B U K U L O G PENGAKAP Disediakan oleh : Riefa Fisyanis Shiefa binti Ridhwan Angka giliran : 2021082340453 Kod kursus : MPU3431a Nama kursus : Kokurikulum - Unit Beruniform Pensyarah : Hj Mohamad Shukri bin Mat Yaacob Tarikh hantar : 07 Mac 2024
B I O D A T A NAMA : RIEFA FISYANIS SHIEFA BINTI RIDHWAN NO. K/P : 031003-16-0096 ANGKA GILIRAN : 2021082340453 NO. MATRIK : P20184056 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN2022 UNIT : BAHASA MELAYU 7 SEKAWAN : HIJAU
ISI KANDUNGANMaklumat Pengenalan Unit Perlembagaan / Undangundang Pengasas / Sejarah Penubuhan Tujuan Penubuhan Istiadat Rasmi Pertubuhan Struktur dan Organisasi Pengurusan Keahlian Tanggungjawab Pemimpin Pengakap Pakaian Seragam Lencana Pengakap Pangkat dan Lencana Kemahiran Laporan Perjumpaan Aktiviti
MAKLUMAT PENGENALAN UNIT
DEFINISI PENGAKAP Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul,bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya MATLAMAT PENGAKAP Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa
VISI Memastikan murid seimbang secara menyeluruh dan berkebolehan mengurusaktiviti kokurikulum selaras dengan aspirasi negara,
MISI Melahirkan murid-murid yang berkemahiran tinggi dalam bidang pengakap melalui berpengakap dengan latihan dan strategi yang bersistematik dan menyeluruh berlandaskan falsafah pendidikan negara.
OBJEKTIF PENGAKAP Mengalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai Pengakap Menjadikan program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja Melatih, jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat Menerapkan nilai murini di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang Pengakap Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan
Anak panah pecah kepada 3 melambangkan tonggak utama Persetiaan Pengakap. LAMBANG PENGAKAP DUNIA Warna ungu melambangkan warna rasmi Pengakap Dunia. 2 bintang pecah 5 setiap satu melambangkan 10 undang-undang pengakap. Ikatan buku sila melambangkan ikatan persauudaraan Pengakap seluruh dunia.
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA 3 Kelopak pada lambang : 3 persetiaan Pengakap (Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap). Bintang pecah lima (berwarna hijau) : undangundang Pengakap yang sepuluh Ikatan hijau yang mengikut kelopak : “Persaudaraan Pengakap” Bintang pecah 14 : “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” Bulan Sabit : “Agama rasmi negara iaitu agama islam” Lingkaran tali : “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia” Warna kuning pada bulan sabut dan bintang : warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja Warna kuning, hijau, merah : -Kuning - “Pengakap Kanak-Kanak” -Hijau - “Pengakap Muda” -Merah - “Pengakap Remaja”
LAMBANG PENGAKAP Logo pengakap Malaysia hampir serupa dengan logo Persekutuan Pengakap Sedunia yang berbentuk kepala anak panah bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas di dalam Persetiaan Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetiaan, yang pertama iaitu taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua, iaitu menolong orang pada setiap masa, dan cabang yang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga, iaitu mematuhi undang undang pengkap. Ketiga- tiga cabang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan di kalangan ahli- ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat kebajikan pada setiap masa. Manakala bintang pecah 14 yang terletak di tengahtengah anak panah bagi melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Logo ini mempunyai tiga wama, iaitu merah, kuning dan hijau yang bermaksud: warna: warna merah melambangkan keberanian; warna kuning melambangkan kedaulatan Raja; dan warna hijau merupakan warna rasmi pengakap. Logo pengakap sentiasa digunakan pada bendera, lencana dana pakaian seragam pengakap.
