1
2 Objektif Program ● Mendokumentasikan penggunaan bahasa kolokial dalam kehidupan seharian masyarakat berbilang kaum dan etnik di negara ini bagi menambah sumber rujukan dan penyelidikan bahasa kolokial dalam kalangan generasi kini dan akan datang; ● Menjadikan Arkib Negara Malaysia sebagai hub atau pusat pengumpulan sumber rujukan mengenai bahasa; dan ● Mengetengahkan peranan bahasa sebagai ejen perpaduan kaum dan kejayaan Malaysia MADANI yang sekali gus memperkukuhkan semangat cintakan sejarah, budaya dan patriotisme dalam kalangan masyarakat. Melestari Keberdayaan Bahasa Komuniti “Menghilir Sungai Pahang” Bahasa merupakan wadah paling utama dalam kegiatan manusia yang menjadi sebahagian daripada jati diri bangsa dan cerminan budaya sesebuah masyarakat atau komuniti. Namun, dunia globalisasi hari ini menjadi salah satu penyebab kemusnahan bahasa. Generasi kini dilihat semakin melupakan bahasa kolokial atau bahasa suku etnik mereka. Mereka cenderung berkomunikasi dalam bahasa baku atau bahasa Inggeris dan jarang menggunakan bahasa suku etnik mereka dalam perbualan seharian. Kecenderungan seperti ini merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kepupusan bahasa suku etnik. Hal ini demikian kerana sikap dan perbuatan penutur memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa natif mereka. Ini kerana sikap berkait rapat dengan jati diri yang akan membawa perubahan bahasa tersebut ke arah positif atau negatif. Keberdayaan sesuatu bahasa dapat dilihat dari sudut kelangsungan penggunaannya dalam masyarakat untuk mengekalkan jati diri terutamanya dari sudut bahasa etnik mereka sendiri. Ikatan melalui bahasa mungkin merupakan ikatan yang paling utuh dan bertahan lama yang dapat menyatukan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai wahana budaya sesebuah negara, malahan bahasa juga merupakan salah satu faktor penyatuan manusia. Bahasa kolokial adalah khazanah warisan negara yang seharusnya dipelihara, dituturkan, dikembangkan, dimartabatkan dan dilestarikan.
3 Menurut Kamus Dewan, kolokial bermaksud bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Ia merujuk kepada bahasa yang tidak rasmi dan lebih mesra kerana dituturkan bersama-sama dengan orang yang berada dalam lingkungan sosial yang sama. Bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa tetapi kefahaman antara penuturnya. Bahasa kolokial boleh ditandai dengan ciri memendekkan kata dan menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Imbuhan perkataan sering ditinggalkan sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar. Justeru, penganjuran program Bicara Bahasa Kolokial: Melestari Keberdayaan Bahasa Komuniti diharap dapat mengangkat dan memartabatkan elemenelemen tradisi, seni dan budaya amnya dan bahasa khasnya sebagai ejen perpaduan kaum dan kejayaan Malaysia MADANI yang sekali gus memperkukuhkan semangat cintakan sejarah, budaya dan patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahasa juga mampu menjamin kelangsungan pembentukan negara bangsa kerana bahasa adalah elemen utama yang boleh melahirkan perasaan taat setia dan rasa sepunya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik. Penggunaan bahasa kolokial merupakan simbolik kepada penyatuan sesuatu kelompok. Diibaratkan kepupusan bahasa kolokial, maka boleh melambangkan kemerosotan dan kemusnahan sesuatu kelompok masyarakat. Malah, bahasa sesuatu etnik atau suku kaum itu sangat penting dalam pembinaan dan pembangunan budaya nasional. “Menghilir Sungai Pahang” dipilih sebagai tema program Bicara Bahasa yang julung kali dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia ini kerana bahasa kolokial atau dialek Pahang dikatakan wujud mengikut kelajuan pergerakan arus Sungai Pahang. Kebiasaannya, di hulu sungai air deras atau laju maka penduduk Pahang Hulu, iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highlands banyak bercakap dalam dialek yang agak laju. Di Pahang Tengah yang meliputi Maran, Bera, Temerloh dan Bentong, aliran sungainya semakin sederhana menyebabkan dialek yang dituturkan adalah biasa atau sederhana. Manakala di Pahang Hilir yang meliputi daerah Pekan, Rompin dan Kuantan, dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh yang dikatakan kesan daripada aliran arus sungai Pahang yang perlahan.
