MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 2
PRAKATA
Ebook Mudahnya Beli Rumah Lelong ini telah dihasilkan oleh
www.jomrumahlelong.com. Tujuan penghasilan ebook ini adalah untuk
memberi pendedahan dan panduan kepada masyarakat umum amnya, dan
khusus kepada pelabur atau anda yang berhasrat untuk membeli rumah secara
lelongan. Sebarang edaran, jualan, ulang cetak dalam apa jua bentuk dan cara
sekalipun untuk mendapatkan hak dan keuntungan individu dari terbitan ini
adalah dilarang sama sekali.
Anda tidak dibenarkan untuk mengedar atau menyebarkan panduan ini
kepada rakan – rakan atau sesiapa sahaja bagi tujuan untuk menyokong hasil
usaha penulis dalam penghasilan ebook ini.
Terima kasih.
Shafie Bustan, Lokman Hamdan
Ogos 2017
www.jomrumahlelong.com
www.pie2020.com
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 3
ISI KANDUNGAN
Pengenalan : Apa Itu Rumah Lelong……………………………………………..….. 4
Kenapa Sesebuah Rumah Itu Dilelong………………………………………………10
Peluang & Kelebihan Beli Rumah Lelong………………………………….……….13
Risiko Yang Perlu Diketahui Sebelum Membeli Rumah Lelong…………..24
Mudahnya Beli Rumah Lelong………………………………………………..……….33
Bonus Case Study…………………………………………………………………………..43
Penutup……………………………………………………………….………………………..62
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 4
PENGENALAN
Apa Itu Rumah Lelong?
Di dalam pelaburan hartanah, terdapat pelbagai cabang atau cara pembelian
yang boleh anda lakukan bagi tujuan pelaburan. Ini termasuklah melalui
pembelian rumah secara undercon (rumah dalam pembinaan), pembelian
secara subsale (rumah daripada owner) ataupun pembelian secara lelongan.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 5
Dalam mencari peluang pelaburan yang “terbaik” bagi diri anda, anda perlulah
jelas di mana pembelian rumah secara lelongan hanyalah merupakan salah
satu cara (tools) bagi anda merealisasikan matlamat kewangan anda. Andai
kata terdapat peluang - peluang (deals) rumah subsale yang jauh lebih rendah
harganya daripada harga lelongan, saya menggalakkan anda untuk
membelinya.
Bagi saya sendiri, personally sudah tentu saya memilih pelaburan melalui
hartanah lelong. Saya sudah merasai keuntungan pembelian sama ada melalui
sewaan dan penjualan semula. Malahan hingga ke hari ini, masih terdapat
deals yang menarik untuk dibeli. Apa yang anda perlu ada hanya sedikit
kesabaran dan wang yang secukupnya untuk pembelian. Semestinya, hartanah
lelong menjadi salah satu cara yang lumayan untuk menjana keuntungan
melalui pelaburan hartanah.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 6
Apa itu Rumah Lelong?
Rumah lelong ialah rumah yang dijual oleh pihak bank ataupun pihak individu
secara lelongan. Ini termasuklah rumah jenis flat, apartment, kondominium,
teres mahupun banglo dan penthouse. Lelongan ini dilaksanakan oleh pihak
pelelong berlesen yang dilantik oleh bank atau pihak individu.
Terdapat dua jenis lelongan, iaitu:-
i) Lelongan awam
ii) Lelongan mahkamah/pejabat tanah.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 7
Lelongan awam merupakan lelongan yang dijalankan oleh pihak pelelong di
kawasan awam seperti di dewan lelongan atau hotel. Lelongan Mahkamah
pula merupakan lelongan yang dijalankan pihak pelelong di Mahkamah atau
Pejabat Tanah.
Ada yang bertanya pada saya, “jadi, apa perbezaan antara lelongan awam dan
lelongan mahkamah ni?”
