PELANDUK
MENGEJAR
MEMERANG
KUMPULAN:
MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD
dan MUHAMMAD IRFAN BIN
FARIZAL
SINOPSIS
• Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap
seperti manusia. Manakala, Nabi Sulaiman pula mempunyai
lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia,
seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan
seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang
paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk
yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba ialah yang paling
terkenal.
• Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba
meninjau kawasan pemerintahannya dan
menemui lubang tempat tinggal memerang.
Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh
ekor sedang bermain-main di sekitar lubang
tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri
mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka.
Anak memerang itu memberitahu Syah Alam
di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari
ikan untuk dijadikan makanan mereka.
Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana
ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman
bahawa memerang menganiaya mereka. Pada
waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan
bersahut-sahutan dan Syah Alam berpencak
silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak
memerang itu mengalami kecederaan parah, lalu
mati kesemuanya
Setelah hari menjelang petang, Ilustrasi tapak kaki
pasangan suami isteri memerang Syah Alam
pulang dan mendapati anak-anak
mereka sudah mati. Hanya bekas
tapak kaki Syah Alam di Rimba
sahaja yang ditemukan di sekitar
kawasan itu. Ibu memerang
menangis kerana terlalu sedih.
Pada malam itu, pasangan
memerang itu berbincang untuk
bertemu dengan Nabi Sulaiman
pada keesokan harinya bagi
memaklumkan perkara tersebut.
Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun
pergi untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Ketika itu, baginda
sedang bersemayam di atas takhta di hadapan sekalian menteri,
hulubalang rakyatnya yang tidak terkira bilangannya. Mereka
datang dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh
baginda Nabi Sulaiman. Apabila tiba gilirannya, pasangan
memerang itu pun beri ampun sembah
dan menceritakan perihal diri mereka
yang dianiaya Perdana Menteri Syah
Alam di Rimba. Anak-anak mereka
telah di bunuh oleh Syah Alam di
Rimba semasa mereka berdua keluar
mencari makan. Setelah mendengar
aduan itu, Nabi Sulaiman termenung
seketika berasa hairan dengan
perbuatan Syah Alam di Rimba itu.
Baginda memerintahkan supaya
unggas belatuk memanggil Syah Alam
di Rimba lalu perintah itu disampaikan
dengan segera.
Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi
Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan pasangan memerang
itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera
memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal
yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak
memerang itu, dia terdengar Sang Bubut bersiul dengan
bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat.
Dia menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan
musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah
mencederakan anak-anak memerang.
Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi
Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang
Bubut . Apabila Sang Bubut datang menghadap, baginda
bertanyakan sebab Bubut memalu gendang perang tanpa
menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi
alasan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan
membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka bahawa
ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu Bubut
memalu gendang dengan sekuat hatinya supaya dapat didengar
oleh para hulubalang.
Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi
Sulaiman. Perkara itu ditanyakan pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-
ilabi mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang
membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh
besar yang datang menyerang. Maka, Sang Udang pun dipanggil supaya
datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi
alasan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah
berhadapan dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa
masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi
Sulaiman.
Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau.
Belatuk menemui Sang Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu
berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau datang
menghadap, baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang
;sehingga melengkung seperti orang dalam kesusahan. Sang Sebarau
mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu
berjumpa dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.
Menurut Sang Sebarau, Sang
Memerang telah menganiaya kaumnya
dan memakan anggota keluarga serta
kaum kerabatnya sehingga yang tinggal
hanyalah dirinya seekor saja. Sang
Sebarau berasa sangat sedih dengan
keadaannya itu dan memohon agar
Nabi Sulaiman berlaku adil dengan
menjatuhkan hukuman kepada Sang
Memerang.
Setelah mendengar penjelasan Sang
Sebarau itu, baginda berasa sangat
murka terhadap Sang Memerang suami
isteri. Sang Memerang memohon ampun
dan mengakui akan kesalahan mereka
itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa
tindakan Syah Alam di Rimba itu memang
wajar bagi menebus nyawa anak-anak
dan kaum keluarga Sang Sebarau yang
telah dimakan oleh Sang Memerang.
