The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU AZURA, 2022-09-30 22:34:45

MAJALAH EKONOMI GIG

MAJALAH EKONOMI GIG

Sekapur Sireh

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberi kesempatan untuk menghasilkan sebuah majalah
bagi memenuhi tuntutan kursus UHMT 1012 ARTIBUT KEJAYAAN GRADUAN. Fokus kami adalah
berkaitan isu Ekonomi Gig yang semakin popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Kami memilih topik ini kerana beranggapan isu Ekonomi Gig amat sinonim dalam lapangan
pekerjaan masyarakat Malaysia terutama ketika negara dilanda cabaran pendemik Covid-19.
ZAMRI BIN SHAHARIM
SX200971EEEHS04
MOHD KHAIROL SYAFIQ
BIN HAMIR AKHBAR
SX200972EEEHS04
FAWWAZ QAWIEM
BIN ZAINAL ABIDIN
SX200878EEELHS04



Pengenalan
Ekonomi gig atau “Gig Economy”

mula diperkenalkan sekitar tahun

2009 oleh Tina Brown yang merupakan

seorang editor The Daily Beast. Tina

Brown memperkenalkan istilah unik

ini menerusi penulisannya tentang

“freelancer”. Secara umumnya, istilah

ekonomi gig ini merujuk kepada model

ekonomi yang memerlukan sesebuah

organisasi beroperasi dengan

menggunakan sistem kontrak atau

berasaskan projek. Sistem pasaran

bebas dalam konsep ekonomi gig telah

memberi kebebasan kepada sesebuah

organisasi dan pekerja untuk menjalani

kontrak kerja secara suka sama suka

tanpa perlu mengajikan perkerja

tersebut secara sepenuh masa.

Dalam istilah yang lebih

mudah, ekonomi gig merujuk

kepada individu yang bekerja

secara fleksibel tanpa terikat

dengan waktu bekerja dan

majikan. Asas kepada pekerjaan

jenis ini adalah pekerjaan jangka

pendek, secara kontrak dan juga

secara bebas. Konsep ekonomi gig

semakin dikenali ketika zaman krisis

kewangan global dan kejatuhan

ekonomi.

Kegawatan ekonomi ketika itu
meninggalkan kesan kepada
seantero dunia sehingga muncul-
nya budaya pendigitalan kerja.
Berakar umbi dari sinilah, wujudnya
beberapa platform perantara bagi
perkhidmatan digital seperti Uber,
AirBnB dan Lyft yang telah menjadi
titik permulaan ekonomi gig
di Amerika Syarikat.

Budaya ekonomi gig Walaupun kestabilan kerja
dalam bidang profesional
telah mula popular di negara pernah menjadi tumpuan utama
dalam mencari kelangsungan
barat sejak 10 tahun yang hidup, generasi hari ini lebih
berminat dengan fleksibiliti dan
lalu. Pekerjaan ini mula aktif kebebasan kerjaya. Generasi
muda dilihat lebih memilih
ketika seluruh dunia perkerjaan tanpa terikat dengan
waktu bekerja di tempat kerja
menghadapi keadaan selama berjam-jam.

ekonomi terhenti disebabkan

oleh pandemik Covid-19.

Ekonomi gig dilihat telah

mengubah cara sesetengah

generasi muda melihat

peluang perkerjaan.

statistik

**Statistik jumlah penggiat
ekonomi gig
di Amerika (2014-2020)

Mengikut statistik di Nilai ini dijangka akan
Amerika Syarikat, terdapat 59 terus meningkat saban tahun
juta penggiat gig pada tahun selaras dengan kemajuan
2020 dan jumlah ini dijangka teknologi, peningkatan dalam
akan meningkat kepada 90.1 penggunaan aplikasi dan
juta pada tahun 2020. Nilai kewangan digital. Perkara ini
dagangan yang melibatkan pastinya memberi kesan
ekonomi gig pula diunjurkan kepada pasaran pekerjaan
berjumlah USD 455.2 billion dunia amnya dan di Malaysia
menjelang tahun 2023. khasnya.

Mengikut Indeks Ekonomi Gig

Global, Amerika Syarikat (AS)

berada di tempat pertama

** Statistik nilai dagangan ekonomi dengan pertumbuhan
gig (2019-2023) di Amerika Syarikat
sebanyak 78% dan tempat

kedua ialah United Kingdom

(UK) sebanyak 59%. Di rantau

negara Asia pula, Filipina

mencatatkan pertumbuhan

sebanyak 35% dan India 29%.

Ramalan global penjanaan

pendapatan daripada

ekonomi gig ini juga

dilihat meningkat dengan

kadar yang memberang-

sangkan dan boleh

dijadikan salah satu ** Statistik perkembangan ekonomi
gig dunia
mekanisme penjanaan

pendapatan dan ekonomi

negara.

Dari segi pertumbuhan ekonomi,
tenaga kerja sektor gig berkembang 31
peratus pada tahun 2017 berbanding-
tenaga kerja sektor konvensional.
Perkembangan ekonomi gig kini selari
dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
hasil daripada penggunaan dan
penghasilan aplikasi teknologi digital
oleh pekerja ekonomi sektor gig,
pengguna dan juga “freelance apps
developer”.

Di Malaysia, perkembangan ekonomi
gig berkembang pesat terutama
ketika fasa dan pasca pandemik.
Statistik Jabatan Perangkaan
Malaysia menunjukkan 26 peratus
daripada tenaga buruh di Malaysia
disumbangkan oleh ekonomi gig
yang sedang berkembang. Nilai ini
bersamaan dengan empat juta
pekerja bebas (freelancer).

Komponen Ekonomi Gig

Gig sesuai dan boleh pendapatan mereka juga
dilakukan oleh sesiapa sahaja boleh menceburi bidang
tanpa mengira peringkat ini. Mereka yang berminat
usia, jantina dan pencapaian dengan konsep kebebasan
akademik. Golongan belia, bekerja selalunya akan lebih
ibu dan bapa tunggal, orang cenderung mengambil
kelainan upaya (OKU) dan bahagian dalam pekerjaan gig
juga pesara yang berniat bergantung pada kemahuan
mencari atau menambah dan kemahiran yang dimiliki .

PEKERJA GIG Pekerjaan berasaskan

gig terbahagi kepada

beberapa klasifikasi

iaitu “high skills” dan

“low skills”. Pekerjaan

gig “high skills”

memerlukan kema-

hiran yang spesifik

seperti “web design-

ers”, penganalisa

bebas, jurukamera,juru

hias dalaman, jurumekap dan sebagainya. Malahan kini,

ekonomi gig telah mula bertapak dalam bidang-bidang

yang memerlukan sijil

-sijil khas dan

profesional seperti

jurutera elektrik

kompeten, juruteknik

hawa dingin, juru

ukur dan lain-lain

kerja yang berkait

rapat dengan

perkhidmatan.

PEKERJA GIG Ekonomi gig turut memberi kelebihan kepada
pekerjaan gig “low skills” seperti penghantar
makanan. Kemahiran akademik tidak menjadi syarat
utama untuk menceburi bidang ini. Mereka sebaliknya
hanya perlu memiliki kemahiran mengendalikan
kenderaan sendiri, kesedaran akan persekitaran dan
daya ketahanan yang tinggi. Pekerjaan ini telah diang-
gap sebagai “essential” terutama semasa tempoh
penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pendapatan yang diperolehi oleh mereka pula mampu
mencapai sehingga kepada nilai empat angka bagi
tempoh sebulan bergantung kepada usaha mereka
sendiri.

PENGGUNA GIG Salah satu pengguna perkhidmatan gig adalah
syarikat kecil atau syarikat korporat. Syarikat-syarikat ini
tidak mahu menjadikan pekerja tetap sebagai satu
komitmen kerana ingin mengurangkan kos operasi.
Mereka juga enggan berbelanja besar bagi jangka masa
panjang. Menggaji pekerja akan melibatkan kos yang
tinggi seperti menangung komitmen gaji bulanan,
latihan kepada pekerja, kos kesihatan dan bayaran
sewaan pejabat yang besar.

Syarikat yang menggunakan khidmat pekerja gig
hanya perlu membayar upah yang dipersetujui untuk
melaksanakan kerja secara one-off. Keutamaan syarikat
hanyalah perbelanjaan berasaskan projek yang berupaya
mengurangkan kos operasi dan pentadbiran serta
menjadikan model perniagaan lebih cekap. Kebiasaan
nya, perkhidmatan pekerja gig dalam bidang korporat ini
diperoleh melalui pengiklanan, kenalan ataupun
reputasi pekerja gig itu sendiri. Proses ini menawarkan
situasi menang-menang yang baik untuk kedua-dua
pihak.

PENGGUNA GIG Selain itu, pengguna yang kerap menggunakan khidmat
pekerja gig ini adalah orang persendirian. Perkhidmatan
penghantaran makanan adalah salah satu contoh
popular perkhidmatan gig. Pengguna hanya perlu
membuat tempahan secara dalam talian menggunakan
aplikasi tertentu, membuat bayaran dan seterusnya
tempahan mereka akan dihantar oleh pekerja gig.
Mudah bukan?

Menurut seorang pengguna

perkhidmatan pekerja gig, Puan Azura

Dollah yang juga merupakan seorang

wanita bekerjaya, “Saya menggunakan

perkhimatan pekerja gig kerana

kesuntukan masa dalam menguruskan

urusan seharian. Melalui perkhidmatan

yang tersedia, saya tidak perlu lagi

membuang masa menunggu makanan di restoran

tertentu. Tambahan pula caj yang dikenakan berpatutan

dan servis mereka juga cepat,” jelas beliau lagi.

APLIKASI DIGITAL Wujudnya pelbagai aplikasi

seperti cendawan tumbuh

selepas hujan yang berfungsi

sebagai medium perantaraan an-

tara pengguna dan pekerja gig

seperti, foodpada, grab,

lalamove, bungkusit dan lain-lain

menjadikan ekonomi gig

berkembang dengan lebih pesat. Aplikasi ini menyediakan

servis pengiklanan produk yang menarik sebagai daya

tarikan kepada pengguna yang menggunakan perkhidama-

tan mereka.

Keboleh percayaan terhadap sistem sekuriti terutama

dalam aspek maklumat diri dan kewangan pengguna semasa

menggunakan aplikasi ini merupakan faktor penting untuk

menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan yang

tersedia dalam sektor gig ini. Pengguna tidak perlu risau

berlakunya ketirisan maklumat

apabila menggunakan aplikasi-

aplikasi yang tersedia ini. Mereka

juga tidak perlu lagi menghabis-

kan masa untuk mendapatkan

perkhidmatan, makanan dan ba-

rangan keperluan harian mereka.