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 8
Perbezaan ketara antara lelongan awam dan lelongan mahkamah secara
teknikalnya lelongan mahkamah/pejabat tanah adalah untuk hartanah yang
sudah memiliki geran individu atau strata bagi rumah bertingkat. Selebihnya
hartanah akan dilelong di pejabat pelelong biasa.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 9
Perlu diingat untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko
pelaburan anda, harga dan lokasi memainkan peranan yang sangat PENTING
sebelum pembelian dilakukan. Untuk itu, ILMU dan PENGALAMAN
memainkan peranan yang mustahak bagi anda sebelum melangkah ke dalam
pelaburan hartanah lelong ini.
Buat pengetahuan anda, harga hartanah lelong biasanya lebih rendah
daripada harga pasaran dan berpotensi menjadi pembelian yang berbaloi.
Walau bagaimanapun, tiada satu pun pelaburan yang bebas daripada risiko.
Jadi anda harus sedar akan perangkap yang mungkin wujud sekiranya anda
ingin membeli hartanah lelong.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 10
Kenapa Sesebuah Rumah Itu Dilelong
Persoalan ini sebenarnya, ramai yang bertanyakan pada saya. Sebelum kita
melangkah lebih jauh pada PELUANG dan RISIKO pembelian rumah secara
lelongan ini, suka untuk saya terangkan pada anda kenapa sesebuah rumah itu
dilelong.
Rumah akan dilelong apabila tuan rumah / peminjam GAGAL membayar
tunggakan ansuran (installment) dalam tempoh yang dijanjikan kepada pihak
bank.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 11
Kebiasaanya rumah akan dilelong apabila tunggakan ansuran menjangkau 6
ke 7 bulan. Setelah itu, notis untuk peringatan pembayaran akan dihantar
beberapa kali oleh pihak bank bagi menyelesaikan tunggakan. Jika pihak
peminjam masih lagi culas untuk membuat pembayaran, barulah hartanah
akan dilelong. Pihak bank akan melantik pelelong sebagai wakil jualan dalam
melelongkan sesuatu hartanah.
Hartanah yang dilelongkan biasanya dijual dengan permulaan harga rizab
20%-50% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Penetapan harga rizab ini
TIDAK sama sekali mengambil kira baki pinjaman pemilik lama. Anda juga
sebagai pembeli TIDAK menanggung hutang pemilik lama. Perlu diingat di
sini bahawa hutang pemilik lama dengan bank sama sekali tiada kena
mengena dengan anda sebagai pembeli.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 12
Pembida yang berminat perlu membuat bidaan harga bersama penawar-
penawar lain (jika ada) melalui pelelong berlesen. Namun begitu sekiranya
sesebuah rumah itu tiada pembida pada hari lelongan, harga rumah lelong itu
akan di turunkan 10% untuk lelongan seterusnya berdasarkan pada harga
lelong yang lepas.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 13
Peluang & Kelebihan Beli Rumah Lelong
1. Harga Yang Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran
Tahukah anda, dianggarkan lebih kurang 100 ke 150 buah hartanah di
isytiharkan untuk dilelong setiap hari. Hampir setiap hari juga akan ada
rumah dan hartanah yang akan dilelong.
Kenapa untung anda membeli rumah lelong? Ini adalah kerana harga
jualan lelong kebiasaanya adalah lebih murah berbanding harga pasaran
semasa. “Money is Made When You Buy Not Sell”.
Bagi memudahkan anda untuk membuat perbandingan, berikut disertakan
contoh rumah lelong yang telah beberapa kali dilelong..
(i) Lelongan kali pertama;
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 14
(ii) Lelongan kali kedua;
(iii) Lelongan kali ketiga;
(iv) Lelongan kali keempat;
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 15
Dapat dilihat seperti gambar di atas, rumah ini telah dilelong sebanyak 4 kali.
Bagi setiap kali penurunan, 10% telah diturunkan kerana ketiadaan pembida
yang berminat. Penurunan 10% ini adalah berdasarkan pada harga rizab
semasa setiap lelongan. Sudah tentu, harga yang semakin menurun ini akan
menarik pembeli yang berhasrat menunggu sehinggalah harga rumah turun
lebih murah.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 16
Dari pengalaman saya dalam lelongan, harga rumah lelongan yang terlampau
murah akan menarik ramai pembida yang berminat. Elakkan daripada harga
rumah lelong jatuh sehingga betul – betul murah baru anda membeli. Ini
kerana apabila ramai pembida lain turut membida disebabkan harga yang
murah, kebiasaanya harga lelongan akan dibida naik dengan tinggi. Bahkan,
adakalanya harga yang dibida jauh lebih tinggi daripada harga rizab yang
dibuka semasa lelongan kali pertama.