4 Atur Cara 8.00 Pagi : : Ketibaan Jemputan Pendaftaran 9.00 Pagi : : Ketibaan YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Ketibaan YB Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Perpaduan Negara 9.10 Pagi : : : : Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Allah Selamatkan Sultan Kami Ikrar Rukun Negara Bacaan Doa 9.15 Pagi : : : Ucapan Alu-Aluan YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Ucapan Perasmian YB Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Perpaduan Negara Persembahan Khas Lagu Loghat Pahang oleh Anok Semantan
5 10.00 Pagi : Sesi Bicara 1 – Konsep dan Penggunaan Bahasa Kolokial Tokoh Pembicara i. YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia Topik: Konsep dan Penggunaan Bahasa Kolokial Masyarakat Berbilang Kaum ii. YBhg. Dato’ Aripin bin Said Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan Topik: Penggunaan Bahasa Kolokial dalam Seni dan Budaya iii. YBrs. Encik Fadzli bin Tajuid Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka Topik: Bahasa Kolokial dalam Konteks Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Pengerusi Sesi YBrs. Encik A.Jailani bin Che Abas Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 12.00 Tengah Hari : Sesi Soal Jawab 12.30 Tengah Hari : : Makan Tengah Hari Rehat 2.00 Petang : : Persembahan Lagu Loghat Pahang oleh Anok Semantan Sesi Bicara 2 – Bahasa Kolokial Masyarakat Setempat Tokoh Pembicara i. YBrs. Encik Hasan bin Abu Penggiat Seni Budaya Negeri Pahang Topik: Bahasa Kolokial Daerah-daerah di Pahang ii. YBrs. Encik Afzainizam bin Ismail Pengerusi Persatuan Pencinta Loghat Daerah Negeri Pahang Topik: Bahasa Kolokial dalam Lagu Rakyat Pahang iii. YBrs. Encik Mohamad Asri bin Mat Husin Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pahang Topik: Perbandingan Bahasa Baku dan Bahasa Kolokial Pahang Pengerusi Sesi YBrs. Encik A.Jailani bin Che Abas Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 4.30 Petang : Sesi Soal Jawab 5.00 Petang : : Minum Petang Majlis Bersurai
6 Profil Tokoh Pembicara YBHG. PROF. EMERITUS DATUK DR. TEO KOK SEONG Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong merupakan Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik (KITA) dan Felo Utama Bersama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa dengan kepakaran dalam bidang Etnolinguistik, Antropologi Linguistik, Fenomena Peranakan, Pembinaan Negara Bangsa serta Perpaduan dan Integrasi Nasional. Beliau mempunyai kelayakan akademik Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas 1) Universiti Malaya, 1982; Sarjana Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986; Masters of Arts, The University of California at Berkeley, USA, 1991 dan Doctor of Philosophy, The University of California at Berkeley, USA, 1993. Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo banyak menerbitkan buku, antaranya adalah Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu (2007) dan Bahasa dan Masyarakat (2019), selain daripada menulis kertas dasar/polisi dan menjalankan penyelidikan seperti Islam Keseimbangan Acuan Malaysia : Kepelbagaian Agama dan Pengaruh Sosiologikal ke atas Kesepaduan Nasional, Malaysia (2017). Beliau juga dilantik sebagai ahli dan penasihat badan-badan yang berkaitan dengan pendidikan dan kajian, Ahli Lembaga Pengarah Majlis Profesor Negara dan Profesor Ajung, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bagi mengenang jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau dianugerahkan Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Ikon Pejuang Bahasa Melayu 2015 (Kategori Akademia) (Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia), Ikon Patriotik Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia) dan Anugerah Bitara Bahasa Melayu (Kategori Akademia Bahasa Melayu) 2018 (Universiti Kebangsaan Malaysia).
7 Profil Tokoh Pembicara YBHG. DATO’ ARIPIN BIN SAID Dato’ Aripin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Aripin dilahirkan pada 11 Disember 1948 di Kampung Batu Bor, Chenor, Pahang. Beliau terkenal sebagai seorang penyanyi lagu rakyat Pahang seawal tahun 1970an lagi. Beliau juga merupakan seorang penyair serta penulis kreatif dan buku akademik berkaitan seni budaya. Lulusan dalam bidang Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia dan bidang Linguistik dan Pendidikan Bahasa serta Sastera dari Universiti Putra Malaysia ini pernah menyumbang bakti sebagai guru di sekolah rendah dan menengah selama 13 tahun dan pensyarah universiti selama 17 tahun. Beliau telah menghasilkan lebih 20 buah novel, 200 buah cerpen dan 200 buah puisi. Karya-karya beliau ini tersiar di pelbagai akhbar mingguan dan majalah. Bakat penulisan beliau diiktiraf sehingga dipilih memenangi beberapa hadiah sastera tanah air yang dikendalikan oleh institusi dan badan tertentu, antaranya adalah Peraduan Mengarang Cerpen Islam (1979) dan Hadiah Sastera Utusan Melayu (Puisi) oleh Public Bank (1987). Bukunya yang berjudul Ceritera Awang Miskin turut memenangi Hadiah Buku Kebangsaan pada tahun 1990 bagi kategori Klasik Remaja. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan bagi menghargai sumbangan dan jasa dalam bidang budaya, antaranya adalah Darjah Kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (S.A.P.), 2006; Darjah Kebesaran Mahkota Pahang (S.M.P.), 2004; Ahli Mangku Negara (AMN), 1998; Penghargaan Budaya Pahang, 1998; Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.), 1994; Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (P.C.K.), 1994 dan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang (D.I.M.P.), 2009 yang membawa gelaran Dato’. Pada tahun 2015, beliau diangkat sebagai Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara.
