TAHUN 6
2021
SITI FATIHAH ZAHRAA BINTI ZULKIFLI
TAHUN 6 BRILLIANT
SEKOLAH KEBANGSAAN
SAUJANA INDAH, NIBONG TEBAL
SPS, PULAU PINANG
BIODATA PELAJAR
NAMA: SITI FATIHAH ZAHRAA BINTI ZULKIFLI
KELAS: 6 BRILLIANT
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH
NAMA GURU MATA PELAJARAN SAINS: PUAN FARAH WAHIDA
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Allah SWT, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan projek Sains bagi
tahun 2021. Saya merasakan tugasan projek ini tidak akan dapat disempurnakan. tanpa
bantuan dan bimbingan guru, rakan-rakan dan ibu bapa saya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru yang banyak membantu iaitu
Puan Farah Wahida. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekelas 6 Brilliant yang telah
banyak menyumbangkan idea-idea yang membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan
ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi
dorongan dan sokongan moral serta sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli
bahan-bahan tugasan projek ini.
Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambah
ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada diri sendiri.
Sekian terima kasih.
PENDAHULUAN
Pandemik Covid-19 telah melanda Malaysia bermula awal tahun 2020 dan pelbagai bentuk
usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menangani dan sekaligus menyelamatkan
nyawa rakyat Malaysia. Salah satu usaha yang diterima pakai sebagai salah satu SOP ataupun
Standard Operation Procedure ialah pemakaian pelitup muka ataupun lebih dikenali sebagai
face mask.
Pelitup muka diperbuat daripada bahan fabrik bukan tenunan atau pun “non-woven fabric”
yang diperbuat daripada plastik seperti “polypropylene” yang mana ianya adalah suatu
polimer termoplastik yang digunakan dalam pelbagai aplikasi dan pembuatan.
Setelah hampir dua tahun pandemik ini melanda dunia khususnya Malaysia, telah timbul satu
masalah berkaitan pembuangan pelitup muka yang mana ianya boleh menyebabkan
terjadinya pencemaran alam sekitar selain dari berkemungkinan terdapat virus Covid-19 yang
boleh merebak kesan daripada pembuangan secara tidak terkawal. Disebabkan salah satu
daripada bahan untuk membuat pelitup muka adalah terdiri daripada plastik, dan telah kita
ketahui bahawa, plastik adalah salah satu sumber utama pencemaran alam sekitar. Selain
daripada itu, kita juga akan melihat kepada tatacara selamat untuk membuang pelitup muka
dengan cara yang lebih selamat dalam proses membendung penularan virus Covid-19.
OBJEKTIF
Melalui projek ini, saya dapat:
1. Mengenalpasti cara mengawal proses pembuangan pelitup muka secara kitar semula untuk
tujuan mengawal pencemaran alam sekitar.
2. Dapat memastikan pelitup muka yang berisiko mempunyai virus Covid-19 dibuang di satu
tempat yang khusus dan sekaligus dapat memastikan kita bersih daripada membawa masuk
virus Covid-19 daripada dapat masuk melalui pintu hadapan rumah kita.
KAEDAH
Kaedah saya ialah melalui pencarian di internet dengan mencari maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan masalah pencemaran alam sekitar dan kawalan penyakit berjangkit dan
cara-cara untuk mengurangkan risiko yang berkaitan penularan virus Covid-19. Saya
mendapat pelbagai maklumat berhubung dengan kajian saya dengan mudah sekali melalui
internet dan pemerhatian lapangan. Sumber daripada internet ini amat banyak dan
membolehkan saya menjalankan projek dengan lebih terperinci
PENGIRAAN KOS BAHAN
Bil Bahan Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1. Botol air mineral terakai - 1 -
2. Bekas makanan terpakai - 1 -
3. Dawai 1
4. Hand Sanitiser 0.50 1 0.50
5.00 5.00
HASIL REKACIPTA
Kit Pembersihan Kendiri Dan Kawalan Pembuangan Pelitup Muka
Gambar objek:
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
Apabila kita pulang ke rumah dari tempat awam, kita perlu membuka pelitup muka sebelum
masuk ke rumah, kita harus menggulung pelitup muka dengan sekecil mungkin dan mengikat
gulungan tersebut menggunakan tali pelitup muka itu sendiri. Setelah itu, kita perlu
memasukan pelitup muka tersebut ke dalam botol melalui tingkap yang telah dibuat di
bahagian atas botol tersebut. Setelah membuang pelitup muka, kita perlu menggunakan hand
sanitiser. Apabila kita telah yakin akan tahap kebersihan, barulah kita masuk ke dalam rumah
dan membersihkan diri dan pakaian.
CADANGAN
Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan supaya merangka satu rancangan untuk
mengetengahkan idea Kit Pembersihan Kendiri Dan Kawalan Pembuangan Pelitup Muka ini
dengan penambah baikan untuk digunakan di semua premis-premis kerajaan, swasta dan
terutamanya di rumah kediaman.
Selain daripada itu, saya juga mencadangkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan
tambahan kepada pusat kitar semula dengan menempatkan satu lagi kotak kitar semula
menjadikannya kotak ke-4 khusus untuk sisa buangan pelitup muka.
RUMUSAN
Kesimpulannya, daripada projek ini, saya mengenal pasti dua manfaat daripada penghasilan
penggunaan kit ini,
1. Kita dapat mengawal pengurangan pencemaran alam sekitar dengan memastikan
pelitup muka yang antara bahan utamanya adalah plastik tidak dibuang merata-rata
dan boleh dikitar semula dengan sebaiknya.
2. Selain daripada isu pencemaran alam sekitar, fokus utama kita pada masa ini adalah
membendung penularan virus Covid-19. Dengan penggunaan kit ini, kita dapat
memastikan buangan pelitup muka terpakai yang berkemungkinan membawa sisa
virus Covid-19 dari memasuki rumah kita.
RUJUKAN
1. Utusan.com.my/Buang-pelitup-muka-dengan-cara-yang-betul/AqilahMior
Kamarulbaid/7Oktober2020
2. Astroawani.com/Ini-cara-buang-pelitup-muka-dengan-betul,selamat/Ridauddin
Daud/4Jun2020.
LAMPIRAN
Botol air mineral, bekas makanan, face mask, hand sanitiser
Potong dalam bentuk seperti di atas untuk dijadikan tingkap.
Dawai untuk mengikat.
Bekas makanan terpakai yang telah ditebuk lubang untuk memasukkan dawai
Pelitup muka terpakai yang telah dibuang ke dalam botol mineral.
Setelah penuh, boleh lah di buang ke pusat kitar semula.
Pusat kitar semula.
Pelitup muka bukan sisa domestik. Jika dibuang merata-rata boleh menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar.
Pelitup muka yang dibuang didalam laut.
Rangkaian Polipropilena
Resin Polimer Termoplastik