2. Pulangan atas Sewaan
Rumah lelong yang telah dibeli disewakan kembali kepada penyewa.
Kiraan yang mudah bagi anda dalam penetapan kadar sewa adalah dengan
menyewakan rumah lebih pada harga ansuran (installment) bank.
Kebiasaanya, kadar sewa yang ingin ditetapkan bergantung pada harga
pasaran sewa bagi sesebuah tempat. Di tempat – tempat yang padat seperti
di Bangsar, kadar sewa sebuah flat boleh mencecah sehingga Rm1000
sebulan bagi basic unit!
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 17
Cara yang paling senang untuk melihat kadar pasaran sewa sesebuah
tempat? Anda boleh melayari mudah.my atau ibilik.my untuk membuat
kajian permintaan dan kadar sewa sesebuah tempat.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 18
3. Pulangan atas kenaikan harga rumah pada masa hadapan
Jika dilihat perbandingan di antara harga rumah masa kini dan 5 tahun
lepas, pasti anda perasan terdapat perbezaan kenaikan yang ketara. Jika
dahulunya Flat di Kuala Lumpur terdapat banyak pilihan di bawah
RM100k, sekarang tidak lagi.
Contohnya 5 tahun lepas harga pasaran bagi Flat Penara di Tasik
Permaisuri Cheras dekitar RM120k, kini harga pada tahun 2017 harga
pasaran 1 unit mencecah Rm200k!
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 19
Anda boleh menyemak harga jualan semasa kawasan yang anda mahu di
brickz.my atau propertyconnection.my. Untuk maklumat yang lebih tepat,
anda boleh berhubung terus dengan pihak bank.
4. Pilihan lokasi yang lebih luas
Anda boleh memilih rumah di pelbagai lokasi yang pastinya dapat dilihat
pembangunannya. Jika anda ingin mencari rumah untuk pelaburan, maka
anda perlu memilih lokasi yang berhampiran dengan pengangkutan awan.
Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang terletak
dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai kadar sewa
yang lebih mahal.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 20
Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang sebegini.
Mudah untuk dijual atau sewa bila harga pasaran meningkat kelak.
Di dalam Malaysia sendiri, terdapat 14 buah negeri termasuk Wilayah
Persekutuan. Anda boleh melayari http://www.jomrumahlelong.com/
“Malaysia’s First Auction Training and Database Center” untuk melihat
senarai lengkap rumah lelong bagi Seluruh Malaysia. Sehingga kini,
terdapat lebih dari dua ribu unit senarai rumah lelong terkini telah
dimasukkan.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 21
Anda bebas untuk membuat research unit lelongan bagi kawasan yang ada
target. Masukkan daerah atau lokasi yang anda target pada search box bagi
memastikan terdapat unit lelongan terbaru. Jika persediaan dari segi
kewangan modal dan kelayakan pinjaman telah tersedia, anda boleh terus
mula untuk memburu unit lelongan!
5. Pelbagai Pilihan Harga Di Pelbagai Lokasi
Sejak dari tahun 2016, senarai rumah untuk dilelong telah meningkat
dengan ketara. Anda kini boleh memilih rumah lelong di pelbagai kawasan.
Untuk permulaan, carilah hartanah yang berhampiran dengan lokasi
tempat tinggal anda supaya lebih mudah untuk diuruskan.
Selain dari lokasi yang pelbagai, anda juga memilih hartanah mengikut
kemampuan anda. Tak salah jika mulakan dari hartanah yang murah, siapa
tahu sikit sikit lama lama jadi bukit. Rumah lelong biasanya mempunyai
kemudahan seperti kedai yang telah tersedia dan beroperasi. Tambahan
pula, anda dapat mengelakkan risiko rumah tidak disiapkan oleh pemaju
(rumah baru).
