JEA 2047 BUKUPANDUAN Tel:077763682 Fax: 07 7767361 KOKLJ0 IKUL.U M
1 PROFIL SEKOLAH Kod Sekolah : JEA2047 No. Tel : 077763682 Nama Sekolah : SMK SERI PERDANA No. Fax : Alamat Sekolah : KM 3 JALAN NIYOR 86000 KLUANG JOHOR DUN : Mahkota Nama Pengetua : EN. SAMSUL BIN MOHAMED BASRI Parlimen : Kluang Emel Sekolah : [email protected] Bil. Sesi : 2 sesi
2 ISI KANDUNGAN m/surat PROFIL SEKOLAH 1 ISI KANDUNGAN 2-5 m/surat 1.0 PENGENALAN 1.1 Perutusan 2024 Pegawai Pendidikan Daerah Kluang 6 1.2 Kata Alu-aluan Pengetua SMK Seri Perdana 7 1.3 Surat Lantikan Rasmi Tugas Khas Guru dan Staf Sokongan 8 1.4 Moto, Visi, Misi , Tagline, Slogan, Matlamat dan Falsafah Sekolah 9 1.5 7 Teras KPM 10 1.6 Hala Tuju PPD 10 1.7 Hala Tuju Pengetua SMK Seri Perdana 11 1.8 Fokus Sekolah 12 1.9 Piagam Pelanggan 14 1.10 Nilai Sekolah 15 1.11 Lagu Sekolah 16 1.12 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 17 1.13 Budaya Etika dan Integriti Membentuk Budaya Kerja Cemerlang 18 1.14 Malaysia Madani 18 1.15 Prinsip Kerja PPD 19 1.16 Prinsip Kerja Pengetua SMK Seri Perdana 19 1.17 Naratif Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia 20 1.18 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 22 1.19 Portal Pembelajaran Digital (DELIMa) 24 1.20 Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) 25 1.21 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 27 1.22 Program Transformasi Sekolah 28 2.0 PANDUAN AM 2.1 Panduan Am Guru 29 2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 – Panitia Mata Pelajaran 36 2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Pilihan KPM 40 2.4 Panduan Am Guru dan Kakitangan Sekolah 45 3.0 PENGURUSAN SEKOLAH Carta Organisasi Pengurusan Sekolah 53 3.1 Majlis Pengurusan Sekolah Sesi 2023/2024 54 3.2 Barisan Guru Pagi 55 3.3 Barisan Guru Petang 59 3.4 Staf Sokongan / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 62 4.0 PENGURUSAN PENTADBIRAN Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah 63 4.1 Majlis Tindakan Sekolah 64 4.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 64 4.3 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 65 4.4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 65 4.5 Kewangan Sekolah 66 4.6 Aduan Pelanggan 66 4.7 PA Sistem dan CCTV 67 4.8 Dokumentasi Maklumat dan Pelaporan Minit 67 4.9 Pembangunan ICT 67 4.10 Kakitangan Sokongan / AKP 68 4.11 Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Stor 68 4.12 Kajian Tindakan & Inovasi 68 4.13 Perkembangan Staf/LDP 69 4.14 Pengurusan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyyah Sekolah (MAKDIS) 69 4.15 Pembangunan dan Penyelenggaraan 70
3 4.16 Pengurusan Bencana, Kecemasan, Wabak & Pilihanraya 70 4.17 Penyelaras Bilik-bilik Khas 71 4.18 Buku Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 72 4.19 KBAT 72 4.20 KEBIRUS 72 4.21 Program Transformasi sekolah 2025 (TS25) 73 4.22 Kumpulan Inovasi dan Kreativiti 74 4.23 Takwim Program Pengurusan dan Pentadbiran 75 4.23 Takwim Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran 76 5.0 PENGURUSAN KURIKULUM Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum 77 5.0 Majlis Kurikulum Sekolah 78 5.1 Jadual Waktu dan Guru Ganti 79 5.2 Intervensi / PINCH 79 5.3 Penilaian dan Pentaksiran 80 5.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 81 5.5 Pusat Sumber Sekolah 81 5.6 Pemantauan dan Pencerapan 82 5.7 Penyemakan Hasil Kerja Murid 82 5.8 ‘Profesional Learning Community’ (PLC) 82 5.9 Program Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik 82 5.10 Science, Technology, Engineering & Mathematic (STEM) 83 5.11 Pendidkan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) 83 5.12 Jawatankuasa Laporan Dialog Prestasi 83 5.13 Program Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 84 5.14 Pendekatan Kurikulum Bertema 84 5.15 Rekod-Rekod Kecemerlangan Akademik 2018-2022 84 5.16 Tentatif Takwim Peperiksaan dan Penilaian Sekolah 2024 84 5.17 Tentatif Takwim Program Pengurusan Kurikulum 85 5.18 Tentatif Takwim Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 86 5.19 Surat Panggilan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bil. 1/2024 87 5.20 Jadual Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Bil. 1/2024 88 5.21 Jadual Semakan Hasil Kerja Murid (PK06) 89 5.22 Jadual Pencerapan PDPC Guru & Learning Walks (Std 4, SKPMg2) 90 5.23 Pakej Mata Pelajaran Ditawarkan Tahun 2024 92 6.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) Carta Organisasi Majlis Hal Ehwal Murid 94 6.1 MAJLIS HAL EHWAL MURID 95 6.2 DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH 96 6.2.1 Pengurusan Disiplin dan SSDM 96 6.2.2 Students Leader Board (SLB) 96 6.2.3 Lembaga Pengawas 96 6.2.4 Program Ponteng Sifar 97 6.2.5 PPDa 97 6.2.6 Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) 97 6.3 PENGURUSAN DATA MURID 6.3.1 APDM/Audit Kehadiran 98 6.3.2 Penyelaras Tingkatan 98 6.3.3 Buku Pengurusan Kelas 99 6.3.4 Bukan Warganegara 99 6.3.5 Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 99 6.4 PENGURUSAN 3K DAN KECERIAAN 6.4.1 Keselamatan Sekolah 100 6.4.2 Kesihatan Murid 100 6.4.4 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 100 6.5 BINA INSAN 6.5.1 Bimbingan dan Kaunseling 101 6.5.2 Program Sekolah Penyayang 101 6.5.3 Program Mentor Mentee 101
4 6.5.4 Karakter Murid Johor (KrMJ) 102 6.5.5 Pembimbing Rakan Sebaya 102 6.5.6 Program Laman Rohani 102 6.6 KEBAJIKAN MURID 6.6.1 Kantin Sekolah 103 6.6.2 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 103 6.6.3 Biasiswa/BKP/BDO 103 6.6.4 KWAPM/e-Kasih 104 6.6.5 Elaun Murid Khas (EMK) 104 6.6.6 Kebajikan Pelajar/Anak Yatim/MAIJ 104 6.7 Takwim Program Pengurusan Hal Ehwal Murid 105 6.8 Takwim Mesyuarat Hal Ehwal Murid 106 6.9 Senarai Guru Kelas dan Penyelaras Tingkatan 107 6.10 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid 108 6.11 Jadual Guru Bertugas Mingguan 2024/2025 118 6.12 Jadual Bertugas Harian Barisan Kepimpinan Sekolah 2024/2025 125 6.13 Takwim Aktiviti KrMJ 2024 125 7.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1 MAJLIS KOKURIKULUM SEKOLAH 126 7.1.1 Badan Beruniform 127 7.1.2 Persatuan Akademik/Kelab Bukan Akademik 128 7.1.3 Sukan dan Permainan 128 7.2 PASUKAN BADAN BERUNIFORM 129 7.2.1 Pandu Puteri 129 7.2.2 Pergerakan Puteri Islam 129 7.2.3 Kadet Remaja Sekolah (KRS) 129 7.2.4 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 129 7.2.5 Kadet Polis 130 7.2.6 Kadet Bomba dan Penyelamat 130 7.2.7 Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) 130 7.2.8 Pengakap 130 7.3 PERSATUAN AKADEMIK DAN KELAB BUKAN AKADEMIK 131 7.3.1 Persatuan Bahasa Melayu 131 7.3.2 Persatuan Bahasa Inggeris 131 7.3.3 Persatuan Bahasa Cina 131 7.3.4 Persatuan Bahasa Tamil 131 7.3.5 Persatuan Agama Islam 131 7.3.6 Persatuan Sejarah dan Geografi 132 7.3.7 Persatuan Seni Visual 132 7.3.8 Persatuan Sains dan Matematik (STEM) 132 7.3.9 Persatuan Reka Bentuk dan Inovasi 132 7.3.10 Kelab Keselamatan Jalan Raya 132 7.3.11 Kelab SPBT 133 7.3.12 Kelab Rukun Negara 133 7.3.13 Kelab Pengguna 133 7.3.14 Kelab Muzik, Seni dan Budaya 133 7.3.15 Kelab Fotografi dan Multimedia 133 7.4 SUKAN PERMAINAN DAN 1M1S 7.4.1 Olahraga 134 7.4.2 Bola Sepak 134 7.4.3 Sepak Takraw 134 7.4.4 Bola Jaring 134 7.4.5 Ping Pong 134 7.4.6 Hoki (SPTS) 135 7.4.7 Bola Baling/Sofbol 135 7.4.8 Bola Keranjang 135 7.4.9 Bola Tampar 135 7.4.10 Badminton 135 7.4.11 Catur 136 7.4.12 Pentaque 136
