The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP ZAMAN PRASEJARAH PQI6072 ZAHIDAH BINTI MOHD AZMAN 17126927

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZAHIDAH MOHD AZMAN, 2023-02-03 09:56:10

BUKU SKRAP ZAMAN PRASEJARAH PQI6072 ZAHIDAH BINTI MOHD AZMAN 17126927

BUKU SKRAP ZAMAN PRASEJARAH PQI6072 ZAHIDAH BINTI MOHD AZMAN 17126927

BUKU SKRAP ZAMAN PRASEJARAH SEHINGGA TAMADUN AWAL DI MALAYSIA PQI6072: KURIKULUM PEDAGOGI DAN PENTAKSIRAN ZAMAN PRASEJARAH DAN TAMADUN AWAL DUNIA NAMA: ZAHIDAH BINTI MOHD AZMAN NO MATRIK: 17126927 NAMA PENSYARAH: DR ABD RAZAK


TUGASAN ALTERNATIF SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2022/2023 Soalan 2. Zaman prasejarah ditandai dengan jumpaan-jumpaan yang membezakan antara zaman-zaman tersebut. Banding bezakan antara zaman prasejarah yang terdapat di negara kita bermula daripada Paleolitik, Neolitik dan Zaman logam sehingga bermulanya Tamadun awal dunia.


ISI KANDUNGAN MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH ZAMAN PALEOLITIK DI MALAYSIA ZAMAN NEOLITIK DI MALAYSIA ZAMAN LOGAM DI MALAYSIA PERBANDINGAN CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA ALAT-ALATAN BATU LUKISAN GUA


MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH Zaman prasejarah merupakan zaman silam dengan keadaan manusia hidup secara nomad, berpindah-randah, mempunyai susunan masyarakat yang ringkas dan tidak mempunyai bukti tulisan dan bangunan. (Mokhtar Saidin, 2010) Kajian zaman prasejarah di Malaysia bermula sejak tahun 1970 oleh ahli arkeologi tempatan yang membuat kajian di Gua Kajang Lenggong, Gua Niah Sarawak, Gua Tapadong Saba dan Gua Cha Kelantan. (Mokhtar Saidin, 2010) Zaman prasejarah di Malaysia dikaji oleh penjajah bermula sejak tahun 1917 iaitu dilakukan di Gua Kajang, Lenggong oleh Evans, di Gua Niah, Sarawak dilakukan oleh Tom Harrison pada tahun 1950-an, dan di Gua Tapadong Sabah oleh Barbara Harrison pada tahun 1960-an. (Mokhtar Saidin, 2010) Namun, mulai tahun 1970-an, barulah muncul kajian prasejarah oleh ahli arkeologi tempatan, ahli arkeologi yang tempatan yang pertama ialah dilakukan oleh Zuraina Majid di Gua Niah, kemudian di Gua Cha, Kelantan oleh Adi Taha. (Mokhtar Saidin, 2010) Ahli arkeologi akan melakukan pemetaan dan survei untuk mengetahui di sesuatu kawasan itu terdapat artifak atau bukti manusia awal.


LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA Lampiran : Peta lokasi zaman prasejarah di Malaysia. (Wikipedia)


TEMPOH MASA ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA ZAMAN PALEOLITIK 200, 000 100, 000 ZAMAN NEOLITIK 8,000 7,000 ZAMAN LOGAM 3,000 2,000 Sumber: (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman Zuliskandar Ramli, 2018)


ZAMAN PALEOLITIK Zaman Paleolitik atau juga dikenali sebagai Zaman Batu Awal dan bermula sejak 300,000 tahun dahulu. (Jabatan Muzium Negara, 2011) Masyarakat pada zaman ini mengamalkan hidup secara berpindah-randah, memburu haiwan, menangkap ikan, dan memungut hasil tumbuhan serta tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan. Penempatan mereka adalah di gua. Selain itu, masyarakat pada zaman ini menggunakan peralatan diperbuat daripada batu dan seni hasilannya adalah bersifat kasar. (Mokhtar Saidin, 2010) Selain peralatan batu manusia pada zaman ini menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang binatang dalam aktiviti harian mereka. Manusia pada zaman ini juga mengamalkan kepercayaan animisme.


ZAMAN NEOLITIK Zaman Neolitik pula menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik. Pada zaman ini, wujud kawasan petempatan yang mengamalkan aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang. Zaman Neolitik merupakan permulaan aktiviti pertanian dan penternakan, kemunculan tembikar dan alat batu beliung. (Mokhtar Saidin, 2010) Masyarakat Neolitik mula tinggal secara menetap di kawasan petempatan terutamanya di kawasan lembah sungai dan di persisiran pantai. Mereka telah membina rumah yang diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu.


ZAMAN LOGAM Zaman Logam dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi. Pada zaman ini manusia telah melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka. Manusia pada zaman ini telah menjalankan aktiviti pelayaran dan aktiviti pertukaran barangan dan peralatan berasaskan gangsa yang dapat dikesan bertaburan di rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada zaman ini sudah mempunyai teknologi dan pengetahuan yang tinggi tentang perlombongan logam dan kegunaannya. (Jabatan Muzium Negara, 2011). Zaman Logam dikaitkan dengan aktiviti perlombongan bahan galian terutamanya timah dan emas.


ZAMAN PALEOLITIK • Masyarakat memilih kawasan terbuka seperti Penemuan Tapak Bukit Jawa, Temelong dan Lawin di Hulu Perak dan Mansuli di Sabah. (Mokhtar Saidin, 2010) • Tapak-tapak ini berada di persekitaran tasik dan sungai, dataran berumput, kawasan ini mempunyai batu kelikir sungai • Tinggal di Gua iaitu Gua Samang Buat, Sabah dan Gua Niah Sarawak ZAMAN NEOLITIK • Masyarakat Neolitik di Malaysia memilih gua, lubang bawah tanah dan pelindung batuan. • Tinggal menetap di kawasan petempatan di kawasan lembah sungai dan persisiran pantai. • Perjumpaan di Gua Cha Kelantan, dan Gua Sirih, Sarawak. • Selain itu, terdapat bukti mereka memilih kawasan terbuka iaitu di Huku Tembeling, Pahang. ZAMAN LOGAM • Masyarakat tinggal di gua, pelindung batuan dan juga tapak terbuka sebagai kawasan penginapan. • Contoh tapak gua ialah Gua Harimau di Perak • Contoh tapak terbuka ialah Changkat Mentri di Perak. • Bermula dengan zaman Gangsa sekitar 3000 tahun dahulu. • Kemudian bermula zaman Besi sekitar 2000 tahun dahulu. Tempat Kediaman atau Persekitaran Kehidupan PERBANDINGAN CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA


Zaman Paleolitik • Hidup secara nomad iaitu berpindah randah dalam beberapa kelompok kecil, memburu dan memungut hasil hutan. • Tinggal di Kawasan Bukit Bunuh di Perak (keluasan melebihi 3 kilometer persegi) yang terdapat sumber bahan mentah yang banyak dan disekelilingnya adalah sungai dan tasik. Zaman Neolitik • Masyarakat menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, memburu dan memungut hasil hutan. • Masyarakat hidup secara menetap dan mempunyai organisasi masyarakat • Terdapat sistem perkuburan iaitu menanam mayat pada satu kawasan dijumpai di Gua Cha, Kelantan dan Gua Niah, Sarawak. Zaman Logam • Sama dengan Zaman Neolitik iaitu menetap dan berorganisasi • Masyarakat menggunakan bahan logam sebagai peralatan. • Menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan memburu binatang. • Mengenali bahan mentah logam, kebolehan mengawal suhu api untuk melebur logam, mengetahui kadar percampuran logam yang lebih baik, menghasilkan acuan logam, menghasilkan pelbagai alatan logam • Masyarakat yang sangat tersusun CARA HIDUP PERBANDINGAN CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA


KEGIATAN HARIAN • Memburu binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan. • Memilih kawasan sungai yang berbatu untuk membuat alatan batu. ZAMAN PALEOLITIK • Menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan. • Bercucuk tanam iaitu ubi, keladi dan daun pisang. • Dijumpai bukti kewujudan padi di Gua Sireh, Sarawak sekitar 4000 tahun dahulu ZAMAN NEOLITIK • Meneruskan aktiviti memburu, memungut hasil hutan, menternak dan Bertani • Mengenal bahan mentah logam seperti bijih timah, kuprum dan besi. • Pandai mengawal suhu untuk melebur logam. ZAMAN LOGAM PERBANDINGAN CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA


PERBANDINGAN CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA TEKNOLOGI DAN PERALATAN ZAMAN PALEOLITIK Peralatan daripada batu dan dibuat di kawasan sungai yang berbatu dan dibuat sebagai parang, pisau, kapak, gergaji dan lembing. Digunakan untuk memburu, menetak, menumbuk, menghiris, memecah dan mempertahankan diri dari serangan binatang liar. Menggunakan batu pelandas (batu lapik kerja), batu teras (bahan mentah untuk dapatkan repihan dan batu pemukul (batu pengetuk untuk memecahkan batuan dan membuat alat) untuk membuat alat pebel dan repihan. ZAMAN NEOLITIK Masyarakat menghasilkan tembikar dan mampu mengawal suhu api melebihi 600’C Terdapat pelbagai tembikar seperti pinggan, mangkuk, periuk, belanga dan tempayan yang digunakan untuk memasak, mengisi makanan tempat untuk menyimpan air. Tapak pembuatan tembikar dijumpai di Bukit Tengkorak, Sabah. Menghasilkan alat batu beliung, pemukul kulit kayu dan barang-barang kemas seperti rantai daripada kulit siput, anting-anting dan gelang ZAMAN LOGAMTeknologi lebih maju dan masyarakat mampu mengawal suhu api melebihi 1000’C untuk meleburkan. Anatara logam terawal di Malaysia dihasilkan sekitar 3000 tahun dahulu ialah kapak gangsa yang ditemui di Gua Harimau, Gua Batu Putih dan Gua Kelawar di Perak, Hulu Bernam Selangor, Pusu Lumut, Tapadung dan Melanta Tutup di Sabah, dan Gua Sirih, Lobang Angin dan Santubung di Sarawak. Dijumpai artifak besi di Gua Batu Kurau, Perak iaitu pisau, parang kapak, lembing dan sabit


PERBANDINGAN CIRI-CIRI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA KEPERCAYAAN ZAMAN PALEOLITIK • Kepercayaan anismisme iaitu percaya semua benda mempunyai roh dan berkaitan antara satu sama lain • Bukti penemuan rangka manusia Perak Bersama-sama barang kiriman kerana terdapat kepercayaan kehidupan alam lain selepas kematian. • Pengebumian secara lipatan kerana mereka menggambarkan mayat pulang ke tempat asal seperti waktu lahir ZAMAN NEOLITIK • Mempercayai kepercayaan anismisme • Bukti pengebumian secara berlunjur atau lurus di tapak yg dikhaskan sebagai kawasan kubur dengan meletakkan tembikar, alat batu beliung, barang kemas, manik, pemukul kulit kayu dan sisa makanan. ZAMAN LOGAM • Kepercayaan animisme • Pengebumian menggunakan keranda. Di Lembah Bernam ditemui kubur batu daripada kepingan granit, di Gua Kain Hitam ditemui keranda kayu perahu dan di Sabah Timur ditemui keranda kayu balak.


PERTINDIHAN TAMADUN AWAL Berlaku Perdagangan Maritim Awal di Zaman Neolitik & Zaman Logam • Terdapat sistem perdagangan paling awal yang berlaku pada zaman ini iaitu barang dagangan seperti rotan dan damar ditukarkan dengan hasil laut dan tembikar dan tembikar kaki tiga yang didagangkan di Thailand. (Muzium Negara, 2011) Perdagangan berkembang sehingga zaman Neolitik. • Penemuan lonceng gangsa dari Vietnam dan gendang moko didagangkan dari Indonesia. Perdagangan Maritim berkembang pesat-China di Timur, dan India dan Timur Tengah di Barat iaitu bergantung pada angin Monsun. • Terdapat laluan perdagangan yang penting ketika itu iaitu Lembah Bujang di Kedah, Pulau Tioman di Pahang, dan Kuala Berang di Terengganu dan terdapat laluan timur dan barat iaitu Ligor dengan Takuapa dan Lembah Bujang dan Patani dengan Melaka di Penarikan, Johor. (Muzium Negara, 2011) • Barang dagangan yang ditemui adalah lonceng gangsa dan gendang, tembikar, seramik China dari zaman Tang dan Song, artifak kaca dari Timur Tengah dan manik-manik dari India, bahan tenpatan-kayu-kayu wangi iaitu gaharu, damar dan rempah ratus) (Muzium Negara, 2011)


ALAT DAGANGAN YANG DIJUMPAI Seramik dari China zaman perdagangan awal Serpihan Kaca Berasal dari Timur Tengah Serpihan seramik zaman perdagangan awal


BENGKEL PEMBUATAN ALAT BATU PALEOLITIK • Tapak Kota Tampan, Lenggong Perak telah dijadikan bengkel kerja membuat alat-alat batu iaitu batu peladas, batu teras, batu pemukul, sisa-sisa repihan dan alat-alat batu ditemui. (Siti Zuraina, 1996) • Artifak-artifak ini tidak terganggu dan ditinggalkan ditimbus di bawah tanah. • Kesemua bukti yang dijumpai menunjukkan alat-alat yang dihasilkan adalah belum siap dan dalam proses pembuatan. Tapak Kota Tampan terletak di Kampung Kota Tampan Lembah Lenggong daerah Hulu Perak. (Muzium Negara, 2011) Debu Gunung Berapi-ditemui di seluruh Lembah Lenggong dikatakan hasil letusan terakhir Toba, dan ada kaitan dengan artifak Kota Tampan. (Muzium Negara, 2011)