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 22
Sebagai contoh, katakan anda ingin membeli rumah secara lelongan di
Selangor (buka http://www.jomrumahlelong.com/). Disebabkan anda
tiada idea untuk mencari kawasan yang specifik, maka anda ingin melihat
– lihat terlebih dulu berapakah harga buka yang ada terkini.
Anda boleh sort senarai rumah lelong bermula dari yang terendah dengan
klik pada button Lowest Price.
Dari carian yang dihasilkan, terdapat lebih 200 buah rumah lelong terkini
bagi Negeri Selangor. Pilih harga buka yang mengikut bajet anda dan lebih
bagus, dekat dengan tempat tinggal terkini.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 23
6. Boleh Beli Rumah Kos Rendah Tanpa Had
Untuk pembelian rumah kos rendah, anda perlu memenuhi syarat-syarat
kerajaan negeri seperti
i. Bermastautin atau bekerja di negeri Selangor.
ii. Satu keluarga satu permohonan saja.
iii. Pemohon atau Suami/Isteri pemohon belum memiliki rumah
samada melalui projek kerajaan atau swasta.
Walaubagaimanapun, untuk rumah lelong tiada sekatan untuk pembelian
rumah kos rendah. Anda bebas membeli seberapa banyak rumah kos
rendah tanpa had. Namun yang demikian, sekiranya anda ingin menjual
kembali rumah kos rendah tersebut syarat-syarat ini akan kembali
terpakai.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 24
Risiko Yang Perlu Diketahui Sebelum Membeli Rumah Lelong
1. Kalah Lelongan/ Unit Called Off
Apa itu istilah called off dalam lelongan? Ia bermaksud unit yang akan
dilelong, telah dibatalkan lelongannya. Kenapa dibatalkan? Ok, mari kita
kembali ke asas kenapa sesebuah rumah itu dilelong. Ini adalah kerana
pemilik rumah mempunyai tunggakan hutang dengan bank. Oleh kerana
pemilik tersebut tidak dapat membayar tunggakan tersebut, bank telah
melelong hartanahnya. Jadi untuk konteks called off itu tadi, pemilik
rumah telah membayar semula tunggakan tersebut dan menyebabkan
lelongan dibatalkan serta merta.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 25
Anda diingatkan supaya sentiasa bersedia dengan kebarangkalian ini
kerana lelongan yang dibatalkan tidak tentu waktunya. Bahkan selepas
anda telah mendaftar untuk masuk lelongan, ia juga boleh dibatalkan.
Kalah atau menang adalah perkara biasa. Tapi apakah yang perlu anda
lakukan jika kalah? Mudah sahaja. Carilah unit lain yang lebih berpotensi.
2. Menang Over Market Value
Sebelum membida mana-mana rumah lelong, anda dinasihatkan supaya
membuat semakan harga pasaran rumah tersebut terlebih dahulu. Ini bagi
menggelakkan anda daripada membida harga lebih dari harga pasaran.
Apakah kesan membida rumah lelong dari harga pasaran? Tahukah anda,
kebanyakkan bank tidak akan memberikan pinjaman perumahan jika
harga menang lelongan tersebut melebihi dari harga pasaran.
Cuba fikirkan semula, tujuan anda membeli rumah lelongan oleh bank
kerana anda mahu membeli lebih murah daripada harga pasaran. Jadi
kenapa anda perlu bida sehingga terlebih dari harga pasaran. Ingat, jangan
ikutkan perasaan semasa berada di dewan lelongan. Anda boleh mencari
unit lain yang lebih berbaloi harganya.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 26
Kesilapan yang besar para pelabur adalah menang hartanah lelong
melebihi harga pasaran. Impak yang pertama adalah dari segi loan. Bank
cuma memberikan 90% pinjaman berdasarkan harga pasaran. Jika harga
menang lebih tinggi dari harga pasaran maka anda terpaksa lah top up
cash perbezaan tersebut.
