DIHASILKAN OLEH : INFLASI ISU EKONOMI MALAYSIAGPPP1092 * GISC1082 KUMPULAN : PPT1S2-10 DISEDIAKAN UNTUK : PN. ZUHAIDA BINTI DATO HJ ZAINAL ABIDIN DR. WU KAM YIN NUR ADEEBA NATASHA BINTI RAZAK 2023172310038 051206010758 NOOR ADIBAH HANIM BINTI ARIFIN 2023172310037 040211030688 NURUL AIN NAZIRAH BINTI MOHD ZAID 2023172310039 040123101386
06/03/2024 06/03/2024 NATASHA NAZIRAH ADIBAH
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 01 Pengenalan PPPM dan Isu Ekonomi Semasa 1 02 Aspirasi dan Hala Tuju dalam PPPM 2-5 03 Latar Belakang 6 04 Punca Inflasi 7-8 05 Implikasi Inflaasi Terhadap PPPM 9-11 06 Cadangan Penambahbaikan 12-13 07 Kesimpulan 14 08 Soal Jawab 15 09 Rujukan 16 ISI KANDUNGAN
01 PENGENALAN PPPM 2013-2025 adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara. Penghasilan pelan ini mengambil kira input daripada pelbagai sumber termasuk laporan penyelidikan serta pandangan daripada pakar pendidikan, warga pendidikan, ibu bapa dan rakyat. Pelan ini mempunyai lima aspirasi utama yang ingin dicapai iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan serta mempunyai tiga gelombang. PPPM & ISUEKONOMI SEMASADalam menghadapi cabaran global dan perubahan ekonomi, Malaysia perlu memastikan kestabilan ekonomi, pelaburan yang mampan dan pembangunan lestari. Isu seperti inflasi, pengangguran dan ketidaksetaraan pendapatan perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkuasa dan masyarakat. Oleh itu, masyarakat harus memahami dan mengatasi isu-isu ekonomi semasa agar matlamat PPPM dapat dicapai. 1
LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Sistem pendidikan negara mempunyai lima aspirasi antaranya ialah ialah akses dimana Malaysia menggalakkan setiap kanak - kanak untuk mendapat layanan dan akses yang sama rata dalam bidang pendidikan tanpa mengira latar belakang . Seterusmya kualiti pendidikan di negara kita dilihat semakin merosot oleh itu kerajaan dan pendidikan mestilah menambahbaik prestasi pendidikan di negara kita agar lebih maju dan hebat berdasarkan tanda aras sistem pendidikan antarabangsa agar dapat mengikut standard pendidikan negara maju yang lain. Di samping itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan persepakatan dalam kalangan murid di sekolah kerana boleh mengakibatkan wujudnya jurang ekuiti antara murid dengan guru. Di samping itu, para pendidik mestilah bersatu padu dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid agar ksefahaman antara kaum dapat dijalinkan. Oleh itu, kita dapat lihat kerajaan telah berbelanja besar dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan untuk memastikan berlakunya kemenjadian murid agar pelaksaan berkecekapan tinggi dalam sistem pendidikan di Malaysia berkesan. 02 ASPIRASI DAN HALA TUJU 2
Setiap murid di negara Malaysia mempunyai potensi dan kemahiran diri masing - masing mengikut kemampuan diri . Kita dapat lihat dalam enam aspirasi murid terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, kepentingan berpengetahuan , etika dan kerohanian serta identiti nasional . Dari segi kepentingan berpengetahuan , murid - murid mestilah didedahkan dengan pelbagai ilmu tidak kiralah dari segi kemahiran mahupun akademik kerana umum mengetahui dengan adanya ilmu di dada dapat membantu murid untuk menyeimbangi pemikiran kreatif , penyelesaian masalah , inovasi dan kepimpinan agar seiring dengan cara pembelajaran abad ke - 21. Dalam kaca mata yang lain , kemahiran berfikir aras tinggi amat digalakkan dalam kalangan murid kerana berfikir boleh dikatakan sebagai proses kognitif yang membolehkan maklumat diperolehi , pengetahuan berkembang dan ilmu dapat dijana dengan baik. Bagi membolehkan kita dapat melayakkan negara kita di peringkat global, kemampuan menginovasi , menjana kemungkinan baharu dan mencipta idea atau pengetahuan baharu amatlah diperlukan ENAM ASPIRASI MURID 3
