JEA 2047 BUKUPANDUAN Tel:077763682 Fax: 07 7767361 KOKLJ0 IKUL.U M
1 PROFIL SEKOLAH Kod Sekolah : JEA2047 No. Tel : 077763682 Nama Sekolah : SMK SERI PERDANA No. Fax : 077767361 Alamat Sekolah : KM 3 JALAN NIYOR 86000 KLUANG JOHOR DUN : Mahkota Nama Pengetua : TN HJ ZOLKIFLI BIN ALIB Parlimen : Kluang Emel Sekolah : [email protected] Bil. Sesi : 2 sesi
2 ISI KANDUNGAN m/surat PROFIL SEKOLAH 1 ISI KANDUNGAN 2-5 m/surat 1.0 PENGENALAN 1.1 Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang 6 1.2 Kata Alu-aluan Pengetua SMK Seri Perdana 7 1.3 Surat Lantikan Rasmi Tugas Khas Guru dan Staf Sokongan 8 1.4 Moto, Visi, Misi , Tagline, Slogan, Matlamat dan Falsafah Sekolah 9 1.5 7 Teras KPM 10 1.6 Hala Tuju PPD 10 1.7 Hala Tuju Pengetua 11 1.8 Fokus Sekolah 12 1.9 Piagam Pelanggan 14 1.10 Nilai Sekolah 15 1.11 Lagu Sekolah 16 1.12 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 17 1.13 Budaya Etika dan Integriti Membentuk Budaya Kerja Cemerlang 18 1.14 Sekolah Penyayang 18 1.15 Prinsip Kerja PPD 19 1.16 Prinsip Kerja Pengetua SMK Seri Perdana 19 1.17 Naratif Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia 20 1.18 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 21 1.19 Portal Pembelajaran Digital (DELIMa) 23 1.20 Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) 24 1.21 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 26 1.22 Program Transformasi Sekolah 27 2.0 PANDUAN AM 2.1 Panduan Am Guru 28 2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 – Panitia Mata Pelajaran 35 2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Pilihan KPM 39 2.4 Panduan Am Guru dan Kakitangan Sekolah 44 3.0 PENGURUSAN SEKOLAH Carta Organisasi Pengurusan Sekolah 52 3.1 Majlis Pengurusan Sekolah Sesi 2023/2024 53 3.2 Barisan Guru Pagi 54 3.3 Barisan Guru Petang 59 3.4 Staf Sokongan / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 62 4.0 PENGURUSAN PENTADBIRAN Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah 63 4.1 Majlis Tindakan Sekolah 64 4.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 64 4.3 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 64 4.4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 65 4.5 Kewangan Sekolah 65 4.6 Aduan Pelanggan 66 4.7 PA Sistem dan CCTV 66 4.8 Dokumentasi Maklumat dan Pelaporan Minit 66 4.9 Pembangunan ICT 67 4.10 Kakitangan Sokongan / AKP 67 4.11 Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Stor 68 4.12 Kajian Tindakan & Inovasi 68 4.13 Perkembangan Staf/LDP 69 4.14 Pengurusan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyyah Sekolah (MAKDIS) 69 4.15 Pembangunan dan Penyelenggaraan 70
3 4.16 Pengurusan Bencana, Kecemasan, Wabak & Pilihanraya 70 4.17 Penyelaras Bilik-bilik Khas 71 4.18 Buku Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 72 4.19 KBAT 72 4.20 KEBIRUS 72 4.21 Program Transformasi sekolah 2025 (TS25) 73 4.22 Kumpulan Inovasi dan Kreativiti 74 4.23 Takwim Program Pengurusan dan Pentadbiran 74 4.23 Takwim Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran 75 5.0 PENGURUSAN KURIKULUM Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum 77 5.0 Majlis Kurikulum Sekolah 78 5.1 Jadual Waktu dan Guru Ganti 79 5.2 Intervensi / PINCH 79 5.3 Penilaian dan Pentaksiran 79 5.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 80 5.5 Pusat Sumber Sekolah 81 5.6 Pemantauan dan Pencerapan 82 5.7 Penyemakan Hasil Kerja Murid 82 5.8 ‘Profesional Learning Community’ (PLC) 82 5.9 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 83 5.10 Program Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik 83 5.11 Science, Technology, Engineering & Mathematic (STEM) 84 5.12 Pendidkan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) 84 5.13 Jawatankuasa Laporan Dialog Prestasi 84 5.14 Program Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 85 5.15 Pendekatan Kurikulum Bertema 85 5.16 Rekod-Rekod Kecemerlangan Akademik 2017-2022 86 5.17 Tentatif Takwim Peperiksaan dan Penilaian Sekolah 86 5.18 Tentatif Takwim Program Pengurusan Kurikulum 87 5.19 Tentatif Takwim Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 88 5.20 Surat Panggilan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bil. 1/2023 89 5.21 Jadual Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bil. 1/2023 90 5.22 Jadual Semakan Hasil Kerja Murid (PK06) 91 5.23 Jadual Pencerapan PDPC Guru & Learning Walks (Std 4, SKPMg2) 92 5.24 Pakej Mata Pelajaran Ditawarkan Tahun 2023 94 6.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) Carta Organisasi Majlis Hal Ehwal Murid 96 6.1 MAJLIS HAL EHWAL MURID 97 6.2 DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH 98 6.2.1 Pengurusan Disiplin dan SSDM 98 6.2.2 Students Leader Board (SLB) 98 6.2.3 Lembaga Pengawas 99 6.2.4 Program Ponteng Sifar 99 6.2.5 PPDa/Rokok/Inhalan 99 6.2.6 Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) 100 6.3 DATA MURID 6.3.1 APDM/Audit Kehadiran 100 6.3.2 Penyelaras Tingkatan 101 6.3.3 Buku Daftar Agung/Sijil Berhenti 101 6.3.4 Buku Pengurusan Kelas 101 6.3.5 Bukan Warganegara 102 6.3.6 Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 102 6.3.7 Pengurusan Perhimpunan 102 6.3.8 Pengurusan Surau 103 6.4 PENGURUSAN 3K DAN KECERIAAN 6.4.1 Keselamatan Sekolah 103 6.4.2 Kesihatan Murid 104