Impak yang seterusnya, kos - kos sampingan rumah lelong seperti kos
repair, kos lawyer akan menambahkan lagi harga pembeli rumah lelong
tersebut. Jadi, ianya tidak berbaloi untuk anda bid lebih tinggi dari harga
pasaran. Semak harga pasaran satu satu hartanah dengan pihak valuer,
bank atau pun anda boleh masuk website di brickz.my.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 27
3. Loan Tak Lulus
Sebelum masuk lelongan, ini ialah perkara yang paling penting yang ingin
saya highlight kan. Ramai dari kita yang sekadar membuat anggaran
kelayakan loan mereka. Perlu diingatkan, pihak bank tidak hanya merujuk
kepada jumlah gaji sahaja untuk perlepasan loan. Pihak bank akan menilai
dari segi komitmen dan juga rekod ccris anda. Jadi amatlah penting untuk
anda membuat semakan dahulu dengan pihak bank.
4. Tunggakan Utiliti Yang Tinggi
Selain berhutang dengan pihak bank, pemilik rumah juga biasanya
mempunyai tunggakan hutang utility yang tinggi seperti tunggakan
maintenance. Ada sesetengah bank yang menanggung tunggakan
maintenance tersebut. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan membuat
semakan terlebih dahulu sebelum membida sesebuah rumah supaya anda
tidak terperangkap dengan bebanan hutang pemilik rumah yang lama.
Berikut disertakan jenis-jenis semakan:
(i) Semakan maintenance: JMB bangunan
(ii) Semakan cukai tanah: Pejabat Tanah
(iii) Semakan cukai pintu: Majlis Perbandaran
(iv) Semakan elektrik: TNB
(v) Semakan air: SYABAS
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 28
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 29
5. Owner Tak Nak Keluar
Ada sesetengah rumah, masih terdapat penghuni di dalamnya. Perlu anda
tahu bahawa pihak bank hanya melelong rumah tersebut seperti sedia ada.
Ini bermakna, jika masih ada penghuni di dalam rumah tersebut, anda
selaku pemilik baru bertanggungjawab untuk mengeluarkannya dan ianya
bukan tanggungjawab pihak bank.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya pemilik lama tidak mahu keluar dari
rumah tersebut?
i) Berbincang secara baik (keluarkan notis)
ii) Beri wang deposit untuk pemilik mencari rumah lain
iii) Menyediakan pengangkutan seperti lori untuk pemilik pindah
iv) Potong bekalan api dan air
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 30
Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan agen lelong. Agen lelong
akan membantu bagi urusan mengeluarkan penghuni di dalam rumah.
Pengalaman dalam berurusan sepanjang mengeluarkan penghuni banyak
membantu dalam menghadapi satu – satu situasi.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 31
6. Unit Rosak / Tidak Dalam Keadaan Baik.
PENTING! Anda wajib site visit terlebih dahulu unit yang ada ingin bida.
Jangan bida sesuatu yang tak pasti/tak jelas. Perlu diingatkan bahawa
rumah lelong tidak semestinya berada dalam keadaan sempurna. Siapa nak
duduk rumah yang berlubang atapnya atau yang dipenuhi dengan semak
samun.
Kadangkala anda perlu melakukan sedikit pengubahsuaian atau
membaikpulih unit tersebut. Mungkin pada mulanya anda akan terasa
seperti anda telah mengeluarkan modal yang terlalu banyak. Tapi selepas
siap proses penambahbaikan, anda pasti boleh mendapatkan kembali
pulangan anda.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 32
Walaubagaimanapun, ada juga rumah lelong yang cantik dan elok
keadaannya. Ia boleh dianggap bonus kepada anda jika mendapat rumah
dalam keadaan yang baik. Hadiah percuma juga mungkin ada seperti
kipas, lampu, tabletop, mahupun barang perabot yang masih elok.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 33
Mudahnya Beli Rumah Lelong
Anda dah mengetahui apakah risiko dan peluang dalam pembelian rumah
lelong. Nak ikutkan, banyak lagi peluang dan risiko yang saya boleh ulas. Akan
tetapi bagi tujuan pendedahan, saya senaraikan secara umum sahaja. Perlu
diingat disini bahawa, bagi setiap pembelian unit rumah lelong tidak lah sama
situasi dan keadaan yang dihadapi.