ENAM ASPIRASI MURID Di samping itu , bagi melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berintegriti mestilah dipupuk sejak sekolah rendah lagi dengan menerapkan perasaan bertanggungjawab dan amanah dalam memastikan sesebuah organisasi diuruskan dengan baik dan jujur . Hal ini kerana , tidak semua insan mempunyai kebolehan memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan kerana untuk memastikan kecemerlangan dan keharmonian sesuatu kelompok , institusi , masyarakat dan negara serta kelangsungan pada masa depan. Seterusnya , Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantara dalam sistem pendidikan Malaysia manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan merupakan bahasa komunikasi antarabangsa. Bagi menguasai bidang sains dan teknologi , penguasaan bahasa Inggeris yang baik amat penting sekali kerana kebanyakan bahan bacaan adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu , guru - guru di sekolah rendah mestilah menekankan penggunaan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seimbang dalam percakapan mahupun penggunaan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam erti kata lain , sistem pendidikan pada zaman sekarang semakin mencabar dan berkesan akan dapat mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi sebarang cabaran di masa hadapan , bijak membuat keputusan dalam keadaan genting dan berani menegakkan kebenaran kerana wujudnya masyarakat yang berfikiran ke hadapan tanpa mengambil kira kata - kata orang sekeliling . Oleh itu , dengan adanya nilai etika dan kerohanian menjadikan ilmu dan kemahiran diaplikasikan dengan cara yang betul. Justeru itu , Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa di bawah sebuah payung yang sama . Kita dapat lihat apabila masyarakat di Malaysia bersatu padu dalam mencapai matlamat identiti nasional ini dengan cara memahami perbezaan dan bertolak ansur serta menghormati antara satu sama lain. 4
Hala tuju anjakan ke-7 dalam PPPM mengajurkan pemanfaatan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Penerapan TMK ini di dalam pendidikan adalah bertujuan untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran, membawa kepada pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan interaktif. HALA TUJU ANJAKAN KE-7 DALAM PPPM TMK juga mendedahkan pengenalan kaedah pengajaran yang inovatif dan berkesan. Di samping itu, penggunaan aplikasi, perisian pembelajaran yang interaktif dan simulasi dalam pengajaran dapat meningkatkan tahap penyerapan pelajar terhadap konsep yang diajar. hal ini memberi peluang untuk menjadikan sesi pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan membolehkan pengalaman praktikal yang lebih mendalam. Sebagai warga pendidik, penggunaan TMK membolehkan mereka menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif dan menarik. platform pembelajaran dalam talian, forum perbincangan dan alat penilaian automatik meerupakan beberapa contoh cara TMK yang mampu menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, penggunaan TMK iaitu anajakan yang ke-7 memberi impak yang positif kepada kualiti pembelajaran di Malaysia. Secara tuntas dan bijaksana, integrasi TMK dapat membentuk generasi pelajar yaang lebih mudah menyesuaikan diri dan berdaya saing dalam era global yang semakin canggih dari segi teknologi. 5
inflasi membawa maksud kenaikan secara umum pada harga barang. Apabila inflasi berlaku, barangan yang boleh dibeli oleh setiap ringgit akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi. 03 LATAR BELAKANG INFLASI Secara ringkasnya, inflasi sebenarnya akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Sebagai contohnya, RM1 pada hari ini tidak boleh lagi membeli barang yang sama seperti hari sebelumsebelumnya. 6 Secara umumnya, inflasi akan sedikit sebanyak akan terus memberi impak kepada pengguna. Hal ini kerana kuasa beli pengguna akan semakin berkurangan. Akan tetapi, jika pendapatan pengguna meningkat, impak yang dirasai akan berkurangan, malah mungkin tidak akan memberi kesan kepada pengguna. Punca inflasi boleh didapati dalam dinamik penawaran dan permintaan dalam ekonomi. Pertama, peningkatan ketara dalam permintaan bagi barangan dan perkhidmatan boleh menggalakkan pengeluar menaikkan harga. Tuntasnya, inflasi akan mempengaruhi setiap aspek dalam kehidupan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana kenaikan harga akan menyebabkan nilai wang menurun. Kesannya akan dapat dirasai oleh masyarakat dalam pelbagai bentuk seperti peningkatan kos sara hidup, memusnahkan kuasa beli simpanan dan mewujudkan ketidaktentuan kewangan.
