The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizz.ukm, 2023-06-23 17:34:00

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 SK LKTP Panching Selatan Tahun 2023

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49

24 Jun 2023 (Sabtu) 8:30 pagi Dewan Terbuka, SK (LKTP) Panching Selatan


Selamat Datang ke Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Pergi berhuma di Tanjung Rokan, Sebelum pulang mengail ikan; Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan, Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan. DEWAN TERBUKA MOHD NOR SK (LKTP) PANCHING SELATAN, 26010KUANTAN, PAHANG ii


Senarai Kandungan iii BIL PERKARA MUKA SURAT 1 KATA-KATA ALUAN PENASIHAT 1 2 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI 2 3 ATURCARA MAJLIS 3 4 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 4 5 JAWATANKUASA INDUK 5 6 JAWATANKUASA KERJA 6 7 VISI DAN MISI DAN FALSAFAH PIBG 7 8 SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 8 9 SALINAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 9 10 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 14 11 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2022 15 12 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 17 13 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 18 14 USUL DAN CADANGAN 19 15 AUTOGRAF 20


Di sebalik kesibukan dengan tugas harian, tuan puan dapat juga meluangkan masa untuk hadir. Kehadiran tuan puan ke mesyuarat ini membuktikan bahawa kita semua cakna dengan persekolahan anak-anak. Ini jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab kita dalam melaksanakan aktiviti untuk anak-anak. Saya amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua. Mesyuarat PIBG ini merupakan salah satu bentuk permuafakatan antara pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian serta membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran anak- anak didik kita. Pada masa yang sama, PIBG merupakan medium untuk mencetus hala tuju dan matlamat ke arah kecemerlangan pendidikan di sekolah. Adalah diharapkan dengan fasiliti dan sumber kewangan yang ada dan kerjasama semua ibu bapa, program yang dirancang dapat dilaksanakan serta membawa impak yang dihasratkan ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Saya juga ingin menyeru kepada semua ibu bapa / penjaga yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya dapat menyumbang idea. tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 yang banyak membantu pihak sekolah untuk merealisasikan segala aktiviti yang dirancang untuk memajukan sekolah. Saya mendoakan agar SK (LKTP) Panching Selatan menjadi sebuah sekolah yang terus cemerlang ke arah membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan berkualiti. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (NOR MASTURA BINTI ABDULLAH) GURU BESAR SK (LKTP) PANCHING SELATAN 1 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Anak Baik Lagi Cerdik, Salam Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49, SK (LKTP) Panching Selatan dalam suasana yang harmoni. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jemputan dan ibu bapa / penjaga yang hadir ke majlis hari ini.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga, Ahli Jawatankuasa PIBG, Pihak Pengurusan Sekolah, Guru Besar, Semua Guru Penolong Kanan dan Para Guru kerana memberi kepercayaan kepada saya sepanjang menerajui PIBG Sesi 2021/2022. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak, sudah pasti usaha yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh hal yang demikian, PIBG sentiasa komited untuk memainkan peranan yang lebih berkesan bagi memajukan setiap aspek pembangunan murid dan kualiti sekolah. Saya juga menyeru agar semua ibu bapa / penjaga menggembleng tenaga dan khidmat bantu bersama pihak sekolah bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) Anjakan Kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa. Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang amat prihatin dengan perkembangan murid, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Sebagai wakil ibu bapa / penjaga, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala usaha yang diberikan oleh guru bagi meningkatkan pencapaian murid di sekolah ini. Syabas dan Tahniah! Teruskanlah usaha cikgu menabur bakti dan mendidik dari hati, agar anak-anak yang kita kasihi, terbentuk dengan adab dan budi, menjadi insan berkualiti dan berjiwa rabbani. Akhir bicara, saya mewakili Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab sebagai YDP PIBG Sesi 2021/2022. Semoga pelantikan baharu Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 dapat meneruskan usaha untuk meningkatkan kualiti murid secara progresif dan inklusif. InsyaAllah. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan sebaliknya datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, (MOHD SHAHIR BIN ISMAIL) YANG DIPERTUA PIBG 2021/2022 SK (LKTP) PANCHING SELATAN 2 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Perpaduan. Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin Nya, kita semua dapat bertemu sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49, SK (LKTP) Panching Selatan. Alhamdulillah pada tahun ini, kita dapat kembali mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa / penjaga di dalam kawasan sekolah selepas lebih tiga tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.