Dalam bab ini, saya akan terangkan apa yang perlu anda lakukan sebelum
membeli rumah lelong.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 34
1. Semak Kelayakan Pinjaman (Loan)
Sebelum masuk membida satu – satu unit, anda haruslah menyemak
terlebih dahulu kelayakan loan yang anda lepas. Ini sangat penting supaya
pabila anda menang nanti, bank mudah untuk memberikan anda
pinjaman.
Anda boleh membawa slip gaji tiga bulan kemana-mana bank yang
berhampiran. Beritahu pegawai bank yang ada ingin membuat semakan
kelayakan loan dikawasan yang anda kehendaki.
Amaran keras! Sekiranya anda telah memenangi rumah lelong tetapi
pinjaman loan anda tidak diluluskan, wang deposit anda akan hangus.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 35
2. Semak CCRIS
Central Credit Reference Information System atau juga dikenali sebagai
CCRIS adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat iaitu satu sistem
pangkalan data berkomputer yang bertujuan mengutip, memproses,
menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia
oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila
seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana
bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan
dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini.
Untuk semakan ccris, anda boleh ke Bank Negara. Terdapat kiosk untuk
membuat semakan secara percuma atau pergi sahaja ke laman web CTOS
http://www.ctoscredit.com.my/.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 36
3. Kenal Pasti Lokasi / Kajian tentang unit
Kenal pasti dengan jelas lokasi yang anda ingin bida. Adalah lebih mudah
jika lokasi unit target anda adalah berdekatan atau sekitar dengan tempat
tinggal anda semasa. Mudah bagi anda untuk memantau dan menjaganya
kelak. Selain itu, sudah tentu anda sudah masak dan arif dengan lokasi
sekitar tempat tinggal anda dimana dari segi kemudahan, fasiliti dan
pengangkutan awam yang terdapat semuanya sudah anda dapat agak.
Antara kemudahan dan fasiliti yang boleh anda ambil perhatian
termasuklah : -
i) Fasiliti (sekolah, hospital, kolej atau universiti)
ii) Pengangkutan Awam (Stesen Bas, KTM, MRT)
iii) Kedai (Speedmart, 7 Eleven, Mcdonald)
iv) Akses (Highway, jalan baru buka)
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 37
4. Semak Listing Terkini
Setelah anda mengenal pasti lokasi rumah yang anda ingin beli, seterusnya
anda perlulah menyemak sama ada terdapat unit lelongan terkini yang
ditawarkan oleh bank. Sebagai contoh, katakan anda berminat untuk
membeli unit lelongan di sekitar Shah Alam.
Seperti yang dapat kita lihat dari gambar di atas, terdapat 38 unit senarai
lelongan terkini bagi kawasan Shah Alam. Apa yang perlu anda lihat adalah
pada Harga dan Specifik unit yang ditawarkan. Adakah harga yang
ditawarkan terkini dalam range kemampuan anda dan unit yang
ditawarkan anda kenal lokasi tepatnya.
Jika terdapat unit yang anda minat dan tahu alamatnya, anda amatlah
digalakkan untuk melakukan site visit bagi melihat sendiri keadaan unit
dan persekitaran.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 38
Semasa lawatan site visit, antara perkara yang boleh anda semak
termasuklah :-
i) Adakah unit terdapat penghuni
ii) Semakan bil maintenance dan utiliti
iii) Persekitaran (Terjaga atau tidak)
iv) Kemudahan (Lif, stesen bas terdekat dan kedai)
Perlu diingat di sini bahawa bagi rumah lelongan, anda tidak mempunyai
kebenaran dari bank untuk melihat masuk keadaan rumah.
Sebagai tambahan maklumat, anda juga boleh melihat pada senarai unit
lelongan yang lepas. Maklumat ini anda boleh gunakan untuk melihat
berapakah range harga rizab yang ditawarkan oleh bank dan jumlah unit
lelongan yang telah dilelong pada masa lepas. Maklumat ini boleh
diperolehi dengan memilih pilihan “Expired listing” dan masukkan target
lokasi/unit pada Search box.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 39
5. Persediaan Mental Dan Kewangan
Persediaan kewangan seperti yang anda maklum, untuk masuk membida
unit lelongan anda perlulah menyediakan deposit 10% dari harga rizab
dalam bentuk bank draft. Jika anda tidak berjaya membida pada hari
lelongan, bank draft akan dipulangkan selepas sahaja tamat lelongan.