Pandemik COVID 19 telah memberi kesan yang ketara terhadap ekonomi global, termasuk Malaysia. Antara faktor yang menyebabkan inflasi disebabkan pandemik COVID 19 adalah pelaksanaan kawalan pergerakan (MCO) yang telah mempengaruhi aktiviti ekonomi. Ketika MCO dilaksanakan, sebarang perniagaan secara fizikal terpaksa dihentikan yang menyebabkan pengurangan pengeluaran. Namun, perasaan panik yang dihadapi oleh rakyat telah mengakibatkan permintaan yang tinggi terhadap barangan kesihatan dan makanan. Rakyat telah membeli barangan tersebut dengan kuantiti yang banyak. Ketidakseimbangan ini menyebabkan kenaikan harga dan berlakunya inflasi. 04 PUNCA INFLASI PANDEMIK COVID 19 PERMINTAAN EKONOMI YANG TINGGI Salah satu punca inflasi di Malaysia adalah permintaan yang tinggi dalam ekonomi melebihi penawaran. Apabila permintaan pengguna untuk barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, hal ini akan mengakibatkan pengeluar cenderung untuk meningkatkan harga produk untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi mengekalkan keseimbangan antara penawaran dan permintaan. 7
Petroleum atau lebih dikenali sebagai minyak mentah adalah sebarang bahan campuran hidrokarbon yang senang terbakar dan biasanya ditemui dalam strata batu. Petroleum merupakan komoditi yang berkait dengan kehidupan manusia . Di Malaysia , kawasan lembangan hidrokarbon utama ialah Lembangan Melayu yang berdekatan dengan luar pesisir pantai Terengganu.Petroleum juga merupakan salah satu faktor berlakunya peningkatan atau penurunan ekonomi di Malaysia . Jika berlakunya kenaikan harga petrol akan mengakibatkan kenaikan keperluan atau komoditi yang lain contohnya makanan , bahan mentah dan sebagainya. Kita dapat lihat apabila berlakunya peningkatan harga petroleum akan mengakibatkan perubahan pendapatan dari negara pengimport kepada negara pengeluar. Umum mengetahui jika berlakunya kenaikan harga petroleum maka secara jelasnya kenaikan harga barang turut dipengaruhi PERUBAHAN HARGA PETROLEUM 8
Implikasi inflasi menyebabkan murid yang tidak berkemampuan dan miskin tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Hal ini kerana kadar inflasi yang tinggi menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara umum. Ini termasuk kos buku teks, peralatan sekolah, pakaian seragam dan makanan di kantin sekolah. Murid yang berasak dari keluarga miskin akan mengahadapi kesulitan dalam membeli keperluan tersebut yang boleh menyebabkan keciciran dalam pelajaran. 05 IMPLIKASI INFLASI TERHADAP PPPM 1.MURID YANG MISKIN TIDAK MENDAPAT PENDIDIKAN YANG SEMPURNA 9
Peningkatan kos sara hidup sememangnya akan memberi tekanan kepada keluarga, terutamanya kepada ibu bapa kerana ia menjejaskan keupayaan mereka untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik untuk pelajar. Hal ini kerana ia mungkin akan mengehadkan akses pelajar kepada program pendidikan tambahan seperti kelas tuisyen kerana ibu bapa terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk keperluan asas yang telah meningkat harganya seperti makanan, minyak dan barangan lain. dalam pada itu, sekolah dan institusi pendidikan mungkin akan dipaksa untuk menaikkan yuran atau meminta sumbangan daripada ibu bapa untuk menampung kos operasi yang semakin meningkat akibat berlakunya inflasi ini. 2.TEKANAN KEPADA IBU BAPA 10
Inflasi akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang besar kerana akan berlaku peningkatan dari segi pembiayaan yuran sekolah , akses internet , pengangkutan dan banyak lagi. Menjelang era modenisasi ini , kebanyakan isi rumah boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang , jelaslah disini pendapatan yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan untuk belajar. Hal ini demikian kerana kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan sudah tentu akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang yang diangkut. Bukan itu sahaja , ada segelintir golongan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dengan sesuka hati . Selain itu , terdapat juga sesetengah golongan yang turut bertindak “menangguk di air yang keruh ”. Mereka telah menaikkkan barangan sekolah contohnya dari segi peralatan , alat tulis dan banyak lagi dengan menggunakan alasan yang kos pengangkutan dan penghantaran telah meningkat dengan mendadakHal ini disebabkan oleh kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa dan menyebabkan rakyat dan golongan peniaga yang terkesan teruk. 3.PERBELANJAAN YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG SEMPURNA 11