4 6.4.3 Kebersihan Sekolah 104 6.4.4 Keceriaan Sekolah 104 6.4.5 Keceriaan Tandas 105 6.4.6 Keceriaan Kelas 105 6.5 BINA INSAN 6.5.1 Bimbingan dan Kaunseling 105 6.5.2 Program Sekolah Penyayang 106 6.5.3 Program Mentor Mentee 106 6.5.4 Kerohanian/Perhimpunan Laman Rohani 106 6.5.5 Karakter Murid Johor (KrMJ) 107 6.5.6 Pembimbing Rakan Sebaya 107 6.6 KEBAJIKAN MURID 6.6.1 Kantin Sekolah 108 6.6.2 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 108 6.6.3 Biasiswa/BKP/BDO 108 6.6.4 KWAPM/e-Kasih 109 6.6.5 Bantuan Anak Yatim/PKYAY 109 6.6.6 Elaun Murid Khas (EMK) 109 6.6.7 Kebajikan Pelajar 109 6.7 BUKU PERATURAN DAN MAJALAH 6.7.1 Buku Peraturan Sekolah 110 6.7.2 Majalah Seri Perdana 110 6.8 Takwim Program Pengurusan Hal Ehwal Murid 111 6.9 Takwim Mesyuarat Hal Ehwal Murid 112 6.10 Senarai Guru Kelas dan Penyelaras Tingkatan 113 6.11 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid 114 6.12 Jadual Guru Bertugas Mingguan 2023/2024 125 7.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1 MAJLIS KOKURIKULUM SEKOLAH 136 7.1.1 Badan Beruniform 136 7.1.2 Persatuan Akademik/Kelab Bukan Akademik 136 7.1.3 Sukan dan Permainan 137 7.2 PASUKAN BADAN BERUNIFORM 137 7.2.1 Pandu Puteri 137 7.2.2 Pergerakan Puteri Islam 137 7.2.3 Kadet Remaja Sekolah (KRS) 138 7.2.4 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 138 7.2.5 Kadet Polis 138 7.2.6 Kadet Bomba dan Penyelamat 138 7.2.7 Kadet Pertahanan Awam (KAPA) 138 7.2.8 Pengakap 139 7.2.9 Taekwondo 139 7.2.10 Silat 139 7.2.11 RIMAP (Royal Institute Malaysia Academy Placement) 139 7.3 PERSATUAN AKADEMIK DAN KELAB BUKAN AKADEMIK 140 7.3.1 Persatuan Bahasa Melayu 140 7.3.2 Persatuan Bahasa Inggeris 140 7.3.3 Persatuan Bahasa Cina 140 7.3.4 Persatuan Bahasa Tamil 140 7.3.5 Persatuan Agama Islam 140 7.3.6 Persatuan Sejarah dan Geografi 140 7.3.7 Persatuan Seni Visual 141 7.3.8 Persatuan Sains dan Matematik 141 7.3.9 Persatuan Reka Bentuk dan Inovasi 141 7.3.10 Kelab Keselamatan Jalan Raya 141 7.3.11 Kelab Pengguna 141 7.3.12 Kelab Rukun Negara 141 7.3.13 Kelab Alam Sekitar 142
5 7.3.14 Kelab Muzik, Seni dan Budaya 142 7.3.15 Kelab Fotografi dan Multimedia 142 7.3.16 Kelab Leo 142 7.4 SUKAN, PERMAINAN DAN 1M1S 143 7.4.1 Olahraga 143 7.4.2 Bola Sepak 143 7.4.3 Sepak Takraw 143 7.4.4 Bola Jaring 143 7.4.5 Ping Pong 143 7.4.6 Hoki (SPTS) 144 7.4.7 Bola Baling 144 7.4.8 Bola Keranjang 144 7.4.9 Bola Tampar 144 7.4.10 Futsal 144 7.4.11 Badminton 144 7.4.12 Catur 145 7.4.13 Pentaque dan Boling 145 7.5 Jawatankuasa PAJSK 145 7.6 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 146 7.7 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 147 7.8 Jawatankuasa Kebitaraan Sukan Olahraga 148 7.9 Jawatankuasa Kebitaraan Hoki 148 7.10 Jawatankuasa Kebitaraan Pengakap 149 7.11 Jawatankuasa Induk Projek Inovasi Kelab dan Persatuan 149 7.12 Jawatankuasa Koperasi 150 7.13 Jawatankuasa Kelab Tunas Bistari / Keusahawanan 150 7.14 Guru-Guru Rumah Sukan 151 7.15 Takwim Penting Kokurikulum Sekolah 152 7.16 Takwim Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum 153 7.17 Jadual Latihan / Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum 154 (A) Jadual Latihan Rumah Sukan , Sukantara dan Balapan & Padang 154 (B) Jadual Perjumpaan Kelab Permainan dan Latihan 1 Murid 1Sukan 154 (C) Jadual Perjumpaan Badan Beruniform dan Kelab / Persatuan 154 7.18 Takwim Perjumpaan Badan Beruniform dan Kelab / Persatuan 155 7.19 Aturcara Pelaksanaan Aktiviti KokurikulumPada Hari Rabu 157 7.20 Tempat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Hari Rabu 157 7.21 Pelan Susunan Pelajar PBB/KP Hari Rabu 158 7.22 Jadual Bertugas Perhimpunan Perjumpaan Kokurikulum Badan Uniform dan Kelab/Persatuan Hari Rabu 159 7.23 JadualBertugasPerhimpunanBulananKokurikulumPadaHariAhad Minggu Ketiga SetiapBulan 160 7.24 Jadual Pencerapan Aktiviti Kelab / Persatuan / Badan Beruniform 160 7.25 Kadar Tuntutan Makanan / Minuman Pelajar 161 7.26 Hadiah Insentif Pelajar 161 7.27 Laporan Pertandingan / Program 162 7.28 Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor Peringkat MSSD Kluang 163 7.29 Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor Peringkat MSSJ dan MSSM 164 8.0 TAKWIM SEKOLAH DAN KALENDAR 2023 8.1 Penggal Persekolahan Tahun 2023 165 8.2 Hari Kelepasan Am Negeri Johor 166 8.3 Minggu Persekolahan dan Takwim Sekolah 2023 167 LAMPIRAN: PELAN KEBAKARAN SEKOLAH
6 1.1 Perutusan 2023 Pegawai Pendidikan Daerah Kluang 6
7 1.2 Kata Aua-aluan Pengetua SMK Seri Perdana Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua. Terima kasih kepada semua guru, staf dan warga sekolah atas segala usaha, tindakan dan curahan keringat sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan 2023/2024 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini yang dapat dijadikan satu daripada panduan atau rujukan bagi meningkatkan kualiti dalam pelaksanaan sesuatu tugas. Dalam penyediaan buku ini, MySG (Malaysian School Governance) iaitu Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah KPM sentiasa menjadi rujukan utama. Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti seperti dinyatakan dalam Program TS25. Hal ini pula selari dengan penekanan dan menjadi slogan PPD Kluang iaitu “Every Student Matters”. Justeru, pihak sekolah perlu memastikan aspek pembangunan diri setiap murid dilakukan secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan. Untuk tujuan itu, aspek disiplin dalam pelaksanaan seperti yang ditekankan dalam The Four Diciplines of Execution (4DEx) hendaklah diamalkan. Kita hendaklah fokus pada sasaran penting iaitu sasaran strategik. Kita juga hendaklah bertindak pada Lead Measures iaitu tindakan yang boleh dikawal dan diramal. Seterusnya, tindakan yang sesuai dan relevan dengan 7 Teras Utama KPM mestilah diambil. Warga sekolah sewajarnya mengambil perhatian terhadap tujuh teras yang dinyatakan tersebut di samping dasar atau inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa SMK Seri Perdana akan sentiasa bergerak dan maju ke hadapan selari dengan tagline Perdana Forward bagi mencapai hala tuju iaitu “SMK Seri Perdana Menerajui Kecemerlangan Pada Tahun 2025”. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. ….………………………….. HAJI ZOLKIFLI BIN ALIB Pengetua, SMK Seri Perdana, Kluang, Johor.