5 7.5 Jawatankuasa PAJSK 136 7.6 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 137 7.7 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 138 7.8 Jawatankuasa Kebitaraan Sukan Olahraga 139 7.9 Jawatankuasa Kebitaraan Hoki 139 7.10 Jawatankuasa Kebitaraan Pengakap 140 7.11 Jawatankuasa Koperasi 140 7.12 Jawatankuasa Kelab Tunas Bistari / Keusahawanan 141 7.13 Guru-Guru Rumah Sukan 142 7.14 Takwim Penting Kokurikulum Sekolah 143 7.15 Takwim Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum 144 7.16 Jadual Latihan / Perjumpaan Kokurikulum Bersemuka 145 Aturcara Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Pada Hari Rabu 145 7.18 Takwim Perjumpaan Badan Beruniform dan Kelab / Persatuan 146 7.19 Aturcara Pelaksanaan Aktiviti KokurikulumPada Hari Rabu 147 7.20 Tempat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Hari Rabu 147 7.21 Pelan Susunan Pelajar PBB/KP Hari Rabu 149 7.22 JadualBertugas PerhimpunanBulananKokurikulumPadaHariAhad Minggu Ketiga SetiapBulan 150 7.23 Kadar Tuntutan Makanan / Minuman Pelajar 151 7.24 Hadiah Insentif Pelajar 151 7.25 Laporan Pertandingan / Program 151 7.26 Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor Peringkat MSSD Kluang 152 7.27 Takwim Majlis Sukan Sekolah Johor Peringkat MSSJ dan MSSM 153 8.0 TAKWIM SEKOLAH DAN KALENDAR 2023 8.1 Penggal Persekolahan Tahun 2023 154 8.2 Hari Kelepasan Am Negeri Johor 157 8.3 Minggu Persekolahan dan Takwim Sekolah 2023 158 LAMPIRAN: PELAN KEBAKARAN SEKOLAH 165
6 2.0 1.0 PENGENALAN 1.1 Perutusan 2024 Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Assalamualaikum W.R.T dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikan. Terima kasih kerana memberi peluang saya untuk mencoretkan sedikit amanat dalam Buku Pengurusan Sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana dapat menyediakan buku pengurusan ini. Daripada buku ini, jelas menunjukkan PGB dan pentadbir mempunyai perancangan untuk memastikan sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang. Guru-guru dan warga sekolah yang budiman, Sesungguhnya profesion dan tugasan kita sama ada sebagai guru atau pentadbir di sesebuah sekolah bukanlah satu kebetulan, sebenarnya satu ketentuan daripada Allah s.w.t. Anda adalah yang terbaik dan diamanahkan tugas sebagai tanggungjawab untuk dilaksanakan “ You’re the chosen one”. Tanggungjawab sebagai pendidik mahupun sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan merupakan satu tanggungjawab yang sangat penting. Masa depan sesebuah negara sangat bergantung kepada apa-apa yang berlaku di bilik darjah dan sekolah pada masa ini. Suka saya ingatkan tentang dua sasaran mikro yang akan menentukan kejayaan pendidikan di sekolah, PPD, JPN dan KPM. Tidak lain dan tidak bukan ialah kualiti kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Apa-apa shaja yang dilakukan mestilah membantu ke arah pencapaian dua sasaran mikro tersebut. Guru-guru dan warga sekolah yang budiman, Wujudnya pekerjaan dan penjawatan kita adalah kerana adanya murid. Mengapa kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah? Jawapannya hanyalah untuk “Mengangkat maruah dan harga diri seseorang manusia”. Kita percaya maruah dan harga diri manusia hanya dapat diangkat melalui peningkatan dari segi kognitif, afektif dan kemahiran. Ketiga-tiga elemen itu hanya boleh diperoleh melalui pendidikan, sama ada formal atau tidak formal. Justeru, saya menyeru kepada semua warga pendidik daerah Kluang agar sentiasa mengambil serius kerja buat kita sebagai pendidik. Segala program yang dilakukan di sekolah haruslah memberi kesan yang baik kepada aspek “student engagement”, penyampaian konten dan peningkatan kompetensi guru. Budaya PLC harus diperkasa dan dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar. Segala inisiatif yang turun dari KPM (PBD, DP, TS25, PLaN, STEMEC, MOA, MBPK) harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar matlamat akhir dalam PPPM 2013-2025 akan mencapai matlamatnya. Adalah diharapkan buku ini akan menjadi rujukan warga sekolah dalam memastikan pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar. Sekian,terima kasih. “EVERY STUDENT MATTERS” ALI @ ZAINALABIDIN BIN SYED MOHAMED Pejabat Pendidikan Daerah
7 1.2 Kata Alu-aluan Pengetua SMK Seri Perdana Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua. Terima kasih kepada semua guru, staf dan warga sekolah atas s e g ala usaha, tindakan dan curahan keringat sepanjang sesi persekolahan 2023/2024.Terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan 2024 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini yang dapat dijadikan satu daripada panduan atau rujukan bagi meningkatkan kualiti dalam pelaksanaan sesuatu tugas. Dalam penyediaan buku ini, MySG (Malaysian School Governance) iaitu Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah KPM sentiasa menjadi rujukan utama. Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti seperti dinyatakan dalam Program TS25. Hal ini pula selari dengan penekanan dan menjadi slogan PPD Kluang iaitu “Every Student Matters”. Justeru, pihak sekolah perlu memastikan aspek pembangunan diri setiap murid dilakukan secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan. Untuk tujuan itu, aspek disiplin dalam pelaksanaan seperti yang ditekankan dalam The Four Diciplines of Execution (4DEx) hendaklah diamalkan. Kita hendaklah fokus pada sasaran penting iaitu sasaran strategik. Kita juga hendaklah bertindak pada Lead Measures iaitu tindakan yang boleh dikawal dan diramal. Seterusnya, tindakan yang sesuai dan relevan dengan 7 Teras Utama KPM mestilah diambil. Warga sekolah sewajarnya mengambil perhatian terhadap tujuh teras yang dinyatakan tersebut di samping dasar atau inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa SMK Seri Perdana akan sentiasa bergerak dan maju ke hadapan selari dengan tagline Perdana Forward bagi mencapai hala tuju iaitu “SMK Seri Perdana Menerajui Kecemerlangan Pada Tahun 2025”. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang sesi 2024. Sekian, terima kasih. ….………………………….. EN. SAMSUL BIN MOHAMED BASRI Pengetua, SMK Seri Perdana, Kluang, Johor.