7:50 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga 8:20 pagi : Ketibaan Dif Jemputan 8:30 pagi : Majlis bermula : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa Ustaz Fairose bin Rosali : Ucapan Aluan Penasihat PIBG/Guru Besar Pn. Nor Mastura binti Abdullah : Ucapan Aluan YDP PIBG En. Mohd Shahir bin Ismail : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 serta Perasmian Dewan Terbuka oleh YB Dato’ Indera Mohd Sahar bin Abdullah ( Ahli Parlimen Paya Besar ) : Gimik Perasmian Dewan Terbuka : Cabutan bertuah : Penyampaian cenderamata kepada Perasmi : Jamuan Ringan / Rehat 10:00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 bermula : Penyampaian Cenderahati kepada barisan AJK 2021/2022 : Cabutan bertuah 12:30 tgh : Majlis bersurai 3


Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-48 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 Pelantikan Pengerusi Sementara Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Pemilihan Pemeriksa Kira-kira Membentang dan Membahaskan Usul Ucapan Penangguhan 4


Penasihat : Puan Mastura binti Abdullah Guru Besar Timbalan Penasihat : Tuan Haji Solpian bin Haji Murad (GPK Hal Ehwal Murid) Pengerusi : Encik Mohd Shahir bin Ismail (Yang Dipertua PIBG) Timbalan Pengerusi : Puan Sarimah binti Darus (Naib Yang Dipertua PIBG) Setiausaha : Puan Wan Zurina binti Wan Basri Bendahari : Puan Hajah Falilnisa binti Hasbullah Naib Bendahari : Puan Ardiana binti Arshad JK Buku Program : Encik Hafizzain bin Mohamad Adnan JK Publisiti : Puan Nuraszita binti Rashid & Jemputan : Puan Wan Zurina binti Wan Basri JK Hadiah, Cenderahati, : Puan Norlia binti Ramley Sijil & Cabutan Bertuah : Cik Saidatul Adawiyah binti Mohd Halil : Puan Nuraszita binti Rashid : Puan Hajah Falilnisa binti Hasbullah : Puan Wan Zurina binti Wan Basri : Puan Siti Zabedah binti Bakar : Puan Norhidayati binti Mohd Ali JK Pendaftaran : Puan Sarita binti Musa : Puan Ainul Ashikin binti Mohd Zamri JK Banner & Plak Acrylic : Encik Mohd Husaini bin Hussin JK Gimik Perasmian : Encik Noor Syazuan bin Zulkifli : Encik Amir Ali bin Md Yusoff 5


Pengacara Majlis : Encik Muhd Asronizan bin Muhd Latiff Bacaan Doa : Ustaz Fairose bin Rosali Pencatat Minit : Puan Rozita binti Yusof : Puan Aisyah Nurain binti Osman JK Siaraya & Teknikal : Encik Noor Syazuan bin Zulkifli : Encik Hadzram bin Sedek JK Jurugambar : Encik Muhammad Khairi Imran bin Ramli JK Sambutan : Puan Nor Mastura binti Abdullah & Protokol : Encik Murali bin Ridzuan Sugumaran : Tuan Haji Solpian bin Haji Murad : Encik Zaidi bin Alias : Encik Mohd Shahir bin Ismail JK Backdrop Pentas : Puan Norhasniza binti Ismail & Hiasan Pentas : Puan Atifah binti Mohammad Shaari : Puan Sakinah binti Mat Tahar : Puan Nurul Hidayah binti Zakaria JK Persiapan Tempat : Encik Mohd Shahir bin Ismail & Kemas Dewan : Encik Amir Ali bin Md Yusoff : Encik Mohd Hafidzal bin Omar : Encik Agus Ghazali bin Amin : Encik Amir Sufian bin Saidin : Encik Saidin bin Osman JK Kebersihan : Puan Siti Zaharah binti Salleh : Puan Norhidayati binti Mohd Ali JK Jamuan VIP / Guru / : Puan Sarita binti Musa Ibu Bapa / Penjaga : Puan Ainul Ashikin binti Mohd Zamri : Puan Nurul Huda binti Mustaffa : Puan Siti Noor Mawaddah binti Yatiman : Puan Falilnisa binti Hasbullah : Puan Haslinda binti Rashid 6