8 Profil Tokoh Pembicara YBRS. ENCIK MOHD FADZLI BIN TAJUID Encik Mohd Fadzli merupakan Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Istilah Semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Munsyi Dewan (Jawi). Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Melayu dari Universiti Malaya ini pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, beliau juga pernah betugas sebagai Ketua Editor Kamus Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka, Editor Kanan Kamus Dewan Perdana, Penyusun Kamus Dewan Edisi Keempat dan Penyusun Kamus Pelajar Edisi Kedua. Profil Tokoh Pembicara YBRS. ENCIK MOHAMAD ASRI BIN MAT HUSIN Encik Mohamad Asri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dan Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) dari Universiti Malaya ini merupakan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) Bahasa, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pahang. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan antaranya Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan (2020), Ikon Membaca Majalah Dewan Bahasa Terbitan Oktober (2021), Tokoh Inovasi Selangor (2018), Ikon Guru Selangor (2017) dan Ikon Seni dan Budaya Sinar Harian (2017 dan 2018). Beliau yang bertanggungjawab dalam bidang kebahasaan ini pernah dilantik sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan Pedagogi Terbeza, Master Trainner Pembelajaran Abad ke-21 Kebangsaan, Pengarah Program Baca Puisi Dunia COVID-19: Satu Suara Satu Dunia, Pengarah Program Baca Puisi Dunia 2020: Suaramu ke Riba Alam dan Pengarah Program Resensi Buku ASEAN 2020. Selain itu, beliau turut diundang sebagai panel pembicara/pembentang bagi seminar kebahasaan/sastera/seni budaya peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
9 Profil Tokoh Pembicara YBRS. ENCIK AFZAINIZAM BIN ISMAIL Encik Afzainizam mula terlibat dalam bidang seni pada tahun 1968 dengan merakam dua album piring hitam (EP) di bawah label MMI. Lagu popular beliau di Radio Klasik, iaitu ‘Dulu Kasih Kini Saudara’ merupakan duet bersama Faridah Mansor. Beliau juga merupakan peserta akhir Bintang RTM tahun 1975 dan sering dijemput dalam rancanganrancangan hiburan RTM radio dan televisyen. Pada tahun 1982, beliau mula aktif sebagai penerbit album, pencipta lagu/lirik, penggubah lagu dan pemuzik rakaman. Antara artis yang pernah bekerjasama dengan beliau ialah Nas Atea (Masih Ada Yang Sayang), Ali Noor & Mastura (Apo Kono Eh Jang), Khairool Idlan (Aku Yang Kau Panggil Sayang), Ben Nathan (Ilusi Satu Penantian), Mr. Os (Deghian Dah Bebunge), Linda Ismail (Solid Gold), Zambree (Tugu Cinta), kumpulan Dinamik (Di Antara Gadis), kumpulan Menara (Sayang), kumpulan Evolusi (Mei Hua), kumpulan Kejora dan Kumpulan Vilosa. Datuk Ahmad Jais, Dato’ M. Daud Kilau dan Zaleha Hamid juga pernah bekerjasama dengan beliau, selain daripada M. Sharif (Misteri Azizah), Roslan Madun (album Menghilir Sungai Pahang), Man Kayan (dua album) dan banyak lagi. Beliau juga menubuhkan Kumpulan Nasyid An Nur di Mentakab pada tahun 2001 dan kumpulan tersebut berjaya menjadi Johan Nasyid Negeri Pahang selama tiga tahun berturut-turut (2001, 2002 dan 2003). Kumpulan ini juga berjaya memenangi Anugerah Lirik Terbaik Kebangsaan pada tahun 2001 dan pada tahun 2003 memenangi Anugerah Persembahan Terbaik Kebangsaan. Pada tahun 2006, beliau mula bergiat aktif menerbitkan lagu dan album yang menggunakan loghat Pahang, antaranya untuk Anok Semantan, kumpulan yang mempelopori lagu-lagu loghat Pahang. Ini diikuti dengan penerbitan album penyanyi Aqi Uda (2015), Chik Asan (2018 dan 2019) dan Artis-artis Legenda Pahang (2018). Kini beliau merupakan Pengerusi Persatuan Pencinta Loghat Daerah Negeri Pahang (PPLP).