Pastikan penama bank pada bank draft adalah betul sebelum bergerak ke
tempat lelongan. Kesalahan ejaan atau nama yang salah boleh
menyebabkan anda tidak dapat mendaftar masuk lelongan. Pastikan juga
kelayakan pinjaman anda sudah disemak.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 40
Dari segi persediaan mental, anda haruslah bersedia dengan kemungkinan
yang unit called off ataupun harga bidaan yang naik lebih tinggi dari limit
yang anda tetapkan. Nasihat saya, ikut limit yang telah anda tetapkan dan
kawal emosi semasa lelongan. Bidaan harga yang tinggi dan melebihi limit
yang anda tetapkan sebenarnya merupakan salah satu petanda bahawa
unit yang anda bida mempunyai demand.
Jika anda masih lagi tidak yakin dan memerlukan sokongan dalam
membeli unit lelongan, nasihat saya tambah ilmu pengetahuan sebelum
membida unit lelongan. Kesilapan dalam membeli unit lelongan boleh
menyebabkan deposit 10% yang anda letakkan burn begitu saja. Di website
www.jomrumahlelong.com, terdapat perbincangan nota – nota yang mana,
membantu anda untuk menambah lagi ilmu dan pengetahuan terkini
dalam dunia lelongan hartanah.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 41
Di bawah seksyen notes, ada diletakkan notes yang dibahagikan mengikut
keperluan anda dalam pembelian rumah lelong iaitu :-
i) Sebelum lelongan
ii) Semasa lelongan
iii) Selepas lelongan
Penyediaan notes mengikut proses ini adalah bagi membantu anda dalam
pembeliaan rumah supaya risiko anda dapat dikurangkan, malahan lebih
bagus mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
Selain itu, website ini juga adalah bertujuan untuk mengumpulkan
penggiat dan pelabur hartanah yang mempunyai minat sama dalam
pelaburan hartanah, khususnya lelong. Pengumpulan ini juga diharapkan
dapat memberikan sokongan dan bantuan kepada yang baru berjinak –
jinak untuk menceburi bidang pelaburan hartanah lelong.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 42
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 43
Bonus Case Study
Sebagai bonus tambahan kepada anda, saya sertakan REAL CASE STUDY
pembelian unit lelongan yang diuruskan oleh team saya dalam pembelian.
Case Study ini saya sertakan sekali proses lengkap sepanjang pembelian
yang disertakan gambar dan kontrak KHUSUS untuk anda.
Pembeli adalah seorang Pensyarah IPTA dan pembelian adalah bertujuan
bagi untuk mendapatkan pulangan atas sewaan. Bagi tujuan privasi,
terdapat maklumat yang saya blurkan.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 44
Alamat Unit : Block 3, Kondo Rakyat Desa Pantai, Jalan Pantai
Harga Rizab : Murni2, 59200 Kuala Lumpur.
RM 95,000.00
Tarikh Lelongan : 29 Disember 2015
Bank Pelelong : Hong Leong Bank Berhad
Pelelong : Leong Auctioneer
Ketika lelongan, terdapat pembida lain yang turut menyertai bagi membida
unit ini. Butiran di bawah disertakan maklumat harga menang, harga
pasaran dan kadar sewa seperti di mudah.my.
Harga Menang : RM 138,000.00
Harga Pasaran : RM 180,000.00 ke RM 200,000.00
Kadar sewa : RM 950 ke Rm 1300
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 45
Selepas menang lelongan, pelelong akan mengeluarkan kontrak jualan.
Kontrak jualan ini akan dikeluarkan sehari selepas menang lelongan. Ini
adalah Kontrak Jualan lengkap yang dimenangi bagi unit di Kondo Rakyat.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 46
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 47
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 48
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 49
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG 50