SATU BADAN YANG MENJALANKAN USAHA BERTERUSAN BAGI MENYOKONG SEGALA KEGIATAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN PKKP SEKOLAH BERDASARKAN KEPADA KAEDAH-KAEDAH DAN PERLEMBAGAAN PIBG. MEMBANTU PIHAK SEKOLAH SK (LKTP) PANCHING SELATAN KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF PKKP SEKOLAH KHUSUSNYA DALAM BIDANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, BINA INSAN, DISIPLIN DAN KECERIAAN SEKOLAH. PIBG YANG CEMERLANG DAN BERTANGGUNGJAWAB MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENCAPAI VISI DAN MISI SEKOLAH CEMERLANG DI KALANGAN SEKOLAH-SEKOLAH FELDA 7


8


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 SESI 2021/2022 Tarikh : 23 April 2022 Hari : Sabtu Tempat : Dewan Semai Bakti FELDA Sungai Panching Selatan Masa : 8:00 pagi Kehadiran : 87 orang Perasmi : YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah : Timbalan Menteri Kewangan I Malaysia : Ahli Parlimen Paya Besar 1.0 Ucapan Perasmi ( YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah ) Timbalan Menteri Kewangan 1 Malaysia, Ahli Parlimen Paya Besar. 1.1 Ibu bapa pembentuk kemenjadian anak-anak. Guru hanya membantu. 1.2 Adakan masa depan bersama-sama keluarga, luangkan masa bersama anak-anak, supaya anak- anak selesa berkongsi masalah dengan kita. 1.3 Kita tidak boleh bandingkan zaman kita dengan zaman anak-anak. 1.4 Harapan agar Gugusan Panching mempunyai hala tuju masa hadapan. 1.5 Bantuan Prihatin Pahang diberikan untuk membantu anak-anak supaya sama dengan orang lain, berdiri sama tinggi, pokok pangkalnya adalah pengurusan kewangan tersebut. Gunakanlah dengan sebaik mungkin. 1.6 Jangan bunuh potensi anak-anak. Doa ibu dan ayah adalah doa paling mustajab. 2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG ( Encik Mohd Shahir bin Ismail ) 2.1 YDP mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang hadir. 2.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memberitahu perkembangan sekolah dan memohon kerjasama ibu bapa untuk sama-sama membangunkan SPaSel terutama dari segi fasiliti. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK (LKTP) PANCHING SELATAN 26010 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR 9


2.3 Pembinaan Dewan Sekolah dijangka akan siap pada 15 Mei 2022, namun masih terdapat kekurangan lagi yang masih perlu ditambahbaik terutamanya tingkap dan dinding sekolah. 2.4 Berharap ibu bapa dapat memberi sokongan kepada pihak sekolah bagi membangunkan sekolah. 3.0 Perutusan Guru Besar ( Puan Suhaini binti Jantan ) 3.1 Ucapan aluan dan terima kasih kepada yang hadir bagi sama-sama menjayakan mesyuarat ini. 3.2 Memaklumkan kepada penjaga yang hadir tentang perjalanan aktiviti dan perkara yang sepatutnya penjaga tahu tentang sekolah anak-anak. 3.2.1 Jumlah guru di SPaSel seramai 25 orang. 3.2.2 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seramai 5 orang. 2 orang PO, 1 orang PT Kewangan dan Perkhidmatan, 2 orang PPM Prasekolah. 3.2.3 Tenaga Kerja swasta seramai 7 orang. 4 orang Pengawal Keselamatan dan 3 orang Pekerja Kebersihan. 3.2.4 Jumlah murid SPaSel seramai 277 orang termasuk Prasekolah. 3.3 Pengurusan Akademik 3.3.1 Misi dan Visi sebagai guru di SPaSel, pihak sekolah akan menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin agar anak-anak tuan puan menerima ilmu yang sepatutnya mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh KPM. 3.3.2 Pihak sekolah berharap agar penjaga dapat membantu pihak sekolah untuk memastikan anak-anak dapat hadir ke sekolah. Terutama anak-anak yang berada Tahun 1. Hampir 20 orang murid Tahun 1 masih tidak boleh membaca dan menguasai abjad. 3.3.3 Minggu selepas raya, ibu bapa bagi anak-anak Tahun 1 yang masih belum boleh membaca akan dipanggil untuk memaklumkan program yang akan dilaksanakan bagi membantu anak-anak. 3.3.4 Tumpuan juga akan diberikan kepada murid yang berada di Tahun 2 hingga Tahun 6. Semua guru akan memastikan anak-anak murid dapat belajar dengan baik dan menerima ilmu yang betul dari guru-guru. 3.3.5 Guru besar mewakili semua guru-guru ingin memohon kemaafan kepada ibu bapa terhadap segala kesilapan atau selisih faham, sekiranya ada rasa ketidakpuasan hati. 10


