HARI GURU Majlis Sambutan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” “Kalau saya bukan guru ” “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” “Kalau saya bukan guru ” 16 Mei 2024 MITS Istana Bandar, Kuala Langat 16 Mei 2024 MITS Istana Bandar, Kuala Langat
Kenapa Hari Guru pada 16 Mei? Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Objektif Sambutan Hari Guru
Pengerusi: Pn Hjh Umi Kalthom bt Mohd Idris Naib Pengerusi: Pn Norasilah bt Abd Bari : En Mohd Raof bin Samsuri : En Affandy bin Mohd Baharan : Pn Nurul Hazimah bt Muhammed Kurnain Pengarah: En Luqmanul Hakim bin Aziz Setiausaha: Pn Nur Izzah bt Mokhlas Bendahari: En Muhamad Aqil bin Ahmad Ahsan Jawatankuasa Pelaksana Unit Jamuan: 1. Abd Samad bin Mohd (K) 2. Norhasliza binti Ruslan 3. Madiha binti Amir 4. Rahanom binti Ramli 5. Nurul Husna binti Mohd Hamdan Unit Persiapan Pentas: 1. Roslizah binti Manan (K) 2. Umi Khariah binti Ali 3. Norliza binti Abd Kadir 4. Noor Nihlah binti Ahmad Jamhari 5. Ahmad Hafizul bin Kamaluzaman 6. Faiz Daiman bin Mat Noor Unit Hadiah & Cenderamata: 1. Nor Izzatu Raihan binti Kamal (K) 2. Nurwani binti Sajah 3. Mohd Faqih bin Yusuf 4. Mohd Hafizzul Azri bin Azman 5. Lily Roswita binti Mohamad Noh Unit Persembahan : 1. Nor Faizah binti Hahton (K) 2. Nor Mayasari binti Md Zaini 3. Devi Mutiah binti Mastor Lani 4. Normazura binti Nurhalim 5. Mohd Jumari bin Ismail 6. Abdullah Dawood Jabal Unit Anugerah Guru: 1. Yasmin Hanani binti Anas (K) 2. Hidayah binti Amir 3. Muhamad Faiz bin Azaini 4. Azmah Hanisah binti Abdul Halim 5. Siti Hasnah binti Said 6. AJK pelajar (BPP) Unit Permainan : 1. Mohd Farhan bin Ahmad Mansor(K) 2. Nor Lizah binti Giman 3. Nor Izzati binti Abu Said 4. Mohd Zairul Hafzan 5. Ahmad Zahidi bin Mohamed 6. Nur Muhammad Usman bin Jamaluddin
7.30 pagi - Jom Mengulang 8.30 pagi - Rehat 9.00 pagi - Indoor Games bermula 11.00 pagi - Indoor Games tamat 11.30 pagi - Acara Dewan bermula - Ketibaan Guru dan AKP - Ucapan Alu-aluan pengerusi - Bacaan Doa - Ucapan Pengetua - Nyanyian Kami Guru Malaysia - Persembahan pelajar - Penyampaian hadiah, anugerah guru 1.00 petang - Jamuan makan Aturcara Majlis
Kami Guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lirik lagu Kami Guru Malaysia
GURU OH GURU Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulisbaca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979