Nor Ziana binti Husin, Mohd Azlien bin A. Jalil Pusat Perkhidmatan penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Kerja lapangan merujuk kepada komponen praktikal penyelidikan yang dijalankan di luar makmal secara terkawal atau persekitaran akademik. Ia melibatkan pengumpulan data, pemerhatian dan menjalankan eksperimen atau tinjauan di persekitaran sebenar yang berkaitan dengan topik penyelidikan. Antara contoh persekitaran sebenar menjalankan kerja lapangan adalah sungai, laut, hutan dan sebagainya. Justeru itu, para penyelidik akan terdedah kepada pelbagai risiko dan hazard yang berbeza-beza dan ketara berdasarkan lokasi kerja lapangan yang terlibat. Satu pendekatan yang sistematik dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan untuk kerja lapangan iaitu Sistem e-SHIELD telah dibangunkan dan dilaksanakan. Sistem ini merupakan satu platform digital yang direka khas untuk menilai, mengurus dan mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan, dan hazard yang berkaitan dengan kerja lapangan yang dijalankan untuk memastikan kesejahteraan warga UMT. Sistem ini beroperasi melalui platform atas talian (online) yang boleh diakses oleh warga UMT terutamanya Ketua Projek, Penyelaras Risiko, Ketua Pusat Tanggungjawab dan sebagainya. Ia memberikan fleksibiliti dan kemudahan akses kepada semua pengguna. Penilaian risiko dalam sistem ini merangkumi proses pengumpulan dan analisis maklumat projek, risiko kesihatan dan keselamatan, bahan kimia, hazard alam sekitar, kelengkapan pelindung diri (PPE), peraturan atau protokol keselamatan, langkah-langkah kawalan dan kesediaan kecemasan. Ia disesuaikan dengan pelbagai jenis aktiviti kerja lapangan yang dijalankan. Sistem ini membolehkan proses pemantauan berterusan ke atas aktiviti-aktiviti kerja lapangan yang dijalankan untuk memastikan sebarang risiko dan hazard dikenalpasti dan langkah-langkah kawalan atau keselamatan dipatuhi. Ia juga menggalakkan maklum balas daripada pihak yang terlibat untuk menambah baik sistem secara berterusan dan menangani sebarang kebimbangan atau cabaran yang dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan. Kesimpulannya, sistem ini menyediakan pendekatan yang berstruktur untuk mengurus risiko, mempromosikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan memastikan kejayaan serta kemampanan aktivitiaktiviti kerja lapangan yang dijalankan oleh untuk warga UMT. Kata kunci: keselamatan dan kesihatan, kerja lapangan, penilaian risiko, hazard, kecemasan 43
9. ABDUL MANAF BIN AHAMAD ABSTRAK (Kategori B: Pengurusan dan Operasi Makmal) SCAN TO RECORD Abdul Manaf Ahmad, Nur Fatiha Che Wail, Bahagian Pengurusan Makmal, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu E-mail: [email protected], [email protected] ABSTRAK e-SirPAM (e- Sistem rekod Penggunaan Alatan Makmal) adalah sebuah sistem bagi merekod penggunaan setiap peralatan yang berada di dalam makmal dengan menggunakan Google Form dan dihubungkan dengan Qr Code. Kaedah ini adalah bertujuan bagi memudahkan para pengguna merekod penggunaan peralatan di dalam makmal. Kakitangan makmal juga dapat memantau dan mengemaskini peralatan di makmal lebih mudah, tepat dan bersistematik. Ianya merupakan salah satu platfom yang mudah bagi pencarian maklumat dan data oleh staf makmal kerana sistem ini boleh dihubungkan terus dengan Microsoft Excel. Melalui kaedah ini, ia juga boleh mengoptimumkan penggunaan telefon pintar dengan menggunakan aplikasi QR Code selain turut menjimatkan masa, ruang kerja, kertas serta menghasilkan pelaporan harian yang cepat dan kemas. Menariknya sistem ini, pelajar tidak perlu beratur panjang bagi mendapatkan giliran untuk menulis nama dalam buku penggunaan peralatan makmal. Selain daripada itu, ianya dapat mengurangkan kesukaran dan kelewatan staf makmal dan pegawai mengenalpasti status keadaan peralatan tersebut samada baik ataupun rosak yang memerlukan penyelenggaraan segera. Staf makmal boleh memperolehi data maklumbalas daripada pengguna dengan lebih cepat dan lengkap dan menggurangkan kesukaran kepada staf untuk mengemaskini kadar kekerapan penggunaan alatan makmal. Kesimpulannya, kaedah scan to record ini banyak memberi manfaat kepada pelajar, pensyarah, staf dan pegawai amnya dalam meneruskan penggunaan harian peralatan di makmal. Kata kunci: Rekod Penggunaan Alatan Makmal, QR Code, Microsoft Excel, Google Drive 45