3.3.6 Peperiksaan UPSR sudah tiada, namun penekanan terhadap PBD ( Pentaksiran Bilik Darjah ). Sekiranya penjaga masih belum memahami konsep pelaksanaan PBD dari segi Penguasaan Tahap Pencapaian, pihak sekolah boleh memberi penerangan semula kepada penjaga. 3.3.7 Sekiranya ada masa, pihak sekolah akan menerangkan tentang PBD dengan lebih mendalam kerana walaupun peperiksaan UPSR telah tiada, PBD akan digunakan oleh anak-anak untuk memohon ke sekolah-sekolah yang baik seperti asrama penuh dan lain-lain. 3.4 Prasarana Fizikal Sekolah 3.4.1 Keadaan prasarana sekolah sangat mengecewakan, namun terima kasih kepada pihak masjid kerana banyak membantu pihak sekolah. 3.4.2 Pihak KPM ada memberikan peruntukan kepada sekolah, namun peruntukan tersebut untuk pembelajaran murid. Duit itu tidak boleh digunakan untuk membaiki kerosakan sedia ada. 3.4.3 Kerosakan yang teruk buat masa ini adalah dinding kelas yang telah reput dimakan anai-anai dan sedang dalam proses baik pulih oleh guru- guru lelaki dan hampir siap. 3.4.4 Keadaan tingkap sekolah juga amat menyedihkan, pihak sekolah akan cuba memohon sumbangan daripada YB atau melalui JPN atau KPM untuk menukar tingkap cermin nako kepada tingkap sliding. Mohon sokongan ibu bapa untuk sama-sama membantu mengatasi masalah ini. 3.4.5 Masalah bumbung bocor telah dapat diatasi. 3.4.6 Pihak sekolah ingin memohon bantuan dan sokongan Alumni SPaSel dari tahun 1972 hingga kini untuk pembangunan sekolah. 4.0 Laporan Setiausaha PIBG ( Puan Wan Zurina binti Wan Basri ) 4.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 Tahun 2021/2022 4.1.1 Minit mesyuarat telah dibentangkan oleh Puan Wan Zurina binti Wan Basri. 4.1.2 Salinan minit mesyuarat juga telah diedarkan kepada semua melalui aplikasi QR Code. 4.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 Tahun 2021/2022 4.2.1 Puan Nor Adilah binti Udin mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 disahkan. 4.2.2 Puan Norhayazi binti Safri menyokong Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 disahkan. 11