10 Profil Tokoh Pembicara YBRS. ENCIK HASAN BIN ABU Encik Hasan atau lebih dikenali sebagai Chik Asan berasal dari Kampung Lanting, Chenor, Pahang. Beliau merupakan penggiat seni budaya dan loghat negeri Pahang. Beliau mula bergiat aktif sebagai aktivis, penulis lirik dan penyanyi lagu loghat Pahang pada tahun 2003. Beliau sering dijemput sebagai ahli panel bagi forum dan majlis diskusi berkaitan loghat Pahang. Beliau juga pernah terlibat sebagai juri pertandingan terutamanya yang melibatkan loghat Pahang. Pada tahun 2017, Encik Hasan merakamkan album pertama lagu loghat Pahang berjudul “Kesoh Koi” dan pada tahun 2019 merakamkan album kedua lagu loghat Pahang berjudul “Kesoh Kome”. Dengan kelebihan sebagai seorang penyanyi, pada tahun 2018 hingga 2022 beliau diundang menjadi penyampai radio di Manisfm dan juruacara di majlis-majlis sekitar Pahang. Beliau memperjuangkan seni loghat Pahang dengan menggunakan saluran media sosial melalui segmen “Moh Cakak Pahang”. Profil Pengerusi Sesi YBRS. ENCIK A.JAILANI BIN CHE ABAS Encik A.Jailani merupakan pensyarah akademik di Jabatan Pengajian Melayu (JPM), Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang sejak tahun 2014. Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai guru. Beliau berkelulusan akademik di peringkat Sijil Perguruan Asas dengan bidang pengkhususan dalam Pengajian Melayu (1997), Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dengan bidang pengkhususan dalam Komunikasi dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia (2002) dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Linguistik, Universiti Malaya (2012). Encik A.Jailani bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 2020 dan terlibat secara langsung dalam penyelidikan berkaitan “Natural Language Processing Skills of Learnings Through The Use of Conceptual Interpretation and Textual Responses” di peringkat antarabangsa dan penyelidikan berkaitan “Kompetensi Melagukan Puisi Tradisional Melayu” di peringkat institusi. Beliau juga sedang menyediakan kertas kerja terbaharu bertajuk “Among Teacher: Promoting Virtual Learning The Key To Encourage”.
11 Jawatankuasa Pelaksana PENASIHAT Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia PENGERUSI Encik Mokhtaruddin bin Lamsin Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan dan Pengembangan) SETIAUSAHA Cik Farhana binti Tungahser URUS SETIA Tuan Haji Ahmad Sukri bin Haji Abdul Kadir Puan Nor Kamisah binti Yusoff Encik Usdi bin Abdullah Puan Syazwani binti Salleh Encik Mohamad Roslaily bin Rosdi LOGISTIK, PENGINAPAN DAN JAMUAN Puan Nordarwina binti Zainul Abidin Puan Fariha binti Abdul Rahman Puan Nurhayati binti Ismet Encik Mohd Ariffuddin bin Mohd Nasron Encik Mohd Hafiz bin Adnan Encik Mohd Nazri bin Ali Encik Mohd Shahril bin Mohd Noor Encik Saidi bin Sahari Encik Herman bin Zainal Mokhtar Encik Mohammad Hafizudeen bin Hassim Encik Azhar bin Ahmad Encik Muhamad Hanapiah bin Ahmad JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL Puan Nurul Latifatullaliza binti Anuar Encik Mohd Amir Syafizi bin Ab Rauf Encik Azman bin Basir Puan Siti Nurhafizah binti Abu Samah Puan Norhidayah binti Harun Puan Lianna binti Daud Puan Sarah binti Zulkifli Puan Shafiahtun binti Nordin Puan Nurul Nabila binti Ahmad Pazir RAKAMAN, TEKNIKAL DAN PUBLISITI Puan Nurul Latifatullaliza binti Anuar Puan Suhair Fadzilah binti Mohd Hanafiah Puan Shazana binti Ismail Encik Mohd Azrul bin Othman Encik Khairi bin Harun Puan Hermiwati binti Asuan @ Asim PAMERAN, PERCETAKAN DAN PROGRAM SISIPAN Puan Wan Nurul Asnidayu binti Wan Zawawi Puan Nurzuliana binti Kamaruzaman Encik Muhammad Fariz bin Osman Encik Mohamad Ruzaini bin Roslan Encik Saidi bin Sahari Puan Suliana binti Sulong
12 Sekalung Budi Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Bicara Bahasa Kolokial: Melestari Keberdayaan Bahasa Komuniti “Menghilir Sungai Pahang” merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Kementerian Perpaduan Negara YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Tokoh-tokoh Pembicara dan Pengerusi Sesi Kementerian Perpaduan Negara Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang dan semua jabatan dan agensi kerajaan, persatuan, badan bukan kerajaan serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program ini.