10. FARIDAH BINTI MOHD ISA ABSTRAK (Kategori A: Analisis, Teknik & Teknologi Makmal) TEPUNG PRACAMPURAN BIT LOBAK MERAH Faridah Mohd Isa, Nor Azni Mohd Yunos, Mohammad Ikhwan Faizuddin Azman, Nasrenim Suhaimin, Wan Nor Haryani Wan Mohamad Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Lobak merah adalah reja atau buangan selepas kelas amali (asas potongan sayuran) pada setiap semester dan berpotensi menjadi produk tambah nilai jika diusahakan. Bit lobak merah dihasilkan supaya reja tersebut dapat digunapakai untuk variasi hidangan dalam kelas amali lain seperti kek, bubur, hiasan dan lain-lain. Penghasilan bit lobak merah ini bertujuan untuk mengurangkan sisa buangan makmal, boleh mengurangkan kos bahan mentah makmal dan menghasilkan produk baru yang mempunyai nilai tambah dalam pasaran. Tepung pracampuran telah dihasilkan dengan tambahan bit lobak merah dalam penyediaan kek lobak merah. Hasil daripada penilaian sensori kek lobak merah, didapati pengguna dapat menerima kek yang dihasilkan dari segi rasa, tekstur dan warna. Penggunaan bit lobak merah dalam tepung pracampuran juga dapat memudahkan pengguna menyediakan kek lobak merah tanpa perlu menyagat lobak segar. Ia juga dapat menjimatkan masa penyediaan produk. Kesimpulannya bit lobak merah hasil dari bahan sisa buangan dapur, telah berjaya menghasilkan tepung pracampuran yang mudah digunakan, menjimatkan dan dapat diterima oleh pengguna. Kata kunci : bit lobak merah, sisa, buangan 47
11. ANIZA BINTI DRAMAN ABSTRAK (Kategori A: Analisis, Teknik & Teknologi Makmal) CITRUS GREEN SOAP (CGS) Fadlina Yusof, Suhana Muhamad Hanidun, Aniza Draman, Suzana Mat Saad, Ahmad Azman Abdul Malik, Zafrullah Abu Bakar, Ameer Ashraf Osman Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu E-mail: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Sabun daripada minyak masak terpakai telah berjaya dihasilkan daripada sisa minyak masak di makmalmakmal FPSM sejak tahun 2022. Daripada respon pengguna, sabun tersebut perlu ditambahbaik daripada segi warna dan aroma. Bagi menambahbaik kualiti sabun dan penerimaan pengguna, beberapa bahan semulajadi yang mudah diperolehi telah dicampurkan ke dalam formulasi sabun seperti jus dan kulit buah limau nipis serta daun dan kulit buah limau purut. Penambahan bahan citrus ini telah menghasilkan Citrus Green Soap, CGS. CGS yang terhasil mempunyai warna yang lebih menarik dan aroma yang lebih menyegarkan, di samping mempunyai nilai pH yang lebih stabil. Bagi mengenalpasti ciri-ciri CGS, analisis fizikokimia seperti pH, tekstur, pembuihan dan keterlarutan telah dilakukan dan seterusnya dibandingkan dengan beberapa jenama sabun/ pencuci yang terdapat di pasaran. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dari segi tekstur, pH dan keupayaan pembuihan. Dari segi keterlarutan, CGS mengambil masa yang lama untuk larut berbanding sabun/ pencuci komersil. Tahap penerimaan pengguna terhadap CGS turut dilaksanakan melalui ujian penilaian sensori yang melibatkan 30 orang responden. Hasil kajian mendapati 27 daripada 30 respondan sangat berpuashati dengan penghasilan CGS. Sebanyak 83% responden menyatakan mereka tertarik dengan bau CGS, 70% responden suka kepada tekstur dan 50% responden menyatakan warna hijau sangat sesuai untuk CGS. Daripada eksperimen cucian, CGS terbukti berkesan membersihkan sisa minyak dan kotoran, serta menjimatkan berbanding pencuci komersil yang sedia ada di makmal. Penggunaan CGS di 2 makmal memasak di FPSM dapat menjimatkan kos sebanyak RM1,310.00 jika menggantikan pencuci komersil cecair. Kesimpulannya CGS adalah produk cucian yang dapat memberi manfaat kepada organisasi dan mesra alam sekitar. Kata kunci: sabun, minyak menggoreng terpakai 49