NEGARAKU, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, RAKYAT HIDUP, BERSATU DAN MAJU, RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA, RAHMAT BAHAGIA, TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA. BENDERA DAN LAGU KEBANGSAAN
BENDERA PENGAKAP
BENDERA DAN LAGU KEBANGSAAN
Pengakap Kanak-Kanak “Buat sehabis baik” Pengakap Muda “Selalu Muda” Pengakap Remaja “Pandangan luar” Pengakap Kelana “Berkhidmat Selalu” COGAN KATA PENGAKAP
PERSETIAAN / IKRAR
Kami Pengakap Malaysia, Harapan nusa dan bangsa, Berikrar setia, Pada pertiwi tercinta, Melatih generasi muda, Menjadi insan yang berguna, Persetiaan pengakap, Teras dipegang bersama, Menolong orang setia masa, Menabur bakti di mana sahaja, Demi Tuhan, Raja dan negara, Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU PENGAKAP
PERLEMBAGAAN / UNDANG-UNDANG
PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP Kepercayaan kepada Tuhan Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara Perkhidmatan kepada diri sendiri
UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN
HORMAT DAN ISYARAT PENGAKAP
PENGASAS / SEJARAH PENUBUHAN
SEJARAH PENGASAS (BIODATA) LORD BADEN-POWELL Nama Penuh: Robert Stephenson Smyth BadenPowell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir: Paddington, London, England Pendidikan Awal: Charter House, London Pekerjaan: Askar (LeftenanJeneral) Keluarga: Bapa (Reverend H.G. Baden Powell) Ibu (Henrietta GraceSmyth) Beliau merupakan anak keenam daripadalapan orang adik-beradik Tarikh Kematian: 8 Januari 1941
SEJARAH PENUBUHAN Umur BP 3 tahun, ayahnya meninggal dunia. BP dididik oleh ibunya. Masa BP kecil - BP gemar akan penghidupan di luar rumah serta alam semulajadi. Semasa menuntut, BP suka akan penggembaraan dan mereka cipta dalam kegiatan luar. Semasa remaja, BP berkhidmat dalam pasukan tentera British, berpangkat Leftenan Muda. Pergolakan di India dan di Afrika membuatkan dia terfikir untuk membina kegiatan luar dan kemahiran memerhati. Pengakapan bermula sebagai satu kesedaran awal semulajadi dari penghidupan awal dan kerjaya BP dalam tentera.
BP mengembangkan ideanya dalam sebuah buku bertajuk “Aids of Scouting”. Selepas perang Boer, BP menjadi ketua pasukan polis Afrika Selatan. Beliau mereka cipta pakaian seragam (baju, seluar pendek, skaf dan topik bertepi lebar) yang mempengaruhi pakaian seragam pengakap. SEJARAH PENUBUHAN
BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia. Buku Scouting for Boys karangan BP menjadi tarikan kepada budak-budak di England dan negara-negara lain di dunia. SEJARAH PENUBUHAN
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang. 1910, Kumpulan YMCA dirasmikan penubuhannya (En R Robert: Pemimpin) dan (En Goh G H : Pen Pemimpin) 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor) oleh En B E Shaw
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA 1912 Ditubuhkan oleh Mr G M Laidiaw sehingga beliau meninggal. 1927 dihidupkan semula oleh H P Herslet. 1913 diperkenalkan oleh Revercend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander ke Anglican Bishop House, Kuching 1922 diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid 1923 dimulakan oleh Residen British Edward Shaw Hose dan secara rasmi pada 1925 oleh Bird Smith dan Roger Smith bersaudara
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA 1926 L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar 1926 dibawa oleh R Brunstone 1927 ditubuhkan oleh A J Gracle
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA 1927 ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail. 1928 ditubuhkan oleh En HR Cheeseman di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) 1931 dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
TUJUAN PENUBUHAN
TUJUAN PENUBUHAN Memberi latihan kepimpunan yang berasaskan Prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:- : Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. : Menghormati diri sendiri dan orang lain. : Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. : Beriman serta beramal soleh.
ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Ini dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awaldan akhir perjumpaan PEK. TUJUAN Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin Menyatakan bahawa PKK membuat “Sehabis Baik”
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG PERTAMA Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak “PEK” sebanyak satu kali dengan kuat dan nyaring. Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia. KEDUA Akela berteriak “PEK” “PEK” “PEK” dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengelilingi AKELA. PKK menjawab “P..E..K..” sepanjang 5 harkakt dan berlari anak mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG KETIGA Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka. KEEMPAT Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak "A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK." Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG KELIMA Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka shingga Akela menjatuhkan tangannya.
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera” 7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain . 10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia' , Persetiaan Pengakap dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli
ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpinbertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.
STRUKTUR DAN ORGANISASI
Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia
Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia
Carta Organisasi Kumpulan Latihan Malaysia
Carta Organisasi Peringkat Negeri
Carta Organisasi Peringkat Daerah
PERSURUHJAYA ENCIK ZULKIFLI BIN YUSOFF PEMBANTU PERSURUHJAYA HJ. MOHAMAD SHUKRI BIN MAT YAACOB PEMBANTU PERSURUHJAYA DR HJ WAN ADI BIN YUSOFF Carta Organisasi Peringkat IPGKKB Pengarah IPGKKB DR KHAIRUDDIN BIN SAID
Carta Organisasi Pengakap Peringkat IPGMKKB