5.0 Laporan Bendahari PIBG ( Puan Hajah Falilnisa binti Hasbullah ) 5.1 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2021 5.1.1 Laporan Kewangan telah dibentangkan oleh Puan Hajah Falilnisa binti Hasbullah. 5.1.2 Perincian sumbangan PIBG bermula 1 Januari 2021 dan berakhir 31 Disember 2021 adalah; Penerimaan : RM 13,658.98 Perbelanjaan : RM 11,060.85 Baki di Bank : RM 11,381.72 Baki di Tangan : RM 336.62 5.1.3 Laporan diterima tanpa bantahan oleh ibu bapa yang hadir. 5.1.4 Puan Siti Zaharah binti Salleh mencadangkan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2021 disahkan. 5.1.5 Puan Nur Hasfiza binti Majid menyokong Laporan Kewangan PIBG Tahun 2021 disahkan. 6.0 Membentang dan Membahaskan Usul-usul 6.1 Puan Siti Zaharah binti Salleh mencadangkan supaya Hari Sukan Sekolah diadakan semula. 6.1.1 Guru Besar memaklumkan jika dibenarkan oleh KPM, kemungkinan Hari Sukan Sekolah akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. - Usul diterima oleh ahli mesyuarat 6.2 Encik Muhammad Zuhairi bin Juhar mencadangkan agar maklumat yang ingin disampaikan dalam Group Whatsapp kelas berkenaan dengan apa-apa perkara hendaklah awal 3 atau 4 hari agar ibu bapa boleh membuat persediaan yang lebih rapi. 6.2.1 Guru Besar memaklumkan bahawa guru-guru akan mengambil maklum hal tersebut dan akan cuba menghantar maklumat yang lebih awal kepada ibu bapa dalam Group Whatsapp kelas. - Usul diterima oleh ahli mesyuarat 6.3 Puan Hajah Falilnisa binti Hasbullah mencadangkan ikhtiar pembelian 4 buah kipas dinding di Makmal Komputer untuk keselesaan murid belajar. 6.3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah terpaksa menempatkan sebahagian murid Tahun 6 di Makmal Komputer kerana masalah ketidakcukupan kelas . Di samping itu, Guru Besar memohon kepada semua ibu bapa untuk menjelaskan bayaran sumbangan PIBG yang berjumlah RM80.00 satu keluarga bagi menampung pembelian kipas. Kata sepakat telah di ambil untuk membaiki alat penghawa dingin yang telah rosak untuk kegunaan di makmal tersebut. - Usul diterima oleh ahli mesyuarat 12


6.4 Puan Nurhariah binti Ahmad mencadangkan sekolah menyediakan kenderaan waktu balik sekolah. 6.4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mampu untuk menyediakan pengangkutan balik murid dan memohon untuk ibubapa mencari inisiatif lain bagi meyelesaikan masalah pengangkutan masing-masing. - Usul tidak diterima oleh ahli mesyuarat 7.0 Hal-Hal Lain 7.1 YDP PIBG meminta supaya segala aktiviti atau program dapat dijalankan secara pemuafakatan antara ibu bapa dan guru bagi kelancaran aktiviti. 7.2 Sumbangan PIBG masih dikekalkan berjumlah RM80.00 satu keluarga. 7.3 Cadangan sumbangan PIBG kekal RM80.00 satu keluarga disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 8.0 Penutup 8.1 Guru Besar mengharapkan agar semua ibu bapa dapat bersama-sama membantu pihak sekolah dalam menjayakan setiap program yang dijalankan, serta memohon ibubapa menjelaskan bayaran Sumbangan PIBG yang berjumlah RM80 bagi setiap satu keluarga. No akaun PIBG : 1101121565 [ BANK RAKYAT ] Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.06 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………………………............. ……………………………………………............. ( WAN ZURINA BINTI WAN BASRI ) ( EN MOHD SHAHIR BIN ISMAIL ) Setiausaha PIBG Sesi 2021/2022 YDP PIBG Sesi 2021/2022 SK (LKTP) Panching Selatan SK (LKTP) Panching Selatan 13


APRIL 2022 • Baikpulih dinding kelas 2 Kreatif • Mesyuarat Agung PIBG Ke-48 MEI 2022 • Sumbangan Iftar Jamaei • Sumbangan Hari Guru • Jamuan Hari Raya Aidilfitri JUN 2022 • Aktiviti Kokurikulum • Baiki Tandas Murid JULAI 2022 • Banner BoboiBoy Perpustakaan • Bola Sepak dan Catur • Rak dan Alatan Stor Sukan • Baiki Tandas Murid OGOS 2022 • Hadiah Pertukaran AKP SEPTEMBER 2022 • Sukan Tahunan 2022 OKTOBER 2022 • Majlis Hari Lahir Murid 14