8 1.3 Surat Lantikan Rasmi Tugas Khas Guru dan Staf Sokongan SMK SERI PERDANA KM. 3, JALAN NIYOR, 86000 KLUANG, JOHOR. ____________________________________________________________________ Ruj. Kami : SMKPER.100-4/1/1() Tarikh: 10 MAC 2024 Kepada Semua Guru dan AKP SMK Seri Perdana 86000 Kluang Johor Tuan/Puan, PERLANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN STAF SOKONGAN TAHUN PERSEKOLAHAN 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan berdasarkan mesyuarat dan perbincangan jawatankuasa pengurusan sekolah yang telah diadakan, saya selaku pengetua bersetuju melantik tuan/puan untuk memegang jawatan-jawatan seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah & Takwim 2024. 3. Oleh yang demikian, tuan/puan dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Pengurusan dan Pentadbiran, Majlis Kurikulum, Majlis Hal Ehwal Murid, Majlis Kokurikulum dan tugas-tugas lain seperti yang disenaraikan. Tugas tuan/puan berkuatkuasa mulai 10 Mac 2024 dan tertakluk kepada sebarang pindaan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan keperluan dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2024 4. Saya amat yakin dan percaya tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan komitmen yang tinggi demi menjaga integriti serta meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah SAMSUL BIN MOHAMED BASRI Pengetua SMK Seri Perdana Kod Sekolah : JEA 2047 Tel : 07-7763682 Faks : 07-7767361 Emel :[email protected]
9 1.4 Moto, Visi, Misi, Tagline, Slogan, Matlamat dan Falsafah Sekolah
10 1.5 7 Teras KPM 1.6 Hala Tuju PPD
11 1.7 Hala Tuju Pengetua SMK Seri Perdana .
12 1.8 Fokus Sekolah Fokus sekolah 2023 adalahkearah melahirkan pelajar berkualiti melalui guru dan AKP yang berintegriti. Fokus ini dicapai melalui beberapa sub bidang seperti yangdinyatakan. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN • Menaik taraf kemudahan dan sistem ICT dalam semua urusan • Menyediakan sistem pemfailan yang mudah di akses • Laporan pengurusan kewangan audit tidak berteguran dan prestasi audit di tahap baik • Memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan dalam masa 10 minit. • Mengekalkan prestasi sifar aduan. • Meningkatkan peranan PIBG dan PIBK yang lebih berkesan • Memantapkan pelaksanaan TS25 di sekolah KURIKULUM • Memastikan pencapaian Peperiksaan SPM ditahap 90.56% kelulusan dan 5.05 GPS • Mencapai kelulusan 100% dalam mata pelajaran utama iaitu Pendidikan Agama Islam, PSV, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diperingkat SPM • Memastikan 2 orang pelajar memperoleh semua A dalam SPM • Mengoptimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) • Memastikan Program Pemantauan Guru dan Penyeliaan Buku Nota/Latihan dibuat sekurang-kurangnya 2 Kali setahun setiap guru • Memastikan pencapaian PBS Menengah Rendah mencapai sekurangkurangnya TP3 atau 87.42%. KOKURIKULUM • Memperkasa pengurusan kokurikulumsekolah • Memastikan5%kecemerlangankokurikulum(P A J S K G red A ) dan melaksanakan agenda Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kokurikulum • Memperkasakan latihan kepimpinan pengurusan kokurikulum
13 • Mewujudkan kebitaraan dalam olahraga, hoki dan Pengakap • Mewujudkan hubungan kerjasama dengan NGO dan orang perseorangan dalam meningkatkan prestasi ko kurikulum. • Memastikanprestasipermainandenganmenjuarai sekurang-kurangnya1di peringkat daerah. • Memastikan prestasi kelab dan persatuan denganmenjuarai sekurangkurangnya tiga di peringkat daerah dan satu di peringkat negeri. • Memastikan prestasi pasukan badan beruniform dengan menjuarai sekurangkurangnya dua di peringkat daerah dan satu di peringkat negeri. • Mengadakan Perkhemahan Perdana secara rutin setiap tahun • Memperkasa pengurusan koperasi cemerlang • Memperkasa pelaksanaan 1M1S HAL EHWAL MURID • Memfokus kepada peningkatan kualiti pelajar dalam aspek amalan nilai-nilai murni dan sahsiahterpuji. • Meningkatkansistempengurusanmaklumat,fail dantindakandisiplin terhadap pelajar berdasarkan punca kuasa yang diberikan. • Mengurangkan salah laku pelajar ke tahap 2%. • Memastikan 100 % pelajar mendapat khidmat Bimbingan dan Kaunseling. • Meningkatkan 93.74% peratuskehadiran. • Mengeratkan hubungan antara pelajar selaras dengan RIMUP. • Meningkatkan pengamalan budaya Sekolah Penyayang. PERKEMBANGAN STAFF • Memberikaninput-input terkinikepadagurudanAKPmelaluisesi taklimat, mesyuarat, surat edaran dan bahan elektronik • Meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui latihan dalam perkhidmatan kepada guru dan AKP mengikut keperluan. • Memastikan guru dan AKP minimum 5 hari setahun. • Meningkatkan hubungan dan kerjasama erat dalam kalangan warga sekolahmelaluiprogramperkembanganstaf danprogramanjuranKEBIRUS • Mengadakan program saling bantu-membantu antara komuniti.