TEM BALASAN
A TERHADAP
GOLONGAN
YANG
MENGANIAYAI
ORG LAIN
Hal ini digambarkan melalui kisah
Memerang yang menganiayai anak anak Sang
Sebarau.Sebagai balasannya dengan takdir Allah
S.W.T anak Sang Memerang sendiri terbunuh
selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika
Syah Alam di rimba bersilat sewaktu dengar bunyi
paluan gendang perang yang dilakukan oleh Sang
Bubut
PERSOALA
N
Sikap tamakyang mahu
mendapatkan sesuatu
dengan sebanyak –
banyaknya tanpa
memikirkan orang lain
Kebijaksanaan untuk PERSOALAN Pengaduan
dilakukan kepada
menyelesaikan pihak yang lebih
masalah
berkuasa
Pengaduan
memerlukan saksi
WATAK DAN
PERWATAKAN
Dilantik oleh Nabi
Sulaiman untuk
menjadi menteri
PELANDUK
ATAU SYAH
ALAM DI
RIMBA
Bijak untuk Merupakan
memberikan menteri yang
kesedaran
paling
kepada termasyhur
memerang
kerana
kebijaksanaannya
WATAK DAN
PERWATAKAN
Mempunyai tujuh
ora ng a nak
Mak dan bapak SANG Menja dikan ikan
yang MEMERANG s ebagai makanan
berta nggungjawab,
iaitu mencari
ma ka nan untuk
a na k - a nak
Tamak
te ru ta manya
dalamhal
makanan
WATAK DAN
PERWATAKAN
Seorang
pemerintah yang
rakyatnya terdiri
daripada
manusia, jin dan
haiwan
NABI
SULAIMAN
Bijak Melantik lima
menyelesaikan Perdana Menteri
segala masalah
yang dihadapi dalam urusan
pemerintahan
oleh semua
rakyatnya baginda
GAYA BAHASA
AYAT PENDEK AYAT PANJANG
• Seketika lagi hari pun • Memerang
siang
yang
kedua lalu
menangis
yang teramat
sangat sayang
akan anknya
itu, putuslah
asanya
membawa
ikan terlalu
banyak
hendak
GAYA BAHASA
PENGGUNAAN PENGGUNAAN PENGGUNAAN
BAHASA ARAB BAHASA ISTANA BAHASA KLASIK
• Allah • Bersemayam • Hatta
Subhanahuwataala • Singgahsana
• Patik
• Baginda
• Titah
• Tuanku
• Beta
GAYA BAHASA
• Sang biawak membawa pedang
SINKOPE tercabut saja berlari-lari;
REPETISI • Sebab patik mudik membawa
perisai itu, patik lihat Sang Udang
pun bersama membawa perisai
itu,
PLO
T
PERMULAAN
Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar
bunyi paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang
terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati
PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak
mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Syah Alam di
Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut,
Sang Biawak, Sang Labi-Labi, Sang Udang dan Sang Sebarau untuk mencari punca
yang sebenarnya.
PLO
T
KLIMAKS
Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahatpasangan memerang terhadap kaum
keluarganya. Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.
PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya,
Nabi Sulaiman memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba
Dialog
TEKNIK
PLOT
Pemerian Monolog
Dalaman
NILAI DAN
PENGAJARAN
Nilai
a) Keberanian
b) Keadilan
c) Kejujuran
d) Kebijaksanaan
e) Keprihatinan
f) Tanggungjawab
g) Kepatuhan
h) Keinsafan
Pengajaran
(a) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan masalah rakyat.
(b) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
(c) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman musuh.
(d) Sebagai rakyat, kita hendaklah patuhakan setiap arahan pemerintah.
(e) Sebagai pemerintah, kita mestilah bijak untuk menyelesaikanmasalah yang dihadapi oleh rakyat.
(f) Kita mestilah bercakap jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
(g) Sebagai pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.
(h) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan