The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabiha Yahaya, 2020-05-12 12:03:09

COCU 4: HAIR AND SCALP TREATMENT

RAWATAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA

RAWATAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA

TUJUAN MERAWAT KULIT KEPALA

• Mengekalkan kesihatan rambut dan kulit kepala supaya rambut sentiasa cantik
• Mengatasi masalah kulit kepala seperti kelemumur dan botak

AMALAN SUPAYA RAMBUT DAN KULIT KEPALA
SIHAT

• Rambut hendaklah selalu dicuci
• Rambut dan kulit kepala perlu diberi rawatan yang sewajarnya
• Kulit kepala jenis normal eloklah diberi rawatan sekali seminggu

KEBAIKAN RAWATAN KULIT KEPALA

• Merangsang peredaran darah pada kulit kepala
• Merangsangkan otot dan kelenjar minyak pada kulit kepala
• Menggalakkan pertumbuhan rambut
• Meredakan keadaan kulit kepala yang tegang
• Menyihatkan rambut

LARANGAN RAWATAN RAMBUT DAN KULIT
KEPALA

• Apabila kulit kepala mengalami luka atau terkena jangkitan

• Sebelum mengeritingkan rambut

• Sebelum mewarnakan rambut

• Sebelum mencerahkan rambut

MENYEDIAKAN PELANGGAN

CARA UMUM MENYEDIAKAN
PELANGGAN

1. Minta pelanggan duduk dengan selesa

2. Pilih dan aturkan bahan dan alatan yang perlu

3. Basuh dan basmi kuman tangan anda

4. Kemaskan baju atau kolar blaus pelanggan, pakaikan alas leher untuk
kerja kering atau tuala untuk kerja basah, kemudian pakaikan kep

5. Tanggalkan pin rambut, sikat atau perhiasan rambut daripada rambut
pelanggan

6. Minta pelanggan menyimpan rantai leher, anting-anting dan cermin mata
di dalam beg tangannya

7. Mulakan kerja rawatan yang tertentu.

PERSEDIAAN UNTUK MERAWAT
RAMBUT DAN KULIT KEPALA

1. Sediakan semua alatan yang perlu untuk kulit kepala yang tertentu
2. Sediakan pelanggan
3. Tanggalkan semua pin rambut
4. Sikatkan rambut supaya tidak kusut
5. Beruskan rambut untuk merangsangkan kulit kepala serta menanggalkan

habuk dan kotoran daripada rambut

CARA MEMBERUS RAMBUT

1. Sikat rambut belah tengah

2. Ambil satu bahagian kecil rambut (2.7cm) daripada
belahan tengah tadi seperti dalam rajah di bawah.

3. Pegang rambut dengan tangan kiri kemudian berus
rambut dengan tangan kanan(dari pangkal hingga ke
hujung rambut sambil memusingkan sedikit pergelangan
tangan)

4. Ulangi prosed di atas sebanyak tiga kali

5. Ambil satu bahagian kecil lagi dan ulangi kerja seperti di
atas sehingga meliputi seluruh kepala

6. Lakukan kerja tersebut dengan gerakan yang sama
serta terus-menerus

TEKNIK MANIPULASI ASAS BAGI
KULIT KEPALA

• Mengurut Kulit Kepala

1. Kaedah yang betul mengurut kepala ialah dengan menyusupkan tangan
ke bawah rambut sambal menyentuh kulit kepala.

2. Jari,perut jari serta tapak tangan dapat merangsang otot, saraf dan
saluran darah di kepala.

3. 12 jenis teknik manipulasi









MERAWAT RAMBUT JENIS NORMAL

• Menjaga kebersihan dan kesihatan kulit kepala dan rambut
• Boleh mencegah botak jika diamalkan selalu

MERAWAT RAMBUT JENIS

• Cara Merawat: NORMAL
7. Syampukan rambut

1. Sediakan semua alatan dan 8. Keringkan rambut
bahan rawatan
9. Sapukan losen atau tonik yang
2. Sediakan pelanggan sesuai pada kulit kepala

3. Beruskan rambut selama 5 minit 10. Gayakan rambut

4. Sapukan bahan rawatan untuk 11. Bersihkan tempat kerja
kulit kepala

5. Dedahkan rambut pada lampu
inframerah selama 5 minit

6. Urut kulit kepala selama 10 – 20
minit

LAMPU INFRAMERAH

MERAWAT RAMBUT JENIS KERING

• Rawatan diberi kepada kulit kepala dan rambut yang
sudah lama kekurangan minyak asli

• Gunakan kosmetik yang mengandungi bahan pelembap
dan emolien

• Jangan gunakan sabun, bahan yang mengandungi minyak
mineral/sulfur dan losen yang mengandungi alkohol

CARA MERAWAT RAMBUT

JENIS KERING

1. Sediakan semua alatan dan bahan 6. Urut kulit kepala selama 10 – 20 minit
rawatan 7. Syampukan rambut
8. Keringkan rambut
2. Sediakan pelanggan 9. Sapukan losen atau tonik yang sesuai
3. Beruskan rambut selama 5 minit
4. Sapukan bahan rawatan untuk kulit pada kulit kepala
10. Gunakan elektrod pencakar kaca
kepala. Sekiranya menggunakan
minyak sayuran, sapukan dengan (glass rake) yang disambungkan
cermat dan teliti pada kulit kepala. kepada arus frekuensi tinggi terus
5. Wapkan rambut selama 7-10 minit selama lebih kurang 5 minit untuk
dengan alat pengewap rambut. merangsangkan kulit kepala
Balutkan rambut dengan tuala. 11. Gayakan rambut
12. Bersihkan tempat kerja

Alat Pengewap
Rambut

Elektrod pencakar
kaca (Arus Frekuensi

Tinggi)

MERAWAT RAMBUT JENIS
BERMINYAK

• Kelenjar minyak yang terlalu aktif boleh menyebabkan
minyak keluar berlebihan

• Semasa mengurut, kulit kepala hendaklah dipicit ke atas
dan mengikut arah salur darah dan saraf

• Sebum yang telah keras dalam liang kulit kepala dapat
dikeluarkan jika dipicit dan ditekan dengan betul supaya
kelenjar dapat berfungsi seperti biasa

CARA MERAWAT RAMBUT
JENIS BERMINYAK

1. Sediakan semua alatan dan bahan 7. Syampukan rambut
rawatan
8. Keringkan rambut dengan tuala
2. Sediakan pelanggan
9. Kenakan arus frekuensi tinggi terus
3. Beruskan rambut (bukan kulit kepala) selama 3 – 5 minit
selama 5 minit
10. Sapukan tonik berubat yang
4. Sapukan losen berubat atau ointment mengandungi astringen untuk kulit
berubat pada kulit kepala kepala

5. Dedahkan rambut kepada cahaya 11. Gayakan rambut
lampu inframerah lebih kurang 5 minit
12. Bersihkan tempat kerja
6. Urut kulit kepala.

Lampu Inframerah

Elektrod pencakar
kaca (Arus Frekuensi

Tinggi)

MERAWAT RAMBUT KELEMUMUR

• Tanda adanya kelemumur ialah apabila terdapat sisik-sisik
putih pada rambut dan kulit kepala serta kulit kepala
berasa gatal.

• Sebum menyebabkan sisik-sisik melekat sesame sendiri dan
juga melekat pada kulit kepala

• Terdapat 2 jenis kelemumur – a) jenis kering b) jenis
berminyak

FAKTOR RAMBUT KELEMUMUR

• Memakan makanan tidak • Pembiakan bakteria berlebihan
seimbang semasa pengeluaran peluh dan
• Tidak menjaga kebersihan rambut sebum
dan kulit kepala • Hormonn yang tidak seimbang di
dalam badan
• Jangkitan
• Peredaran darah pada kulit
• Terlalu kerap menyikat rambut kepala tidak berjalan dengan
dan menggaru kepala betul

• Terlalu kerap menggunakan losen • Gangguan emosi, gangguan
beralkohol pada kelenjar minyak dan kurang

• Syampu yang tidak dibilas rangsangan saraf menyebabkan
dengan bersih boleh kelemumur kering
menyebabkan kulit kepala
menjadi kering serta berasa gatal

CARA MERAWAT RAMBUT
KELEMUMUR DENGAN MENGGUNAKAN ARUS

FREKUENSI TINGGI

1. Sediakan semua alatan dan bahan 6. Urut kulit kepala dengan menggunakan
rawatan arus frekuensi tinggi tak terus

2. Sediakan pelanggan 7. Syampukan rambut dengan syampu
berubat yang sesuai
3. Beruskan rambut selama 5 minit
8. Urut kulit kepala dengan elektrod
4. Sapukan bahan rawatan yang sesuai pencakar kaca dengan menggunakan
dengan kulit kepala arus frekuensi tinggi terus

5. Dedahkan rambut kepada cahaya 9. Sapukan losen atau bahan rawatan
lampu inframerah lebih kurang 5 minit yang sesuai

10. Gayakan rambut

Lampu Inframerah

Elektrod pencakar
kaca (Arus Frekuensi

Tinggi)

Latihan
Jawab semua soalan di bawah

1. Nyatakan 2 tujuan merawat rambut dan kulit kepala
2. Senaraikan 5 kebaikan membuat rawatan rambut dan kulit kepala
3. Apakah 7 cara untuk menyediakan pelanggan?
4. Nyatakan 6 kaedah merangsang kulit kepala
5. Senaraikan 3 kebaikan memberus rambut
6. Senaraikan alatan dan bahan membuat rawatan rambut dan kulit kepala
7. Mengapakah rambut dan kulit kepala jenis normal memerlukan rawatan?
8. Tuliskan 2 keadaan yang tidak membolehkan rawatan rambut dan kulit

kepala dilakukan
9. Nyatakan 4 masalah kulit kepala yang biasa dirawat di dalam salun

kecantikan
10. Senaraikan 5 perkara yang boleh menyebabkan kelemumur

MERAWAT KEPALA BOTAK

• Botak (Alopesia) f) Alopecia seborrheic – rambut gugur
• Terdapat 7 jenis botak – (botak) kerana kulit kepala terlalu
berminyak

a) Alopecia premature – botak semasa g) Alopecia traction – rambut gugur
(botak) di bahagian tertentu. (Ini
kecil
disebabkan rambut sering ditarik
b) Alopecia senilis – botak kerana umur tegang contoh semasa membuat
sudah lanjut (tua) stail ekor kuda)

c) Alopecia totalis – botak seluruh
kepala

d) Alopecia areata – botak bertompok
– tompok

e) Alopecia universalis – kehilangan
rambut pada seluruh tubuh

FAKTOR YANG MENYEBABKAN
KEPALA BOTAK

• Selepas menghidapi sesuatu • Dadah
penyakit, contohnya pneumonia, • Kulit kepala yang terlalu berminyak
demam scarlet, tifoid, tuberkulosis • Kelemumur
dan radang tonsil.

• Selepas mengandung
• Gangguan dalam kelenjar tiroid

RAWATAN BAGI KEPALA BOTAK

• Mengurut kulit kepala
• Menggunakan alat frekuensi tinggi
• Menyapu losen perangsang
• Menggunakan sinar inframerah dan ultralembayung
• Memberi rawatan hormone
• Graf kulit

CARA MERAWAT KEPALA BOTAK

yang tidak kuat.

1. Sediakan semua alatan dan bahan 8. Bilas dan keringkan rambut dengan
rawatan tuala

2. Sediakan pelanggan 9. Gunakan arus frekuensi tinggi tak terus

3. Beruskan rambut selama 5 minit selama lebih kurang 5 minit

4. Sapukan ointment berubat untuk kulit 10. Sapukan losen atau bahan rawatan
kepala mengikut arahan doktor yang sesuai

5. Dedahkan rambut kepada cahaya 11. Urut kulit kepala sekali lagi. Urut leher,
lampu inframerah lebih kurang 5 minit bahu dan bahagian atas belakang.

6. Urut kulit kepala dengan menggunakan 12. Setkan rambut. Keringkan dengan
arus frekuensi tinggi tak terus udara suam atau sederhana sejuk.
Kemudian gayakan rambut
7. Syampukan rambut. Gunakan syampu 13. Bersihkan tempat kerja.

RAWATAN UNTUK RAMBUT HUJUNG
BERCABANG

• Trichoptilosis
• Perlu dirawat dengan memotong hujung yang bercabang dan diberi

rawatan pemulihan rambut.

CARA MELAKUKAN RAWATAN

PEMULIHAN

1. Syampukan rambut dengan syampu 8. Dengan menggunakan sikat yang
daripada jenis yang baik bergigi rapat, sikatkan rambut

2. Bilas rambut hingga bersih 9. Wapkan rambut dengan alat
3. Keringkan rambut dengan tuala pengewap rambut kemudian panaskan
4. Sikatkan rambut dan buatkan belah dengan pengering rambut berserkup.
Biarkan selama 10 minit.
tengah
5. Sapukan krim pemulih pada rambut 10. Bilas rambut dengan air suam sehingga
bersih
dengan hujung jari
6. Belahan rambut diulang bagi setiap 11. Setkan rambut tanpa menggukan losen
12. Gayakan rambut
jarak 1.3cm dan sapukan krim hingga 13. Bersihkan tempat kerja
meliputi seluruh kepala

7. Urut kulit kepala selama 1 minit untuk
meratakan krim

RAWATAN UNTUK RAMBUT
BERSIMPUL

• Rambut keadaan ini adalah kering, mudah putus dan terdapat bintil-
bintil di sepanjang batang rambut. Bahagian rambut yang halus
kelihatan bercabang.
• Rawatan yang boleh diberi bagi mengatasi masalah ini ialah
melembutkan rambut menggunakan ointment.

RAWATAN UNTUK RAMBUT BERBUAH

• Rambut keadaan ini adalah berbintil-bintil seperti buah dan agak
genting di antara bintil-bintil itu.

• Rawatan yang boleh diberi bagi mengatasi masalah ini ialah
menggunakan krim atau minyak yang sesuai.

Latihan
Jawab semua soalan di bawah

1. Berapa kerapkah mengurut kulit kepala dilakukan pada kulit kepala yang
normal dan kulit kepala yang bermasalah.

2. Nyatakan dua jenis kelemumur dan terangkan pengaruh sebum terhadap
kedua-dua jenis kelemumur ini.

3. Senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan kepala menjadi botak.


Click to View FlipBook Version