14 1.9 Piagam Pelanggan
15 1.10 Nilai Sekolah
16 1.11 Lagu Sekolah LAGU SEKOLAH TAJUK : MENERAJUI KECEMERLANGAN (RANGKAP 1) SMKSERIPERDANA Menerajui Kecemerlangan Sekolah YangBerwawasan Mencapai Kegemilangan (RANGKAP 2) SERIPERDANA Penggerak Bangsa Yang Terbilang Sederap Melangkah Kehadapan Membina Bangsa Gemilang (CHORUS) Selaut Ilmu Sama Terokai Jasa Guru Sama Disanjungi Berjuang Sama Kita Berjuang Julang Sama Wawasan Negara (RANGKAP 3) Berakhlak Beramal Mulia Nadi Kita Menuju Perjuangan Negara Tekad Berusaha Sedaya Jaya Menerajui Kecemerlangan (CHORUS) Selaut Ilmu Sama Terokai Jasa Guru Sama Disanjungi Berjuang Sama Kita Berjuang Julang Sama Wawasan Negara (RANGKAP 4) Berakhlak Beramal Mulia Nadi Kita Menuju Perjuangan Negara Tekad Berusaha Sedaya Jaya Itulah JanjiKita Itulah JanjiKita Itulah JanjiKita Pencipta Lagu : NOORAINY MOHAMED HANAPY/ MOHD FADZLI MUSA Penulis Lirik : MOHD FADZLI MUSA / NOORAINY MOHAMED HANAPY
17 1.12 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga dan kemakmuran masyarakat dan Negara. 1.13 Budaya Etika dan Integriti Membentuk Budaya Kerja Cemerlang Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti. Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yangutuh,danditunjangi olehbudi pekerti yangluhur. Etika : Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Integriti : Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakansehari-hari. Budaya kerja : Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan. Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja Isu integriti bukanhanyaberfokuskepadaisu-isurasuahsahaja,malahiamerupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan. Budaya Kerja Dalam Organisasi Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya : 1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni berintegriti, bermoral dan beretika; 2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalamusaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; 3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat sertamendorongperkembanganmasyarakatsivilyangmenjunjungprinsipintegriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; 4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan 5. Meningkatan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
18 Budaya Kerja Berkualiti Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian; 1. Orientasi warga kerja haruslah bergerak ke arah landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untukcemerlang. 2. Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalahdituntut. 3. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi. 4. Sesebuah organisasi mewujudkan ‘mind-set’ yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan. 5. Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalanamalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. Penutup Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualitiproduktivitisesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh danpositif. Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasional 1.14 Malaysia Madani
19 1.15 Prinsip Kerja PPD 1.16 Prinsip Kerja Pengetua SMK Seri Perdana PRINSIP KERJA PENGETUA SMK SERI PERDANA
20 1.17 Naratif Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia
21
22 1.18 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) PERATURAN- PERATURAN PENDIDIKAN ( KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997 DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) “… suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
23
24 1.19 Portal Pembelajaran Digital (DELIMa) DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital LearningyangdibangunkanolehKPMpascaFrogVLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian. CARA AKSES PORTAL DELIMa Diakses menggunakan akaun Google sedia ada Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini. Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa menu tambahan serta penampilan logo baharu DELIMa. Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login GunaidgoogleclassroomyangKPMbagi untuk masuk keportal DELIMa
25 1.20 Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) Pada Nov – Dis 2020 pasukan kepimpinan sekolah telah bersama-sama diberi pendedahan oleh pihak IAB untuk menguruskan pendidikan STEM di sekolah. Pendekatan pendidikan STEM ini bagi memenuhi hasrat kurikulum semua mata pelajaran STEM yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran STEM. Di samping itu, kandungan PPPM 2013- 2025 juga menekankan pengukuhan kualiti pendidikan STEM yang dapat membangunkan modal insan yangberpengetahuan,berkemahiran tinggi,berhemah tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif.
26
27 1.21 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)
28 1.22 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
29 2.1 2.0 PANDUAN AM 2.1 Panduan Am Guru ARAHAN AM KOMITMEN GURU Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah : 1. Tatasusila Profesion Perguruan dan Panduan Perkhidmatan Cemerlang hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru. 2. Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut 3. Guru adalah satu profesion mulia dan dihormati yang wajar semua guru berusaha menjaga martabatnya. 4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab. 5. Anggaplah pelajar-pelajar yang diajar dan dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru. 6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas. 7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai, salah laku seksual dan sebagainya. 8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan luar sekolah. WAKTU HADIR BERTUGAS 1. Guru bertanggungjawab untuk hadir di sekolah sebelum atau pada jam 7.10 pagi . 2. Guru bertugas mingguan perlu hadir di sekolah lebih awalsebelum pukul 7.00 pagi dan balik 30 minit lebih lewat. 3. Waktu balik guru secara umumnya pada atau selepas 2.00 petang bagi sesi pagi dan 6.45 petang bagi sesi petang, kecuali jika ada mesyuarat, kursus, kelas tambahan, latihan rumah sukan atau aktiviti kokurikulum pada hari rabu maka waktu balik apabila selesai perkara-perkara tersebut. 4. Guru bertanggungjawab untuk ‘thumb in’ semasa datang dan semasa balik sekolah. Sesi Pagi Hari Masa Ahad 7.10 pagi - 2.00 petang Isnin 7.10 pagi - 2.00 petang Selasa 7.10 pagi - 2.00 petang Rabu 7.10 pagi - 2.00 petang Khamis 7.10 pagi - 2.00 petang Sesi Petang Hari Masa Ahad 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Isnin 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Selasa 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Rabu 12.10 Tengahari – 6.45 Petang Khamis 12.10 Tengahari – 6.45 Petang
30 PAKAIAN DAN PERSONALITI 1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985) sertamelambangkandisiplindanimej profesionperguruan. 2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 3. Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak digalakkan semasa mengajar di kelas, mesyuaratsekolahdanmajlisrasmisekolah, kecualisemasamengendalikan kelas PJKdi padang, aktiviti sukan, bengkel dan kokurikulum. 4. Guru lelaki mestilah memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel. 5. Guru-guru dikehendaki memakai baju/pakaian korporat pada hari AHAD 6. Pada hari KHAMIS, guru lelaki Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan lengkap. 7. Pada hari RABU, semua guru digalakkan memakai pakaian seragam Unit Badan Beruniform. 8. PadahariAHAD mingguketigasemuagurusangatdigalakkanmemakaipakaian seragam Unit BadanBeruniform URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN 1. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) yang meliputi aspek pelantikan, kursus kompetensi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya. 2. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam Sistem Maklumat Pengurusan Staf (HRMIS) dengan melalui Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) dan Guru Data. 3. E-OPERASI menjadi tanggungjawab sepenuhnya setiap guru untuk mengemaskini dan membuat pengesahan setiap 4 kali setahun mengikut arahan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Kementerian PendidikanMalaysia. KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 1. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada PPD/JPN untuk mesyuarat, kursus, taklimat atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. 2. Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada Pengetua/wakilnya untuk mendapatkankebenaran. 3. Setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi maklumat dalam Borang Permohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk pengesahan dan rekod Pengetua/wakilnya. URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan atau pekeliling- pekeliling berkaitan kebenaran berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas. 2. Dalamkeadaanbiasa,gurulayakmengambil Cuti Rehat Khas dengan syarat permohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal dengan mengemukakan borang permohonan cuti rehat (CRK) dan mendapat kebenaran pengetua/wakilnya. 3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik / hospital kerajaan / swasta kepada pengetua / wakilnya. 4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan atau sakit, guru mesti menghubungi sendiri pengetua / wakilnya melalui telefon dengan segera. 5. Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa rekod dari pihak yang memberikan cuti itu untuk pengesahan