Kerajaan boleh memberikan subsidi, bantuan dan insentif kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan untuk mengurangkan bebanan disebabkan kesan inflasi. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengadakan pemberian keperluan makanan seperti beras dan minyak masak serta pemberian subsidi petrol dan diesel. 06 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INFLASI TERHADAP PPPM i. Subsidi dan bantuan ii. Mengawal harga barangan dengan berkesan Kenaikan harga barangan dapat memberi kesan kepada kos sara hidup dan pendidikan. Dengan mengawal harga, kita dapat mengekalkan kestabilan kos dalam sektor pendidikan. Oleh itu, barang keperluan persekolahan seperti buku teks dan alat tulis dapat digunakan oleh semua murid. Malah, keluarga dan individu juga dapat memenuhi keperluan asas tanpa mengorbankan pendidikan. 12
kerajaan mesti mengambil langkah untuk mengurangkan kos pendidikan seperti menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dan memantau kenaikan yuran pengajian. Dari sudut lain, menurut Taufiq Ismail, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, kerajaan perlulah beransur-ansur meneroka kaedah pengajian hibrid dan pengajian dalam talian sebagau mod pengajian utama di samping menjimatkan kos pengajian. iii. Pelaksanaan dasar pengurangan kos pendidikan iv. Mengetatkan undang - undang dan melakukan pemeriksaan Pihak kerajaan mestilah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membanteras sebarang kenaikan harga barangan secara melampau. Selain itu , mengenakan denda agar pelaku sedemikian tidak mengulangi balik perlakuan mereka yang menganiaya pembeli 13
Sebagai kesimpulan, isu ekonomi semasa seperti inflasi sangat berkait rapat dengan Pelan Pembangunan Malaysia. Pendidikan bagi murid-murid amat penting bagi membentuk generasi muda yang berjaya, berkualiti, berintegriti dan berkemahiran sehingga dapat menyumbang tenaga dan kemahiran kepada pembangunan negara. Oleh yang demikian, pelbagai pihak seharusnya bekerjasama dalam memastikan PPPM dapat dijayakan agar mampu melahirkan modal insan yang bertarad dunia. 07 KESIMPULAN 14
APAKAH PERANAN MASYARAKAT DALAM MEMASTIKAN EKONOMI MALAYSIA DAPAT DIPERTINGKATKAN DARI MASA KE SEMASA? 1. 2. BAGAIMANAKAH INFLASI DAPAT MEMBERI IMPAK KEPADA MASYAKAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH? 3. SEBAGAI SEORANG PENDIDIK , APAKAH TINDAKAN ANDA UNTUK MEMBANTU MURID - MURID YANG TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN ? 4. APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KADAR INFLASI SEMAKIN MENINGKAT SEHINGGA MEMBERI KESAN KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA KITA? SOAL JAWAB 15
Bernama. (2022, March 30). Kesan pandemik kepada inflasi pengguna secara umumnya dapat dibendung setakat ini. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kesanpandemik-kepada-inflasi-pengguna-secara-umumnyadapat-dibendung-setakat-ini-bnm-354356 RUJUKAN Rohman. (2024). 4 Faktor inflasi di Malaysia: penyebab, kesan, dan penyelesaian. Cerdika Malaysia. https://cerdika.com/my/faktor-inflasi-di-malaysia/ Jaz International. (2023, November 13). Inflasi dan kesannya terhadap sosio-ekonomi rakyat Malaysia. Jaz International. https://jaz-international.com.my/inflasi-dan-kesannyaterhadap-sosioekonomi-rakyat-malaysia/ Norawazni Yusof. (2023, 18 September). Terpaksa naik harga makanan jika barang keperluan terus melonjak. SinarHarian. https://www.sinarharian.com.my/article/279538/edisi/pa hang/terpaksa-naik-harga-makanan-jika-barangkeperluan-terus-melonjak#google_vignette 16 Fokusmyadmin. (2021, Julai 4). Ekonomi 101: Apa itu inflasi?. Fokus. https://fokus.my/ekonomi-101-apa-itu-inflasi/