Program Sembang Santai Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM ini merupakan
satu usaha persediaan awal untuk murid-murid tahun 6 mengetahui hala tuju
dirinya untuk ke sekolah MRSM pada tahun 2023 nanti. Program ini akan
berlangsung secara atas talian dengan mengumpul pelajar tahun 6. Pautan link
program juga akan dikongsi kepada ibu bapa pelajar untuk memberi maklumat
kepada ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak ke sekolah berprestij
ini. Unit bimbingan dan Kaunseling akan menjemput kaunselor dari MRSM
Merbok untuk memberi keterangan berkenaan kemasukan ke MRSM.
Kerjasama serta sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini
amatlah diharapkan.
Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai satu usaha pihak sekolah
untuk memberi pendedahan awal kepada setiap murid cemerlang yang
mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM dan sekolah khusus yang
lain. Di samping itu, program ini juga bertujuan membimbing para pelajar
untuk membuat penilaian terbaik dalam menetapkan target akademiknya
untuk ke sekolah MRSM. Hal ini demikian kerana, melalui program ini pelajar
dapat mengetahui dengan lebih jelas ciri-ciri yang dinginkan dari pihak
sekolah MRSM juga.
Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan khusus mengenai bidang
khusus yang ditawarkan kepada murid-murid tahun 6 untuk ke MRSM. Di atas
inisiatif inilah Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penyelaras
Unit Kecemerlangan Tahun 6 SK Salak South telah merancang untuk
menjalankan Program Sembang Santai Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM
2023. Program ini diharap dapat membantu murid-murid serta ibu bapa dalam
mengetahui kriteria yang diperlukan serta cara permohonan untuk ke MRSM.
2.1 Memberi pendedahan awal kepada setiap murid cemerlang
yang mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM dan
sekolah khusus yang lain
2.2 Membimbing para pelajar untuk membuat penilaian
terbaik dalam menetapkan target akademiknya untuk ke
sekolah MRSM
2.3 Memberi pendedahan khusus mengenai bidang khusus yang
ditawarkan kepada murid-murid tahun 6 untuk ke MRSM
Semua pelajar tahun 6 SKSS
Ibu bapa pelajar
Guru-guru tahun 6
Program dilaksanakan secara visual (Google Meet) dengan
menjemput Pn Haslina binti Abdul Aziz iaitu kaunselor dari
MRSM Merbok, Kedah. Program ini akan ditayangkan di dalam
bilik mesyuarat dengan mengumpulkan pelajar tahun 6 untuk
menonton secara atas talian.
Pengerusi En. Soharto bin Baharen
Naib Pengerusi 1 En. Wong Cheong Wah
Naib Pengerusi 2 Pn. Nor Hayati binti Talib
Naib Pengerusi 3 Pn. Haslimah binti Paimin
Penyelaras Pn. Atiqah Hanim binti Alias
Program Pn. Nor Affizah binti Abdul Ghani
Buku Program
Siaraya En. Fairizal Ikhwanizam bin Zakaria
En. Azhar Afiq bin Zainal Abidin
Bacaan Doa En. Muhammad Adib Afifi bin Nor
Fotografi Hidan
Pn. Kamarul Sharlida binti Busu Piah
Dokumentasi Pn. Atiqah Hanim binti Alias
Pengacara Majlis Pn Atiqah Hanim binti Alias
Masa Aturcara
8.00pagi
- Murid Berkumpul di Bilik
Mesyuarat SK
8.30pagi-8.50pagi - Ucapan Alu-Aluan Pengacara
Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Guru Besar:
Soharto Bin Baharen
(Guru Besar SKSS)
8.50pagi- - Sesi bersama kaunselor MRSM
10.30pagi Merbok
10.30pagi - Majlis bersurai
- Pelajar rehat