31 pengetua / wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah dilengkapkan. Permohonan ini akan dimajukan kepadaJabatan Pendidikan Johor untuk kelulusan /pengesahan. [ Cuti Tanpa Rekod akan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan] 6. Bagi guru wanita yang akan cutibersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin Yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki : • Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas-kertas nota / latihan / latih tubi untuk diberikan kepada pelajar dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk tindakan. • Memberitahu pengetua / setiausaha peperiksaan dalaman jika cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti kertas soalan,skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan. • Memberitahu pengetua / wakilnya tentang Guru Pengganti jika menjadi Guru Kelas. [ Maklumat lanjut tentang cuti, sila rujuk Lampiran Pekeliling ] eREKOD MENGAJAR 1. Rekod Mengajar adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah. 2. Rekod Mengajar perlu disediakan dalam bentuk 100% e-Rekod Mengajar / eRPH yang ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah. 3. Maklumat-maklumatdalame-RekodMengajarhendaklahdikemaskinikandari semasake semasa yang meliputi: • Butiran diri • Jadual waktupersendirian/kelas • Sukatan pelajaran yangdisahkan • Rancangan pelajaran tahunan (RPT)dan harian (eRPH) • Rekod pentaksiran kurikulum / peperiksaan • Senarai nama pelajar mengikut tingkatan yang diajar • Headcount pelajar • Bahan edaran mesyuarat pengurusan/pengetua • Maklumat lain yangperlu • Seperti yang diarahkan darisemasa ke semasa 4. e-Rekod Mengajar dilengkapkan pada minggu ke 2 APRIL 2024 manakala eRPH mestidihantar kepadapentadbir untukpenyemakanpengetua/wakilnyapada setiaphari KHAMIS. 5. e-Rekod Mengajar akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaran- pembelajaran di bilikdarjah. 6. Dokumen e-Rekod Mengajar hendaklah disimpan dalam bentuk ‘softcopy/hardcopy’oleh guru-guru untuk tujuan kenaikan pangkat; dikemukakan kepada pengetua/wakilnya sebagai rekod, simpanan dan pemantauan. PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya disekolah. 2. Penggunaan/pinjaman alatan/harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman /penggunaan /pulangan hendaklah direkodkan. 3. Alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/diguna hendaklah dipulangkan dengan segera.
32 4. Guru mesti memaklum dan mengganti/membaiki kerosakanalatan/harta benda sekolah yang dipinjam/digunakan. 5. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan/harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT 1. Guru wajib menghadiri taklimat/mesyuarat yang diadakan oleh Pengetua/ wakilnya/jawatankuasa-jawatankuasa di peringkatsekolah. 2. Jika tidak dapat menghadiri taklimat/mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu memberitahu Pengetua dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah. 3. Semua mesyuarat di peringkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur. 4. Menyerahkan minit curai kepada Ketua Unit masing-masing. WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahanarahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan jadual waktu. 2. Guru yangmengajar mestiberadadi kelasataudi tempatmengajarseperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar, berbual di telefon bimbit dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil olehPengetua. 5. Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua pelajarsebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. 6. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar tidak keluar dari kelas semasa pengajaran danpembelajarandijalankan kecualiatassebab-sebabyangpenting. 7. Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab guru. 8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan pelajar. (Rujuk Pekeliling Per.3/1981) 9. Siren akan berbunyi mengikut waktu yang ditetapkan. JADUAL GURU GANTI ( RELIEF ) 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua /wakilnya. 2. Jadualgantidianggapsebagai waktu kerja/mengajardanmenjalankanproses PdPC jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajarsesuatu mata pelajaran. 3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses Pdpc hendaklah direkodkan dalam Buku RekodMengajar. 4. Pelaksanaan Melindungi Masa Instruktional (MMI) perlu menjadi keutamaan semua guru demimenjamin kelangsunganprosespengajarandanpembelajarandidalam bilikdarjah.
33 SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI), / ARAHAN KPM 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 2. Surat arahan / salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem failsurat menyurat sekolah. 3. Apabiladiarah melaksanakan sesuatu tugas,guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya. 4. Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Pengetua/wakilnya hendaklah diberitahu secara bertulis. 5. Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh pengetua seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya. 6. Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh pengetua dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu. PENCERAPAN PENGAJARAN (PdPc) DAN PENYELIAAN BUKU PELAJAR 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan dengan pencerapan Pdpc dan penyeliaan bukupelajar. 2. Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, GPK Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran . 3. Pencerapan PdPc akan dilaksanakan mengikut jadual atau bila-bila masa atas keperluan. 4. Penyeliaanbukulatihanpelajardibuatsecaraberjadual.Gurudimintamenyerahkan buku pelajar pada masa ditetapkan di bilik personel yang ditentukan dengan menyertakan 2 salinan Borang Penyerahan Buku Latihan /Nota/Buku Kerja Pelajar. PENDAFTARAN KEMASUKAN / PERTUKARAN PELAJAR 1. Pendaftaran Kemasukan. Guru kelas bertanggungjawab: • MerekodkankemasukandansemuabutiranpelajardalamBukuPendaftaran Sekolah (Buku Besar) dan e-Register kelas. • Menyemak semua dokumen pelajar dengan teliti. Kemukakan surat kepada pengetua sekolah asal melalui pengetua sekolah jika dokumen dan maklumat-maklumat diperlukan tidak disertakan / tidak lengkap. • Guru kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan jika pelajar berada di tingkatan 5. Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan SPM untuk tindakan selanjutnya. 2. Pendaftaran Pertukaran Guru kelas bertanggungjawab memastikan bahawa: • Pengesahan pertukaran hanya diterima atas permintaan ibu bapa / penjaga yang datang sendiri membuat permohonan ke sekolah. • Guru kelas hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen-dokumen pelajar, maklumat bayaran tambahan dan maklumat peperiksaan . • Guru kelas hendaklah memastikan semua buku teks dipulangkan atau kehilangan / kerosakan buku teks diganti sebelum menyerahkan perkara b) di atas. • Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran pelajar kepada Setiausaha Peperiksaan dan guru SPBT bagi diambil tindak ikut selanjutnya jka terdapat perkara- perkara yang belumselesai. 3. Melaksanakan arahan pengetua / wakilnya dari semasa ke semasa berhubung
34 kemasukan pertukaranpelajar. 4. Semasa borang permohonan pertukaran dan kemasukan pelajar mesti disahkan / di tandatangani olehPengetua. BILIK DARJAH / KELAS 1. Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria dengan kerusi meja pelajar tersusun rapi. 2. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan lampu dan kipas dimatikan , kelas dalam keadaan bersih dan pintu bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan. KEHADIRAN ORANG LUAR BERJUMPA GURU 1. Orangluar termasuk jurujual tidakdibenarkan berjumpa gurudan pelajartanpa mendapat kebenaran Pengetua. 2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau pelajar mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi. 3. Orang luar termasuk ibu bapaataupenjaga dilarangberjumpa guru ataupelajar semasa proses pengajaran danpembelajaran. PUNGUTAN BAYARAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS (JIKA ADA) 1. Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit persatuan 2. Guru penasihat / unit hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan unitberkenaan. 3. Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru, bukannya pelajar. MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR. 1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi memastikan pelajar membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengansegera 2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau komen. 3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan dan hendaklah disemak oleh guru. 4. Guru tidak dibenarkan menyuruh pelajar menghantar buku untuk tujuan semakan pada waktu PdPc . Minta pelajar menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan. PENTAKSIRAN KURIKULUM DAN PEPERIKSAAN 1. Pentaksiran kurikulum dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yangditetapkan. 2. Soalan yang telah siap dibahagikan mengikut kelas-kelas hendaklah dihantar kepada unit peperiksaan untuk disimpan selewat-lewatnya 2 hari sebelum ujian / peperiksaan. 3. Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan kertas soalan tersebut kepada guru pada haripeperiksaan. 4. Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun format soalan dan masa hendaklah selaras dengan SPM 5. Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah hendaklah di`key-in` dalam komputerUnit Peperiksaan / secara online ke Unit Penilaian & Peperiksaan PPD / idMe mengikut tarikh yang ditetapkan. 6. Guru tingkatan hendaklah memproses dan menganalisis markah serta keputusan dalam pelaporan kemajuan akademik murid. Seterusnya menyerahkan kepada ibu bapa/ penjaga untukditandatangani.