15


16 Sambungan...


BIL JAWATAN NAMA 1 PENASIHAT PUAN SUHAINI BINTI JANTAN 2 YANG DIPERTUA PIBG ENCIK MOHD SHAHIR BIN ISMAIL 3 NAIB YANG DIPERTUA PIBG PUAN SARIMAH BINTI DARUS 4 SETIAUSAHA PIBG PUAN WAN ZURINA BINTI WAN BASRI 5 NAIB SETIAUSAHA PIBG PUAN RAFIANIZAN BINTI ABU NASIB 6 BENDAHARI PIBG PUAN HAJAH FALILNISA BINTI HASBULLAH 7 NAIB BENDAHARI PIBG PUAN ARDIANA BINTI ARSHAD 8 AJK GURU ENCIK HAFIZZAIN BIN MOHAMAD ADNAN 9 AJK GURU ENCIK MUHD ASRONIZAN BIN MUHD LATIFF 10 AJK GURU PUAN NORLIA BINTI RAMLEY 11 AJK WARIS PUAN SAKINAH BINTI MAT TAHAR 12 AJK WARIS PUAN SITI RAFEAH BINTI UMAR 13 AJK WARIS PUAN HASNANI BINTI RANI 14 AJK WARIS PUAN SITI ZABEDAH BINTI BAKAR 15 AJK WARIS ENCIK MOHD HAFIDZAL BIN OMAR 16 AJK WARIS ENCIK NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 17 AJK WARIS / PEMERIKSA KIRA-KIRA PUAN HASLINDA BINTI RASHID 18 AJK WARIS / PEMERIKSA KIRA-KIRA PUAN ZALEHA BINTI SALLEH 17


Yang Dipertua : ........................................................................ Naib Yang Dipertua : ........................................................................ Setiausaha : ........................................................................ Penolong Setiausaha : ........................................................................ Bendahari : ........................................................................ Penolong Bendahari : ........................................................................ AJK Waris AJK Guru 1. ............................................................ 1. ............................................................ 2. ........................................................... 2. ........................................................... 3. ........................................................... 3. ........................................................... 4. ........................................................... 4. ........................................................... 5. ........................................................... 5. ........................................................... Pemeriksa Kira-kira 1. ............................................................ 2. ............................................................ 18


1. Pn. Siti Zubaidah binti Mustafa (Kelas anak: 4 Dinamik) q Memohon supaya laluan ke sekolah diluaskan atau dibaik pulih. 2. Pn. Siti Zubaidah binti Mustafa (Kelas anak: 4 Dinamik) q Berharap agar ada yang menunggu murid di pintu pagar ketika waktu pulang kerana kadang-kadang ada murid menunggu berseorangan di luar pagar sekolah tanpa pengawasan. 3. Pn. Emylia binti Yusof (Kelas anak: 5 Kreatif) q Memohon pihak sekolah menyediakan tempat parkir berbumbung untuk ruang menunggu ibu bapa / penjaga. USUL 1. Pn. Mutmainah binti Abdul Halim (Kelas anak: 1 Kreatif dan 5 Dinamik) q Murid memakai tudung hitam ketika PJ dan waktu Kokurikulum. 2. Pn. Roszalina binti Abdul Rahim (Kelas anak: 3 Kreatif) q Penubuhan kelab Bahasa Inggeris untuk melatih murid-murid berminat supaya siap siaga bertanding di dalam pelbagai pertandingan. 3. En. Mohammad Syah Iskandar bin Mohammad Raffie (Kelas anak: 1 Dinamik) q Memohon guru memantau anak murid terutama Tahun 1 dan masih baru kerana ada segelintir kawan yang buat kawan dan mengambil barang kawan dan membuangnya. CADANGAN 19


20


YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah ( Ahli Parlimen Paya Besar ) Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Ketua Kampung Panching Selatan Pengurus FELDA Pegawai Seranta FELDA JKKK FELDA Panching Selatan GPW Ibu Bapa Guru-guru SPaSel Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Ribut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa.


Click to View FlipBook Version