8 1.3 Surat Lantikan Rasmi Tugas Khas Guru dan Staf Sokongan SMK SERI PERDANA KM. 3, JALAN NIYOR, 86000 KLUANG, JOHOR. ____________________________________________________________________ Ruj. Kami : SMKPER.100-4/1/1() Tarikh: 15 MAC 2023 Kepada Semua Guru dan AKP SMK Seri Perdana 86000 Kluang Johor Tuan/Puan, PERLANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN STAF SOKONGAN TAHUN PERSEKOLAHAN 2023/2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan berdasarkan mesyuarat dan perbincangan jawatankuasa pengurusan sekolah yang telah diadakan, saya selaku pengetua bersetuju melantik tuan/puan untuk memegang jawatan-jawatan seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah & Takwim 2023. 3. Oleh yang demikian, tuan/puan dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Pengurusan dan Pentadbiran, Majlis Kurikulum, Majlis Hal Ehwal Murid, Majlis Kokurikulum dan tugas-tugas lain seperti yang disenaraikan. Tugas tuan/puan berkuatkuasa mulai 19 Mac 2023 dan tertakluk kepada sebarang pindaan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan keperluan dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2023 4. Saya amat yakin dan percaya tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan komitmen yang tinggi demi menjaga integriti serta meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah ZOLKIFLI BIN ALIB Pengetua SMK Seri Perdana Kod Sekolah : JEA 2047 Tel : 07-7763682 Faks : 07-7767361 Emel :[email protected]
9 1.4 Moto, Visi, Misi, Tagline, Slogan, Matlamat dan Falsafah Sekolah
10 1.5 7 Teras KPM 1.6 Hala Tuju PPD
11 1.7 Hala Tuju Pengetua SMK Seri Perdana .
12 1.8 Fokus Sekolah Fokus sekolah 2023 adalahkearah melahirkan pelajar berkualiti melalui guru dan AKP yang berintegriti. Fokus ini dicapai melalui beberapa sub bidang seperti yangdinyatakan. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN • Menaik taraf kemudahan dan sistem ICT dalam semua urusan • Menyediakan sistem pemfailan yang mudah di akses • Laporan pengurusan kewangan audit tidak berteguran dan prestasi audit di tahap baik • Memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan dalam masa 10 minit. • Mengekalkan prestasi sifaraduan. • Meningkatkan peranan PIBG dan PIBK yang lebih berkesan • Memantapkan pelaksanaan TS25 di sekolah KURIKULUM • Memastikan pencapaian Peperiksaan SPM ditahap 89.83% kelulusan dan 5.17 GPS • Mencapai kelulusan 100% dalam mata pelajaran utama iaitu Pendidikan Agama Islam, PSV, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diperingkat SPM • Memastikan 2 orang pelajar memperoleh semua A dalam SPM • Mengoptimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) • Memastikan Program Pemantauan Guru dan Penyeliaan Buku Nota/Latihan dibuat sekurang-kurangnya 2 Kali setahun setiap guru • Memastikan pencapaian PBS Menengah Rendah mencapai sekurangkurangnya TP3 atau 87.42%. KOKURIKULUM • Memperkasa pengurusan kokurikulumsekolah • Memastikan5%kecemerlangankokurikulum(P A J S K G red A ) dan melaksanakan agenda Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kokurikulum • Memperkasakan latihan kepimpinan pengurusan kokurikulum
13 • Mewujudkan kebitaraan dalam olahraga, hoki dan Pengakap • Mewujudkan hubungan kerjasama dengan NGO dan orang perseorangan dalam meningkatkan prestasi ko kurikulum. • Memastikanprestasipermainandenganmenjuarai sekurang-kurangnya1di peringkat daerah. • Memastikan prestasi kelab dan persatuan denganmenjuarai sekurangkurangnya tiga di peringkat daerah dan satu di peringkat negeri. • Memastikan prestasi pasukan badan beruniform dengan menjuarai sekurangkurangnya dua di peringkat daerah dan satu di peringkat negeri. • Mengadakan Perkhemahan Perdana secara rutin setiap tahun • Memperkasa pengurusan koperasicemerlang • Memperkasa pelaksanaan 1M1S HAL EHWAL MURID • Memfokus kepada peningkatan kualiti pelajar dalam aspek amalan nilai-nilai murni dan sahsiahterpuji. • Meningkatkansistempengurusanmaklumat,fail dantindakandisiplin terhadap pelajar berdasarkan punca kuasa yang diberikan. • Mengurangkan salah laku pelajar ke tahap 2%. • Memastikan 100 % pelajar mendapat khidmat Bimbingan dan Kaunseling. • Meningkatkan 95% peratuskehadiran. • Mengeratkan hubungan antara pelajar selaras dengan RIMUP. • Meningkatkan pengamalan budaya Sekolah Penyayang. PERKEMBANGAN STAFF • Memberikaninput-inputterkinikepadagurudanAKPmelaluisesitaklimat, mesyuarat, surat edaran dan bahan elektronik • Meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui latihan dalam perkhidmatan kepada guru dan AKP mengikut keperluan. • Memastikan guru dan AKP minimum 5 hari setahun. • Meningkatkan hubungan dan kerjasama erat dalam kalangan warga sekolahmelaluiprogramperkembanganstaf danprogramanjuranKEBIRUS • Mengadakan program saling bantu-membantu antara komuniti.
14 1.9 Piagam Pelanggan
15 1.10 Nilai Sekolah
16 1.11 Lagu Sekolah LAGU SEKOLAH TAJUK : MENERAJUI KECEMERLANGAN (RANGKAP 1) SMKSERIPERDANA Menerajui Kecemerlangan Sekolah YangBerwawasan Mencapai Kegemilangan (RANGKAP 2) SERIPERDANA Penggerak Bangsa Yang Terbilang Sederap Melangkah Kehadapan Membina Bangsa Gemilang (CHORUS) Selaut Ilmu Sama Terokai Jasa Guru Sama Disanjungi Berjuang Sama Kita Berjuang Julang Sama Wawasan Negara (RANGKAP 3) Berakhlak Beramal Mulia Nadi Kita Menuju Perjuangan Negara Tekad Berusaha Sedaya Jaya Menerajui Kecemerlangan (CHORUS) Selaut Ilmu Sama Terokai Jasa Guru Sama Disanjungi Berjuang Sama Kita Berjuang Julang Sama Wawasan Negara (RANGKAP 4) Berakhlak Beramal Mulia Nadi Kita Menuju Perjuangan Negara Tekad Berusaha Sedaya Jaya Itulah JanjiKita Itulah JanjiKita Itulah JanjiKita Pe n cip t a L a g u : NO ORA INY M O H A M E D HA N A P Y / M O H D FA DZL I M U S A Penulis Lirik : MOHD FADZLI MUSA / NOORAINY MOHAMED HANAPY
17 1.12 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga dan kemakmuran masyarakat dan Negara. 1.13 Budaya Etika dan Integriti Membentuk Budaya Kerja Cemerlang Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti. Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yangutuh,danditunjangi olehbudi pekerti yangluhur. Etika : Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Integriti : Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakansehari-hari. Budaya kerja : Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan. Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja Isu integriti bukanhanyaberfokuskepadaisu-isurasuahsahaja,malahiamerupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan. Budaya Kerja Dalam Organisasi Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya : 1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni berintegriti, bermoral dan beretika; 2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalamusaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; 3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat sertamendorongperkembanganmasyarakatsivilyangmenjunjungprinsipintegriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; 4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan 5. Meningkatan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
18 Budaya Kerja Berkualiti Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian; 1. Orientasi warga kerja haruslah bergerak ke arah landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untukcemerlang. 2. Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalahdituntut. 3. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi. 4. Sesebuah organisasi mewujudkan ‘mind-set’ yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan. 5. Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalanamalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. Penutup Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualitiproduktivitisesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh danpositif. Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasional 1.14 Sekolah Penyayang
19 1.15 Prinsip Kerja PPD 1.16 Prinsip Kerja Pengetua SMK Seri Perdana PRINSIP KERJA PENGETUA SMK SERI PERDANA
20 1.17 Naratif Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia
21 1.18 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) PERATURAN- PERATURAN PENDIDIKAN ( KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997 DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) “… suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
22
23 1.19 Portal Pembelajaran Digital (DELIMa) DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital LearningyangdibangunkanolehKPMpascaFrogVLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian. CARA AKSES PORTAL DELIMa Diakses menggunakan akaun Google sedia ada Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini. Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa menu tambahan serta penampilan logo baharu DELIMa. Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login GunaidgoogleclassroomyangKPMbagi untuk masuk keportal DELIMa
24 1.20 Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) Pada Nov – Dis 2020 pasukan kepimpinan sekolah telah bersama-sama diberi pendedahan oleh pihak IAB untuk menguruskan pendidikan STEM di sekolah. Pendekatan pendidikan STEM ini bagi memenuhi hasrat kurikulum semua mata pelajaran STEM yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran STEM. Di samping itu, kandungan PPPM 2013- 2025 juga menekankan pengukuhan kualiti pendidikan STEM yang dapat membangunkan modal insan yangberpengetahuan,berkemahiran tinggi,berhemah tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif.
25
26 1.21 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)
27 1.22 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
28 2.0 2.0 PANDUAN AM 2.1 Panduan Am Guru ARAHAN AM KOMITMEN GURU Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah : 1. Tatasusila Profesion Perguruan dan Panduan Perkhidmatan Cemerlang hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru. 2. Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut 3. Guru adalah satu profesion mulia dan dihormati yang wajar semua guru berusaha menjaga martabatnya. 4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab. 5. Anggaplah pelajar-pelajar yang diajar dan dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru. 6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas. 7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai, salah laku seksual dan sebagainya. 8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan luar sekolah. WAKTU HADIR BERTUGAS 1. Guru bertanggungjawab untuk hadir di sekolah sebelum pada jam 7.10 pagi . 2. Guru bertugas mingguan perlu hadir di sekolah lebih awalsebelum pukul 7.00 pagi dan balik 30 minit lebih lewat. 3. Waktu balik guru secara umumnya pada atau selepas 2.30 petang bagi sesi pagi dan 6.45 petang bagi sesi petang, kecuali jika ada mesyuarat, kursus, kelas tambahan, latihan rumah sukan atau aktiviti kokurikulum pada hari rabu maka waktu balik apabila selesai perkara-perkara tersebut. 4. Guru bertanggungjawab untuk ‘thumb in’ semasa datang dan semasa balik sekolah. Sesi Pagi Hari Masa Ahad 7.10 pagi - 2.30 petang Isnin 7.10 pagi - 2.30 petang Selasa 7.10 pagi - 2.30 petang Rabu 7.10 pagi - 2.30 petang Khamis 7.10 pagi - 2.30 petang Sesi Petang Hari Masa Ahad 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Isnin 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Selasa 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Rabu 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Khamis 12.10 Tengahari – 6.45 Petang
29 PAKAIAN DAN PERSONALITI 1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985) sertamelambangkandisiplindanimej profesionperguruan. 2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 3. Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak digalakkan semasa mengajar di kelas, mesyuaratsekolahdanmajlisrasmisekolah, kecualisemasa mengendalikan kelas PJKdi padang, aktiviti sukan, bengkel dan kokurikulum. 4. Guru lelaki mestilah memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel. 5. Guru-guru dikehendaki memakai baju/pakaian korporat pada hari AHAD 6. Pada hari KHAMIS, guru lelaki Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan lengkap. 7. Pada hari RABU, semua guru digalakkan memakai pakaian seragam Unit Badan Beruniform. 8. PadahariAHAD mingguketigasemuagurusangatdigalakkanmemakaipakaian seragam Unit BadanBeruniform URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN 1. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) yang meliputi aspek pelantikan, kursus kompetensi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya. 2. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam Sistem Maklumat Pengurusan Staf (HRMIS) dengan melalui Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) dan Guru Data. 3. E-OPERASI menjadi tanggungjawab sepenuhnya setiap guru untuk mengemaskini dan membuat pengesahan setiap 4 kali setahun mengikut arahan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian PendidikanMalaysia. KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 1. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada PPD/JPN untuk mesyuarat, kursus, taklimat atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. 2. Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada Pengetua/wakilnya untuk mendapatkankebenaran. 3. Setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi maklumat dalam Borang Permohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk pengesahan dan rekod Pengetua/wakilnya. URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan atau pekeliling- pekeliling berkaitan kebenaran berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas. 2. Dalamkeadaanbiasa,gurulayakmengambilcuti rehat 10 hari dengansyarat permohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal dengan mengemukakan borang permohonan cuti rehat (CRK) dan mendapat kebenaran pengetua/wakilnya. 3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik / hospital kerajaan / swasta kepada pengetua / wakilnya. 4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan atau sakit, guru mesti menghubungi sendiri pengetua / wakilnya melalui telefon dengan segera. 5. Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran
30 cuti tanpa rekod dari pihak yang memberikan cuti itu untuk pengesahan pengetua / wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah dilengkapkan. Permohonan ini akan dimajukan kepadaJabatan Pendidikan Johor untuk kelulusan /pengesahan. [ Cuti Tanpa Rekod akan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan] 6. Bagi guru wanita yang akan cutibersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin Yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki : • Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas-kertas nota / latihan / latih tubi untuk diberikan kepada pelajar dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk tindakan. • Memberitahu pengetua / setiausaha peperiksaan dalaman jika cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti kertas soalan,skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan. • Memberitahu pengetua / wakilnya tentang Guru Pengganti jika menjadi Guru Kelas. [ Maklumat lanjut tentang cuti, sila rujuk Lampiran Pekeliling ] eREKOD MENGAJAR 1. Rekod Mengajar adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah. 2. Rekod Mengajar perlu disediakan dalam bentuk 100% e-Rekod Mengajar / eRPH yang ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah. 3. Maklumat-maklumatdalame-RekodMengajarhendaklahdikemaskinikandari semasake semasa yang meliputi: • Butiran diri • Jadual waktupersendirian/kelas • Sukatan pelajaran yangdisahkan • Rancangan pelajaran tahunan (RPT)dan harian (eRPH) • Rekod pentaksiran kurikulum / peperiksaan • Senarai nama pelajar mengikut tingkatan yang diajar • Headcount pelajar • Bahan edaran mesyuarat pengurusan/pengetua • Maklumat lain yangperlu • Seperti yang diarahkan darisemasa ke semasa 4. e-Rekod Mengajar dilengkapkan pada minggu ke 2 APRIL 2023 manakala eRPH mestidihantar kepadapentadbir untukpenyemakanpengetua/wakilnyapada setiaphari KHAMIS. 5. e-Rekod Mengajar akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaran- pembelajaran di bilikdarjah. 6. Dokumen e-Rekod Mengajar hendaklah disimpan dalam bentuk ‘softcopy/hardcopy’oleh guru-guru untuk tujuan kenaikan pangkat; dikemukakan kepada pengetua/wakilnya sebagai rekod, simpanan dan pemantauan. PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya disekolah. 2. Penggunaan/pinjaman alatan/harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman /penggunaan /pulangan hendaklah direkodkan. 3. Alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/diguna hendaklah dipulangkan
31 dengan segera. 4. Guru mesti memaklum dan mengganti/membaiki kerosakanalatan/harta benda sekolah yang dipinjam/digunakan. 5. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan/harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT 1. Guru wajib menghadiri taklimat/mesyuarat yang diadakan oleh Pengetua/ wakilnya/jawatankuasa-jawatankuasa di peringkatsekolah. 2. Jika tidak dapat menghadiri taklimat/mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu memberitahu Pengetua dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah. 3. Semua mesyuarat di peringkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur. 4. Menyerahkan minit curai kepada Ketua Unit masing-masing. WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahanarahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan jadual waktu. 2. Guru yangmengajar mestiberadadi kelasataudi tempatmengajarseperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar, berbual di telefon bimbit dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil olehPengetua. 5. Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua pelajarsebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. 6. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar tidak keluar dari kelas semasa pengajaran danpembelajarandijalankan kecualiatassebab-sebabyangpenting. 7. Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab guru. 8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan pelajar. (Rujuk Pekeliling Per.3/1981) 9. Siren akan berbunyi mengikut waktu yang ditetapkan. JADUAL GURU GANTI ( RELIEF ) 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua /wakilnya. 2. Jadualgantidianggapsebagai waktu kerja/mengajardanmenjalankanproses PdPC jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajarsesuatu mata pelajaran. 3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses Pdpc hendaklah direkodkan dalam Buku RekodMengajar. 4. Pelaksanaan Melindungi Masa Instruktional (MMI) perlu menjadi keutamaan semua guru demimenjamin kelangsunganprosespengajarandanpembelajarandidalam bilikdarjah.
32 SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI), / ARAHAN KPM 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 2. Surat arahan / salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem failsurat menyurat sekolah. 3. Apabiladiarah melaksanakan sesuatu tugas,guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya. 4. Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua/wakilnya hendaklah diberitahu secarabertulis. 5. Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh pengetua seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya. 6. Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh pengetua dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu. PENCERAPAN PENGAJARAN (PdPc) DAN PENYELIAAN BUKU PELAJAR 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan dengan pencerapan Pdpc dan penyeliaan bukupelajar. 2. Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, GPK Kokurikulum, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia. 3. Pencerapan PdPc akan dilaksanakan mengikut jadual atau bila-bila masa atas keperluan. 4. Penyeliaanbukulatihanpelajardibuatsecaraberjadual.Gurudimintamenyerahkan buku pelajar pada masa ditetapkan di bilik personel yang ditentukan dengan menyertakan 2 salinan Borang Penyerahan Buku Latihan /Nota/Buku Kerja Pelajar. PENDAFTARAN KEMASUKAN / PERTUKARAN PELAJAR 1. Pendaftaran Kemasukan. Guru kelas bertanggungjawab: • MerekodkankemasukandansemuabutiranpelajardalamBukuPendaftaran Sekolah (Buku Besar) dan e-Register kelas. • Menyemak semua dokumen pelajar dengan teliti. Kemukakan surat kepada pengetua sekolah asal melalui pengetua sekolah jika dokumen dan maklumat-maklumat diperlukan tidak disertakan / tidak lengkap. • Guru kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan jika pelajar berada di tingkatan 3 dan 5. Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan SPM untuk tindakan selanjutnya. 2. Pendaftaran Pertukaran Guru kelas bertanggungjawab memastikan bahawa: • Pengesahan pertukaran hanya diterima atas permintaan ibu bapa / penjaga yang datang sendiri membuat permohonan ke sekolah. • Guru kelas hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen-dokumen pelajar, maklumat bayaran tambahan dan maklumat peperiksaan . • Guru kelas hendaklah memastikan semua buku teks dipulangkan atau kehilangan / kerosakan buku teks diganti sebelum menyerahkan perkara b) di atas. • Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran pelajar kepada Setiausaha Peperiksaan dan guru SPBT bagi diambil tindak ikut selanjutnya jka
33 terdapat perkara- perkara yang belumselesai. 3. Melaksanakan arahan pengetua / wakilnya dari semasa ke semasa berhubung kemasukan pertukaranpelajar. 4. Semasa borang permohonan pertukaran dan kemasukan pelajar mesti disahkan / di tandatangani olehPengetua. BILIK DARJAH / KELAS 1. Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria dengan kerusi meja pelajar tersusun rapi. 2. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan lampu dan kipas dimatikan , kelas dalam keadaan bersih dan pintu bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan. KEHADIRAN ORANG LUAR BERJUMPA GURU 1. Orangluar termasuk jurujual tidakdibenarkan berjumpa gurudan pelajartanpa mendapat kebenaran Pengetua. 2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau pelajar mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi. 3. Orang luar termasuk ibu bapaataupenjaga dilarangberjumpa guru ataupelajar semasa proses pengajaran danpembelajaran. PUNGUTAN BAYARAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS (JIKA ADA) 1. Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit persatuan 2. Guru penasihat / unit hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan unitberkenaan. 3. Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru, bukannya pelajar. MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR. 1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi memastikan pelajar membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengansegera 2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau komen. 3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan dan hendaklah disemak oleh guru. 4. Guru tidak dibenarkan menyuruh pelajar menghantar buku untuk tujuan semakan pada waktu PdPc . Minta pelajar menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan. PENTAKSIRAN KURIKULUM DAN PEPERIKSAAN 1. Pentaksiran kurikulum dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yangditetapkan. 2. Soalan yang telah siap dibahagikan mengikut kelas-kelas hendaklah dihantar kepada unit peperiksaan untuk disimpan selewat-lewatnya 2 hari sebelum ujian / peperiksaan. 3. Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan kertas soalan tersebut kepada guru pada haripeperiksaan. 4. Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun format soalan dan masa hendaklah selaras denganSPM 5. Gurusubjek hendaklahmemeriksadanmarkahhendaklahdi`key-in`dalamkomputer Unit Peperiksaan / secara online ke Unit Penilaian & Peperiksaan PPD / SAPS mengikut tarikh yang ditetapkan. 6. Guru tingkatan hendaklah memproses dan menganalisis markah serta keputusan
34 dalam pelaporan kemajuan akademik murid. Seterusnya menyerahkan kepada ibu bapa/ penjaga untukditandatangani. 7. Setiausaha peperiksaan hendak menganalisis keseluruhan keputusan ujian dan peperiksaan dan menyerahkan kepada Pengetua. 8. Dialog prestasi bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan akan dijalankan. 9. GKMP bertanggungjawab menyediakan laporan dan post-mortem untuk dialog prestasi bagi bidangmasing-masing. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 1. Semua guru dan murid diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah. 2. Perhimpunan rasmi sekolah di adakan pada setiap hari Ahad pada jam 7.15 pagi hingga 8.00pagidan6.00petanghingga6.40petangdiDataran Perhimpunan. 3. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan. 4. Gurubertugasmingguanpadaminggu lepashendaklahmemberikan laporannya semasa perhimpunan. 5. Pengetua atau wakilnya yang ditetapkan akan menyampaikan ucapan/maklumat pada perhimpunan rasmitersebut. 6. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan mengikut ketetapan/makluman oleh Penolong Kanan Kokurikulum berasaskan pada Surat Pekelling Ikhtisas (SPI) berkaitan. Perhimpunan ini dikendalikan olehmurid. 7. Semuagurudiwajibkanhadirdanamatdigalakkanmemakaipakaianunituniform masing - masing.Begitu juga murid-murid dikehendaki memakai pakaian uniform atauT-ShirtUnit Kokurikulum mengikut ketetapan oleh sekolah. 8. Bagi perhimpunan pagi pada hari Isnin hingga Rabu akan bermula pada jam 7.20 pagi, sementara pada hari Khamis bermula jam 7.10 pagi dan pelajar mesti bergerak masuk ke kelas untuk P&P sebelum jam 7.30pagi.
35 2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 – Panitia Mata Pelajaran SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1986 – PANITIA MATA PELAJARAN Bahagian SekolahSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066 Kuala Lumpur 50604. Kawat : 'PELAJARAN* KP(BS)8591/Jld; 11/(44) 13hb. Mac, 1986. Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B. Dato'/Tuan, SURAT PEKEL1L1NG IKHT1SAS BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak disedia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah- sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panita mata pelajaran i t u berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakala, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. 3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran- pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan. 3.1. Latar belakang Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat
36 atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. 3.2. Struktur dan Organisasi 3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran); 3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara optimis menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan- perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman; 3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran; 3.3. Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran : 3.3.1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran; 3.3.2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran; 3.3.3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran
37 berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah; 3.3.4. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik; 3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: 3.4.1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 3.4.2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahunpersekolahan. rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka; 3.4.4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahanbahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 3.4.5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan; 3.4.6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajarpelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahankelemahanpengajarandan pembelajaran; 3.4.7. Menggalakkan mesyuarat panitia secara berkala, sekurangkurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaanperjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu; 3.4.8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut; 3.4.9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 3.4.11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia- panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12. Bekerjasamadenganlain-lainpanitiadan membantunya dalam
38 usahakearahmemajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu; 3.4.13. Melantik setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yangberkaitan; 4. HarapY.B. Dato’/Tuan memaklumkankandungan surat pekeliling ini kepadasemua sekolah; ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, ............................................................................ (HJ. JUMAAT BIN DATO’ HJ. MOHD. NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah, b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.
39 2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Pilihan KPM 1. SPI BIL. 3/1999 : PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • Hendaklah mengandungi hanya 2 unsursahaja, iaitu: i) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - mengandungi secara ringkas isi pelajaran & pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan KPM. ii) Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - merupakan terjemahan RPT yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti tajuk, objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektifdan kenyataan sejauh mana objektif tercapai. Digalakkan pernyataanrefleksi. • Boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa • Rekod P&P dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang berkepentingan. 2. SPI BIL.4/2009: PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SPM MULAI TAHUN 2009 • Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggisedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual di bawah: Gred Sedia Ada Gred Baru (mulai 2010) - A+ (18) 1 A A (16) 2 A A- (14) 3 B B+ (12) 4 B B (10) 5 C C+ ( 8 ) 6 C C ( 6) 7 D D ( 4) 8 E E ( 2) 9 G G ( 0) 3. SPI BIL.3/2009: PELAKSANAAN MENGHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) M/P PEPERIKSAAN SPM. • 6m/p terasiaituBM,BI,Math,Sains,SejarahdanPI/PMadalahwajibdipelajari dan dijadikan m/p peperiksaan SPM. • M/p BM, Bi, math dan Sejarah wajib diambil oleh semua calon tanpa boleh diganti dengan m/plain. 4. SPI BIL. 2/1981: KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH. • Semua guru diingatkan dari masa ke semasa tentang tanggung jawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang atau balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar, atau ketika menjalankan kegiatan kokurikulum. • Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba waktu untuk berbuat demikian. • Guru-guru khasnya hendaklah memberikan contoh teladan yang baik bagi menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid. 5. SPI BIL. 3/1981: PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG FREE PERIOD) OLEH GURU-GURU • (Free Period) adalah waktu bekerja. • Menggantikan guru tidak hadir mengajar(relif class) • Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan BBM dan sebagainya.
40 • Memeriksa buku latihan / nota murid-murid. • Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar. • Penyediaan aktiviti –aktiviti kokurikulum. • Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua. 6. SPI. BIL. 3/1987: PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS OLEH PENGETUA / GURU BESAR • Menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dantanggungjawab dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. 7. SPI BIL. 5/1999: LARANGAN TERHADAP PENGLIBATAN PPP, GURU, MURID DAN STAF SOKONGAN DALAM KEGIATAN POLITIK ANTI-KERAJAAN • Terakluk kpd syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan kakitangan kerajaan adalah dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yangdikeluarkanolehkerajaanyangmemerintah(thegovermentoftheday). 8. SPI BIL. 16/2000: SALAH LAKU MEMASUKKAN UNSUR POLITIK DALAM SOALAN PEPERIKSAAN/UJIAN DI SEKOLAH DAN PERBUATAN MENGHASUT /MERACUNI FIKIRAN PELAJAR MEMBENCI KERAJAAN • Tindakan tatatertib bukan sahaja diambil terhadap guru-guru terlibat, malah juga terhadap pengetua/guru besar sekolah berkenaan. 9. SPI BIL. 3/1985: SIARAN MAKLUMAT UNTUK MEDIA MASSA. • Pengetua/Guru Besar dan guru-guru tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau memberi maklumat untuk media massa mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal-soal dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa hadapan yang belumdiputuskan. 10. SPI. BIL. 5/2002: LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN • Mesti tidak melebihi 2 kali dalam setahun. • Mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turuttermasuk hari perjalanan. 11. SPI BIL. 6/1985: PERATURAN PAKAIAN GURU DI SEKOLAH, MAKTAB PERGURUAN, POLITEKNIK, LAIN-LAIN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PELAJARAN DI PPD ATAU BAHAGIAN, JPNJ DAN KPM • Berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan:- a) Guru-Guru Lelaki. (i) Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ’bushjacket’ atau ’lounge suit’. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan kedalam. (ii) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. (iii) Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang. (iv) Pakaian Baju melayu dengan kain sarong,’ jeans’, ’track suit’, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenispakaian yangmenjolok mata,tidakbolehdipakai. b) Guru-Guru Perempuan. (i) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. (ii) Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
41 (iii) Kasut sukan, ’jeans’, ’slacks’, ’track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain dari pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai. 12. SPI. BIL. 10/2001: GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH. (Dibaca bersama SPI. BIL 6/1985) • Jubah dan berserban bukan dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja sebagai pegawai-pegawaiawam. • Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 13. SPI BIL. 2/2009: PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA & MENGGUNA TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH • Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat oleh pihak sekolah. Rekod kes perlu mengandungi maklumat:- (i) Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil. (ii) Jenis telefon bimbit yang diambil. (iii) Nama murid, no. k/p serta tanda tangan murid. (iv) Nama guru yang mengambil telefon bimbit (v) Nama ibu/bapa, no.k/p, tarikh, masa serta tanda tangan ketika mengambil semula telefon bimbit anak mereka. 14. SPI. BIL. 10/2001: SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN • Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. • Gunakan pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan(corrective), dan hukuman (punitive). • Hendaklah sentiasa mengimbangi semasa pendekatan tersebut dengan sifatsifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah dihadapi oleh murid. 15. SPI. BIL. 7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID • Hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang. • Hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan ringan ditapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian. • Surat penurunan kuasa oleh pengetua kepada guru-guru yang laksanakan hukuman rotan. 16. SPI. BIL. 2/2007: PERUNTUKAN WAKTU UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH • Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah,, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di bilik darjah. • Peruntukanwaktuminimumkegiatankokurikulumdi SekolahMenengahHarian = 180 minit seminggu. 17. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 12/2011 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI) • Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. sekolah boleh gunakan Bahasa Inggeris atau bahasa penghantar masingmasing dalam P&P sains dan matematik.
42 • Membolehkan murid-murid SR dan SM pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa Inggerissehingga tingkatan 5berdasarkan kesediaan guru dan murid disekolah. • Membatalkan SPI Bil. 2/2010 berkaitanMBMMBI. 18. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 : PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) • Setiap murid wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenissukan daripada yang ditawarkan disekolah. • Sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik • Hendaklah mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan di sekolah dengan mengutamakan keselamatan murid. • Menggalakkanwujudkanrangkaiankerjasamadenganagensi/pihak luarbagi pembangunan sukan • Memastikan aktiviti sukan sepanjang tahun dijalankan 19. AKTA PENDIDIKAN 1996 – AKTA 550 (P.U.(A) 531 • Perkara 6(1) : Guruhendaklahmengadakandengansertamertasatujadual untuk pemeriksaan pihak berkepentingan mengenai (i) semua m/p yangdiajar (ii) sukatan pelajaran m/p yang diajar • Perkara6(2):Guruhendaklahdengansertamertamenunjukkanjadualwaktu untuk pemeriksaan oleh pihak berkepentingan. • Perkara 7 :Guru hendaklah mengadakan sukatan pelajaran yangdiluluskan dansenarainamamuriddalamsesuatukelasyangdiajaruntukpemeriksaan. • Perkara 8 : Guru hendaklah menyimpan dan menyenggara buku rekod mengajar dengan baik. • Perkara 10 : Pengetua/Guru Besar hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah yang ditandatangani di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah. • Perkara 11 (1): Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan dan satu jadual waktu yang diluluskan. 20. Surat Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil.3/2013 – Cuti Mingguan Negeri Johor • Berkuatkuasa1januari2014bahawaharicutimingguannegeriJohorditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu. • Gantian Hari Pelepasan. Apabila hari kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari hari bekerja berikutnya, dan jika hari yang kemudiannya itu pula hari Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan HariKelepasan. • JikaHari Kelepasan Am jatuhpadahari Sabtuianyatidakdigantidengan hari berikutnya. 21. Surat Pekeliling SUK ,Kerajaan Negeri Johor – Pindaan Hari Pemakaian Pakaian Baju korporat Johor • Berkuatkuasamulai1Januari2019bahawapemakaianbajuKORPORAT JOHOR ditukar kepada hari Ahad
43 PU (a) Bahagian II, Peraturan 13 , Keterhutangan Wang Yang Serius (rujuk P.U.(A) 395. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM ( KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 13. (1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, ungkapan "keterhutangan kewangan yang serius" ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, mengambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya. (2) Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius- (a) jika agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen bulanannya; (b) jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman itu;atau (c) jika pegawai itu seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya. 25. SURAT PEKELILING KPM BIL. 3/2019 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGGUNAAN KENDERAAN SENDIRI OLEH GURU UNTUK MEMBAWA MURID BAGI URUSAN KPM SPI ini dibaca/dirujuk bersama SPI Bil. 9 tahun 2000. (RUJUK LAMPIRAN yang disertakan bersama SPIini) PGB, pentdadbir sekolah dan guru hendaklah mematuhi semua syarat dan tatacara yang ditetapkan dalam SOP ini. 26. SURAT PEKELILING KPM BIL. 6/2019 PELAKSANAAN KSSM (MENENGAH ATAS)DAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI 2020 Pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSM termasuk Pendidikan Khas yang disediakan oleh KPM. Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSM perlu merujuk lampiran yang berikut; 1.1 Mata pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Menengah Atas – Lampiran 1; dan 1.2 Mata pelajaran Elektif dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Menengah Atas(Tingkatan 4 dan 5) – Lampiran 2 27. SURAT SIARAN KPM BIL. 7 TAHUN 2019 PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK DIPRA SEKOLAH, SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH Pendidikan sivik dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,PendidikanIslam,PendidikanMoraldanSejarah.Masadiperuntukkan selama satu jam pada minggu ke empatsetiap bulan. Guru perlu merancang dan memilihtajukmengikutnilaiterasyangselaridenganperhimpunansekolah dan aktiviti kokurikulum.(Rujuk modul exemplar yangdibekalkan) PENALTI 22. PENALTI untuk Perkara 6, 7, 8 dan 10 ialah denda tidak melebihiRM500.00. 23. PENALTI untuk Peraturan 11 (1) ialah denda tidak melebihi RM5000 atau 24. penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
44 28. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3 Tahun 2017 – Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru & Murid Penyediaan garis panduan ini bagi guru dan murid bertujuan mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamanya dalam penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepat. Garis panduan ini hendaklah dipatuhi bagi mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan murid. 29. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3911-spi-bilangan-4-tahun-2020- penguatkuasaan-warna-kasut-dan-stoking-untuk-pemakaian-ke-sekolah-olehmurid-sekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-2021/file 30. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3873-spi-bilangan-3-tahun-2020- penambahbaikan-garis-panduan-pelaksanaan-dual-language-programmekementerian-pendidikan-malaysia-tahun-2021/file 31. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3862-spi-bil-2-tahun-2020-pelaksanaan-ujian- amalisains-bagi-mata-pelajaran-fizik-kimia-biologi-dan-sains-tambahan- peperiksaansijil-pelajaran-malaysia-mulai-tahun-2021/file 32. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3762-spi-bilangan-1-tahun-2020-garispanduan-pelaksanaan-penetapan-tahap-penguasaan-bahasa-inggerisberdasarkan-piawaian-common-european-framework-of-reference-for-languagesdalam-kalangan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-opsyen-bahasa-inggerisyang-berkhidmat/file 33. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3248-surat-pekeliling-ikhtisas-kementerianpendidikan-malaysia-bilangan-4-tahun-2019-pelaksanaan-program-transisi-ke- kerjayamurid-berkeperluan-khas-mbk-di-sekolah-menengah-kementerian- pendidikanmalaysia/file 2.4 Panduan Am Guru dan Kakitangan Sekolah 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan staf dikehendakimembaca,memahamidanjugamematuhiPerintahAmtersebut. 1.2 Guru dan Staf Sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatanlain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjunginya sebagai satu profesion dan bukan satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatancemerlang. 1.5 Guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat PendidikanKebangsaan.
45 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankantugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan memimpin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu bekerja mesti dipatuhiseperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Kecuali sesuatu keadaan yang tidak dapat dielakkan, mendaftar kehadiran staf lain atau menukar masa pada komputer kedatangan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Guru mesti memaklumkan kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan dan pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaankecemasan. 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Gurudikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dandituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/GPK sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan. Buku Persediaan mengajar hendaklah diserahkanbersama. 3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan. 4. CUTI 4.1 Cuti RehatKhas Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan, guru diberi Cuti Rehat Khas sebanyak Sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. Permohonancutirehatkhashendaklahdibuatsekurang-kurangnyaseminggu sebelum bercuti. Cuti rehat khas hendaklah diambil mengikut maksud yang
46 dinyatakan. Cuti rehat yang diambil selepas cuti am / hari kelepasan hendaklah berasaskan kes-kes kecemasan. Pengetua berhak menangguhkan cuti rehat khas guru atas kepentingan perkhidmatan. 4.2 Cuti Sakit (i) Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turuthendaklahdisahkanolehPegawaiPerubatanKerajaan. (ii) Cutisakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi tempoh 14 hari dalamsetahun. (iii) Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 4.3 Cuti TanpaGaji (i) Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yangmustahak. (ii) Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis cutirehatnya. (iv) Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 5. KEWANGAN 5.1 BAYARAN TAMBAHAN 5.1.1 Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dikutip dari pelajar-pelajar mengikut tarikh yang akan ditetapkan pihak sekolah. 5.1.2 Resit perlu dikeluarkan dan kutipan diserahkan kepada Bendahari pada hari yangsama. 5.1.3 Tarikh pada resit pelajar mesti sama dengan tarikh serah kepada Bendahari PIBG. 5.2 TUNTUTAN PERJALANAN RASMI Contoh : Menghadiri Kursus /Mesyuarat/Membawa Pelajar ke Pertandingan Hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 27 hb setiap bulan. Sebarang kelewatan adalah tanggungjawab tuan/puan. 5.3 PEMBAYARAN MELALUI CEK YANG MELEBIHI HAD RM100.00 Pembayaran akan dibuat/diprosesselewat-lewatnya10hari–14harimengikut peruntukan yang ada. Jika tidak bayaran akan dibuat bagi tempoh 1 bulan. Contoh : Membawa pelajar ke pertandingan 5.3.1 Tuntutandibuatselesaimenghadirisesuatupertandingan,mesyuarat dan lain-lain 5.3.2 Semua borang tuntutan hendaklah disertakan bersama resit pembayaran / resit pendaftaran dan Surat Arahan. 5.4 PERBELANJAAN PANITIA MATAPELAJARAN 5.4.1 Ketua Panitia hendaklah mengemukakan anggaran perbelanjaan panitia masing-masing sebelum 31 Januari
47 5.4.2 Perbelanjaan sebenar hanya boleh dibuat apabila peruntukan Bantuan Perkapita diterima daripada JPNJ. (dalam bulan Mac atau April ) 5.4.3 Ketua Panitia dikehendaki mengisi borang Nota Minta dengan mendapatkan pengesahan Guru Kanan dan kelulusan Pengetua sebelum membuat sebarangperbelanjaan. 6. PAKAIAN ( SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 6/1985 ) 6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 6.4.1 Guru perempuan seluar trek/panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek. Kasutsukan ataugetah tanpa tumit. 6.4.2 Guru lelaki seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU 7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru atau pelajar atau stafsokongan sekolah yang lain. 7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 8. BILIK GURU 8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semuaguru. Initermasuk keselamatan hartabendadidalambilikguru. 8.2 Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
48 8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8.5 Guru-guru hendaklah mematuhi peraturan bilik-bilik khas sekolah yang telah ditetapkan. 9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Guru hendaklah sentiasa memastikan maklumat perjawatan sentiasa dikemaskini. Sila rujuk Penolong Kanan / Guru Data / Bahagian Perkhidmatan sekolah untukmelihatmaklumatgurudalamlamansesawangberkaitan. 9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan. 9.3 Guru-guru yang akan bertukar sekolah hendaklah memastikan terlebih dahulu kerja-kerja telah sempurna, membuat penyerahan tugas dan kembalikan apa jua harta kepunyaan sekolah serta menjelaskan hutang piutang sekiranya ada dengan pihak sekolah. 10. TUGAS 10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap danbertanggungjawab. 10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan dan kebenaran Pengetua. 11. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (eRPH ) 11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Fail Persediaan Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari khamis untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/Pihak Pentadbir sekolah. 11.2 Jika seseorang guru bercuti, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 11.3 Fail Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan atau mengikut tarikh ditetapkan. 12. JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI 12.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelassendiri.
49 12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 12.3 Guru-guru ganti hendaklah masuk kelas seperti dijadualkan dan mengajar mata pelajaran yang boleh diajar. Guru-guru tidak digalakkan membiarkan pelajarmembuatkerjasendiri(SilarujukPekelilingIkhtisasBil.3/1981). 13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah dan keceriaan sekolah supaya dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa bersih, cantik dan indah di kalanganpelajar(rujuk suratPekelilingIkhtisasBil.14/1989) 13.2 Mereka yang merosakkan harta benda sekolah sama ada sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 13.3 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat bagi bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 14. KEBERSIHAN 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkankelashendaklahdigunakandenganrapidandisimpanselamat 14.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan danpelajar. 15. SURAT MENYURAT 15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihakberkenaan. 16. SURAT YANG DITERIMA 16.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surattersebut. 16.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah : 16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya. 16.3.2 Mengambil tindakan yangdiperlukan. 16.3.3 memulangkan semula fail itu ke pejabat. 17. URUSAN PERIBADI KE JABATAN PENDIDIKAN / PENDIDIKAN DAERAH 17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.