35 7. Setiausaha peperiksaan hendak menganalisis keseluruhan keputusan ujian dan peperiksaan dan menyerahkan kepada Pengetua. 8. Dialog prestasi bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan akan dijalankan. 9. GKMP bertanggungjawab menyediakan laporan dan post-mortem untuk dialog prestasi bagi bidangmasing-masing. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 1. Semua guru dan murid diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah. 2. Perhimpunan rasmi sekolah di adakan pada setiap hari Ahad pada jam 7.15 pagi hingga 8.00pagidan6.00petanghingga6.40petangdi Dewan Seri Perdana. 3. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan. 4. Gurubertugasmingguanpadaminggu lepashendaklahmemberikan laporannya semasa perhimpunan. 5. Pengetua atau wakilnya yang ditetapkan akan menyampaikan ucapan/maklumat pada perhimpunan rasmitersebut. 6. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan mengikut ketetapan/makluman oleh Penolong Kanan Kokurikulum berasaskan pada Surat Pekelling Ikhtisas (SPI) berkaitan. Perhimpunan ini dikendalikan olehmurid. 7. Semua gurudiwajibkanhadirdanamatdigalakkanmemakaipakaianunituniform masing - masing.Begitu juga murid-murid dikehendaki memakai pakaian uniform atauT-ShirtUnit Kokurikulum mengikut ketetapan oleh sekolah. 8. Bagi perhimpunan pagi pada hari Isnin hingga Rabu akan bermula pada jam 7.20 pagi, sementara pada hari Khamis bermula jam 7.10 pagi dan pelajar mesti bergerak masuk ke kelas untuk P&P sebelum jam 7.30pagi.
36 2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 – Panitia Mata Pelajaran SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1986 – PANITIA MATA PELAJARAN Bahagian SekolahSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066 Kuala Lumpur 50604. Kawat : 'PELAJARAN* KP(BS)8591/Jld; 11/(44) 13hb. Mac, 1986. Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B. Dato'/Tuan, SURAT PEKEL1L1NG IKHT1SAS BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak disedia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah- sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panita mata pelajaran i t u berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakala, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. 3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran- pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan. 3.1. Latar belakang Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat
37 atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. 3.2. Struktur dan Organisasi 3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran); 3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara optimis menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan- perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman; 3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran; 3.3. Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran : 3.3.1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran; 3.3.2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran; 3.3.3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran
38 berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah; 3.3.4. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik; 3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: 3.4.1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 3.4.2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahunpersekolahan. rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka; 3.4.4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahanbahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 3.4.5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan; 3.4.6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajarpelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahankelemahanpengajarandan pembelajaran; 3.4.7. Menggalakkan mesyuarat panitia secara berkala, sekurangkurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaanperjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu; 3.4.8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut; 3.4.9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 3.4.11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia- panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12. Bekerjasamadenganlain-lainpanitiadan membantunya dalam
39 usahakearahmemajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu; 3.4.13. Melantik setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yangberkaitan; 4. HarapY.B. Dato’/Tuan memaklumkankandungan surat pekeliling ini kepadasemua sekolah; ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, ............................................................................ (HJ. JUMAAT BIN DATO’ HJ. MOHD. NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah, b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.
40 2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Pilihan KPM 1. SPI BIL. 3/1999 : PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • Hendaklah mengandungi hanya 2 unsursahaja, iaitu: i) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - mengandungi secara ringkas isi pelajaran & pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan KPM. ii) Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - merupakan terjemahan RPT yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti tajuk, objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektifdan kenyataan sejauh mana objektif tercapai. Digalakkan pernyataanrefleksi. • Boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa • Rekod P&P dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang berkepentingan. 2. SPI BIL.4/2009: PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SPM MULAI TAHUN 2009 • Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggisedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual di bawah: Gred Sedia Ada Gred Baru (mulai 2010) - A+ (18) 1 A A (16) 2 A A- (14) 3 B B+ (12) 4 B B (10) 5 C C+ ( 8 ) 6 C C ( 6) 7 D D ( 4) 8 E E ( 2) 9 G G ( 0) 3. SPI BIL.3/2009: PELAKSANAAN MENGHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) M/P PEPERIKSAAN SPM. • 6 mata pelajaran teras iaituBM,BI, Math, Sains, SejarahdanPI/PMadalah wajib dipelajari dan dijadikan mata pelajaran peperiksaan SPM. • M/p BM, BI, math dan Sejarah wajib diambil oleh semua calon tanpa boleh diganti dengan mata pelajaran lain. 4. SPI BIL. 2/1981: KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH. • Semuagurudiingatkandarisemasakesemasatentangtanggungjawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang atau balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar, atau ketika menjalankan kegiatan kokurikulum. • Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba waktu untuk berbuat demikian. • Guru-guru khasnya hendaklah memberikan contoh teladan yang baik bagi menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid. 5. SPI BIL. 3/1981: PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG FREE PERIOD) OLEH GURU-GURU • (Free Period) adalah waktu bekerja. • Menggantikan guru tidak hadir mengajar(relif class) • Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan BBM dan sebagainya.