ALAT BATU ZAMAN PALEOLITIK DI MALAYSIA 40,000 tahun dahulu di Gua Niah, Sarawak Alat repihan 46,000 tahun dahulu di Gua Samang Buat, Sabah Alat repihan 40,000 tahun dahulu di Bukit Bunuh Perak. Alat penetak 100,000-200,000 tahun dahulu di Kampung Temelong Perak. Alat penetak 100,00-200,000 tahun dahulu di Bukit Jawa Perak digunakan untuk menebang pokok dan memotong daging Alat repihan 10,000- 200,000 tahun dahulu di Lawin Perak. Alat penetak 100,000- 200,000 Di Lawin Perak. Sumber: Muzium Negara, 2011


ALAT BATU ZAMAN NEOLITIK DI MALAYSIA Pisau Batu dari Ulu Tembeling Jerantut Pahang Digunakan mata tepi yang tajam. Alat Beliung Bercanai Digunakan untuk menebang dan menebuk pada Zaman Neolitik. Alat Tulang dari Gua Niah Sarawak Mata Lembing dari Ulu Kelantan Batu pemukul dan alat beliung Berusia 4,000-1,000 di Bukit Pemukul Kulit Kayu –meleperkan Tengkorak Sabah kulit kayu menjadi pakaian Sumber: Muzium Negara, 2011


ALATAN TEMBIKAR ZAMAN NEOLITIK DI MALAYSIA Tembikar berbentuk mangkuk Tembikar dari Gua Tengku Lembu, Perlis Tembikar tiga warna di Gua Niah Sarawak Tembikar berkaki tiga di Bukit Keplu, Kodiang Kedah yang mempunyai pertalian dengan masyarakat Ban Kao di Thailand Sumber: Muzium Negara, 2011 Perkakas dari Gua Cha Kelantan


LUKISAN GUA • Lukisan dinding terawal dipercayai dihasilkan dengan menggunakan batu kawi atau ‘hematif’ di Gua Tambun, Perak dan Gua Kain Hitam, Niah Sarawak. • Gua Tambun mempunyai lukisan tentang haiwan buruan seperti rusa dan dugong serta lukisan geometri dan cap tapak tangan. (Muzium Negara, 2011) • Di Gua Kain Hitam terdapat lukisan perahu-dikaitkan dengan pengebumian. • Lukisan di Gua Kelawar, Sungai Siput Perak-gambaran jenis haiwan dan geometri • Lukisan di Gua Sireh Sarawak-kelompok manusia dalam keadaan berpesta dan Lembaga manusia bertanduk • Di Hagop Biro, Sabah-gambaran perahu layar dan tanpa layer, manusia dan rusa, serta orang moden dan orang sungai. (Muzium Negara, 2011) • Dipercayai lukisan hematit di Gua Tambun dan Gua Kain Hitam berusia 2,000 tahun silam dan 500 tahun dahulu. (Muzium Negara, 2011)


BUKTI TERDAPAT LUKISAN GUA Lukisan di Gua Batu Cincin, Ulu Kelantan Gua Tambun, Perak Gua Kelawar, Sungai Siput, Perak Gua Kain Hitam, dekat Gua Niah, Sarawak Gua Chawas, Ulu Kelantan Sumber: Muzium Negara, 2011


ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MELUKIS DI GUA Batu Giling dan Penggiling Digunakan untuk menumbuk dan mengisar arang dan hematit Hematit Bahan pewarna lukisan Arang Kayu Bahan pewarna lukisan gua


PERALATAN YANG DIJUMPAI PADA ZAMAN LOGAM Rantai yang diperbuat dari Cengkeran g Brotia costula Broitia spinosa. Lonceng gangsa dari Kampung Pancu, Muar, Johor Gendang gangsa yang dijumpai di Batu Buruk, Terengganu Tembikar zaman gangsa Acuan Kapak Gangsa Dari Sabah Alatalat dari besi yang dikenali sebgai tulang mawas


RUJUKAN • Saidin, M. (2010). Bukti prasejarah Di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. • Muzium Negara. (2011). Tamadun Prasejarah Malaysia. Jabatan Muzium Negara. • Siti Zuraina Abdul Majid. (1996). Prasejarah Malaysia Sudahkah Zaman Gelap Menjadi Cerah? Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. • Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman Zuliskandar Ramli. (2018). Prasejarah dan protosejarah Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version