Semua kini hanya dihujung jari.

Apa yang perlu dilakukan hanya

pilih, bayar dan terima.

APLIKASI DIGITAL Menyedari perkembangan ekonomi gig ini, kerajaan
telah mula memberi tumpuan dalam pembangunan
pembinaan beberapa aplikasi digital terutama daripada segi
infrastruktur dan kemudahan penggunaan. Kewujudan
platform digital atas inisiatif Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC) seperti eRezeki dan eUsahawan
menawarkan pekerja-pekerja bebas (Freelancer) peluang
untuk melakukan kerja-kerja secara gig. Platform yang
disediakan oleh kerajaan ini wajar dipuji dan diakui telah
memudahkan rakyat Malaysia untuk mencari pekerjaan
sementara yang bersesuaian dengan kemahiran dan minat
mereka.

Kewujudan paltform digital ini turut memberi
peluang kepada peniaga-peniaga mengembangkan
rangkaian perniagaan mereka. Peniaga-peniaga ni hanya
perlu mendaftar sebagai vendor dan mengiklankan
produk-produk mereka dalam aplikasi yang tersedia.

EKONOMI GIG MENJADI PILIHAN

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ekonomi gig
menjadi pilihan masyarakat masa kini. Antara faktor yang
popular dan sering diperkatakan adalah isu kebebasan serta
penjanaan pendapatan secara sementara dan tambahan. Faktor
-faktor lain adalah seperti :

• Waktu Bekerja yang Fleksibel
• Menjana Pendapatan
• Kesukaran Mendapat Pekerjaan Tetap
• Kemudahan Teknologi atau Aplikasi

WAKTU KERJA YANG FLEKSIBEL

Tinjauan Kesihatan
Kewangan Pekerja Gig dan
Kajian oleh Buffer’s 2021
State of Remote Work
menunjukkan kebebasan
berkerja dan waktu kerja
yang fleksibel menjadi sebab
utama pekerjaan
berlandaskan ekonomi gig dipilih. Selain itu, koresponden

juga menjadikan pekerjaan
gig ini sebagai sumber
pendapatan sama ada
sebagai pendapatan tetap
mahupun sebagai
pendapatan tambahan.

MENJANA PENDAPATAN

Sektor ekonomi gig mampu menjana

pendapatan secara produktif dan memberi

pendapatan yang mampan kepada pekerja

gig. Pendapatan yang diperolehi oleh seorang

penghantar makanan boleh mencapai

sehingga RM5,000.00 sebulan bergantung

kepada kerajinan mereka. Malah pernah tular

di media sosial, apabila seorang penghantar

makanan berkongsikan slip pendapatan

berjumlah RM18,004.40 hasil penat lelahnya

berkerja sebagai rider FoodPanda.

Seorang pekerja gig, Encik Iszaimi bin Ismail,
berkata “Saya kehilangan pekerjaan dalam industri
penerbangan akibat pandemik Covid-19. Saya
membuat keputusan bekerja sebagai rider Food-
Panda bagi mencari pendapatan yang terjejas
akibat kehilangan kerja. Pada ketika itu pekerjaan tetap sangat sukar
diperolehi. Pekerjaan dalam bidang ini banyak membantu saya
kerana saya berupaya menjana pendapatan bagi memenuhi keperluan
harian,”
ujar beliau.

KESUKARAN MENDAPAT
PEKERJAAN TETAP

Menurut artikel di laman web

Emir Research, peningkatan dalam

penggunaan perkhidmatan platform

digital dan kesukaran untuk

mendapatkan pekerjaan telah

menjadi faktor utama generasi muda

menceburi pekerjaan gig.

Foodpanda pula melaporkan

peningkatan sebanyak 7.5%

penunggang baru sewaktu Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) di samping

perningkatan 37% permohonan baru.

Kesukaran mendapatkan pekerjaan

tetap semasa era pandemik Covid-19

disebabkan oleh syarikat dan industri

mahu mengurangkan kos operasi dan

mengecilkan saiz perniagaan kerana

tidak boleh beroperasi semasa PKP

dikuat kuasakan .

Kesukaran mendapatkan pekerjaan ini bukan sahaja dirasai
oleh pekerja-pekerja yang kehilangan kerja akibat pandemik
Covid-19 malahan turut dirasai oleh para graduan. Sementara
menunggu ekonomi kembali pulih, bidang yang paling mudah
untuk disertai bagi memenuhi keperluan dan tuntutan
perbelanjaan harian adalah bidang ekonomi gig terutama sebagai
penghantar makanan ataupun rider. Kriteria yang amat mudah
dipenuhi seperti tidak memerlukan kelayakan akedemik, masa
yang fleksibel dan pendapatan yang lumayan menjadi faktor
bidang ini menjadi pilihan.

Disamping memenuhi keperluan untuk mencari dan menam-
bah pendapatan, peluang lain yang wujud dalam ekonomi gig ini
perlu diambil oleh para graduan. Pekerjaan gig ini dilihat mampu
memberi pengalaman untuk jangka masa pendek dan panjang
terutama apabila mereka menceburi bidang gig yang memerlukan
skil dan kemahiran yang tinggi. Pengalaman dan keazaman
dalam dunia pekerjaan boleh meningkatkan kebolehpasaran
mereka dalam usaha mencari pekerjaan yang mereka impikan.
Penerokaan bidang ini juga dilihat boleh memupuk sifat-sifat
sarjana seperti tanggungjawab, kreatif, inovatif, berdikari,
intrepenuer dan sebagainya.

ISU & DILEMA

Pekerjaan dalam bidang Ekonomi GIG ini dilihat banyak
membantu dan memberi kebaikan kepada mereka yang
menceburinya. Ini dapat dibuktikan apabila penglibatan mereka
dalam bidang ini dilihat semakin bertambah terutama semasa fasa
dan pasca pendemik Covid-19. Kehilangan pekerjaan tetap, peluang
pekerjaan yang semakin mengecil dan masa yang fleksibel dilihat
menjadi sebab mengapa bidang gig ini menjadi semakin popular .

Walaupun dilihat memberi manfaat kepada pengamalnya,
namun pekerja sektor ini menghadapi beberapa isu dan delima yang
menghantui mereka. Menurut data tinjauan daripada Kesihatan
Kewangan Pekerja Gig, Kumpulan Wang Pembangunan Modal PBB
mendapati isu pendapatan, kesihatan dan keselamatan, masa dan
jaminan perkerjaan menjadi isu dan dilema yang menghantui pekerja
gig.



TIDAK DIIKTIRAF SEBAGAI

PEKERJA

Pekerja ekonomi gig di negara
ini tidak termasuk di bawah definisi
pekerja seperti yang dinyatakan di
bawah Akta 265. Ini seterusnya
menafikan hak pekerja gig untuk
menikmati manfaat seperti pekerja
lain di bawah definisi undang-
undang buruh di Malaysia. Ini
menjadi asbab kebajikan perkerja
gig sukar di jaga sebagaimana
perkerja-pekerja lain yang dilindungi
dibawah akta ini seperti kawalan
gaji minumum dan caruman KWSP.

Ini kerana pekerja gig tidak terikat kepada mana-mana majikan dan
mereka boleh melaksanakan kerja-kerja mereka mengikut terma-terma
yang dipersetujui bersama. Walaubagimanapun, kerajaan mengambil
inisiatif melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta
789) dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada
orang bekerja sendiri termasuk pekerja ekonomi gig seperti penghantar
makanan dan perkhidmatan e-hailing sekiranya mencarum di bawah
akta itu.

Kementerian Kewangan Malaysia mendedahkan, hanya 6.5%
daripada 2.5 juta orang yang bekerja secara “freelance” ini berdaftar
dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789)
sehingga Jun 2021. Ini menunjukkan “trend” yang tidak sihat daripada
segi keselamatan dan perlindungan. Kerajaan menyedari keadaan itu
dan berusaha untuk menambah baik sistem sedia ada.
Antaranya adalah :-

Program bantuan dalam

bentuk Caruman kepada

Skim Keselamatan Sosial

Pekerjaan Sendiri Pelan Pemulihan
Jangka Pendek
(SKSPS) dan Skim (Penjana) dan
memperuntuk-
I-saran kan RM75 Juta
menyokong
dibawah pembangunan
ekonomi gig dan
KWSP menjaga kebajikan

mem- mereka.

peruntukkan

RM50 juta

dalam bentuk

geran berkaitan.

Pekerja bidang ekonomi gig ini

juga boleh menggunakan

sendiri produk kewangan dan

skim keselamatan sosial sedia

Pertubuhan Keselamatan Sosial ada seperti KWSP, PERKESO.
(PERKESO) telah memperkenal-
kan Program Kerjaya Gig Mereka boleh mencarum secara
dalam Program Strategik Mem-
perkasa Rakyat dan Ekonomi persendirian seperti yang
(PEMERKASA)
dipraktikan oleh mereka yang

telah lama bekerja sendiri. Ini

secara langsungnya akan dapat

meningkatkan peluang

perlindungan pendapatan,

kesihatan dan keselamatan dan

juga persediaan untuk hari tua

mereka.

Disamping inisiatif
yang disediakan oleh
kerajaan, kini terdapat
juga syarikat yang
menawarkan
pekerjaan tetap
serta faedah-faedah
yang biasa dinikmati
oleh pekerja-pekerja
tetap seperti caruman
KWSP untuk perkhid-
matan “rider” seperti
Kumpulan Capital A
(AirAsia), Teleport,
yang menawarkan pa-
kej yang menarik seperti gaji permulaan
terjamin bernilai RM3,000 serta insentif
tambahan berdasarkan prestasi.

KADAR UPAH YANG TIDAK TETAP

Walaupun pelbagai bantuan dan insentif telah diperkenalkan,
pekerja-pekerja dalam sektor ekonomi gig ini tidak boleh dipisahkan
dengan isu pendapatan yang tidak tetap. Faedah-faedah lain seperti
sijil surat sakit, perlindungan insurans, pencen, cuti tahunan dan
tuntutan kerosakan kenderaan juga tidak dinikmati oleh mereka. Ini
kerana pekerja ekonomi gig ini bekerja secara “freelance” walaupun
sebahagian daripada mereka berada di bawah naungan syarikat-
syarikat Grab, Foodpanda dan sebagainya. Perkara ini dilihat boleh
memberi “financial insecurity” kepada pekerja gig ini.

Masalah utama yang dihadapi oleh pekerja ekonomi gig ialah
upah, hak dan keadaan sebenar pekerjaan tersebut. Perasaan untuk
memiliki kebebasan dalam bekerja kadangkala hanyalah satu igauan.
Lebih – lebih lagi jika berlaku eksploitasi terhadap masa dan
kebebasan demi mendapatkan wang. Sebagai seorang “riders,”
mereka bersaing sesama mereka untuk mencari trip dan beradu
dengan kudrat mereka sendiri. Demi sesuap nasi, kemampuan diri
dicabar walaupun kepenatan. Jika berlaku kelewatan atau kesilapan,
pekerja gig boleh didenda atau dinyah aktif daripada mendapat
“order”.

KADAR UPAH YANG TIDAK TETAP

Kebanjiran aplikasi mudah alih perkhidmatan gig seperti Lalamove,
Foodpanda, Shopee Xpress, Grab dan sebagainya menjadikan ekonomi
gig mendapat sambutan hangat. Apabila semakin ramai memasuki
pekerjaan ini, pekerja gig perlu bersaing sesama mereka untuk mendapat
order. Syarikat penyedia perkhidmatan pula boleh menetapkan pelbagai
cara dan syarat untuk meningkatkan keuntungan mereka termasuklah
bayaran kadar upah yang semakin mengecil dengan alasan penstrukturan
kadar upah yang pastinya menguntungkan syarikat-syarikat ini.
Tindakan syarikat mengubah syarat kontrak dan skim pembayaran secara
sehala tanpa berunding dengan pekerja merupakan sesuatu yang tidak
bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

Impak kepada tindakan syarikat-syarikat ini dapat dilihat melalui
beberapa siri mogok daripada pekerja-pekerja gig dapat dilihat telah
berlaku akibat dari ketidakpuasan hati mereka terhadap penstrukturan
kadar upah yang didakwa menganiaya pekerja gig. Namun, tindakan ini
dilihat seperti anjing menyalak bukit.. Insiden mogok atau protes yang
dilakukan oleh mereka ini tidak membawa apa-apa perubahan yang
signifikan tetapi kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, mereka
tidak dilindungi di bawah Akta Buruh tetapi memadai sebagai soladariti
terhadap rider-rider kepada syarikat penyedia perkhidmatan.



KESIHATAN & KESELAMATAN

Seringkali kita melihat kemalangan
yang melibatkan pekerja gig sama
ada dalam media sosial mahupun
media perdana. Tidak kurang juga
risiko terhadap kesihatan kerana
mereka sering kali terdedah
kepada jangkitan pelbagai
penyakit terutama ketika bertugas
semasa kemuncak penularan
wabak Covid-19.

Dalam tempoh sembilan bulan pelaksa-
naan PKP di negara kita, sebanyak dua
pertiga atau 1,684 daripada 2,576 kes
kematian yang melibatkan penunggang
motosikal telah direkodkan ke atas rider
makanan.

KESIHATAN & KESELAMATAN

Kerajaan telah mewajibkan pekerja
industri gig mendaftar dan
mencarum dengan Skim Kesela-
matan Sosial Pekerjaan Sendiri
bawah kendalian Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO)
berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Terdapat beberapa inisiatif yang
disediakan oleh kerajaan dalam
belanjawan 2022 yang merangkumi
aspek penting seperti kesihatan dan
keselamatan pekerja gig. Contohnya,
faedah perubatan dan faedah hilang
upaya kekal. Ekonomi gig sudah mula
mendapat perhatian kerajaan apabila rakyat Malaysia sudah mula men-
jadikan segmen ekonomi freelancing sebagai salah satu daripada ini-
siatif ikhtiar hidup. Namun sayangnya hanya 7% orang sahaja yang
berdaftar dengan Perkeso berbanding dengan 400,000 orang pekerja
gig di Malaysia pada Januari 2020 yang dianggarkan oleh MDEC.

IMPLIKASI EKONOMI GIG

Ibarat cahaya dihujung jalan yang gelap, ekonomi gig banyak
memberi impak terhadap sosio ekonomi rakyat. Ketika rakyat berde-
pan kesukaran untuk mengisi perut yang lapar akibat kehilangan
sumber pendapatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, wujud
pula segmen ekomoni yang dikenali sebagai gig ini. Kementerian
Sumber Manusia melaporkan, bilangan penganggur meningkat
saban tahun dan pada Mei 2020 jumlahnya adalah seramai 826,100
orang. Namun, pada awal Januari tahun 2022 kes pengangguran
mula menunjukkan penurunan kepada 687,600 orang kesan
daripada penyertaan sebanyak 500,000 pencari pekerjaan telah
menyertai sektor ekonomi gig sekitar tahun 2021. Ini membuktikan
bahawa kegiatan ekonomi gig ini sangat membantu rakyat dalam
meneruskan kehidupan mereka di saat mereka dihimpit kesusahan.

Terdapat juga beberapa implikasi buruk kesan daripada ekonomi
gig ini. Istilah seperti perangkap kemahiran mungkin satu istilah yang
jarang kita dengar. Tetapi itulah realiti yang harus kita telan seandainya
tiada kawalan dan kesedaran terhadap ekonomi gig ini. Perangkap
kemahiran adalah satu situasi dimana seseorang freelancer yang
mempunyai kemahiran dan kelulusan akademik tetapi memilih
pekerjaan kemahiran rendah seperti penghantar makanan atas faktor
fleksibiliti atau pendapatan yang lumayan. Walaupun memiliki penda-
patan yang lumayan, perkembangan karier golongan berkemahiran
tinggi ini akan terbantut kerana pekerjaan yang dilakukan tidak mem-
buka peluang kepada kenaikan
pangkat dan mungkin juga
gaji.

Mereka juga tidak memiliki
sebab untuk mempertingkat-
kan kemahiran diri atas faktor
pekerjaan yang dilakukan.
Justeru, kemahiran serta
pontensi diri yang tinggi
umpama air lalu yang tidak
memberi manfaat kepada
perkembangan diri.

Terdapat juga trend yang membimbangkan apabila pelajar lepasan
SPM dan STPM tidak mahu menyambung pelajaran mereka ke peringkat
yang lebih tinggi atau menolak peluang pekerjaan tetap kerana merasa-
kan kerjaya gig lebih mendatangkan hasil yang lumayan untuk mereka
berbanding pekerjaan lain. Seandainya budaya ini berterusan pastinya
akan menjejaskan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dan
tenaga kerja profesional negara. Impaknya negara akan bergantung
harap kepada tenaga kerja luar dan seterusnya akan menjejaskan pelan
dan strategik negara untuk menjadi negara yang berinovasi dan
berteknologi tinggi. Dalam sudut pandangan yang lebih serius, sekiranya
trend ini tidak diperhalusi , ia berpotensi melumpuhkan usaha meningkat-
kan pemilikan ekuiti terutamanya dalam kalangan bumiputera apabila
minat anak muda sudah mula teralih daripada bidang profesional, usaha-
wan, perniagaan dan sebagainya.

Cabaran kini turut dilihat terarah kepada institusi pendidikan bagi
menghasilkan graduan yang berkemahiran untuk melibatkan diri dalam
ekonomi gig yang semakin berkembang pesat dewasa ini. Bukan sebagai
pekerja berkemahiran rendah, tetapi lebih kepada profesional yang
mencari ruang disebalik perkembangan ekonomi gig ini seperti pencipta
aplikasi, pemilik perniagaan yang menggunakan khidmat gig dan
sebagainya. Pendidikan ini penting bagi melahirkan graduan yang
berdaya tahan, berinovasi dan mempunyai sifat-sifat usahawan dalam diri
mereka.

KESIMPULAN

Ekonomi gig kini tidak Sokongan daripada pihak ke-
seharusnya dilihat sebagai rajaan dan kerjasama sector
pekerjaan kelas kedua tetapi perlu swasta membuktikan bahawa
diterima sebagai pekerjaan ekonomi gig ini penting untuk
alternatif dalam era kemajuan memacu sektor ekonomi negara
teknologi digital ini. Persepsi yang terjejas akibat pandemik.
negatif terhadap sektor ini seperti Rakyat negara ini perlu bangkit
tiada masa depan perlu dinilai semula daripada kehilangan atau
semula kerana bidang ini terbukti pengurangan sumber pendapa-
sebagai jalan keluar kepada tan. Sokongan perlu diberi kepada
masalah ekonomi rakyat. Tumpuan anak muda dan belia sebagai
ekonomi gig ini juga tidak seha- pelapis negara agar terus men-
rusnya terarah kepada golongan gorak langkah untuk menambah
pekerja "low skills" sahaja tetapi ilmu dan meningkatkan kema-
perlu beralih kepada golongan hiran. Peluang dan ruang yang
perkerja "high skills" yang pastinya terbuka luas dalam prospek
memberi impak positif kepada ekonomi gig negara ini harus
pembangunan modal insan dan direbut dalam usaha meningkat-
ekonomi negara yang lebih mam- kan kemajuan ekonomi negara
pan bagi memenuhi aspirasi seterusnya menjadi negara maju
kerajaan untuk menjadikan kelas pertama.
Malaysia sebagaihub ekonomi di
rantau Asia.

SUMBER RUJUKAN

• https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/03/929564/ekonomi-gig-jadi-
alternatif-rakyat-jana-pendapatan-baharu; Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee
- Mac 3, 2022 @ 10:30am; Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

• Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Trajektori Ekonomi Malaysia; Aznan Ha-
san, Fatin Nadhirah Jamalolail, Akbar Abd Rahman, Fauzi Ahmad, Izzul Amaris

• https://www.aseantoday.com/2019/11/the-gig-economy-capitalism-at-its-most-
brutal/?lang=ms

• https://siteefy.com/gig-economy-statistics/

• Nurafifah Suhaimi. (2020). Gig economy – the future of work. EMIR Research.
https://www.emirresearch.com/gig-economy-the-future-of-work/

• Harizah Kamel. (2021, January 1). Food delivery services: From odd job to the
most in demand. The Malaysian Reserve.

• https://themalaysianreserve.com/2021/01/01/food-delivery-services-from-odd-job-
to-the-most-in-demand/

• https://bijakwang.com.my/kesihatan-kewangan-pekerja-gig/

• https://careta.my/article/airasia-tawar-kerja-tetap-kepada-rider-gig

• https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/komponen-hasil-negara
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/890323/msd2021-empat-
juta-sertai-ekonomi-gig-sejak-pandemik

MINIT MESYUARAT KUMPULAN (1)

LEADERSHIP AND TEAMWORK SKILLS
Group Meeting Agenda: Template for Students

Please attach this form with project report and write full meeting agenda for each meeting.

Other Re-
Group Meeting Agenda marks
e.g potential
No. Group Time Time MEETING NO.1 problems/
Members Arrival Finish difficulties/
with with limitations
Signa- Signa- Date: 20/8/2022
ture ture Who Who is leading
took the the discus-
Time: 4.00PM to 6.00PM notes? sion?
Name: Name: Faw-
Zamri waz

No. Agenda Items Who is What action
What are the things discussed at the talk- needs to be
meeting? ing/givin taken? What
g ideas? do we need to
bring?

1. Zamri 4.00pm 6.00pm 1 Cadangan tema : Zamri Pencarian isi-
2. Khairul Anak muda dan ‘gig work ‘ Khairul Pemilihan tajuk isi bagi pen-
3. Syafiq Buli Siber Shafiq, dan tema yang ceritaan da-
Fawwaz Fawwaz harus diputus- lam majalah
Qawiem Kemerosotan mutu bola sepa kan untuk pem- untuk tajuk-
negara bikian tugasan tajuk/tema
berkumpulan. No. 2 dan 3.
Persetujuan: Anak muda dan Gig Work.

4.00pm 6.00pm 2 Cadangan sub-topik: Fawwaz, Sesi brain- Sub-topik
Topic 1 : Written article/ intro/ partime job Zamri, storming untuk akan dibin-
Topic 2 : Kenapa pilih gig work? halatuju sub- cangkan
- flex time/ side income/tidak perlu kelu- Khairul topik kepada semula pada
lusan akademik yang tinggi/ kesukaran Shafiq pembikinan meeting akan
dapat kerja majalah. datang.
Topic 3 : dilema / masalah- gaji tidak tetap/
potongan/ keselamatan dan kesihatan/ ke-
malangan
Topic 4 : kesan kepada ekonomi
Topic 5 : Kelangsungan hidup/kerjaya
pada masa depan
Topic 6 : Salary paid period/ pendapatan
tambahan
Topic 7 : Bagaimana kerja-kerja ini dibuat.

MINIT MESYUARAT KUMPULAN (2)

LEADERSHIP AND TEAM WORK SKILLS
Group Meeting Agenda: Template for Students

Please attach this form with project report and write full meeting agenda for each meeting.

No Group Time Time Group Meeting Agenda Other Re-
. Members Arrival Finish MEETING No.2 marks
e.g poten-
with with tial prob-
Signa- Signa- lems/
ture ture difficulties/
limitations

Date: 5/9/2022 Who Who is lead-
Time: 10.00PM - 11.30PM took the ing the dis-
notes? cussion?
No Agenda Items Name: Name: Zamri
. What are the things discussed at the meeting? Fawwaz
Who is What action
talking/ needs to be
giving taken? What
ideas? do we need to
bring?
1. Zamri 10.00 11.30 1 Menentukan hala tuju kumpulan. Zamri Mengambil Semua ahli
2. Khairul PM PM Ahli kumpulan hanya tinggal 3 orang berband- cabaran ini dan perlu buat
3. Syafiq memutuskan kerja lebih
ing 5 orang yang ditetapkan pensyarah. tugasan ini akan dan
Fawwaz dilaksanakan berkerjasa-
Qawiem dengan ahli ma.
kumpulan yang Mengambil
10.00 11.30 2 Menetapkan tema dan konsep Fawwaz, tinggal sahaja. dulu isi-isi
PM PM -Konsep/ tema : infomasi / isu semasa Zamri, Mencari dan penting untk
-Tajuk : Anak muda & gig work Khairul membaca artikel diolah.
Syafiq dari media per-
dana dan schol-
ars seperti dari
google scholar
untuk kefaham-
an berkaitan gig
work.

10.00 11.30 3 Menetapkan topik & sub-topik. Zamri, Mencari isi-isi Kekangan:
PM PM Sub-topik 1 : Pengenalan untuk setiap Kesuntukan
-written article/ intro Fawwaz, masa
-sejarah ekonomi gig dan perkembangan di Khairul sub topik dan Terlalu
Malaysia Syafiq memasukkan
Sub-topik 2 : Komponen ekonomi gig. dalam google banyak
-terbahagi kepada 2 ( high skill and low skill) drive.
Sub-topik 3 : Kenapa pilih gig work ? Semua isi tugasan.

Keku-

-Flex time/side income/ tidak perlu kelulusan akan dalam rangan ahli

akademik yang tinggi/ kesukaran dapat ker- perb- Cadangan
ja/kelangsungan hidup/kerjaya pada masa incangkan
depan/salary paid period/ pendapatan tambahan penyelesaia
masuk statistik pendapatan semula pada n:
Sub-topik 4 : isu/ dilema / masalah- pertemuan Masukkan
-Gaji tidak tetap/ potongan gaji/ keselamatan dan berikutnya.
kesihatan/ kemalangan/tidak di iktiraf sebagai sahaja apa-
pekerja
- Inisiatif kerajaan- Perkeso dan lain-lain apa isi yang
Sub-topik 5 : Kesan kepada negara ada untuk

sorting

-Menyumbang RM…. peryear transaksi- pada next
CONTOH/ Ekonomi berkembang pantas/ Keku-
rangan belia tanpa pendapatan/ menjadikan meeting
golongan pelajar kurang minat belajar/ Akan ku-
rang golongan professional Set due
- Masukkan statistik/gambar berkaitan date atas
semua tu-

gasan.

MINIT MESYUARAT KUMPULAN (2)

LEADERSHIP AND TEAMWORK SKILLS
Group Meeting Agenda: Template for Students

Please attach this form with project report and write full meeting agenda for each meeting.

Group Meeting Agenda Other Re-
marks
No Group Time Time MEETING No.2 e.g potential
. Members Arrival Finish problems/
with Sig- with difficulties/
nature Signature Date: 5/9/2022 limitations

Who took Who is leading
the notes? the discussion?
Time: 10.00PM - 11.30PM Name: Name: Zamri
Fawwaz

No. Agenda Items Who is What action
What are the things discussed at talking/ needs to be tak-
the meeting? Giving en? What do
ideas? we need to
bring?

4 Menentukan susun atur majalah Zamri, Perlu ber- Kekangan:
pandukan kepa- -Tiada Pen-
●Nama majalah : Fawwaz, da rangka yang galaman mem-
-Trio/ Jejaka/ Trio horseman/ sosio Khairul dicadangkan dan buat majalah
●Muka depan : Syafiq diperhalusi Cadangan
-Nama Majalah & Tajuk “ ANAK kemudian penyelesaian:
MUDA DAN ‘GIG WORK ‘ “ bergantung -Google cara
-Cadangan muka depan: kepada isi. penghasilan
Rider Food Panda / Grab Food/ Lala- majalah
move/Apa2 yang berkaitan dengan - Set modus
GIG Ekonomi operadi pada
next meeting.
●Sidang Redaksi/ Prakata/ Lidah
pengarang

●Isi Kandungan
●Pengenalan
-Isi penceritaan/gambar

●Komponen ekonomi gig
-Isi Penceritaan/Infografik

●Kenapa Pilih Bidang Ekonomik
GIG
-Isi Penceritaan/Temuramah
(Pengamal GiG/ Pengguna)
-Gambar

●Isu/Dilema/ Masalah
-Isi Penceritaan/ Gambar/ Infografik

●Kesan Kepada Ekonomi/ Negara
-Isi Penceritaan/Info Grafik/Gambar

●Penutup/ Kesimpulan
●Rujukan
●Minit Meeting

MINIT MESYUARAT KUMPULAN (3)

LEADERSHIP AND TEAMWORK SKILLS
Group Meeting Agenda: Template for Students

Please attach this form with project report and write full meeting agenda for each meeting.

Time Time Group Meeting Agenda Other Re-
Arrival Finish MEETING No.3 marks
with e.g potential
No Group Mem- with Signa- Date: 8/9/2022 Who took Who is leading the problems/
. bers Signa- ture the notes? discussion? difficulties/l
1. Zamri ture Time: 10.00PM - 11.30PM Name: Name: Kahirul Syafiq imitations
2. Khairul syafiq Zamri
3. Fawwaz 10.00 11.30 No. Agenda Items What action needs to Semua ahli
PM PM What are the things dis- Who is talk- be taken? What do we perlu ambil
Qawiem cussed at the meeting? ing/giving need to bring? berat isu
ideas? Setiap ahli perlu men- Plagirism
1 Mengolah Isi dan sub Fawwaz golah isi dan idea -Mendapatkan
topik menggunakan ayat tajuk yang
Isi telah diperolehi dan sendiri. Catatkan lebih cantik.
telah dikumpulkan da- Rujukan masing- Pensyarah
lam google drive kum- masing dalam ruangan tidak kisah
pulan. catatan. perubahan.
Khairul mencadangkan Yang penting
10.00 11.30 2 Menetapkan tajuk. Zamri agar tajuk produk akhir.
PM PM Tema masih ber- EKONOMI GIG
SEBAGAI KESINAM-
konsepkan ekonomi gig, BUNGAN HIDUP.
tetapi tajuk perlu ditukar
Tajuk akhir akan
kerana bukan hanya nak dikongsikan di
Whatapps Group.
muda terlibat dengan
gig.

10.00 11.30 3 Pembentangan Outline Khairul Slide - Zamri & khairul Slide perlu
PM PM Penyediaan Slide Presen- Present- Fawwaz dalam bentuk
tation berkaitan Outline Slide perlu siap sebelum point dan
untuk dibentangkan kepa- 13/9/2022 infografik.
da penyarah pada 14
September.

10.00 11.30 4 Modus Operandi dan Penyiapan Isi, gambar, infografik Semua perb-
PM PM Due Date Majalah: dan lain-lain perlu di- incangan dan
masukkan dalam makluman
Penyiapan majalah Isi, gambar, google drive sebelum akan dibuat
infografik 20/9/2022 untuk dalam
dan lain-lain- proses editing tataba- Whatsapp
Fawwaz & hasa, ayat, desigan dan group.
Khairul sebagainya.
Editor dan
Design maja-
lah - Zamri


Click to View FlipBook Version