41 • Memeriksa buku latihan / nota murid-murid. • Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar. • Penyediaan aktiviti –aktiviti kokurikulum. • Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua. 6. SPI. BIL. 3/1987: PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS OLEH PENGETUA / GURU BESAR • Menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dantanggungjawab dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. 7. SPI BIL. 5/1999: LARANGAN TERHADAP PENGLIBATAN PPP, GURU, MURID DAN STAF SOKONGAN DALAM KEGIATAN POLITIK ANTI-KERAJAAN • Terakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan kakitangan kerajaan adalah dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yangdikeluarkanolehkerajaanyangmemerintah(thegovermentoftheday). 8. SPI BIL. 16/2000: SALAH LAKU MEMASUKKAN UNSUR POLITIK DALAM SOALAN PEPERIKSAAN/UJIAN DI SEKOLAH DAN PERBUATAN MENGHASUT /MERACUNI FIKIRAN PELAJAR MEMBENCI KERAJAAN • Tindakan tatatertib bukan sahaja diambil terhadap guru-guru terlibat, malah juga terhadap pengetua/guru besar sekolah berkenaan. 9. SPI BIL. 3/1985: SIARAN MAKLUMAT UNTUK MEDIA MASSA. • Pengetua/Guru Besar dan guru-guru tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau memberi maklumat untuk media massa mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal-soal dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa hadapan yang belumdiputuskan. 10. SPI. BIL. 5/2002: LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN • Mesti tidak melebihi 2 kali dalam setahun. • Mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turuttermasuk hari perjalanan. 11. SPI BIL. 6/1985: PERATURAN PAKAIAN GURU DI SEKOLAH, MAKTAB PERGURUAN, POLITEKNIK, LAIN-LAIN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PELAJARAN DI PPD ATAU BAHAGIAN, JPNJ DAN KPM • Berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan:- a) Guru-Guru Lelaki. (i) Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ’bushjacket’ atau ’lounge suit’. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan kedalam. (ii) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. (iii) Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang. (iv) Pakaian baju melayu dengan kain sarong,’ jeans’, ’track suit’, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenispakaian yangmencolok mata,tidakbolehdipakai. b) Guru-Guru Perempuan. (i) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata. (ii) Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
42 (iii) Kasut sukan, ’jeans’, ’slacks’, ’track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain dari pakaian dari jenis kain jarang dan mencolok mata, tidak boleh dipakai. 12. SPI. BIL. 10/2001: GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH. (Dibaca bersama SPI. BIL 6/1985) • Jubah dan berserban bukan dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja sebagai pegawai-pegawaiawam. • Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 13. SPI BIL. 2/2009: PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA & MENGGUNA TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH • Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat oleh pihak sekolah. Rekod kes perlu mengandungi maklumat:- (i) Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil. (ii) Jenis telefon bimbit yang diambil. (iii) Nama murid, no. k/p serta tanda tangan murid. (iv) Nama guru yang mengambil telefon bimbit (v) Nama ibu/bapa, no.k/p, tarikh, masa serta tanda tangan ketika mengambil semula telefon bimbit anak mereka. 14. SPI. BIL. 10/2001: SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN • Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. • Gunakan pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan(corrective), dan hukuman (punitive). • Hendaklah sentiasa mengimbangi semasa pendekatan tersebut dengan sifatsifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah dihadapi oleh murid. 15. SPI. BIL. 7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID • Hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang. • Hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan ringan ditapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian. • Surat penurunan kuasa oleh pengetua kepada guru-guru yang laksanakan hukuman rotan. 16. SPI. BIL. 2/2007: PERUNTUKAN WAKTU UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH • Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah,, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di bilik darjah. • Peruntukanwaktuminimumkegiatankokurikulumdi SekolahMenengahHarian = 180 minit seminggu. 17. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 12/2011 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI) • Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. sekolah boleh gunakan Bahasa Inggeris atau bahasa penghantar masingmasing dalam P&P sains dan matematik.
43 • Membolehkan murid-murid SR dan SM pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa Inggerissehingga tingkatan 5berdasarkan kesediaan guru dan murid disekolah. • Membatalkan SPI Bil. 2/2010 berkaitanMBMMBI. 18. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 : PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) • Setiap murid wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenissukan daripada yang ditawarkan disekolah. • Sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik • Hendaklah mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan di sekolah dengan mengutamakan keselamatan murid. • Menggalakkanwujudkanrangkaiankerjasamadenganagensi/pihak luarbagi pembangunan sukan • Memastikan aktiviti sukan sepanjang tahun dijalankan 19. AKTA PENDIDIKAN 1996 – AKTA 550 (P.U.(A) 531 • Perkara 6(1) : Guruhendaklahmengadakandengansertamertasatujadual untuk pemeriksaan pihak berkepentingan mengenai (i) semua m/p yangdiajar (ii) sukatan pelajaran m/p yang diajar • Perkara6(2):Guruhendaklahdengansertamertamenunjukkanjadualwaktu untuk pemeriksaan oleh pihak berkepentingan. • Perkara 7 :Guru hendaklah mengadakan sukatan pelajaran yangdiluluskan dansenarainamamuriddalamsesuatukelasyangdiajaruntukpemeriksaan. • Perkara 8 : Guru hendaklah menyimpan dan menyenggara buku rekod mengajar dengan baik. • Perkara 10 : Pengetua/Guru Besar hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah yang ditandatangani di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah. • Perkara 11 (1): Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan dan satu jadual waktu yang diluluskan. 20. Surat Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil.3/2013 – Cuti Mingguan Negeri Johor • Berkuatkuasa1januari2014bahawaharicutimingguannegeriJohorditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu. • Gantian Hari Pelepasan. Apabila hari kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari hari bekerja berikutnya, dan jika hari yang kemudiannya itu pula hari Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan HariKelepasan. • JikaHari Kelepasan Am jatuhpadahari Sabtuianyatidakdigantidengan hari berikutnya. 21. Surat Pekeliling SUK ,Kerajaan Negeri Johor – Pindaan Hari Pemakaian Pakaian Baju korporat Johor • Berkuatkuasamulai1Januari2019bahawapemakaianbajuKORPORAT JOHOR ditukar kepada hari Ahad
44 PU (a) Bahagian II, Peraturan 13 , Keterhutangan Wang Yang Serius (rujuk P.U.(A) 395. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM ( KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 13. (1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, ungkapan "keterhutangan kewangan yang serius" ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, mengambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya. (2) Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius- (a) jika agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen bulanannya; (b) jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman itu;atau (c) jika pegawai itu seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya. 25. SURAT PEKELILING KPM BIL. 3/2019 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGGUNAAN KENDERAAN SENDIRI OLEH GURU UNTUK MEMBAWA MURID BAGI URUSAN KPM SPI ini dibaca/dirujuk bersama SPI Bil. 9 tahun 2000. (RUJUK LAMPIRAN yang disertakan bersama SPIini) PGB, pentdadbir sekolah dan guru hendaklah mematuhi semua syarat dan tatacara yang ditetapkan dalam SOP ini. 26. SURAT PEKELILING KPM BIL. 6/2019 PELAKSANAAN KSSM (MENENGAH ATAS) DAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI 2020 Pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSM termasuk Pendidikan Khas yang disediakan oleh KPM. Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSM perlu merujuk lampiran yang berikut; 1.1 Mata pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Menengah Atas – Lampiran 1; dan 1.2 Mata pelajaran Elektif dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Menengah Atas(Tingkatan 4 dan 5) – Lampiran 2 27. SURAT SIARAN KPM BIL. 7 TAHUN 2019 PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK DI PRA SEKOLAH, SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH Pendidikan sivik dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,PendidikanIslam,PendidikanMoraldanSejarah.Masadiperuntukkan selama satu jam pada minggu ke empatsetiap bulan. Guru perlu merancang dan memilihtajukmengikutnilaiterasyangselaridenganperhimpunansekolah dan aktiviti kokurikulum.(Rujuk modulexemplar yangdibekalkan) PENALTI 22. PENALTI untuk Perkara 6, 7, 8 dan 10 ialah denda tidak melebihiRM500.00. 23. PENALTI untuk Peraturan 11 (1) ialah denda tidak melebihi RM5000 atau 24. penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
