The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Majlis Persaraan Puan Normadiah Binti Md Nazri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizz.ukm, 2021-09-08 16:46:34

Buku Program Majlis Persaraan Puan Normadiah Binti Md Nazri

Buku Program Majlis Persaraan Puan Normadiah Binti Md Nazri

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) PANCHING SELATAN
26010 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

MASA, TARIKH & TEMPAT

★ 10:00 Pagi
★ 9 September 2021, Khamis
★ 2 Safar 1443 H
★ Secara Atas Talian (Google Meet )

Jasamu Dikenang Budimu Disanjung

Selamat Datang

“ JambKaenMgaajlnis Budi,
Rimbunan Bakti”

Aturcara Majlis

09:45 pagi : Kehadiran semua guru, staf, ibubapa dan murid-murid secara maya (online)
09:55 pagi : Mengalu-alukan tetamu yang diraikan Puan Normadiah binti Md Nazri
10:00 pagi : Aturcara bermula
- Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan Doa
Encik Muhd Asronizan bin Mohd Latiff

- Ucapan Guru Besar SK (LKTP) Panching Selatan
Puan Suhaini binti Jantan

- Ucapan Guru Bertukar Sekolah
Puan Hasni binti Abdullah

- Ucapan Staf Bertukar Sekolah
Puan Aslina binti Nik

- Persembahan multimedia Selayang Pandang

- Ucap Tama Yang Diraikan
Puan Normadiah binti Md Nazri

- Memotong kek

- Penyampaian cenderahati daripada;
1. Sijil Penghargaan dari JPN Pahang
2. Hadiah dari Pejabat Sekolah
3. Hadiah dari Kelab Guru & Kakitangan (KGKT)
4. Hadiah dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
5. Hadiah dari Panitia Mata Pelajaran
6. Hadiah dari Ibubapa/Penjaga/Waris
7. Hadiah dari Murid-murid

- Jamuan

- Bersurai

Sekapur Sireh Serangkap Bicara

Guru BePsuaarn SSKuh(aLinKiTbPin)tiPaJnacnhtainng Selatan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah taala kerana dengan keizinan dan berakah-Nya, bermula
dengan niat yang suci dari lokasi masing-masing hingga akhirnya kita dapat berkumpul
dalam majlis “Jambangan Budi Rimbunan Bakti” secara maya (online) sempena persaraan
Puan Normadiah binti Md Nazri, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG42 (KUP)
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Panching Selatan, Kuantan, Pahang (SPaSel) pada pagi
yang dirahmati ini. Alhamdulillah.

Sukacitanya, saya mewakili warga SPaSel mengalu-alukan kesudian yang dirai,
Puan Normadiah binti Md Nazri kerana hadir dan dapat bersama-sama kita menjayakan
majlis yang sungguh bermakna ini. Saya juga bagi pihak jawatankuasa majlis berbesar
hati mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dalam majlis kita pada pagi
yang harmoni ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan tentu sahaja menambahkan
keceriaan dan kesempurnaan majlis kita pagi ini.

Kami warga SPaSel sebenarnya berhasrat untuk mengadakan majlis ini pada awal
tahun. Namun, segala perancangan agar sukar direalisasikan susulan situasi pandemik
Covid-19 yang semakin memburuk. Walau bagaimanapun, yang pergi tetap akan pergi.
Sempena persaraan Puan Normadiah binti Md Nazri pada 1 Januari 2021, saya bagi pihak
warga SPaSel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala
jasa dan pengorbanan sepanjang mendidik anak bangsa Malaysia.

Akhir kata, saya memohon maaf segala kekurangan, kesilapan dan terlanjur bahasa.
Semoga majlis ini menjadi antara memori yang terindah buat Puan Normadiah binti Md
Nazri. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT di samping keluarga
tersayang. Selamat bersara cikgu.

Sekian, terima kasih.

Biodata

Puan Normadiah binti Md Nazri

Normadiah dilahirkan pada tanggal 20 Februari tahun 1964
di Kampung Labu Kubong, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.
Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik.
Bondanya bernama Zainab binti Ismail dan ayahandanya bernama
Md Nazri bin Ketam.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh, Perak.
Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Petaling, Batu 6 Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Beliau telah mengikuti
Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur dalam Kursus
Pengajian Sekolah Rendah (Pengajian Melayu) selama tiga tahun iaitu dari 1987 dan
tamat pengajian pada 10 Ogos 1990.

Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk
menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata
orang, “alah bisa tegal biasa” dan “genggam bara api biar sampai jadi abu”. Begitulah
semangat yang dimiliki oleh Puan Normadiah binti Md Nazri. Kerjayanya sebagai seorang
pendidik bermula pada 1 September 1990 apabila dilantik sebagai Guru Sandaran
Terlatih Bukan Siswazah di SK (LKTP) Bukit Goh, Kuantan, Pahang. Tidak lama selepas
itu, beliau bertukar ke SK Lebu, Bentong, Pahang pada 1 Disember 1990.

Pada 1 September 1991 beliau telah diperakukan sebagai penjawat awam
persekutuan dan disahkan dalam perjawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bukan Siswazah DG6. Lebih awal dari itu, beliau telah pun bertemu jodoh dengan jejaka
pilihan hati dari Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mereka telah disatukan dengan ijab
dan qabul dan restu ahli keluarga tercinta pada 24 Mac 1989. Puan Normadiah binti Md
Nazri dan Encik Mohamad Nassarudin bin Abu Bakar telah dianugerahi Ilahi dengan
kehadiran lima orang cahaya mata, iaitu empat lelaki dan satu perempuan.

“Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman”

Pada 16 Mac 1993 beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan (FELDA) Chini 3 & 5,
Pekan, Pahang. Beliau telah berkhidmat di sini selama hampir 22. Sepanjang tempoh itu,
beliau telah memperolehi pelbagai kenaikan pangkat. Pertamanya, Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma DGA 6 mulai 1 Julai 1999. Kemudian, Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma DGA 29 mulai 1 November 2002 dan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma DGA 32 (KUP) mulai 1 Januari 2005. Seterusnya, Pegawai
Perkhidmatan Lepasan Diploma DGA 34 (KUP) mulai 1 Januari 2013.

Bak kata bidalan Melayu, “benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun tetap
memberikan hasil” begitulah juga dengan Puan Normadiah binti Md Nazri. Khidmat bakti
beliau sentiasa ditagih lantaran sikap rajin, tekun dan dedikasi yang telah sebati dalam
diri beliau serta keterampilan beliau yang sentiasa tersenyum dan mudah mesra dengan
semua rakan sekerja. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan
Perkhidmatan Cemerlang oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sebanyak dua kali iaitu
pada tahun 2001 dan tahun 2009.

Untuk berjaya kita perlu mendaki setangga demi setangga sehingga ke puncak jaya.
Begitu jugalah dengan Puan Normadiah binti Md Nazri. Keazaman untuk menggenggam
segulung ijazah dan menjejakkan kaki ke menara gading tidak pernah luntur. Lanjutan
daripada itu, pada 24 September 2011 beliau mengikuti Kursus Secara Sambilan di
bawah Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan bagi meningkatkan profesionalisme keguruan.
Seterusnya, pada 1 Julai 2015 beliau bertukar ke SK (FELDA) Chini 2, Pekan, Pahang.

Pepatah arab ada menyebut “Man Jadda Wa Jada” bermaksud siapa yang berusaha
pasti Allah akan beri kejayaan padanya. Setelah hampir 4 tahun bergelumang dengan
pelbagai tesis, jurnal dan makalah ilmiah di UPSI, beliau dianugerahi Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian dalam istiadat konvokesyen UPSI
pada 28 November 2015. Selari dengan itu, beliau berjaya diluluskan kenaikan pangkat
dan ditempatkan semula sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG42 (KUP) mulai 1
Disember 2016 di stesen bertugas yang sama.

Pada 11 Jun 2018 beliau bertukar ke SK (LKTP) Panching Selatan, Kuantan,
Pahang. Di sini, beliau menjalankan tanggungjawab sebagai Guru Perpustakaan dan
Media (GPM), Guru Matematik, Guru Pendidikan Seni Visual dan Setiausaha 3K. Seperti
yang boleh kita lihat, beliau telah melalui pelbagai pengalaman sepanjang berkhidmat
hampir 31 tahun. Akhirnya, beliau memilih untuk bersara secara Pencen Pilihan Tahun
2021. Tarikh 1 Januari 2021 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai
penjawat awam persekutuan secara rasmi. Sesungguhnya, segala perkhidmatan,
pengorbanan dan sumbangan yang beliau berikan amatlah dihargai.

Demikianlah serba sedikit biodata Puan Normadiah binti Md Nazri, Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG42 (KUP) Sekolah Kebangsaan (LKTP) Panching
Selatan, Kuantan, Pahang. Segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan beliau akan
dikenang sepanjang hayat kita dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Semoga legasi dan suri teladan yang dipamerkan oleh beliau menjadi ikutan dan
dorongan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat bagi meningkatkan ketahanan dan
kecekalan mengharungi cabaran masa hadapan. Semoga Puan Normadiah binti Md Nazri
sentiasa sihat dan sejahtera sepanjang tempoh persaraan.

Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

Kalau ada pauh di daik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.

Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai;
Rehatlah puan di fasa baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Sekian, terima kasih.

Ahli Jawatankuasa Majlis

Jawatankuasa Induk KGKT

Penasihat : Puan Suhaini binti Jantan (Guru Besar)
Timbalan Penasihat 1 : Puan Zarida binti Mat (PK Pentadbiran)
Timbalan Penasihat 2 : Tuan haji Solpian bin Haji Murad (PK HEM)
Timbalan Penasihat 3 : Encik Zaidi bin Alias (PK Ko-Kurikulum)
Pengerusi : Encik Mohd Husaini Bin Hussin
Naib Pengerusi : Encik Hafizzain bin Mohamad Adnan
Setiausaha : Puan Nurulhuda binti Mustaffa
Bendahari : Puan Artinie binti Mohamed Ariffin
AJK : Encik Fairose bin Rosali
: Encik Muhamad Khairi Imran bin Ramli
: Puan Norlia binti Ramley
: Puan Rafianizan binti Abu Nasib
: Puan Wan Zurina binti Wan Basri
: Puan Haslina binti Sidik

Jawatankuasa Induk Program

Penyelaras : Encik Hafizzain bin Mohamad Adnan
Penolong Penyelaras : Encik Muhamad Khairi Imran bin Ramli
Setiausaha : Puan Nurulhuda binti Mustaffa
Bendahari : Puan Artinie binti Mohamed Ariffin
AJK : Encik Mohd Husaini bin Hussin
: Encik Fairose bin Rosali
: Puan Norlia binti Ramley
: Puan Rafianizan binti Abu Nasib
: Puan Wan Zurina binti Wan Basri
: Puan Haslina binti Sidik

Ahli Jawatankuasa Majlis
Jawatankuasa Pelaksana

Pengacara Majlis : Encik Mohd Husaini bin Hussin (K)
Bacaan Doa : Encik Mohd Rizal bin Fouzi
JK Buku Program : Encik Muhd Asronizan bin Mohd Latiff
JK Publisiti : Encik Hafizzain bin Mohamad Adnan (K)
JK Teknikal Google Meet : Puan Norazlina binti Mohamad
: Pan Rozita binti Yusof (K)
JK Teknikal Siaraya : Puan Norshafariza binti Mamat
JK Video Persaraan : Encik Hadzram bin Sedek (K)
: Encik Noor Syazwan bin Zulkifli
JK Jemputan : Puan Ardiana binti Arshad
JK Jamuan & Hidangan : Puan Ainul Ashikin binti Mohd Zamri
: Encik Noor Azhar Ahmad bin Jaafar (K)
JK Pelamin & Backdrop : Encik Muhamad Khairi Imran bin Ramli
: Puan Wan Zurina binti Wan Basri (K)
JK Fotografi : Cik Saidatul Adawiyah binti Mohd Halil
JK Cenderahati & : Encik Hadzram bin Sedek
Penyampaian Hadiah : Puan Artinie binti Mohamed Ariffin (K)
: Puan Nurulhuda binti Mustaffa
JK Kebersihan : Puan Norlia binti Ramley (K)
: Puan Nuraszita binti Rashid
: Puan Nurulhuda binti Mustaffa
: Puan Hasimah
: Puan Rafianizan binti Abu Nasib (K)
: Puan Norhasniza binti Ismail
: Puan Atifah binti Mohammad Shaari
: Encik Muhamad Khairi Imran bin Ramli (K)
: Puan Norshafariza binti Mamat
: Puan Nurulhuda binti Mustaffa (K)
: Puan Artinie binti Mohamed Ariffin
: Puan Falilnisa binti Hasbullah
: Puan Haslina binti Sidik
: Encik Agus Ghazali (K)
: Encik Ahmad Rosdi

Autograf

Autograf

Sekalung Apresiasi Seindah Kenangan

Selamat bersara diucapkan kepada

Puan Normadiah binti Md Nazri

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Ayam itik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga;

Nama yang baik jadi kenangan,
Seribu tahun terkenang juga.

Seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan ribuan terima kasih kepada

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

Pengerusi JKKK FELDA Panching Selatan
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK (LKTP) Panching Selatan

Ibbapa / Penjaga SK (LKTP) Panching Selatan
Semua Guru dan Staf SK (LKTP) Panching Selatan
serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version