The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENTUK KATA DAN GOLONGAN KATA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salehuddinman, 2021-07-29 21:18:01

TATABAHASA

BENTUK KATA DAN GOLONGAN KATA

BENTUK KATA DAN GOLONGAN
KATA

BENTUK KATA DAN GOLONGAN
KATA.

1. DEFINISI UMUM

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa
sama ada berbentuk tunggal atau hasil

daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan.
Manakala, penggolongan kata pula ialah
proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau
fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Dalam bahasa
Melayu, kedua-dua ini dikaji melalui

bidang morfologi.

2. BENTUK KATA
Terdapat empat proses pembentukan kata

dalam bahasa Melayu sebagaimana
berikut:

A) bentuk kata tunggal

B) bentuk kata terbitan
C) bentuk kata majmuk
D) bentuk kata ganda

2.1 Bentuk Kata Tunggal
Bentuk kata ini tidak menerima sebarang

imbuhan serta tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian. Terdapat

sekurang-kurangnya dua jenis kata
tunggal iaitu:

-kata tunggal satu suku kata
(KV,VK,KVK,KKVK,KVKK,KKV,KKKVK)

-kata tunggal dua suku kata atau lebih
(V+KV,,KV+V+KV,KV+KV+VK+KV)

Dalam artikel yang saya kaji, terdapat
beberapa contoh bentuk kata tunggal yang

digunakan. Antaranya:
• Kata tunggal satu suku kata:

-dan
-ke
• Kata tunggal dua suku kata atau lebih
-jasa
-pendekar

-masyarakat
-budaya
-negatif

2.2 Bentuk Kata Terbitan

Kata terbitan terhasil daripada proses
pengimbuhan, iaitu proses menambahkan
atau menggandingkan imbuhan pada kata
dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem
terikat sementara kata dasar ialah bentuk

morfem bebas. Imbuhan dapat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
- Awalan (Hadir sebelum kata dasar)
- Akhiran (Hadir sesudah kata dasar)
- Apitan (Hadir secara mengapit kata

dasar)
- Sisipan (Hadir di celahan kata dasar)

Artikel yang saya pilih banyak
menngunakan kata-kata terbitan,

sebagaimana berikut:
• Awalan
-berusaha
-seimbang

-sejumlah
-berleluasa
• Akhiran
-kerahan
-renungan

-bahkan
• Apitan
-bersesuaian
-kedatangan
-kematangan
-membudayakan
-menyemarakkan
-menggalakkan
-memperuntukkan

2.3 Bentuk Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
Bentuk kata majmuk membawa makna

tertentu, dieja terpisah dan bertindak
sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak
boleh menerima sebarang penyisipan

unsur lain. Kata majmuk dapat

dipisahkan kepada tiga kelompok, iaitu:
- Kata majmuk daripada rangkaian kata

bebas
- Kata majmuk yang berbentuk istilah

khusus dalam bidang ilmiah
- Kata majmuk yang mendokong maksud

kiasan
Antara kata majmuk yang digunakan
dalam hasil karya Shukri Bin Janudin

ialah:
• Kata majmuk daripada rangkaian kata

bebas
-para belia
-pejuang bangsa
-sentimen politik
• Kata majmuk yang berbentuk istilah
khusus dalam bidang ilmiah
-Silat Cekak
-agama Islam

2.4 Bentuk Kata Ganda

Proses yang menggandakan kata dasar
akan menghasilkan bentuk kata ganda.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis
penggandaan, iaitu:

- Penggandaan penuh (menggandakan
keseluruhan kata dasar)

- Penggandaan separa (menggandakan
sebahagian kata dasar)

- Penggandaan berentak (menggandakan
kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu)

Contoh-contoh kata ganda yang terdapat
dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Penggandaan penuh
-rekod-rekod
-negara-negara
-pahlawan-pahlawan
• Penggandaan separa
-kedua-dua
• Penggandaan berentak
-memburuk-burukkan

3. GOLONGAN KATA
Golongan kata dalam bahasa Melayu

terbahagi kepada empat iaitu:
A) Kata nama

B) Kata kerja
C) Kata adjektif
D) Kata tugas

3.1 Golongan kata nama

Golongan kata ini merangkumi sejum;lah
perkataan yang boleh menjadi unsure inti

pada binaan frasa nama dan lazimnya
menamakan orang, tempat atau benda.
Golongan kata nama dipecahkan kepada

beberapa sub-golongan, seperti:
-kata nama khas (manusia dan bukan

manusia)
-kata nama am (abstrak dan konkrit)

-kata ganti nama (tunjuk dan diri)
Dalam artikel yang saya kaji, banyak
terdapat golongan kata nama yang diguna.

Antaranya:
• Kata nama khas
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
-Datok Bahaman
-Haji Mat Hassan
-Haji Abdul Rahman Limbong

• Kata nama am
- kesenangan
-keamanan
-kemerdekaan
-penjajahan
-keberanian

• Kata ganti nama
-ini, itu (ganti nama tunjuk)
-mereka (ganti nama orang ketiga)

3.2 Golongan kata kerja

Golongan kata kerja merangkumi
sejumlah kata dasar yang dapat menjadi

denti inti pada binaan frasa kerja dan
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

-kata kerja tak transitif (tidak
memerlukan penyambut)

-kata kerja transitif (menerima objek
sesudahnya)

Antara kata kerja yang terdapat dalam
artikel yang saya pilih ialah:
• Kata kerja tak transitif:

-menyemai semangat patriotisme

-menyedarkan rakyat
-meningkatkan ilmu pengetahuan

-terkenal dengan
-mengaplikasikan teori
-menentang penjajah
-menaikkan idealisme
-menyatupadukan bangsa
-mengekalkan perpaduan

3.3 Golongan kata adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan
yang boleh menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Golongan kata ini
dibahagikan kepada lapan kumpulan

berdasarkan maknanya, iaitu:
-kata adjektif sifat/keadaan
-kata adjektif warna
-kata adjektif ukuran
-kata adjektif bentuk
-kata adjektif pancaindera
-kata adjektif waktu
-kata adjektif cara
-kata adjektif perasaan

Banyak kata adjektif telah digunakan
dalam artikel hasil karya Shukri Bin

Janudin. Antaranya:
• Kata adjektif sifat/keadaan

-setia
-cintakan
- lemah
• Kata adjektif ukuran

- besar
• Kata adjektif waktu

- silam

3.4 Golongan kata tugas

Merupakan golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen.

Kehadirannya penting dalam ayat kerana
tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya.
Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai

peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir
dalam ayat, sama ada akan merosakkan

ayat itu atau mengurangkan maksud-
maksud tertentu. Golongan kata ini dapat

dibahagikan kepada empat, iaitu:

- kata hubung (Sebagai perkataan yang
menghubungkan ayat dengan ayat)

- kata praklausa (Sebagai perkataan yang
hadir di hadapan ayat atau klausa)

- kata prafrasa (Sebagai perkataan yang

hadir di hadapan frasa)
- kata pascakata (Sebagai bentuk
perkataan yang hadir selepas perkataan-

perkataan tertentu)
Kata tugas banyak digunakan dalam

artikel ini antaranya ialah:

• Kata hubung
- dan (gabungan)

- manakala, namun begitu, maka
(pancangan keterangan)

- yang (pancangan dentity)

- untuk (pancangan komplemen)
• Kata praklausa

- apakah (kata tanya)

- maka (kata pangkal ayat)
- akan (kata bantu)
• Kata prafrasa

- adalah (kata pemeri)
- akan (kata Bantu)

- amat , memang (kata penguat)

- di, dalam (kata sendi nama)
- tidak (kata naïf)

• Kata pascakata
- kesimpulannya (kata penekan)


Click to View FlipBook Version