45 28. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3 Tahun 2017 – Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru & Murid Penyediaan garis panduan ini bagi guru dan murid bertujuan mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamanya dalam penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepat. Garis panduan ini hendaklah dipatuhi bagi mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan murid. 29. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3911-spi-bilangan-4-tahun-2020- penguatkuasaan-warna-kasut-dan-stoking-untuk-pemakaian-ke-sekolah-olehmurid-sekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-2021/file 30. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3873-spi-bilangan-3-tahun-2020- penambahbaikan-garis-panduan-pelaksanaan-dual-language-programmekementerian-pendidikan-malaysia-tahun-2021/file 31. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3862-spi-bil-2-tahun-2020-pelaksanaan-ujian- amalisains-bagi-mata-pelajaran-fizik-kimia-biologi-dan-sains-tambahan- peperiksaansijil-pelajaran-malaysia-mulai-tahun-2021/file 32. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3762-spi-bilangan-1-tahun-2020-garispanduan-pelaksanaan-penetapan-tahap-penguasaan-bahasa-inggerisberdasarkan-piawaian-common-european-framework-of-reference-for-languagesdalam-kalangan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-opsyen-bahasa-inggerisyang-berkhidmat/file 33. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3248-surat-pekeliling-ikhtisas-kementerianpendidikan-malaysia-bilangan-4-tahun-2019-pelaksanaan-program-transisi-ke- kerjayamurid-berkeperluan-khas-mbk-di-sekolah-menengah-kementerian- pendidikanmalaysia/file 2.4 Panduan Am Guru dan Kakitangan Sekolah 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan staf dikehendakimembaca,memahamidanjugamematuhiPerintahAmtersebut. 1.2 Guru dan Staf Sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatanlain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjunginya sebagai satu profesion dan bukan satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatancemerlang. 1.5 Guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat PendidikanKebangsaan.
46 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankantugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan memimpin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu bekerja mesti dipatuhiseperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Kecuali sesuatu keadaan yang tidak dapat dielakkan, mendaftar kehadiran staf lain atau menukar masa pada komputer kedatangan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Guru mesti memaklumkan kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan dan pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaankecemasan. 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Gurudikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dandituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/GPK sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan. Buku Persediaan mengajar hendaklah diserahkanbersama. 3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan. 4. CUTI 4.1 Cuti RehatKhas Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan, guru diberi Cuti Rehat Khas sebanyak Sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. Permohonancutirehatkhashendaklahdibuatsekurang-kurangnya seminggu sebelum bercuti. Cuti rehat khas hendaklah diambil mengikut maksud yang
47 dinyatakan. Cuti rehat yang diambil selepas cuti am / hari kelepasan hendaklah berasaskan kes-kes kecemasan. Pengetua berhak menangguhkan cuti rehat khas guru atas kepentingan perkhidmatan. 4.2 Cuti Sakit (i) Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turuthendaklahdisahkanolehPegawaiPerubatanKerajaan. (ii) Cutisakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi tempoh 14 hari dalam setahun. (iii) Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 4.3 Cuti TanpaGaji (i) Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yangmustahak. (ii) Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis cutirehatnya. (iv) Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 5. KEWANGAN 5.1 BAYARAN TAMBAHAN 5.1.1 Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dikutip dari pelajar-pelajar mengikut tarikh yang akan ditetapkan pihak sekolah. 5.1.2 Resit perlu dikeluarkan dan kutipan diserahkan kepada Bendahari pada hari yangsama. 5.1.3 Tarikh pada resit pelajar mesti sama dengan tarikh serah kepada Bendahari PIBG. 5.2 TUNTUTAN PERJALANAN RASMI Contoh : Menghadiri Kursus /Mesyuarat/Membawa Pelajar ke Pertandingan Hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 27 hb setiap bulan. Sebarang kelewatan adalah tanggungjawab tuan/puan. 5.3 PEMBAYARAN MELALUI CEK YANG MELEBIHI HAD RM100.00 Pembayaran akan dibuat/diprosesselewat-lewatnya10hari–14harimengikut peruntukan yang ada. Jika tidak bayaran akan dibuat bagi tempoh 1 bulan. Contoh : Membawa pelajar ke pertandingan 5.3.1 Tuntutandibuatselesaimenghadirisesuatupertandingan,mesyuarat dan lain-lain 5.3.2 Semua borang tuntutan hendaklah disertakan bersama resit pembayaran / resit pendaftaran dan Surat Arahan. 5.4 PERBELANJAAN PANITIA MATAPELAJARAN 5.4.1 Ketua Panitia hendaklah mengemukakan anggaran perbelanjaan panitia masing-masing sebelum 31 Januari
48 5.4.2 Perbelanjaan sebenar hanya boleh dibuat apabila peruntukan Bantuan Perkapita diterima daripada JPNJ. (dalam bulan Mac atau April ) 5.4.3 Ketua Panitia dikehendaki mengisi borang Nota Minta dengan mendapatkan pengesahan Guru Kanan dan kelulusan Pengetua sebelum membuat sebarangperbelanjaan. 6. PAKAIAN ( SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 6/1985 ) 6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 6.4.1 Guru perempuan seluar trek/panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek. Kasutsukan ataugetah tanpa tumit. 6.4.2 Guru lelaki seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU 7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru atau pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 8. BILIK GURU 8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semuaguru. Initermasuk keselamatan hartabendadidalambilikguru. 8.2 Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
49 8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8.5 Guru-guru hendaklah mematuhi peraturan bilik-bilik khas sekolah yang telah ditetapkan. 9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Guru hendaklah sentiasa memastikan maklumat perjawatan sentiasa dikemaskini. Sila rujuk Penolong Kanan / Guru Data / Bahagian Perkhidmatan sekolah untukmelihatmaklumatgurudalamlamansesawangberkaitan. 9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan. 9.3 Guru-guru yang akan bertukar sekolah hendaklah memastikan terlebih dahulu kerja-kerja telah sempurna, membuat penyerahan tugas dan kembalikan apa jua harta kepunyaan sekolah serta menjelaskan hutang piutang sekiranya ada dengan pihak sekolah. 10. TUGAS 10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap danbertanggungjawab. 10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan dan kebenaran Pengetua. 11. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (eRPH ) 11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Fail Persediaan Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari khamis untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/Pihak Pentadbir sekolah. 11.2 Jika seseorang guru bercuti, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 11.3 Fail Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan atau mengikut tarikh ditetapkan. 12. JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI 12.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelassendiri.